3 RINGKASAN PENEMUAN PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS 2012 Jadual 1 : Perangkaan utama industri petroleum dan gas asli, 2010 dan 2011 Angkubah 2010 2011 Kadar pertumbuhan tahunan, % Output kasar (RM bilion) 98.1 109.2 11.3 Input perantaraan (RM bilion) 11.1 16.1 45.1 Nilai ditambah (RM bilion) 87.0 93.1 7.0 Jumlah pekerja (bilangan) 12,919 13,304 3.0 Gaji dan upah (RM bilion) 2.5 2.8 11.9 Nilai harta tetap (RM bilion) 141.2 146.5 3.8 1. Pendahuluan Penerbitan ini mempersembahkan data bagi industri perlombongan petroleum dan gas asli untuk tahun rujukan 2011, berdasarkan Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan yang telah dijalankan pada tahun 2012. Turut dimuatkan di dalam penerbitan ini adalah data sekunder yang diperoleh dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). 2. Prestasi keseluruhan Sumbangan industri perlombongan petroleum dan gas asli kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011 adalah sebanyak 8.7 peratus (pada harga malar 2005) berbanding 9.7 peratus pada 2010. Prestasi industri petroleum dan gas asli di Malaysia bagi tahun rujukan 2011 berbanding tahun rujukan 2010 yang diperoleh daripada Banci ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 menunjukkan nilai output kasar pada tahun 2011 berjumlah RM109.2 bilion peningkatan sebanyak RM11.1 bilion atau 11.3 peratus berbanding RM98.1 bilion pada tahun 2010. Nilai output kasar dinilai pada harga unit di telaga. Nilai input perantaraan juga mencatatkan peningkatan 45.1 peratus pada tahun 2011. Sehubungan itu, nilai ditambah, iaitu perbezaan antara nilai output kasar dan input perantaraan meningkat sebanyak RM6.1 bilion atau 7.0 peratus. Manakala, jumlah guna tenaga menunjukkan peningkatan sebanyak 385 orang pekerja atau 3.0 peratus kepada 13,304 orang pekerja berbanding 12,919 orang pekerja pada tahun 2010.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
3
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Jadual 1 : Perangkaan utama industri petroleum dan gas asli, 2010 dan 2011
Angkubah 2010 2011 Kadar pertumbuhan tahunan,
%
Output kasar (RM bilion) 98.1 109.2 11.3
Input perantaraan (RM bilion) 11.1 16.1 45.1
Nilai ditambah (RM bilion) 87.0 93.1 7.0
Jumlah pekerja (bilangan) 12,919 13,304 3.0
Gaji dan upah (RM bilion) 2.5 2.8 11.9
Nilai harta tetap (RM bilion) 141.2 146.5 3.8
1. Pendahuluan
Penerbitan ini mempersembahkan data bagi industri perlombongan petroleum dan gas asli untuk
tahun rujukan 2011, berdasarkan Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan
yang telah dijalankan pada tahun 2012. Turut dimuatkan di dalam penerbitan ini adalah data
sekunder yang diperoleh dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
2. Prestasi keseluruhan
Sumbangan industri perlombongan petroleum dan gas asli kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) pada tahun 2011 adalah sebanyak 8.7 peratus (pada harga malar 2005) berbanding
9.7 peratus pada 2010. Prestasi industri petroleum dan gas asli di Malaysia bagi tahun rujukan 2011
berbanding tahun rujukan 2010 yang diperoleh daripada Banci ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 menunjukkan nilai output kasar pada tahun 2011 berjumlah RM109.2 bilion peningkatan
sebanyak RM11.1 bilion atau 11.3 peratus berbanding RM98.1 bilion pada tahun 2010. Nilai output
kasar dinilai pada harga unit di telaga. Nilai input perantaraan juga mencatatkan peningkatan
45.1 peratus pada tahun 2011. Sehubungan itu, nilai ditambah, iaitu perbezaan antara nilai output
kasar dan input perantaraan meningkat sebanyak RM6.1 bilion atau 7.0 peratus. Manakala, jumlah
guna tenaga menunjukkan peningkatan sebanyak 385 orang pekerja atau 3.0 peratus kepada 13,304
orang pekerja berbanding 12,919 orang pekerja pada tahun 2010.
