Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 3 Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani Kelas: 3 Biru Bilangan murid: 30 orang ( 19L, 11P) Tajuk: Melompat sebelah kaki Tarikh: 4 Mei 2015 Masa: 1.15 petang - 1.45 petang Standard kandungan: Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul. Standard pembelajaran: 1.10.1 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 1.10.4 Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras. 2.10.1Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat. 5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid: 1. Psikomotor: melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lakuan yang betul. 2. Kognitif: menyatakan sekurang-kurangnya 2 postur badan yang betul semasa melompat.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 3
Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani Kelas: 3 Biru Bilangan murid: 30 orang ( 19L, 11P)
Tajuk: Melompat sebelah kaki
Tarikh: 4 Mei 2015 Masa: 1.15 petang - 1.45 petang
Standard kandungan: Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul.
Standard pembelajaran: 1.10.1 Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
1.10.4 Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.
2.10.1Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat.
5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid:
1. Psikomotor: melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan
lakuan yang betul.
2. Kognitif: menyatakan sekurang-kurangnya 2 postur badan yang betul semasa melompat.
3. Afektif: memupuk keyakinan diri dengan angkat tangan semasa bertanya dan menjawab soalan semasa
sesi perbincangan dan refleksi
Elemen Merentas Kurikulum (EMK): EK 1.3 Berani mengambil risiko, EK 1.5 Fleksibiliti
Bahan Bantu Belajar: lampu suluh (1), kad warna (1), pembesar suara(1), kon(12), track lagu(2), kotak(4), batang(4), belon(4), riben(10), gelung rotan(10), topeng arnab(22), topeng serigala(10)
Nilai: Kerjasama, keyakinan diri, berani, seronok
Bahagian/Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/ Strategi PdP Alatan/ Catatan
1.Memanaskan badan(5 minit)
Regangan“Lari ikut lampu isyarat”
Regangan otot dengan muzik (senamrobik)-bahu-tangan-pinggang-kaki
-Murid berselerak dalam kawasan yang ditentukan.-Lutut diangkat sedikit semasa berlari.-Berlari atas hujung kaki.-Murid lari ikut arahan guru.
-Guru akan menggunakan lampu suluh dengan kertas berwarna hijau, kuning dan merah.-Murid dikehendaki berlari apabila nampak lampu hijau, berlari anak apabila nampak lampu kuning dan berhenti segala pergerakan apabila nampak lampu merah.
-Regang otot di bahagian tangan, pinggang dan kaki mengikut ritma muzik untuk elak daripada kecederaan.-Meningkatkan julat pergerakan.-Memanaskan badan dan meningkatkan kadar nadi, jantung dan kadar pernafasan.
BBM: lampu suluh, kad warna, pembesar suara, kon, track lagu
EK 1.3 Berani mengambil risiko
Kemahiran berfikir
Nilai: berani, seronok
2.Perkembangan(12 minit)
Kemahiran melompat sebelah kaki
Aktiviti 1:Melompat melepasi kotak
Aktiviti 2: Melompat melepasi halangan dan sentuh belon
Aktiviti 3:Cuit-cuit kawan
-Berdiri tegak -Mata pandang hadapan-Berjalan satu langkah ke depan-Lutut dibengkokkan sedikit-Lompat dengan satu kaki-Lompat melepasi halangan dan mendarat menggunakan dua belah kaki-Badan dibongkok sedikit semasa mendarat
-Melompat sebelah kaki melepasi kotak dan mendarat dengan dua belah kaki.-Kotak akan ditinggikan sekiranya kebanyakan murid dapat melompat kotak yang sebelum itu.
-Murid dikehendaki melompat sebelah kaki melepasi halangan dan sentuh belon di atas halangan.-Seterusnya, murid kena mendarat dengan dua belah kaki.
-Lapan orang murid akan melompat sebelah kaki dalam kawasan yang ditetapkan dan mencuit murid lain yang berjalan.-Murid yang dicuit akan melompat sebelah kaki dan terus menyentuh rakan lain.-Aktiviti diteruskan sehingga semua murid dicuit.
BBM: kotak, kon dengan batang, belon, riben
EK 1.3 Berani mengambil risiko, EK 1.5 Fleksibiliti
Kemahiran berfikir
Nilai: berani, bekerjasama, berkeyakinan diri
3.Kemuncak(8 minit)
Permainan KecilLompat Arnab Lompat
-10 orang murid sebagai “serigala” dan murid lain sebagai “arnab”.-Murid memakai topeng mengikut peranan masing-masing.-“Arnab” berada dalam kawasan lapang mencari makanan.-“Serigala” berada di rumah serigala.-Apabila guru menyebut “cari makan”, “arnab” akan bergerak bebas dengan melompat sebelah kaki mencari makanan. -Apabila guru menyebut “lompat”, “serigala” akan mengejar “arnab”.-“Arnab” menyelamatkan diri dengan melompat sebelah kaki dan masuk ke dalam rumah arnab.-“Arnab” yang ditangkap akan dikumpulkan di rumah serigala.
EK 1.3 Berani mengambil risiko, EK 1.5 Fleksibiliti
Kemahiran berfikir
Nilai: berani, bekerjasama, seronok
4.Penutup(5 minit)
Menyejukkan badan“Andaikan saya sebuah kapal terbang”
-Murid diberitahu bayangkan sendiri sebagai sebuah kapal terbang.-Murid berdepa dari mencangkung ke berjengkit apabila “bunyi kapal terbang naik ke langit”-Murid berdepa ke kiri dan ke kanan apabila “kapal terbang tengah langit”.- Murid mencangkung secara perlahan apabila “kapal terbang mendarat”.-Tarik nafas dan tahan -Hembus perlahan-lahan
BBM: pembesar suara, track lagu
EK 1.3 Berani mengambil risiko
Refleksi -Melakukan soal jawab dan refleksi berkaitan kemahiran yang telah dipelajari.S: Apakah postur badan yang betul semasa melakukan melompat sebelah kaki?J: lutut dibengkok sedikit, lompat dengan satu kaki, lompat melepasi halangan dan mendarat menggunakan dua belah kaki, dadan dibongkok sedikit semasa mendarat
Kemahiran berfikir
Nilai: berkeyakinan diri, berani
Penilaian pengajaran dan pembelajaran: a) Sesi soal jawab