RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
SAINS Tahun 6
MINGGU
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PERBENDAHARAAN KATA
TEMA: MENYIASAT BENDA HIDUPBIDANG PEMBELAJARAN: 1.INTERAKSI
ANTARA BENDA HIDUP
1
04. 01. 2015
hingga
08. 01. 2015
&
2
11. 01. 2015
hingga
15. 01. 2015
1.1 Memahami sesetengah
haiwan hidup secara
berkumpulan dan
sesetengah yang lain hidup menyendiri
Murid boleh :
menyatakan bahawa sesetengah haiwan hidup berkumpulan.
menyatakan bahawa sesetengah haiwan hidup menyendiri.
memberi contoh-contoh haiwan yang hidup berkumpulan.
memberi contoh-contoh haiwan yang hidup menyendiri.
menerangkan mengapa haiwan hidup berkumpulan.
menerangkan mengapa haiwan hidup menyendiri.
menyatakan bahawa kerjasama adalah satu bentuk interaksi antara
haiwan.
1. Murid menonton tayangan video tentang haiwan yang hidup
berkumpulan dan yang hidup menyendiri.
2. Berdasarkan teks bergambar, murid berbincang dalam kumpulan
dan mengumpul maklumat dan memberi contoh-contoh haiwan yang hidup
berkumpulan dan yang hidup menyendiri.
3. Murid berbincang mengapa haiwan hidup berkumpulan,
contoh:
untuk tujuan keselamatan,
untuk mencari makanan / mudahkan kerja memburu mangsa menjaga
kawasan / wilayah
4. Murid memerhati bagaimana semut hidup bersama di dalam sebuah
vivarium.
5. Murid berbincang mengapa haiwan hidup menyendiri,
contoh:
untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan,
untuk mengelakkan persaingan mendapatkan ruang
untuk mengelakkan persaingan mendapatkan wilayah
.
1. Murid bersoal jawab dan memberikan beberapa contoh yang ada
di persekitaran mereka seperti itik, kambing dsb.
2. Murid membina peta pemikiran bersesuaian untuk menggambarkan
idea perbincangan kumpulan.
3. Berbincang tentang sebab dan alasan mengapa sesetengah haiwan
hidup berkumpulan atau bersendirian.
tujuan keselamatan
elakkan persaingan4. Mencatatkan nota dan peta pemikiran di
dalam buku latihan.
solitary - menyendiri
safety - keselamatan
cooperation - bekerjasama
competition - persainganNota :
Guru menyediakan sebuah vivarium semut dua minggu sebelum
memulakan pelajaran.
3
18. 01. 2015
hingga
22. 01. 2015
&
4
25. 01. 2015
hingga
29. 01. 2015
1.2 Memahami persaingan
adalah satu bentuk
interaksi antara benda hidup
Murid boleh :
menyatakan bahawa hidupan berinteraksi antara satu sama lain di
dalam persekitaran.
menyatakan bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi.
menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan.
menyenaraikan faktor-faktor persaingan tumbuhan.
memberi sebab-sebab mengapa tumbuhan bersaing antara satu sama
lain.
1. Murid menonton tayangan video tentang interaksi antara benda
hidup dalam pelbagai habitat.
2. Murid berbincang dan memberi contoh-contoh interaksi antara
benda hidup.3. Murid berbincang bahawa persaingan adalah satu
bentuk interaksi.4. Murid menonton tayangan video atau simulasi
komputer tentang persaingan antara haiwan.
5. Murid berbincang dan menyenaraikan faktor-faktor persaingan
haiwan iaitu:
makanan,
air,
pasangan,
tempat tinggal,
wilayah / kawasan.
6. Murid menjalankan beberapa aktiviti untuk memerhati haiwan
bersaing untuk mendapatkan makanan, contoh: ikan atau burung .7.
Murid berbincang bahawa haiwan bersaing kerana:
sumber makanan terhad,
sumber air terhad,
mendapatkan pasangan untuk membiak,
mempertahankan atau mencari wilayah,
mempertahankan atau mencari tempat tinggal.
8. Murid menonton tayangan video atau melihat gambar tumbuhan di
dalam hutan. Berdasarkan video atau gambar, murid berbincang
mengapa tumbuhan di dalam hutan mempunyai ketinggian berbeza.9.
