RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Mata pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjang : KecergasanTajuk:
KelenturanSub tajuk: Membongkok dan mengilasTarikh / Hari: 13 April
2015 (ISNIN)
Masa: 8.15 8.45 pagi Tahun: 6 CerdikBilangan murid: 16 orang (5L
, 11P)Pengalaman dan Pengetahuan lepas: Murid pernah membuat
aktiviti kelenturan semasa di rumah dan di sekolah.Objektif
pembelajaran: Melalui proses pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat :Psikomotor: Melakukan aktiviti kelenturan dengan
betul sekurang-kurangnya 5 daripada 8 percubaan.Kognitif:
Menyatakan dua bahagian sendi yang terlibat semasa melakukan
aktiviti membongkok dan mengilas.Afektif: Menunjukkan semangat
kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan yang menjuarai
permainan kecil.Penerapan nilai: Mematuhi arahan dan semangat
berpasukan.KBKK: Membandingbeza aktiviti membongkok dan
mengilas.Penggabungjalinan: Gimnastik PendidikanKesepaduan:
Matematik Mengira dalam aktiviti regangan.Bahan bantu mengajar:
Bil.Bahan bantu mengajarJumlah
1. Pundi kacang12
2. Gelung 7
3. Bola baling2
4. Skital6
Strategi pembelajaran: Teori kecerdasan pelbagai.
Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasiCatatan
Permulaan
(5 minit) Memanaskan badan Meningkatkan KDN.
Permainan kecil.Burung terbang petang
Regangan
-
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A berada dalam
sebelah bahagian yang dinamakan zon selamat yang dibatasi dengan
gelung. Kumpulan B berada di luar zon selamat.
Kumpulan A akan memainkan peranan sebagai burung. Kumpulan B
akan memainkan peranan sebagai musang. Kumpulan A akan berada dalam
zon selamat. Apabila wisel pertama dibunyikan, kumpulan A akan
keluar dari kawasan zon selamat untuk mencari makanan. Apabila
wisel kedua dibunyikan, musang akan mencari mangsa iaitu burung.
Burung akan cuba selamatkan diri ke zon selamat. Burung yang lambat
sampai ke zon selamat akan mati. Tukar peranan.
Peluk lutut Berdiri di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri,
rapatkan ke dada. Tangan kiri pegang lutut kiri, tangan kanan
pegang buku lali kiri. Menjinjit di atas kaki kanan. Jatuhkan kaki
kiri dan ulang untuk kaki kanan.
Regangan kaki lurus Bergerak ke depan sambil kaki dihayun lurus
ke depan. Sentuh hujung kaki dengan pasangan tangan berlainan.
Sentuh belakang ( butt kick) Dengan setiap langkah, bengkokkan
kaki ke belakang sehingga menyentuh punggung.
Lutut tinggi Dengan setiap langkah, angkat lutut setinggi
mungkin. Gerakkan tangan berasingan ke depan apabila lutut
diangkat.
Zon selamat
G
G
.
Strategi:
Teori kecerdasan pelbagai: - kinestetik
Alatan:
Skital - 6Gelung - 4
Perkembangan
Langkah 1
( 8 minit )
Langkah 2
(8 minit)Gerak kerja kelas
Aktiviti 1: Kilas Pinggang
Membongkok
Aktiviti 2:
Kilas pinggang berpasangan (tanpa alatan).
Membongkok ke hadapan (tanpa alatan).
Gerak Kerja Kumpulan
Aktiviti Berstesen
1. Kilas pinggang ke kanan dan ke kiri dengan bola.
2. Membongkok ke hadapan dengan gelung.
- Guru membuat demonstrasi sambil diikuti oleh murid.
Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Tangan di pinggang.
Kilas pinggang ke kanan. Kembali semula ke tempat asal Kilas
pinggang ke kiri. Lakukan lima kali ulangan.
Berdiri dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan
badan ke hadapan. Tangan kekal di sisi. Kedudukan badan 90
darjah.
Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Tangan di pinggang.
