@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2B Modul 4 Nama : ____________________________
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 4
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 4
A. Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 menentang
-membantah, melawan
反 对
2 hasrat
-kehendak
意 愿
3 hidangan
-makanan, lauk
食 物/ 菜 肴
4 berselera
-ada keinginan untuk makan
有 胃 口
5
ulam pegaga
-daun-daunan atau buah-buahan mentah yang
dimakan sebagai lauk
生 菜/水
果
6 serambi
-koridor, beranda
走 廊
7 menghempaskan
-membantingkan, menjatuhkan, memukul
摔
8 kepastian
-ketentuan
肯 定
9 mengembara
-menjelajah
流 浪、 漫 游
10 pesisiran
-daratan di sepanjang tepi laut
海/河 边
11 membayangkan
-menjangkakan
想 象
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12 peluang keemasan
-peluang baik
好 机 会
13 dilindungi
-dijaga
被 保 护
14 syarat
-peraturan, tuntutan
条 件/ 规 则
15 pengunjung
-pelawat
游 客
16 menyalakan
-menghidupkan (api)
点 燃
17 destinasi
-tempat tuju
目 的 地
18 tersengguk-sengguk
-terangguk-angguk kerana mengantuk
大 瞌 睡 时 点 头
19 merangkak
-menyusup, berjalan dengan tangan dan lutut
爬
20
menimbus
-mengambus, mengisi dengan tanah sehingga
tertutup
填/ 埋
21 spesies
-jenis
种 类
22 pupus
-lenyap, habis sama sekali
绝 种
23 amalan
-perbuatan
行 为
24
generasi
-kumpulan manudia yang lahir pada mada yang
lebih kurang sama
代
25 makhluk
-benda hidup
活 物
26 diwartakan
-dijadikan undang-undang
立 为 法 律
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Latihan Perbendaharaan kata - Membina Ayat
1. menentang :
___________________________________________________
2. hasrat :
___________________________________________________
3. hidangan :
___________________________________________________
4. peluang :
___________________________________________________
5. dilindungi :
___________________________________________________
6. syarat :
___________________________________________________
7. destinasi:
___________________________________________________
8. pupus :
___________________________________________________
9. amalan :
___________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. generasi :
___________________________________________________
11. mengembara :
___________________________________________________
12. membayangkan :
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bercuti Di Rantau Abang
Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk
dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak menentang
hasratku.
Datuk dan nenek menyambut kedatanganku dengan gembira.
Tambahan pula, aku merupakan cucu tunggal mereka. Nenek turut
menyediakan hidangan tengah hari yang sungguh enak. Aku makan
dengan berselera sekali walaupun cuma berlaukkan ikan pekasam,
ulam pegaga dan sambal belacan.
Selepas itu, aku dan datuk berbual-bual di serambi rumah.
Kebetulan rumah datuk berhampiran dengan laut. Sesekali
kedengaran ombak menghempas pantai.
“Atuk, bukankah sekarang musim penyu bertelur?” tanyaku
inginkan kepastian.
“Ya, Jamal. Musim penyu bertelur adalah antara bulan Mei
dengan bulan September. Penyu itu akan datang kembali ke sini
walaupun telah jauh mengembara,” terang datuk.
“Kalau begitu, bolehlah Jamal tengok penyu bertelur pada
malam ini,” aku bersorak kegembiraan.
“Apa salahnya. Atuk pun selalu turun ke pantai untuk menunggu
penyu bertelur,” kata datuk.
Datuk berjanji akan membawa aku ke pesisiran pantai pada
malam ini. Aku dapat membayangkan bagaimana penyu itu naik ke
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
darat. Aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk melihat
haiwan yang dilindungi itu.
Selepas makan malam, aku dan datuk berjalan di pesisiran
pantai. Aku memakai baju yang tebal kerana cuaca pada malam itu
sungguh sejuk.
Menurut datuk, ada beberapa syarat untuk melihat penyu
bertelur. Antaranya, pengunjung tidak dibenarkan membuat bising
dan menyalakan unggun api. Bunyi bising dan cahaya yang terang akan
menyebabkan penyu turun semula ke laut.
“Atuk, bukanlah Rantau Abang merupakan destinasi penyu
bertelur di negara kita?” tanyaku.
“Betul tu Jamal. Rantau Abang juga juga dijadikan tempat
perlindungan tidak rasmi kepada penyu-penyu ini,” beritahu datuk.
