1.0 PENDAHULUAN Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Mata Pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan sangat sukar untuk difahami oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, matematik terus tidak diminati oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengubah tanggapan ini di kalangan pelajar. Saya memilih tajuk Pembundaran Nombor Bulat ini kerana ia merupakan tajuk agar sukar di fahami oleh pelajar Tahun 2 dalam bab 1, bidang nombor bulat. Dengan sebab yang demikian, saya merasakan adalah perlu menyemai sikap sukakan matematik di kalangan pelajar-pelajar di peringkat lebih awal. Selain itu, hasil pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan berhubung pembundaran ini dengan betul. Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar Tahun 2 Kuning. Kumpulan ini merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap yang berbeza di dalam bilik darjah. Walaupun tahap mereka berbeza, saya percayai di kalangan mereka adanya kurang memahami konsep dan teori matematik terutamanya dalam menguasai kemahiran yang asas seperti pembundaran nombor bulat. Lebih-lebih lagi tajuk membundarkan nombor bulat ini merupakan tajuk yang awal dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 1. Keputusan ujian semester Pertama telah menunjukkan kumpulan sasaran ini seramai orang pelajar memang perlu diberi pengajaran pengukahan dan pemulihan. Beberapa sesi pangajaran dan pembelajaran telah dijalankan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Mata Pelajaran matematik merupakan salah
satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan sangat sukar untuk difahami oleh pelajar.
Sehubungan dengan itu, matematik terus tidak diminati oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, saya
berasa bertanggungjawab untuk mengubah tanggapan ini di kalangan pelajar. Saya memilih
tajuk Pembundaran Nombor Bulat ini kerana ia merupakan tajuk agar sukar di fahami oleh
pelajar Tahun 2 dalam bab 1, bidang nombor bulat.
Dengan sebab yang demikian, saya merasakan adalah perlu menyemai sikap sukakan
matematik di kalangan pelajar-pelajar di peringkat lebih awal. Selain itu, hasil pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat
menjawab soalan berhubung pembundaran ini dengan betul.
Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar Tahun 2 Kuning. Kumpulan ini
merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap yang berbeza di dalam bilik
darjah. Walaupun tahap mereka berbeza, saya percayai di kalangan mereka adanya kurang
memahami konsep dan teori matematik terutamanya dalam menguasai kemahiran yang asas
seperti pembundaran nombor bulat.
Lebih-lebih lagi tajuk membundarkan nombor bulat ini merupakan tajuk yang awal dalam
sukatan pelajaran matematik Tahun 1. Keputusan ujian semester Pertama telah menunjukkan
kumpulan sasaran ini seramai orang pelajar memang perlu diberi pengajaran pengukahan dan
pemulihan. Beberapa sesi pangajaran dan pembelajaran telah dijalankan untuk memahirkan
pelajar-pelajar ini dengan Membundarkan sebarang nombor kepada puluh dan ratus yang
terdekat.
1
1.1 Refleksi Pengalaman pengajaran dan pembelajaran
Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan pelajar telah saya temui setiap tahun
sepanjang 3 tahun pengalaman saya mengajar matematik. Saya merasakan satu tindakan perlu
diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu kemahiran
yang susah untuk dikuasai. Tahun ini saya diberikan tanggungjawab mengajar matematik
Tahun 2, yang mempunyai 10 orang pelajar yang tidak dapat membuat latihan membundaran
nombor dengan betul. Semasa Pengajaran dalam kelas 10 orang pelajar ini agar lambat
menguasai teknik atau kemahiran yang diajar oleh guru. Mereka merupakan pelajar yang
lemah dalam Matematik. Saya merasa sungguh tercabar.
Saya cuba mencari punca masalahnya untuk dihadapai oleh mereka. Pelbagai strategik yang
diperlukan untuk mengajar pelajar tersebut. Selain itu, saya juga mendapati mereka perlu
dibimbing untuk menyelesaikan masalah matematik. Mereka berasa kecewa dan amat takut
semasa membuat latihan membundarkan nombor bulat. Konsep yang dikuasai tentang
membundarkan nombor dan nilai tempat agar lembah. Mereka tidak tahu menentukan nilai
yang perlu ditukar dan tidak faham perlu meletakkan nombor “0” selepas nombor
dibundarkan.
2
Rajah 1.1.1 Contoh masalah pelajar dalam pembundaran nombor
Berdasarkan Ujian semester kali pertama mata pelajaran Matematik pada tahun 2014.
Selepas pemeriksaan kertas soalan matematik ini, saya dapati ramai murid Tahun 2 Kuning
tidak dapat mencapai markah yang baik. Di dalam soalan ujian semester ini terdapat 10
soalan tentang tajuk membundarkan nombor bulat. Apabila saya merumuskan seperti jadual
1, terdapat 10 orang murid daripada 30 orang murid merupakan markah yang terendah dalam
ujian semester ini. Manakala, 10 orang pelajar ini didapati tidak dapat menjawab betul
kurang daripada 5 soalan pembundaran nombor bulat.
