Top Banner

of 32

SatriaMaritimFinal 190810

Jul 07, 2018

Download

Documents

wanz_bpj89
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    1/32

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    2/32

    2

    EditorialKetua Editor

    Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish

    Penolong Ketua Editor

    Dato’ Raja Hydar bin Raja Iskandar

    Editor

    Puan Faridah Shuib

    Kepten Maritim M. Karunanithi a/l Munusamy

    Kepten Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan

    Penulis Tamu

    Puan Hajah Rahimah binti Hj Abd Jalil, YaPEIM

    Kepten Maritim Mohd Aliyas bin HamdanKepten Maritim Hj Mamu bin Syed Alee

    Komander Maritim R. Sinnathambi

    Laskar Kanan Maritim Mohd Sahrunizam bin Mohd Husin

    Cawangan Komunikasi Korporat, SPRM

    Wartawan dan Fotograf

    PW11 Maritim Zali bin Kadi

    PW11 Maritim Jamil bin Mat Isa

    BM Maritim Zulnazri bin Ahmad

    BM Maritim Abd Razak bin Ibrahaim

    BM Maritim Mohd Hidayah bin Othman

    BM Maritim Nik Fairul Hisham Nik Abdullah Sidek 

    LK Maritim Ismail bin Yakop

    LK 1 Maritim Fatimah Nor Fazlin binti Ajit

    LK 1 Maritim Siti Sarah binti Osman

    Reka Bentuk Grafk 

    Unit Perhubungan Awam

    Tadbir dan Edaran

    Unit Perhubungan Awam

    Satria Maritim mengalu-alukan sumbangan rencana dan Tim

    Editorial berhak menyunting selagi tidak mengubah isi penulisannya.Sumbangan rencana boleh disalurkan kepada:

      Emel : [email protected]

      Faks : 03-89414000

      Alamat : Unit Perhubungan Awam

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

      Jabatan Perdana Menteri

      Aras 4-11, One IOI Square,

      IOI Resort

      62502 PUTRAJAYA

    Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

    Terlebih dahulu saya

    memanjatkan kesyukuran kepadaIlahi kerana sekali lagi dapat

    menemui saudara- saudari

    menerusi edisi ketiga ini.

      Pada keluaran ini, saya

    ingin membicarakan tentang

    pembangunan modal insan

    APMM. Kita semua maklum

    bahawa ‘bangun’ dan ‘jatuhnya’

    sesebuah negara atau tamadun

    itu, bergantung kepada

    ‘kekuatan’ pemerintah dan rakyat, bangsa ataupun ummahnya.

    Sejarah telah membuktikannya, banyak perisitiwa-peristiwa

    yang berlaku umpamanya semasa zaman Rasulullullah SAW,

    kejatuhan kerajaan Rom, kebangkitan Empayar China dan

    banyak lagi. Di tanah air sendiri, kita juga boleh mengambil

    ikhtibar daripada peristiwa kejatuhan Kesultanan Melaka,

    penjajajahan Barat dan Jepun sehinggalah kita melalui proses

    mencapai kemerdekaan dan pesat membangun sehingga ke

    hari ini.

      Saudara-saudari, pembangunan modal insan amat

    penting. Ianya mesti mencakupi aspek zikal dan spiritual.

    Kedua-duanya perlu diseimbangkan untuk mendapatkan

    kekuatan intelektual dan kerohanian. Sebagai manusia biasa,

    kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kedua-

    duanya lantaran ia adalah pengisian modal insan yangmampan.

    Kenapa ianya begitu penting kepada organisasi?

    Kerana ianya berupaya membina kekuatan modal insan

    APMM yang akan membawa agensi ke arah kecemerlangan

    demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Seorang pegawai atau

    anggota APMM yang sentiasa mengejar ilmu untuk mengukuhkan

    daya inteleknya serta menghayati dan mengamalkan nilai-

    nilai murni merupakan individu gemilang yang mempunyai nilai

    akauntabilit i tinggi kepada dirinya, keluarganya, organisasi,

    dan tanah airnya.

      Saya menyeru semua pegawai dan anggota

     jadikan sifat terpuji 3 pegawai dan 5 anggota yang menerimapenghargaan SPRM baru-baru sebagai salah satu pemangkin

    membentuk ketahanan rohani yang utuh. Syabas! kepada 8

    pegawai/anggota tersebut.

    Ayuh!  bersama saya lakukan transformasi, bersatu

    membina ummah APMM yang disegani bukan sahaja di dalam

    negara bahkan di persada antarabangsa.

    Salam Ikhlas,

    Ketua Editor 

    Sebarang maklumat atau aduan tentang APMM boleh disalurkan ke e-aduan di laman web www.mmea.gov.my

    Pena Editor 

    2

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    3/32

    3

    95 PEGAWAI MUDA DIIKTIRAF

    SEBAGAI PENGUATKUASA

    MARITIM

     

    Seramai 95 pegawai muda yang terdiri daripada 52

    Leftenan Maritim dan 43 Leftenan Muda Maritim diiktiraf

    dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan Pegawai

    APMM Siri 3/2009 yang diadakan di Pusat Latihan

    APMM, Kuantan pada 2 Jul lalu. Sebelum itu, mereka

    telah menjalani Kursus Asas Pegawai APMM selama 9

    bulan dan juga diwajibkan menjalani latihan pelayaran

    kapal selama 2 minggu selepas upacara tamat latihan.

    Kumpulan ini menjadikan keseluruhan pegawaibaru ialah 241 pegawai (222 lelaki dan 19 wanita)

    dan mereka telah mengisi perjawatan pegawai

    penguatkuasa di lima Wilayah dan 18 Daerah Maritim

    APMM yang terletak di seluruh negara. Pengambilan

    pegawai dari kalangan graduan diploma dan sarjana

    muda telah dilaksanakan sejak tahun 2007. Ianya

    bertujuan untuk mengisi pelbagai perjawatan yang

    ada dan memastikan APMM dipelopori oleh barisan

    modal insan yang profesional, intelektual dan terlatih.

    Empat pegawai telah memenangi anugerah

    yang disampaikan oleh Y.B. Datuk Hj Ahmad bin Hj

    Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

      • Lt (M) Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi 

    - Anugerah Terbaik Keseluruhan menerima Pedang

    APMM, Piala Pusingan ‘Muhamad Nik’, hadiah individu.

    Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Data

    Perangkaian dari UiTM pada tahun 2008.

      • Lt (M) Zairey bin Zailan @ Abu Bakar  –

    Anugerah Akademik Terbaik menerima Piala Pusingan‘Noor Aziz’ dan hadiah individu. Beliau memiliki Ijazah

    Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

    (Elektronik Telekomunikasi) dari UTM pada 2006.

      •  Lt (M) Zamri bin Rosdi  – Anugerah Kawad

    Terbaik menerima Piala Pusingan ‘Khalid’ dan hadiah

    individu. Beliau memiliki Ijazah Muda Ekonomi dengan

    Kepujian dari UUM pada 2008.

      • Lt (M) Nurul Elmi bt Ali  – Anugerah Wanita

    Terbaik menerima Piala Pusingan ‘Mohd Amdan’ dan

    hadiah individu. Beliau memiliki Ijazah Sarjana MudaKewangan dengan Kepujian dari UUM pada 2008.

    P E R I S T I W A

    3

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    4/32

    4

    R E N C A N A

      Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) ditubuhkan di bawah Akta Agensi

    Penguatkuasaan Malaysia 2004 (Akta 633) untuk

    memelihara kedaulatan undang-undang dan

    ketenteraman, mengekal keamanan, kesejahteraan

    dan keselamatan, mengesan dan mencegah jenayah,

    menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah, serta

    mengumpul risikan keselamatan di Zon Maritim Malaysia.

      Bagi mencapai matlamat dan halatuju organisasi,

    APMM perlu mewujudkan program pembangunan latihan

    yang dapat melahirkan modal insan yang berkaliber dan

    berwibawa.

      Penempatan awal untuk melatih anggota APMM

    bermula pada April 05, di Bangunan D-24 PangkalanTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, iaitu sebuah

    blok bangunan kediaman pelatih yang dipinjamkan

    dari pihak TLDM. Bangunan kediaman 4 tingkat ini telah

    diubah suai dijadikan pejabat tadbir dan beberapa

    bilik kuliah.

      Pada 24 Julai 07, Pusat Latihan ini telah

    berpindah ke pusat latihan sementara di Wisma Belia,

    Bandar Indera Mahkota Kuantan. Pusat Latihan ini

    mempunyai 3 blok bangunan 4 tingkat menempatkan

    pejabat tadbir bilik latihan, bilik kuliah dan kemudahan-

    kemudahan seperti gimnasium, dewan makan, padang

    dan kediaman pelatih-pelatih berkapasiti 350 pelatih.

    PUSAT LATIHAN:

    LAHIRKAN PELAPIS APMM

    Oleh : Kepten (M) Mohd Aliyas bin Hamdan

    Pengarah Cawangan Pendidikan dan Latihan.

    4

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    5/32

    5

      Melalui pendekatan yang mengutamakan

    pembangunan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat,

    Pusat Latihan yang serba lengkap sedang dibina di

    Gebeng Kuantan. Pembinaannya telah bermula pada

    awal 2009 dan dijangka siap pada awal penghujung

    tahun 2010 dengan keluasan kawasan seluas 200 ekar.

    Pusat Pendidikan ini boleh menampung seramai 900

    pelatih dalam sesuatu masa. Ia dilengkapkan dengan

    peralatan yang terkini untuk latihan yang dijalankan. Pusat

    Pendidikan ini juga akan menempatkan Akademi APMM

    dan Pusat Latihan APMM. Selain dari

    bangunan pentadbiran, asrama dan

    fasiliti-fasiliti latihan yang berkaitan, ia

     juga menempatkan rumah keluarga

    bagi pegawai dan staf.

    LATIHAN DAN

    PENCAPAIAN

      Sepanjang penubuhan dan

    pengwujudannya, Pusat Latihan

    APMM telah berjaya melatih PelatihPegawai sebanyak 241 orang dan

    19 daripadanya wanita dalam 3

    siri pengambilan. Ia mewakili 6% dari

    kekuatan APMM keseluruhan. Pelatih

    Pegawai yang berpangkat Leftenan

    Muda dan Leftenan telah mula diambil mulai Oktober

    2007. Ketiga-tiga siri pengambilan pegawai telah

    dilatih di Pusat Latihan Sementara Wisma Belia Kuantan.

    Pecahan bagi mengikut kaum adalah 229 orang Melayu,

    8 orang Bumiputra, 1 orang India dan 3 orang Cina.

      Perbarisan Tamat Latihan pada 2 Julai 2010

    adalah melibatkan Pegawai Pelatih pengambilan Siri

    3/2010. Seramai 95 pegawai terdiri dari 90 lelaki dan

    5 wanita terlibat dalam perbarisan tersebut yang terdiri

    dari 91 orang Melayu, 3 orang Bumiputra dan seorang

    India.

      Sementara itu, Pelatih Pegawai Lain-lain Pangkat

    (LLP) seramai 1,440 orang dan 109 daripadanya

    wanita dalam 8 siri pengambilan. Secara puratanya

    Pusat Latihan melahirkan seramai 80 Pegawai dan 250

    Pegawai LLP pada setiap tahun sesi latihan. Pelatih

    Pegawai LLP yang berpangkat Laskar Kelas II telahdiambil mulai Jun 2006. Pengambilan pertama dan

    kedua telah dilatih di Pusat Latihan D-24 Pangkalan

    TLDM Lumut.

