RPH KSSR PJ Tahun 1Mata pelajaran: Pendidikan JasmaniKelas: 1
MerahBilangan murid: 10 OrangTajuk : Manipulasi alatan ( Menangkap
Bola)Tarikh: 29 / 09 / 2014Masa: 7.30pagi 8.00 pagiStandard
Kandungan : 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan
dengan lakuan yang betul. 2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas
kemahiran manipulasi alatan. 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan
dan bekerjasama dalam kumpulan.Standard Pembelajaran : 1.4.3
Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan
lakuan yang betul. 2.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang
betul semasa menangkap atau menerima bola. 5.4.1 Melakukan aktivi
secara berpasangan.Pengalaman sedia ada: Mempunyai pengalaman
melambung dan menyambut bola.
Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran murid dapat:1. Psikomotor - Melakukan lakuan yang
betul menangkap bola dengan menggunakan dua belah tangan.2.
Kognitif - Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi
alatan. - Menyatakan lakuan yang betul untuk menangkap bola dengan
menggunakan tangan.3. Afektif - Keyakinan diri, semangat
tanggungjawab ditanam dalam diri.
Nilai-nilai murni : Guru sentiasa memberi galakkan kepada
murid.Kemahiran berfikir : Menghubungkait koordinasi mata dan
tangan semasa melambung dan menangkap pundi kacang dan bola.Elemen
Merentas Kurikulum (EMK) : Kreativiti & inovatif , muzikBahan
Bantu Belajar: 1. Bola : 5 unit 2. Skital : 4 unit3. Pundi Kacang :
10 unit 4. Lagu : 1 muzik lagu: 1 lagu Penilaian pengajaran dan
penbelajaran : Lembaran kerja
Bahagian/ MasaAktivitiFokus PembelajaranPengelolaan/ Strategi
PdPAlatan/ Catatan
1. Permulaan (5 minit )
1. Memanaskan Badan
a) Menari tarian Chicken dance mengikut tempo muzik.
b) Memanaskan badan dengan permainan kecil
- Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan- Meningkatkan
kadar degupan jantung- Mewujudkan keseronokan
- Berjalan secara bebas sambil melakukan pelbagai lakuan seperti
bentuk huruf, binatang dan tumbuhan.- Berhenti melakukan lakuan
tersebut di tempat masing-masing apabila muzik diberhentikan untuk
membuat regangan pada bahagian kepala, tangan dan kaki di dalam
kawasan yang ditetapkan.
1. Guru akan memberi arahan untuk berbaris dalam 2 baris
melintang.Guru
2. Murid-murid mengambil kawasan masing-masing untuk memanaskan
badan.3. Guru dan murid bersama-sama menari tarian chicken dance
untuk mewujudkan keseronokan.
1. Murid berjalan secara bebas sambil melakukan pelbagai lakuan
seperti bentuk huruf, binatang dan tumbuhan.
2. Murid berhenti di tempat masing-masing apabila muzik lagu
diberhentikan.3. Kemudian, membuat regangan kepala, tangan dan
kaki. Muzik lagu Lagu Gaya Langsung Kaedah kuliah demonstrasi
2. Perkembangan:( 8 - 12 minit )
Aktiviti 1: Melambung dan mengkap pundi kacang dengan
statik.
Aktiviti 2:Tepuk tapak tangan selepas melambung pundi kacang,
kemudian menangkap pundi kacang semula dengan statik.
Aktiviti 3:Melambung dan menangkap pundi kacang sambil
berjalan.
Aktiviti 3:Menangkap dan melambung pundi kacang atau
bola.(Bergantung kepada prestasi murid)
1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Buka seluas bahu3.
Tangan: Melambung dengan sebelah tangan. Melambung pundi kacang ke
arah atas. Menangkap dengan dua belah tangan.
1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Buka seluas bahu3.
