ITEM SOALAN BAHAGIAN A Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup Topik : Mikroorganisma Soalan Aras Rendah : 1. Antara berikut, yang manakah merupakan mikroorganisma? I. Virus. II. Rumput. III. Bakteria. IV. Rumpai laut. A. I dan III. B. I, II dan III.. C. II dan IV. D. I, III dan IV. 2. Penyakit berjangkit bermakna penyakit yang .... A. Boleh disembuhkan. B. Boleh dicegah. C. Boleh merebak dengan mudah. D. Disebabkan oleh mikroorganisma. 3. Antara berikut, yang manakah bukan penyakit berjangkit? A. Kanser . B. Taun. C. Selsema. D. Sakit mata. Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup Topik : Mikroorganisma 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ITEM SOALAN BAHAGIAN A
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Mikroorganisma
Soalan Aras Rendah:
1. Antara berikut, yang manakah merupakan mikroorganisma?
I. Virus.
II. Rumput.
III. Bakteria.
IV. Rumpai laut.
A. I dan III.
B. I, II dan III..
C. II dan IV.
D. I, III dan IV.
2. Penyakit berjangkit bermakna penyakit yang ....
A. Boleh disembuhkan.
B. Boleh dicegah.
C. Boleh merebak dengan mudah.
D. Disebabkan oleh mikroorganisma.
3. Antara berikut, yang manakah bukan penyakit berjangkit?
A. Kanser .
B. Taun.
C. Selsema.
D. Sakit mata.
1
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Mikroorganisma
Soalan Aras Sederhana :
1. Antara keadaan-keadaan yang berikut, yang manakah benar tentang kesan buruk
mikroorganisma?
I. Penyakit
II. Gigi reput
III. Keracunan makanan
IV. Makanan menjadi rosak
A. I dan IV
B. I, II dan IV
C. II dan III
D. I, II, III dan IV
2. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang ciri-ciri mikroorganisma?
I. Bernafas.
II. Bertumbuh.
III. Bergerak.
IV. Membiak.
A. I, dan III sahaja.
B. I, III, dan IV sahaja .
C. II, III, dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.
2
3. Rajah 1 menunjukkan sekeping roti yang telah dibiarkan selama beberapa hari.
Rajah 1
Keadaan manakah yang menyebabkan kulat tumbuh pada roti?
A. Lembap dan sejuk.
B. Lembap dan panas.
C. Kering dan sejuk.
D. Kering dan panas.
3
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Mikroorganisma
Soalan Aras Tinggi
1. Antara berikut, yang manakah benar tentang ragi.
I. Ia adalah kulat.
II. Ia adalah tumbuhan hijau.
III. Ia bukan benda hidup.
IV. Ia membantu dalam proses membuat roti.
A. I, dan II sahaja
B. I, dan IV sahaja
C. II, dan IV sahaja
D. I, II, dan IV sahaja
2. Apakah langkah yang harus diambil untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang
disebabkan oleh mikroorganisma?
I. Jangan biarkan luka terdedah
II. Masak air sebelum diminum
III. Cuci tangan sebelum memegang makanan
IV. Tutup mulut dan hidung semasa batuk
A. I, dan II sahaja
B. I, dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II, III, dan IV
4
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Kemandirian Spesies
Soalan Aras Rendah:
1. Antara haiwan berikut, yang manakah bertelur?
A. Kucing.
B. Anjing.
C. Katak.
D. Tikus.
2. Antara berikut haiwan yang manakah yang melahirkan anak?
A. Lipas.
B. Cicak.
C. Penyu.
D. Singa.
3. Antara buah berikut, yang manakah dipencarkan oleh haiwan?
A. Kelapa.
B. Rumput semalu.
C. Keembung.
D. Meranti.
5
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Kemandirian Spesies
Soalan Aras Sederhana :
1. Antara ciri-ciri berikut, yang manakah berkenaan dengan biji benih yang dipencarkan
oleh angin?
I. Ringan
II. Mempunyai ruang udara
III. Mempunyai bulu halus
IV. Warna yang terang
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. II dan IV
2. Maklumat di bawah menerangkan ciri-ciri buah Q
Bagaimanakah buah Q disebarkan?
A. Angin
B. Haiwan
C. Air
D. Mekanisme letupan
3. Mengapa gajah melindungi anak mereka?
A. Kerana anak gajah comel
B. Kerana gajah mahu bersama dengan anaknya.
C. Untuk memastikan gajah tidak pupus.
D. Kerana kekurangan sumber makanan.
6
Kecil
Ringan
Mempunyai struktur seperti sayap
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Kemandirian Spesies
Soalan Aras Tinggi :
1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan burung melindungi dan menjaga telur
dan anaknya?
I. Memberi makanan
II. Tinggalkan sarang
III. Mengeram telur
IV. Meninggalkan anaknya selepas telur menetas
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
2. Rajah 1 di bawah menunjukkan satu rantai makanan.
X → ayam → ular
Rajah 1
X adalah ...
A. pokok padi
B. pokok ros
C. burung
D. musang
3. Bahagian buah kelapa yang manakah membantunya terapung?
A. Bahagian yang boleh dimakan.
B. Kulit yang berlilin.
C. Tempurung yang keras.
D. Ruang udara.
7
ITEM SOALAN BAHAGIAN B
Tema : Menyiasat Benda-benda Hidup
Topik : Mikroorganisma
Soalan Aras Rendah:
1. Rajah 1 menunjukkan sebiji limau yang sudah buruk dan sekeping roti yang sudah
berkulat.
Rajah 1
a) Apakah yang dapat diperhatikan pada limau dan roti itu?