-
2/22/2014
1
AJ10203 SEJARAH SABAH & SARAWAK (1841-1963)
SESI 2013/2014
SEMESTER 2
PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. BILCHER BALA
KULIAH 1
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
Pengenalan
Mengapa perlunya pengajian sejarah wilayah ini?1. Matlamat
sejarah memahami kebenaran2. Objektif sejarah - membina
kefahaman
Persoalan Asas:1. Apakah Sabah & Sarawak dan
bagaimanakah
kewujudannya menjadi sebuah entiti politik sebelumabad Ke-19
atau sebelum tahun 1963?
2. Bagaimanakah perkembangan wilayah politiktersebut sehingga
tahun 1963?
Sabah & Sarawak di Pulau Borneo
Geografi - Sabah di bahagian utara Borneo dan Sarawak di Barat
Borneo.
Sejarah Proto Sabah & Sarawak adalah wilayah jajahan
Kerajaan Brunei Tua sehingga abad Ke-19.
Pendapat sarjana: Jones, Low dan Hunt.
Borneo and Brunei are basically the sameword, and indeed no more
than 100 yearsago Brunei was referred to as BorneoProper. (L.W.
Jones, 1966)
it being rarely the custom of the natives[pribumi Tanah Melayu]
to apply adistinguishing name to the whole as, andcollectively, but
to designate each part bythe name of the most powerful
kingdomsituated in it. (Hugh Low, 1988)
Hunt (1812) - Pulo Kalimantan [Burni] adalahnama sebuah ibu kota
bagi tiga buah kerajaanyang berasingan (Brunei, Sambas & Kutai)
dipulau Borneo ketika itu.
Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei,terdapat lima buah
negeri di bawah taklukBrunei, iaitu Kalaka, Mukah,
Saribas,Samarahan dan Sarawak. Tetapi tidakterdapat fakta yang
sahih untuk mengesahkantarikh yang tepat bila berlaku
kekuasaanBrunei ke atas kelima-lima jajahan tersebut.
-
2/22/2014
2
Cuma ahli sejarah percaya bahawa peristiwapenaklukan ke atas
kelima-lima jajahantersebut telah berlaku di antara pertengahanabad
Ke-14 dan awal abad Ke-15.
Implikasi dasar perluasan kuasa penjajahBarat telah menjatuhkan
entiti ataupemerintahan kerajaan Melayu tradisional.
Hal ini telah mewujudkan jajahan Barat yangmerintis kewujudan
wilayah atau entiti politikmoden, seperti Sabah dan Sarawak
atauMalaysia amnya.
SABAH, keluasan 73,620 km persegi dandinamakan Borneo Utara pada
zamanpenjajahan. Dibahagikan kepada 5 Bahagianpentadbiran iaitu
Tawau, Sandakan, Kudat,Pantai Barat dan Pedalaman dengan ibunegeri
Bandaraya Kota Kinabalu. Bandarutama lain ialah Tawau, Semporna,
LahadDatu, Sandakan, Ranau, Kudat, KotaMarudu, Kota Belud, Tuaran,
Keningau,Beaufort dan Sipitang.
SARAWAK, keluasan 123,985 kmpersegi. Nama diambil daripadaSungai
Sarawak dalam BahagianKuching sejak tahun 1841. Terdiridaripada 9
Bahagian pentadbirandengan negeri Bandaraya Kuching.Bandar utama
lain ialah Miri, Sibu,Bintulu, Marudi, Limbang danLawas.
ASAL-USUL PENDUDUK ASLITidak dapat dipastikan secara tepat bila
danbagaimanakah kemunculan penduduk pribumiasli bermula di Borneo.
Nenek moyang pribumiasli di Borneo dipercayai telah melaluibeberapa
siri migrasi sejak lebih kurang 35 ributahun yang lalu pada zaman
Paleolitik (ais).
Pendapat ini berlandaskan penemuan kajianarkeologi tentang
kewujudan petempatanmanusia purba di tapak Gua Niah, Miri,Sarawak
dan Tingkayu, Sandakan, Sabah.
Penemuan kajian arkeologi terkini tentangkewujudan kebudayaan
purba zaman Paleolitikadalah di Lembah Mansuli, Lahad Datu,
Sabahmerupakan tapak tertua dengan angaran usiasekitar 200,000
tahun.
Kemudian penemuan kebudayaan zamanNeolitik di Bukit Tengkorak,
Semporna, Sabahdengan angaran usia 7,000 tahun. Seterusnyazaman
logam di Borneo berusia 3,000 tahun(4000-1000 B.C) yang merintis
migrasi ProtoAustronesian (Melayu Proto) dan pertaniandari Taiwan
pada awal zaman proto-sejarah.
