Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranGuru dan
MuridCatatan
Set Induksi(3 minit)
Gambar perumahan
Gambar kawasan kampungGuru memberi salam dan meminta pelajar
membaca doa.Murid menjawab salam dan membaca doa sebelum
belajar.Guru mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu
kawasan kampung.Guru menyoal murid berdasarkan gambarMurid melihat
gambar dan menjawab soalan guruContoh soalan:1)Siapa diantara anda
tinggal di kawasan taman perumahan? Saya tinggal di Taman Sri
Tampoi.2)Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan kampung?Saya
tinggal di Kampung Kejai A
3)Adakah anda kenal orang yang tinggal disekeliling rumah
anda?Kami kenal orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kami.
Mereka adalah jiran-jiran kami.Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu adab menziarahi
jiran.KBKK:Fikiran refleksi
ILMU:Moral
NILAI:Berbudi bahasa
BBM:Gambar
Langkah 1(10minit)Cartapengertianmenziarahi jiran.-Mengunjungi
orang yang tinggal berhampiran rumah kediaman kita (40 buah
rumah)
-Adab sebelum menziarahi jiran1.memilih masa yang
sesuai2.memakai pakaian yang menutup aurat3.niat bertemu dan
berpisah kerana Allah-Adab semasa menziarahi jiran1)memberi salam
dan bersalaman2)meminta izin untuk masuk3)memendekkan tempoh
ziarah4)mengawal pandangan5)merendah suara dan bersopan semasa
bercakap6)meminta izin jika hendak menggunakan kemudahan di rumah
jiranAdab selepas berziarah1)meminta izin ketika hendak
beredar2)memberi salam dan bersalaman sebelum beredarGuru
mempamerkan carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid
membaca bersama-sama.Murid membaca pengertian menziarahi jiran
seperti yang dipaparkan.Guru menerangkan pengertian menziarahi
jiranMurid mendengar penerangan guru serta memahami maksud
menziarahi jiran.
Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(A, B, C)
Guru meminta murid kumpulan A menyenaraikan (adab-adab sebelum
menziarahi jiran). Kumpulan B (adab adab semasa) dan kumpulan C
(adab-adab selepas)
Murid kumpulan A, B dan C berbincang dan memberi pendapat mereka
mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka. Wakil kumpulan masing-masing membentangkan hasil
perbincangan.
Guru mempamerkan adab-adab yang telah dibincangkan dan meminta
murid menyebutnya satu persatu sacara kelas.
Murid membaca adab-adab yang dipamerkan oleh guru satu persatu
secara kelas.
Murid mendengar penerangan guru mengenai adab-adab sebelum
menziarahi jiran.
KBKK:Fikiran refleksi, Sumbang saran
ILMU:Moral, Bahasa Melayu, Metematik
NILAI:Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak
jiran.
BBM:Carta, Slaid. Lap top, Projekter
Langkah 2 (5minit)Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi
jiran1)Enggan memberi salam.2)Masa tidak bersesuaian3)Mengusik
barang-barang tuan rumah4)Menjatuhkan maruah tuan
rumah5)Mengumpat6)Bercakap kasarGuru meminta murid berbincang di
dalam kumpulan mengenai perkara-perkara yang perlu dihindari ketika
menziarahi jiran.
Murid berbincang di dalam kumpulan memgenai perkara-perkara yang
perlu dihindari ketika menziarahi jiran seperti yang diarahkan oleh
guru._ Guru meminta wakil setiap kumpulan nampal dan
memembentangkan hasil perbincangan di hadapan kelasWakil kumpulan
membentangkan dan menampalkan hasil perbincangan di hadapan
kelas.Guru meminta murid menyebut isi yang sama hasil pembentangan
tersebutMurid menyebut semula isi pembentangan dan menyebut semula
isi yang sama hasil pembentangan setiap kumpulanKBKK:Fikiran
refleksi, Sumbang saran
ILMU:Moral, Bahasa MelayuNILAI:Berbudi bahasa, Hormat
menghormati, Menghargai hak jiran.BBM:Kertas Majung, Maker pen,
Tape
Langkah 3(4minit)Hikmah menziarahi jiran
-Guru mempamerkan carta hikmah dan murid menyebut mengikut
guru.
- Guru menerangkan satu persatu berdasarkanm carta yang
dipamerkan.ILMU:Moral, IbadahNILAI:Menghormati hak
bersamaBBM:Slaid, Lap top, Projekter dan Lembaran kerja
Langkah 4(5minit)PengukuhanLembaran kerjaGuru mengedarkan
lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.Murid menjawab soalan
secara individu.
