Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 1 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 Tajuk Projek Tajuk projek adalah “Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Kemaman, Terengganu” dan akan dirujuk sebagai 'Projek'. 2.0 Maklumat Pemaju Projek Pemaju bagi projek adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Butiran pegawai yang bertanggungjawab untuk projek ini adalah seperti berikut: - Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur, Tel. No. : 03-2616 1515 Contact Person : Dato Ir. Sabri Bin Abdul Mulok Email Address : [email protected]
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, C1: Introduction Terengganu
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 1
RINGKASAN EKSEKUTIF
1.0 Tajuk Projek Tajuk projek adalah “Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
Sungai Kemaman, Kemaman, Terengganu” dan akan dirujuk sebagai 'Projek'.
2.0 Maklumat Pemaju Projek Pemaju bagi projek adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Butiran
pegawai yang bertanggungjawab untuk projek ini adalah seperti berikut: -
Jalan masuk dan trek sedia ada tidak lengkap dan sempit. Jalan masuk dan trek yang baru perlu disediakan sebelum jalan tetap diwujudkan.
**T
Pembukaan tanah yang minimum adalah disyorkan sekiranya perlu. Langkah-langkah pencegahan yang disediakan dalam P2M2 termasuk kawalan hakisan dan sedimen haruslah dilaksanakan.
8-8
Tenaga Buruh, Tapak Bangunan Sementara dan Kem Pekerja
Pengurusan sisa pepejal dan sanitari yang tidak betul akan mengakibatkan sampah sarap, bau dan masalah vektor yang akan menjejaskan kesihatan pekerja. Air larut resap ini akan mencemarkan sungai dan menjejaskan kualiti air dan ekologi akuatik.
***T
Kemudahan sanitari sementara mesti disediakan dan dikekalkan dalam keadaan bersih semasa fasa pembinaan.
Pelepasan daripada tangki septik sementara mestilah mematuhi Standard A atau B dalam Environmental Quality (Sewage) Regulation 2009.
Sisa pepejal perlu dilupuskan dengan mematuhi standard dan keperluan.
8-23
Kemungkinan masalah kesihatan awam termasuk penyakit berjangkit dan penyakit bawaan air dalam kalangan pekerja.
**T
Pit atau mana-mana tapak pelupusan sementara tidak dibenarkan berada berhampiran kem.
Memantau penyakit berjangkit dan Menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan.
8-40
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 29
Pembersihan Tanah dan Tumbuhan
Aktiviti pembersihan tanah akan menyebabkan tanah menjadi terbuka dan terdedah kepada hujan, air larian dan hakisan tanah yang akan mengakibatkan pengaliran nutrien dan mendapan ke sungai.
***T
Pembersihan perlu dilakukan secara berperingkat supaya tanah yang terdedah berada pada tahap minimum dan untuk jangka masa yang lebih pendek.
Penyelenggaraan dan penanaman semula rumput perlu dilakukan secepat mungkin selepas pembersihan tapak manakala pokok-pokok dan pokok renek ditanam selepas pembinaan.
8-4
Ciri-ciri hidrologi akan terganggu atau berubah kerana air larian, hakisan tanah dan pemendapan.
***T Memasang perangkap/pagar sedimen,
perangkap kelodak atau skrin untuk mengawal air larian dan pemendapan seperti yang terdapat dalam P2M2 / ESCP.
8-8
Aktiviti pembersihan akan menghasilkan jumlah biomas / sisa pepejal yang banyak.
***T
Biomass yang dikeluarkan haruslah dilupuskan menggunakan kaedah yang sesuai di tapak yang telah diluluskan.
8-6
Kerja Tanah / Cutting & Filling
Aktiviti kerja tanah akan menyebabkan tanah terbuka dan terdedah kepada hakisan, terutamanya semasa musim hujan terutamanya di kawasan cerun.
***T
Mengurangkan kerja-kerja tanah semasa musim hujan. Kerja tanah boleh dilakukan semasa musim kering.
Menanam rumput di kawasan terdedah dengan segera.