    Walaubagaimanapun bagi kursus asas Fasa

    Pertama APMM telah bekerjasama dengan TLDM

    dengan menghantar kesemua pelatih baru bagi 8 siri

    pengambilan menjalani latihan asas di Pusat Latihan

    Rekrut TLDM atau lebih dikenali sebagai KD SULTAN

    ISMAIL selama 17 minggu. Setelah tamat pelatih ini akan

    meneruskan latihan di Pusat Latihan APMM selama 9bulan sebelum meneruskan latihan sambil kerja di unit-

    unit APMM dan bot.

      Sepanjang penubuhan Pusat Latihan mulai April

    2005 sehingga kini, beberapa kursus Asas dan Lanjutan

    telah dijalankan seperti yang telah dinyatakan. Statistik

    sepanjang pelatih kursus asas Pelatih Pegawai dan LK II

    Maritim adalah seperti di JADUAL 1.

     

    5

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    6/32

    6

     JADUAL 1 : Statistik Pelatih Kursus Asas

    Senarai Kursus Lanjutan yang telah dijalankan di Pusat Latihan serta dihadiri oleh warga APMM adalah seperti di

     JADUAL 2.

     JADUAL 2 : Senarai Kursus Lanjutan.

    MODUL LATIHAN ASAS

      Kursus Asas Pegawai Muda merangkumi tempoh 13 bulan yang mana 9 bulan di Pusat Latihan dan 4

    bulan di kapal-kapal unit maritim seluruh Malaysia menjalani Latihan Sambil Kerja (LSK). Antara kandungan kursus

    asas bagi Pegawai Muda seperti berikut:

      • Undang-Undang. • Biro Tata Negara.

     •

    Modul Jeri.•

    Kursus Induksi.  • Modul Umum. • Renang.

      • Kawad Kaki. • Latihan Laut Fasa 1 – Sekitar Perairan.

      • Modul Navigasi. • Latihan Laut Fasa 2 – Luar Perairan.

      • Modul Asas Kejuruteraan Maritim. • Sukan.

      • Modul Tae Kwan Do.

     

    Bagi LSK, latihan praktikal dilakukan di unit-unit maritim seluruh Malaysia dengan diawasi oleh pegawai

    dan staf unit berkenaan. Sementara itu, Pusat Latihan akan melakukan pemantauan melalui tugas validasi dan juga

    pemeriksaan rawak bagi setiap pengambilan yang sedang melaksanakan LSK. Pelatih ini juga dibekalkan dengan

    buku tugas tentu untuk dipenuhkan dan akan dinilai oleh Bahagian Kompetensi di Pusat Latihan. Modul latihan bagi

    pelatih LLP LK II hampir sama tetapi silibusnya tidak sama mengikut tahap prol tugas.

    5.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    7/32

    7

    ORGANISASI PUSAT LATIHAN

      Buat masa ini, sebanyak 6 pegawai dan 32 LLP menjalankan tugas sebagai jurulatih dan pentadbir Pusat

    Latihan. Terdapat 3 pegawai Guna Sama yang juga membantu pengurusan dari segi kesetiausaan dan kewangan.

    Waren perjawatan yang baru diluluskan seperti di JADUAL 3 ialah sebanyak 55 orang yang mana penambahan

    pengisian pegawai sebanyak 18 orang seperti di JADUAL 4. Cadangan perjawatan baru telah dimajukan bagi

    memperolehi 77 orang pegawai dan jurulatih untuk menampung keperluan latihan.

     

     JADUAL 3: Waren Perjawatan

     JADUAL 4 : Perjawatan Yang Diisi

    7

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    8/32

    8

    FUNGSI PUSAT LATIHAN

    Pentadbiran Pusat Latihan ditadbir dan dipimpin oleh Kepten Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan sebagai

    Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan merangkap tugas Ketua Pendidikan dan Latihan APMM di bawah

    pejabat Ketua Pengarah. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Latihan, Kepten Maritim Adon

    bin Hj Shalan menjalankan tugas sebagai Komandan Pusat Latihan. Komandan Akademi yang dijawat oleh

    Komander Maritim Hj Rozali bin Mohd Said pula berperanan bagi mengendali dan mentadbir latihan asas dan

    lanjutan.

    MisiMembentuk Warga Penguatkuasa Maritim Yang Kompeten Dalam PersekitaranYang Kondusif Untuk Memenuhi

    Keperluan Peminta Khidmat Maritim Sepenuhnya.

    VisiMenjadi Sebuah Institusi Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Yang Bertaraf Dunia.

    Objektif  Membangun Dan Menyediakan Program Pembelajaran Berterusan (Life Long Learning)  Yang Komprehensif

    Dalam Pembangunan Kerjaya Penguatkuasa Maritim.

     Menyediakan Program Pembangunan Profesional Bagi Melahirkan Modal Insan Penguatkuasa Maritim Yang

    Diiktiraf.

     Melaksanakan Program Latihan Asas Dan Kepakaran Pembangunan Individu Untuk Menjadi PenguatkuasaMaritim Yang Trampil Dan Efsien.

     Melaksanakan Program Latihan Yang Berasaskan Spesifkasi Perkhidmatan Bagi Membentuk Pelaksana

    Tugas Yang Kompeten. 

    Melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Pelbagai Peringkat Secara Berterusan Bagi MembentukPenguatkuasa Yang Berwibawa.

    Menyediakan Kemudahan Dan Persekitaran Latihan Sesuai Dengan Keperluan Semasa.

    MottoProfesional, Disiplin dan Berani.

    Kemudahan LatihanKemudahan latihan di Pusat Latihan Sementara.

      • Bilik Darjah • Padang Kawad • Makmal Komputer • Haluan Menempuh Halangan

    • Auditorium • Surau • Bilik Mesyuarat • Dewan Makan

    • Kemudahan Sukan • Kediaman

    KursusKursus yang dijalankan di Pusat Latihan.

    Kursus Asas:

      • Laskar Kelas II. • Pegawai Asas.

    Kursus Lanjutan:

      • Pegawai Memerintah Muda. • Mencari dan Menyelamat. • Pegawai Bertugas Anjugan.

      • Kepimpinan. • Kursus Peningkatan Kerjaya.

    Menyediakan Kemudahan Latihan

      • Kursus MARLEN. • Latihan Bersama MMEA/USCG Boarding. • Kursus Undang-undang dan Penyiasatan.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    9/32

    9

    F O K U S

    Putrajaya - Bagi lapan pegawai dan

    anggota Agensi Penguatkuasaan

    Maritim Malaysia ( APMM) tidak kira

    sekecil atau sebanyak mana wangditawarkan mana-mana pihak, ia

    tetap satu amalan rasuah.

      Justeru, apabila ditawarkan

    wang yang dianggarkan dari RM

    200 sehingga RM 35,000 kepada

    setiap seorang supaya tidak diambil

    tindakan atau dilepaskan, pemberi

    rasuah terus ditahan dan segera

    dilaporkan kepada Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah Malaysia

    (SPRM).

      Ekoran langkah berani

    dan terpuji yang disifatkan

    mempunyai integriti tinggi dan harus

    dicontohi, SPRM menyampaikan sijil

    penghargaan kepada kesemua

    pegawai dan anggota APMM dalam

    majlis pelancaran kempen “Bersama

    Lakukan Perubahan Perangi Rasuah”

    yang dilancarkan di setiap negeri

    pada 27 April lalu. 

    Menceritakan semula detik-detik

    kejadian, Kdr (M) Wan Burhanuddin

    bin Jusoh, Pegawai Operasi DM3

    Lumut, menyatakan bahawa beliau

    cuba disogok sebanyak RM 35,000

    oleh seorang pengusaha bot

    nelayan di Ipoh sebagai ganjaran

    melepaskan beberapa buah bot

    pukat sorong dan tunda haram

    miliknya yang ditahan oleh DM 3

    Lumut.

    Manakala PW II (M) Ramlan

    bin Yasin dari DM2 Pulau Pinang

    berkata beliau cuba disogok

    apabila menahan sebuah bot

    nelayan yang mencurigakan kerana

    tidak memasang lampu sewaktu

    menangkap ikan di perairan PulauPinang berhampiran Pulau Gertak

    Sanggul pada Oktober tahun

    lepas.

      “Namun, bot itu melarikan

    diri tetapi lebih kurang lima minit

    kemudian bot kami berjaya memintas

    dan menahan bot nelayan itu.

    Sewaktu penggeledahan dilakukan,

    tekong terbabit menawarkan RM

    200 kepada kami,” katanya.

      Berlainan pula denganLt Kdr (M) Simon Templer ak Tusa,

    Pegawai Memerintah KM Budiman,

    beliau dan anggota-anggotanya

    cuba disogok oleh tekong sebanyak

    RM2000 untuk melepaskan diri

    dan awak-awaknya kerana tidakmempunyai sebarang dokumen

    perjalanan yang sah serta membawa

    binatang eksotik terlarang ketika bot

    nelayan terbabit sedang belayar di

    perairan Tawau pada November

    tahun lepas.

    SENARAI NAMA PENERIMA SIJIL

    PERHARGAAN SPRM

    Laksamana Pertama (M) Ahmad

    Puzi bin Ab Kahar

    Pengarah Cawangan

    Penguatkuasaan dan

    Eksesais APMM.

    Kdr (M) Wan Burhanuddin bin Jusoh 

    Daerah Maritim 3 Lumut, Perak 

    Lt Kdr (M) Simon Templer Lo ak Tusa 

    Wilayah Maritim Sabah

    Lt (M) Mohd Aizat bin Zainuddin 

    Wilayah Maritim Sarawak 

    PW II (M) Ramlan bin YasinDaerah Maritim 2 Pulau Pinang

    BM (M) Saiful Adli bin Abd Majid

    Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

    LK (M) Ahmad Fadzil bin Hashim

    Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

    LK I (M) Mohd Shukri Kamis

    Daerah Maritim 2 Pulau Pinang

    LAPANPENGUATKUASA

    DIHARGAI

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    10/32

    10

    F O K U S

    PELABUHAN KLANG – Pada 7 Jul lalu, lebih kurang jam10.10 malam, Pusat Operasi Maritim, Daerah Maritim 4Pelabuhan Klang (DM 4) menerima panggilan telefondaripada pejabat Trak Klang memaklumkan bahawasebuah kapal dagang MV CHARLOTTE MEARSK (CM)yang membawa muatan lebih 1000 kontena dan 21kru telah terbakar di kedudukan lebih kurang 60 bn dariPelabuhan Klang.  Tanpa berlengah, perkara tersebut dimaklumkankepada MRCC Putrajaya dan MRSC Johor Bahru,

    lantas DM 4 diarahkan untuk mengaturgerakkan aset-asetnyanya memberi bantuan dengan secepatmungkin.

    Lebih kurang jam 11.40 malam KM DANGAdan PENGGALANG 1 berlepas dari jeti Jabatan LautPelabuhan Klang menuju ke lokasi kejadian. Ketika dalampelayaran mereka dimaklumkan bahawa kebakarantelah dapat dikawal dan kapal CM akan meneruskanpelayaran ke Oman. Bagaimanapun, kedua-dua asetDM 4 tersebut tidak berpatah balik, sebaliknya merekameneruskan perjalanan sehingga tiba ke lokasi padakira-kira jam 4 pagi. Setiba di tempat tersebut, didapati

    kru-kru kapal masih berusaha memadamkan kebakaran dibahagian tengah kapal. 

