1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. 1.1 Rancanngan Pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 Tahun : 2 Arif Bilangan Murid : 30 Orang Tarikh /Hari : 20 Ogos 2014 Masa : 9.10 – 10.10 pagi Hari : Isnin Tema : Saya Anak Malaysia Tajuk : Bunga Raya Fokus Utama STANDARD KANDUNGAN 3.3 . Membina dan menulis perkataan , frasa, ayat dengan betul STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul. Fokus Sampingan STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif : Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat:
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan
mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.
1.1 Rancanngan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Tahun : 2 Arif
Bilangan Murid : 30 Orang
Tarikh /Hari : 20 Ogos 2014
Masa : 9.10 – 10.10 pagi
Hari : Isnin
Tema : Saya Anak Malaysia
Tajuk : Bunga Raya
Fokus Utama STANDARD KANDUNGAN 3.3
. Membina dan menulis perkataan , frasa,
ayat dengan betul
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul.
Fokus Sampingan
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu
melalui nyanyian secara didik hibur.STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas
melalui nyanyian secara didik hibur.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat:
i. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar bunga raya.
ii Menyebut seni kata lagu dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonansi yang betul mengikut irama lagu.
iii Menghasilkan gambar bunga raya dengan teknik kolaj .
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan PJK
Nilai Murni : Kesyukuran, Keberanian, Petriotisme,kerjasama
1.2 Diskripsi Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2
Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea
dan manifestasi pemikiran.Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid
membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai
estetikRancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 2 yang saya sediakan
mengintegrasikan tiga elemen iaitu elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan . Selain itu,
RPH Bahasa Melayu yang saya sediakan juga menerapkan Kemahiran Berfikir dan
Penerapan Nilai Murni . Pengintegrasian elemen Seni Visual, Muzik dan gerakan diharapkan
dapat memberi peluang murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera selain dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untukmencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan
1.2.1 Pengintegrasian Elemen Seni Muzik
Aspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara
menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, elemen muzik ini telah diterapkan pada langkah
pertama sesi pengajaran dan pembelajaran . Murid –murid dipaparkan slaid lirik lagu “Bunga
Raya:” pada skrin untuk dibaca sebelum ditayangkan video lagu “ Bunga Raya “ dimainkan.
Seorang murid diminta memakai topeng bunga raya sambil melakukan pergerakan mengikut
lirik dan irama semasa lagu dimainkan . Murid-murid diminta menyanyikan lagu “ Bunga Raya “
sambil menggayakan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu . Penerapan Elemen
muzik merupakan salah satu elemen yang boleh memberi peluang murid-murid memupuk nilai
keyakinan, disiplin diri dan daya estetika muzik.
1.2.2 Pengintegrasian Elemen Seni Visual
Elemen Seni Visual juga turut diintegrasikan dalam penyediaan RPH Bahasa Melayu Tahun 2. Menurut Dewey, konsep aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni.
Pengintegrasian elemen Seni Visual saya integrasikan dalam langkah set induksi dan dalam
langkah pengajaran yang ke tiga. Dalam set induksi, guru masuk ke dalam kelas dengan
diiringi seorang murid yang memakai topeng bunga raya.Topeng bunga raya yang berwarna
merah yang berbentuk 3 dimensi ini dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi
pembelajaran
Pengintegrasian elemen seni visual ini diterapkan sepenuhnya dalam aktiviti langkah ke
3 iaitu menggambar menggunakan teknik kolaj. Penerapan elemen seni visual ini membolehkan
murid-murid berpeluang meneroka bahan-bahan serta mempraktikan membuat gambar dengan
teknik kolaj. Dalam penghasilkan kolaj bunga raya , murid-murid berpeluang melakukan aktiviti
melakar , menggunting dan menampal objek pada monting board. Penerapan elemen sini visual
dalam aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjana minda dalam penghasilan karya seni
yang kreatif.
1.2.3 Pengintegrasian Elemen Pergerakan
Konsep asas pergerakan bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi
kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan
menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan
dan kreativiti. Elemen pergerakan terbahagi kepada dua elemen iaitu pergerakan kreatif
dan pergerakan gimnastik. Elemen pergerakan ini amat penting untuk diterapkan dalam
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam mana- mana subjek sekalipun. Dalam
penulisan RPH ini, saya telah mengintegrasikan elemen pergerakkan di dalam beberapa
bahagian dalam langkah pengajaran .Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu “ Bunga
Raya” , saya menyelitkan unsur pergerakan anggota badan seperti meneggakkan kepala,
berjalan dan menghayun tangan mengikut lirik dan irama lagu.
