Top Banner
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD *** Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN , MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR 4 SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2001/2004 Saya MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana?Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:- 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis in sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila tandakan ( / ) ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan ) ( / ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ______________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: No 38, Taman Sri Pelangi, Jalan Sultan Iskandar Syah 33000 Kuala Kangsar, Perak EN. KAMALULARIFFIN BIN SUBARI Nama Penyelia Tarikh : ___ March,2004 Tarikh :____March,2004
26

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Aug 29, 2019

Download

Documents

vongoc
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD *** Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN , MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN PELAJAR 4

SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2001/2004

Saya MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL ( HURUF BESAR )

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana?Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis in sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi 4. ** Sila tandakan ( / )

( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

( ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan )

( / ) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ______________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: No 38, Taman Sri Pelangi, Jalan Sultan Iskandar Syah 33000 Kuala Kangsar, Perak EN. KAMALULARIFFIN BIN SUBARI Nama Penyelia Tarikh : ___ March,2004 Tarikh :____March,2004

Page 2: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

i

PROJEK SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN

TAJUK:

AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN,

MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN

PELAJAR 4 SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYELIDIK:

NAMA : MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL

NO.K/P : 690403 – 08 – 5039 KURSUS : 4 SPH

SESSI : 2001 / 2004

PEMBIMBING : EN.KAMALULARIFIN BIN SUBARI

Page 3: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ii

AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN,

MESIN SERTA ASPEK KEMUDAHAN BENGKEL DI KALANGAN

PELAJAR 4 SPH PERDANA FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD SUHAIMI BIN ISMAIL

Projek Sarjana Muda ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March, 2004

Page 4: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ………………………

Nama Penuh : Mohd Suhaimi Bin Ismail

Tarikh : 08 hb. March, 2004

Page 5: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iv

“ Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup ) “

Tandatangan : …………………………………….

Nama Pembimbing : En. Kamalularifin Bin Subari

Tarikh : …………March, 2004

Page 6: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

v

DEDIKASI

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberi rahmat dan limpah kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya.

Khas buat ,

Ibu tercinta,…..

Terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan sokongan serta berkat

doa yang diberikan untuk kejayaan anakmu ini.

Isteri Tersayang………,

Terima kasih di atas segala pengorbanan , motivasi dan kesetiaan malahan Kesabaranmu dalam mengharungi liku –liku hidup dan perjuangan…..

Anak-anakku……

Izzatnul Faiz dan Izzatnul Shafiq, semoga kejayaan ayah ini dapat dijadikansumber inspirasi dan pendorong untuk kalian terus melangkah menuju masa depan

Doaku moga kita semua di limpahi rahmat Illahi dan sentiasa mendapat keberkatanNya…Amin

Page 7: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dalam

memberikan kesabaran, ketabahan., ketekunan dan kesihatan yang sempurna ke

atas hambaNya yang daif ini. Disini, penulis ingin merakam jutaan terima kasih

kepada Encik Kamalularifin Bin Subari selaku penyelia tesis ini yang telah

banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, motivasi dan sumbangan idea-idea

beliau yang bernas dalam proses menyiapkan projek penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi

Malaysia. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti

Pendidikan dan pelajar-pelajar 4 SPH Perdana Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan Kemahiran Hidup kerana sudi memberikan maklum balas sepanjang

kajian ini dijalankan .

Di kesempatan ini juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang telah banyak membantu, berbincang dan memberikan

sumbangan idea-idea dalam menyiapkan tesis ini. Teruskanlah perjuangan yang

masih belum selesai.

Semoga jasa dan pengorbanan anda semua mendapat keberkatan Allah.

Hanya Dia lah yang dapat membalasnya. InsyaAllah

Mohd Suhaimi Bin Ismail.

Page 8: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau sejauh manakah amalan keselamatan

penggunaan alatan tangan dan amalan keselamatan penggunaan mesin serta

aspek kemudahan bengkel Fakulti Pendidikan di kalangan pelajar-pelajar 4 SPH

Perdana. Penyelidik mengambil keseluruhan populasi sebagai responden iaitu

seramai 37 orang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang

mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Segala data yang diperolehi

diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science

( SPSS ) versi 11.5 berdasarkan frekuensi dan peratusan Hasil dapatan kajian

menunjukkan amalan keselamatan penggunaan alatan tangan berada pada tahap

yang sangat dominan manakala amalan penggunaan mesin berada pada tahap

yang sederhana serta responden juga amat berpuas hati dengan segala

kemudahan yang ada di bengkel Fakulti Pendidikan. Di akhir kajian ini,

penyel;idik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak pensyarah,

Fakulti dan pihak-pihak tertentu untuk kebaikan bersama.