Murid menjalankan aktiviti untuk memerhati persaingan antara
tumbuhan.
10. Murid berbincang bahawa tumbuhan bersaing untuk:
cahaya matahari,
air,
ruang,
nutrien.
11. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa tumbuhan
bersaing kerana:
cahaya matahari yang diperolehi terhad.
sumber air terhad,
ruang terhad,
nutrien terhad.
12. Mencatatkan nota dan peta pemikiran di dalam buku
latihan.
13. Membuat latihan Bahagian B pra UPSR sebagai latih tubi dan
pengukuhan.
interaction - interaksi
competition - persaingan
limited resources - sumber terhad
territory - wilayah
breeding - pembiakan
mate - pasangan
defend - mempertahankan
space - ruang
shelter - tempat perlindunganNota :
Aktiviti-aktiviti ini boleh disediakan lebih awal kerana ia
mengambil masa untuk menunjukkan hasil.
Cadangan:
kacang hijau
jagung.
5
01.02. 2015
hingga
05.02. 2015
1.3 Memahami
tanggungjawab manusia
dalam melindungi spesies terancam
.
Murid boleh :
memberi contoh-contoh haiwan yang telah pupus.
memberi contoh-contoh haiwan yang terancam.
memberi contoh-contoh tumbuhan yang terancam.
menerangkan mengapa haiwan dan tumbuhan tertentu menghadapi
ancaman kepupusan.
1. Murid menonton tayangan video atau melihat gambar haiwan yang
telah pupus,
contoh: dinosaur mammoth
burung dodo
aquanga
2. Murid menonton tayangan video atau melihat gambar haiwan dan
tumbuhan yang terancam, contoh: harimau, penyu, orang utan, panda,
badak sumbu, bunga pakma dan pokok periuk kera.
3. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa haiwan dan
tumbuhan tertentu sedang menghadapi ancaman kepupusan akibat
aktiviti manusia secara haram dan berleluasa :
pembalakan,
pemburuan,
pembangunan.
4. Berbincang langkah-langkah untuk mengelakkan kepupusan haiwan
dan tumbuhan, contoh:
kempen menentang pembalakan yang berleluasa,
mendidik orang awam tentang kepentingan memelihara dan
memulihara haiwan dan tumbuhan,
mengelakkan penggunaan atau pembelian produk yang dibuat
daripada spesies terancam,
menguatkuasakan undang-undang.
rafflesia - bunga pakma
hornbill - burung enggang
conservation - pemuliharaan
protection - pelindungan
endangered - terancam
extinct - pupus
excessive - berleluasa
threat - ancaman
6
08.02. 2015
hingga
12.02. 2015&
7
15.02. 2015
hingga
19.02. 2015
1.4 Mengetahui
kesan-kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran
14. Murid boleh :
memberi contoh-contoh kemusnahan persekitaran yang disebabkan
oleh manusia.
menerangkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia menyebabkan
kemusnahan persekitaran.
meramalkan apa yang akan berlaku kepada Bumi jika
aktiviti-aktiviti manusia tidak dikawal.
1. Murid menonton tayangan video atau gambar tentang kemusnahan
persekitaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia,
contoh:
hakisan
tanah runtuh
banjir kilat
pencemaran air,
pencemaran udara.
2. Murid menonton tayangan video dan berbincang tentang
aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan kemusnahan persekitaran,
contoh:
pembalakan secara haram dan berleluasa,
pemburuan secara haram dan berleluasa,
pengurusan pembangunan yang tidak terancang.
3. Murid berbincang apa yang akan berlaku kepada Bumi jika
aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan kemusnahan persekitaran
tidak dikawal.
4. Murid menyediakan buku skrap tentang kemusnahan persekitaran
yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia dan langkah-langkah
yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesannya..5.
Mencatatkan nota dan peta pemikiran di dalam buku latihan.
6. Membuat latihan Bahagian B pra UPSR sebagai latih tubi dan
pengukuhan.
balance of nature - keseimbangan alam
illegal logging - pembalakan haram
illegal hunting - pemburuan haram landslide - tanah runtuh
flash-flood - banjir kilat
pollution - pencemaran
erosion hakisan
disaster - bencana
destruction - kemusnahan
TEMA: MENYIASAT ALAM FIZIKALBIDANG PEMBELAJARAN: 1.DAYA DAN
TENAGA
8
22.02. 2015
hingga
26.02. 2015
1.1 Memahami bahawa tarikan dan tolakan adalah daya
Murid boleh :
menyatakan bahawa tarikan dan tolakan adalah daya.
menyatakan bahawa daya itu tidak dapat dilihat tetapi kesannya
dapat diperhatikan.