Guru meminta murid menyemak jawapan yang betul Murid menyemak
jawapan dan membuat pembetulan jika adaBBM:Lembaran kerja
Nilai:Tekun dan sabar
Penutup(3 minit)Guru mempamerkan carta pantun dan meminta murid
berpantun bersama-sama secara kelasMurid berpantun
bersama-sama.Guru membuat kesimpulan terhadap tajuk pembelajaran
hari ini dan murid menguasai isi pelajaran hari ini.BBM:Carta
Pantun.
Nilai:Semangat berjiran.
Refleksi Pembelajaran Bagi Sesi Makropengajaran.
i. PENDAHULUAN
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
inayahNya dapat saya melaksanakan satu tugasan mengajar dan
merakamkannya dalam bentuk video pengajaran makro. Di sini saya
juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor E-Learning
sayaselaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
jua sebagai penilai kerja kursus ini. Semoga semua tugasan yang
saya hasilkan menepati kehendak soalan.Jutaan terima kasih jua
diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku tenaga pengajar bagi
kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami
diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih
kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan
semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya
kepada murid-murid tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi
Kuala Nerang Kedah kerana mereka terlibat secara langsung dalam
menjayakan sesi pengajaran makro saya pada kali ini.
ii. KEKUATAN
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan
lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala
pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah
dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa
kini.Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan
jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga
kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang.
Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal
kelas saya pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah
memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih
kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang
baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan
dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru pendidikan islam.
Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala.
Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh
saya, tetapi pada hari itu kesihatansaya agak kurang baik kerana
mengalami demam selsema, walaubagaimana saya tetap bersyukur kerana
masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran ini.
iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI
Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada
kekurangan pada makro pengajaran saya ini. Pertamanya adalah
penggunaan papan tulis. Sayatidak menulis tajuk pelajaransetelah
memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran
sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian
saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin
tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas
set induksi dilaksanakan. Selain itu saya jugatidak memakai tanda
namasewaktu mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika
perguruan. Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap
salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti
yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika
diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang
mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.Selain itu, saya
tidak menggunakanbahan bantumengajar mengikut seperti apa yang
telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit
kekangan tat kala memasang projector pada kelas saya. Projekter
tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah
hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya
dengan kertas majung sahaja. Saya telahpun menyediakan salid (power
point) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini,
namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan.
Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat
naik dari you tube sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan
tersebut murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk
mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi
peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya.Saya
jugakurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaransaya.
Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu
penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang
dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga
lebihbanyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah
atau teknik lakunan atau simulasi juga boleh digunakan agar
murid-murid menjadi lebih cergas.Pada langkah pengukuhan pula
sayakurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di aras 1
tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya
membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya
berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini
akan lebih saya berikan perhatian.Saya juga terkilan
keranasuarasaya pada hari itu juga agakkurang memuaskan dan kurang
menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami deman selesema.
Seperti yang kita sedia maklum suara guru juga merupakan satu aspek
penting dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang jelas,
menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu
mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya
mempunyai murid yang ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas.
Kepadatan murid perlu diselarikan dengan suara yang kuat, tegas,
lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid
tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka
tidak berminat dengan suara guru mereka.Seterunya saya jugakurang
menyentuh kepintaran semua muridsecara terperinci. Saya lebih
banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai
pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak
berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika
saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan
semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya
jalankan.Saya jugakurang menitik beratakan masayang patut diambil
bagi sesi pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar
menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut.
Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan
memperuntukkan masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai
untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini.
Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan
adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu
menggunakan 30minit lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu
dihindari ketika mengunjung ke rumah jiran dan juga hikmah
mengamalkan adab-adab menziarahi jiran. Masa yang sebegini dapat
memberi ruang mengajaryang lebih selesa untuk mempelbagaikan
aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan sebagainya.
Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan
satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
iv. KESIMPULAN
Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil
kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak
perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil
beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang
mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera
diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang
guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini
akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang
paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid
belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya
merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar.
Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras
dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling
diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRANTUGASAN 2: REFLEKSI RPH
DISEDIAKAN OLEH:NOR AZLINA BINTI
AMIN(D20102043060)013-4746242SABRINA BINTI
IDRIS(D20102041456)019-4661054
Penulisan Refleksi.PENGENALAN Refleksi sering digunakan secara
intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggapsebagai
komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru
pelatih mahupunguru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan
pemikir pertama yang memperluaskankonsep refleksi di dalam
pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu
komponenutama di dalam pendidikan guru.Refleksi adalah penting di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).Kepentingan
menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah
tingkahlaku guru yanghanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran
murid. Keadaan apabila berhadapan denganbilangan pelajar-pelajar
yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30
orang)menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir
tentang apa yang telah dilakukan didalam proses pengajaran mereka.
Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi
iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada
tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan
markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis
rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu
memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki
amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan
mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).
Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah
peri laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di
dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkanseseorang guru belajar
tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi
yangdilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau
terlibat di dalam perkembanganprofesionalisme yang berterusan.
Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpastipelbagai kaedah
baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa
modelrefleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah Model Gibbs danModel Kitaran Pembelajaran
Kolb.Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa
pendekatan membuatrefleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang
dicadangkan di dalam Model Kitaran PembelajaranKolb ialah:i.
Pengalaman secara konkritii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak
dan membuat generalisasi; daniii. Menguji implikasi konsep di dalam
keadaan yang baru.Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb
menyarankan bahawa refleksi di dalam konteks pendidikan penting
untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola tindakan yang
berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan
guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan
ketika membuat generalisasi.
Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam
sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi
mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan
murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru
sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang
pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan. Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka
bentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini
mengandungi 6 langkah iaitu`Analyse learner,State Objective,Select
Method,Media,Materials,Utilise media and materials,Require learner
participation danEvaluate and revise . Huraian bagi rancangan
pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap langkah yang
dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.1. ANALYSE
LEARNER (Analisis pelajar) Setiap murid di dalam sesebuah bilik
darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah
membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4
Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan murid dari
kumpulan yang sederhana. Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu
latar belakang akademik (kepintaran), murid tahun 4 Amanah ini
tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya
mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu
pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru
dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.
Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri
daripada anak-anak pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai
penoreh getah, penjaja kecil, anak-anak askar dan lain-lain . Dari
segi aspekkompetensi peringkat masukyang berkaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya
gambarkan bahawa mereka adalah murid yang sederhana dalam
pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai
minat yang tinggi untuk belajar, namun begitu masih terdapat murid
yang agak aktif dan ada yang mempunyai daya saing di antara rakan
mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid
tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan
berkumpulan diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh
berinteraksi dengan guru atau pun kawan-kawan yang lain dengan baik
sekiranya diarahkan oleh guru. Oleh itu, saya berpendapat bahawa
murid saya ini lebih cenderung kepada teknik pembelajaranyang aktif
seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan. Secara
kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah
adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun
mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dan mempunyai
kecenderungan belajar yang aktif sekirannya diberikan galakan dan
dorongan yang sesuai.
2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif ) Bagi rancangan
pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4
pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam
Bahan. Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di
akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan diantara sifat
bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan objektif saya pada kali
ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD
iaitu,A-audience (pelajar sasaran)B-behavior ( tingkah laku-
keupayaan murid )C-conditions ( keadaan-pencapaian murid)D-degree
(darjah-tahap yang ingin dicapai)
Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif
perlu dicapai oleh murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah
laku yang aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, namun
ada juga murid yang slow learner dan ada juga murid yang mempunyai
pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya telah membina
beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif,
domain psikomotor dan domain afektif.Domain kognitifadalah domain
pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan berkaitan dengan
beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu
dari pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia
boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.Tahap yang saya pilih adalah
tahapkefahamaniaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan
diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.
Domain psikomotorpula yang berkaitan dengan mengintegrasikan
kemahiran intelektual dan fizikal untuk
pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula
adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih
dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah
4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam
bilik darjah.Objektif bagidomain afektifpula berkaitan dengan
membentuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan
setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh
berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan
menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul
perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan
dalam kumpulan.
3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah,
media dan bahan)3.1- Memilih kaedah pengajaran. Guru harus bijak
dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid
untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak
kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam
pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah
perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan,
simulasi, mengeksperimen dan banyak lagi.Bagi saya terdapat
beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya
memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di
bawah.
LANGKAH/KAEDAHBAGAIMANA/ PERASAAN MURIDMENGAPA
Set induksiKaedah perbincangan-bersoal jawab
Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah
akaurium. Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di
dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut. Murid dapat
menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu
dapat dilihat dengan jelas. Guru meminta seorang murid keluar dari
kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap. Murid di dalam kelas
cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan
jelas ataupun tidak. Murid tidak dapat melihat muka rakan mereka
dengan jelas. Murid kelihaan dapat memahami kkonsep jelas dan kabur
Murid yang mewakili rakan mereka merasa seronok dapat melihat
ikan-ikan di dalam akuarium.
Kaedah ini bertujuan untuk guru menilai pengetahuan sedia ada
murid mengenai diri dan tubuh badan mereka.
Murid dapat merasai sendiri keadaan dimana sesuatu benda itu
dapat dilihat dengan nyata dan dilihat dengan kabur.
