Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang
merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi
cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan
teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan
penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium
perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa
meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan perlu mampu
melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan
mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan
dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan
bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi.
Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan
masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan
kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan
umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara
Malaysia yang diharapkan.Pendidikan di Malaysia kini berada dalam
keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini
disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke
semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain
pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap
dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan
diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana
pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada
pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan
adalah satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga
pembangunan negara.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau
Universiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang
berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi
bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas
sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi
merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan
cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya
daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan
dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang
sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai
pembangunan yang mapan.Pendidikan merupakan suatu proses mendidik
insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah
laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki.
Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina
akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan
manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang
iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata
lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan
seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan
seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu
seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat
ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Malaysia yang
digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu;
Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian,
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Sebagaimana yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di
atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk
perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pendidikan akan membangun insan yang
berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini perkembangan
unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara
terasing atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya
perkembangan ini perlu berlaku serta bersepadu dengan berpaksikan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan yang
dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan
individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan adalah
sselaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu elemen yang
terkandungdalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu
dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan
akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang
ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu,
nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.
Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan
sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh
mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang
amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang
ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu
tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Berdasarkan
FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi
pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma
sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara
menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang yang
bertanggungjawab. Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah
adalah antara perkara yang penting. Usaha ini bagi membetuk
generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang
tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam
diri setiap individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras
kepada pembangunan negara. Pada usia muda remaja pelajar mudah
terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti
sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat
seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya
dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah
perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi
semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif
melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada
terus menular.Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang
seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani maka
potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu
mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional,
membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupanya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu
diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana
didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan
secara kritis akan kesan-kesannya.Matlamat Pendidikan ialah
bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta
menghayati ciri-ciri berikut :1. Percaya dan patuh kepada Tuhan2.
Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia3. Bertanggungjawab kepada
diri, masyarakat, agama dan negara4. Memiliki sahsiah yang seimbang
dan sepadu5 .Memupuk perpaduanSelain daripada perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga
melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :1.
Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi
kewajibannya.2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta
cekap supaya membolehkannyaberupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna, demi memberikan sumbanganterhadap
kemajuan dan pembangunan.3. Melahirkan insan yang taat setia dan
cinta kepada negara4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap
toleransi, demi mewujudkan perpaduan.Tujuan Pendidikan juga ialah
untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan
potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap
Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan
dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki
keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung
jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.Pendidikan adalah pelaburan
yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana
melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa
depan.Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat
berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda jiwa dan rohani ke
arahmengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang
baik dan sempurna. Daripada perspektif yang berbeza bidang
pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan,
potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu
modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi
menggerakkan kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun
dan korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya yang
sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang
mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka standing
dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan
pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi
pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses
pembangunan insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada
pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti. Pendidikan mengenai
nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan
aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang
ada pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua
elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan
itu ialah pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan seperti
sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan
perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap
sebagai modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu
sendiri.Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang
melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat
kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi, menjadikan
sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan
sama-sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca
kekuatan yang boleh menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan
dan peningkatan tamadun negara. Modal insan menjadi tulang belakang
untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama
merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai
Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan
meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam
mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda
membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa
depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.
Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan
dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia.Teras pertama Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam
era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem
nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan
membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan
dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal
yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi mengikut acuan tempatan.Pembangunan modal insan
bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu
pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga
dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan
dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan
teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir
secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi
serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan
masyarakat.Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal
insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi
juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul
amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai
celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan
anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.Pendidikan tinggi
memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang dikehendaki
untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru
dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan
modal insan yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana
kemajuan negara dalam semua aspek. Pewujudan modal insan yang
berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang kepakaran yang dilengkapi
pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi tunjang
yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana
kekayaan negara.
Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib). Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan
potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual,
rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru muaddib adalah guru yang
menganjarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha
memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang.
Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan
masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Perbuatan ini amat dibenci oleh
Allah (Tuhan sekalian Alam) seperti firmannya amat besar kebencian
disisi Allah bahawa kamu menyatakan apa-apa yang kamu tidak
berjalan (Surah Ash-Shaff ayat 3).
Guru Muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni
tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai
murni yang perlu ada pada seseorang guru adalahsifat daya tahan dan
tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan
guru lebihbermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru yang muaddib akan
memandang ke hadapan dan tidak mudah menyerah kalah. Guru seperti
ini sentiasa berfikir Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya
akan keluar mengikut pintu lainatau saya akan buat pintu lain.
