QKM 3013 ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Tugasan 1 – Individu Tugasan – Mengumpul dan menyediakan satu laporan yang lengkap mengenai Program-program kesihatan “ berkaitan Kurikulum Bersepadu Sekolah . ” NITO ANAK TONY D20112055167 AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KUMPULAN : UPSI 02 PENSYARAH DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI
24
Embed
QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 1
QKM 3013 - Organisasi/Pentadbiran Program Pendidikan Kesihatan - Tugasan 1
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
QKM 3013
ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN
Tugasan 1 – Individu
Tugasan – Mengumpul dan menyediakan satu laporan yang lengkap mengenai “Program-program kesihatan berkaitan Kurikulum Bersepadu Sekolah”.
NITO ANAK TONY
D20112055167
AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 2
SESI 2012/2013
KUMPULAN : UPSI 02
PENSYARAH
DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI
FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan
izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan
ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-
sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.
Gunathevan a/l Elumalai kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan
penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan
ini.
Sekian, terima kasih.
Kandungan
Bil Perkara Muka surat
1 i. Program-program kesihatan yang dijalankan. 1
1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE
2 ii. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat. 2
3 iii. Carta organisasi. 3
4 iv. Bidang tugas setiap AJK. 4
5 v. Belanjawan. 8
6 vi. Keberkesanan program 8
7 vii. Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan. 10
8 viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 11
9 i. Program-program kesihatan yang dijalankan. 12
2. PROGRAM SEHARI PENCEGAHAN DENGGI SMKE
10 ii. Tarikh, jangkamasa, sasaran dan pihak luar yang terlibat. 13
11 iii. Carta organisasi. 14
12 iv. Bidang tugas setiap AJK. 15
13 v. Belanjawan. 18
14 vi. Keberkesanan program 18
15 vii. Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan. 19
16 viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 20
Bahagian A
i. 1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE
Pengenalan
Kelab PROSTAR SMK Engkilili sememangnya sudah lama wujud di sekolah namun
Kelab ini begitu asing dengan pelajar lain kerana kurangnya aktiviti yang berkaitan
dengan PROSTAR di peringkat sekolah. Kebanyakan penyertaan ahli Kelab ini terus
kepada peringkat Bahagian dan Negeri Sahaja. Oleh itu, Kelab ini ingin menyuburkan
lagi namanya di peringkat sekolah agar dikenali serta mudah mendekati pelajar lain
dalam usaha memastikan semua pelajar dapat mempraktikkan gaya hidup yang sihat
dan bebas daripada gejala negative yang merugikan.
Bagi merealisasikan impian ini, Kelab ini bersedia untuk mengorak langkah
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di peringkat sekolah. Pada tahun 2012
ini, Kelab PROSTAR ingin mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka untuk
menarik perhatian pelajar khususnya untuk sama-sama mendekati aktiviti yang
berfaedah, menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan silaturrahim antara Kelab ini
dengan seluruh pelajar di sekolah amnya.
Oleh itu, kami berharap cadangan kami dalam kertas kerja ini akan mendapat
perhatian pihak yang sewajarnya untuk sama-sama membantu merealisasikan impian
serta hasrat murni kami ini.
Rasional
Melahirkan ahli Kelab PROSTAR yang aktif melaksanakan tanggungjawab sosialnya
dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Di samping itu, dapat melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,, intelek, rohani dan sahsiah yang
menyeluruh.
1
Objektif
a. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PROSTAR dengan warga
sekolah.
b. Menarik minat pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.
c. Melatih ahli PROSTAR bersosial dengan semua orang untuk cuba mendekati
dan memahami mereka.
d. Melatih ahli PROSTAR mengendalikan sesuatu aktiviti dengan berkesan.
e. Menyedarkan pelajar tentang isu-isu yang melibatkan remaja masa kini dan
langkah-langkah menanganinya.
ii. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat
a. Tarikh: 23 Jun 2012 (Sabtu).
b. Tempoh: 1 hari.
c. Tempat perlaksanaan: Dewan Tiang Laju SMK Engkilili
d. Kumpulan Sasaran: 50 orang yang terdiri daripada Ahli Kelab Prostar,
Kelab Bimbingan & Kerjaya, Ahli Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS), Ahli SLAD, Ahli Kelab
Pencegahan Jenayah Dan Ahli Kelab Usahawan
Muda.
e. Pihak luar yang terlibat:
1. Dr. Musalnizam binti Mustalkah (Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman)
2. En. Gabriel Alexis ak Kibes (Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman)
e. Aktiviti - aktiviti dalam program:
2
1. Senamrobik
2. Poco-poco
3. Pertandingan ‘Chicken Dance’
4. Pertandingan Sukaneka
5. Pertandingan Bola Tampar
iii. Carta organisasi kelab PROSTAR sekolah
PENAUNG
(PENGETUA SEKOLAH)
GURU PENOLONG KANAN
(HAL EHWAL MURID)
GURU PENASIHAT KELAB
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
BENDAHARI SETIAUSAHA
3
PEN. SETIAUSAHA
7 ORANG AHLI
JAWATANKUASA
iv. Bidang tugas setiap AJK
a. Ahli jawatankuasa program
Penaung : En. Mhd Othman Bin Jaini
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi Bersama : Dr. Musalnizan Bt Mustalkah
(Peg. Kesihatan Bhgn Sri Aman)
Timb. Pengerusi I : En. Jamil Bin Mazuki
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Timb. Pengerusi II : En. Simong Ak Ambak
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras I : En. Kullin Ak Djayang
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Penyelaras II : En. Gabriel Alexis Ak Kibes
(Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman)
Setiausaha : Cik Sabtuyah Binti Jiffri
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Bendahari : En. Rozy Bin Abu Bakar
4
(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili)
Ahli-Ahli : Ahli Kelab PROSTAR (15 orang)
b. Tugas setiap AJK
1. Pegawai Kesihatan Daerah
- Bertanggungjawab memberi nasihat dalam merancang, menyelaras dan
memantau aktiviti di peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan.