-
2/22/2014
3
Teori Migrasi Dari Orang Asli Taiwan
4000-1000 B.C (3,000 Tahun)
LAGU ETNIK AMIS DIFANG ELDERS DRINKING SONG atau >>
http://www.youtube.com/watch?v=6oHGUr6HEow>
http://www.youtube.com/watch?v=vj9-IvE3iDY
-
2/22/2014
4
Lebih kurang tahun 1370, Kerajaan Pu-ni atauBuruneng menjalin
hubungan diplomatik uftidengan Dinasti Ming sehingga tahun
1424.
Bermula empayar Majapahit pada tahun 1347telah menyebab
kejatuhan empayar KerajaanPalembang di Pagaruyung, Sumatera
Baratpada akhir abad Ke-14, dan telah menyebabproses migrasi orang
Melayu [Ma-La-Yu] keTanah Melayu [Malaya] dan Borneo.
Juga pada ketika berlaku penyebaran agamaIslam di Pagaruyung,
iaitu bertentangan denganagama Hindu-Majapahit ketika itu.
Perdagangan dan migrasi ke Borneo merintispenubuhan sebuah
kerajaan Kesultanan [Islam]di Brunei pada awal abad Ke-15.
Raja Brunei bernama, Awang Alak Betatar telahmemeluk agama Islam
dengan gelaran SultanMuhammad Shah, dan meninggal dunia padatahun
1402 lantas dipangku oleh Pateh Berbaiyang menjadi Sultan Brunei
Ke-2 gelaran SultanAhmad (1408-1425).
Pengaruh agama Islam telah kukuh di Bruneisemasa pemerintah
Sultan Ke-3, yang bergelarSultan Syarif Ali (1425-1432).
Semasa pemerintahan Sultan Brunei Ke-5,Sultan Bolkiah @ Nakhoda
Ragam (1485-1524),kekuasaan Brunei telah tersebar merentasiseluruh
Borneo dan Filipina.
Setiap jajahan Brunei telah ditadbir olah Adapatibergelar
Pangiran. Semasa pemerintahanSultan Brunei Ke-9, Muhammad Hassan
(1582-1598), telah melantik puteranya, Raja Bongsusebagai Adapati
ke Sulu [Jolo] dan Raja Tengahsebagai Adapati ke Sarawak. Kematian
SultanHassan telah merintis pemisahan jajahanSarawak dan jajahan
Sulu daripada Brunei.
Hakikatnya, empayar Kerajaan Brunei mulalemah semasa
pemerintahan Sultan BruneiKe-6 yang bergelar Sultan Saiful Rizal
(1533-1581). Ketika itu, kuasa Sepanyol pernahmenakluk ibunegara
Brunei selama 72 hari(April-Jun) pada tahun 1578.
Di Sarawak, Raja Tengah mengasaskansebuah Kerajaan Kesultanan
Sarawak-Sambas. Manakala Raja Bongsu menaikitakhta Kerajaan
Kesultanan Sulu dengangelaran Sultan Mawallil Wasit
(1612-1640).
Pada bulan Jun 1658, Pangeran BendaharaAbdul Mubin merancang
untuk merampastakhta Brunei dengan bantuan sepupunyaPangeran
Bakhtiar, yang baru menaiki takhtaKerajaan Kesultanan Sulu,
bergelar SultanSalah-ud-Din Bakhtiar (1658-1663) denganmenawarkan
jajahan di Timur-Laut [Sabah].Pada tahun 1661, Bendahara Abdul
Mubintelah membunuh Sultan Muhammad Ali(1660-1661) lantas menaiki
tahkta sebagaiSultan Brunei Ke-13 dengan gelaran SultanAbdul Hakkul
Mubin (1661-1673), ini telahmencetuskan Perang Saudara Brunei.
-
2/22/2014
5
Sultan Mubin telah melantik Pangiran BongsuMuhyiddin [cucu
Sultan Mohammad Ali] menjadiPangeran Bendahara. Namun kekacauan
yangberterusan mendorong Bendahara Muhyiddinmenyarankan kepada
Sultan Mubin untukberpindah ke Pulau Chermin.
Lantas Bendahara Muhyiddin melantik dirinyamenjadi Sultan Brunei
(1673-1690). Setelah 1minggu di Pulau Chermin, Sultan Mubin
telahmenyedari tentang penderhakaan BendaharaMuhyiddin, maka
meletuslah Perang SaudaraBrunei selama 12 tahun (1661-1673).