Dapatan ujian Mei 2014 juga menunjukkan masalah ini dengan jelasnya. Kesalahan yang
sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ini tidak menukarkan digit selepas tempat pembundaran
kepada sifar menyebabkan jawapan akhir yang diberikan adalah salah. Mereka juga sering
terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak dibundarkan jika digit di
sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.
3
Berikut merupakan contoh kertas soalan yang dikeluarkan pada bulan Mei 2014
Arahan: Perhatikan baris nombor berikut dan bulatkan jawapan yang betul.
Rajah 1.1.2 Contoh soalan bundarkan kepada puluh yang terdekat :
Rajah 1.1.3 Contoh soalan kepada ratus yang terdekat
4
bunbarkan kepada
puluh yang terdekat
bunbarkan kepada
ratus yang terdekat
Rajah 1.1. 4 Contoh soalan bundarkan kepada puluh dan ratus yang terdekat
Berdasarkan pemeriksaan buku latihan dan buku kerja pelajar didapati kebanyakan soalan
yang menggunakan garis nombor. Oleh itu saya berasa penggunaan garis nombor ini
merupakan cara yang terbaik dalam mengajar pembundaran nombor bulat. Melalui temu
bual dengan guru-guru matematik yang lain, saya dapati kalau pelajar tahap 1 kebanyakan
belajar konsep pembundaran nombor melalui garis nombor dengan lebih cepat tepat dan
senang.
5
Bunbarkan kepada puluh yang terdekat
6
Rajah 1.1.5 Contoh Soalan yang mengunakan garis nombor“ Bunbarkan kepada ratus yang terdekat” di dalam buku kerja pelajar.
2. Fokus Kajian
Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategik yang sesuai dimanpapkan kemahiran
dan meningkatkan minat pelajar dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar yang lemah.
Pelajar-pelajar ini juga merupakan pelajar-pelajar yang sangat lemah penguasaannya dalam
mata pelajaran matematik. Selain itu, kumpulan pelajar ini masih gemar bermain. Namun
begitu sebagai seorang guru saya tidak pernah berputus harapan dalam menjalankan
tanggungjawab terhadap mereka.
Kaedah menggunakan “Kad Caris Nilai” ini dicetuskan atas rasa bahawa pelajar-pelajar ini
tidak boleh diajar melalui kaedah ‘chalk and talk’ sahaja. Penggunaan CD-Rom yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran juga gagal untuk menarik minat pelajar-pelajar
ini. Mereka memerlukan aktiviti yang berbentuk ‘hands-on’. Justeru, pengkaji telah mereka
bentuk ‘Kad Garis Nilai’ dan digunakan di dalam pengajaran pembundaran nombor bulat.
Fokus utama kajian adalah supaya pelajar dapat menukarkan digit-digit yang berada selepas
nilai tempat pembundaran kepada “0” serta dapat menambahkan satu kepada digit yang
dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih daripada 5.
Dalam peperiksaan semester biasanya terdapat 5 hingga 10soalan mengenai membundarkan
nombor bulat.
Oleh itu, jika perkara ini dibiarkan pelajar pasti tidak dapat menjawab soalan tersebut
dengan betul sedangkan kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas. Kemahairan
membundarkan ini juga akan terus digunakan di dalam matapelajaran matematik hingga ke
tahun 6. Biasanya, diperingkat yang lebih tinggi pelajar-pelajar akan diminta untuk
membundarkan jawapan mereka kepada satu nilai tempat yang ditetapkan. Jika mereka tidak
7
Menguasainya semasa di tahun 2, maka mereka tidak akan menjawab soalan tersebut dengan
tepat.
Sebelum menjalani kajian ini, saya pernah mendengar guru-guru yang mengajar matematik
mengatakan bahawa murid-murid yang dalam golongan lemah ini masih tidak dapat
menangkap konsep membundarkan nombor ini dengan betul. Jikalau mereka dapat
menguasai kemahiran ini, maka mereka berkeminngkin dapat lulus dalam matapelajaran
matematik. Ini adalah kerana terdapat 10 soalan dalam penilaian semester.
Sebelum melaksanakan kajian tindakan, saya telah mengadakan tinjauan awal. Dalam kajian
ini, saya telah menggunakan beberapa instrument kajian. Antaranya adalah pemeriksaan
buku latihan para murid, memerhatikan ujian semester, mengadakan temubual dengan guru-
guru yang berpengalaman dalam matematik. Tujuan perbincangan ini adalah untuk
mengetahui tentang tahap dan penglibatan para pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tambahan pula, perbincangan dengan guru-guru yang berpengalaman membantu saya
mengumpul maklumat yang lebih terperinci mengenai tentang tahap penguasaan dan
kebolehan dalam penyelesaian masalah membundarkan nombor bulat. Saya juga dapat
berkongsikan strategi dan kaedah yang sering digunakan untuk beliau semasa mengajar
membundaran nombor bulat. Respons perbincangan telah menyokong dan membantu saya
untuk meneroka tindakan saya dalam alatan bantu mengajar dapat digunakan dalam
pengajran dan pembelajaran membundarkan nombor bulat.
8
Jadual 2.1 : Tinjauan awal
Langkah-langkah Cara penilaian Kumpulan sasaran Tujuan
1. Temubual Guru-guru yang
berpengalaman dalam
mengajar matematik.
