KIMIA PEMBAKARAN
KIMIA KEBAKARANPENGENALAN
Kimia kebakaran ataupun sains kebakaran adalah satu mata
pelajaran yang mengkaji berkenaan dengan asal usul sesuatu
kebakaran, sifat-sifat api , punca-punca kebakaran, kemerebakan
kebakaran serta tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan
kebakaran serta memadamkan kebakaran.
Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan yang
ganas .Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada
kebakaran serta ingin memadamnya, anda haruslah mengetahui tentang
kebakaran itu sendiri kerana ia akan memudahkan pemadaman kebakaran
yang dilakukan.
Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan 3
eleman iaitu Haba, Bahan api, Oksigen.
Kebakaran terjadi daripada tindak balas pengoksidaan ataupun
tindak balas kimia yang pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam
tindak balas ialah bahan api oksigen dan haba. Jika kurang satu
daripada unsur di atas maka kebakaran itu tidak akan berlaku. Hasil
daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori, kebakaran telah
diperkenalkan iaitu Segi tiga kebakaran.
TIGA SEGI PEMBAKARAN
Contohnya :
Kertas Terbakar
Kertas-
Bahan Pembakar
Udara-
Oksigen
Punca api-
Haba ( wap panas )
Api yang bernyala mempunyai berbagai bentuk, mengikut gas atau
wap gas yang terbakar. Perbezaan bentuk dan warna api yang terbakar
menandakan reaksi berupa ragam yang berlaku di dalam sesuatu
kebakaran. Kadang-kala api yang sedang menyala sukar mendapat
oksigen untuk melanjutkan kebakaran. Bila hal ini berlaku asap dan
arang jelaga akan menggeluarkan carbon monoxide.
HAD NYALAAN
Suhu terendah dimana bahan api menggeluarkan wap yang berbentuk
campuran terbakar dalam udara. Nyalaan tidak akan berlaku tanpa
sumber-sumber haba.
Seperti contoh-contoh ini adalah :
Cecair-cecair mudah terbakar bila mempunyai had nyalaan yang
tetap pada tekanan udara yang normal.
ACETONE
-17.8C
AVIATION GASOLINE
-40C
INDUSTRIAL KEROSENE-38C
DIESEL OIL
-75.5C
JENIS-JENIS API BERASASKAN BAHAN-BAHAN YANG TERBAKARKELAS-KELAS
APIBAHAN PEMBAKARALAT ATAU MEDIA PEMADAMAN YANG SESUAI
AKayu
Kertas
Kain
Sampah Sarap dan lain-lain.Alat pemadam api jenis air.
Alat pemadam api jenis debu kering.
Menggunakan air secara semburan.
BMinyak
Cat
Varnis
Plastik
Dan lain-lainAlat pemadam api jenis buih.
Alat pemadam api jenis debu kering.
Alat pemadam api jenis gas.
Atau air secara semburan.
CGasAlat pemadam api jenis debu kering.
Alat pemadam api jenis karbon dioksida.
Alat pemadam api jenis gas.
DLogamSoda Ash
Pasir Kering
EElektrikAlat pemadam api jenis debu kering.
Alat pemadam api jenis karbon dioksida.
PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Punca-punca kebakaran adalah terlalu banyak untuk disenaraikan.
Kebanyakan punca-punca ini adalah disebabkan oleh faktor
kemanusiaan, berlaku dengan sendiri dan kemalangan atau tidak
sengaja. Contoh punca-punca yang boleh disenaraikan adalah seperti
berikut :
a) Khianat
b) Kerosakan elektrik
c) Merokok
d) Geseran
e) Terlalu panas
f) Kebakaran spontan
g) Kanak-kanak
h) Alatan terlalu panas
i) Semasa kimpalan atau pemotongan
j) Petir
k) Tindak balas kimia
l) kemalangan
CARA UNTUK MENGATASINYA :
a) Membersihkan kawasan
b) Penyimpanan bahan mudah terbakar
c) Kawasan merokok
d) penjagaan mesin atau alatan
e) Kawalan kakitanganFAKTOR-FAKTOR KEMEREBAKAN KEBAKARAN
Apabila kebakaran berlaku, biasanya api yang terjadi akan
merebak sama ada dengan pantas atau perlahan, sehinggalah
keseluruhan bahan api itu habis terbakar atau ia akan merebak
ketempat yang lain. Antara faktor yang mempengaruhi kadar
kemerebakan di atas ialah :
PERMUKAAN BAHAN
Jika luas permukaan bagi sesuatu bahan api itu besar maka lebih
banyak jumlah oksigen dapat bersentuhan dengan bahan api itu dan ia
akan terbakar dengan cepat.
KADAR PENGELUARAN ATAU PEMINDAHAN HABA
Semasa kebakaran berlaku, ada sesetengah bahan api dapat
menghasilkan haba yang banyak dan haba ini akan digunakan untuk
menaikkan suhu bahan api yang belum terbakar.
TIUPAN ANGIN ATAU ARAH TIUPAN ANGIN
Angin yang bertiup akan membawa lebih banyak oksigen untuk
membantu kebakaran ditempat terbuka berbanding dengan kebakaran
yang berlaku didalam bilik yang tertutup ( angin tidak dapat masuk
).