Jam sudah menunjukan pukul 2.00 pagi. Datuk tergelak apabila
melihat keadaanku yang tersengguk-sengguk. Datuk menyuruh aku
tidur di atas ribanya. Datuk berjanji akan mengejutkan aku jika
penyu naik ke darat.
Tiba-tiba datuk menggoncang bahuku.
“Kenapa atuk?” tanyaku.
“Cuba Jamal tengok di sana,” kata datuk sambil menunjukkan
kearah pantai.
Aku menjerit kegembiraan apabila melihat penyu yang agak
besar sedang merangkak ke darat. Penyu itu menggunakan kedua-dua
belah belah kaki hadapannya untuk mengorek lubang. Apabila lubang
itu sudah cukup dalam, penyu itu mula bertelur.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Aku tidak sangka penyu itu mampu bertelur sehingga 100 biji.
Kemudian, penyu itu menimbus semula lubang tersebut sebelum turun
ke laut.
“Bagaimana sekarang? Jamal sudah berpuas hati?” tanya datuk.
Aku cuma tersenyum dengan pertanyaan datuk. Aku masih
teringat akan kata-kata Cikgu Azizul tentang kepupusan spesies
penyu di negara ini. Menurut Cikgu Azizul, kepupusan penyu berkait
rapat dengan amalan memakan telur penyu.
“Jamal berasa kasihan melihat penyu itu bersusah payah naik ke
darat untuk bertelur,” kataku.
“Sebab itulah pengunjung dilarang mengambil telur-telur penyu
ini. Jika tidak, generasi baru tidak dapat mengenali penyu,” terang
datuk.
“Atuk, apakah yang menyebabkan penyu semakin pupus?” soalku
kembali.
“Pertama, penyu dibunuh oleh nelayan kerana terperangkap
dalam jaring mereka. Kedua, penyu itu makan plastik yang
disangkanya obor-obor,” jelas datuk dengan panjang lebar.
“Atuk mengapa agaknya mereka membunuh penyu itu?” tanyaku.
“Penyu itu dibunuh kerana merosakkan jaring nelayan,” beritahu
datuk.
Aku tidak menyangka ada manusia yang sanggup menyeksa
penyu. Penyu juga merupakan makhluk Tuhan yang mesti dipelihara
dengan baik.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Tapi Jamal, jangan bimbang. Pihak kerajaan telah menjalankan
langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan kepupusan penyu. Penyu
telah diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi. Pihak berkuasa akan
mengambil tindakan terhadap orang yang membunuh atau mengambil
telur penyu,” jelas datuk.
“Jamal sokong seratus-peratus!” jeritku.
“Wah, pandai cucu atuk ! Atuk bangga kerana mempunyai cucu
yang prihatin terhadap masalah kepupusan penyu. Atuk harap Jamal
dapat kekalkan sifat ini sampai bila-bila,” kata datuk.
B. Pemahaman
1. Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh pengunjung ketika
penyu naik ke darat ?
i. menangkap penyu
ii. menangkap gambar
iii. menunggang penyu
iv. mengutip telur
v. menyuap penyu
vi. meyaksikan cara penyu bertelur
A. i, ii, iii B. I, iii, iv C. ii, iii, iv D. i, ii, iii, iv, dan v
2. Berikan tiga faktor yang menyebabkan kepupusan spesies penyu
di negara kita.
_________________________________________________
_________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Pada pandangan kamu, apakah yang akan terjadi sekiranya penyu
semakin pupus ? (KBAT)
_________________________________________________
4. Nyatakan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menyaksikan
penyu bertelur.
( %)
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Kata Hubung
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk
menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa
dalam sesuatu ayat.
2. Kata hubung juga digunakan untuk menghubungkan dua atau
lebih ayat untuk menjadi ayat kompleks atau ayat majmuk.
3. Biasanya, kata hubung digunakan di tengah ayat. Jika kata
hubung digunakan di permulaan ayat, tanda koma diperlukan di
tengah ayat.
Contoh: Ali akan menangis jika dia mengetahui perkara itu.
Jika Ali mengetahui perkara itu, dia akan menangis.
4. Contoh kata hubung:
Bil Kata
Hubung
Fungsi – digunakan
untuk Contoh Ayat
1 dan menghubungkan
subjek atau prediket
dalam ayat
Alias dan Faizal
bermain bola di padang.