Plastik dan net boleh digunakan untuk menutup cerun yang curam bagi memberi kestabilan sementara sehingga tumbuhan pelindung tumbuh
8-4
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 30
Bahan yang terhakis akan mengalir melalui air larian dan akan meningkatkan sedimen didalam sungai yang boleh menyebabkan berlakunya banjir ***T
Melaksanakan LDP2M2 dan BMP untuk mengawal hakisan dan mendapan pada laluan air. Perangkap sedimen atau kelodak perlu disediakan melalui pengekalan lembangan dengan bendungan “straw bales” dan kain penapis untuk memerangkap sedimen dalam air larian daripada tanah yang terdedah. Perangkap kelodak perlu mempunyai pengekalan kapasiti hydraulik yang mencukupi dan “energy dissipaters” bagi mengurangkan lonjakan aliran.
8-13
Kerja-kerja tanah oleh pemuat dan jengkaut akan menghasilkan debu dan mencemarkan kawasan sekitar yang boleh menyebabkan kualiti udara dan penglihatan merosot.
***T
Permukaan tanah yang terdedah perlu kerap dibasahkan untuk mengurangkan pelepasan habuk.
8-41
Pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan jentera pembinaan akan mencemarkan udara.
***T
Semua kenderaan berat dan jentera yang digunakan di dalam tapak pembinaan perlu diselenggarakan dengan betul dan baik bagi mengelakkan pelepasan pencemaran udara terutamanya asap hitam yang berlebihan.
8-41
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 31
Aktiviti Pengangkutan
Lori mengangkut tanah dan biomass boleh memburukkan lagi masalah habuk.
***T
Tanah dan bahan-bahan binaan yang diangkut masuk dan keluar daripada kawasan projek pada jarak yang jauh perlu ditutup dengan plastik.
Lori yang membawa bahan mentah semulajadi seperti tanah dan batuan tidak boleh melebihi had bebanan, tidak boleh melebihi sisi dan belakang lori.
Lori yang membawa bahan mentah semulajadi juga tidak boleh bergerak perlahan.
8-41
Kenderaan yang meninggalkan tapak binaan akan membawa habuk, serpihan dan kotoran pada tayar mereka yang mana akan terkeluar apabila mereka keluar daripada tapak pembinaan.
***T
Tayar kenderaan di kawasan pembinaan perlu disembur dengan air untuk mengurangkan pembawaan lumpur dan tanah.
8-41
Pergerakan kenderaan berat melalui jalan sedia ada, terutamanya jalan-jalan kecil akan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.
***T
Kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan penduduk kampung. Kenderaan pengangkutan tidak boleh membawa beban yang berlebihan dan penyelenggaraan jalan yang berterusan perlu dilakukan.
8-38
Bunyi bising dijangkakan adalah daripada pergerakan kenderaan berat.
***T
Semua kenderaan berat perlu dikekalkan dalam keadaan baik.
Pergerakan kenderaan perlu dihadkan daripada jam 0700 hingga 1900 sahaja, terutamanya di kawasan berpenduduk atau perumahan.
8-38
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 32
Pergerakan kenderaan yang banyak setiap hari dan kerap akan meningkatkan risiko kemalangan kerana terdapat pengguna yang menggunakan jalan trek tanah di dalam dan sekitar tapak projek.
***T
Kelajuan kenderaan berat perlu dikawal.
Papan tanda perlu dipasang di pintu masuk dan keluar tapak pembinaan untuk tujuan keselamatan.
Jalan haul utama perlulah cukup luas untuk kenderaan lalu lalang.
8-38
Pembinaan Sistem Saliran
Aktiviti kerja tanah dan penggalian untuk membina saliran dan paip akan mendedahkan tanah menyebabkan hakisan dan mendapan. ***T
Mengurangkan kerja-kerja tanah semasa musim hujan. Kerja tanah boleh dilakukan semasa musim kering.
Menanam rumput di kawasan terdedah dengan segera.
Plastik dan net boleh digunakan untuk menutup cerun yang curam untuk memberi kestabilan semetara sehingga tumbuhan pelindung tumbuh
8-10
Infrastruktur dan Utiliti Lain
Kesan daripada penggunaan generator termasuk kemerosotan kualiti udara daripasa asap ekzos.
**T
Set generator perlu dikekalkan secara betul dan kerap bagi menghalang pelepasan bahan pencemar udara secara berlebihan.
8-41
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Terengganu Ringkasan Eksekutif
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 33
Jadual RE-2: Ringkasan Kesan dan Langkah-langkah Tebatan (P2M2) Semasa Fasa Operasi
Keberkesanan floodway akan terjejas akibat daripada pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, serpihan daripada tumbuhan dan bahan kayu.