    Kepten (M) Mohd Amir bin Hj Hamzah, Ketua PenguatKuasa DM4 berkata, anggota-anggota KM DANGAserta PENGGALANG 1 telah memberi bantuanmemadam kebakaran dan mengawasi kawasan perairanitu memandangkan ianya laluan kapal-kapal dan pihakejen juga telah menghantar dua bot tunda yang disewabagi membantu operasi tersebut.  Katanya lagi, kejadian kapal terbakar tersebutadalah yang pertama berlaku pada tahun ini diperairan yang merupakan pelabuhan utama di SelatMelaka. Oleh itu, beliau meminta setiap kapal dagang

    atau ejen mengambil langkah keselamatan termasuklahmemastikan peralatan memadamkan kebakaran yangdisediakan boleh mengawal kebakaran dengan cepatsementara pihak berkuasa tempatan tiba untuk memberibantuan. Ini adalah untuk mengelakkan kerugian besarkepada pemilik kapal atau pedagang serta melindungikeselamatan anak-anak kapal dan pengguna-penggunalain.

    Operasi SAR DM 4 Bantu Kru Kapal

    CM Kawal Kemaraan Api

    10

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    11/32

    11

    APMM Patahkan

    Penyeludupan Rokok Bernilai

    RM 1.1 Juta

    Kuala Linggi – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

    (APMM), Daerah Maritim 5 Kuala Linggi (DM 5)

    menumpaskan dua buah bot pancung dalam cubaan

    menyeludup 12,840 kartun rokok kretek bernilai RM 1.1

     juta ke negara ini di perairan Tanjung Dahan Melaka

    pada 19 April lalu yang merupakan rampasan kedua

    melibatkan barangan rokok di seludup oleh DM 5 pada

    tahun ini dan nilai rampasan yang terbesar sehingga ini.Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan,

    Laksamana Pertama Maritim Dato’ Che Hasan Jusoh

    berkata, dua buah bot laju DM 5 telah membuat operasi

    khas setelah mendapat maklumat risikan dan lebih kurang

    pada jam 8.30 malam, bot APMM mengesan dua bot

    yang mencurigakan bergerak laju ke arah perairan

    Tanjung Dahan Melaka. Apabila dihampiri bot pancung

    tersebut telah cuba melarikan diri.

    Kejar mengejar telah berlaku di mana sebuah

    bot pancung yang dikejar telah menuju ke arah pantaiTanjung Dahan manakala sebuah lagi bot pancung

    menuju ke arah laluan Trafc Separation Scheme   untuk

    memasuki semula perairan Indonesia. Selepas hampir satu

    setengah jam kejar mengejar berlaku lebih kurang jam

    10.00 malam, bot laju APMM telah menemui bot pancung

    pertama yang telah ditinggalkan oleh penyeludup tidak

     jauh dari Batuan Mandi Kuala Linggi.

    Tekong dan awak-awak bot pancung pertama

    dipercayai terjun ke laut dan melarikan diri ke pantai

    berhampiran. Manakala sebuah lagi bot laju APMM

    berjaya menahan bot pancung kedua berserta tekong

    dan dua awak-awak di kedudukan 5 batu nautika Barat

    Daya Batuan Mandi, Kuala Linggi pada jam 10.30

    malam.

    Kedua-dua bot pancung tersebut ditarik ke

     Jeti Daerah Maritim Kuala Linggi untuk pemeriksaan dan

    didapati bot pancung pertama mempunyai 3 enjin

    sangkut jenis Mercury 60 Kuasa Kuda (HP) membawa

    86 kotak besar yang berisi rokok kretek pelbagai jenis.

    Manakala bot pancung kedua mempunyai 3 enjin

    sangkut jenis Mercury 60 Kuasa Kuda (HP) membawa 30

    guni dan 96 kotak besar berisi rokok kretek pelbagai jenisbersama tekong dan awak-awak di percayai bangsa

    Indonesia berumur di antara 39 hingga 51 tahun tidak

    mempunyai pengenalan diri yang sah, mereka disiasat

    mengikut seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

    KARATE DO -

    Seni Pertahanan Diri

    Anggota APMM

    “Kara” bererti kosong dan “te“ ertinya tangan dan

    pengakhiran ‘do” pula membawa maksud cara. Oleh

    itu, Karate Do diinterpretasikan sebagai ‘Cara Tangan

    Kosong’. Karate Do merupakan seni pertahan diri yang

    paling sesuai digunakan dalam proses penangkapan

     jenayah kerana teknik penangkapan dan penahanan

    memerlukan kemahiran pergerakan yang tinggi dan

    pantas selain sebagai teknik mempertahankan diri

    memandangkan penggunaan senjata api adalah

    pilihan terakhir dalam sesuatu situasi.Anggota-anggota APMM telah mula menjalani

    latihan Karate Do lebih setahun lalu untuk memahirkan diri

    dalam seni mempertahankan diri di samping mengekalkan

    kesihatan tenaga yang mementingkan perkembangan

    individu dengan mengintegrasikan elemen psikologi

    yang penting seperti keazaman, pendirian, kebaikan

    budi serta kepimpinan.

      Jurulatih latihan oleh Kdr Hideo Tojo, pegawai

    Coast Guard Jepun   yang telah mengubahsuai

    beberapa teknik bagi kegunaan anggota-anggotaCawangan Siasatan Jenayah Maritim manakala Unit

    Dasar Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Cawangan

    Sumber Manusia APMM bertindak sebagai koordinator

    latihan.

    F O K U S

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    12/32

    12

    PENGUATKUASAAN

    UNDANG-UNDANG

    PERIKANAN DI ZON MARITIM

    MALAYSIAOleh: Kdr (M) R. Sinnathambi

    Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Undang-Undang

    Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan

    Peraturan-Peraturan Perikanan Di Bawah

    Akta Perikanan 1985

    Industri perikanan merupakan salah satu industri terpenting

    di negara ini yang menjadi penyumbang utama ikan

    selaku sumber makanan dan protein negara.

    Akta yang digunakan untuk pengurusan

    penangkapan ikan dan pemuliharan sumber ikan di

    Perairan Perikanan Malaysia adalah Akta Perikanan I985

    (Akta 317). Perairan Perikanan Malaysia yang diberi

    denisi dalam akta tersebut meliputi 3 kawasan perairan

    iaitu Perairan Dalaman Malaysia, Laut Wilayah Malaysia

    dan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.  Perairan Perikanan Malaysia pula menjadi

    sebahagian dari Zon Maritim Malaysia mengikut denisi

    zon itu di bawah Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim

    Malaysia 2004 (AKta 633).

      Akta Perikanan 1985 sebenarnya telah

    menggantikan Akta Perikanan 1963. Akta Perikanan

    1963 terpaksa dikaji semula untuk memasukkan beberapa

    peruntukan undang-undang selaras dengan beberapa

    perkembangan baru yang berlaku dalam industri

    perikanan dan juga selaras dengan undang-undang

    antarabangsa yang berhubung kait dengan tuntutan

    Zon Ekonomi Eksklusif oleh negara-negara berpantai.

     

    Undang-undang antarabangsa disebutkan

    di atas adalah “United Nations Convention on the

    Law of the Sea 1982” (“UNCLOS”).  Malaysia yang

    menjadi penandatangan (signatory)  kepada konvesyen

    tersebut dan sebagai salah satu negara berpantaitelah mengambil kesempatan dan menggubal undang-

    undang domestik selaras dengan undang-undang

    antarabangsa itu.

    Undang-undang domestik yang dimaksudkan

    adalah Akta Zon Ekonomi Eksklusif (Akta ZEE) yang

    digazetkan pada tahun 1984. Di bawah Akta ZEE ini

    Malaysia dapat mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif

    (ZEE) Malaysia yang meliputi suatu kawasan perairan

    yang melampaui dan berdampingan dengan laut

    wilayah Malaysia dan meluas sehingga sejauh 200 batunautika daripada garis pangkal Malaysia.

    Dengan kewujudan ZEE, perairan penangkapan

    ikan diluaskan dari laut wilayah Malaysia iaitu satu

    kawasan perairan dua belas batu nautika dari garis asas

    Malaysia ke kawasan perairan dua ratus batu nautika

    daripada garis pangkal Malaysia.

      Agensi-agensi yang menguatkuasakan Akta

    Perikanan 1985 di Perairan Perikanan Malaysia sebelum

    APMM diwujudkan termasuk Jabatan Perikanan Malaysia,

    Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak bulanNovember 2005, APMM memainkan peranan yang

    penting dalam menguatkuasakan Akta ini di Perairan

    Perikanan Malaysia.

      Selain Akta Perikanan 1985, Peraturan-Peraturan

    Perikanan yang digubalkan di bawah Akta tersebut

    dikuatkuasakan juga oleh APMM. Peraturan-peraturan

    Perikanan berkenaan termasuk:

    • Peraturan-Peraturan Perikanan (Laut) 1967.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan (Laut Sarawak) 1976.

    • Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara

    Menangkap ikan) 1980.

    • Peraturan-peraturan Perikanan (Kelautan)

    (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) 1985.

    R E N C A N A

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    13/32

    13

    • Peraturan-Peraturan Perikanan

    (Sistem Kultur Laut) 1990.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import,

    Dsb., Bagi Ikan )1990.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan

    (Kawasan Larangan) (Rantau Abang) 1991.

    • Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia 1994.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan(Kawasan Larangan) 1994.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan

    (Musim Tertutup Menangkap Anak Ikan Kerapu) 1996.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan

    Cara Menangkap Anak Ikan Kerapu) 1996.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan

    (Pengawalan Spesis Ikan yang Terancam) 1999.

    • Peraturan-Peraturan Perikanan

    (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002.

    Kesalahan-Kesalahan Dilakukan Oleh Vesel

    Penangkapan Ikan Tempatan

      Kesalahan-kesalahan yang lazim dilakukan

    oleh vesel-vesel penangkapan ikan tempatan di

    bawah Akta Perikanan 1985 adalah melanggar

    syarat lesen vesel dan peralatan menangkap ikan.

    Ini merangkumi kesalahan menangkap ikan tanpa

    lesen dan menangkap ikan dengan menggunakan

    peralatan-peralatan menangkap ikan yang

    dilarangkan.

      Syarat-syarat lesen yang sering dilanggari oleh

    vesel tempatan termasuklah menangkap ikan di zon

    penangkapan ikan yang dilarang, menangkap ikan di

    perairan negeri lain tanpa mendapat kebenaran bertulis

    daripada Ketua Pengarah Perikanan dan menggunakan

    perkhidmatan nelayan asing di atas vesel tempatan

    tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua

    Pengarah Perikanan.

      Zon menangkap ikan di Perairan PerikananMalaysia dibahagikan kepada Zon A,B,C dan C2

    seperti di Rajah A. Bagi memastikan sumber perikanan

    negara diuruskan secara mapan, zon-zon kawasan

    penangkapan ikan mengikut peralatan dan saiz bot

    telah diwujudkan.

    Vesel yang dilesenkan untuk menangkap ikan

    di Zon B tidak dibenarkan menangkap ikan di Zon A

    tetapi boleh menangkap ikan di Zon C atau di Zon C2.

    Vesel yang di lesenkan untuk Zon C tidak dibenarkan

    menangkap ikan di Zon A atau di Zon B tetapi

    dibenarkan menangkap ikan di Zon C2.

      Salah satu syarat yang dikenakan dalam

    lesen vesel tempatan adalah vesel berkenaan tidak

    dibenarkan menangkap ikan di perairan negeri lain iaitu

    di perairan kurang dari 12 batu nautika dari pantai

    negeri lain tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua

    Pengarah Perikanan. Ini bermakna vesel yang didaftarkan

    di negeri Kedah tidak dibenarkan menangkap ikan diperairan negeri Pulau Pinang iaitu di perairan kurang

    dari 12 batu nautika dari pantai negeri Pulau Pinang

    tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah

    Perikanan.

    RAJAH A

    Zon-Zon Penangkapan Ikan

    Perkhidmatan nelayan asing dibenarkan oleh Jabatan

    Perikanan hanya untuk vesel-vesel penangkapan ikan

    tempatan yang menangkap ikan di Zon C dan di Zon

    C2. Kebanyakan kes tangkapan oleh APMM melibatkan

    nelayan asing yang bekerja di atas vesel penangkapan

    ikan tempatan tetapi tidak memiliki kebenaran bertulis

    daripada Ketua Pengarah Perikanan.  Kesalahan-kesalahan akibat melanggar syarat-

    syarat lesen yang dinyatakan di atas biasanya

    dikompaunkan.

      Penggunaan peralatan penangkapan ikan yang

    dilarang dianggap sebagai kesalahan yang serius dan

    kes-kes tangkapan ini dihadapkan ke mahkamah untuk

    pendakwaan. Kebanyakan kes tangkapan ini melibatkan

    pukat surung yang dilarang di atas sebab penggunaan

    pukat ini merosakkan dasar laut yang menjadi kawasan

    pembiakan (“breeding ground”) ikan dan udang.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    14/32

    14

    Operasi Pukat Surung

    Statistik Tangkapan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan Oleh APMM

    Mengikut Jenis Kesalahan (2006 Hingga 31 Mei 201)

    Kesalahan Dilakukan Oleh Vesel Penangkapan Ikan Asing

      Perairan Perikanan Malaysia khususnya Zon Ekonomi Eksklusif sentiasa dicerobohi oleh vesel-vesel penangkan

    ikan asing. Vesel-vesel ini menangkap ikan di Perairan Perikanan Malaysia tanpa permit dikeluarkan oleh Ketua

    Pengarah Perikanan. Vesel-vesel ini terdiri dari nelayan Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Cina dan Singapura.

    APMM, dalam usaha untuk membanteras vesel-vesel tersebut dari mengeksploitasikan sumber ikan dan dengan

    itu mengurangkan sumber ikan di Perairan Perikanan Malaysia khusus di Zon Ekonomi Eksklusif, memainkan peranan

    penting dalam tangkapan vesel-vesel tersebut.

    Tangkapan Vesel Penangkapan Ikan Asing Oleh APMM (2006 - 31 Mei 2010)

    TAHUN THAILAND VIETNAM INDONESIA FILIPINA CHINA SINGAPURA BRUNEI JUMLAH

    2006 3 0 14 0 0 0 37

    2007 18 34 31 1 1 4 89

    2008 13 40 25 1 2 81

    2009 25 63 44 2 1 2 137

    2010

    (hingga 4 21 15 1 1 41

    31.5.2010)

     JUMLAH 63 178 129 4 4 6 1 385

    Bagi memastikan sumber perikanan negara tidak diterokai secara berlebihan dan tidak merosot akibat dari aktiviti

    vesel-vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia, APMM akan menguatkuasakan Akta Perikanan

    1985 dengan lebih berkesan.

    Profl Kdr (M) R.Sinnathambi

    Komander Maritim R.Sinnathambi telah dilantik secara kontrak di APMM pada 12.7. 2006 dan ditugaskan di Cawangan

    Undang-Undang sehingga hari ini. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Perikanan Malaysia selama

    hampir 35 tahun dan bertugas di Cawangan Undang-Undang selama 11 tahun sebelum bersara pada 28 Jun

    2003. Kemudian beliau berkhidmat di Wavemaster Langkawi Yacht Centre  di Langkawi selama dua tahun sebagai

    Pengurus Projek Perikanan. Berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki, beliau juga berperanan sebagaipensyarah Undang-Undang Perikanan ketika berkhidmat di Jabatan Perikanan dan kini di APMM.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    15/32

    15

     Perairan Selatan Negeri Johor, khususnya Tg Piai

    dan Tg Pengerang merupakan kawasan tumpuan kapal-

    kapal berlabuh. Perairan Tg Pengerang (dari Tg Setapa

    hingga Tg Penyusop) khususnya adalah lebih sesak

    dengan kehadiran kapal-kapal dagang berbanding

    dengan Tg Piai.

    Memandangkan kawasan tersebut menjadi

    tumpuan kapal-kapal dagang, APMM Wilayah Selatan

    terpaksa melipat gandakan rondaan bagi mengekang

    kegiatan pemindahan minyak secara haram di perairanberkenaan.

      Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan,

    Laksamana Pertama Maritim Dato’ Che Hassan bin Jusoh

    berkata, “kedua-dua kawasan itu menjadi lokasi tumpuan

    vesel bersauh bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

    Antaranya ialah berlabuh tunggu (laying up)   sebelum

    memasuki limbungan bagi pembaikan kerosakan dan

    penyelenggaraan, menunggu memasuki pelabuhan

    bagi melakukan kerja-kerja pemunggahan masuk/keluar

    muatan/kargo, melakukan pembaikan kecil di laut,

    melakukan kerja-kerja cucian tangki, memunggah masuk/ 

    keluar kargo di laut, melakukan pemindahan kapal ke

    kapal (ship to ship transfer – STS)  dan aktiviti-aktiviti lain”.

     “Aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan oleh kapal-kapal sama

    ada secara sah atau secara haram bagi menjimatkan

    kos caj pelabuhan. Kegawatan ekonomi dunia sejak

    kebelakangan ini telah memburukkan lagi keadaan dan

    kawasan Perairan Selatan Negeri Johor diperhatikan

    menjadi lebih sesak ekoran peningkatan jumlah kapal

    yang bersauh”, tambah beliau.

    Mengikut rekod sejak tahun 2008, APMM

    Wilayah Selatan telah menahan sejumlah 82 kapal

    yang melakukan kesalahan STS tanpa kebenaran oleh

    Ketua Pengarah Jabatan Laut di bawah Seksyen 491B

    (1)(k), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS 1952)

    dan 10 kes di bawah pelbagai Seksyen Akta Kualiti Alam

    Sekeliling 1974. Aktiviti STS tanpa kebenaran didapati

    masih berterusan meskipun tindakan undang-undang

    telah diambil terhadap kapal-kapal yang melakukan

    kesalahan.

      APMM Wilayah Selatan telah mula melaksanakan

    penahanan dan seterusnya membuka kertas siasatan

    terhadap kapal-kapal yang melakukan pelbagai

    kesalahan di bawah OPS 1952 mulai tahun 2008 dankebanyakan kesalahan melibatkan aktiviti STS tanpa

    kebenaran di bawah Seksyen 491B (1)(k).

    Tumpuan penguatkuasaan pada awalnya

    adalah bagi mengesan dan membanteras pencemaran

    di laut yang membabitkan pembuangan sisa minyak atau

    minyak kotor ke laut oleh kapal-kapal semasa bersauh

    atau semasa pelayaran.

    Penguatkuasaan terhadap aktiviti membuang

    sisa minyak kotor telah membawa kepada pemeriksaan

    pematuhan undang-undang terhadap kapal-kapalyang melakukan aktiviti STS samada dengan mendapat

    kebenaran atau sebaliknya.

    F O K U S

    PEMINDAHANAN KAPAL KE KAPAL

    (SHIP TO SHIP TRANSFER)  

    TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN

    SELATAN NEGER I JOHOR 

    Oleh: LK (M) Mohd Sahrunizam bin Mohd Husin

    Staf Perhubungan Awam WILSEL

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    16/32

    16

      Pemantauan dan pemeriksaan terhadap aktiviti

    tersebut dilakukan oleh aset-aset APMM Wilayah Selatan

    semasa operasi atau operasi khas.

    Selain itu, bantuan Sistem Pengawasan Laut

    (SWASLA) dan bantuan pesawat udara dari Cawangan

    Operasi Udara APMM turut membantu meningkatkan lagikeberkesanan pemantauan dan pengesanan terhadap

    aktiviti STS. Pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan

    telah menghasilkan sejumlah 82 tangkapan dan kes telah

    diserahkan kepada Jabatan Laut Wilayah Selatan dan

    10 kes telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar

    untuk tindakan selanjutnya.

    Beberapa punca telah dikenalpasti menjurus

    berlakunya aktiviti STS tanpa kebenaran dan salah

    satu puncanya ialah faktor kegawatan ekonomi yang

    melanda seluruh dunia. Kegawatan ini telah memberitamparan hebat kepada pemilik atau penyewa kapal

    kerana mereka terpaksa menjimatkan kos pengoperasian

    kapal.

    Dalam mengambil pendekatan untuk menjimatkan

    kos pengoperasian kapal termasuk caj pelabuhan yang

    tinggi oleh pihak Singapura telah menyebabkan ejen-

    ejen kapal mengatur aktiviti STS dilakukan samada secara

    haram atau secara sah di perairan Malaysia bagi tujuan

    penjimatan kos kepada pembeli atau memaksimumkan

    keuntungan kepada penjual.

    Aktiviti STS secara haram dipercayai telahberlaku sekian lama dan telah memberi keuntungan yang

    besar kepada pemilik kapal pembekal walaupun tiada

    rekod menunjukkan keuntungan yang diperolehi dari

    urusan jual beli minyak secara sah atau haram. Dipercayai

    keuntungan yang diraih sangat lumayan kerana masih

    terdapat kapal-kapal yang melakukan kesalahan yang

    berulang walaupun kompaun telah dikenakan.

    Sehingga kini aktiviti STS secara haram masih

    berlaku tetapi jumlahnya telah merosot. Perkara ini berlaku

    dipercayai wujudnya pemberi maklumat yang sentiasamemantau kehadiran aset APMM di laut.

    Bagi meningkatkan lagi keberkesanan

    penguatkuasaan dan mengekang aktiviti STS,

    pemantauan yang berterusan dengan melakukan

    rondaan dan pemeriksaan terhadap kapal-kapal

    dagang yang dikesan berhimpit di laut sesama sendiri.APMM akan memaksimumkan penggunaan aset

    udara bagi membantu tugas mengesan aktiviti STS

    memandangkan kawasan perairan Pengerang adalah

    luas.

    APMM juga akan mempertingkatkan kerjasama

    dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Laut dan

     Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan yang

    lebih drastik dengan membawa mereka ke mahkamah

    atas setiap kesalahan yang dilakukan. Tindakan ini

    dipercayai akan memberi kesan yang lebih besar bukansahaja kepada pelaku kesalahan tetapi kepada komuniti

    maritim yang lain.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    17/32

    17

    Oleh :

    Bahagian Komunikasi Korporat

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

      Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan

    bangsa yang hidup aman damai mengamalkan agamadan adat istiadat bangsa mengikut kepercayaan

    masing-masing tanpa diganggu gugat dan setiap

    bangsa bebas menyambut perayaan mengikut agama

    dan adat. Perayaan sesuatu bangsa diraikan sama oleh

    bangsa-bangsa lain.

    Biasanya sambutan sesuatu perayaan

    dimeriahkan dengan ucapan melalui pelbagai kaedah

    di kalangan kaum keluarga, sahabat handai, kenalan

    baru dan lama tanpa mengira bangsa atau kaum

    dan di samping itu tidak ketinggalan setiap perayaan

    diserikan dengan pemberian hadiah dalam pelbagai

    bentuk bagi memeriahkan lagi sesuatu perayaan itu.

    Mengikut agama Islam pemberian hadiah atau

    sedekah oleh mereka yang berada kepada mereka yang

    kurang berada adalah digalakkan bagi membolehkan

    semua lapisan masyarakat merasakan kegembiraan di

    hari perayaan terutamanya di kalangan kaum keluarga

    dan sahabat handai dan agama Islam dan bangsa lain

     juga menggalakkan pemberian hadiah seumpama itu.

      Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak

    semua hadiah dibenarkan di bawah undang-undangdan peraturan kerana ianya boleh menjadi rasuah

    dalam keadaan-keadaan tertentu.

    Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    Malaysia 2009 (ASPRM 2009) tafsiran suapan seperti

    ketetapan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia termasuklah hadiah.

    Penerimaan atau pemberian hadiah sebagai

    suapan bagi maksud di bawah Seksyen 16 dan 17

    ASPRM 2009 adalah menjadi kesalahan di bawah akta

    tersebut. Kesalahan menerima suapan di bawah Seksyen16 ASPRM 2009 dinyatakan seperti berikut:

    Mana-mana orang yang sendiri atau melalui

    atau bersama dengan mana-mana orang lain :

      (a) Secara rasuah meminta atau menerima atau

    bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-

    mana orang lain; atau

      (b) Secara rasuah memberikan, menjanjikan ataumenawarkan kepada mana-mana orang sama ada

    bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain,

    apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah

    bagi, atau selainnya oleh sebab :

      (A) mana-mana orang melakukan atau

    tidak melakukan apa-apa jua berkenaan

    dengan apa-apa perkara atau transaksi,

    sama ada yang sebenar atau yang

    dicadangkan atau yang mungkin berlaku ;

    atau  (B) mana-mana pegawai sesuatu badan

    awam melakukan atau tidak melakukan

    apa-apa jua berkenaan dengan

    apa-apa perkara atau transaksi,

    sama ada yang sebenar atau yang

    dicadangkan atau yang mungkin berlaku,

    yang dengannya badan awam itu terlibat,

    melakukan sesuatu kesalahan.

    Manakala kesalahan memberi atau menerima

    suapan oleh ejen di bawah Seksyen 17 ASPRM2009 pula dinyatakan seperti berikut:

     

    Seseorang melakukan kesalahan jika –

      (a) sebagai seorang ejen, dia secara rasuah

    menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju

    untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh,

    daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau

    untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai

    suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak

    melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak

    melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan

    hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana

    memberikan atau tidak memberikan sokongan atau

    R E N C A N A

    Bila Hadiah Menjadi 

    Rasuah

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    18/32

    18

    tentangan kepada mana-mana orang berhubungan

    dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau

      (b) dia memberikan atau bersetuju untuk

    memberikan atau menawarkan apa-apa suapan

    kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau

    upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau

    kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-

    apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atauperniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau

    tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada

    mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal

    atau perniagaan prinsipalnya.

      Dalam pada itu ada juga pihak tertentu

    daripada kalangan pegawai awam yang masih keliru

    dan kurang faham dengan pemberian dan penerimaan

    hadiah (suapan) seumpama ini. Mereka beranggapan

    perlakuan itu adalah satu

    budaya dan kelaziman dalamtugas-tugas rasmi mereka, dan

    tidak menjadi kesalahan dari

    segi undang-undang. Untuk

    menjelaskan kekeliruan ini

    penjawat awam diseru supaya

    merujuk Seksyen 57 Akta

    Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia 2009

    dinyatakan saperti berikut :-

      “Dalam mana-mana

    prosiding sivil atau jenayah

    di bawah Akta ini, keterangan

    tidak boleh diterima untuk

    menunjukkan bahawa apa-

    apa suapan yang tersebut

    dalam Akta ini adalah satu

    kelaziman dalam apa-apa

    profesion, trend, kerjaya atau pekerjaan atau dalam

    sesuatu upacara sosial.”

      Manakala bagi penjawat awam diperuntukkan

    secara jelas mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaanbahawa mereka tidak boleh menerima sesuatu benda

    yang berharga (termasuklah hadiah) dinyatakan seperti

    berikut:-

      “Barang siapa yang menjadi seorang penjawat

    awam, menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima

    atau cuba mendapat, untuk dirinya atau untuk seseorang

    lain sesuatu benda yang berharga, dengan tiada

    balasan atau dengan suatu balasan yang ia ketahui

    tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui

    telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengenadalam apa-apa perbicaraan atau urusan yang telah

    dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh penjawat

    awam itu, atau yang ada apa-apa perhubungan

    dengan kerja-kerja rasminya sendiri atau dengan kerja-

    kerja rasmi seseorang penjawat awam yang di bawahnya

    ia bekerja, atau daripada seseorang yang ia ketahui

    sebagai ada kepentingan atau bersangkutan dengan

    orang yang ada kena mengena demikian itu, hendaklah

    diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh

    sampai dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-

    duanya”Pegawai badan awam diingatkan supaya tidak

    menerima sebarang hadiah atau apa-apa pemberian

    daripada mana-mana pihak jika ia membabitkan tugas

    rasmi atau ada kaitan dengan bidang kuasa mereka.

    Sehubungan dengan itu, pegawai badan

    awam dan anggota perkhidmatan badan awam digesa

    supaya memberi peringatan dan arahan kepada suami

    atau isteri masing-masing supaya jangan menerima

    sebarang hadiah atau apa-apa pemberian daripadamana-mana pihak yang tidak dikenali atau diketahui

    mempunyai urusan dengan tugas rasmi suami atau isteri

    mereka.

      Selain dari melakukan kesalahan di bawah

    Seksyen 16 dan 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan

    Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 165 Kanun

    Keseksaan pegawai badan awam hendaklah mematuhi

    Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

    (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mengenai menerima

    dan memberi hadiah.Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

    (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dinyatakan seperti

    berikut:-

    Gambar Hiasan : Anggota penguatkuasa seringterdedah kepada ancaman rasuah

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    19/32

    19

      8 (1) Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini,

    seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi,

    atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau

    mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi

    pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa

    hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya)

    daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan,

    orang atau kumpulan orang jika-

    (a) penerimaan atau pemberian hadiah itu

    mempunyai kaitan dengan apa- apa cara,

    dengan perlaksanaan tugas awam pegawai

    itu; dan

      (b) bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak

    sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

    (2) Ketua Jabatan boleh membenarkan

    seseorang pegawai menerima surat pujian daripada

    mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan

    orang sempena persaraan atau pertukarannya dengan

    syarat bahawa suatu pujian itu tidak terkandung dalambekas yang bernilai.

    (3) Ketua Jabatan boleh membenarkan

    pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-

    pegawai di bawahnya bagi maksud membuat sesuatu

    penyampaian kepada seseorang pegawai dalam

     jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau

    perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak

    pegawai tersebut atau sempena apa-apa upacara

    lain yang sesuai.

    (4) Jika-

    (a) seseorang pegawai berasa ragu-ragutentang sama ada bentuk, amaun atau nilai

    hadiah yang diterima olehnya adalah

    sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan;

    atau

    (b) hal keadaan menyebabkan sukar bagi

    seseorang pegawai untuk menolak sesuatu

    hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang

    penerimaannya dilarang oleh peraturan ini,

    maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi

    tetapi pegawai itu hendaklah, dengan

    seberapa segera yang pratik, mengemukakansuatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan

    yang mengandungi perihalan lengkap dan

    anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan

    yang hadiah itu diterima.

      (5) Apabila diterima laporan yang dibuat di

    bawah subperaturan (4), Ketua Jabatan hendaklah

    memutuskan sama ada-

    (a) untuk membenarkan pegawai itu menyimpan

    hadiah itu; atau

    (b) untuk mengarahkan supaya hadiah itu

    dikembalikan kepada pemberinyamelalui Ketua Jabatan.

    (6) Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya

    Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian atau Ketua

     Jabatan di peringkat ibu pejabat, mengikut mana-mana

    yang berkenaan.

    Disamping undang-undang dan peraturan di

    atas, bagi penjawat awam dinyatakan dengan jelas

    bagaimana untuk berurusan dengan pemberian dan

    penerimaan hadiah seperti yang terdapat dalam

    Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 1998 dan Surat Pekeliling

    Perkhidmatan Bil 5 / 2008. Pekeliling ini boleh dicapai

    melalui laman web JPA http://www.jpa.gov.my/ .

      Manakala Peraturan 9 Peraturan-Peraturan

    Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

    menjelaskan secara khusus mengenai keraian dinyatakan

    seperti berikut:-

      Seseorang pegawai boleh memberi atau

    menerima apa-apa jenis keraian kepada atau daripada

    mana-mana orang jika-

    (a) keraian itu tidak dengan apa-apa cara

    mempengaruhi perlaksanaan tugas rasminya

    sebagai seorang pegawai awam bagi

    kepentingan orang itu; dan

    (b) pemberian atau penerimaan keraian itu

    tidak dalam apa-apa cara tak konsisten

    dengan tatakelakuan yang ditetapkan

    di bawah peraturan 4.

      Di ingatkan juga supaya, syarikat-syarikat yang

    mempunyai hubungan rasmi dengan mana-mana

     jabatan kerajaan jangan sekali-kali memberi hadiah atau

    apa-apa pemberian kepada mana-mana pegawaiawam yang mana tugas rasminya terlibat dalam urusan

    yang berkaitan dengan syarikat-syarikat itu. Pemberian

    seumpama itu akan menimbulkan rasa serba salah dan

    dilema kepada pegawai awam dan akhirnya akan

    membawa mereka terjerumus kepada rasuah.

    Bagi penjawat awam, mereka perlu ambil ingatan

    bahawa sebarang pemberian yang mengharapkan

    balasan atau pujuk rayu untuk mendapatkan hadiah

    adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen

    16 atau 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    Malaysia 2009. Mereka yang diberi, dijanjikan, atauditawarkan apa-apa suapan hendaklah melaporkan

    kepada pegawai SPRM atau pegawai polis yang paling

    hampir dengan kadar segera dan jika gagal berbuat

    demikian menjadi kesalahan di bawah Seksyen 25(2)

    ASPRM 2009.

    Bagi orang awam pula, sekiranya mereka dipujuk

    rayu oleh mana-mana penjawat awam untuk mendapatkan

    hadiah sewaktu berurusan rasmi dengan penjawat awam,

    adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab orang

    awam berkenaaan untuk melaporkan kepada pegawai

    SPRM atau pegawai polis yang paling hampir dengankadar segera. Kegagalan berbuat demikian adalah

    menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 25(4) Akta

    Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    20/32

    20

    Introduction  In 2001, jet planes were crashed into the World

    Trade Centre and the Pentagon, injuring and killing

    thousands. In the days following these attacks; totally

    unexpected in their timing and method, aimed at the

    world’s only superpower, the world began debating theconcept of terrorism that lay behind them.

    An atmosphere of fear and panic grew, especially

    in the United States. But that did not last long. Soon the

    entire world began wondering how best to combat

    terrorism. No longer could any country stand apart from

    the ght against terrorism and declare, “Those attacks

    weren’t aimed at US alone.” Citizens of every nation

    realized that the dark face of terrorism could confront

    them at any time.

    The terrorists’ aim, they realized, was to paralyze

    society, making civilians reluctant to venture into the

    street, much less use public transport or go shopping—in

    short, to create a permanent climate of fear. As soon as

    America recovered from the shock of 9/11, it joined with

    a large number of other countries to launch a worldwide

    war on terrorism. Right from the start, however, ofcials of

    this powerful coalition declared openly that it would not

    be enough for them to ght on the military eld alone.

    Present Intelligence Systemand the Challenges  In light of the current trends in terrorism, a

    question that begs our attention is what will be the task

    of the security and intelligence services and how can

    they better cover the large array of terrorist groups and

    organizations. It is acknowledged that intelligence in

    the eld of counter terrorism is more arduous task than

    the classical intelligence i.e. against a clearly denable

    enemy or rival states. The existence of small groups and

    cells which often act anarchically means that the taskof penetration and inltration of these groups is highly

    difcult.

    Ely Karmon in his article The Role of Intelligence

    in Counter-Terrorism suggested the use of human sources

    or “HUMINT” which should be expanded and perfected.

    Among others, this includes the development and

    improvement of counter - terrorism expertise, understanding

    the culture and language aptitude of terrorists.