1. Berbincang berdasarkan buku teks ransangan tentang daya untuk
memahami konsep daya.
2. Menjalankan aktiviti murid menolak dan menarik tapak tangan
pasangan untuk merasai kesan daya.
3. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa tolakan dan
tarikan adalah daya.
4. Berdasarkan aktiviti di atas, murid berbincang dan membuat
kesimpulan bahawa daya tidak boleh dilihat tetapi kesannya boleh
diperhatikan.
5. Mencatatkan nota dan melengkapkan latihan sebagai aktiviti
pengukuhan ke dalam buku latihan sains.
pull - tarikan
push - tolakan
force - daya
palm - tapak tangan
9
01.03. 2015
hingga
05.03. 2015
1.2 Memahami kesan -kesan daya.
Murid boleh :
menyatakan bahawa daya boleh menggerakkan objek pegun.
menyatakan bahawa daya boleh mengubah kelajuan objek.
menyatakan bahawa daya boleh mengubah bentuk objek.
1. Murid menjalankan beberapa aktiviti dan membincangkan
kesan-kesan menolak:
a. sebiji bola yang pegun,
b. sebiji bola yang bergerak.2. Murid menekan, memulas atau
memicit objek seperti plastisin, span dan spring.
3. Murid membuat pemerhatian dan berbincang tentang kesan
daya.
4. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa daya
boleh:
menggerakkan objek pegun,
memberhentikan objek yang bergerak,
menukar arah pergerakan objek,
membuatkan pergerakan objek lebih laju atau lebih perlahan,
mengubah bentuk objek.
speed - kelajuan
stationary - pegun
moving - bergerak
twist - pulas
press - tekan
10 UJIAN BULANAN 1 2015
08.03. 2015 hingga 12.03. 2015
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
(13 MAC 21 MAC 2015)
11
22.03. 2015
hingga
26.03. 2015
1.3 Menganalisis geseran
Murid boleh : menyatakan bahawa geseran adalah daya.
menghuraikan kesan-kesan daya geseran
1. Murid memerhati satu objek seperti buku atau duit syiling
menggelongsor di atas suatu permukaan.
2. Murid berbincang bahawa geseran memperlahankan pergerakan
objek dan membuat kesimpulan bahawa geseran adalah daya.
3. Murid menjalankan aktiviti - aktiviti yang melibatkan
geseran, contoh:
membuka penutup balang dengan tangan yang kering,
membuka penutup balang dengan tangan yang berminyak.
4. Murid berbincang dan membuat kesimpuan bahawa lebih mudah
membuka penutup balang menggunakan tangan yang kering kerana ia
mempunyai daya geseran yang tinggi.
5. Murid menjalankan beberapa aktiviti melibatkan geseran,
contoh:
menggosok kedua tapak tangan,
menarik objek yang berat,
menggosok getah pemadam di atas permukaan.
6. Berdasarkan aktiviti-aktiviti di atas, murid dapat
menjelaskan bahawa kesan geseran menyebabkan:
tapak tangan menjadi panas kerana geseran menghasilkan haba,
sukar menggerakkan objek kerana geseran menentang arah
pergerakan,
getah pemadam menjadi semakin kecil kerana geseran menyebabkan
permukaan haus dan koyak.
7. Murid menyenaraikan dan berbincang tentang kesan daya dalam
kehidupan harian.
8. Murid membandingkan kesan daya apabila menggosok tapak tangan
:
tanpa minyak,
dengan minyak
9. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa minyak boleh
mengurangkan geseran. friction - geseran
aerodynamic - aerodinamik
oppose - bertentangan
effect - kesan
reduce - kurangkan
increase - menambahkan
surface in contact - permukaan yang bersentuhanNota :
Geseran boleh dikurangkan dengan menggunakan:
penggelek, guli,
bedak talkum, minyak, lilin, gris, kusyen udara,
melicinkan permukaan yang bersentuhan.