Untuk mengenal pasti
strategi yang digunakan.
2 Perbincangan Guru matematik Tahun
2
Untuk mengenal pasti pelajar
yang lemah dan masalah
yang dihadapi oleh golongan
yang lemah ini.
3 Pemeriksaan
buku latiahan
dan kertas
soalan ujian
semester
30 orang pelajar murid
tahun 2
Untuk mengenal pasti pelajar
yang lemah dalam
penguasaan kemahiran
membundar nombor bulat.
9
3. Objektif Kajian/Soalan Kajian
3.1 Objektif am
Tujuan kajian ini alalah untuk meningkatkan kemahiran membundaran nombor bulat melalui
aplikasi “ kad Garis Nilai” bagi Pelajar Tahun 2 Kuning.
3.2 Objektif Khusus
i. Mereka ciptakan satu alat bantuan mengajar yang berkesan untuk membantu pelajar
yang lemah dalam membundaran nombor bulat.
ii. Membuktikan keberkesanaan tindakan yang dilaksanakan untuk memantpkan
kemahiran membundaran nombor bulat melalui aplikasi :kad garis nilai” bagi pelajar
Tahun 2 Kuning.
i.
3.3 Soalan Kajian
i. Bagaimana pelajar Tahun 2 dapat meningkatkan kemahiran pembundaran nombor
bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat dengan menggunakan “Kad Garis Nilai”?
ii. Bagaimana “Kad Garis Nilai” dapat membantu pelajar Tahun 2 menguasai
Pembundaraan nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat?
10
4.0 Kumpualan Sasaran
Responden kajian ini ditujukkan kepada Tahun 2 Kuning iaitu kelas kedua dimana
pencapaian mereka adalah lemah. Jumlah semua murid di dalam kelas ini ialah 30 orang.
Jumlah murid lelaki ialah 14 orang manakalah jumlah murid perempuan ialah 13orang. Dari
jumlah murid 30 orang, saya telah memilih seramai 10 orang pelajar sebagai kumpulan
sasaran. Mereka terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.
Mereka juga terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Iaitu, etnik Melayu, cina dan
Asli. Mereka terdiri daripada keluarga kelas pertengahan dan rendah. Semua pelajar
berkenaan berumur 8 tahun. Mereka mempunyai kebolehan yang berbeza. Murid-murid ini
juga menghadapi masalah untuk memahami subjek yang lain. Maklumat kumpulan sasaran
adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2:
Jadual 4.1: Kumpulan Sasaran mengikut etnik
Lelaki Perempuan
Melayu Cina Asli Melayu Cina Asli
bil % bil % bil % bil % bil % bil %
3 30 3 30 0 0 0 0 3 30 1 10
11
Jadual 4.2 : Kumpulan Sasaran mengikut Ujian semester bulan Mac 2014
Sampel data
JatinaMarkah
No Soalan Membundaranx1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 L 70 1 1 1 1 x x 1 1 1 x 32 L 45 1 1 1 x x x x x 1 1 53 P 67 1 1 1 x 1 x x x x 1 54 P 80 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 05 L 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 06 P 78 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 07 P 58 1 1 1 1 x x x 1 x 1 38 L 80 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 09 P 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0
10 P 100 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 011 L 89 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 012 L 30 x x x x x x x x x x 1013 L 28 1 1 x x x x x x x 1 714 L 35 1 x x x x x x x x x 915 P 67 1 1 1 1 1 x x x x x 516 P 79 1 1 1 1 1 1 1 1 x x 217 P 69 1 1 x 1 x x 1 x x x 618 L 35 1 x x x x x x x x x 919 P 56 1 1 x x x 1 1 x x 1 520 P 78 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 021 P 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 022 L 89 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 023 L 88 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 024 P 78 x x 1 1 1 1 1 1 x 1 325 P 56 1 1 1 x x x 1 x x x 626 L 34 x x x x x x x 1 x 1 827 L 45 1 1 x x 1 1 x x 1 1 428 P 33 1 1 x x x x x x x 1 729 P 67 1 x x 1 1 x x x x x 730 L 35 x x x x 1 1 1 x x 1 6
12
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Saya telah mengapliksi Model Kemmis & Mc Taggart (1988) , iaitu satu kitaran
kajian dalam kajian tindakan saya. Model ini terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu
Mereflek, Tinjauan awal, Merancang tindakan dan Melaksana tindakan & memerhati. Rajah
Model Kemmis & Mc Taggart adalah seperti berikut:
5.1 Model Kemmis dan Mc Taggart
http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html
Menurut kepada Model Kemmis dan Mc Taggart, proses kajian tindakan
bermula pada peringkat awal iaitu guru membuat refleksi ke atas setiap isu pengajaran dan
pembelajarn yang hendak diselesaikan. Kemudian guru hendaklah menyediakan suatu
rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapainya. Langkah yang
seterusnya, guru perlu melaksanakan rancangan yang dihasilkan oleh guru. Dalam proses
pelaksanaan guru perlu membuat permerhatian kemajuan tindakan yang dijalankan itu.