Page 9: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

viii

ABSTRACT

The aim of this research was to study the level of using tools charity,

skill handling machine charity and workshops convenient which easy to use or

deal among the 4 SPH Perdana students. This research involved all of the

sample which are 37 of them.The instrument are use in this research was a set

of questionnaire which has two part A and B. All the data had been processed

by using Statistical Packages for Social Science ( SPSS ) software version 11.5.

based on frequency, percentage and t-test. The result of this study showed that

respondent are high level in using tools charity but showed medium level in

skill handling machine and very satified in workshops convenient. At the end

of this study, researcher also gave a few suggestions for lecturers and Faculty

Page 10: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN TESIS.

JUDUL. I

PENGAKUAN. II

DEDIKASI. IV

PENGHARGAAN. V

ABSTRAK. . VI

ABSTRACT. VII

KANDUNGAN. XI

SENARAI RAJAH XVI

SENARAI LAMPIRAN XV

Page 11: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xii

BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT 1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Fakulti Pendidikan 11

1.6.2 Pensyarah 11

1.6.3 Pelajar-Pelajar Perdana 12

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Amalan Keselamatan 13

1.8.2 Mesin 13

1.8.3 Alatan Tangan 14

1.8.4 Kemahiran 15

1.8.5 Bengkel Kemahiran Hidup 15

1.8.6 Pelajar 4SPH Perdana 16

1.8.7 SPH 16

1.8.8 Kemahiran Hidup 17

1.8.9 Kemahiran Manipulatif 17

1.8.10 Amali 17

Page 12: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Aspek Amalan Keselamatan Penggunaan

Alat tangan dan Mesin 19

2.3 Aspek Kemudahan Keselamatan Bengkel 23

2.4 Penutup 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Rekabentuk Kajian 28

3.2 Sampel dan Populasi Kajian 29

3.3 Intrumen Kajian

3.3.1 Bahagian A 30

3.3.2 Bahagian B 31

3.4 Kajian Rintis 33

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Analisis Data 34

3.6.1 Pertimbangan Skor Peratus 35

4.0 Penutup 36

Page 13: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiv

BAB 4 : ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A 38

4.3 Analisis Bahagian A 38

4.4 Analisis Bahagian B 41

4.5 Persoalan Kajian 1 42

4.6 Persoalan Kajian 2 45

4.7 Persoalan Kajian 3 49

BAB 5 : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan

5.2 Perbincangan Kajian 55

5.3.1 Persoalan Kajian 1 56

5.3.2 Persoalan Kajian 2 58

5.3.3 Persoalan Kajian 3 61

5.3 Cadangan-cadangan 64

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.5 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68-72

Page 14: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xv

LAMPIRAN

A. Set Borang Soal Selidik

B. Analisis Alpha Cronbach

C. Analisis Data Frequencies

Page 15: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xvi

SENARAI JADUAL

NO . JADUAL SENARAI JADUAL HALAMAN

1.0 Statistik Kemalangan Di Malaysia 5

3.3.1 Taburan Jumlah Responden Lelaki

dan Perempuan 29

3.1 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah skor. 31

3.2 Pemeringkatan Skala Likert 32

3.3 Taburan itm-item Persoalan Kajian 32

3.5 Keputusan Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 33

3.4 Pembahagian Tahap Kegunaan Penyelidik 36

4.1 Bilangan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39

4.3 Taburan Responden Mengikut Akademik 39

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 40

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 40

4.6 Taburan Peratus dan Min Persoalan Kajian 1 42

4.7 Purata Peratusan dan Tahap Skor 44

4.8 Taburan Peratus dan Min Persoalan Kajian 2 45

4.9 Purata Peratusan dan Skor Kajian 2 48

4.1.0 Taburan Peratusan dan Min Persoalan Kajian 3 49

4.1.1 Purata Peratusan dan Tahap Skor kajian 3 52

Page 16: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA A Borang Soal selidik

B Statistik Kolerasi

C Analisis Alpha

D Analisis Frekuensi

Page 17: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB 1.

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia dapat di lihat dengan

kemajuan dalam sektor perindustrian dan pembangunan. Matlamat kerajaan

Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun

2020 telah memberikan satu cabaran baru kepada sistem pendidikan di negara

ini. Salah satu daripada sembilan cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan

masyarakat saintifik dan progres, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

masa depan. Bagi merealisasikan cita–cita dan hasrat negara ini, pihak kerajaan

telah melaksanakan pelbagai program bagi mencapai hasrat tersebut untuk

perkembangan sumber tenaga manusia. Program tersebut telah disalurkan

melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memperkenalkan mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Mata pelajaran tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 1991.

( Kementerian Pendidikan Malaysia,1991).

Menteri Sains dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Lau Hing Ding

berkata, pelajar hari ini adalah aset negara untuk merealisasikan matlamat

Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru golongan pelajar agar

bersedia untuk bergerak ke hadapan serta meningkatkan pencapaian dalam

bidang kemahiran untuk memenuhi tenaga kerja mahir negara pada masa akan

datang.

