Soalan
PAGE 10
Universiti Malaysia Sabah TH10403 Sejarah Sabah dan Sarawak
(1841-1963)
___________________________________________________________________
LATAR BELAKANG MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK.
Abad ke-19 mengenali antara satu sama lain berdasarkan tempat
sungai, tepi pantai dan sebagainya.
British menamakan orang-orang di pedalaman dan perbukitan
sebagai orang Dusun yang mengusahakan dusun-dusun.
Di Sarawak, masyarakat mengenali antara satu sama lain juga
melalui nama tempat contoh: sungai.
Orang Belanda menamakan orang-orang majoriti di pedalaman
Kalimantan sebagai orang Dayak.
Orang Dayak Laut dikenali dengan nama tersebut kerana mereka
suka mengembara.
Orang Dayak Darat dikenali dengan nama tersebut kerana mereka
lebih bermastautin di kawasan darat. Orang yang tidak agresif dan
pasif tinggal di kawasan pedalaman iaitu orang Bidayuh.
Masyarakat Peribumi Malaysia
Peribumi = kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang
dituntut dan dipertahankan.
Masyarakat Sarawak
i) Peribumi Islam
Melayu, Melanau Muslim, kedayan
Melayu tinggal di lembah dan kuala sungai serta persisiran
pantai seperti di Kuching, Sadong, Pusa, Sibu, Miri, Bekenu.
Melanau mendiami Mukah, Oya, Bintulu, Sibu, Kanowit.
Kedayan Miri, Bekenu, Lawas.
Abad ke-19, permulaan kedatangan orang Barat. Terdapat kumpulan
yang memegang jawatan yang terdiri daripada:
Pengiran, pembesar-pembesar, sharif (berketurunan Arab)
Pemimpin tempatan.
Hamba abdi - pengikut-pengikut pembesar atau hamba abdi anak
emas. - jual beli
- hamba suruhan dijadikan hamba kerana berhutang.
ii) Peribumi bukan Islam (Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit,
Bisayah, Lun
Bawang, Punan dan Penan). Orang Belanda menamakan kumpulan etnik
ini sebagai Daya atau Dayak. Kini pemimpin-pemimpin mereka cuba
menyatukan kumpulan etnik di bawah nama Dayak untuk tujuan
perpaduan.
Kebanyakan mereka tinggal di pedalaman. Bidayuh di Bahagian
Kuching (Serian, Lundu).
Iban di Bahagian Seri Aman, Kanowit, Kapit, Sibu, Lundu Lembah
Rejang.
Kenyah, Kayan, Kelabit, Punan terdapat di sepanjang Sungai Beram
dan di Tanah Tinggi Berio dan Bekalalan.
Bisayah mendiami Bahagian Limbang.
Lun Bawang tinggal di kawasan sempadan Sarawak atau Sabah dan
Kalimantan termasuk di Limbang dan Lawas.
Penan adalah kumpulan etnik yang nomad masih berpindah-randah
dan ramai terdapat di Bahagian 3, 4 dan 5.
Pada waktu kedatangan Barat, masyarakat Dayak masih mengamalkan
pemburuan kepala.
3 fungsi:
i) Berkaitan dengan nilai kepahlawananii) Memecah masa
berkabungiii) Mas kahwin.
Tidak terdapat institusi politik yang teguh melebihi peringkat
keluarga atau kampung.
Ikatan keluarga dan sanak saudara (kaban) adalah kukuh.
Kegiatan ekonomi pertanian pindah dan padi huma.
Orang Iban suka berhijrah dan merantau. Oleh itu, boleh
dikatakan orang-orang Iban terdapat di mana-mana di Sarawak.
Masyarakat bukan peribumi ialah masyarakat Cina yang menetap di
Bau dan Kuching. Brooke membawa masuk ramai pelombong-pelombong
Cina ke Sarawak.
Masyarakat Sabah
Masyarakat Peribumi
1. Peribumi beragama Islam:
Bajau, Suluk, Iranun, Bisaya Kedayan, Orang Sungai, Tidong dan
Melayu Brunei. Mendiami pesisiran pantai dan kuala sungai dari
pantai barat ke utara dan timur di Semporna dan Tawau.
2. Petempatan orang Bajau
Tertumpu di pesisiran pantai seperti di Kuching, Mengkabong,
Kota Belud, Lahad Datu, Kudat dan Semporna.
Ada juga yang tinggal dalam perahu (sombang) dikenali orang
laut.
Kegiatan ekonomi di laut tetapi pandai bertukang tangan atau
besi parang, menenun kain dan memacu kuda.
3. Peribumi bukan Islam:
Kadazan dan Dusun
Mereka tinggal di Penampang, Labuk, Sugut, Kudat, Murudu,
Tempasuk, Tuaran, Papar, Ranau dan Tambunan. Merupakan golongan
peribumi yang terbesar di Sabah.
Perlihatkan ciri-ciri masyarakat yang punyai sistem ekonomi yang
teratur, undang-undang adat yang tersusun.
Susunan masyarakat teguh. Ada ketua masyarakat atau ketua
kampung.
Berniaga di pasar tamu, bertenun dan menganyam tikar serta
bakul.
Orang Murut
Tribe Nabai mendiami bahagian selatan dan sekitar bandar
Keningau.
Suku kaum Peluani tinggal di lereng-lereng bukit di sepanjang
lembah Sungai Pegalan.
Tribe Bokan mendiami kawasan Tulid lebih maju dalam pertanian
bertanih sawah.
Sulu Tagul atau Semambu tinggal di Sepulut atau Pensiangan
kurang maju.
KEDATANGAN BARAT DAN KEMUNCULAN REJIM BROOKE DI SARAWAK DAN
SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA DI SABAH.
Rejim Brooke dan Sarawak
Sebelum wujud sebagai unit politik, Sabah dan Sarawak adalah
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.
Selepas kemangkatan Sultan Muhamad Hasan (1582-1698),
pengganti-penggantinya gagal mengekalkan kegemilangan Brunei.
Pertapakan Sepanyol di Pulau Luzon, Cebu menyebabkan Brunei
menjadi sasaran Sepanyol.
Saat yang tidak stabil digunakan oleh pembesar Brunei untuk
menguasai jajahan Brunei.
Secara kebetulan, pada waktu ini peranan Borneo dihujani oleh
kedatangan Barat abad 18 dan 19.
Kedatangan Barat dengan misi Gold, Glory dan Gospel meruntuhkan
jaringan perdagangan (nadi pendapatan) Brunei dan membataskan
penguasaan perdagangan Brunei.
Barat mengambil kesempatan di atas kelemahan Brunei pelanunan
dan penghambaan.
Orang Inggeris yang berjaya menghancurkan kekuasaan Brunei ke
atas Sarawak ialah James Brooke bermula pada tahun 1839.
James Brooke campur tangan dalam kekacauan yang berlaku di
Sarawak.
Dinyatakan berjaya menyelesaikan perselisihan di antara Gabenor
Sarawak, Pangeran Mahkota dengan pemimpin dan masyarakat
setempat.
James Brooke seperti pengembara yang lain yang menguasai daerah
Timur yang dianggap kaya dan menggunakan peluang ini untuk
mendapatkan tempat di Borneo dan menjadikan Borneo sebagai Jawa
kedua.
Selepas kekacauan tamat mendesak Brunei mengiktiraf kedudukannya
sebagai Gabenor Sarawak dengan ugutan daripada HMS Diana dan HMS
Phlegethon.
Berjaya mendapatkan Sarawak dan menjadi wakil British di Labuan
setelah Labuan dapat dirampas daripada Brunei pada tahun 1846.
Menjadi Raja Putih Sarawak 1841-1868, merampas wilayah Brunei
yang lain melalui perjanjian atau kekerasan dari Kuching, Skrang,
Saribas, Mukah, Bintulu, Oya dan Tatan.
Dengan bantuan anak saudaranya, Raja Putih kedua, Charles
Brooke, menakluki Beram, Trusan, dan Limbang pada tahun 1890.
1888 perjanjian Protectorate British melindungi wilayah Brooke
di Sarawak, wilayah BNBCC di Sabah dan Brunei Sendiri.
British North Borneo (Chartered) Company (BNBCC) dan Sabah Jika
di Sarawak kegiatan British bermula pada abad ke-19, di Sabah atau
Borneo Utara, berlaku awal pertengahan abad ke-18, 1762 dimulai
dengan Pulau Balambangan hanya beberapa ketika kerana diserang
lanun 1775 beralih ke Labuan.
Kerjasama Brunei-Sulu bagi menghapuskan kekacauan dalaman Brunei
membawa kepada penyerahan sebahagian wilayah Brunei dari Timur
Kimanis ke Sungai Sibuku pada tahun 1704.
Pada pertengahan abad ke-19, 1865 orang Amerika tidak mahu
ketinggalan mendapatkan konsesi melalui perjanjian dengan Sultan
Brunei, Sultan Abdul Mumin Charles Lee Moses mendapat pajakan
selama 10 tahun ke atas wilayah Borneo Utara Perjanjian 1865
menjadi asas kepada penaklukan Barat di Borneo apabila Moses
menjual hak pajakan kepada dua orang saudagar Amerika di Hong Kong:
Joseph Torrey dan Thomas Harris.
Kerana kesulitan wang, Torrey menjualkan pajakan kepada konsul
Austria-Hungry di Hong Kong Baron Von Overbeck, Jan 1877 selama 10
tahun.