Kilas pinggang ke kanan. Kembali semula ke tempat asal Kilas
pinggang ke kiri. Lakukan lima kali ulangan.
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kiraan 1 dan 2.
Kumpulan 1 dan 2 akan berbaris melintang dengan menghadap satu sama
lain. Setiap pasangan dalam setiap kumpulan perlu membelakangkan
satu sama lain.
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kiraan 1 dan 2.
Kumpulan 1 dan 2 akan berbaris melintang dengan menghadap satu sama
lain. Setiap pasangan dalam setiap kumpulan perlu membelakangkan
satu sama lain.
Berdiri dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan
badan ke hadapan Kedudukan badan 90 darjah. Pastikan tapak tangan
pasangan bersentuhan antara satu sama lain.
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan A, B, C dan D. Murid
kumpulan A dan B akan membuat aktiviti mengilas pinggang dengan
bola.
Murid kumpulan C dan D akan melakukan aktiviti membongkokkan
badan ke hadapan dengan gelung.
Tukar peranan.
Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Pegang bola dihadapan
dengan kedua-dua belah tangan. Kilas pinggang ke kanan dan hantar
bola kepada rakan. Penerima akan menyambut bola dan melakukan
pergerakan yang sama hingga murid terakhir. Perlakuan yang sama
diulangi pada sebelah kiri.
Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Pegang gelung
dihadapan dengan kedua-dua belah tangan. Lentikkan badan ke hadapan
dan badan menghadap rakan. Masukkan gelung ke dalam badan rakan
dengan meluruskan kaki. Penerima akan mengangkat gelung dan
mengulangi pergerakan yang sama. Perlakuan diteruskan dengan 3
gelung hingga murid yang terakhir.
G
G
G
G
BA
CD
Teori Kecerdasan Pelbagai :
Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Visual-Ruang
Nilai : Kerjasama Mematuhi arahan
Alatan : Bola - 2 Gelung - 3
Kemuncak
( 5 minit )Permainan Kecil
Permainan Bongkok dan tangkap.
Pegang pundi kacang menggunakan kedua- dua belah tangan. Berdiri
dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan badan ke
bawah. Kedudukan badan 90 darjah. Baling pundi kacang ke arah rakan
yang berada di belakang. Rakan tersebut akan menyambut pundi kacang
tersebut dengan menggunakan kedua- dua belah tangan. Murid terakhir
akan berlari ke hadapan sambil membawa pundi kacang. Ulang langkah
menggunakan 3 pundi kacang. Kumpulan yang paling pantas
menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang. Murid masih dalam 4
kumpulan seperti yang sebelumnya. Murid- murid akan membuat barisan
lurus ke belakang mengikut kumpulan masing- masing. Permainan akan
dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan.
G
Nilai : Kerjasama Mematuhi arahan
BBM :
Pundi kacang- 12
Penutup(4 minit)Gerak kendurtangan dan lengan
Gerak kendur pinggang
Gerak kendur kaki dan tarik nafas
Kesimpulan - Sesi perbincangan
Murid-murid berdiri dalam bentuk U menghadap guru. Berdiri
tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu. Kuncikan jejari kiri dan
kanan tangan. Tolak tangan lurus kehadapan sambil membongkok 90
darjah. Kira dengan kiraan 10. Ulang sebanyak 3 kali.
Berdiri seperti kedudukan diatas. Tangan lurus di atas kepala.
Bengkokkan badan ke sisi kanan, tahan dengan kiraan 10. Ulang
aktiviti ke sisi kiri. Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.
Kaki dilunjur kehadapan, sisi dan belakang. Aktiviti dilakukan
dengan kiraan 10. Tarik nafas dan tahan dalam kiraan 5. Tarik nafas
sebanyak 3 kali. Akhir sekali sebut hurray. Hembus.
Murid-murid duduk secara berselerak menghadap guru
Lembaran kerjaNyatakan sendi yang terlibat semasa melakukan
aktiviti membongkok dan mengilas?Jawapan :1. Sendi lesung2. Sendi
engsel
G