2 atau menunjukkan sesuatu
pilihan
Kamu mahu minum
teh atau kopi ?
Kamu boleh minum
teh atau kopi.
3 tetapi menunjukkan makna
yang berlawanan
Kamus ini tebal tetapi
harganya mahal.
4 lalu menunjukkan
perbuatan itu
dilakukan secara
berturut-turut
Baju itu dibasuh lalu
dijemur di ampaian.
5 sambil menunjukkan sesuatu Ayah menonton
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
perbuatan itu
dilakukan pada masa
yang sama dengan
perbuatan yang lain
televisyen sambil
menghirup kopi panas.
6 kerana menjelaskan sebab
sesuatu perkara
Air di longkang itu
tidak dapat mengalir
kerana longkang itu
tersumbat.
7 sementara menunjukkan dua
perkara yang
dilakukan serentak
Siti Ambia memasak
sementara anaknya
bermain komputer.
Kamarul mendengar
muzik sementara
menunggu jagungnya
masak direbus.
8 jika / kalau
/ jikalau /
andaikata /
sekiranya /
seandainya
menerangkan sesuatu
syarat
Saya akan melawat
orang itu jika dia
meminta maaf kepada
ayah saya.
9 agar/supaya menunjukkan maksud
atau tujuan
Lina belajar
bersunggguh-sungguh
agar memperoleh
keputusan yang baik
dalam peperiksaan.
10 walaupun /
meskipun /
sungguhpun
menunjukkan maksud
yang berlawanan
Aida datang ke sekolah
walaupun dia tidak
sihat.
11 yang menunjukkan bahawa
kata keterangan
berikutnya
diutamakan atau
menunjukkan kelainan
Kereta yang berwarna
merah itu kepunyaaan
bapa saya.
12 bahawa merangkaikan ayat
yang utama dengan
ayat kecil
Haida mengatakan
bahawa dia tidak sihat
hari ini.
13 kecuali / menunjukkan Semua orang tidak
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
melainkan pengecualian dibenarkan masuk ke
kawasan larangan itu
kecuali anggota polis.
Latihan 1:
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang terbaik
1. Hanya mereka _________________ layak sahaja akan
mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
2. Tanggalkan kasut anda ______________ masuk ke dalam
rumah.
3. ________________ cedera parah, pesawah itu tetap
berusaha menyelamatkan anaknya.
4. Doktor menutup mulutnya ________________ memulakan
pembedahan.
5. Negara kita semakin maju ________________ merdeka.
6. Buah mangga itu hanya boleh dipetik ________________
masak.
7. Muthu memukul ular sawa itu _______________ mati.
8. Polis trafik meniup wisel ________________ mengawal lalu
lintas.
9. Semua murid dikehendaki memakai baju putih
________________ pengawas.
10. ________________ menati ketibaan bas, mereka
berborak-borak.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2:
Lengkapkan petikan berikut dengan kata hubung yang sesuai. (KBAT)
Cuti sekolah telah tiba. Minah (1) _______________ Susi
bercadang untuk melawat pameran buku. (2) __________________
mendapat kebenaran ibu bapa, mereka pun mengunjungi pameran itu
dengan bas. Mereka berbual-bual (3) ________________ melihat
telatah penumpang bas (4) _______________ menunggu bas datang.
Minah suka membaca buku cerita (5) _______________ Susi
meminati ensaiklopedia. Mereka telah membel beberapa buah buku (6)
_______________ pulang.
Mereka berasa (7) ________________ berpeluang melawat
pameran buku.
( %)
Latihan 3:
Garisi kata hubung yang terdapat dalam ayat. Betulkan kata hubung
tersebut dan salin semula ayat yang betul. (KBAT)
1. Kamarul sambil Azrul masuk ke dalam bilik sejak tidur.
2. Peter pandai melukis sementara Rani pandai menyanyi.
3. Sejak dia jelita, dia masih belum berkahwin lagi hingga hari ini.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Kasut lalu mahal biasanya tahan lama selepas kualitinya baik.
5. Setiap pelajar bertali leher yang budak nakal itu.
6. Ketua Kelas 4 Bestari meletakkan buku di atas meja guru dan
keluar dan bilik guru.
7. Nurhaliza belah pernah memenangi sebarang pingat tetapi dia
boleh berlari dengan pantas.
8. Encik Raju walaupun peramah kerana murah hati.
9. Calon UPSR dinasihatkan manakala jangan masuk lewat ke dalam
dewan peperiksaan.