Overbeck gagal mendapatkan sokongan Austria berkongsi dengan
Alfred Dent, saudagar British.
Selain menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei, Overbbeck
telah mendapatkan konsesi di wilayah-wilayah bebas lain.
Overbeck dilantik sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan
Sandakan.
Menyedari sebahagian Borneo Utara milik Sultan Sulu
menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari
1878.
Borneo Utara tidak boleh diserahkan kepada mana-mana kuasa lain
tanpa merujuk kepada kerajaan British.
Overbeck menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Dent.
Dent menubuhkan Provisional Association bagi mengumpulkan modal
untuk menerokai Borneo Utara.
Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan melalui Piagam Diraja
British.
Dent berkedudukan tinggi di kalangan masyarakat atasan British
dan mendapat sokongan orang-orang berpengaruh seperti Richard
Biddulph, Sir Hendry Keppel dan Sir Rutheford Alcock.
Mereka ini berjaya mempengaruhi Sir Julian Phuncerforta dari
Pejabat Luar British bagi mendapatkan Piagam.
Kebimbangan kuasa-kuasa Barat lain akan menguasai Borneo Utara
British bersetuju memberi piagam dengan syarat seperti:
Pengawasan dari luar dengan kuasa pembatal terhadap pemindahan
kawasan Borneo Utara kepada kuasa atau orang perseorangan yang
lain.
PEMERINTAHAN DINASTI BROOKE DI SARAWAK DAN SYARIKAT (BERPIAGAM )
BORNEO UTARA BRITISH DI SABAH
Rejim Brooke 1841 1941
A. James Brooke dan Pemerintahannya 1841-1868.
Bagaimana James Brooke mendirikan pemerintahannya?
Tindakan pertama menghapuskan musuh-musuhnya seperti
pembesar-pembesar Brunei dan tempatan yang menentangnya.
Penghapusan dan penyingkiran dilakukan dengan alasan lanun
pertempuran Beting-Maru.
Menggunakan kapal angkatan laut Diraja Britain HMS Albatros,
Royalist dan Namesis.
Mengasingkan petempatan Melayu dan Iban bagi melemahkan
tentangan dan kerjasama Iban Melayu.
Bekerjasama dengan pemimpin tempatan yang menyokongnya seperti
Datu Patinggi Ali.
Untuk tidak mengganggu perjalanan dan pentadbiran tempatan
peringkat awal mengekalkan sistem dan undang-undang yang diwarisi
daripada Kesultanan Brunei terutama di Kuching diadakan dengan
sistem British secara perlahan-lahan.
Dasar ekonomi bebas galakkan kemasukan saudagar berniaga di
Sarawak. Tapi tidak membenarkan sebarang syarikat swasta luar
selain Syarikat Borneo menanam modal di Sarawak kononnya melindungi
anak negeri.
Kesan, tiada syarikat besar dan ladang besar wujud di Sarawak
pekebun kecil dan monopoli Syarikat Borneo.
Dasar ini diteruskan oleh warisnya Charles dan Vyner Brooke.
Namun, wujud percanggahan bila Charles Brooke membawa masuk
secara beramai-ramai orang Cina pada awal abad ke-20.
B. Charles Brooke dan Pengukuhan Pemerintahan Dinasti Brooke
1868-1917.
Berjaya mengukuhkan pentadbiran yang tegas dalam memerangi
musuh, memulihkan ekonomi dengan dasar jimat-cermat, meluaskan
wilayah Sarawak tegas dalam urusan pemerintahan dengan missionary
kristian.
Wujud bahagian pentadbiran 3 bahagian 1972 berpusat di
Kuching.
Satu sistem birokrasi yang lengkap Residen sebagai ketua
bahagian.
Bahagian diketuai oleh Residen, dibantu oleh pegawai daerah di
daerah-daerah.
Majlis Bahagian dengan Residen sebagai Pengerusi Ahli dilantik
oleh Raja.
Mengekalkan Majlis Negeri yang diwujudkan sejak zaman James
Brooke lagi. Ahli-ahli terdiri daripada Ketua-ketua Anak Negeri
Datu-datu dan ketua masyarakat Cina yang dilantik oleh raja.
Mewujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri.C. Vyner
Brooke dan Berakhirnya Sebuah Dinasti
Kurang berminat tinggal di Sarawak pentadbiran kerap diserahkan
kepada adiknya.
Mendapat pendidikan tinggi dan hidup dalam lingkungan atasan
Britain cenderung kepada liberalisasi dan kehidupan yang mewah.
Meneruskan dasar-dasar pemerintahan James dan Charles.
Tubuhkan Jawatankuasa bagi pentadbiran Anak Negeri bukan Islam
dan orang Cina.
Wujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan dan Lembaga Bandaran
Kuching, Sarikei, Binatang, Sibu dan Miri.
Pertama kali melantik bukan Melayu menjadi Pegawai Anak Negeri
1932 (Lucas Chuat).
Naikkan taraf Datu Bandar kepada Datu Patinggi 1937 dan melantik
4 orang Datu baru dan melantik 2 orang wakil Cina di Majlis
Negeri.
SYARIKAT (BERPIAGAM) BORNEO UTARA DI SABAHA. Pentadbiran
Syarikat 1881 1941
Pengurniaan piagam memberi hak kepada British terhadap Borneo
Utara dan kuasa-kuasa lain tak boleh campur tangan.
Syarikat tidak berhak pindahkan Borneo Utara kepada kuasa lain
tanpa persetujuan British.
Syarikat memberi kemudahan pelabuhan untuk Angkatan Tentera Laut
British dengan percuma.
Segala pelantikan pegawai tinggi di Borneo Utara mesti mendapat
persetujuan British.
Kesan kepada Syarikat mendapat pengiktirafan mentadbir sambil
mengeksploit bumi Borneo Utara.
Kesan kepada British kepentingan strategi dan keselamatan
British terjamin.
B. Pentadbiran
Mewujudkan pentadbiran pusat dimulakan dengan Kudat sebagai ibu
negeri. 3 tahun kemudian berpindah ke Sandakan.
Borneo Utara dibahagikan kepada 2 residensi Pantai Barat dan
Pantai Timur. 1935 dibahagikan kepada 4 iaitu Tawau, Sandakan,
Pantai Barat dan Pedalaman. Tiap-tiap residensi dibahagikan kepada
bahagian daerah.
Pentadbiran diketuai oleh Gabenor, dibantu seorang setiausaha
yang bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah di London.
Di bawah Gabenor residen-residen yang mengetuai residensi
Pegawai Daerah (DO), ADO, DADO, Bendahari, Pegawai Tanah, Juruukur,
Ketua Anak Negeri.
Dalam pentadbiran Borneo Utara, DO berfungsi sebagai pengukuh
pentadbiran, mentadbir daerah, mengurus kesihatan, pertanian dan
menjalankan undang-undang dan peraturan. Menjadi orang tengah
antara kerajaan dan rakyat.
Wujud Majlis Penasihat dan digantikan dengan Majlis Undangan
pada 1912. berfungsi sebagai penasihat kepada Gabenor. Ahli terdiri
daripada Pegawai Pentadbir, wakil persatuan peladang, perniagaan
dan komuniti Cina. Tiada wakil peribumi. Kuatkan dasar syarikat
untuk kepentingan pelabur-pelabur pedagang.
C. Pentadbiran Peribumi
Wujudkan Ketua Anak Negeri dan ketua kampung bagi membantu
pentadbiran syarikat di Pedalaman.
Kedudukan dikukuhkan dengan Ordinan Pentadbiran Kampung 1891,
memberi kuasa kepada Ketua Anak Negeri menjadi orang perantaraan
antara rakyat dan pemerintah di Pedalaman. Tapi status mereka
rendah dengan upah yang rendah. Kedudukan dibaiki oleh West
Ridgeway pada 1913.
Ketua Anak Negeri kelas satu diberi gelaran OKK.
Menubuhkan Mahkamah Anak Negeri bagi membicarakan kes-kes yang
berkaitan dengan anak negeri.
Undang-undang baru mengkategorikan 2 kumpulan Ketua Anak Negeri
berasaskan pengaruh, lama berkhidmat dan rekod perkhidmatan yang
baik dan kenal huruf gred satu ditauliahkan di daerah dan gred dua
di daerah kecil.
1916 satu gred diwujudkan.
Wujud Majlis Penasihat Ketua Anak Negeri bermula pada 1883
dihidupkan pada 1915 oleh Gabenor Parr untuk meninggikan taraf
Ketua Anak Negeri bila mereka dipinggirkan dalam Majlis
Undangan.
Bila D.J. Jardine menjadi Gabenor 1934-1937 mengukuhkan
kedudukan Ketua Anak Negeri Majlis menjadi eksekutif membahaskan
hal ehwal kebajikan, pendidikan dan ekonomi Bumiputera.
Pusat Pentadbiran Peribumi Bingkor 1936.
Diwujudkan untuk memberi peluang kepada Peribumi
bertanggungjawab dalam bidang pentadbiran dan urusan kewangan
mereka. Pusat ini sebagai percubaan untuk memberi laluan kepada
pembukaan pusat-pusat lain.
Masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan sehingga tahun 1941
hanya Bingkor wujud sebagai satu-satunya pusat pentadbiran peribumi
dan pusat ini dianggap sebagai lembaga tempatan pertama diwujudkan
di Sabah.