Semasa awal peperangan, Sultan Mubin telahberhijrah ke Kinarut,
Sabah selama 10 tahunbagi mengelak serangan Bendahara
Muhyiddin.Setelah Sultan Mubin kembali semula ke PulauChermin,
Bendahara Muhyiddin dipercayai telahmeminta bantuan tentera Sulu
untuk membantumenewas Sultan Mubin. Diyakini BendaharaMuhyiddin
telah menawarkan jajahan Timur LautBorneo (Sabah) sebagai ganjaran
untuk bantuanSulu itu. Angkatan Bendahara Muhyiddin telahberjaya
menewaskan Sultan Mubin (membunuhdiri), tetapi bantuan Sulu tidak
sempat diterimaketika itu (1673), dan tawaran tidak ditunaikan.
Sejak itu, pemerintahan Kesultanan Bruneiadalah sangat lemah
hingga menyebabkankebanyakan jajahan yang jauh mula berdirisendiri
(tidak taat setia kepada Sultan Brunei)hingga kuasa British muncul
pada 1878.
Di bahagian Timur Sabah, dari Paitan hinggaSibuko, mula telah
dikuasai oleh KerajaanKesultanan Sulu dan mengutuskan
Adapatinyadengan gelaran, seperti Datu, Maharajalela,Panglima dan
Orang Kaya untuk mengawaldan mengutip cukai di setiap muara
sungaiutama.
Manakala jajahan Brunei di bahagian UtaraSabah, Tempasuk (Kota
Belud) hingga Pitasdan bahagian Pendalaman (Ranau hinggaPensiangan)
dikuasai oleh Ketua Bebas dalamkalangan penduduk pribumi
masing-masing.
Kekuasaan Brunei hanya berkesan ke atasjajahan di bahagian
Pantai Barat Borneo Utaradan Sarawak, dari Tempasuk (Kota
Belud)hingga Sungai Sarawak, diwakili olehpembesar yang bergelar,
seperti Pangiran,Dato Patinggi, Dato Temenggung, Menteridan Orang
Kaya-Kaya.
Seawal abad Ke-18, kuasa penjajah Baratmula meninjau pontensi
Borneo sebagai tapakpengkalan perdagangan dengan China.Setelah
termeterainya Perjanjian Paris (1783),kuasa British kehilangan
jajahan di BenuaAmerika Utara dan menarut minat untukmenerokai
atmosfera Timur dalam persianganmerebut sumber perdagangan bahan
mentahbagi keperluan industri. Kuasa British bersaingdengan kuasa
penjajah yang lain, sepertiSepanyol, Belanda, Jerman, Perancis
danAmerika Syarikat.
Malcolm MacDonald, dalam BorneoPeople (1985), menyimpulkan
bahawa
natives in the deep jungle are uncivilizedpagans. They associate
together inprimitive tribal organization and are dividedamong
distinct ethnological groups calledPunans, Penans, Kayans, Kenyahs,
Ibans,Land Dayaks, Muruts, and various others.They are the real
wild men of Borneo.
MASYARAKAT PRIBUMI TRADISIONAL
-
2/22/2014
6
Kenyataan tersebut telah menjadi asaspemikiran kepada pengkaji
asing, khususnyasarjana Barat dalam pengkajian merekamengenai
masyarakat pribumi di Sabah &Sarawak, malah sehingga kini
pun.
Walaupun pernah diperintah oleh kerajaan defacto Brunei dan
Sulu, tetapi gambaranmasyarakat Sabah & Sarawak tidaklah
tepatdilihat melalui kacamata Brunei atau Sulu itu.
Ini kerana masyarakat Brunei didominasi olehetnik Melayu
(seperti dari Jawa, Sumatra,Sulawesi, Tanah Melayu &
Johor-Riau). Begitujuga masyarakat Suluk dan Bajau Sama diKepulauan
Sulu.
Semasa zaman sebelum dan selepaspemerintahan kerajaan Brunei dan
Sulu,masyarakat Sabah dan Sarawak digambarkansebagai masyarakat
pagan oleh parapentadbir dan juga sarjana.