Langkah 1Kaedah kuliahKaedah perbincangan-bersoal
jawab.Penggunaan carta dan kad imbasan Guru menunjukkan carta,
tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan
bahan legap. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab
soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih.
Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad
imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan sifat bahan
yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.
Kaedah ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid mengenai
sifat bahan lut sinar dan lut cahaya.Murid seronok dapat keluar
kehadapan kelas untuk menampal kad bergambar yang diberikan oleh
guru.
Langkah 2Kaedah eksperiment / ujikajiKaedah perbincangan
Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan
tersebut lut sinar atau lut cahaya. Guru menyediakan jadual
pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan
jelas atau kabur. Guru meminta murid meletakkan satu objek di
balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang
plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Semua pemerhatian
dicatatkan. Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang
diperolehi oleh setiap kumpulan. Murid seronok dapat menjalankan
ujikaji di dalam kumpulan mereka.
Kaedah ini bertujuan untuk member penerangan yang jelas mengenai
perbezaan di natara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya
Langkah 3Kaedah perbincangan dan pembentangan hasil kumpulanGuru
memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat
banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut
cahaya.Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk
jadual.Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang
mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.Guru memilih beberapa
orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan
membentangkannya di hadapan kelas.Murid mempunyai keberanian untuk
mencuba.
Kaedah ini bertujuan untuk murid memainkan peranan masing-masing
di dalam kumpulan dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan dan
sepakat memilih salah seorang ahli kumpulan untuk membuat
perbentangan di hadapan kelas.
Langkah 4PenilaianKaedah perbincangan- soal jawabGuru memberikan
lembaran kerjabagi semua murid.Murid boleh membuat perbincangan
bersama rakan dalam kumpulan mereka.Guru menyoal semuala isi
pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari
ini.
Kaedah ini adalah untuk guru membuat penilaian pengajaran pada
hari itu.
Lebih ramai murid menjawab soalan dengan betul maka pengajaran
dan pembelajaran mengenai perkataan yang diajar berjaya atau tidak.
Jika sebaliknya guru perlu mengkaji semula pengajaran tersebut.
3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran)
Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi
lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali
ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap
sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya
rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara
penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti
dalam jadual di bawah.LANGKAH /JENIS MEDIACARA PENGGUNAANNYATUJUAN
PENGGUNAAN
Set induksiMenggunakan bahan maujud yang ada di sekitar bilik
darjah/ makmal sainsGuru menyuruh murid melihat ikan di dalam
akaurium ikan.Murid keluar kelas untuk melihat siapa yang berada
diluar kelas. (ramalan)
Ia bertujuan untuk menarik minat murid dan meransang pemikiran
murid buat kali pertama untuk berfikir.
Langkah 1Tayangan carta yang menujukkan isi pelajaraanGuru
mempamerkan gambar/ carta di papan putih dan murid membuat latihan
membaca secara individu dan beramai-ramai.
Bertujuan untuk mepamerkan kelainan dari segi persembahan bahan
bacaan dengan penggunaan warna dan kesan gambar yang
dipamerkan.
Langkah 2Kad imbasan (gambar)Kertas mahjung/ kertas A4 (jadual
perbezaan sifat cahaya)Guru mempamerkan beberapa keping gambar dan
bersoal jawab dengan muridMurid menampalkan gambar di dalam jadual
yang disediakanIa bertujuan untuk menarik lebih perhatian dan
mencungkildaya ingatan murid melalui langkah pertama yang telah
dijalankan sebentar tadi.
Langkah 3Bahan-bahan eksperimenPen maker dan buku laporan
aktiviti.Guru mengedarkan bahan-bahan eksperiment.Murid mencatatkan
permerhatian mereka dalam buku laporan.Ia bertujuan untuk menilai
gerak kerja berkumpulan murid dan kefahaman mengenai isi pelajaran
.
Langkah 4Kertas putih (mahjong)Pembantangan hasil kumpulanGuru
mengedarkan lembaran petikan pada setiap kumpulan dan kad-kad
bergambar.Ia bertujuan untuk aktiviti perbincangan dalam kumpulan m
dan permainan . Mereka juga berpeluang memilih dan menampal di
papan putih kad kad jawapan.
PenutupLembaran kerjaGuru memberikan lembaran kerjaMurid
mengukuhkan pengetahuan mereka dan memahami isi pelajaran dengan
lebih jelas.
3.3 - Select instructional materials pilih bahan pengajaran.
Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan-
bahan maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid
bagi aktiviti set induksi dan ujikaji.Saya juga memilih beberapa
bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan dan papan putih
.Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti
pen maker , kertas A4 dan blue tape untuk aktiviti permainan.