Tangan: Melambung dengan sebelah tangan. Melambung pundi kacang ke
arah atas. Tepuk tangan sekali. Menangkap pundi kacang dengan dua
belah tangan.
1. Mata :Fokus kepada pundi kacang. 2. Kaki: Berjalan dengan
langkah yang kecil3. Tangan: Melambung dengan sebelah tangan.
Melambung pundi kacang ke arah atas. Menangkap dengan dua belah
tangan.
Penghantar:1. Kaki : Buka seluas bahu.2. Mata : Fokus kepada
bola / pundi kacang dan penerima.3. Tangan: Bola Memegang bola
dengan dua belah tangan. Jari dalam keadaan terbuka untuk melambung
bola.
Melambung ke arah pasangan. Pundi kacang Melambung kepada
penerima dengan sebelah tangan.
Penerima:1. Kaki: Buka seluas bahu.2. Mata: Fokus kepada bola /
pundi kacang.3. Tangan: Bola Menerima bola dengan menggunakan dua
belah tangan. Jari dalam kedudukan buka semasa membuat tangkapan.
Serap daya semasa menerima bola. Pundi kacang Menangkap pundi
kacang dengan dua belah tangan.
4. Bergerak ke arah bola/ pundi kacang.
1. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara melambung dan
menangkap pundi kacang yang betul.2. Setiap murid mengambil pundi
kacang dan mengambil jarak sendiri untuk berlatih.
1. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu.2. Setiap murid
mengambil pundi kacang dan mengambil jarak sendiri untuk
berlatih.
1. Guru membuat demonstrasi melambung dan menangkap pundi kacang
sambil berjalan dengan cara yang betul.2. Bahagi murid kepada 2
kumpulan. Satu kumpulan 5 orang.3. Kumpulan masing-masing berbaris
dalam satu barisan seperti berikut:
4. Setiap pelajar akan bergilir-gilir untuk melambung pundi
kacang sambil berjalan ke skitel penamat.
Kumpulan BKumpulan A
1. Kumpulan A dan kumpulan B berbaris dalam barisan masing
masing.
2. Murid yang berada di kumpulan A bersama-sama melambung bola
kepada kumpulan B.3. Mata murid kumpulan B fokus kepada bola dan
menangkap dengan dua belah tangan.4. Murid kumpulan A dan Kumpulan
B akan bergilir-gilir melambung dan menangkap bola. Pundi
kacang
Skital Pundi kacang
Bola Pundi kacang
Kemuncak(8 minit)Permainan kecil:Anak monyetPeraturan
permainan:Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, murid yang
melambung bola menjadi monyet.
1. Terdapat 2 kumpulan yang 3 orang dalam 1 kumpulan.2. Manakala
1 kumpulan lagi, 4 orang dalam 1 kumpulan.3. Murid A boleh
menghantar bola kepada muric C dengan pelbagai cara.4. Murid C
menangkap bola dan menghantar kembali ke murid A.5. Murid B
(monyet) cuba menyentuh bola. Jika berjaya, murid B akan
menggantikan murid yang gagal menghantar bola kepada rakannya.
Penutup1. Membuat regangan.2. Membuat kesimpulan.1. Murid-murid
membuat regangan tangan dan kaki.2. Murid bernafas sebanyak 3 kali.
3. Guru membuat kesimpulan.4. Murid membuat lembaran kerja.1. Murid
berjalan dengan bebas sambil membuat regangan tangan dan kaki.2.
Murid duduk dalam dua barisan untuk mendengar guru membuat
kesimpulan.3. Murid-murid membuat lembaran kerja.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran: a. Borang Pentaksiranb.
Lembaran kerja Mewarnakan gambar rajah pada bahagian yang terlibat
semasa menangkap bola.
Refleksi : i. Kebaikan:ii. Kelemahan:iii. Cadangan
Penambahbaikan:Tindakan susulan : a. Pemulihan: b. Pengukuhan: c.
Pengayaan: