This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1. Sang Kembala Kuda
2. MAKSUD SAJAK
3. Dia lelaki bergelar perkasa Dengan cemeti keberanian di
tangan Rembat angkuhnya memacu takut Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.
4. Maksud Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah.
Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat
kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu
sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera
balik ke kandang.
5. Rumput dan jerami yang terhidang Adalah kanun janji
kesetiaan Dimamah rakus kala lapar Tak peduli nasib diri setelah
kenyang Jadi tunggangan memburu rakan.
6. Sementera itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang
lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar.
Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
7. Dia lelaki punya kuasa Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana Dia melampar muslihat Aku penyelamat
maruah Berjuang atas dasar kebenaran Menentang semua
kebobrokan.
8. Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara
nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang
kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dai bijak
menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat
maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang
segala penipuan.
9. Dia lelaki sang gembala kuda Hanya mengenal pantas
tunggangan Tanpa membaca keletihannya Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan Tanpa menghitung kesakitannya Dan
kuda-kuda itu ditunggangi Ditunggangi dan ditunggangi!
10. Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin
mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan
kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa
mengambil kira kesengasaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya
mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi
berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
11. Tema
12. TEMA Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan
penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda
tunggangannya.
13. Persoalan
14. PERSOALAN Kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.
Ketegasan dalam memimpin Penganiayaan terhadap haiwan. Kepatuhan
menurut perintah. Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.
Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemah Pasrah dan reda
akan ketentuan Ilahi.
15. Bentuk sajak
16. BENTUK SAJAK Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Bilangan barisnya tidak
sama. Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara
tiga hingga enam patah kata sebaris. Jumlah suku kata dalam setiap
baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata. Rima
akhir sajak ini bebas (abcdd,abcad,aabcccadecc dan abaabacc.)
17. Gaya bahasa dan keindahan bunyi
18. Gaya bahasa Contoh 1. Pemilihan kata yang indah (a)Rembat
angkuhnya memacu takut (b)Meredah onak di rimba perburuan 2.
Epifora Perulangan kata ditunggangi 3. Repetisi(Perulangan)
Ditunggangi dan ditunggangi 4. Metafora (a)Rimba pemburuan (bPaya
penindasan Cemeti durjana 5. Personifikasi (a)Rembat angkuhnya
memacu takut (b)Pacuannya diiiring seribu keberanian 6. Hiperbola
Dimamah rakus kala lapar 7. Sinkope Tak peduli nasib diri setelah
kenyang 8. Inversi Dan kuda-kuda itu ditunggangi dari 9. Asonansi
(a)Sesekali suaranya lebih gempita(Bunyi vokal i) (b)Menentang
semua kebobrokan(Bunyi vokal e) 10. Aliterasi (a) Ditunggangi dan
ditunggangi!(Bunyi konsonan d) (b) Dia melampar muslihat(Bunyi
konsonan m)
19. Nada
20. NADA Sajak ini berda sinis kerana menyatakan sikap
mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hinggan
menganiayai dan mengakibatkan soal- soal penjagaan khusus terhadap
haiwan itu.
21. Nilai
22. Nilai Tanggungjawab Keberanian Kebijaksanaan Kegigihan
Kepatuhan
23. 1. Nilai tanggungjawab Penjaga kuda bertanggungjawab
menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara
baik. 2. Nilai keberanian Penjaga kuda berani menempuh
berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda
itu. 3. Nilai kebijaksanaan Penjaga kuda bijak mengawal kuda
tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.Nilai kegigihan Penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga
kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan
terhadap kuda-kuda itu. 5. Nilai kepatuhan Sekumpulan kuda
digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
24. Pengajaran
25. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
yang diberikan oleh ketua. Kita mestilah berani menghadapi
berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa. Kita perlulah
gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan
dapat dikecapi akhirnya. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan
suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi. Kita hendaklah
bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan
sempurna.