4
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
3. Guna tenaga
Pada tahun 2011, industri perlombongan minyak mentah dan gas asli mencatatkan jumlah pekerja
seramai 13,304 orang. Taburan pekerja sepenuh masa mengikut kategori pekerja dan gaji & upah
yang dibayar ditunjukkan dalam Jadual 2. Pekerja pengurusan dan profesional merupakan kategori
pekerja terbesar dengan catatan sebanyak 57.8 peratus (7,696 orang) pekerja dalam tahun rujukan.
Mereka menerima gaji & upah tertinggi iaitu sebanyak RM2.2 bilion atau 77.4 peratus daripada
jumlah gaji & upah dibayar. Sementara itu, sebanyak 24.7 peratus atau 3,282 orang merupakan
pekerja teknik dan penyeliaan dan 7.2 peratus atau 958 orang adalah pekerja perkeranian dan
pekerjaan yang berkaitan.
Jadual 2 : Bilangan pekerja mengikut kategori pekerja, 2011
Kategori pekerja
Pekerja Gaji & Upah
Purata
gaji
setahun
diterima
setiap
pekerja
(RM)
Bilangan % (RM ’000) %
a. Pengurusan dan profesional
b. Teknik dan penyeliaan
c. Perkeranian dan pekerjaan berkaitan
d. Pekerja am
e. Pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja secara langsung
f. Pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja melalui kontraktor buruh
7,696
3,282
958
327
621
420
57.8
24.7
7.2
2.5
4.7
3.2
2,177,155
383,171
59,026
16,055
142,454
33,756
77.4
13.6
2.1
0.6
5.1
1.2
282,889
116,749
61,614
49,098
229,394
80,371
Jumlah 13,304 100.0 2,811,577 100.0 211,333
Nilai harta tetap yang dimiliki pada 2011 meningkat kepada RM146.5 bilion, peningkatan sebanyak
3.8 peratus berbanding RM141.2 bilion yang dilaporkan pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan modal
terbesar adalah bagi jentera dan kelengkapan yang menyumbang kira-kira 46.6 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan modal dalam tahun rujukan.
5
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Jantina Ijazah Lanjutan
Ijazah Universiti /
yang setaraf
Diploma / yang setaraf
STPM / yang setaraf
SPM / yang setaraf
Jumlah Di bawah SPM/SPMV
Lelaki 682 4,734 1,608 1,335 1,515 10,046 172
Perempuan 197 1,842 588 227 379 3,258 25
Bil
an
ga
n o
ran
g (
%)
Analisis guna tenaga mengikut kelulusan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Carta 1
menunjukkan bahawa kumpulan terbesar pekerja adalah daripada golongan pemegang ijazah
universiti atau setaraf dengan 49.4 peratus, diikuti oleh diploma atau setaraf, 16.5 peratus dan SPM
atau setaraf, 14.2 peratus. Dari segi guna tenaga mengikut jantina, pekerja lelaki secara signifikan
lebih dominan dalam industri perlombongan petroleum dan gas asli, dengan catatan sebanyak
75.5 peratus (10,046 orang) daripada jumlah pekerja, manakala selebihnya iaitu 24.5 peratus
(3,258 orang) adalah pekerja perempuan. Pekerja lelaki juga mendominasi industri ini pada setiap
peringkat kelulusan.
Seperti yang dipaparkan di atas, pekerja lelaki yang memiliki kelulusan ijazah universiti atau yang
setaraf adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 72.0 peratus (4,734 orang) berbanding 28.0 peratus
(1,842 orang) pekerja perempuan.