Sungguhpun ada kebenaran penggunaanistilah pagan tersebut,
tetapi dari perspektifpolitik, ia bermotifkan penjajahan kuasa
Barat.Terutamanya peluang penjajahan di atmosferaBarat (benua
Amerika) telah tertutup selepaskemerdekaan dan kebangkitan kuasa
AmerikaSyarikat dari suku akhir abad ke-19. Lantaskuasa Eropah
berlumba-lumba mencari tanahjajahan di Timur. Namun masih tidak
diketahuidengan jelas tentang keadaan masyarakatSabah dan Sarawak
yang sebenar sebelumabad Ke-19 Masehi. Dusun, 1913
Sumber: L. W. W. Gudgeon, British North Borneo (1913)
Dusun di RanauSumber: Edward Owen Rutter, The Pagans of North
Borneo (1926)
Misalnya, di Sarawak, tidak terdapat sumbersejarah yang sahih
dirujukkan tentang asal-usulmasyarakat pribuminya. Kebanyakan
kumpulanmasyarakat pribumi dengan sumber tradisilisan mereka
merujuk asal-usul dari bahagianselatan Borneo [Kalimantan].
Misalnya, kaumIban dan Bidayuh dikatakan datang darilembah Sungai
Kapuas. Terdapat berbagaipandangan yang telah dikemukakan
sebagaipunca migrasi tersebut, tetapi faktor utamaadalah kerana
mobilisasi perekonomian,terutamanya mencari kawasan pertanian
barudan yang subur.
-
2/22/2014
7
Pertembungan persepsi dalam kalangan parasarjana biasa berlaku
apabila menghuraikanpelbagai elemen kemanusiaan atau cirimasyarakat
pribumi di Sabah dan Sarawak.Hakikatnya, sungguhpun wujud
unsurpersamaan politik, sosial dan ekonomi yangumum dalam kalangan
masyarakat pribumi,tetapi wujud variasi ciri yang ketaraberdasarkan
perspektif sejarah ataupunpengalaman, misalnya pengaruh
persekitaran,fungsi ekonomi dan politik, kesan prosesmigrasi dan
mobiliti fizikal, dan kesan kontaksantara etnik.
Setiap masyarakat semestinya mempunyaisistem masyarakat
tradisional. Apa yang kitalihat pada hari ini kebanyakkan
sistemmasyarakat telah mengalami banyakperubahan. Ini merupakan
satu kemajuan danketamadunan yang dicapai ekoran perubahankemajuan
masyarakat itu sendiri. Namun,sesetengah sistem masyarakat
tradisionalmasih diamalkan dalam kalangan masyarakatpribumi hari
ini, terutamanya aspek kebudayaandan agama.
CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL
Iban (Sea Dayak) 1911Sumber: Edwin H. Gomes, Seventeen Years
Among The Sea Dayaks of
Borneo (1911)
Perubahan sistem masyarakat berlaku ekorancampurtangan orang
luar, terutamanya kuasa penjajahyang meninggalkan sistem
masyarakatnya ke atastanah jajahan. Ada juga disebabkan hubungan
ekonomi.Penduduk tempatan akan meniru unsur luar yangdibawa masuk
oleh pedagang. Namun, tidak semuaperubahan sistem masyarakat ini
mendatangkan kesannegatif. Sesetengah perkara memberikan kesan
positif,contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik.Masyarakat
dapat menyusun sistem politik yang lebihteratur, serta memajukan
sektor ekanomi. Masyarakatjuga mula hidup bersatu padu dan tidak
terikat dengansatu kaum sahaja.
ADAT DAN KEPERCAYAAN ANIMISMEMasyarakat pribumi di Sabah dan
Sarawak memangpatuh kepada adat dan kepercayaan
tradisionalberbentuk animisme dengan mendalam. Setiap kaummempunyai
bentuk adat masing-masing. Sehinggasekarang sesetengah adat dan
kepercayaan animismedi kalangan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawakmasih kekal. Namun, adat yang melibatkan kematianjarang
berlaku dan tidak dibenarkan. Tetapi adat yangberbentuk pemujaan
dan patang larang tertentu masihdiamalkan, terutamanya bagi mereka
yang tinggal dikawasan pedalaman.
Dapat disimpulkan, jika dahulu masyarakat di Sabahdan Sarawak
mengamalkan kehidupan pindah randah,sejak abad Ke-19 mereka mula
tinggal secara menetapbagi membolehkan mereka mengamalkan corak
hidupyang lebih teratur. Dahulu mereka mengamalkanekonomi
perdagangan barter dan pertanian sara diri,serta sistem politik
mereka pula amat dipengaruhi olehsistem pemerintahan Brunei dan
Sulu. Manakala sistemkepercayaan mereka adalah bercorak
anamisme.Hanya sejak kurun ke-15 agama (Islam,
Hindu-Buddha,Kristen) mula dianuti dan seterusnya diserapi
olehkebudayaan Barat sepertimana gaya hidup hari ini.