Sesuatu yang saya mahu akan menjadi, sama ada dalam gelap atau
dalam terang. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru
dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa
terutama dalam mendidik generasi akan datang (Saharudin,
2008:11).
2.5Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid). Guru
adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada. Di
dalam sajak Usman Awang, beliau menyatakan, jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki tahta,
jika hari ini seorang presiden sebuah Negara, sejarahnya dimulakan
oleh seorang guru biasa. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan
yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang terletak di bahu
guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya
seorang guru dan para pemimpin mendapat didikan dari guru. Oleh
yang demikian, sejarah membuktikan bahawa guru Mursyid adalah
pemimpin dan membentuk kepimpinan insaniah (Saharudin,
2008:11).
Falsafah Pendidikan" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
PENGENALAN
Dewasa ini, sistem pendidikan di Malaysia berkembang dengan
begitu pesat seiring perkembangan global seantero dunia dalam
kalangan negara maju. Oleh itu, kerajaan menjadikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan utama dalam memajukan Sistem
Pendidikan Malaysia.
Untuk menetukan haluan, asas dan inprisasi kepada usaha dan
rancangan dalam memajukan bidang pendidikan maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal. Salah satu perkara yang
ditekankan oleh kerajaan dalam membangunkan pendidikan ialah
Pembangunan Modal Insan ini adalah kerana kerajaan memerlukan
kepakaran hasil daripada sistem pendidikan untuk membawa negara ke
arah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi menjana pembangunan
modal insan yang seimbang, aspek jasmani, emosi, rohani dan
interlek sangat diberikan penekanan seperti mana yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Laporan Razak dan Penyataan Rahman Talib serta Akta Pelajaran
1961 dijadikan asas bagi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu;
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan hormonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.(Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pengetahuan umum pada
tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem
pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua
perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil
daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan membawa impikasi-implikasi kepada sistem
pendidikan. (Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt Hamzah & Amirmudin
Bin Udin: Jurnal Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam
Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia).
Menurut pengkaji, implikasi yang dapat dilihat daripada
kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah implikasi terhadap
kurikulum, implikasi terhadap guru dan implikasi terhadap
institusi. Implikasi terhadap kurikulum adalah seperti perubahan
pendidikan sekolah adalah selaras dengan cita-cita dengan tujuan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu perubahan sukatan pelajaran,
penyerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran, orientasi
pendidikan ke arah umum dan alam pekerjaan dan latihan yang sesuai
bagi melahir pelajar berkemahiran dalam bidang masing-masing.
Implikasi terhadap guru adalah seperti menjadikan perubahan
strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan
insan berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia. Guru yang
berjaya memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat
memartabatkan pendidikan sekolah masing-masing ke arah lebih tinggi
dan berdaya saing.
Implikasi terhadap Institusi pula adalah perubahan organisasi
sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan
pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan seperti perubahan dari segi kemudahan-kemudahan bagi
mengembang potensi pelajar secara menyeluruh dan aktiviti-aktiviti
sekolah yang lebih memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar.
Seiring dengan kajian seperti ini para guru, pelajar dan ibu
bapa harus memahami hasrat kerajaan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini akan membawa kepada ke arah pencapaian matlamat
kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek pelajar. Usaha ini juga perlu seiring dengan
hasrat kerajaan untuk mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh bagi tujuan kemajuan negara pada masa akan datang.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari
dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan
negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan
menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan
saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara. FPK melihat individu dalam beberapa lapisan
pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk
pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan
negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan
hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi
adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan
seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia,
dan berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh
pengkaji mengenai FPK.
a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan
pengetahuan, nilai-nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses
ini berjalan secara berterusan dalam diri individu sejak lahir
lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari rumah
jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj
Husin & Kamarul Azhar, 1994)
Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang
sentiasa berterusan. Boleh kita pecahkan pendidikan kepada dua
iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan
tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang kanak-kanak
dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari
pelbagai pelajaran melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di
persekitaran dalam dan luar rumah. Pendidikan ini tidak mempunyai
sukatan pelajaran dan lebih banyak mengunakan psikomotor. Jelasnya
disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam sesuatu pelajaran
yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan,
makan, bercakap dan lain-lain lagi.
Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang
mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian
dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini
bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh
kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran
yang dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah
malahan ianya berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi
dan seterusnya sepanjang hayat. Terdapat banyak program-program
yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya belajar
sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk
belajar ke peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada
golongan ini belajar lagi. Program ini telah memberikan kesedaran
kepada guru supaya mereka bukan setakat mempuyai diploma atau
ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke peringkat
yang paling tinggi.
b) Memperkembangkan Potensi Individu
Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri.
