SEJARAH RINGKAS NEGERI TANAH MELAYU ||| <Negeri Kedah> (Pengenalan Sejarah Ringkas) November 25, 2010 at 2:51am (KEDAH DARUL AMAN) Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang- pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6. Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu di tempat ini. PAKAIAN Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan. Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna hitam. Selain daripada Baju Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan setangan dikepala ialah kain batik. Di pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang berada Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari Sutera Siam atau pun Kain Cindai. Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik. Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang kebudayaan tradisi Kedah yang menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEJARAH RINGKAS NEGERI TANAH MELAYU ||| <Negeri Kedah> (Pengenalan Sejarah Ringkas)November 25, 2010 at 2:51am
(KEDAH DARUL AMAN) Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang
bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan
tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula
bermaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di
sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan
kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya
dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai
Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6.
Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini
dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu
di tempat ini.
PAKAIAN
Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian
ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia
dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak
hiasan.
Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna hitam. Selain daripada Baju
Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan
setangan dikepala ialah kain batik. Di pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang
berada Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari
Sutera Siam atau pun Kain Cindai.
Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan
semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki,
subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik.
Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang kebudayaan tradisi Kedah yang
menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri.
Baju Kedah
Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang
berbunga kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari
atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun
pelikat tanpa banyak hiasan.
Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai di mana wanita kini memakai baju yang berleher potongan bujur sireh.
Ianya dikenakan bersahaja ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian.
Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang mula diperkenalkan pada tahun 1930an. Baju Kurung Cekak Musang yang lengkap
mengandungi baju, seluar, samping, bengkong dan tengkolok.
Pakaian Lindungan Bulan
Pakaian lindungan bulan dikatakan pakaian puteri Kedah. Pakaian wanitanya terdiri daripada kebaya labuh, kain sarung
dan selendang. Sementara pakaian lelakinya pula, ialah baju belah hadapan, seluar aceh, samping dan tengkolok.
REKA BENTUK RUMAH
Rumah dan Peralatan Pertukangan Tradisional Melayu Kedah- Pengenalan
Pengenalan
Di Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah
banyak dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden.
Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini
menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini
sekarang kerana tiada tukang-tukang yang mahir untuk membina
rumah-rumah seperti ini.
Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian
mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah
mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini
mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah
mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda.
Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai
serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang
kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung
panjang.
Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-
orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan
rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi
pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan
"Kuih ini disebut di dalam "Hikayat Terung Pipit" , Hikayat mengenai Kedah Tua. Ia disaji bersama cucur peniram sebagai hidangan jamuan, kata hikayat itu".