4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid)
Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang
dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang
dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang
memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan
penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Bagi saya terdapat beberapa langkah
dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah melibatkan murid
untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji
dan membuat eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi
ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong
penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan
aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya gunakan
pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam kumpulan)
,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga
kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara
aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid
dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik
harus bergerak seiring.
5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak) Penilaian sesi
pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang
telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai
pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh
mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid
berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian
dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran
tetapi penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan
pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai
pengajaran.Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi
pengajaran sahaja . Ia melibatkat penilaiansecara keseluruhan
prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula dari
set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya
lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara
bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3
dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih kepada penilaian
secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian
pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan
pembaikan.
RUMUSAN Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa
rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu
disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah
dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan
murid.Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan
arahan yang jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi kaedah dan media yang digunakan adalah
menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula
bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid
secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada
kali ini iaitu penerangan mengenai sifat bahan iaitu sifat bahan
yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya. Iaitu bahan
yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya.
Perbezaan antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat
ditekankan disamping dapat membezakan setiap jenis bahan dalam
kumpulannya.
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN:PENGAJARAN MIKROSAINS TAHUN 5
TARIKH : 25 Oktober 2011TAHUN : 5 CEKALBILANGAN MURID : 34
orangMASA : 9.10 10.10 PagiBIDANG KAJIAN : MENYIASAT ALAM
BAHANOBJEKTIF UMUM : Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah
dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. : memahami bahawa kadar
penyejatan air bergantung kepada factor yang mempengaruhi
penyejatan.
OBJEKTIF KHUSUS : Memperihalkan air boleh berubah melalui proses
penyejatan iaitu proses perubahan air daripada cecair menjadi wap
air.
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah membantu ibu menyidai
pakaian
OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :1.Di akhir pembelajaran
murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan perubahan
keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.2.Menyatakan
sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses
penyejatan.
KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK : Memerhati, berkomunikasi dan
mentafsir dataSIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI : Minat, bekerjasama
daa mensyukuri nikmat tuhanALAT BANTU MENGAJAR : Carta bergambar,
kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja
FASAISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN
Orentasi / set induksi
(6 minit )Pengetahuan sedia ada murid
-Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian-Murid menyedari air
di dalam lopak air hilang selepas beberapa hari
Guru memanggil 2 orang murid untuk membantu memegang sebatang
kayu untuk dijadikan penyidai.2 orang murid lain diminta untuk
menyidai tuala dengan keadaan yang berbeza.Guru bersoal jawab
dengan murid tentang situasi yang ditunjukkan.Guru memberikan
situasia.Cara kain disidaib.Tempat kain disidaiGuru mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini.Kaedah: Simulasi
Teknik: Soal jawab
KPS: Memerhati dan meramal
Abm: tuala, batang kayu
Nilai : kerjasama
REFLEKSI PENGAJARAN MIKROSAINS TAHUN 5
Pengenalan
Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam
Bahan, iaitu proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran
mikro ini dijalankan di dalam kelas yang kedua, iaitu bagi kelas
berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran dijalankan, semua
murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid
dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang
dirancangkan. Dalam pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set
induksi atau orentasi yang mengambil masa selama 8 minit untuk
dinilai.
Setelah melihat semula video pengajaran dan rancangan pengajaran
yang saya sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan dalam pengajaran yang telah saya jalankan. Antara
kelebihan yang dapat saya kesan ialah,penerangan guru yang jelasdan
mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan yang jelas agar murid
dapat memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang akan
dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid sudah pasti
murid dapat mengikuti pelajaran yang seterusnya dengan baik dan
penuh minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan menggunakanbahan
bantu mengajar yang sesuaidan biasa dengan kehidupan harian murid.
Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami situasi yang
ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana
telah biasa dengan situasi yang ditunjukkan oleh guru.Guru
menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah dalam
fasa ini. Semasa menjalankan aktiviti murid lebih mudah untuk
mengenlpasti pembolehubah. Jika pembolehubah dapat dikesan diawal
pembelajaran, maka proses pengajaran seterusnya menjadi lebih
mudah.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam
fasa pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah
berkaitan denganbahan bantu mengajar yang digunakan, iaitu tuala
yang digunakan tidak mempunyai warna yang sama, lebih baik jika
guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada murid yang
akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna
yang lebih gelap lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan
bagi proses penyejatan ini, kadar penyejatan tidak dipengaruhi oleh
warna kain. Hal ini boleh menimbulkan tanda tanya kepada
murid-murid. Kelemahan lain ialah gurumenggunakan tuala yang
kering. Lebih baik jika guru menggunakan tuala basah yang
sebenarnya. Di akhir pembelajaran, guru boleh menggunakan semula
tuala tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu membuat
kesimpulan. Murid dapat merasai situasi sebenar dengan menggunakan
tuala basah. Guru hanya memberikan satu contoh proses penyejatan
dalam kehidupan seharian murid.Sedangkan guru boleh menggunakan
lebih banyak situasi proses penyejatan yang berlaku dalam kehidupan
seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air banjir
boleh surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialahguru
menggunakan istilah yang berbeza-beza, yang boleh mengganggu
pemahaman murid. Istilah pengeringan dan penyejatan perlu dibezakan
dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas.Dalam fasa ini juga
guru telah memasuki fasa pencetusanideaiaitu dengan menerangkan
faktor yang mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya
menerangkan tentang tajuk awal pengajaran iaitu penyejatan dan
maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat dan banyak isi
pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat
mengingat tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan.