Page 18: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

2

“ Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki

kemahiran dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara sudah

mencapai status sebuah negara perindustrian yang maju “

( Utusan Malaysia, 15 Jan.1998,m/s 2 )

Untuk menjadi bakal guru Kemahiran Hidup (KH), individu itu

sewajarnya sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai bentuk ilmu

pengetahuan dan pelbagai kemahiran teknikal serta mengikuti perkembangan

terkini khususnya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran untuk

diaplikasikan kepada generasi pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa

akan datang. Mata pelajaran KH merupakan salah satu mata pelajaran Pra-

Vokasional yang diajar di peringkat pelajar menengah rendah yang bertujuan

untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas. Dengan adanya kemahiran

asas ini pelajar-pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupannya

secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan

sentiasa berubah. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)

Pelbagai langkah dan usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan

hasrat dan cita–cita kerajaan ini yang di antaranya ialah melalui sektor

pendidikan. Bagi mempertingkatkan taraf pendidikan guru–guru terutamanya

yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan vokasional, pihak kerajaan telah

memberi peluang kepada guru–guru berkenaan untuk melanjutkan ke peringkat

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan di Universiti Malaysia. Ini

termasuklah guru –guru Kemahiran Hidup yang mengajar mata pelajaran KH

yang terdapat di dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

Keselamatan mempunyai pelbagai makna Kamus Webster (1992) ,

antaranya ialah untuk mewujudkan satu keadaan yang selamat dan kebebasan

daripada sebarang dedahan bahaya, termasuklah kecederaan atau risiko di mana

ia akan mengujudkan suasana kerja yang selamat dengan cara mengurangkan

risiko ke tahap had terima.

Page 19: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

3

Justeru itu, kemalangan adalah satu kejadian atau peristiwa yang boleh

membawa akibat serta-merta sama ada kena sasaran atau hampir kena sasaran

yang dijangkakan atau tidak dijangkakan dan berlaku dalam jangkamasa yang

tidak boleh ditentukan. Secara amnya, kemalangan yang berlaku melibatkan

(Marland,K.Set al,1978):

i) kelakuan tidak selamat ( amalan),

ii) keadaan persekitaran.

Di dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) ini, terdapat mata pelajaran Reka Cipta 1 dan 2, kimpalan,

menggegas dan memesin dan juga amalan ketukangan yang dijalankan di dalam

bengkel Fakulti Pendidikan. Di bengkel ini pelajar-pelajar akan didedahkan

dengan pelbagai jenis dan bentuk peralatan tangan dan kemudahan mesin bagi

menjalankan kerja-kerja amali mereka. Ketika di bengkel pelajar-pelajar

mungkin akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang disebabkan oleh alat-

alat tangan atau mesin-mesin yang digunakan.

Setiap kemalangan yang berlaku walau sekecil mana pun, akan

mengakibatkan kerugian. Dalam konteks pengurusan keselamatan dan

kesihatan pekerja, kemalangan bermaksud urutan peristiwa yang tidak dijangka

dan tidak dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu

mengakibatkan kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda,

kemalangan nyaris, kehilangan atau gabungan kesemuanya.

Maka langkah-langkah positif mesti diambil untuk mencegah kerugian

dan mencegah berlakunya kemalangan. Sepertimana kata pepatah, “ Mencegah

adalah lebih baik daripada merawat dan Cegah sebelum kena”

Page 20: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

4

1.2 Latar belakang masalah

Badrie Abdullah, ( 1995) mengatakan bahawa kemalangan adalah

urutan peristiwa yang tidak dijangka dan tidak dirancang, berlaku melalui

gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan fizikal (kecederaan

dan penyakit) kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris dan

kehilangan jiwa. Salah satu punca kemalangan dalam bengkel adalah disebabkan

amalan keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin serta kemudahan

keselamatan di dalam bengkel

Menurut Herbert W.Heinrich (1931), menyatakan dalam Teori Domino,

80% kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh tindakan tidak selamat

iaitu amalan mereka dalam penggunaan alatan tangan dan mesin, 10%

kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh keadaan alat alat tangan dan

hanya 2% adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku

dan tidak dapat dapat dielakkan.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993),

mendapati semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah Menengah

menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin. Kemalangan yang

melibatkan penggunaan alat serta mesin akan dapat dicegah jika ianya dijaga

dan diselenggara dengan sempurna dari masa ke semasa.