Keupayaan dan bakat itu pula dapat diperkembangkan menerusi
aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua kebolehan itu dapat
dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang dan
mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan
peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ia
perlu diracangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur
dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).
Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah
diwujudkan bagi memberi keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti
luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan selepas proses
pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam
kegiatan sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam
aktiviti ini pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti secara
berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat dalam
menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan
yang menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan
mendedahkan pelajar tersebut supaya dapat menampilkan diri mereka
yang sebenar suatu hari nanti.
Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat
mengembangkan diri mereka dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan,
berpantun, bersajak, menyanyi, menari, mereka cipta sesuatu benda
baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat ditunjukan oleh
pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah
mengunakan kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan
meningkatkan nama sesebuah sekolah. Kita ambil contoh sebuah
sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching. Di
sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan.
Pelajar-pelajar belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah
petang pula, pelajar akan dibahagikan beberapa aktiviti yang telah
mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka akan masuk
kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal,
kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa
kegiatan ini dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan
mereka dengan bimbingan beberapa guru nanti. Guru akan menjadi
petunjuk dalam mencari dan memperkembangkan bakat pelajar ini
(Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi akan menjadi
semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan
memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah
ini apabila mereka tamat persekolahan nanti.
Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh
tentang memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan
oleh pelajar dan haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara
kita sentiasa mencari kelebihan mereka dalam bidang yang mereka
pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai kelebihan mereka
masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak mempunyai
kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan
sukan dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat
releven pada zaman sekarang.
c) Menyeluruh Dan Bersepadu
Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara
bersepadu dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai
contohnya potensi dari sudut intelek tidak boleh dipisahkan dengan
potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah tidak seimbang tanpa
ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan
menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu
potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh
dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa bermain secara
berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua
potensi ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
untuk membentuk pelajar yang sempurna.
Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan
semua potensi untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan
sosial. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah selain memberikan
pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik dan jasmani untuk
mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan
menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar
yang bersahsiah tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi
hendaklah dikembangkan melalui berbagai-bagai aktiviti kehidupan
manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga norma-norma
masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan
gotong-royong selain proses pembelajar dan pengajaran dalam
kelas.
Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan
kurikulum yang sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah
mewujudkan bidang mata pelajaran seperti matematik dan bahasa untuk
tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama Islam, moral, geografi
dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta
pencipta kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan,
kokurukulum dan bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk
memperkembangkan potensi individu secara bersepadu.
d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia
mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan
jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud
unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia
adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa
hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.
Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu
pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang
sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu bekerjasama
dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan.
Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki kefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam
pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik.
Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu
segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara
profesional dan rasional.
Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di
sekolah dan rumah. Di sekolah telah disediakan pendidikan yang
sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak akan tercapai jika
anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus
bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan
pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
e) Keseimbangan Dari Aspek JERI
Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan
insan atau individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi
dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai JERI. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada
perkembangan angota-angota tubuh badan dengan cekap dan sihat.
Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada
penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan emosi.
Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh
itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek
yang berkaitan dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan seperti
Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan
unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan
kemahiran teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat
secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan
tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat menyumbang tenaga
dengan baik dan berkesan.
Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak
cukup dalam sistem pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan
insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi
menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang
untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang
lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada
keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan
tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau
pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang
stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi
pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling
bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik
emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Contohnya,
Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap
sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk
membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri
mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu
rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara
menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma
kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah agar
ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik
emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi
mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan
sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal.
Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi
yang stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang,
jika tidak ada unsur rohani dalam diri. Rohani adalah merujuk
kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia.
Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang
sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana
termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar
setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan
nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh
kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan
nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan
keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan
matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF).
Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi
amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan
insan yang seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan
berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan
harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram,
sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek
merupakan unsur yang sangat diperlukan.
Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam
pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas
ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek
merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis,
persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya
dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan
menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud
cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek
ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan
berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup
berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang
bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan
keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang
lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan
yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa
hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk
menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk
bercakap di khalayak ramai.
f) Kepercayaan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat
penting dalam pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan
telah membentuk rukun negara dengan meletakkan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini menunjukkan betapa
pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara Malaysia
yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada
pelbagai agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya
kepercayaan kepada Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan
mewujudkan satu masyarakat yang seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat dititikberatkan adalah
berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat
kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan mengambil mata
pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam. Sementara
itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan
Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan
kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam kelas.
Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kalangan pelajar-pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, pengkaji bersetuju dan berpendapat bahawa
ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran zaman dan masa.
Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu
pelajar telah mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar
telah mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing seperti dalam
agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Mereka
mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta
yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan
fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta.
Pelajar-pelajar juga boleh berfikir dan menyedari bahawa manusia
dijadikan adalah untuk memakmurkan alam dan bertanggungjawab di
atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya syurga dan
neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-lain.
Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan
kepada Tuhan di mana mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat
mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Bagi
mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari ilmu dan mengamalkan
ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama bermula dari
sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan
ilmu tersebut kepada orang lain.
Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah
mengubah pelbagai aspek dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak
terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah pelajar. Di sini kita
melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam kalangan
pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar
pada peringkat rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati
isi kandungan apa yang diajar kepada mereka berkaitan aspek
keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu membaca al-quran dan tidak
menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan
Pendidikan Islam dan moral hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat
mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi ataupun untuk
mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga amat
sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan
pelajar-pelajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa
ilmu-ilmu pengetahuan agama yang diajar oleh guru-guru di sekolah.
Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat lain seperti
pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi,
tempat perkelahan dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke
tempat-tempat beribadat dan ada sekalipun hanya apabila perlu
sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala-gejala yang tidak
sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke
lembah maksiat dan meninggalkan amalan keagamaan seperti
kepercayaan kepada tuhan.
Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini
menyebabkan penyebaran budaya dan anasir-anasir jahat yang
bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Proses globalisasi
yang tiada sempadan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya, amalan
Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan
sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah disebarkan
kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut
dan mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh
itu, usaha dan langkah-langkah perlu diambil agar gejala ini tidak
meresap ke dalam jiwa remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan
kepada tuhan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar masalah seperti ini
dapat diatasi.
g) Berilmu Pengetahuan
Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen
yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen
ini menyarankan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan
ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan
orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan
rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan
iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
dan berusaha meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di
samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta
berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam pembentukan
FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.
Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir
pelajar-pelajar baik peringkat rendah mahupun menengah tidak tahu
membaca. Hal ini amat membimbangkan para pendidik kerana zaman
moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan pelajar
yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan
negara dalam memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar
hanya belajar sehingga peringkat ijazah dan berhenti setakat itu
sahaja demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi ini berlaku
disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan
tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan, tidak
guna belajar pada peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang
pekerjaan diwujudkan bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil
semasa di univerisiti.
Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah
berbanding buku-buku berbentuk hiburan seperti majalah mangga,
komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat merisaukan semua pihak.
Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu pengetahuan yang
mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih
mengetahui situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding
dalam negara sendiri. Ini juga merisau pihak kerajaan dalam
merealisasikan apa yang terkandung dalam FPK.
h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan
Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung
dengan insan yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi
beberapa aspek seperti pemikiran , kepercayaan dan perasaan. Di
sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat Malaysia
yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu
tugas atau amanah.
Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi
memastikan keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan
intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan yang ingin
dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang
diceburi. Dalam situasi perkembangan dunia hari dimana perkembangan
teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan sememangnya amat
mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan
harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan
ilmu pengetahuan tersebut.
Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi
menjalankan sesuatu tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu
mempunyai keyakinan bagi menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir
serta berkelayakan, maka individu mampu melaksanakan tugas dengan
cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu tersebut
mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain
yang memerlukan.Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di
ambil kira ialah penampilan secara fizikal dimana seseorang pelajar
harus memainkan peranan dalam penampilan mereka. Sebagai contoh,
pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian serta
harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya,
ketrampilan juga melihat elemen bagaimana pandangan seseorang
terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Ia berkaitan dengan
aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri
mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi
terhadap perasaan harga diri dan keyakinan diri.
i) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
juga ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.