Murid akan rasa terbeban untuk mengingati 3 faktor dalam masa yang
singkat.
Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini.
Bagi kelemahan pertama, saya akanmenggunakan 2 kain tuala yang sama
warna dan dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid
mengesan pembolehubah yang lebih tepat.Tuala itu juga akan
dibasahkanagar aktiviti menjadi lebih jelas. Di akhir P&P,
pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering
berdasarkan faktor luas permukaan. Murid jugamelakukan aktiviti
diluar bilik darjahdengan menyidai tuala di tepi pagar sekolah.
Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu P&P, iaitu di
akhir sesi persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil
aktiviti. Murid akan merasa lebih seronok dan bersemangat untuk
melihat hasil aktiviti mereka. Bagi mengatasi kelemahan guru yang
hanya memberi satu sitausi proses penyejatan ini,guru seharusnya
lebih bersediadan mencari pelbagai idea yang sepatutnya untuk
memberikan contoh-contoh lain yang bersesuaian dengan tajuk
ini.Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat muridtentang
proses penyejatan yang murid tahu untuk dikongsi bersama
rakan-rakan lain. Begitu juga dengan kesalahan penggunaan
istilah,guru harus lebih peka dan teliti dengan istilah yang
digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa
P&P berjalan, guru seharusnya terusmenerangkan dengan jelas
perbezaan istilah yang digunakan, contohnya penyejatan dengan
pengeringan. Akhirnya, perancangan perlulah lebih teliti dalam
sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik,
lancar dan dapat mencapi objektif.
Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini
ialah, ianya berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya
aktiviti di hadapan kelas membuatkan murid bersemangat dan
bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk P&P hari ini.
Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan mendengar
setiap maklumat yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama
30 minit, aktiviti tersebut terlalu mengambil masa, tetapi jika
pengajaran selama 60 minit, ianya lebih sesuai. Saya akan
memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini agar ianya
menjadi lebih bermakna dan dapat membantu murid mengetahui konsep
dan isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan
saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya menarik perhatian
murid terutama bagi murid kelas sederhana ini tetapi perlu
dimurnikan supaya lebih baik dan berkesan.
RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN
PENAKSIRAN 2TAJUKREFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
KUMPULANEL-A 18DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON
NOR AZLINA BINTI AMIND20102043060013-474624205-7962736
NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY
TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011REFLEKSI PENGAJARAN
MAKROPengenalanSaya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro
yang melibatkan murid tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada
asalnya bilangan murid seramai 43 orang disebabkan beberapa orang
murid terlibat dengan latihan koir sekolah maka 10 orang murid
tiada di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas ini adalah terdiri
daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana. Saya menjalankan
pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran makro ini.Tajuk
pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan Teknologi.
Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang mempengaruhi
kestabilan struktur. Saya menetapkan tiga objektif pembelajaran
iaitu objektif mata pelajaran, objektif saintifik dan objektif
berkaitan kemahiran manipulatif sains. Saya telah menyediakan
beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menjalankan
pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang dirancang lebih awal.
Pengajaran makro ini telah dijalankan selama 30 minit di dalam
makmal bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti
berkumpulan.KebaikanDalam pengajaran makro yang telah saya jalankan
ini, beberapa kekuatan atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah
guru merancang set induksi yang menarik minat murid untuk
meneruskan pengajaran. Ia juga melibatkan keseluruhan kelas iaitu
semua murid berdiri dengan sebelah kaki dan dua belah kaki untuk
merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat merangsang minda
murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari
ini. Guru menekankan tentang difinisi kestabilan bagi memudahkan
murid mengikuti isi pelajaran yang seterusnya.Penerangan guru jelas
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penerangan dan intonasi guru
yang jelas dapat membantu murid memahami apa yang disampaikan oleh
guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa memastikan semua murid
dapat mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan
semasa P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan memberikan
bantuan dan tunjuk ajar dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya,
guru memberikan tunju cara kepada murid untuk menjalankan aktiviti
berkumpulan.Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian.