SUHU ATMOSFERA DAN KELEMBAPAN UDARA
Suhu atmosfera adalah nilai suhu udara yang terdapat dikawasan
tersebut manakala kelembapan udara menerangkan pula kadar peratusan
wap air yang terdapat dalam udara. Jika kelembapan tinggi, wap air
dalam udara banyak dan kita akan berasa lembap, begitulah
sebaliknya. Kebakaran yang berlaku dikawasan kelembapan rendah atau
kering akan menyebabkan kemerebakan api.KEMEREBAKAN
KEBAKARANKemerebakan kebakaran adalah berlaku disebabkan pemindahan
haba dari tempat yang panas ketempat yang sejuk. Pemindahan haba
ini melalui 3 cara yang utama iaitu secara pengaliran, olak haba
dan bahangan. Manakala kemerebakan kebakaran pula boleh berlaku
melalui 4 cara iaitu :
1. CONDUCTION / PENGALIRAN ( bergerak menerusi alat-alat padat
)
Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam, batu,
simen dinding bangunan dan lantai. Bahan pengalir ini akan menjadi
panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya
akan naik dan sampai kesuhu nyalaan ia akan terbakar dengan
sendirinya.
Contoh: Perak, Tembaga-Pengalir haba yang baik
2. CONVECTION / OLAK HABA ( bergerak menerusi cecair atau gas
)
Pemindahan haba yang berlaku dalam mudah alir seperti cecair
atau gas. Apabila cecair atau gas itu dipanaskan ia akan mengembang
dan menjadi ringan. Gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang
sejuk turun ke bahagian bawah secara pusingan sehinggalah
keseluruhan gas atau udara itu menjadi panas.
Jika kebakaran berlaku di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini
akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang
lif dan sebagainya.
3. RADIATION / BAHANGAN ( bergerak secara pancaran )
Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang elektro magnetic dan
bukan bermakna gas panas bergerak melalui udara. Haba ini berpindah
mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut. Kepanasan
akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
Semasa kebakaran bangunan atau bahan api yang tidak dilindungi,
bermakna cahaya boleh sampai. Bahangan boleh bergerak melalui kaca
tingkap. Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya
akan naik dan jika sampai kesuhu nyalaan, ia akan terbakar.
4. TERUS MENERUSKebakaran yang merebak ini berlaku disebabkan
kombinasi pemindahan haba daripada 2 atau 3 cara diatas. Jika api
itu merebak, ia akan merebak sehingga keseluruhan bahan api itu
habis terbakar. Contohnya jika kertas terbakar, kertas itu akan
terbakar sehingga keseluruhannya habis. Proses yang berlaku adalah
secara pengaliran dan bahangan.
CARA-CARA PEMADAMAN KEBAKARANSetelah kita mengetahui asal usul
kebakaran dan bagaimana ia merebak, barulah kita akan membincangkan
cara-cara untuk memadam kebakaran tersebut. Cara memadam kebakaran
yang salah akan menyebabkan kesan yang lain seperti kecederaan,
kebakaran membesar, letupan dan pembaziran.
Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau
mengurangkan segi tiga kebakaran daripada saling bertindak
balas.
Teknik-teknik pemadaman kebakaran adalah seperti berikut :-
a) Melaparkan ( starvation )
Pemadaman kebakaran cara ini boleh dilakukan melalui 2 cara
iaitu :-
i) Dengan memindahkan bahan yang terbakar itu daripada bahan api
yang belum terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas yang
terbakar ketempat lapang.
ii) Dengan memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar
itu kepada bahan api yang lebih kecil supaya ia mudah dipadamkan,
seperti memadamkan kebakaran belukar kecil dengan menggunakan
pemerap api ( fire beater ).
b)Melemaskan ( smothering )
Jika bekalan oksigen atau udara dapat dikurangkan daripada
kebakaran maka ia akan padam. Proses utama ini akan menghalang
kemasukan oksigen ke dasar api itu. Caranya adalah seperti berikut
:-
i) Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni basah.
ii) Menggunakan alat pemadam api jenis buih ke atas kebakaran
minyak, iaitu ia akan berada dibahagian atas dan menutup bekalan
oksigen serta menyekat pengeluaran gas atau wap mudah terbakar.
iii) Menyemburkan debu kering kepada kebakaran selain itu unsur
karbonat akan menyerap haba kebakaran.
iv) Penggunaan alat pemadam api jenis sebatian ke atas kebakaran
logam . Selepas semburan logam menjadi keras dan menyekat
oksigen.
v) Menggunakan alat pemadam api jenis gas CO dan halon.
vi) Menutup pintu dan tingkap bilik.
C)Menyejukkan ( cooling )
Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila
suhunya mencapai takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah dengan
cara memindahkan atau menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada
kebakaran. Suhu kebakaran itu akan turun dan proses mengeluarkan
gas atau wap mudah bakar berkurangan.
Perkara paling penting adalah untuk menurunkan suhu bahan api
daripada takat sambaran supaya pengeluaran gas atau wap terhenti.
Contoh tindakan adalah seperti pemadaman menggunakan air dan CO. Ia
akan menyerap haba daripada kebakaran.
EMBED PBrush
BUSHRA BINTI AB JALILPage 11
_1178959740.bin
_1178959938.bin
_1178960030.bin
_1178960115.bin
_1178959820.bin
_1178959602.bin