Masyarakat berakhlak mulia di sini bermaksud masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun, berbudi
bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini
merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu
untuk berfikir, bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana
satu yangg buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan
akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan
perlu diterapkan kepada rakyat Malaysia sejak dari peringkat
sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.
j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab
Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
menitikberatkan unsur dan nilai kebertanggungjawaban di dalam diri
setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab yang dimaksudkan disini
bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan sahaja
malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti
tanggungjawab terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap
perlembagaan undang-undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat
dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah dipupuk dan disemai
kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi. Dengan
mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat
Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
seorang warganegara yang berwibawa, disegani dan dihormati
disamping memelihara perpaduan kaum untuk menjamin keamanan negara
diteruskan.
k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan
Diri
Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk
menikmati kesejahteraan diri. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri di sini bermaksud seseorang individu yang berupaya menangani
apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh. Mereka
juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang
situasi seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu
pertimbangan. Di samping itu juga, keseimbangan mencapai
kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang individu
untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam
menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.
l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak
sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Dengan wujudnya
rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada negara, ia
sebenarnya telah membantu proses pembangunan negara ke arah sebuah
negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat
Malaysia berjaya di dalam memberikan sumbangan terutama sekali
sumbangan kepada keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan
kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada
masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk melahirkan masyarakat
yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan
harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
perlulah dititikberatkan dahulu kerana elemen-elemen inilah yang
menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras
kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.
MATLAMAT PENDIDIKAN/MISI KPM
Matlamat pendidikan di Malaysia adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan di Malaysia dapat
ditinjau dari beberapa aspek iaitu individu, sosial, ekonomi,
politik, perpaduan rakyat, pengurangan jurang perbezaan, penekanan
pendidikan sains dan matematik dan pemeliharaan cara hidup
demokrasi (Ee Ah Meng,1990).
Dari segi individu, pendidikan bertujuan mengalakkan
perkembangan individu yang seimbang melalui perkembangan mental,
emosi, jasmani, moral dan estetik. Hasil daripada sistem pendidikan
negara seharusnya melahirkan insan yang stabil dari segi emosinya,
berakhlak tinggi, sihat dari segi jasmani, cekap dalam menjalankan
tugas serta mempunyai nilai estetik untuk menikmati keindahan alam
semula jadi.Dari segi sosial pula, individu yang dididik akan
memahami warisan ekologi dan budaya, nilai-nilai serta
amalan-amalan sosial dan pelbagai desakan dan cabaran daripada
masyarakat. Dengan adanya kefahaman ini, individu dapat memenuhi
kewajipannya serta tanggungjawab terhadap negara sebagai seorang
warganegara. Jika dilihat dari segi ekonomi, matlamat pendidikan
negara bertujuan melahirkan individu yang mahir serta cekap untuk
membolehkannya menjadi seorang pekerja yang produktif. Dengan
adanya pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi,
individu akan dapat menjadi perancang, pereka, pengeluar dan
pengguna yang rasional dan cekap. Dalam konteks ini, individu dapat
memberikan sumbangan terhadap kemajuan serta perkembangan
negara.
Politik merupakan unsur yang begitu besar pengaruhnya terhadap
halatuju negara. Dengan sistem pendidikan yang ada, individu
penerapan mengenai pemahaman dan penerimaan prinsip dan cita-cita
unggul demokrasi berpelembagaan. Penerapan nilai-nilai taat setia
kepada negara, cintakan negara serta menyedari hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah negara demokratik.
Kesedaran tentang kewajipan dan hak terhadap negara perlu kerana
rakyatlah yang berperanan menentukan kekuasaan dan masa depan
politik negara.
Unsur perpaduan merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara.
Bagi memupuk unsur perpaduan dalam kalangan rakyat, sukatan
pelajaran yang sama haruslah digunakan di sekolah-sekolah. Bahasa
pengantar yang sama, iaitu bahasa Malaysia digunakan di semua
sekolah kebangsaan untuk membolehkan semua rakyat berhubung dengan
mudah di antara satu sama lain. Sistem pendidikan perguruan yang
lebih teratur serta bercita-cita kebangsaan disediakan untuk semua
guru.
Selain itu, matlamat pendidikan adalah untuk merapatkan jurang
perbezaan dalam pendidikan pelajar-pelajar. Dalam kajian yang telah
dilakukan oleh penyelidik menunjukkan bahawa prestasi murid adalah
dipengaruhi oleh kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Jurang
perbezaan dalam pendidikan wujud terutamanya antara golongan murid
yang berada dengan golongan murid yang miskin. Bagi mengatasi
masalah ini, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan
kepada murid-murid di kawasan luar bandar. Kemudahan-kemudahan yang
perlu disediakan seperti pemberian buku pinjaman, menyediakan
makanan yang berkhasiat, memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar
miskin, memberi pakaian seragam secara percuma dan sebagainya.
Subjek matematik dan sains sangat penting sejak akhir-akhir ini.
Oleh itu, matlamat pendidikan telah memberi penekanan kepada subjek
ini di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi
masyarakat yang progresif. Sekolah-sekolah sains yang berasarama
penuh telah dibina untuk mempercepatkan proses meningkatkan
bilangan pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam jurusan sains
dan matematik.