Pemendapan akibat daripada air banjir dan hakisan tanah daripada kawasan sekeliling.
**L
Pembersihan tumbuh-tumbuhan dan serpihan diperlukan. Pengorekan juga perlu dilakukan sekali-sekala.
8-50
Penyelenggaraan ban
Keberkesanan ban akan terganggu kesan daripada tumbuhan yang banyak, hakisan dan diganggu manusia.
**L
Pemantauan rutin ban diperlukan dan pembaikan perlu dilakukan di lokasi yang memerlukan. Tumbuh-tumbuhan perlu dibuang.
8-46
Pengurusan sisa
pelupusan sisa yang tidak bersih terutamanya sisa pepejal akan menjejaskan aliran sungai dan floodway dan juga boleh menimbulkan masalah kesihatan dan serangan tikus, serta mencacatkan pemandangan.
**L
Semau bahan buangan domestic hendaklah disimpan, ditangani dan dipindahkan dengan cara yang betul bagi mengurangkan sisa dan mencegah pencemaran. Tong sampah yang disediakan untuk sisa buangan domestic perlulah tahan lasak dan tidak terdedah kepada tumpahan atau kebocoran.
8-43
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 34
12.0 Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan LDP2M2 Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang komprehensif telah disediakan untuk
projek ini bagi menangani semua kesan ketara yang dikenalpasti di dalam laporan ini
dan untuk memantau aktiviti projek dan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan di
tapak semasa fasa pembinaan dan operasi. Dokumen EMP akan menyediakan garis
panduan khusus pada langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemaju projek bagi
memastikan langkah-langkah pengawalan yang dicadangkan, syarat-syarat kelulusan
EIA dan keperluan-keperluan lain yang dikenakan oleh JAS dilaksanakan. Walaupun
langkah-langkah kawalan yang dicadangkan di dalam laporan ini dijangka dapat
mengurangkan kesan pada tahap yang boelh diterima, namun pemantauan terhadap
kesan perlu dilakukan pada masa dan tempat-tempat yang kritikal bagi memastikan
langkah-langkah pengawalan ini berkesan.
12.1 Pemantauan dan Laporan Alam Sekitar Sebahagian besar daripada Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) adalah rumusan
daripada pelbagai program pengawasan untuk menentukan keberkesanan langkah-
langkah pengurangan yang diterima pakai dan untuk memantau perubahan (buruk
atau sebaliknya) kepada persekitaran fizikal, kimia, biologi dan persekitaran manusia.
Program pemantauan yang digariskan dalam EMP harus meliputi semua peringkat
projek; dari penyiasatan tapak, pembersihan tapak dan kerja tanah, pembinaan, dan
operasi projek. Pemantauan adalah perlu dan penting untuk memastikan pematuhan
peraturan dan juga untuk menyediakan maklumat kepada pengurusan untuk
mengawal aktiviti dan proses projek dan juga untuk memastikan sasaran pengurusan
alam sekitar / objektif kualiti di dalam dan di luar kawasan projek dicapai. Pengurusan
projek harus menggunakan data pemantauan untuk memeriksa pematuhan dan juga
sebagai penunjuk keberkesanan langkah pencegahan pencemaran. Langkah-langkah
pemulihan harus diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Terdapat tiga jenis
pemantauan alam sekitar terkandung di dalam garis panduan JAS.
12.1.1 Pemantauan Kesan (IM) Pemantauan Kesan adalah aktiviti pemantauan yang akan dijalankan selepas projek
yang dicadangkan diluluskan untuk pelaksanaan. Aktiviti pemantauan ini akan
dijalankan untuk mengesahkan bahawa penemuan kajian EIA tentang potensi kesan
yang dikenal pasti semasa proses penyelamatan EIA adalah betul, langkah mitigasi
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 35
dan pencegahan yang sesuai dilaksanakan dengan efektif dan berkesan dalam
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
12.1.2 Pematuhan Pemantauan (CM) Pemantauan pemantauan adalah aktiviti pemantauan yang akan dijalankan untuk
memastikan Syarat Kelulusan EIA (COA) dipatuhi. Audit alam sekitar juga boleh
dijalankan untuk menilai pematuhan keseluruhan projek dan peluang untuk
mengoptimumkan dan meningkatkan lagi projek pengurusan alam sekitar.