10. Hazizah tidak akan dibenarkan keluar sehingga dia tidak
meminta maaf.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 4:
Pilih kata hubung yang terbaik.
1. Luka pada kaki Sufian disapu ubat sebelum dibalut _______
tidak dijangkiti kuman.
A. apabila B.kalau
C. agar D.jika
2. Mahadi _________ Amran terkejut apabila mendengar berita
kematian sahabat karib mereka.
A. dan B.walaupun
C. agar D.jika
3. Adik menangis _________ aiskrimnya dihabiskan oleh abang.
A. sungguhpun B. kerana
C. sementara D. jika
4. Suzana berjanji _________ dia tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi.
A. agar B.tetapi
C. supaya D.bahawa
5. Perlawanan bola sepak itu akan ditangguhkan ________ hujan
tidak berhenti.
A. atau B.sementara
C. jika D.dan
6. Dalam pertandingan itu, kanak-kanak diarahkan melukis
_______ mewarnakan lukisan masing-masing.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. agar B.atau
C. supaya D. serta
7. Kamal dan kawan-kawannya dikejar tebuan _______ mereka
terjun ke dalam sungai.
A. lalu B.kalau
C. walaupun D. bahawa
8. Kak Syarifah mengajar di Sabah ________ menetap di sana.
A. sementara B. dan
C. tetapi D. jika
9. Fadli tinggal keseorangan _______ ayah dan ibunya pergi ke
majlis kenduri.
A. tetapi C. lalu
C. kerana D. sementara
10. Ramai pengunjung datang ke tempat peranginan itu _______
terletak di kawasan pedalaman.
A. tetapi B. sambil
C. meskipun D. dan
11. Fadilah suka membaca buku _______ adiknya suka menonton
televisyen.
A. tetapi B. dan
C. sungguhpun D. walaupun
12. Baju kebaya _______ dipakai oleh budak itu dijahit oleh Puan
Zainab.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. yang B. tetapi
C. kerana D. agar
13. Puan Leha menyuruh anaknya memperlahankan radio _______
tidak mengganggu jiran tetangga.
A. kerana B. sungguhpun
C. tetapi D. supaya
14. Adik Helmi sukar untuk berhenti menangis ________ dipujuk
oleh ayahnya.
A. melainkan B. supaya
C. tetapi D. agar
( %)
D. Pertuturan
Bacaan 2 : Bacaan Bestrai m.s. 20
Jawab soalan berikut:
1. Bagaimanakah manusia berhubung pada masa dahulu ?
2. Siapakah Alexander Garham Bell ?
3. Apakah ciptaan telekomunikasi yang termoden ?
4. Bagaimakah telefon membantu manusia dalam kehidupan harian
?
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Fakta
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.
2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan
berdasarkan pendapat anda.
3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan.
Ini adalah untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang.
4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap
sesuatu fakta yang hendak ditulis.
5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang
bersesuaian.
6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda
wacana biasanya digunakan dalam karangan ini.
Latihan 1 : Faedah Membaca (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 : Faedah Menonton Televisyen (Sila rujuk peta minda yang
disediakan)
Input Bahasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Simpulan Bahasa
1. raja sehari – pengantin
2. sampai hati – tidak ada
belas kasihan untuk
melakukan sesuatu
3. tahi judi – orang yang
suka bermain judi
4. air muka – paras rupa
atau wajah seseorang
5. banyak mulut – orang
yang suka bercakap
banyak
6. cakar ayam – tulisan
yang sukar dibaca
7. darah muda – perasaan
orang muda (yang cepat
marah)
8. geli hati – lucu
9. harga mati – harga
tetap
10. isi hati - perasaan
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. tanggal
a. tarikh – Tanggal
bulan April ini, dia
akan pergi ke luar
negara.
b. terlucut – Seluarnya
tertanggal tadi.
2. tawar
a. kecewa – Hatinya
tawar untuk
berniaga lagi.
b. tidak ada rasa –
Masakannya tawar.
c. dikurangkan –
Harga barang itu
tidak boleh
ditawarkan lagi
3. tegang
a. tidat erat – Hubungan suami
isteri itu tegang
kerana hasutan
rakan-rakan
sejawat.
b. tidak kendur – Tali
itu ditarik dengan
tegang supaya tidak
kendur apabila
diikat.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my