Matlamat pendidikan yang terakhir adalah berkaitan dengan
pemeliharaan cara hidup demokrasi. Mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan kepada murid-murid supaya
mereka tahu tentang latar belakang sejarah negara kita dan
kefahaman mengenai konsep demokrasi. Ini bertujuan melahirkan
individu yang akan menjadi ahli masyakarat yang bertanggungjawab
dan berusaha bersama kea rah mewujudkan masyarakat yang progresif,
adil dan saksama
Melahirkan modal insan berkualitiOleh DR AMINUDIN MANSORMELALUI
usaha memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan
berkualiti. Itulah antara keutamaan yang dilakukan oleh kerajaan
dengan memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara
ini.Oleh itu, untuk melahirkan modal insan, peranan kerajaan dan
juga para guru adalah tunggak utama ke arah kejayaannya. Pendidikan
pada dasarnya adalah suatu unsur sosial dan proses yang diciptakan
oleh masyarakat untuk memudahkan kehidupan sosial dalam
masyarakat.Lantaran itu, pendidikan berlaku di mana sahaja dan
selama mana manusia bertindak balas terhadap kehidupan dan
pengajaran merupakan sebahagian daripada pendidikan.Jelaslah,
kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha
memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah
dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Ini semua
bertujuan untuk melahirkan modal insan berkualiti dan
cemerlang.Oleh itu, melalui falsafah pendidikan al-Quran iaitu
sebagai guru memberi petunjuk dan motivasi ke arah pemantapan
akidah, membentuk akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani
untuk mencapai martabat insan soleh dan bertakwa kepada Allah
SWT.Seterusnya, berusaha membimbing dan membentuk nilai-nilai
keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan
peradaban ummah yang dirahmati Allah SWT.Beberapa usaha dilakukan
untuk melahirkan modal insan cemerlang. Kejayaan dan kecemerlangan
murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di
dalam kelas.Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik
dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya dan dapat menjawab
soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang. Pendidikan juga mestilah
menjurus kepada keutamaan berakhlak, jaminan sosial yang baik dan
mendidik ke arah menjaga alam persekitaran.Modal insan merupakan
individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai kemahiran, ke arah
kecemerlangan generasi akan datang dalam memperkasa ilmu dan
kemahiran untuk tujuan bidang pekerjaan.Kehidupan manusia akan
terancang apabila mereka memiliki sumber yang khusus membimbing ke
arah kejayaan hidup di muka bumi ini.Asas pendidikan dalam
kehidupan manusia melalui pendidikan sosial, pendidikan akhlak,
pendidikan alam sekitar, pendidikan kejiwaan, pendidikan mental,
pendidikan jasmani, pendidikan ilmu, sains dan sebagainya.Dalam
menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu umat Islam boleh mengambil
contoh Nabi SAW dan juga Imam Syafi'e. Menurut beliau, menuntut
ilmu adalah lebih utama daripada ibadah sunah. Beliau mempunyai
banyak guru antaranya Malik bin Anas, Sufyan Uyainah, Ibrahim bin
Sa'ad dan banyak lagi. Imam Syafi'e yang pintar dan banyak anak
muridnya menjadi ulama.Telah sepakat para ulama bahawa Imam Syafi'e
adalah seorang alim besar di Timur dan Barat. Imam agama Islam di
dunia. Allah SWT himpunkan padanya apa yang tidak ada pada
imam-imam sebelum dan sesudahnya.Negara sentiasa berusaha
menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
teknologi.Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni, dan moral yang tinggi,
beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif,
cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki
personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara
pada masa depan.Seterusnya, sebagai guru aspek-aspek pendidikan
menurut al-Quran mestilah dititikberatkan dalam pendidikan iaitu
meliputi pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak,
jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan.Sikap guru juga mestilah
memiliki sikap adil, lemah-lembut, kasih sayang, persamaan,
musyawarah, persaudaraan, berdisiplin, boleh dijadikan contoh,
memudahkan pengajaran dan mengarak ke masa depan yang maju dan
cemerlang.Realitinya, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama
telah menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal
insan iaitu pelajar di sekolah.Manakala, para guru adalah pihak
yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang
berkualiti iaitu berilmu dan berkemahiran tinggi untuk sebuah
negara maju yang membangun.Oleh itu, pendidikan itu ialah satu
proses pengajaran, pembelajaran dan bimbingan masyarakat dalam
aspek kehidupan manusia.
Artikel
Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130515/ba_01/Melahirkan-modal-insan-berkualiti#ixzz3TiMY4iqi
Utusan Melayu (M) Bhd