    Today’s threats require people with specializationsin new areas, new social phenomena. We need to be

    multi-disciplinary, to encompass issues not previously

    considered security issues. We need to engage public

    intellectuals, academia, writers, civil servants as well as

    politicians in the new community to generate ideas,

    stimulate thinking and debate on all aspects of security

    The immense importance of the exchange

    of information and intelligence cannot be over

    emphasized. It is an accepted axiom that cooperation

    on bilateral, regional and international level is essential.Without sincere and close cooperation in the intelligent

    eld, each country, as past experience has shown, will

    at one time become victim of terrorism. Nevertheless,

    improvements in the exchange of information are needed

    among the national agencies and institutions as well as

    among nations. It is acknowledged that information and

    intelligence are most readily shared on the basis of trust.

    It is pointless for governments to put in placeformal instruments for information exchange if there is an

    absence of the fundamental prerequisite that is mutual

    R E N C A N A

    BUILDING INTELLIGENCE PARTERSHIP TO

    SUPPORT COUNTERTERRORISMBy

    Captain Maritime Hj Mamu bin Said Alee

     International Intelligence Fellow Continuing Engagement Symposium At Edelweiss Lodge,

    Germisch Partenkirchen, Germany

    25-29 April 2010

    Part 1

    20

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    21/32

    21

    trust. In this context, we should make an effort to develop

    and enhance the appropriate models, mechanisms

    and systems to facilitate and improve the capability

    for intelligence exchange. The idea merits some deep

    consideration as well as and solutions to make it work.

    Intelligence and

    Information SharingFundamentals

    The ght against asymmetric threats demands

     joint national, regional and international efforts, where

    intelligence plays a primary role. A need for coordinating

    domestic and international moves in intelligence

    collection and operational spheres has led to enhanced

    cooperation at the national, regional, and global levels

    by establishing some enlarged task forces or specic

    committees in the counter-terrorist eld.

    However, we must be aware that the political,

    social and economic conditions in many countries

    differ and that this has an impact on intelligence and

    information sharing. For intelligence and information

    sharing to be effective we should venture into some

    basic fundamentals.

    The Mutual Trust should rise above differing

    ideologies and social systems, the communities should

    abandon the power-politics mindset, and refrain from

    misgivings and hostility against each other. Intelligence

    communities, in observance with objective requirementsof the unfolding globalization, should respect the security

    interests of others while pursuing the interests of its own.

    This conception help to create conditions for the better

    security of others while making itself more secure, thus

    achieving universal security.

      The Equality and Partnership should be

    adopted and every country, big or small, strong or weak,

    is a member of the international community. Intelligence

    communities should respect each other, treat each other

    as equals and refrain from interfering in each other’sinternal affairs, so that international relations will become

    more democratized.

      The Target must be clear. In combating terrorism

    conclusive evidence and clear targets must be indentied

    so that lives of the innocent can be spared and arbitrary

    enlargement of the scope of strike could be avoided.

    As terrorism is committed by very few extremist elements,

    we shall in no way confuse it with any specic nation or

    religion.

      There must be Comprehensiveness. Counter

    terrorism system is not just a military operation. It should

    embrace all aspects of terrorism; political, security,

    nancial, religion, social tradition and cultural.

      Long-Lasting Efforts should be carried out. We

    have to eliminate not only the syndromes of a disease,

    but its root causes. To illustrate this point I want to relate

    Thomas Homer-Dixon analogy of a dreadful illness, like

    cancer. He articulate that we must excise the social

    pathology of terrorism; which means we must identify,

    track down, and destroy the culprits, just as we cut out a

    cancerous tumor.

    Conversely when we are dealing with a critical

    illness, the operation usually does not end there. We also

    want to change the underlying factors - such as smoking

    – that make cancer more likely to emerge in the rst place.

    What are terrorism’s underlying factors or root causes?

    They are many, they combine in complex ways, and they

    vary from one incident to another.

    Enhancing Communication

    within the NationalAgencies 

    Hard to get information which is not available

    publicly is often called intelligence. Effective

    communication should be the hallmark of intelligence

    community. However there are barriers in this aspect

    even within a nation’s Intelligence Agencies. Many

    nations have in place security and law enforcement

    agencies and all these federal agencies tasked with

    intelligence gathering and assessment responsibilities

    thus have established intelligence functions within their

    organizations.

    However these organisations do not communicate

    effectively among themselves. As early as the hearings

    for the 9/11 Commission Report, an FBI Special Agent

    testied that individual self-interest, magnied many times

    within organizations, allowed September 11 to happen. “I

    hold the system responsible,” he said. “Information is power

    in this system of Intelligence and Law Enforcement. This will

    never change – nor could or should it ... The system as it

    currently exists, however, seduces some agents, analysts

    and ofcers into protecting turf and being the rst toknow and brief others as and when necessary.

    ....to be continued to next edition.

    21

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    22/32

    22

    ‘Dadah, Rasuah Dan Kesalahan Tatatertib’ - Tiada Kompromi

      Sandakan – “APMM tidak akan berkompromi, hukuman maksimum kepada mereka yang terlibat dengan

    najis dadah, rasuah dan kesalahan-kesalahan tatertib”, kata Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish,

    Ketua Pengarah APMM ketika memberi ucapan di hadapan para pegawai dan anggota-anggota Daerah Maritim

    Sandakan (DM 17) pada 8 Julai lalu.

    Beliau turut menegaskan setiap Pegawai Penguatkuasa APMM haruslah meningkatkan lagi pengetahuanam terutamanya dari segi ilmu perundangan bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

      Beliau berkata demikian ketika dalam rangka lawatan kerjanya di Wilayah Maritim Sabah (WILSAB) bagi

    memantau perkembangan perlaksanaan operasi-operasi, rancangan masa hadapan, kedudukan aset-aset dan

    tapak pembinaan pejabat DM 17. Di samping itu, beliau turut mengambil kesempatan bertemu dan berinteraksi

    dengan warga WILSAB bagi melihat tahap moral dan motivasi mereka dengan lebih dekat.

      Beliau yang diringi oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Taha bin Ibrahim, Ketua Penguatkuasa Maritim

    Wilayah Sabah dan Labuah juga telah dibawa meninjau perkembangan Daerah Maritim Tawau (DM 18).

    Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan - Amalan hidup sihat

    Putrajaya - Menyedari peri pentingnya kesihatan tubuh badan dan kecerdasan zikal, lebih kurang seramai 40

    pegawai dan anggota-anggota APMM yang berumur di antara 30 hingga 50 tahun menyertai Program Hidup

    Sihat (3K) yang dirasmikan oleh Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah APMM dalam

    majlis pelancaran yang diadakan di Auditorium APMM pada 29 Jun lalu.

    “Program ini amat penting terutamanya kepada mereka yang mempunyai ukuran Body Mess Index (BMI) yang

    mencapai tahap agak gemuk ke atas (25 keatas). Oleh itu, setiap pegawai dan anggota hendaklah mengamalkan

    cara hidup yang sihat dengan melakukan program sukan secara berterusan di samping menentukan diet pemakananharian di ambil dengan betul”, kata Datuk Mohd Amdan.

    Katanya lagi, program ini haruslah dijadikan perintis oleh semua warga APMM dan selepas selesai tempoh

    tiga bulan program, amalan kesihatan dan kecerdasan hendaklah dijadikan rutin harian. Setiap anggota bukan

    sahaja perlu mempunyai penampilan dan kesihatan yang baik sebagai penguatkuasa APMM bahkan perlu

    mempunyai ketahanan mental dan zikal berbanding mereka yang tidak beruniform. Penampilan yang mantap akan

    meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelanggan kepada kewibawaan agensi melaksanakan tugas di perairan

    negara.

    Dasar program kesihatan tersebut telah dikeluarkan menerusi Arahan Ketua Pengarah APMM Bil 3/2009 –

    Perlaksanaan Dasar 3K bertarikh 26 Mac 2009.

    Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Korean Coast Guard  

    PUTRAJAYA - Seramai lima pegawai dari Korean Coast Guard (KCG) yang diketuai oleh En. Lee Won II selaku Ketua

    Pengarah Biro Hubungan Antarabangsa KCG telah melakukan lawatan kerja rasmi ke ibu pejabat APMM pada 15

    Apr lalu.

    Lawatan ini telah disambut oleh Laksamana Pertama Maritim Nasir bin Adam, Pengarah Cawangan

    Perancangan Stategik bersama pegawai-pegawai kanan APMM. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan

    pelbagai isu keselamatan maritim dan juga program kerjasama di antara APMM dengan KCG.

    P E R I S T I W A

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    23/32

    23

    SEJARAH PENUBUHAN

    DAN FUNGSI WILAYAHMARITIM SELATAN  Tim Nukleus APMM Wilayah Maritim Selatan

    (WILSEL) telah diwujudkan pada 15 Mac 2005 dan

    berpejabat di Tingkat 16, Menara Tabung Haji, Johor Bahru

    dengan penempatan seorang pegawai iaitu Encik Ghani

    bin Mat (PTD M52) telah ditempatkan di pejabat tersebut

    sebagai penyelaras dan kemudiannya beliau telah

    dibantu oleh tiga orang pegawai awam dan dua

    anggota penguatkuasa untuk merancang dan

    mengenal pasti pejabat-pejabat Daerah Maritim

    dan pangkalan-pangkalan Maritim yang meliputi

    kawasan perairan maritim dari Sabak Bernam hingga

    ke Endau. Tim Nukleus tersebut telah dibubarkan

    pada 31 Oktober 2005.

    Ketua Penguat Kuasa Maritim WILSEL ialah

    Kepten Maritim Che Hassan bin Jusoh iaitu bermula

    pada 21 Dis 2006 sehingga sekarang dan beliau

    telah dinaikkan pangkat Laksamana Pertama

    Maritim pada 21 Nov 2005.

    Dengan kekuatan anggota yang terhad,

    Wilayah Selatan telah memulakan operasi di laut

    melibatkan beberapa buah kapal sahaja seperti

    KM SEMPADI, KM KUKUP dan KM AMANAH dan di

    bantu oleh kapal-kapal Wilayah Timur seperti KM

    SIPADAN, KM LANG, KM JARAK dan KM SEGANTANG

    bagi menampung keperluan operasi yang ketika

    itu Wilayah Selatan kekurangan aset dalam

    menguatkuasakan undang-undang di laut. Wilayah

    Selatan kemudiannya telah menerima 9 buah kapal

    dan 17 buat bot secara berperingkat-peringkat.

    Pada 1 Januari 2007, Ibu Pejabat Wilayah

    Maritim Selatan telah berpindah ke Tingkat 17 dan

    Pejabat Daerah Maritim Johor Bahru mula beroperasi

    pada Nov 2006 dan kekal di Tingkat 16, Menara

    Tabung Haji.

      Penempatan kapal-kapal dan bot APMM

    secara sementara di Jeti Jabatan Laut, Pantai

    Lido dan Jeti JKDRM Tanjung Putri adalah kerana

    berdekatan dan strategik bagi melaksanakan operasi

    penguatkuasaan dan keupayaan penghantaran

    keperluan logistik ke atas kapal-kapal dan bot-bot

    APMM.

      Pejabat Pangkalan Maritim Mersing (PM

    Mersing) mula beroperasi pada Jun 2006. Ia adalah

    sebuah bangunan milik persendirian empat tingkat

    (termasuk tingkat bawah) yang terletak di tengah-tengah Bandar Mersing, Johor yang sebelum ini telah

    disewa oleh Pasaraya Gedung Harian.