12
29.03. 2015
hingga
02.04. 2015
1.3 Menganalisis geseran
Murid boleh :
menghuraikan cara-cara mengurangkan geseran
menghuraikan cara-cara menambah geseran.
menyatakan kebaikan geseran.
menyatakan kelemahan geseran.
membuat kesimpulan bahawa geseran wujud apabila dua permukaan
bersentuhan.
menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bagaimana perbezaan
jenis permukaan memberi kesan ke atas jarak pergerakan troli dengan
menentukan pembolehubah manipulasi, pembolehubah dimalarkan dan
pembolehubah bergerakbalas.
.
1. Murid mencadangkan beberapa cara untuk mengurangkan geseran
seperti :
meletakkan alas bebola atau roda menyapukan minyak atau gris
meletakkan talkum menggunakan kusyen udara
2. Murid melakukan beberapa aktiviti untuk menguji cadangan yang
diberi.
3. Murid mengumpulkan maklumat tentang kelebihan dan kekurangan
geseran dalam kehidupan harian seperti :
membolehkan objek dipegang dengan kemas menetapkan kedudukan
objek pada kedudukannya membolehkan anak mancis dinyalakan
membolehkan mata pisau atau parang ditajamkan4. Murid membincangkan
tentang pelbagai situasi yang melibatkan geseran dan membuat
kesimpulan bahawa geseran terbentuk apabila dua permukaan
bersentuhan.
5. Murid merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk
menyiasat jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi jarak yang
dilalui oleh troli.
friction - geseran
aerodynamic - aerodinamik
oppose - bertentangan
effect - kesan
reduce - kurangkan
increase - menambahkan
surface in contact - permukaan yang bersentuhanNota :
Geseran boleh dikurangkan dengan menggunakan:
penggelek, guli,
bedak talkum, minyak, lilin, gris, kusyen udara,
melicinkan permukaan yang bersentuhan.
TEMA: MENYIASAT ALAM FIZIKALBIDANG PEMBELAJARAN:
2.PERGERAKAN
13
05.04 2015
hingga
09.04 2015
2.1 Memahami
kelajuan
Murid boleh :
menyatakan bahawa objek yang bergerak lebih laju menghasilkan
jarak perjalanan yang lebih jauh pada masa yang ditetapkan.
menyatakan bahawa suatu objek yang bergerak lebih laju mengambil
masa yang lebih singkat untuk bergerak ke suatu jarak yang
ditetapkan.
menyatakan apakah kelajuan.
menyelesaikan masalah menggunakan formula.
1. Murid menjalankan beberapa aktiviti untuk:
membandingkan jarak yang dilalui oleh dua objek yang bergerak
pada masa yang ditetapkan,
membandingkan masa yang diambil oleh dua objek yang bergerak
pada jarak yang ditetapkan.
2. Murid membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa:
apabila suatu objek bergerak lebih laju, lebih jauh jarak yang
dilalui pada masa yang ditetapkan,
apabila suatu objek bergerak lebih laju, lebih singkat masa yang
diambil pada jarak yang ditetapkan.
3. Murid membuat kesimpulan bahawa:
kelajuan adalah ukuran berapa cepat suatu objek bergerak
kelajuan boleh ditentukan menggunakan formula,
laju = jarak
masa
4. Murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan formula.
TEMA: MENYIASAT ALAM BAHANBIDANG PEMBELAJARAN: 1.PENGAWETAN
MAKANAN
14
12.04 2015
hingga
16.04. 2015
&
15
19.04. 2015
hingga
23.04. 2015
1.1 Memahami kerosakan
makanan
Murid boleh :
menyatakan maksud kerosakan makanan.
mengenal pasti ciri-ciri makanan yang telah rosak.
menyatakan bahawa mikroorganisma boleh merosakkan makanan.
menyatakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan
mikroorganisma.
1. Murid memerhati contoh-contoh makanan yang rosak.
2. Murid berbincang dan membuat kesimpulan makanan yang rosak
tidak selamat untuk dimakan.
3. Murid membuat kesimpulan bahawa makanan yang telah rosak
mempunyai ciri-ciri berikut:
berbau busuk,
berasa masam,
bertukar warna,
berubah tekstur,
berkulat.
4. Murid menjalankan aktiviti untuk memerhati kerosakan makanan
dengan meletakkan sekeping roti di kawasan terbuka untuk beberapa
hari.