Terdapat beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid
seperti basikal yang jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar
yang fleksibal dan menjimatkan masa seperti carta dan kad bergambar
membantu proses P&P berjalan lebih lancar tanpa perlu mengambil
masa untuk menulis nota di papan putih dan melukis gambar. Murid
juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk menampal kad
bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa tegang
dengan hanya duduk di kerusi mereka.Guru merancang aktiviti
berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan murid merasai dan melihat
sendiri faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur. Aktiviti
seumpama itu dapat membuatkan murid lebih faham dan mudah untuk
mengingati isi pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi kestabilan.
Guru memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan murid
dapat menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat
menjana minda murid dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad
tugasan yang diberi. Kad tugasan memuatkan arahan yang jelas bagi
membolehkan murid membuat aktiviti dengan baik. Murid juga dapat
membaca dan memahami arahan dengan baik. Aktiviti berkumpulan yang
dijalankan dapat melibatkan semua murid. Ini mendorong murid untuk
melibatkan diri dengan aktif sepanjang pengajaran dijalankan. Saya
dapat melihat semua murid berusaha untuk mencuba aktiviti yang
disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan
komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang untuk
menjalankan aktiviti dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya
dapat melihat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid
seperti semangat kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan
bertoleransi. Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua murid
menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan gembira.
Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.
Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu murid
mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak ramai. Murid
akan mempunyai rasa tanggungjawab dan berkebolehan untuk
menerangkan kepada rakan-rakan hasil dapatan mereka.Dalam fasa
aplikasi idea guru menekankan aspek penting dalam kemahiran proses
sains iaitu mengenal pasti pemboleh ubah. Aspek ini sangat penting
dan guru berjaya menyampaikan dengan menjawab soalan yang
bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Guru
sentiasa memberikan bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan
dengan baik dan berkesan.Guru juga merupakan seorang yang ada
mempunyai unsur kecindan, tidak terlalu garang atau menunjukkan
rasa marah jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru turut
memberikan penghargaan dan galakan seperti memberikan tepukan,
kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan hubungan
antara murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk
bertanya atau berkongsi idea bersama guru mereka. Saya dapat
mengaplikasikan kemahiran memperkukuh sepanjang pengajaran
dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu
teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang
betul. Dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada murid itu
sebagai pengukuhan tingkah laku .Saya yakin dengan menggunakan
kemahiran ini dapat memberi galakan kepada murid untuk melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.Memberi pengukuhan
kepada murid juga dapat memupuk semangat keyakinan untuk murid yang
mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat membantu memperbaiki
disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.
Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti
semua murid berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk
mendapat pujian tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan
juga sentiasa berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi
ini menjadikan disiplin kelas bertambah baik dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan. Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya
telah dihargai dan semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya
semakin bertambah. Perhubungan diantara saya dengan murid juga
bertambah mesra dan aktiviti pengajaran saya menjadi proses
pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh murid.Akhir sekali,
satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa untuk
bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari itu dengan
bertanyakan semula isi pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid
merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji kejayaan pengajaran
dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh guru juga penting
untuk memantapkan pengetahuan murid tentang apa yang telah
dipelajari.
Kelemahan Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan
dan mempunyai kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari
kelemahan yang terdapat dalam pengajaran makro ini menerusi
penyediaan ringkasan mengajar dan tayangan semula video rakaman.
Beberapa kelemahan saya ialah alat bantu mengajar yang saya gunakan
untuk aktiviti berkumpulan kurang menggunakan radas sains yang
sebenar. Seharusnya saya boleh menggunakan radas sains seperti
kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu dan bikar yang pelbagai
saiz. Ini dapat membantu murid mendekatkan diri dengan peralatan
sains. Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik
jika saya memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti
berdiri sebelah kaki dan dua belah kaki supaya murid-murid lain
lebih jelas dengan situasi yang ingin disampaikan. Arahan kurang
jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang diingini oleh guru.