Perkembangan Sosial Mengambil Borneo Utara bagi penuhi matlamat
mendapat keuntungan.
Oleh itu, bentuk satu sistem pentadbiran yang tersusun sebagai
asas mengeksploitasi bumi Borneo Utara.
Kekukuhan pentadbiran keamanan dan kestabilan negeri mudah
melaksanakan pembangunan syarikat.
Kestabilan dapat diwujudkan selepas penentangan Mat Salleh dan
Rundum 1915.
Walau bagaimanapun, syarikat mementingkan keuntungan ekonomi
terdapat ahli lembaga pengarah yang dipengaruhi idea
kemanusiaan.
Mereka berpendapat kebajikan anak negeri perlu diberi
perhatian.
Untuk menjamin tenaga buruh yang sihat, syarikat berusaha
menyediakan kemudahan kesihatan, seperti contoh: mencegah penyakit
taun, cacar dan penyakit tropika lain.
Sehingga 1940, terdapat 9 buah hospital dan 10 pusat kesihatan
di seluruh Borneo Utara (lebih banyak dari Sarawak).
Prihatin tentang penurunan jumlah penduduk Murut, Ian Black
mengaitkannya dengan korban penentangan Rundum, penyakit,
kekurangan makanan dan kesan psikologi penentangan (upheavals).
Pemerintahan syarikat telah menjalankan penyiasatan rasmi
mengenai masalah orang Murut:
i) Penyelidikan yang dilakukan pada tahun 1932-1936.
ii)Penyelidikan selepas perang 1958-1962.
Penyelidikan mendapati faktor-faktor yang menyumbang kepada
Murut depopulation, selain daripada yang didakwa Black
a) Malaria (Dr. Copeland dan Clapham)
b) Malnutrition (Rick, Shircone dan Clarke) dan goiter.
c) General disease (Tregarthen dan Godkins)
d) Inbreeding perkahwinan sedarah atau terdekat dan minum tapai
berlebihan, kurang kesuburan (Ride).
e) The decline of traditional culture (Regester) penghijrahan
dan percampuran dengan masyarakat lain menyebabkan mereka kena
kejutan budaya (the decline of traditional values).
Pendidikan
Dasar Pendidikan Syarikat
Pendidikan penduduk Borneo Utara, sama ada peribumi atau orang
asli adalah tanggungjawab dan kewajipan kerajaan.
Namun, pembinaan sekolah kerajaan pertama berlaku pada 1915 bila
sekolah-sekolah latihan bagi anak-anak negeri ditubuhkan.
Bertujuan untuk melatih bakal Ketua Anak Negeri tapi terbatas di
peringkat rendah dan bahasa pengantarnya Inggeris.
Kegagalan sekolah latihan menyebabkannya ditutup pada 1930
-kekurangan sambutan kerana pengantar Melayu, sekolah rendah dan
tiada pengajaran al-Quran.
Menyedari tanggungjawab kepada rakyat terbanyak, syarikat
menubuhkan sekolah vernakular Melayu pertama pada 1921 selaras
dengan dasar syarikat:
Pendidikan untuk penduduk peribumi menjadi pertimbangan pertama
kerajaan.. pendidikan untuk orang asli, golongan penghijrah pula
(dipertimbangkan) kemudian.
Dasar syarikat yang sedemikian menyebabkan pendidikan untuk
orang Cina dan pendidikan Mission dikendalikan oleh komuniti dan
badan dakwah masing-masing.
Apabila D.J. Jardine menjadi Gabenor 1934-1937 bilangan sekolah
rendah kerajaan (Melayu) bertambah.
Kurikulum sekolah kerajaan Melayu mencontohi kurikulum sekolah
di Tanah Melayu. Sekolah Cina menggunakan kurikulum negara China
dan Sekolah Mission menggunakan kurikulum sekolah Inggeris di
England atau Tanah Melayu.
Sehingga 1941, terdapat 28 buah sekolah kerajaan Melayu dan
murid 1663 orang.
Selain 3M diajar, pertukangan tangan dan berkebun sesuai dengan
dasar rural-bias. Bahasa Inggeris tidak dibenarkan diajar walaupun
dipohon oleh NCAC kerana dianggap belum sesuai dan .. boleh
memisahkan kanak-kanak dari kampung halamannya dan melahirkan
golongan yang terlalu angkuh untuk bekerja sebagai petani di kebun
ibu bapa mereka.
Bertentangan dengan dasar pengajaran bahasa Inggeris di sekolah
vernakular Melayu, di sekolah Cina dan sekolah Mission bahasa
Inggeris digalakkan.
Tiada maktab perguruan masa pemerintahan syarikat.
Ekonomi
Borneo Utara mempunyai potensi ekonomi yang baik peringkat awal
tanpa kemudahan prasarana bergantung kepada sumber hasil
tradisional seperti sarang burung, damar, getah perca dan
hasil-hasil laut dan hasil hutan.
Hasil yang berpotensi besar kayu balak 1888 eksport kayu Belian
untuk pasaran Hong Kong dan China bagi pembinaan kereta api di
China yang perlukan landasan yang teguh.
The British Borneo Trading Co. mengeksport $44,584 kayu balak
1890 dan eksportnya meningkat berlipat kali ganda menjelang
1900.
Untuk memantau pengeluaran balak, pemerintah menubuhkan Jabatan
Perhutanan dan mendapatkan khidmat pegawai hutan terlatih Fusaji
Gota pada 1913 dan Dale Mathews pada 1914 (American di Philip).
Dengan bantuan modal Harison and Crosfield, sebuah syarikat
baru, The British Borneo Timber Co. ditubuhkan
i) BBTC memonopoli pengeluaran balak selama 25 tahun (cut,
collect and export timber on all state land)
ii) Semua syarikat kecil perlu mendapat lesen daripada BBTC
menimbulkan kontroversi dan bantahan daripada syarikat-syarikat
kecil.
Selain balak ialah hasil tembakau sehingga 1900
-Terdapat 61 ladang tembakau di Pulau Banggi, sekitar Teluk
Marudu, Labuk, Sugut, Kinabatangan dan Segama, Lahad Datu, Tawau,
dan Sandakan eksport ke Amsterdam.
Pengenalan cukai baru yang tinggi oleh Amerika Syarikat pada
1891 memusnahkan pengeluaran tembakau Borneo Utara dan membawa
penutupan beberapa ladang-ladang. Namun, eksport masih berjalan
sehingga 1929.
Getah menggantikan tembakau pada 1928 Borneo Utara mengeksport
15,033,412 ib getah kawasan yang ditanam ialah 67,230 ekar ladang
dan 228,087 ekar pekebun kecil.
Pada zaman meleset, eksport pengeluaran getah menurun beberapa
langkah diambil bagi membasmi pengeluarannya. Kesan pembatalan
banyak dirasai oleh pekebun kecil.
Selain tiga keluaran terbesar Borneo Utara, terdapat juga
hasil-hasil lain seperti kopi, lada, gambir, manila hemp dan hasil
laut (ikan, ikan kering, mutiara).
Mineral-emas, arang batu dan minyak kurang berjaya.
Dasar syarikat yang liberal dalam menggalakkan pengeksploitasian
tanah Borneo Utara mengakibatkan begitu banyak tanah diagihkan
kepada orang asing dan syarikat-syarikat besar Eropah dan
Jepun.
Membawa kesan negatif kepada peribumi.
Berbeza dengan Sarawak Dasar Brooke melindungi anak negeri dan
tanah dibahagikan mengikut kategori tertentu seperti mixed zone
yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja dan tanah yang diiktiraf
sebagai tanah adat.
E.g. NCR Native Customary Rights Overland diiktiraf oleh
undang-undang Tanah Sarawak terdapat temuda (farmland), pulau
(primary forest) dan pemakai menoa (territorial domain of a
longhouse community).
Tanpa perlindungan seperti ini di Borneo Utara menyebabkan
peribumi Borneo Utara kurang dilindungi dalam isu tanah.
Dasar syarikat yang liberal dalam mengeksploitasi Borneo Utara
menyebabkan sabah mempunyai banyak ladang-ladang besar tapi menjadi
the second poorest state in Malaysia Judge Iia, H.C. Chin,
Sarawak.
Keperluan buruh luar
-Kemasukan buruh-buruh dari China Selatan China Utara, Jawa dan
Jepun (buruh-buruh mahir) untuk keperluan tenaga di
ladang-ladang.
PERANG DAN PENJAJAHAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAKPerang dan
Penjajahan Jepun di Sarawak Semasa perang meletus, raja Vyner
Brooke berada di Australia dan Tuan Muda Bertram di London.
Pentadbiran Sarawak dikendalikan oleh Setiausaha Negeri, Le Gros
Clark.
Jepun mula masuk dari perbatasan Sarawak atau Brunei Miri pada
16 Disember 1941.
Kuching jatuh pada hari khamis dan dengan itu seluruh Sarawak
ditakluki oleh Jepun.
Kebanyakan orang Eropah melarikan diri setelah Miri mereka
binasakan.
Sarawak ditawan dengan mudah kerana benteng pertahanan askar
Punjabi yang kecil bilangannya.
Semasa Jepun tiba, kesedaran kebangsaan di Sarawak kurang, oleh
itu, laungan Jepun Asia untuk orang Asia kurang mendapat sambutan.