Kategori pengurusan dan profesional mencatatkan purata gaji tahunan yang tertinggi iaitu sebanyak
RM282,889 diikuti oleh pekerja pengeluaran/ operatif diambil bekerja secara langsung
(RM229,394), pekerja teknik dan penyeliaan (RM116,749) dan pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja melalui kontraktor buruh (RM80,371) seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.
6
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Sumber : PETRONAS
MMSCF: (Juta) Kaki Padu Standard
To
ng
(ju
ta)
MM
SC
F
Tahun
4. Pengeluaran minyak mentah, peluwap dan gas asli
Prestasi pengeluaran minyak mentah dan gas asli untuk tempoh 2001 hingga 2011 ditunjukkan dalam
Carta 2. Pengeluaran minyak mentah paling tinggi dicatatkan pada tahun 2004 iaitu sebanyak 279 juta
tong, menurun kepada 257 (-8.0 peratus) dan 243 (-5.2 peratus) juta tong pada tahun 2005 dan 2006.
Namun, pada tahun 2007 dan 2008, pengeluaran minyak mentah masing-masing meningkat
sebanyak 2.4 dan 1.1 peratus. Pada tahun 2009, pengeluaran minyak mentah kembali jatuh sebanyak
4.5 peratus daripada 252 juta tong pada tahun 2008. Pada tahun 2010 dan 2011, pengeluaran minyak
mentah terus menunjukkan penurunan masing-masing sebanyak 3.1 peratus dan 10.7 peratus
berbanding tahun sebelumnya. Pengeluaran gas asli pula menunjukkan peningkatan yang positif
bermula tahun 2001 dengan kemuncaknya pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009
pengeluaran gas asli menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus dan kembali meningkat
sebanyak 1.9 peratus pada tahun 2010 dengan catatan sebanyak 2,159 juta kaki padu standard
(MMSCF). Pada tahun 2011, pengeluaran gas asli terus menunjukkan peningkatan sebanyak
0.3 peratus kepada 2,165 juta MMSCF.
Produk
2009
2010
2011
Peratusan Perubahan Tahunan
Minyak mentah (juta tong) 240 233 207 (3.1) (10.7)
Gas asli (MMSCF) 2,119 2,159 2,165 1.9 0.3
2010 2011
Nota: Jumlah pengeluaran minyak mentah merujuk kepada pengeluaran minyak mentah dan peluwap, sementara jumlah pengeluaran gas asli merangkumi pengeluaran gas asli bersekutu dan gas asli tidak bersekutu.
7
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Australia, India, Thailand dan Jepun merupakan negara pembeli utama petroleum mentah dari
Malaysia pada tahun 2011. Australia merupakan pengimport terbesar petroleum mentah dari
Malaysia iaitu sebanyak 31.4 peratus. Ini seterusnya diikuti oleh India (18.8 peratus), Thailand
(16.6 peratus) dan Jepun (7.5 peratus), seperti yang dipaparkan dalam Carta 3.
Carta 3 : Eksport petroleum mentah Malaysia mengikut negara, 2011
Australia
Thailand
China
India
Negara lain
Jepun
Jumlah :
RM32.5 bilion
5. Eksport dan import produk berasaskan petroleum
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, eksport produk berasaskan petroleum (termasuk
dieksport semula) pada tahun 2011 adalah berjumlah RM117.5 bilion atau 16.8 peratus daripada
jumlah eksport Malaysia. Gas asli cecair merupakan komoditi eksport terbesar iaitu sebanyak
RM52.0 bilion (44.3 peratus) pada tahun 2011. Manakala, eksport produk petroleum mencatatkan
nilai RM33.0 bilion (28.1 peratus) dan petroleum mentah pula sebanyak RM32.5 bilion
(27.6 peratus).
Komoditi import yang terbesar pada tahun 2011 adalah import produk petroleum yang bernilai