12.1.3 Pemantauan Prestasi (PM) Pemantauan prestasi melibatkan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran
dan langkah-langkah pencegahan yang lain.
13.0 Kesimpulan Walaupun projek ini memberi manfaat kepada penduduk, sektor komersial dan sektor
industri bandar Chukai, namun projek ini juga akan menyebabkan beberapa kesan
yang besar. Kesan yang paling ketara disebabkan oleh aktiviti projek semasa fasa
pembinaan adalah kehilangan sebahagian besar rizab hutan, flora dan fauna
termasuklah nilai ekologi dan fungsinya. Semasa fasa operasi, sejumlah besar air
banjir akan dilencongkan dari satu sistem hidrologi ke satu sistem hidrologi yang lain
melibatkan paya Binjai, Tasik Bungkus dan Sg. Bungkus, walaupun aliran air banjir
seperti itu telah berlaku tanpa jajaran banjir namun dalam skala yang berbeza.
Lencongan banjir akan meningkatkan aliran air yang ketara menjejaskan hidrologi,
kualiti air dan sistem penerimaan ekologi akuatik walaupun ianya direka 50 ARI.
Impak ketara yang tidak boleh dikawal memerlukan pertimbangan serius dan
mekanisma pengawalan bagi meminimumkan atau menghentikan impak dari semasa
ke semasa. Impak tersebut melibatkan kehilangan hutan simpan, kehilangan
biodiversity, kemungkinan pemendapan kepada Binjai, Tasik Bungkus dan Sg.
Bungkus, impak kepada Sg. Yak Yah, zon riparian Sg. Chukai dan koloni kelip-kelip,
impak kepada tuntung dan juga isu sosial ekonomi disebabkan pembangunan projek.
Salah satu langkah pengawalan penting melibatkan perlindungan kekal dan
mewartakan kawasan tadahan Sg. Bungkus dan hutan paya gambut atau tanah
lembap Sg Chukai sebahagian daripada Hutan Simpan Kuala Kemaman.
EIA for Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sg. Kemaman, Kemaman, Ringkasan Eksekutif Terengganu
Ecotone Worldwide Sdn. Bhd. RE - 36
Perlindungan seperti ini akan dapat melindungi keseluruhan Tasik Bungkus dan
kawasan tadahan Sg. Bungkus termasuk kelip-kelip, sumber makanan dan tumbuhan
perumah, perikanan termasuk udang galah, manfaat sosio ekonomi kepada penduduk
setempat daripada eko-pelancongan dan aktiviti perikanan secara kekal. Walaupun
projek semasa dilaksanakan dengan langkah pengawalan yang mencukupi, tidak ada
jaminan hutan simpan, Tasik Bungkus dan paya Binjai akan kekal memandangkan
terdapat gangguan berterusan dan degradasi kepada kawasan tersebut, melainkan
keseluruhan Sg. Bungkus dan kawasan tadahan Sg. Chukai diwartakan sebagai
sebahagian daripada Hutan Simpan Kuala Kemaman walaupun kelangsungan Tasik
Bungkus dan hutan simpan Kuala Kemaman menjadi persoalan.
Adalah penting untuk kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan
perumahan dan industri di kawasan yang lebih tinggi dan jauh daripada kawasan yang
terdedah kepada banjir. Masalah banjir semasa adalah disebabkan penempatan awal
di kawasan yang terdedah kepada banjir yang berkembang secara drastik menjadi
bandar perindustrian dan komersial berdekatan dengan muara tanpa perancangan
yang betul dan pertimbangan kepada banjir bermusim. Masalah banjir diburukkan lagi
disebabkan campur tangan dan gangguan manusia di kawasan tadahan air. Jika
penempatan dibangunkan di kawasan yang lebih tinggi masalah dari segi kerugian
ekonomi dapat dielakkan. Selain itu, kesimpulan penting daripada kajian mendapati
walaupun bandar Chukai akan dilindungi daripada banjir, masalah banjir akan beralih
dari bandar Chukai ke paya Binjai dan kawasan utara bandar Chukai. Oleh itu,
langkah pengawalan banjir yang menyeluruh diperlukan pada masa yang sama untuk
menyelesaikan masalah banjir dengan efektif di hilir lembangan Sg. Kemaman.