2. Pengetua Sekolah
- Berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli
kelab dalam melaksana atau menyertai kelab PROSTAR.
3. Guru Penasihat
- Bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau
aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta
permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan
Daerah.
4. Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah
- Bertanggungjawab melaksana dan menjalankan aktiviti kelab serta memberi
maklumbalas kepada guru penasihat.
5. Pengerusi/Timbalan Pengerusi
- Mempengerusi mesyuarat AJK dan menghadiri Majlis Penutupan.
6. Penyelaras
- Memaklumkan panduan dan syarat-syarat serta kategori pertandingan kepada
sekolah-sekolah.
5
- Menyediakan borang penyertaan pertandingan.
- Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka.
7. Setiausaha
- Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
- Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat.
8. Urusetia
- Membuat pendaftaran semasa peserta melapor diri.
9. Protokol/Jemputan
- Menulis surat jemputan kepada tetamu dan jemputan.
- Menyambut ketibaan para tetamu.
10. AJK Pertandingan
- Menyediakan tempat pertandingan.
- Mendapatkan peraturan pertandingan dan penghakiman.
11. AJK Penghakiman
- Menentukan cara atau syarat penghakiman.
- Memberi taklimat kepada para hakim dan guru.
12. AJK Peralatan Dan Kelengkapan
- Menyediakan peralatan dan kelengkapan.
- Menyusun kerusi dan meja di dewan untuk majlis penutupan.
13. AJK Publisiti Dan ‘Backdrop’
6
- Membuat ‘backdrop’ tentang program tersebut.
14. AJK Makanan Dan Minuman
- Menyediakan makan dan minum bagi para guru, hakim, peserta dan AJK
bertugas.
- Mengagihkan makanan dan minuman kepada guru, hakim, peserta dan AJK
bertugas.
15. AJK Siaraya
- Menyediakan, meminjam dam memasang peralatan yang digunakan dalam
setiap pertandingan.
16. AJK Hadiah
- Menempah cenderahati untuk hakim dan jemputan.
- Menyusun hadiah dan sijil untuk diserahkan pada majlis penutupan.
17. AJK Buku Program
- Menyediakan buku program.
18. AJK Penutupan
- Menyediakan aturcara penutupan.
19. AJK Kebersihan
- Membersihkan tempat pertandingan dan penutupan sebelum dan selepas
program.
20. AJK Pengacara
- Mengacara Majlis Penutupan.
7
v. Belanjawan
BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
Makan Tengahari
Pembelian Peralatan Sukaneka
Hadiah (hamper)
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati
Cenderahati Pengadil
Belanja Luar Jangka
RM 5.00 x 72 orang
RM 70.00 x 3
RM 50.00 x 3
RM 40.00 x 3
RM 20.00 x3
RM 30.00 x5
360.00
200.00
210.00
150.00
120.00
60.00
150.00
150.00
JUMLAH KESELURUHAN 1400.00
vi. Keberkesanan program
a. Perlaksanaan Aktiviti
TENTATIF PROGRAM
0730 Semua peserta berkumpul
0800 Senamrobik daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman
8
0900 Pertandingan tarian ‘Chicken Dance ‘
1030 Minum Pagi
1100 Pertandingan Sukaneka
- Lari dan Tari Upih
- Boling Kelapa
- Anyam Ketupat
- Masam-masam manis
- Tasik Beracun
- Musang Berjanggut
- Si Pekak dan si bisu
1330 Rehat/ Makan Tengahari
1430 Pertandingan Bola Tampar
1630 Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
1730 Bersurai
b. Peranan yang dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV
di kalangan remaja.
1. Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari
tingkahlaku di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang
mulia.
2. Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli
keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkahlaku berisiko serta
mengamalkan cara hidup sihat.
9
3. Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko:
- Di dalam pergaulan seharian, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawan-
kawan kepada cara hidup positif seperti bersukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti
yang berfaedah dan menghindari tingkahlaku berisiko seperti menghisap dadah,
minuman keras dan seks luar nikah.
- Merancang dan melaksanakan progam-program pendidikan AIDS di kalangan
rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur
ceramah-ceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya.
- Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain supaya
turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya boleh
dilakukan melalui persatuan-persatuan atau di sekolah.
vii. Berikan pandangan anda mengenai kerelevanan program yang dijalankan.
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru penasihat dan pelajar tentang
pengurusan dan operasional kelab melalui program fasilitator Kelab PROSTAR
yang dianjurkan.
2. Membentuk jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah di kalangan pelajar-pelajar.
3. Membuat penilaian dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab
sebagaimana yang dilakukan oleh kelab-kelab ko-kurikulum yang lain di sekolah.
4. Mendapat khidmat nasihat pengurusan dan teknikal daripada pegawai
penyelaras Kelab PROSTAR Daerah.
5. Merancang takwim aktiviti dan melaksanakannya secara berkesan dan
berterusan.
6. Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan dalam
melaksanakan aktiviti Kelab PROSTAR.
10
viii. Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
a. Tingkahlaku peserta dan cara mengatasi:
1. Bercakap tanpa berhenti – mencelah bila berpeluang dan minta panda peserta
yang lain.
2. Pencelah – mencadangkan supaya beliau hanya memberikan pendapat selepas
peserta yang diajukan soalan selesai memberikan pandangan.
3. “The rambler” (keluar dari tajuk perbincangan/aktiviti) – ulangi soalan, aktiviti dan
komen untuk membawa perbincangan kepada persoalan/aktiviti asal.