Jepun menggalakkan penubuhan persatuan-persatuan berdasarkan
perkauman seperti Persatuan Dayak, Persatuan Cina dan Persatuan
India. Kegiatan Persatuan Melayu Sarawak yang wujud sejak 1937
telah disekat kerana dianggap bahaya kepada politik Jepun. Jepun
gunakan dasar yang hampir-hampir sama dengan Brooke bekerjasama
dengan pemimpin tradisional. Hal ehwal Melayu diuruskan oleh sebuah
Jabatan, diketuai oleh Tuanku Bujang dan Abang Openg. Demikian juga
dengan hal ehwal Cina dan Iban. Jepun galakkan penubuhan perimpun
Dayak, sebuah syarikat kerjasama Iban Jepun beri sumbangan $4000.
Wujudkan persatuan kaum ibu dengan melantik 4 orang wakil bagi
mewakili 4 kumpulan etnik.-Lily Eberwein wakil Melayu-Mary Ong
wakil Cina-Barbara Bay wakil Iban-Mrs Gopal wakil India Adakan
kegiatan kerja amal seperti kutip derma untuk tentera Jepun. Perang
dan Penjajahan Jepun di Sabah
1 Januari 1942, Jepun mendarat di Labuan, Borneo Utara mudah
dikalahkan diikuti dengan Jesselton dan Sandakan.
Kedudukan Borneo Utara yang berhampiran Filipina, tanah jajahan
Amerika Syarikat menyebabkan Borneo Utara mengalami kerosakan
perang yang teruk.
Demi kepentingan strategi pertahanan, pusat pentadbiran
diletakkan di bahagian pedalaman seperti di Ranau, Keningau dan
Pensiangan.
Akibatnya landasan terbang telah dibina di Ranau dan
Keningau.
Carta Pentadbiran Tentera Jepun di Sabah dan Sarawak
Gabenor Jeneral
Gabenor
Gabenor Gabenor
Gabenor Gabenor
Kuching Sibu Miri
Jesselton Sandakan
Residen
Pegawai Daerah
Ketua Tempatan
Pentadbiran Jepun di Borneo Utara, Sarawak dan Brunei
digabungkan dalam satu unit pentadbiran Borneo Utara (North
Borneo).
North Borneo diletakkan di bawah tanggungjawab pentadbiran
angkatan tentera Jepun ke 37.
Gabenor Jepun merupakan Ketua Tertinggi pentadbiran mengawas
perjalanan sistem pentadbiran Borneo Utara berpusat di Kuching.
Mulai Oktober 1943, dipindahkan ke Borneo Utara setelah berlaku
penentangan Double Tenth.
Setiap wilayah ada Majlis Penasihat menekankan penyertaan
bumiputera dalam pentadbiran. Wakil Cina dan India sebagai ahli
tambahan.
Ahli-ahli majlis dipilih dari kalangan ketua tradisional dan
ketua masyarakat yang berpengaruh.
Kesan memberi keyakinan diri kepada anak negeri mentadbir.
Kegiatan politik adalah terbatas.
Galakan kepada penubuhan persatuan-persatuan perkauman telah
menambahkan perasaan perkauman di kalangan penduduk setempat
perasaan ini terserlah selepas Jepun menyerah kalah contoh
peristiwa yang berlaku di Kuching.
Di sabah, keadaan adalah berbeza kerana terdapatnya kerjasama
penduduk tempatan menentang Jepun melalui pemberontakan Double
Tenth yang dilancarkan oleh kumpulan Gerila Kinabalu. Kumpulan ini
dipimpin oleh Musa, Korom dan Albert Kwok. Kumpulan ini telah
bekerjasama dengan Gerila Sulu di bawah pimpinan Imam Marajakiu
menentang Jepun.
Penentangan Double Tenth gagal tapi perjuangan diteruskan dalam
bentuk-bentuk kecil-kecilan seperti di Kudat dan Sandakan.
Kesan pendudukan Jepun
-Ekonomi merosot kesempitan hidup, hampir berlaku kebuluran.
-Galakkan penduduk bercucuk tanam sara diri.
-Penduduk Cina dan Bandar merasa bahawa perang kerana tekanan
pihak Jepun.
-Kekejaman tentera Jepun khasnya Kempetai (polis rahsia) Jepun
membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Jepun.
Kesan politik atau pentadbiran
Memberi peluang anak tempatan memegang jawatan penting seperti
pegawai daerah, pegawai perhubungan.
Kesan menanam keyakinan diri untuk berdikari.
Jepun memerintah selama 3 tahun 8 bulan menyerah kalah di tangan
pihak berikat.
BMA ambil alih pemerintahan sementara.
SEBAB-SEBAB BRITISH MENGAMBIL SABAH DAN SARAWAK PADA TAHUN
1946.
Mengapa Sarawak Diserahkan Kepada British?
Sarawak diserahkan dengan rasmi pada 1 Julai 1946.
Faktor pertama penyerahan berkait dengan soal peribadi dan
keluarga Brooke sendiri.
-Vyner Brooke tak punyai anak lelaki bagi mewarisi Sarawak
(seperti termaktub dalam undang-undang Sarawak) adiknya Bertram
uzur dan tua tiada pilihan lantik anak saudaranya Anthony
Brooke.
-Anthony Brooke sentiasa dicurigai Vyner dan sudah 2 kali
dipecat dari jawatan Raja Muda persengketaan memuncak menyebabkan
Bertram Brooke mengatakan: Saya lebih rela melihat dinasti ini
lenyap daripada persengketaan di kalangan kerabat kita yang
menyebabkan pergolakan kaum di Sarawak.
Anthony pula terlalu ingin menjadi raja dan cuba menentang
berhabis-habisan rancangan menjadikan Sarawak Crowm Colony.
Pada masa peperangan, rundingan diadakan dengan pihak British
tekanan dan desakan dikenakan ke atas Vyner Brooke supaya
menyerahkan Sarawak kepada British.
Kedua-dua faktor keluarga dan tekanan daripada pihak British
menyebabkan Vyner menambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada
Mahkota British.
Mengapa Sabah diserahkan kepada British?
Faktor penyerahan alasan Syarikat Berpiagam. Mengapa diserahkan
kepada British.
Kesan peperangan dan pendudukan Jepun telah mengakibatkan Sabah
musnah.
-Sentiasa diserang oleh Pihak Berikat terutama sekali
Sandakan.
Kerosakan yang buruk menyebabkan Lembaga Pengarah Syarikat
Berpiagam di London berpendapat Syarikat tak mampu membangunkan
semula Sabah.
Persetujuan tercapai antara Syarikat dan kerajaan British bagi
memindahkan negeri Sabah dan kedaulatannya kepada British
Crown.
15 Julai 1946, Sabah menjadi Tanah Jajahan British (Crown
Colony) dengan bayaran permulaan sebanyak 860,000.
Selain alasan ketidakmampuan syarikat, syarikat berpendapat
pentadbirannya sudah ketinggalan zaman.
Sejak awal lagi syarikat mencadangkan supaya Sabah ditadbir
terus oleh Britain tetapi British tidak berupaya.
Sebab-sebab British Mengambil Sabah dan Sarawak
Penjajahan British secara langsung ke atas Sabah dan Sarawak
1946 bertentangan dengan Piagam Atlantik tanah jajahan perlu
dibebaskan 19 Ogos 1941.
6 faktor British menjajah Sabah dan Sarawak
a) Prestige / wibawa British selepas perang dunia kedua merasa
zaman imperialisme belum tamat.
b) Dasar British selepas perang dunia kedua di Tanah Melayu dan
British Borneo.
c) Faktor ekonomi dan peranan Big Business pelaburan dan
perladangan syarikat-syarikat seperti Harisson dan Crossfield, Sime
Darby, BBTC, Syarikat Minyak Shell British perlu bertanggungjawab
melindungi kepentingan pelabur-pelabur mereka, di samping menjamin
kepentingan ekonomi Britain yang hampir muflis selepas perang dunia
kedua.
d) Sabah dan Sarawak penting bukan sahaja sebagai pembekal bahan
mentah tetapi juga sebagai pasaran barangan Britain.
e) Kepentingan Singapura sebagai pusat pertahanan dan
perdagangan Britain di Asia Tenggara untuk kedudukan survival agar
terus kukuh British perlu mempastikan Singapura dibekalkan dengan
bahan mentah dari tanah jajahan di sekelilingnya dan menjadi pusat
pengedaran barangan selepas itu jelas kelihatan bila Singapura
diasingkan dari kesatuan Malaya.
f) Alasan kerosakan akibat perang dunia kedua kedua-dua
pemerintah Syarikat Berpiagam dan Rejim Brooke tidak mampu
membangunkan semula negeri-negeri itu.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI SARAWAK: GERAKAN ANTI
CESSION.Kesedaran kebangsaan peringkat awal
Nasionalisme dalam bentuk moden wujud di Borneo 1930an.
Penentangan-penentangan awal terhadap penguasaan luar berlaku
pada abad ke-19 seperti: penentangan Pengiran Mahkota, Datu
Patinggi Gapor, Rentap dan Sharif Masahor Sarawak.
Dari penentangan berasaskan semangat patriotisme dan menghalau
penjajah asing perjuangan awal abad ke-20 kebangkitan nasionalisme
dalam bentuk moden melalui pendidikan sekular.