5. Murid berbincang dan membuat kesimpulan mikroorganisma boleh
menyebabkan makanan menjadi rosak.
6. Murid mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan
mikroorganisma memerlukan beberapa keadaan untuk membiak:
udara,
air, nutrien, suhu yang sesuai,
kadar keasidan yang sesuai.
16
26.04. 2015
- 30.04. 2015&17
03.05. 2015
-07.05. 2015
1.2 Mensintesis
konsep
pengawetan
makanan
Murid boleh :
Menyatakan cara-cara pengawetan makanan.
Memberi contoh makanan bagi setiap kaedah pengawetan.
memberi alasan mengapa setiap kaedah pengawetan makanan
digunakan.
menyatakan apa itu pengawetan makanan.
merangka dan membuat projek pengawetan makanan yang diberi.
1. Murid mencari maklumat tentang cara-cara untuk mengawet
makanan dan memberi contoh makanan yang diawet dengan cara berikut,
iaitu:
pengeringan,
pendidihan,
penyejukan,
pembungkusan vakum,
penjerukan,
penyejuk bekuan,
pembotolan / pengetinan,
pempasturan,
pengasinan,
penyalaian,
pelilinan.
2. Murid berbincang dan membuat kesimpulan mengapa cara-cara di
atas digunakan untuk mengawet makanan.
3. Murid menonton tayangan video atau melawat kilang memproses
makanan untuk memerhati bagaimana proses pengawetan makanan
dijalankan.
4. Murid berbincang bahawa pengawetan makanan adalah proses
melambatkan makanan menjadi rosak.
5. Murid menjalankan projek untuk mengawet makanan yang telah
diberi.drying - pengeringan
pickling - penjerukan
heating - pemanasan
vacuum packing - pembungkusan vacuum
cooling - pendinginan
freezing - penyejuk bekuan
bottling - pembotolan
canning - pengetinan
smoking - pengasapan
salting -
pengasinanNota :Makanan yang boleh diberi:
a) ubi kayu
b) pisang
c) telur
d) mangga
e) cili
18
10.05. 2015
-
14.05. 2015
1.3 Menyedari
kepentingan
pengawetan
makanan.
Murid boleh :
Memberi sebab mengapa kita perlu mengawet makanan.
1. Murid berbincang dan memberi alasan mengapa kita perlu
mengawet makanan, contoh:
menjadikan makanan tahan lebih lama
menjimatkan kos
memudahkan diangkut / dibawa
memudahkan menyimpan makanan,
mengurangkan pembaziran makanan.
TEMA: MENYIASAT ALAM BAHANBIDANG PEMBELAJARAN : 2.PENGURUSAN
BAHAN BUANGAN
19
17.05. 2015
hingga
21.05. 2015
2.1 Memahami
kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang terhadap
persekitaran
Murid boleh :
mengenalpasti jenis-jenis bahan buangan dalam persekitaran.
mengenalpasti sumber-sumber bahan buangan.
menyatakan cara pembuangan bahan buangan yang tidak
terancang.
menyatakan cara pembuangan bahan buangan yang terancang.
menerangkan kesan buruk pembuangan bahan buangan yang tidak
terancang Menerangkan bagaimana bahan buangan kawasan setempat
dilupuskan.
Mencadangkan cara-cara untuk menambahbaik kaedah pelupusan bahan
buangan.
1. Murid memerhati beberapa jenis bahan buangan di dalam tong
sampah, contoh: plastik, kaca, bahan buangan kimia, bahan buangan
organik dan logam.
2. Murid menonton tayangan video tentang pelbagai jenis bahan
buangan dari kilang, gerai makanan dan pasar.
3. Murid mengumpul maklumat tentang:
sumber-sumber bahan buangan
pelbagai cara pelupusan bahan buangan.
4. Murid berbincang dan mengelaskan cara pembuangan bahan
buangan yang terancang dan tidak terancang.
5. Murid berbincang tentang kesan buruk akibat pembuangan bahan
buangan yang tidak terancang, contoh:
pencemaran udara,
pencemaran air,
penyakit dan wabak penyakit,
hujan asid,
banjir kilat.
6. Murid mengumpul maklumat tentang cara pembuangan bahan
buangan di kawasan setempat.
7. Murid berbincang dan mencadangkan cara-cara untuk memperbaiki
pelupusan bahan buangan kawasan setempat.