1.2.4 Aplikasi Penerapan Nilai
Penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah disampaikan secara
bersahaja dan tidaklangsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:" Nilai-nilai
murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan akan diperkukuhkan melalui
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, didalam dan di luar bilik darjah, akan
digunakan sepenuhnya dengan cara bersepaduuntuk memastikan penerapan nilai-nilai murni
akan berhasil dan berkesan."Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai
sememangnya saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat
penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan semasa sesi
pengajaran ini ialah semangat patriotisme terhadap negara,kerjasama dalam melaksanakan
tugasan, menghormati lambang negara dan sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan
diserapkan kepada semua pelajar di Negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan
menyeluruh dari segi kognitif, afektif,psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialah
untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat
keputusan berdasarkan nilai moral diri,keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa
mengambil berat terhadap perasaandan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati
boleh dilihat denganmenilai tindak tanduk orang lain
1.3 Manual aktiviti
1. TOPENG BUNGA RAYA
- Seorang Murid dipakaikan topeng untuk set induksi
- Murid memperdengarkan teka teki
- Dipakai oleh wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan.
2. CD
- Murid ditayangkan video Lagu Bunga Raya
- Murid menyanyi sambil membuat gerakan berpandukan lagu Bunga Raya
- Murid ditunjukkan slaid Lirik Lagu Bunga Raya
-Murid menyenaraikan kosa kata yang terdapat dalam lirik lagu
3. Kolaj Bunga Raya
- Murid ditunjukkan hasil karya kolaj Bunga Raya
-Demontrasi cara membuat kolaj Bunga Raya
1. bahan- bahan
2. Langkah- langkah membuat kolaj
- membuat lakaran pada span getah
menggunting lakaran
- menyusun objek
- menyapu gam pada bahagian belakang objek
- menampal objek pada monting board
- Pamer hasil karya kolaj bunga raya
3. Murid melakukan aktiviti membuat kolaj secara berkumpulan mengikut langkah –langkah yang
ditunjukkan.
4. Ekspresiasi Hasil Karya murid
2.0 Tugasan 2 : Kit Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Kit Pengajaran Bahasa Melayu dihantar bersama tugasan ini. Antara yang terkandung di dalam kit
Pengajaran tersebut ialah;
1. Topeng Bunga Raya
2. CD Lagu dan Slaid Lirik
3. Hasil Karya Kolaj Bunga Raya
Refleksi
Tugasan WAJ 3073 ini meliputi dan menepati skop perbincangan soalanyang digariskan dan
dikehendaki. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan
kreativiti guru dalam menerapkan unsur-unsur seni dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran.Pada awal tugasan, penumpuan diberikan pada tugasan untuk membuat
penulisan RPH yang mengintegrasikan elemen seni visual , seni muzik dan pergerakan di
samping penerapan Nilai murni .Melalui tugasan ini saya dikehendaki menjelaskan sebab-
sebab kaedah, teknik dan strategi tersebut dipilih. Saya telah berusaha mencari maklumat yang
berkaitan melalui buku-buku di perpustakaan dan juga maklumat-maklumat tambahan daripada
internet. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjumpai sumber rujukan yang saya kehendaki
bagi menyiapkan tugasan ini.
Tugasan subjek WAJ 3073, Seni Dalam Pendidikan, banyak perkara baru yang saya
peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman,saya dapat
membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu elemen wajib yang
perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) berlansung.Secara
umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tigabahagian iaitu yang pertama
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan . Ketiga-tigaelemen ini mempunyai skop dan
konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini
dan mengintegrasikan ke dalam proses P&P,sudah pasti akan menghasilkan momentum yang
luar biasa dalam kalangan murid.
Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juasaya
menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan
sempurna. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah
banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja kursus
ini, khasnya kepada pensyarah subjek ini , Encik Ismail bin Taril serta rakanseperjuangan yang
sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara langsungatau tidak langsung dalam