Walaupun tanpa pendidikan tinggi pendidikan rendah Melayu
memberi pendedahan kepada penuntut-penunut tentang rasa kekitaan,
kemegahan terhadap bahasa, budaya dan sastera mereka.
Kesedaran di Sarawak dipelopori oleh Rakawi Mohd Yusuf melalui
Fajar Sarawak 1930 dan Persatuan Melayu Sarawak.
Kesedaran disebarkan juga melalui cawangan-cawangan PASPAM dan
majalah.
Menerusi PASPAM, ahli-ahli dapat ikuti perkembangan sosial,
ekonomi dan politik yang berlaku di negara jiran.
PASPAM galakkan ahli membaca melalui pertukaran buku dan membuka
bilik bacaan di cawangan-cawangannya.
Bagi Sarawak, keahlian dalam PASPAM adalah penerusan pendedahan
sejak Fajar Sarawak diterbitkan.
Peranan Fajar Sarawak dalam menyebarkan kesedaran supaya orang
Melayu tidak terus tertidur dibuai mimpi khayal.
Kesulitan kewangan dan kekurangan sambutan menyebabkan Fajar
Sarawak ditutup.
Rakawi dan rakan-rakan berusaha menubuhkan sebuah persatuan yang
akhirnya dinamakan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) 1937. penubuhan
sebenar berlaku pada 1939 setelah Rakawi meninggal dunia.
PMS diterajui oleh pemimpin tradisional merupakan persatuan
sosial yang menyokong pemerintah.
Tujuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan usaha untuk
memperjuangkan nasib orang Melayu yang ketinggalan dari kaum lain
dalam ekonomi dan pendidikan.
Nasionalisme menjelang Perang Dunia Kedua di Sarawak dipaparkan
melalui keluhan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan ekonomi dan
pelajaran Bumiputera jika dibandingkan dengan kedudukan orang asing
dalam akhbar dan persatuan sosial.
Kesan pendidikan Melayu dipertingkatkan melalui penubuhan
Madrasah Melayu dan Maktab Perguruan Melayu.
Masa pendudukan Jepun, nasionalisme tidak digalakkan berkembang
dibentuk pertubuhan perkauman Liga Kemerdekaan India cawangan
Sarawak, Persatuan Cina Seberang Laut, Dayak dan Persatuan Kaum Ibu
Kuching. Kesan melebarkan jurang pemisahan dan melebarkan perasaan
perkauman.
Semangat nasionalisme yang terpendam pada zaman Jepun dihidupkan
semula bila Vyner Brooke membuat pengumuman menyerahkan Sarawak
kepada kerajaan Britain.
Majoriti Melayu diwakili PKMS (PKM) dan sebahagian orang Iban
(SDA) telah bangun menentang cession.
Sebab
1. Melanggar Prinsip Perlembagaan 1941 menjanjikan pemerintahan
sendiri.
2. Vyner Brooke buat keputusan tanpa berunding dengan
Ketua-ketua Anak Negeri Sarawak.
3. Enggan dijajah oleh British.
Bantahan peringkat awal melalui surat dan telegram.
Tunjuk perasaan dan pemulauan perayaan dan kedatangan
Gabenor.
bantahan cara kekerasan oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
Rukun 13 setelah cara baik tidak dilayan.
Kekerasan digunakan juga kerana ugutan melalui Circular No. 19
yang memberi kata dua kepada pegawai-pegawai kerajaan yang
menentang cession.
Kesan ramai pegawai kerajaan Melayu dan Iban meletak jawatan
(guru-guru Melayu dan perkeranian)
Mereka tubuhkan sekolah rakyat.
Rukun 13 telah bertindak menikam Gabenor Sarawak kedua, Duncan
Stewart.
Akibat gerakan anti-cession diharamkan yang terlibat dihukum
mati dan dipenjarakan.
Dari Disember 1949-1958 tiada kegiatan politik sehingga
dihidupkan semula Barisan Pemuda Sarawak.
PERSATUAN-PERSATUAN SOSIO-POLITIK SABAH 1939-1963.
Kesedaran kebangsaan peringkat awal
Tidak seperti di Sarawak, di Borneo Utara tidak terdapat akhbar
atau majalah peribumi sebelum perang dunia kedua.
Keluhan, kegelisahan disalurkan melalui Majlis Penasihat
Ketua-ketua Anak Negeri (MPKKAN).
Melalui majlis ini, Ketua-ketua Anak Negeri (KKAN) menyuarakan
pandangan dan cadangan mengenai hal ehwal peribumi kepada
pemerintah.
Mengemukakan resolusi untuk dipertimbangkan dalam
perkara-perkara keperluan pelajaran Bahasa Inggeris, pelajaran bagi
anak-anak perempuan, soal tanah peribumi dan hutang-piutang mereka
kepada orang Cina.
Selain MPKKAN, saluran lain ialah PASPAM terhad di kalangan
mereka yang tinggal di Labuan Jesselton dan Tawau.
Kegiatan berpersatuan yang terhad ini menyebabkan peribumi
Borneo Utara lewat mengalami kebangkitan nasionalisme jika
dibandingkan dengan Sarawak dan Tanah Melayu.
Ketiadaan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua (iaitu
pendidikan, pentadbiran, komunikasi dan faktor geografi)
menyebabkan peralihan kuasa dari SBBUB kepada kolonial British
tidak menimbulkan sebarang masalah.
Walaupun tidak wujud sebarang gerakan menentang penjajahan
British 1946, namun kehadiran 2 persatuan sosio-politik: Parti
Kebangsaan Melayu Labuan atau Jesselton dan Barisan Pemuda Society
(BARIP) menunjukkan Borneo Utara juga tidak terlepas daripada
gelombang kesedaran nasional selepas perang.
Kegiatan berpersatuan dirangsangkan oleh pemimpin-pemimpin dari
Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia seperti Harun Aminurrashid,
Hatta, Sjahrir dan Soekarno.
Pelopor PKML ialah Hj. Zakaria Gunn, Abu Bakar Ahmad dan Cikgu
Suhaimi. Tengku Noordin sebagai Yang Di Pertua.
Majoriti ahli jawatankuasa bekas ahli PASPAM yang aktif dan
pernah menulis rencana berunsurkan perpaduan dan nasionalisme.
PKML dan BARIP banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme
Indonesia dengan cogan kata merdeka tidak disenangi oleh penjajah
British.
PKML dan BARIP dilemahkan dengan penukaran
pemimpin-pemimpinnya.
Tindakan British dan masalah sokongan yang kurang dan persaingan
dengan BARIP membawa kepada kelumpuhan PKML/J.
Demikian juga dengan apa yang berlaku kepada BARIP menyebabkan
pada bulan September 1949, BARIP hanya berfungsi sebagai Moslem
Club.
Pada awal 1950an muncul beberapa persatuan Islam, persatuan
sosial dan AGABA.
Persatuan-persatuan Islam seperti Khairat Jumaat Muslimin dan
Persatuan Ikhwan Sabah hanya wujud beberapa tahun akhir 1950an
persatuan-persatuan ini tidak mendapat sokongan sepatutnya kerana
wujud persatuan-persatuan sosial lain seperti Angkatan Caya Baru
dan Persatuan Anak Negeri Sandakan.
Selepas kedua-dua persatuan Islam itu tidak berfungsi,
masyarakat Islam dan bekas pemimpin Ikhwan menubuhkan
persatuan-persatuan Islam baru seperti Persatuan Islam Putatan,
Tawau dan akhirnya Persatuan Islam Sabah.
Persatuan-persatuan Islam inilah akhirnya merangsangkan
penubuhan USNO pada tahun 1961.
Dalam tempoh 1952an itu juga berlaku perkembangan dalam
perlembagaan di Borneo Utara.
Contohnya: 2 majlis: Executive (kerja) Legislative (undangan)
dibentuk.
Buat pertama kali wakil Bumiputera dilantik. Sebelum ini, wakil
Bumiputera tidak pernah diberi peluang menduduki Majlis Penasihat
dan Undangan.
Ahli tidak rasmi dalam majlis terus ditambah menjadikan
bilangannya melebihi ahli rasmi bagi memberi latihan kepada lebih
ramai orang tempatan menyertai pemerintahan.
-Perkembangan-perkembangan ini dilaksanakan secara
beransur-ansur sehingga gagasan Malaysia diumumkan pada tahun
1961.
-Pengumuman ini telah memberi kelutan kepada penduduk tempatan
Borneo Utara. Jika dulu mereka bergiat dalam persatuan-persatuan
sosial, kini sudah sampai masanya mereka memikirkan peri pentingnya
ditubuhkan parti politik. Melalui parti-parti politik ini mereka
dapat menyuarakan pandangan dan tuntutan malah menubuhkan kerajaan
jika menang dalam pilihan raya.
-USNO-United Sabah National Organization bekas pemimpin-pemimpin
persatuan Islam dan sosial membantu Datu Mustapha.
-UNKO-United Nasional Kadazan Organization diasaskan oleh
pemimpin-pemimpin Persatuan Kadazan (PK) yang lahir pada 1950an. PK
didokongi oleh para inteligensi di kalangan lepasan sekolah Mission
yang terangsang daripada perkembangan politik yang berlaku di
kalangan bumiputera Islam dan Cina serta galakan daripada
perkembangan-perkembangan yang berlaku pada masa itu.