8. Murid melawat pusat pengurusan bahan buangan atau mendengar
ceramah untuk mengumpul maklumat tentang pengurusan bahan
buangan.
harmful effects - kesan buruk
waste disposal - pembuangan bahan buangan
20 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
24.05. 2015 hingga 28.05. 2015
CUTI PENGGAL PERTAMA TAHUN 2015
(29 MEI 13 JUN 2015)
21
14.06. 2015
hingga
18.06. 2015
2.2 Memahami bahawa bahan buangan boleh mereput
Murid boleh :
menyatakan bahawa bahan buangan tertentu boleh mereput
memberi contoh-contoh bahan buangan yang boleh mereput.
memberi contoh-contoh bahan buangan yang tidak boleh mereput.
menyatakan bahawa mikroorganisma boleh menyebabkan bahan buangan
mereput
menyatakan kebaikan pereputan bahan buangan
menyatakan keburukan pereputan bahan buangan
meramalkan apa yang akan berlaku kepada manusia dan persekitaran
jika bahan buangan tidak mereput.
1. Murid menonton tayangan video dan melihat foto selang-masa
tentang bahan buangan yang mereput dan bahan buangan yang tidak
boleh mereput.
2. Murid mengasingkan bahan buangan dari tong sampah mengikut
kategori seperti sayur-sayuran, kertas, kaca, plastik dan kayu.
Masukkan setiap jenis bahan buangan ke dalam beg plastik tebal yang
berasingan. Letakkan ia di tempat terbuka dan memerhati perubahan
yang berlaku dalam suatu tempoh masa.
3. Murid berbincang dan memberi contoh-contoh bahan buangan
yang:
mereput,
tidak mereput.
4. Murid membincangkan dan membuat kesimpulan,
sesetengah mikroorganisma menyebabkan bahan buangan mereput
semasa proses pereputan,nutrien dikembalikan kepada tanah, cara
ini ia dapat digunakan semula.
5. Murid mengumpul maklumat dan membincangkan kebaikan dan
keburukan pereputan bahan buangan.
6. Murid membincangkan dan meramalkan apa yang akan berlaku
kepada manusia dan persekitaran jika bahan buangan tidak
mereput.
decay reput
harmful merbahaya
separate - asingkanBahan biodegradasi adalah bahan yang boleh
direputkan oleh mikroorganisma
Sesetengah plastik adalah biodegradasi
TEMA: MENYIASAT BUMI DAN ALAM SEMESTABIDANG PEMBELAJARAN:
1.GERHANA
22
21.06. 2015
hingga
25.06. 2015
1.1 Memahami gerhana bulan
Murid boleh :
menyatakan maksud gerhana bulan.
menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian
gerhana bulan.
menerangkan bagaimana gerhana bulan berlaku.
a) Murid menggunakan model untuk mensimulasikan pergerakan Bumi
dan Bulan.
b) Murid menonton tayangan video atau simulasi komputer tentang
gerhana bulan separa dan gerhana bulan penuh.
c) Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa gerhana bulan
berlaku disebabkan oleh:
kedudukan Bumi berada di antara Bulan dan Matahari.
Bumi, Bulan dan Matahari berada pada satu garis lurus.
d) Murid melakar gambarajah bagi menunjukkan kedudukan Bulan,
Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana bulan.
eclipse - gerhana
position - kedudukan
partial eclipse - gerhana separa
total eclipse - gerhana penuh
23
28.06. 2015
hingga
02.07. 2015
1.2 Memahami gerhana matahari
Murid boleh :
menyatakan maksud gerhana matahari.
menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian
gerhana matahari.
menerangkan bagaimana gerhana matahari berlaku.
meramalkan senario di Bumi ketika kejadian gerhana matahari.
1. Murid menggunakan model bagi menunjukkan simulasi pergerakan
Bumi, Bulan dan Matahari.
2. Murid membincangkan bahawa gerhana matahari berlaku pada
waktu siang.
3. Murid menonton video atau simulasi komputer tentang gerhana
matahari separa dan gerhana matahari penuh.
4. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa gerhana
matahari terjadi disebabkan oleh:
kedudukan Bulan berada di antara Bumi dan Matahari,
Bumi, Bulan dan Matahari berada pada satu garis lurus.
5. Murid melakar gambarajah yang menunjukkan kedudukan Bulan,
Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana matahari.