    Pada 10 Ogos 2004, Jabatan Perikanan

    telah bersetuju untuk menyerahkan Pangkalan

    Tanjung Sedili, Kota Tinggi kepada APMM untuk

    digunakan sebagai Pejabat Daerah Maritim Tanjung

    Sedili. Sehubungan itu, pada 26 Sept 2005 proses

    membina sebuah pejabat kabin sementara

    L A T A R B E L A K A N G

    Oleh : LK (M) Sahrunizam bin Mohd Husin

    Staf Perhubungan Awam WILSEL

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    24/32

    24

    yang berukuran 30’x 100’ keluasan (3000 kps) danberbumbung jenis ‘Metal Decking’ telah dilaksanakan.

    Pejabat Daerah Maritim Tanjung Sedili telah

    memulakan operasi mulai 14 Jun 2006. Bot APMM untuk

    sementara waktu telah ditempatkan di Jeti Perikanan

    Tanjung Sedili . Pada masa ini Projek Pembinaan Komplek

    Pejabat APMM masih dalam kerja-kerja pengukuran

    oleh pihak BHEPMM dan JKR selaku pelaksana projek

    pembangunan di bawah RMK Ke 9.

      Pejabat Pangkalan Maritim Batu Pahat telah

    beroperasi di Bangunan Kedai Lot 62 – 64 Jalan

    Shahbandar Batu Pahat mulai 21 Apr 2006. Bangunan

    yang berdinding tembok batu bata, berlantaikan konkrit

    dan mempunyai empat tingkat (termasuk tingkat bawah).

    Bagi melicinkan lagi pengoperasian 2 buah bot APMM

    telah ditempatkan sementara di Jeti Pangkalan Marin

    Kastam, Batu Pahat.

    Pejabat Daerah Maritim 5 Kuala Linggi

    (DM 5) telah beroperasi mulai 8 Ogos 2006, Pejabat

    yang dibina di atas Lot 1113 Daerah Alor Gajah,

    Melaka terletak di tapak yang mempunyai keluasan

    1.5 ekar dan berhampiran dengan Kuala Sungai Linggi

    dan berkedudukan strategik dalam melaksanakan

    pengoperasi dan penguatkuasaan di laut.

    Pada 22 Jun 08 pejabat DM 5 telah diserahkan

    sepenuhnya APMM dan pada 12 Jul 08 tiga buah bot

     jenis semi cabin dan sebuah ”boat trailer” pula diterima

    oleh APMM dan ditempatkan di jeti kayu bakau yang

    dibina sendiri oleh anggota DM5.

      Pejabat Daerah Maritim Klang (DM 4)

    beroperasi di bangunan Jalan Sungai Chondong 14,

    Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang, Selangor mulai30 Nov 2005. Bagi melicinkan lagi pengoperasian tiga

    buah kapal dan tiga buah bot telah di tempatkan di

     Jeti Jabatan Laut dan Jeti Sultan Abdul Aziz Shah, SAS di

    Pelabuhan Klang.

    APMM Wilayah Selatan sekarang ini memiliki

    9 buah kapal dan 17 buat bot yang diterima secara

    berperingkat-peringkat. Kapal APMM Wilayah Selatan

    yang memulakan operasi di wilayah ini iaitu KM SEMPADI,

    KM KUKUP dan KM AMANAH dan dibantu oleh kapal-

    kapal Wilayah Timur seperti KM SIPADAN, KM LANG, KM

     JARAK dan KM SEGANTANG bagi menampung keperluanoperasi yang ketika itu Wilayah Selatan kekurangan aset

    dalam menguatkuasaakan undang-undang di laut.

    FUNGSI WILSEL

      • Menguatkuasakan undang-undang dan

    ketenteraman di Wilayah Zon Maritim Malaysia.

    • Membuat perancangan yang melibatkan operasi

    di peringkat wilayah. Memastikan pastikan keselamatan

    dan keamanan dikawasan operasi wilayah.

    • Menentukan latihan operasi dilaksanakan bagi

    menentukan tahap kesiagaan sentiasa tinggi.

    • Mengawal selia dan memantau Sistem

    Pengawasan Laut bagi Wilayah Selatan sahaja.

    • Bertanggungjawab ke atas segala tindakan

    mencari dan menyelamat serta bantuan bencana di

    peringkat Wilayah.

    • Menentukan sistem C3I berjalan dengan lancar

    di peringkat wilayah. Bertanggungjawab ke atas

    urusan pentadbiran, perhidmatan, kewangan, teknologi

    maklumat dan keselamatan premis serta harta benda dibawah kawalan wilayah.

    • Bertanggungjawab ke atas tugas siasatan

    berhubung kesalahan dibawah Undang-undang

    Persekutuan, Negeri danUndang-undang atau

    Peraturan Antarabangsa di peringkat wilayah.

    • Menjalankan tugas pendakwaan berhubung

    kesalahan-kesalahan dibawah Undang-undang

    Persekutuan, Negeri dan Undang-undang atau

    Peraturan Antarabangsa.

    Bertanggungjawab ke atas ibu pejabat APMMmengenai pelaksanaan dasar dan operasi logistik di

    peringkat wilayah.

    Bot Penggalang 1

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    25/32

    25

      • Mengkoordinasi bantuan logistik yang diperlukan oleh kapal-kapal wilayah lain yang ditugaskan di

    bawah naungannya.

    • Menentukan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh pangkalan daerah di bawah naungan

    wilayah.

    • Melaksanakan pemeriksaan ke atas kerja-kerja pengawasan senggaraan kapal-kapalAPMM di limbungan

    wilayah serta mencadangkan skop kerja senggaraan peralatan kapal dan infrastruktur yang memerlukan

    kontrak.

     KEANGGOTAAN WILSEL

      Perjawatan bagi seluruh WILSEL hanya dapat diisi sebanyak 45%. Pihak Wilayah sentiasa berusaha dan

    berhubung dengan ibu pejabat untuk memenuhi perjawatan yang kosong. Perjawatan pejabat telah diisi sebanyak

    bagi skim X sebanyak 20.84% dan bukan X sebanyak 50%. Bagi perjawatan anggota di kapal sebanyak 79.05%

    telah diisi daripada 210 perjawatan. Manakala perjawatan bagi bot, sebanyak 62.28% telah diisi dengan anggota

    daripada 114 perjawatan yang disediakan. Pengisian jawatan akan dilakukan apabila anggota baru yang dilatih

    selesai menjalani latihan.

      PENEMPATAN KAPAL Kapal Kelas PenempatanKM TEGAS GAGAH DM7 Sedili

      KM MULIA GAGAH DM7 Sedili  KM RAMUNIA RAMUNIA DM6 Johor Bahru  KM MARUDU RAMUNIA DM6 Johor Bahru  KM MANJUNG MANJUNG DM7 Sedeli  KM BIDONG SIPADAN DM6 Johor Bahru  KM KUKUP SIPADAN DM4 Klang  KM SEMPADI SIPADAN DM4 Klang  KM DANGA RAMUNIA DM4 Klang

      Sebanyak 17 buah bot telah diletakkan di bawah naungan Wilayah ini. Bot-bot ini terdiri daripada 13buah bot KILAT, sebuah bot PENYELAMAT, sebuah bot PELINDUNG, dan 2 buah bot PENGGALANG. Penugasan

    bot akan dilakukan oleh setiap Daerah atau Pangkalan dan dibawah pengawasan Bahagian Operasi Wilayah ini.

    Bot ini beroperasi dalam jangkamasa yang singkat jika dibandingkan dengan jangkamasa operasi kapal.

    PENEMPATAN BOT

      KELUASAN PERAIRAN 

    DM JOHOR BAHRU - 3,889 KM² / 2099.8 BN²

      DM SEDILI - 10,445 KM² / 5639.8 BN²

      DM KUALA LINGGI - 432.5 KM / 801 BN²

      DM KLANG - 1166.3 KM / 2159.9 BN²  KELUASAN PERAIRAN WILSEL -

    12,650 BN = 23,427.8 KM²

      PANJANG PANTAI

      SABAK BERNAM HINGGA KUALA SEPANG -

    217.6 KM / 117.5 BN

      KUALA SEPANG HINGGA KUALA KESANG (MUAR) -

    121.75 KM / 65.7 BN

      KUALA KESANG (MUAR) HINGGA TAMBAK JOHOR-

    231 KM / 125 BN

      TAMBAK JOHOR HINGGA ENDAU -

      254 KM / 137 BN

      JUMLAH PANJANG PANTAI WILSEL =

    824.35 KM / 445.2 BN

    Bot

    PENYELAMAT 3

    KILAT 12

    KILAT 14KILAT 18

    KILAT 31

    PENGGALANG 2

    KILAT 13

    KILAT 33

    KILAT 16

    KILAT 30

    Pelindung 3

    KILAT 19

    KILAT 21

    KILAT 15

    KILAT 20

    KILAT 32

    PENGGALANG 1

    Penempatan

    DM6 Johor Bahru

    DM6 Johor Bahru

    DM6 Johor BahruDM6 Johor Bahru

    DM7 Sedili

    DM7 Sedili

    PM Batu Pahat

    PM Batu Pahat

    DM7 Sedili

    PM Mersing

    PM Mersing

    DM5 Kuala Linggi

    DM5 Kuala Linggi

    DM4 Klang

    DM4 Klang

    DM4 Klang

    DM4 Klang

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    26/32

    26

    Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah APMM

    Ke Tentera Laut Perancis

    PUTRAJAYA - Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish dan dua pegawai kanan

    APMM telah dijemput melakukan lawatan kerja rasmi di pangkalan

    Tentera Laut Perancis pada 2 Mei hingga 7 Mei 2010 yang

    lepas.

    Tujuan lawatan tersebut untuk mengeratkan lagi perhubungan

    baik dan meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai

    bidang di antara APMM dengan pihak Tentera Laut Perancis.

    Selain itu, lawatan ini akan membolehkan APMM bertukar-tukar

    pandangan dan pengalaman dengan pihak tersebut dalam

    bidang penguatkuasaan maritim, mengawal selia kawasan persisir

    pantai, pengoperasian sistem logistik dan bidang-bidang lain lagi.

      Lawatan ini juga turut memberikan peluang kepada APMM untuk

    melihat sendiri kemudahan, aset-aset dan organisasi pelbagaiagensi yang

    berkaitan dengan bidang penguatkuasaan maritim di Perancis

    termasuk melawat pusat radar pengawalan pesisir dan juga Syarikat

    Eurocopter yang membekalkan pesawat helikopter Dauphine

    kepada APMM.

      Selain itu, rombongan APMM juga berpeluang menilai

    kesesuaian konsep dan sistem pengoperasian yang dilaksanakan

    oleh agensi terbabit yang boleh dijadikan panduan bagi

    perkembangan masa depan APMM.

      Turut menyertai lawatan ialah Laksamana Pertama MaritimMohd Taha bin Ibrahim, Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Sabah,

    Kepten Maritim Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah

    SWASLA dan Kdr Maritim Saiful Lizan bin Ibrahim dari Cawangan Strategik APMM.

    Perbincangan Dua Hala APMM dan

    SPCG/MSTF  Singapura

     JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telahmengelolakan satu mesyuarat sulung di antara APMM dengan

    Singapore Police Coast Guard  (SPCG) dan Maritime Security Task

    Force (MSTF)  yang diadakan di Johor Bahru pada 7 Apr lalu.

      Objektif mesyuarat ini bagi menjalinkan dan melebarkan

     jaringan kerjasama antara agensi serta mewujudkan operational

    point of contacts  dalam memastikan pertukaran maklumat serta tindakan yang perlu dilaksanakan secara esien.

    Seramai enam wakil APMM dan enam wakil Singapore Police Coast Guard (SPCG)  dan Maritime Security

    Task Force (MSTF)   Singapura hadir pada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan

    Penguatkuasaan dan Eksesais, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Puzi Abu Kahar.