Murid juga boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina
konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati set induksi dalam
pengajaran makro yang saya rancangkan tidak menarik. Ia juga tidak
mencabar minda murid dan kurang sesuai dengan tahap kebolehan
murid. Saya juga tidak dapat meyediakan alat bantu mengajar dalam
fasa ini yang boleh menarik perhatian murid dan memperkembangkan
pengetahuan sedia ada murid. Pada fasa penstrukturan semula idea,
di mana aktiviti kumpulan dijalankan adalah lebih baik ia dibuat
dalam sistem stesen. Ini kerana setiap kumpulan akan melakukan
aktiviti yang berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di lakukan untuk
mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep yang disampaikan. Kad
tugasan jelas tetapi kurang menarik. Guru lupa menyediakan borang
pemerhatian untuk murid mencatatkan hasil aktiviti mereka. Murid
tidak membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas, tetapi hanya
menunjukkan semula di dalam kumpulan masing-masing. Kelemahan yang
seterusnya di dalam fasa aplikasi idea dimana aktiviti permainan
tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa untuk membawa murid
ke luar kelas. Makmal dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan
aktiviti permainan tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat
yang lebih luas. Guru juga tidak membincangkan tentang aplikasi
kestabilan struktur dalam kehidupan seharian murid. Seharusnya pada
fasa ini, guru meminta pendapat murid tentang perkaitan kestabilan
struktur dengan situasi yang sebenar. Guru yang baik seharusnya
dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai dengan aktiviti yang
dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan
masa saya juga tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan semula
supaya dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan mencapai
objektif yang dirancang.
Langkah mengatasi kelemahan Setiap kelemahan dan kekurangan yang
dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti
pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan,
penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set induksi
yang lebih menarik semasa permulaan pengajaran. Saya perlu
menyediakan suatu aktiviti yang luar biasa untuk membangkitkan rasa
ingin tahu murid untuk meneroka ilmu seterusnya. Dalam set induksi
juga terdapat empat jenis komponen iaitu untukmenarik perhatian,
mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur.Aktiviti
pengajaran dalam set induksi hendaklah dirancang berdasarkan
komponen-komponen tersebut disamping penyediaan alat bantu mengajar
yang lebih relevan untuk menjamin keberkesanan aktiviti dalam
permulaan pengajaran.Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik
dan lebih baik boleh saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk
ini. Dalam aktiviti yang dijalankan seharusnya saya dapat
menggunakan pelbagai radas sains untuk memperkembangkan pengetahuan
murid dalam mengenali radas-radas Sains. Antaranya yang boleh saya
gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain peralatan yang
sesuai.Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik, saya
seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan kad
tugasan yang lebih baik. Kad tugasan itu juga boleh dilengkapi
terus dengan borang pemerhatian setiap kumpulan untuk menjawab
hasil aktiviti mereka. Pembentangan yang dijalankan di hadapan
kelas seharusnya dilaksanakan. Guru boleh menyediakan sebuah meja
dihadapan kelas untuk diletakkan bahan yang digunakan dan
menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan.
Murid lain dapat melihat dan memberi komen yang lebih membina dalam
setiap aktiviti yang dijalankanPenambahbaikan lain yang boleh saya
lakukan ialah memastikan masa untuk melaksanakan sesuatu fasa
dilakukan dengan baik. Contohnya, aktiviti permainan yang tidak
dapat dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk mambawa murid
keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid sememangnya
teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya lebih menitik
beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa mencukupi saya akan
membawa murid ke padang sekolah untuk mencuba menaiki basikal
tersebut dengan kawalan guru. Ini dapat memberikan kesan positif
apabila murid gembira dan terkenang aktiviti yang mereka lakukan.
Untuk itu saya akan memastikan aktiviti yang dirancang bersesuaian
dengan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.Saya juga perlu menguasai teknik menyoal supaya aras
soalan sesuai dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing.
Melalui aktiviti soal jawab juga, perhubungan guru dan murid dapat
dijalin dengan baik. Saya akan cuba menyoal setiap orang murid
secara keseluruhan kelas supaya semua murid sentiasa bersedia dan
menyediakan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan. Setiap murid
perlu diberikan peluang dan masa untuk memikirkan jawapan yang
dikehendaki oleh guru.
KesimpulanRefleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai
kekuatan dan kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang
saya jalankan. Saya juga dapat meneliti setiap fasa pengajaran
dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan maklumbalas
dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Guru yang bijak
dan dedikasi seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk proses
pengajaran dan pembelajarannya. Murid adalah pelanggan yang perlu
diutamakan. Refleksi yang dibuat akan memperlihatkan kelabihan dan
kekurangan guru dalam pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan
perlu dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa
mengambil tindakan yang sewajarnya.Bagi saya yang mengajar untuk
tiga kelas tahun 5 akan memastikan kesilapan tidak berulang untuk
mengajar topik yang sama di kelas yang lain. Penambahbaikkan perlu
dilakukan. Itulah tugas guru dalam menempuh arus perjuangan
mendidik anak bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan
menanamkan sikap untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat
membuat yang terbaik, kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan
guru dalam kerjayanya.Setelah meneliti video pengajaran dan
rancangan pengajaran yang saya sediakan, saya dapati proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berjaya dan
mencapai objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan perlu
dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi
saya, perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan
bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan murid
memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan berkesan.