6. Murid berbincang dan meramalkan senario di Bumi ketika
kejadian gerhana matahari.
TEMA : MENYIASAT DUNIA TEKNOLOGIBIDANG PEMBELAJARAN: 1.
MESIN
24
05.07. 2015
hingga
09.07. 2015
1.1 Memahami mesin ringkas
Murid boleh :
menerangkan maksud mesin ringkas
menerangkan jenis-jenis mesin ringkas.
memberi contoh setiap jenis mesin ringkas.
1. Murid mencuba untuk membuka penutup tin menggunakan:
tangan,
sudu.
2. Murid membandingkan kesukaran menyempurnakan tugasan yang
diberi dan membincangkan tentang fungsi alat.
3. Murid berbincang bahawa mesin ringkas adalah alat yang
membantu kita menggunakan kurang daya dan membuatkan kerja lebih
mudah dan lebih cepat.
4. Murid menguji dan memanipulasikan contoh-contoh mesin ringkas
berikut:
roda dan gandar,tuas,baji,takal,gear,satah condong,
dan skru.5. Murid berbincang mengenai jenis-jenis mesin
ringkas.
6. Murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan mengenal pasti
pelbagai jenis mesin ringkas.
lid - penutup
wheel and axle - roda dan gandar
lever - tuas
wedge - baji
pulley - takal
gear - gear
inclined plane - satah condong
screw - skru
25
12.07. 2015
hingga
16.07. 2015
1.2 Menganalisis mesin kompleks
Murid boleh :
mengenal pasti mesin ringkas yang terdapat dalam mesin
kompleks.
membuat kesimpulan bahawa mesin kompleks adalah gabungan
daripada beberapa mesin ringkas.
memberi contoh-contoh mesin kompleks.1. Murid mengenal pasti
mesin ringkas yang terdapat pada basikal dan kereta sorong.
2. Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa mesin kompleks
adalah gabungan beberapa mesin ringkas.
3. Murid menyediakan buku skrap yang menunjukkan contoh-contoh
mesin kompleks.
wheel barrow - kereta sorong
26
19.07. 2015
hingga
23.07. 2015
1.3 Menghargai rekaan mesin yang membuatkan kehidupan lebih
mudah
Murid boleh : meramalkan bagaimana kehidupan tanpa mesin.
menerangkan bagaimana mesin membuatkan kerja lebih mudah.
Mereka bentuk satu mesin untuk menyelesaikan masalah.
1. Murid membuat simulasi untuk mengetahui bagaimana menjalani
kehidupan tanpa mesin.
2. Murid berbincang dan meramalkan bagaimana menjalani kehidupan
tanpa mesin.
3. Murid mengenal pasti satu masalah dan mereka bentuk satu
mesin untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Nota:
Menggalakkan murid untuk mengguna dan mengitar semula bahan.
27 UJIAN BULANAN 2 & PERCUBAAN UPSR 2015
26.07. 2015 hingga 30.07. 2015
28
02.08. 2015
hingga
06.08. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2015 (1) ( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 4 :
1. Menyiasat Benda Hidup
2. Menyiasat Alam Fizikal
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Angkasa
5. Menyiasat Dunia Teknologi.1. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 4
menggunakan peta minda atau grafik yang sesuai.
2. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
3. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
4. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.
29
09.08. 2015
-13.08. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2014 (2)
( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 5 :1. Menyiasat
Benda Hidup
2. Menyiasat Alam Fizikal
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Angkasa
5. Menyiasat Dunia Teknologi.1. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 5
menggunakan peta minda atau grafik yang sesuai.
2. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
3. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
4. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.
30
16.08. 2015
-
20.08. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2014 (3)
( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 6 :1. Menyiasat
Benda Hidup
2. Menyiasat Alam Fizikal
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Angkasa
5. Menyiasat Dunia Teknologi.
1. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 6 menggunakan peta minda atau
grafik yang sesuai.
2. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
3. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
4. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.
31
23.08. 2015
-
27.08. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2014 (4)
( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 4 :1. Menyiasat
Benda Hidup
2. Menyiasat Alam Fizikal
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Angkasa
5. Menyiasat Dunia Teknologi.
1. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 4 menggunakan peta minda atau
grafik yang sesuai.
2. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
3. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
4. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.5. Membuat latihan / soalan dari negeri-negeri lain
sebagai pengukuhan.
32
30.08. 2015
-
03.09. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2014 (5)
( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 5 :
1. Menyiasat Benda Hidup
2. Menyiasat Alam Fizikal
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Angkasa
5. Menyiasat Dunia Teknologi.
1. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 5 menggunakan peta minda atau
grafik yang sesuai.
2. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
3. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
4. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.
5. Membuat latihan / soalan dari negeri-negeri lain sebagai
pengukuhan.
33
06.09. 2015
-10.09. 2015
Latih Tubi Pra UPSR
2014 (3)
( Jadual Anjal )Ulangkaji dan Latih tubi Tahun 6 :6. Menyiasat
Benda Hidup
7. Menyiasat Alam Fizikal
8. Menyiasat Alam Bahan
9. Menyiasat Bumi dan Angkasa
10. Menyiasat Dunia Teknologi.
5. Membuat ulangkaji tajuk Tahun 6 menggunakan peta minda atau
grafik yang sesuai.
6. Menjawab latihan ulangkaji diberikan secara individu atau
berkumpulan.
7. Berbincang dengan bimbingan guru soalan ulangkaji yang telah
dijawab mengikut kaedah jawapan UPSR sebenar.
8. Membuat pembetulan yang difikirkan perlu sebagai
pengukuhan.
34
13.09. 2015
hingga
17.09. 2015
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA 2015
(18 SEPT 26 SEPT 2015)
35
19.07. 2015
-
23.07. 2015
Program Tahun Enam Selepas UPSR 2014
( Jadual Anjal )
Pengurusan Program.
1. Perbincangan dan taklimat tentang program Tahun Enam selepas
UPSR 2014.
2. Pembahagian kumpulan dan pelantikan jawatankuasa
kumpulan.
3. Pembentangan aktiviti dan cadangan pelaksanaan program.
4. Sesi perbincangan dan soal jawab bersama guru penyelaras dan
mentor kumpulan.
36
04.10. 2015
-
08.10. 2015
Program Tahun Enam Selepas UPSR 2014
( Jadual Anjal )
PROGRAM TAHUN ENAM SELEPAS UPSR
1. Cadangan aktiviti mengikut panitia :a) Panitia Bahasa
Melayu
b) Panitia Sains
c) Panitia Matematik
d) Panitia Bahasa Inggeris
37
11.10. 2015
-
15.10. 2015
Program Tahun Enam Selepas UPSR 2014
( Jadual Anjal )
PROGRAM TAHUN ENAM SELEPAS UPSR
1. Cadangan aktiviti mengikut panitia :
a) Panitia Bahasa Melayu
Berbalas pantun
Kuiz Bahasa Melayu
Jejak Maklumat Bahasa Pertandingan kraf tangan bahan
terbuang
38
18.10. 2015
-
22.10. 2015
Program Tahun Enam Selepas UPSR 2014
( Jadual Anjal )
PROGRAM TAHUN ENAM SELEPAS UPSR
1. Cadangan aktiviti mengikut panitia :
a) Panitia Sains
Saintis Muda EUREKAA Projek Sains (Rekacipta &
Teknologi)
Kuiz Angkasa
Minggu Sains & Alam Sekitar
39
40
41
42
Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
( SITI ROHA BINTI ABD KARIM )
Guru Sains Tahun 6H & 6M 2015
SK KAMPONG SAWAH, 81500 PEKAN NANAS
UPSR 2015
Permudahkan Ya Rabbi urusan anak-anakku menjawab peperiksaan ini
semoga mereka beroleh kecemerlangan
di dunia dan akhirat.. amin Ya Rabbal Alamin.
ULANGKAJI PERSEDIAAN PAT 2015
25.10. 2015 hingga 29.10. 2015
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015
01 NOV hingga 05 NOV 2015
PERBINCANGAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN PEMBETULAN JAWAPAN
PENGURUSAN PBS TAHUN 2015
08 NOV 2015 hingga 12 NOV 2015
PEMULANGAN BUKU TEKS, NAIK KELAS & PEMINJAMAN BUKU TEKS
PENGURUSAN PBS TAHUN 2015
15 NOV 2015 hingga 19 NOV 2015
SITI ROHA BINTI ABD KARIM 1
PANITIA SAINS SK KG SAWAH