-Peranan yang dimainkan oleh pendidikan Mission dan agama
Kristian dalam membina dan membentuk sikap atau pemikiran para
pelajar yang kemudiannya menjadi pemimpin-pemimpin politik.
-Golongan ini berjaya menanamkan rasa kekitaan, perpaduan dan
nasionalisme di kalangan masyarakat Dusun atau Kadazan.
PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EKONOMI DI SABAH DAN SARAWAK PADA ZAMAN
PENJAJAHAN BRITISH. Penjajahan British di Sarawak berlaku pada
zaman penjajahan mula pudar dan semangat kebangsaan berkembang luas
di Asia Tenggara.
Oleh itu, British berhati-hati dan terpaksa bersikap liberal
memberi sedikit kemudahan awam dan kebajikan kepada penduduk yang
dijajah tidak mahu dituduh sebagai kuasa penindas.
Di Sabah, British bernasib baik kehadiran mereka tiada
tentangan.
Sepatutnya mudah menyediakan pembangunan tapi dilakukan secara
perlahan dengan alasan tahun antara 1946-1952 pemerintah masih
mengalami kekurangan wang kerana terpaksa membayar sejumlah besar
pampasan kepada SBBUB detailnya lihat M.H. Baker.
Sedikit kemajuan dalam kemudahan awam prasarana, kesihatan dan
ekonomi.Perkembangan sosial dan ekonomi di SabahPerhubungan
1. Wujudkan perkhidmatan penerbangan awam Malayan Airways 1949
=> Borneo Airways 1950 diluaskan hingga ke Brunei dan Sarawak
1955.
2. Bina landasan terbang di Jesselton, Sandakan dan Labuan. Dan
landasan kecil di Kudat, Lahad Datu dan Keningau.
Jika diteliti kemudahan ini lebih ditujukan untuk syarikat
British dan pegawai British dan syarikat tempatan lain.
3. Jalan Raya: baru dibina 30 batu dari Jesselton => Kota
Belud 1954-1957 pembinaan dilipatgandakan. Pembinaan besar dari
Jesselton, Sandakan dan Ranau dimulakan pada tahun 1960 Papar ke
Bukit Manggis: 1961, 100 batu dari Kota Belud ke Kudat.
4. Jalan kereta api: dibina waktu SBBUB untuk kepentingan
hubungan ladang-ladang getah, kayu balak dan kelapa kering,
terutamanya dari Tenom, Papar, Beaufort dan Keningau.
Pembinaan jalan kereta api diluaskan melalui Putatan, Benoni,
Kimanis Bongawan, Membakut Beaufort ke Melalap => Sungai Padas
ke lembah Tenom.
5. Pelabuhan dan pangkalan laut dibaiki dan ditambah di
sepanjang pantai Borneo British dari Kuching ke Tawau.
Kesihatan
Zaman SBBUB tiada perancangan teratur dan khusus untuk rakyat
kecuali bantuan terhad dan usaha badan dakwah Kristian.
Masa British, perkhidmatan kesihatan lebih terancang melalui
penyusunan Jabatan Perubatan untuk 5 tahun, wujudkan bahagian
kesihatan, melatih pegawai kesihatan tempatan. Bina 14 pusat
kesihatan dan rawatan di kampung-kampung. Bina bangunan tetap
hospital. Pembinaan kelinik-kelinik di Pedalaman.
Adanya badan sukarela seperti Red Cross, Rotary Club dan badan
sukarela lain memberi ceramah mengenai kesihatan dan perubatan
moden.
Usaha mencegah penyakit berjangkit dan penyakit tropika 2 buah
hospital besar didirikan 1952 Duchess of Kent, Sandakan dan Queen
Elizabeth, Jesselton 1957.
Bantuan dari WHO membasmi penyakit seperti malaria.
Pembinaan pusat kesihatan kusta di Pulau Berhala ditutup pada
1958 kerana dipindahkan ke Kuching.
Membawa masuk pakar-pakar perubatan luar melalui bantuan
Rancangan Colombo.
Kesan taraf kesihatan meningkat => penduduk bertambah dan
rakyat semakin sedar tentang kepentingan kebersihan bagi menjamin
kesihatan yang baik.Pendidikan
Corak pendidikan pada zaman SBBUB diteruskan. Cthnya: Sekolah
Rendah Melayu adalah sekolah kerajaan, Sekolah Mission Rendah dan
Menengah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Cina ada sekolah Cina
persendirian, ada sekolah Mission Cina yang dikendalikan oleh Basel
Mission.
1956 barulah pindaan pendidikan dibuat. Sebuah lembaga pelajaran
dibentuk bagi membincang dan mengesyorkan cara-cara yang baik yang
perlu dilakukan terhadap sistem pendidikan Sabah.
Perkenalkan Ordinan Pelajaran Baru. Pindaan telah dicadangkan
bagi membolehkan sekolah-sekolah di Sabah diletakkan di bawah
pentadbiran pusat. Ini termasuk sekolah-sekolah Mission dan sekolah
Cina apabila sekolah-sekolah itu menerima bantuan pemerintah.
Tujuannya untuk mendidik pelajar supaya mempunyai pandangan yang
sama tentang Sabah dan sekali gus dapat memupuk ketaatsetiaan
kepada Sabah.
Mulai 1948, kerajaan sama ada membina sekolah baru atau membaiki
yang telah ada, bagaimanapun, bilangan anak yang bersekolah kurang
daripada 4000. kemudahan pendidikan di pedalaman masih
terbatas.
Pemerintah memang tak galakkan penyebaran pelajar secara meluas
sebelum 1956.
Kekurangan guru-guru terlatih daripada 169 orang guru waktu itu,
hanya 14 orang yang terlatih. Oleh sebab itu, 1952, Maktab Kent
dibina bagi melatih guru-guru sekolah rendah untuk 3 aliran.
Maktab kedua ialah Maktab Gaya yang hanya dibina pada 1953 bagi
melatih guru-guru sekolah Menengah rendah bagi aliran Inggeris.
Menjelang penubuhan Malaysia, kedudukan pendidikan di Sabah
masih terbelakang. Kenal huruf di kalangan peribumi masih rendah
walaupun kesedaran tentang kepentingan pendidikan meningkat
daripada 1000 Bumiputera 55 celik huruf
daripada 1000 Cina 303 celik huruf
Ekonomi
Meneruskan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan oleh SBBUB.
Penekanan masih kepada ekonomi pertanian sebagai pembekal bahan
mentah kepada industri British.
Pada peringkat awal, tidak banyak perubahan dilakukan sehingga
pemerintah mendapat bantuan daripada skim kebajikan dan pembangunan
kolonial - $4.5 juta.
Bantuan ini membolehkan kerajaan buat perancangan 5 tahun.
Pembalakan dasar British memonopoli pengurusan dan mendapat
lesen jangka panjang (25 tahun) to cut, collect and export timber
on all state land.
Pembatalan monopoli BBTC menyebabkan banyak syarikat menyertai
kegiatan pembalakan seperti The Bombay Burma Trading Corporation
Kenedy Bay Timber Co. dan The North Borneo Timbers Ltd.
Kesan: hasil pembalakan menjadi keluaran eksport terbesar
bernilai $102 million. Manakala getah $41.2 million tahun 1961.
Pada 1963, eksport balak meningkat ke $149.6 million.
Kelapa kering adalah eksport ketiga terbesar. Penanaman
bertambah dari 35 000 ekar (1945) ke 80 000 ekar (1963). Perusahaan
banyak dikendalikan oleh pekebun kecil Cina. Eksport meningkat ke
47 170 tan.
Kelonggaran undang-undang Borneo Utara dalam kes pemilikan tanah
menyebabkan ramai orang Cina berpeluang mendapatkan tanah jika
dibandingkan dengan Sarawak.
Manila hemp juga turut dimajukan pengeluarannya khasnya di Tawau
1963 hasilnya meningkat ke 3 638 tan.
Penanaman baru = koko diperkenalkan di Tawau 1950-an dan terus
dimajukan hingga kini seperti di Tenom, demikian juga kelapa sawit
ditanam pada 1960-an di Kinabatangan.
Walaupun ekonomi terus berkembang pada masa British, tetapi
masih kekal sebagai negeri pertanian. Perkembangan sosial dan
ekonomi di Sarawak
Perhubungan Sama seperti Borneo Utara, terdapat kemajuan dari
segi ekonomi dan sosial masa British.
Menambah kemudahan awam yang sedia ada seperti perhubungan.
Penekanan dibuat kepada membaiki dan mempertingkatkan perhubungan
air. Keadaan muka bumi Sarawak menyulitkan pembinaan jalan raya dan
kereta api. Beberapa pangkalan baru dibuka dan dibaiki seperti
Kuching, Simanggang, Miri, Sibu, Binatang dan Sarikei. 1950-an
beberapa syarikat pengangkutan air tubuhkan seperti Sibu Express.
Rancangan pembinaan jalan raya bermula 1958,
Kuching-Serian-Simanggang seperti dari Serian-Simanggang hanya
dibuka pada 1962.Selepas Malaysia dibentuk barulah pembinaan jalan
raya ke Sibu dilancarkan.
Perhubungan udara seperti di Borneo Utara dibaiki dan
dipertingkatkan.Kesihatan
Semasa di Borneo Utara British telah membaiki dan menambah
jumlah hospital dan klinik dispensari.