    Adalah diharapkan perbincangan ini membentuk permuafakatan antara agensi dalam melaksanakan

    inisiatif-inisiatif yang bersesuaian untuk memperkasakan keselamatan dan keamanan maritim di perairan sempadan

    kedua-dua negara dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan

    Singapura.

    P E R I S T I W A

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    27/32

    27

    P E R I S T I W A

    Kursus Awareness SAR Mission Coordinator 

    KUANTAN - “lmu dan pengalaman perlu dipertingkatkan untuk menjadikan anggota-anggota APMM berupayabekerja sebagai satu pasukan SAR yang mantap dan profesional”, demikian kata Laksamana Pertama Maritim Dato’

    Pahlawan Mohd Rashid bin Harun, Pengarah Cawangan Carilamat dan Bantuan Bencana di majlis penutup kursus

    Awareness SAR Mission Coordinator   pada 21 Mei lalu.

      Katanya lagi, antara objektif kursus ini adalah untuk memastikan perlaksanaan dan pengoperasian Maritime

    Rescue Coordination Center  dan Maritime Rescue Sub Coordination Center dapat dilaksanakan mengikut tatacara

    dan prosedur yang betul seperti yang ditetapkan. Di samping itu, ia juga dapat memperincikan pengetahuan

    pegawai-pegawai APMM tentang tugas dan tanggungjawab sebagai Search and Rescue Mission Coordinator

    (SMC)  sekiranya berlaku kejadian SAR serta implikasinya jika kejadian yang berlaku tidak ditangani dengan betul

    dan cepat.

    Beliau turut hadir sebagai pemerhati sepanjang kursus berlangsung dan mengikuti ceramah yang disampaikan

    oleh Kepten Maritim Kamaruszaman bin Haji Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Carilamat dan

    Bantuan Bencana.

      Kursus itu dikendalikan oleh Cawangan Carilamat dan Bantuan Bencana APMM bertempat di Pusat Latihan

    APMM Kuantan bermula pada 17 hingga 21 Mei 2010 melibatkan seramai 13 pegawai yang mewakili 5 Wilayah

    Maritim.

    40 PenguatkuasaDiberi Latihan Kendali

    Hasil Hutan

    SANDAKAN – 40 pegawai pen-

    guatkuasa APMM Daerah Maritim

    18 Sandakan dan Lahad Datu yang

    diketuai oleh Kdr Maritim V. Pannir Selvan a/l Veloo, Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Sandakan menghadiri

    kursus Penguatkuasaan Undang-Undang Dibawah Kesalahan Enakmen Hutan 1968 selaras dengan Akta Agensi

    Penguatkuasaan Maritim Malaysia Akta 633 pada 13 dan 14 April lalu bertempat di ibu pejabat Perhutanan Neg-eri Sabah.

      Modul kursus merangkumi Enakmen Hutan 1968, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Keterangan Kuasa Menang-

    kap, Menyiasat dan Mendakwa. Peserta diberi pendedahan kepada beberapa kes tangkapan, serbuan dan

    pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Sandakan melibatkan Proses Menyiasat dan Tatacara Me-

    nyediakan Kertas Siasatan.

    Selain itu, peserta diberi peluang melihat hasil tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Sandakan

    iaitu kulit tangar dan kayu bakau serta kayu gaharu yang merupakan barangan kawalan berharga dan bernilai

    tinggi dalam pasaran yang mana ianya memerlukan lesen untuk diimport atau dieksport.

    Menurut pegawai Jabatan Perhutanan Sabah akan terus mengadakan Operasi Bersepadu bersama APMM

    bagi membanteras penyeludupan hasil hutan.

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    28/32

    28

    KP Bertemu Nelayan Seberang Takir

    KUALA TERENGGANU - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk

    Mohd Amdan bin Kurish bersama Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman, ADUN Seberang

    Takir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jiwa Murni bersama komuniti

    maritim di Perkampungan Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 26 Jun 2010..

      Program ini telah melibatkan kira-kira 100 anggota APMM termasuk penduduk

    kampung di sekitar perkampungan seberang Takir iaitu Kampung Baru, Kampung

    Seberang Takir, Kampung Seberang Takir Pantai, Kampung Batin dan Kampung Hulu

    Takir. Di samping itu juga, pelbagai aktiviti dan acara sukan turut diadakan seperti

    gotong royong membina wakaf, mengecat surau, tarik tali dan bola tampar serta melukis.

    Dalam ucapan perasmian Ketua Pengarah berkata, ” diharap

    dengan kerjasama ini masyarakat setempat akan dapat menjadi

    ‘mata dan telinga’ kepada agensi bagi membantu menyalurkan

    maklumat sekiranya wujud petunjuk-petunjuk berlakunya aktiviti

    yang bertentangan dengan undang-undang perairan negara”.

    Perlaksanaan program ini juga telah dapat memberipeluang komuniti nelayan setempat mengenali Maritim Malaysia

    dengan lebih dekat dari segi fungsi dan peranannya dalam

    penguatkuasaan, Carilamat serta peluang kerjaya Maritim

    Malaysia kepada anak-anak komuniti nelayan setempat.

    Masalah Nelayan Kuala Kedah Diberi PerhatianKUALA KEDAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah

    Utara, Pangkalan Kuala Kedah mengadakan sesi dialog bersama

    nelayan Kuala Kedah yang diketuai oleh Ketua Penguat Kuasa

    Daerah Maritim Langkawi, Kepten (M) Abdul Rahim Abdullah bersama

    beberapa pegawai dan Ketua Pengkalan Kuala Kedah, PWII (M)

    Shukor bin Mat Hassan di Kg Kelunchor, Kubang Rotan pada 28 April

    lalu. Dialog itu turut dihadiri ADUN Kubang Rotan, Y.B. Tuan Mohd

    Nasri Bin Mustafa.

    Tujuan dialog ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang

    dihadapi para nelayan di samping menerangkan fungsi dan perananAPMM, penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-

    undang maritim serta memberi kesedaran tentang pentingnya para

    nelayan mengamalkan prosedur keselamatan semasa berada di laut.

    Selain itu, program tersebut memberi peluang kepada anggota-

    anggota APMM Pangkalan Kuala Kedah menjalinkan hubungan

    baik agar masyarakat setempat dapat menyalurkan maklumat atau

    masalah dengan cepat.

      Di akhir perjumpaan itu, semua nelayan telah diberikan

    pelekat nombor hotline APMM Wilayah Utara yang boleh ditampal

    di bot-bot bagi memudahkan nelayan menghubungi APMM untuk

    sebarang bantuan, kecemasan ataupun penyaluran maklumat serta

    aduan.

    P R I H A T I N

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    29/32

    29

    Dialog Nelayan Di Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU - Satu sesi dialog telah di adakan di WismaBandaraya di antara APMM WILSAB dengan Persatuan Nelayan

    Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Yee Moh Chai,

    Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

    Sesi dialog ini diadakan untuk mengenalpasti masalah

    yang dihadapi oleh para nelayan terhadap tindakan anggota

    penguatkuasa yang di anggap tidak munasabah ketika menjalankan

    tugas, memberi penerangan tentang undang-undang di laut,

    kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan serta keselamatan di laut.

    Penerangan telah disampaikan oleh Pengarah Operasi Wilayah Sabah Dan Labuan, Kepten Maritim Amir Azwa

    bin Mohd Alias dan Timbalan Pendakwa Raya,Tn Syarifuddin Bin Hj Abdul Rasa

      Manakala pihak Gabungan Persatuan Pemilik Bot Nelayan telah dihadiri oleh En Arsani Bin Arshad dari Tawau, Mr

    Simong Hong dari Kota Kinabalu, Mr Phua dari Kudat, S.T Kwek dari Sandakan dan Pemilik-Pemilik bot di Kota Kinabalu.

     Jiwa Murni WILUTA

    KUALA PERLIS - Program Jiwa Murni di Kg Tengah Kuala Perlis yang diadakan pada 16 hingga 18 April lalu telah

    mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih kurang 100 anggota APMM dari Wilayah Maritim Utara dan

    Pangkalan Kuala Perlis bersama-sama penduduk tempatan yang terdiri daripada para nelayan telah mengadakan

    gotong royong yang melibatkan kerja-kerja mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, membersihkan

    kawasan Padang Semarak dan membina Jeti

    Nelayan di Kampung Tengah Kuala Perlis.

    Program tersebut telah mendapat

    perhatian DYTM Raja Muda Perlis,Tuanku

    Syed Faizuddin Jamalullail yang berkenan

    untuk mencemar duli merasmikannya pada

    25 April di Dewan Sekolah Kebangsaan

    Seberang Ramai yang turut disaksikan oleh

    kira-kira 1500 orang penduduk nelayan diKuala Perlis. Baginda melancarkan pelekat

    talian hotline APMM Wialayah Maritim Utara

    dan mySMS APMM serta menyampaikan

    sumbangan peralatan perikanan kepada

    para nelayan dan sumbangan wang tunai

    kepada para pelajar cemerlang Negeri

    Perlis.

      Sepanjang program yang dianjurkan oleh Pangkalan APMM Kuala Perlis itu, DYTM Raja Muda Perlis telah

    diringi oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,

    Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Zulkili Bin Abu Bakar. dan pegawai-pegawaikanan APMM serta tetamu kehormat dari Jabatan Kerajaan Negeri Perlis. Di samping itu juga, beberapa agensi

    kerajaan dan swasta turut mengambil peluang mengadakan pameran dan promosi kepada masyarakat setempat.

    P R I H A T I N

  • 8/19/2019 SatriaMaritimFinal 190810

    30/32

    30

    Program Kesedaran Keselamatan Untuk Nelayan Miri

    MIRI – Unit Operasi DM13 bersama Unit Pentadbiran Daerah

    Maritim Miri telah menganjurkan satu program Preventive SAR

    dan Dialog APMM bersama Komuniti Maritim pada 22 April

    2010 bertempat di pejabat Daerah Maritim Miri (DM 13).

    Program sehari itu telah berjaya menarik penyertaan

    seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada

     jabatan-jabatan kerajaan, persatuan-persatuan nelayan

    dan pengusaha- pengusaha kapal dan bot di DM 13.

      Tujuan program Preventive SAR dan Dialog APMM

    Bersama Komuniti Maritim ini adalah untuk mendekatkan

    agensi dengan komuniti maritim, memberi kesedaran tentang

    kesalahan-kesalahan maritim yang bertentangan dengan undang-undang persekutuan yang perlu dijauhi dan peri

    pentingnya peralatan keselamatan semasa melaksanakan aktiviti di laut seperti jaket keselamatan.  Taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Lt Kdr Maritim Muhamad Suhairi bin Hussain,

    Pegawai MRSC Kuching dan beberapa sesi taklimat juga turut disampaikan oleh wakil Jabatan Laut, Jabatan

    Perhutanan serta Lembaga Sungai-sungai Sarawak. Taklimat berkenaan adalah untuk meningkatkan kefahaman

    peserta terhadap prosedur permohonan serta syarat-syarat sijil pelepasan pelayaran, prosedur berhubung kargo

    manifest dan aspek-aspek keselamatan kapal dan pelaut.

     Jalinan Murni DM18 - Nelayan Semporna

    SEMPORNA – Daerah Maritim Tawau, DM 18 telah mengadakan

    program jiwa murni di Perkampungan Nelayan di Kg. Tampi-

    Tampi, Semporna, Sabah pada 24 Februari 2010.

    Aktiviti yang dijalankan mernagkumi mengecat dan

    membersihkan kawasan masjid, membersihkan kawasan

    perkuburan dan membaiki gelanggang bola tampar. Seramai

    40 orang anggota DM 18 bersama-sama penduduk kampung

    melakukan gotong royong di kawasan yang telah ditetapkan

    bagi memastikan kelancaran kerja