Langkah-Langkah Pelaksanaan Projek Elektrik Langkah 1 (Pemilhan bahan dan membuat lakaran) Sebelum pendawaian dilakukan, guru pelatih diminta untuk melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan kapur dan pembaris . Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu. Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Panjang wayar life bagi litar pencahayaan ialah 170cm, manakala panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-masing ialah 100cm. Manakala bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar neutral dan wayar bumi masing- masing sepanjang 130cm. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang digunakan pada pendawaian lampu. Langkah 2 (memasang saluran dan soket) Seterusnya, pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Langkah-Langkah Pelaksanaan Projek Elektrik
Langkah 1
(Pemilhan bahan dan membuat
lakaran)
Sebelum pendawaian dilakukan, guru pelatih diminta
untuk melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan
kapur dan pembaris .
Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pendawaian soket dan pendawaian lampu.
Wayar neutral (hitam), life (merah) dan bumi (hijau).
Panjang wayar life bagi litar pencahayaan ialah 170cm,
manakala panjang wayar neutral dan wayar bumi masing-
masing ialah 100cm.
Manakala bagi litar kuasa panjang wayar life, wayar
neutral dan wayar bumi masing-masing sepanjang 130cm.
Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan
soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian
soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang
digunakan pada pendawaian lampu.
Langkah 2
(memasang saluran dan soket)
Seterusnya, pendawaian dilakukan bermula pada
bahagian soket.
Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur
wayar sebelum penyambungan dan pemasangan soket.
Setelah siap pendawaian bagi soket, tapak soket dipasang
dengan menggunakan cordless screwdriver atau
screwdriver.
Selepas tapak soket dipasang, proses penyambungan
wayar pada soket dilakukan melibatkan wayar neutral,
bumi dan life.
Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan
menggunakan pemutar skru Philip/ pena ujian.
Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu.
Pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena
ujian/ cordless screwdriver.
Selepas pendawaian siap dilakukan, penyambungan pada
suis dilakukan.
Langkah 3
(Penyambungan wayar dan
pendawaian)
Selepas itu, lakukan proses penyambungan wayar neutral,
life dan bumi.
Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan
terlebih dahulu.
Pendawaian yang telah siap dipasang perlu melalui proses
pengujian.
Langkah 4
(Proses pengujian)
Pengujian akan dilakukan pada litar kuasa untuk
memastikan arus elektrik ada.
Selepas disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian
yang telah dilakukan berjaya. Suis berfungsi apabila lampu
menyala.
Pendawaian yang berjaya dilakukan dengan beul, soket
juga akan berfungsi dengan baik.
Laporan Projek Elektrik
Membuat pendawaian domestik menggunakan saluran PVC merupakan salah satu projek saya
daripada kursus Reka Bentuk dan Teknologi pada semester ini. Saya dikehendaki untuk membuat
pendawaian ini secara individu. Sebelum memulakan projek pendawaian domestik, kami telah
diberikan penerangan daripada pensyarah kita, iaitu Encik Norhanan. Penerangan yang diberi oleh
beliau sangat jelas dan teliti, dan kami pun mendengar dengan tumpuan yang sepenuhnya. Selepas
penerangan daripada pensyarah, saya pun bermula dengan kerja saya.
Saya telah memilih sekeping kayu yang sesuai dan memulakan kerja saya. Sebelum
pendawaian dilakukan, saya telah melakarkan litar pendawaian dengan menggunakan kapur dan
pembaris pada kepingan papan yang telah saya pilihkan. Pendawaian ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu. Selepas itu, saya telah memilih 3 jenis
wayar, iaitu wayar neutral (hitam), wayar life (merah) dan wayar bumi (hijau). Panjang bagi wayar life
untuk litar pencahayaan ialah 170cm, manakala panjang untuk wayar neutral dan wayar bumi
masing-masing ialah 100cm. Manakala bagi litar kuasa, panjang wayar life, wayar neutral dan wayar
bumi masing-masing adalah sepanjang 130cm.Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu
dan soket kerana wayar yang digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding
wayar yang digunakan pada pendawaian lampu.
Seterusnya, proses pendawaian dilakukan bermula pada bahagian soket. Kesemua wayar
dikehendaki untuk dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum penyambungan
dan pemasangan soket. Ini adalah untuk memastikan kekemasan dan memastikan wayar tersebut
dapat berfungsi dengan baik. Setelah siap pendawaian bagi soket, tapak soket seharusnya dipasang
dengan menggunakan cordless screwdriver atau pena ujian. Selepas tapak soket dipasang, proses
penyambungan wayar pada soket yang dilakukan akan melibatkan wayar neutral, wayar bumi dan
wayar life. Soket akan dipasang selepas proses penyambungan telah siap dilakukan dengan
menggunakan pemutar skru Philip atau pena ujian dan pendawaian akan dilakukan pada bahagian
lampu dan pemasangan tapak bagi soket lampu. Selepas proses pendawaian siap dilakukan, proses
penyambungan pada suis akan dilakukan.
Proses penyambungan wayar melibatkan ketiga-tiga wayer ini, iaitu wayer neutral, wayar life
dan wayar bumi. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar yang perlu digunakan hendaklah
dijalurkan terlebih dahulu dan bagi pendawaian yang telah siap dipasang perlu melalui proses
pengujian. Pengujian ini akan dilakukan pada litar kuasa untuk memastikan adanya arus elektrik.
Apabila disambung dengan bekalan elektrik, pendawaian yang dilakukan telah berfungsi dan suis
berfungsi apabila lampu menyala dan sekiranya, pendawaian dapat dilakukan dengan betul, soket
juga dapat berfungsi dengan baik.
Melalui projek ini, saya dapat mempelajari tentang cara bagi membuat pendawaian litar
pengcahayaan dan pendawaian litar kuasa. Saya juga dapat mengenali komponen dan peralatan
yang digunakan untuk membina satu litar dan memahami tentang cara pemasangan komponen-
komponen elektrik pada litar dengan cara yang betul dan mengetahui tentang fungsi setiap
komponen.
Bahan dan peralatan
Bahan/peralatan Fungsi
Papan Digunakan untuk menetapkan projek di atasnya.
Sesalur PVC Digunakan untuk menampung kabel yang banyak. Sesuai
digunakan kerana lebih selamat, tidak terdedah pada kerosakan
mekanikal bahan kimia dan haba.
Plug 3 pin Digunakan bagi menyambung dan mengalirkan arus dari
sumber elektrik .
Soket & base (2+2 ) Alat yang membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan
ditanggalkan. Mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, life dan
neutral.
Suis & base (1+1) Berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan
elektrik.
Lampu Kalimantang Lampu memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang
dipasang betul dan ada arus.
Pemegang lampu digunakan untuk memegang mentol atau
lampu.
Skru Digunakan pada tapak soket, tapak suis dan pemagang lampu
dan untuk memasang soket pada suis.
Wayar Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) -
membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.
Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca
kuasa.
Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus
elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik
akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik,
wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya
disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian
peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia.
Cordless drill Membolehkan kerja membuka dan pemasangan dilakukan