Klinik khas untuk pesakit TB didirikan 1963 di Kuching. Berusaha
mencegah penyakit tropika dan berjangkit, contohnya: malaria
terutama di pedalaman. Bantuan diperolehi dari badan kesihatan
sedunia WHO. Usaha dipertingkatkan bagi memberi kesedaran tentang
kepentingan kesedaran untuk menjadikan kesihatan dan perubatan
moden menerusi ceramah-ceramah di pedalaman oleh pegawai kerajaan
dan badan sukarela. Kesan pertambahan penduduk pada tahun
1950-an.Pelajaran
Peringkat awal meneruskan corak pendidikan Rejim Brooke tidak
ada penyatuan tentang dasar pelajaran sehingga 1956. Hal ehwal
pendidikan sekolah rendah diletakkan di bawah Lembaga Tempatan yang
ditubuhkan pada 1948. Sekolah-sekolah Cina baik rendah mahupun
menengah adalah terbanyak di Sarawak. Sebelum 1956, punyai sistem
tersendiri dikendalikan oleh masyarakat atau individu atau golongan
peniaga Cina. Ada juga yang dikendalikan oleh Christian Mission.
Perbandingan 1951: 45 sekolah kerajaan, 65 sekolah mission dan 216
sekolah Cina. 1956 kesemua jenis sekolah ini cuba diselaraskan
melalui pemberian bantuan seperti termaktub dalam peraturan (grant
code). Dengan menerima bantuan kerajaan, sekolah-sekolah Mission
dan Cina tertakluk kepada syarat-syarat seperti penyeragaman
sukatan pelajaran dan Bahasa Inggeris dicadangkan menjadi bahasa
pengantar di semua sekolah. Local authorities diberi bantuan untuk
laksanakan sistem pelajaran kerajaan di daerah-daerah. 1957,
sekolah menengah kerajaan pengantar Inggeris didirikan di Kuching.
Menerbitkan buku-buku teks yang mempunyai kandungan yang sama bagi
semua jenis sekolah. Begitu juga dengan tarikh dan tutup penggal
persekolahan disamakan. Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah mulai 1960. Bahasa Inggeris dijadikan
sebagai bahasa rasmi Sarawak. Bantahan daripada masyarakat Cina
SUPP Penguatkuasaan dibuat setelah Council Negeri meluluskannya
pada tahun 1961. 1961, 45 820 murid bagaimanapun mewakili 33.9%
daripada jumlah yang patut bersekolah.62 223 mewakili 78.2% murid
Cina yang bersekolah. Kerajaan juga menubuhkan Rural Improvement
School untuk orang dewasa sejak tahun 1948. selain mengajar 3M,
mereka juga diajar kaedah atau teknik pertanian, penternakan dan
tatarakyat. 1962, sebuah sekolah pertukangan didirikan. Latihan
tenaga profesional dan teknikal dilaksanakan dengan bantuan
Rancangan Colombo....beberapa orang pelajar telah dihantar ke luar
negara Australia, New Zealand dan United Kingdom. Sebelum di Sabah,
di Sarawak pemerintah telah menubuhkan Maktab Perguruan bagi
mengatasi masalah kekurangan guru maktab perguruan Batu Lintang
didirikan pada 1948 memberi latihan guru sekolah rendah dan
menengah. 1957 Maktab perguruan Sibu ditubuhkan untuk latihan guru
sekolah Cina. Bagi mengatasi kekurangan buku teks, kerajaan
mendirikan Borneo Literature Bureau di Kuching menerbitkan
buku-buku dalam bahasa Inggeris Cina, Melayu dan Iban untuk
kegunaan tempatan. Ekonomi
Meneruskan kegiatan pertanian yang sedia ada seperti getah, lada
hitam, sagu dan kelapa kering.
Berbeza dengan Sabah, di Sarawak lebih banyak kebun kecil
daripada ladang besar. Sama seperti Sabah, di Sarawak British
membangunkan ekonomi dan sosial menerusi bantuan Skim Kebajikan
Pembangunan Kolonial $3,253,703 pada 1956. ini membolehkan
pemerintah melaksanakan rancangan 5 tahun. Rancangan ini kurang
berjaya kerana kekurangan tenaga terlatih. Untuk memajukan keluaran
pertanian, pemerintah telah menubuhkan Jabatan Pertanian-Jabatan
memastikan kesuburan tanah
-Memajukan tanah secara intensif dan mempelbagaikan
pertanian
-Memberi perhatian khusus kepada pengeluaran bahan makanan
terutama sekali beras.
-Menambahkan eksport getah di samping mengukuhkan ordinan getah
1958 iaitu menggalakkan penanaman semula.
-Untuk membantu petani, seterusnya kerajaan memberi bantuan
peralatan dan kemudahan pinjaman melalui Sarawak Finance
Corporation.
Walaupun banyak ladang dan kebun-kebun kecil dibuka, tapi
sehingga tahun 1961, tidak ada rancangan untuk mendirikan
perusahaan bagi memproses bahan-bahan mentah itu.
Walau bagaimanapun, 70% daripada bahan yang dieksport adalah
keluaran pertanian dan hasil hutan.
Perusahaan perkapalan dan pemasaran dimonopoli oleh orang
Cina.
Buruh tidak seperti Sabah, Sarawak tidak menghadapi masalah
kekurangan buruh.
Sepanjang 17 tahun British menjajah Sabah dan Sarawak,
pemerintah tidak pernah merancang pembangunan secara
besar-besaran.
Kerajaan enggan menggunakan lebihan belanjawan atau memberi
pinjaman untuk pembangunan.
PERKEMBANGAN PENTADBIRAN DAN POLITIK DI SARAWAK DAN SABAH
1946-1963.Sarawak
Imbasan keadaan pentadbiran atau perlembagaan semasa Rejim
Brooke begitu terhad. Pengurniaan Perlembagaan 1941 bukanlah
didesak oleh rakyat semata-mata atau jasa baik Vyner sempena 100
tahun pemerintahan.
Sebab tersembunyi mengelakkan dari campur tangan British dalam
hal ehwal dalam negeri Sarawak. Dari segi kuasa perlembagaan itu
tidak membawa perubahan dari segi kuasa kerana kesemua ahli-ahli
majlis dilantik dan dipilih oleh Raja. Keadaan yang sama berlaku
peralihan kuasa daripada Brooke ke British hasil rancangan Britain
dan Brooke sendiri. Demikian juga, pada masa Malaysia ditubuhkan.
Pemerintahan Brooke kurang memberi persediaan kepada anak negeri
untuk memerintah sendiri.
Tapi jika dibandingkan dengan Sabah, didapati keadaan di Sarawak
lebih maju dari segi perlembagaan dan latihan pentadbiran.
Pada masa British, Sarawak ditadbir oleh seorang Gabenor dengan
bantuan nasihat Council Negeri dan supreme Council, kerajaan
British mengekalkan fungsi kedua-dua majlis sama seperti yang
termaktub dalam perlembagaan 1941.
Kedua-dua majlis diwakili oleh pegawai-pegawai Eropah,
Bumiputera dan Cina. 25 ahli Council Negeri, 14 ahli rasmi dilantik
dari pegawai perkhidmatan awam. 11 ahli tidak rasmi mewakili
penduduk Sarawak, dilantik oleh Gabenor selama 3 tahun. Council
Negeri berkuasa membuat undang-undang mengawal kewangan negeri.
Bagi Majlis Tertinggi, perlembagaan mensyaratkan supaya tidak
kurang daripada 5 ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai
perkhidmatan awam dan ahli Council Negeri. Majlis-majlis tempatan
juga ditubuhkan untuk kendalikan pentadbiran kerajaan tempatan,
1948 5 buah majlis ditubuhkan, 1950 10 buah lagi dibentuk. Asas
kekuasaan ialah Ordinan Local Authority 1945 buat permulaan LA ini
ditubuhkan berdasarkan ras. 1961 diubah bila LA berjalan mengikut
garis semua kaum. LA pertama ialah Kuching Municipal Authority
merupakan LA pertama mengadakan pilihan raya melalui undi sulit
pada November 1956. 1959 semua ahli LA adalah dilantik melalui
pemilihan.
Mulai 1950an, sama seperti aspek ekonomi, pemerintah mengadakan
sedikit perubahan dalam perlembagaan.
Pilihan raya tidak langsung ke Council Negeri
Council Negeri
Majlis-majlis Bahagian
Majlis-majlis Tempatan
(Daerah, Municipal, Urban, Rural)
Penduduk Sarawak Perubahan perlembagaan 1963 menambah ahli tidak
rasmi kepada 36 dan kurangkan ahli rasmi kepada 6. Pindaan
perlembagaan 1963 memperuntukkan jawatan Ketua Menteri yang
dilantik dari kalangan pemimpin parti politik yang mendapat kerusi
terbanyak di Council Negeri. Ketua Menteri akan memilih 5 menteri
daripada kalangan ahli Council Negeri. Ketua Menteri akan menjadi
ahli Supreme Council dan di majlis ini mereka akan menentukan
segala dasar-dasar penting.
Dengan itu, tanggungjawab dan kuasa pemerintah bertukar tangan
daripada pegawai awam kolonial kepada pemimpin politik. Speaker
mengambil alih tugas Setiausaha Kerajaan melalui Sidang Majlis
Negeri.
Pilihan raya memilih ahli-ahli baru Council Negeri diadakan pada
April dan Julai 1963.
Perlembagaan baru dan pengenalan pilihan raya telah membawa
kepada penubuhan parti-parti politik 1959-1962.
Dimulakan dengan Sarawak United People Party (SUPP) diketuai
oleh Ong Kee Hui. Majoriti ahli dari kalangan pekerja, petani, dan
peniaga Cina yang menentang dasar-dasar pelajaran dan bahasa
pemerintah. Terdapat juga Dayak dan Melayu peringkat awal
multinasional. 1960, Parti Negara Sarawak (PANAS) ditubuhkan
dipimpin oleh Datuk Bandar Datu Abang Haji Mustapha multi-racial
juga pada peringkat awal didukung majoriti golongan pro-cession.
Anti-cessionists menubuhkan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
Tuanku Bujang Melayu dan Peribumi lain Jan 1961.
Sarawak National Party (SNAP) Stephen Kalong Ningkan majoriti
ahli Iban Bahagian II April 1961.
PESAKA Parti orang Iban majoriti dari Bahagian III, Julai 1962
Temenggung Jugah. Kesemua parti kecuali SUPP menyokong Malaysia dan
untuk tujuan tersebut pertandingan pilihan raya 1963 bergabung
menjadi Perikatan beroleh kemenangan Stephen Kalong dipilih menjadi
Ketua Menteri I.
Sabah
Dari 1946-1950, Sabah ditadbir oleh Gabenor dengan bantuan
Majlis Penasihat, 1950 barulah Majlis Undangan dan Majlis Kerja
dibentuk.
Majlis Undangan mengandungi 9 ahli tidak rasmi, 10 orang ahli
rasmi, 3 ex-officio dan Governor sebagai presiden.
Pada peringkat ini, Sabah dibahagikan kepada 3 residensi, Pantai
Barat, Pantai Timur dan Pedalaman.
Residensi dibahagikan kepada beberapa daerah dan daerah kecil
KAN dan ketua kampung membantu DO dan ADO, dalam pentadbiran daerah
KAN biasanya menjadi hakim Mahkamah Anak Negeri mengadili kes-kes
yang bersangkutan dengan undang-undang adat dan undang-undang
Islam. 1956, keahlian Majlis Undangan diperluaskan dengan membawa
masuk ahli-ahli yang mewakili Majlis Ketua-ketua Anak Negeri
Chinese Chamber / Commerce, The North Borneo Chamber of Commerce
dan The Planters Association. Kesannya, 1960, ahli tidak rasmi
bertambah menjadi 12 melebihi ahli rasmi (8).
1962, ahli tidak rasmi ditambah kepada 18 dan ahli rasmi menurun
kepada 7.
Di peringkat tempatan, penyertaan orang North Borneo
diperluaskan dalam local goverment. Kepentingan penyertaan orang
tempatan terserlah bila setiausaha kepada local goverment dilantik
sebagai ex-officio dalam Majlis Kerja. Kota Belud mandapat taraf
Majlis Daerah pada 1952, Sipitang 1955. Ini diikuti oleh Papar,
Tuaran, Beaufort 1958, Kudat, Semporna 1959, Tenom, Lahad Datu
1960, Keningau, Kuala Penyu dan Tambunan 1961.
Kesan secara perlahan-lahan sebahagian authority (tanggungjawab)
dan power (kuasa) diturunkan kepada orang tempatan.
Di kawasan Pedalaman, Majlis-majlis kampung dibentuk bagi
memberi kefahaman dan kesedaran penghuninya tentang peranan dan
tanggungjawab kerajaan serta mendedahkan mereka kepada The Working
of Democratic Process.
1954, Municipal and Urban Authorities Ordinance digunakan bagi
membentuk Lembaga Bandaran. Kecuali Pegawai Daerah, ahli-ahli lain
di Jesselton, Sandakan-Tawau dan Labuan adalah ahli tidak
rasmi.
Walaupun terdapat perkembangan perlembagaan, namun
perlembagaannya tidak sampai ke tahap membenarkan orang Sabah
menubuhkan parti politik sehingga tahun 1961. Cadangan Malaysia
barulah menyedarkan pemimpin-pemimpin Sabah tentang pentingnya
mereka menubuhkan parti politik sebagai saluran memperjuangkan
kepentingan parti pemimpin dan masa depan komuniti masing-masing
dalam menghadapi gelombang politik yang bakal mendatang.
Ogos 1961 Parti politik pertama Sabah UNKO dirasmikan di bawah
pimpinan Donald Stephens, peranakan Australia Dusun. UNKO berasal
dari Kadazan Cultural Association (KCA/KA) Menentang Malaysia pada
awalnya.
- Asas perjuangan untuk orang Dusun atau Kadazan perjuangkan
Kadazan untuk semua Peribumi bukan Muslim tidak diterima
terutamanya Dusun di luar Papar dan Penampang dan orang Murut
dipimpin oleh Datuk G.S. Sundang dengan Parti United Pasok Momogun
Organisation.
Jan 1962
-Pasok Momogun Organisation (menentang Malaysia).
Jan 1964-Selesai perselisihan UNKO dan PM bercantum jadi UPKO
tapi perselisihan berterusan antara Sundang dan Stephens.
Dis 1961-USNO ditubuhkan, diketuai Datu Mustapha Datu Harun,
terbuka kepada semua Peribumi, menyokong Malaysia dari awal
dasarnya sesuai dengan dasar Perikatan Malaya memudahkan hubungan
dan terjalin hubungan baik di antara Mustapha dan pemimpin federal.
Mid 1965-Sabah Chinese Association ditubuhkan setelah bercantum
dengan SANAP, iaitu nama asal bagi B.U. National Party (BUNAP)
hasil cantuman Democratic Party dan United Party, Oct 1962.
Dis 1961
Pilihan raya negeri I diadakan bagi memilih wakil ke Majlis
Undangan secara tidak langsung melalui Residency Electrical
Colleges, setiap Residensi adakan pilihan raya untuk majlis
tempatan dan majlis daerah.
Setiap majlis tempatan itu memilih wakil ke badan pemilih
college. Setiap college memilih ahli untuk Majlis Undangan pada
Julai seperti berikut:ResidensiNo. Kerusi KolejKerusi Majlis
Undangan
Pedalaman
Sandakan
Tawau
Pantai Barat12
14
14
404
3
3
8
Gagasan Persekutuan Borneo Utara Gagasan Persekutuan Borneo yang
dicadangkan sebelum perang dunia kedua dihidupkan semula oleh
Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya Am British di Asia Tenggara pada
bulan April 1953.
Untuk tujuan kerjasama antara Borneo Utara, Sarawak dan Brunei,
ke arah pembentukan persekutuan Borneo, satu persidangan diadakan
di antara Gabenor Borneo Utara-Ralph Hone, Gabenor Sarawak-Anthony
Abel, dan Sultan Brunei-Omar Ali Saifudin III. Wujudkan badan
Konferensi Antara Wilayah (KAW).
Beberapa mesyuarat diadakan di Kuching, Bandar Brunei dan
Jesselton 2 kali setahun bagi membincangkan kerjasama wilayah.
Contohnya: komunikasi dan pentadbiran.
Sultan menolak sebarang usaha untuk membawa Brunei mengadakan
hubungan politik dengan Sarawak dan Borneo Utara.
Usaha ke arah pembentukan persekutuan itu dibangkitkan semula
pada tahun 1958 secara aktif ikatan politik dipropogate Radio
Sarawak dan Sabah. Majlis Perbandaran Kuching menyokong cadangan
Persekutuan Borneo Utara yang dicadangkan Anthony Abell 1958 itu
kecuali wakil Melayu yang mengatakan Brunei tidak mungkin bersetuju
dengan cadangan itu, walaupun Sultan dicadangkan menjadi ketua
negara.
Pemimpin-pemimpin Borneo Utara dan Sarawak mendesak agar Sultan
Brunei menimbangkan cadangan Persekutuan Borneo Utara.
Reaksi Sultan
Orang bijak pandai di Brunei lebih suka melihat negeri itu
bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu yang baru merdeka
daripada bersatu dengan Sarawak dan Borneo Utara terpaksa membantu
pembangunan kedua-dua negeri itu. (The Straits Times, Singapore).
Sultan berhati-hati dalam soal hubungan politik yang boleh
menurunkan martabat sultan dan negeri Brunei sebagai negeri naungan
bukannya negeri jajahan. Cadangan Persekutuan Borneo Utara
diumumkan tanpa terlebih dahulu berunding dengan sultan. Parti
Rakyat Brunei (PRB) punyai gagasan sendiri iaitu Negeri Kesatuan
Kalimantan Utara. Sama ada gagasan itu berjaya atau tidak,
bergantung kepada pendirian Sultan Brunei. Bilangan penduduk
1958Sarawak- 700 000
Borneo Utara- 400 000
Brunei
- 60 000
Jumlah
-1 160 000
Reaksi Borneo Utara dan Sarawak Orang Cina majoriti
menyokongPeribumi majoriti Merasa sangsi dan bimbang. Mereka yang
tercicir.Brunei PRB
Menyokong ini disokong pula oleh SUPP dan Pasok Momogun
memorandum yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB pada 9
September 1962 menyokong konsep Persekutuan Borneo Utara (Negara
Kesatuan Kalimantan Utara).PAGE
___________________________________________________________________________