Punca kemalangan tidak boleh dilihat dari sudut urutan peristiwa-

peristiwa malang dan ia juga tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja tanpa

mengambil apa –apa respon dan tindakan yang tertentu oleh pihak-pihak

berkenaan. Hasil daripada kajian penyelidik-penyelidik yang terdahulu,

kebanyakannya mendapati kemalangan selalunya disebabkan oleh ralat manusia,

kelemahan kejuruteraan, sistem dan proses kerja, persekitaran yang tidak selesa

dan sebagainya. Semasa menggunakan alatan tangan dan mesin, mereka

terdedah dengan pelbagai risiko bahaya yang boleh mengundang kemalangan.

Page 21: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

5

1.1.1 Statistik Kemalangan Industri di Malaysia:

Statistik Kemalangan Industri yang dikeluarkan oleh satu badan yang terlibat

secara langsung dengan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di

Malaysia ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP) dari

tahun 1997 sehingga Jun 2002. (Ismail Bahari ,2002 )

Jadual 1 : Statistik Kemalangan Industri di Malaysia

Perkara / Tahun

1997

1998

1999

2000

2001

Jun 2002

Jumlah kemalangan dilapurkan 3233 2546 2578 2292 3172 1561

Jumlah kemalangan maut 243 131 133 90 146 12

Jumlah kemalangan disiasat 1241 1193 1331 1171 1123 591

Statistik di atas menunjukkan bahawa kemalangan industri atau bengkel

adalah serius. Melihat daripada perangkaan dalam Jadual 1, jelaslah kepada

kita bahawa jumlah kemalangan industri adalah amat tinggi. Jika dibiarkan

keadaan ini berterusan ianya akan memberi kesan buruk kepada perkembangan

dan pembangunan Negara. Sememangnya telah menjadi hasrat kerajaan untuk

menjadi negara maju menjelang 2020. Pun begitu, apalah ertinya sebuah negara

maju sekiranya pada masa yang sama ada rakyat yang hidup menderita akibat

kehilangan anggota dan juga nyawa.

Langkah –langkah tegas perlu diambil untuk mengurangkan bilangan

kemalangan tidak kira di mana jua sama ada di sektor industri, dan juga

bengkel- bengkel di pusat pengajian tinggi mahupun di peringkat bengkel

sekolah., beberapa perkara yang seharusnya diambil perhatian oleh pelajar-

pelajar adalah mengurangkan kesilapan dan mengamalkan amalan keselamatan

penggunaan alatan tangan dan mesin dengan selamat serta mematuhi segala

peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditentukan.

Page 22: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

6

Oleh yang demikian, langkah keselamatan perlu diambil perhatian yang

serius dan sewajarnya. Alat-alat tangan dan mesin-mesin yang digunakan perlu

selalu dijaga, diselenggara dan diawasi dengan sempurna untuk mengelakkan

berlakunya kerugian harta benda . Selain daripada itu alat-alat tangan hendaklah

mencukupi untuk digunakan oleh pelajar. Shahrin (1993), berpendapat, kerja-

kerja amali tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sekiranya peralatan yang

digunakan tidak mencukupi.

Megat Hashim (1997), menyatakan alat kelengkapan tidak

diselenggarakan dengan baik kerana tiadanya pengetahuan pengurusan dan

penyelenggaraan alatan tersebut. Oleh itu, bagi mengekalkan jangka hayat

sesuatu peralatan atau mesin dengan lebih lama, maka pengurusan dan

penyelenggaraan kelengkapan perlu diberi keutamaan dari segi penggunaan,

baik pulih, penyimpanan dan sebagainya.

Kenyataan itu turut disokong oleh Ng Beng Goh (1997), melalui dapatan

kajiannya juga menyatakan pengetahuan guru dalam penyelenggaraan alat

tangan dan mesin juga adalah masih cetek dan ini akan memberi implikasi

terhadap pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar. Jika

pengetahuan dari aspek penyelenggaraan masih lemah, maka ini juga akan

menjadikan alat tangan dan mesin mudah rosak dan kemalangan juga mudah

berlaku di dalam bengkel

Dengan adanya pelbagai alatan dan mesin yang canggih hasil dari

perkembangan teknologi masa kini, produktiviti dan output pengeluaran dapat

di tingkatkan. Namun begitu, penggunaan alatan yang berteknologi tinggi ini

perlulah sejajar dengan peraturan keselamatan yang diperlukan oleh peralatan

tersebut bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjamin ketika

mengendalikannya.

Page 23: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

7

Menurut Laporan International Labour Office (1990), kebanyakan

kemalangan yang melibatkan peralatan dan mesin adalah di sebabkan oleh

kelemahan pekerja itu sendiri, cuai semasa membuat kerja serta pemilihan

peralatan dan mesin yang tidak betul untuk sesuatu kerja tertentu.

Kenyataan di atas turut di sokong oleh Armstrong (1980), yang

menyatakan di antara faktor kemalangan dalam kerja-kerja melibatkan mesin

dan jentera adalah kesalahan pengendalian, mesin tidak lengkap dengan

pelindung keselamatan, muatan melampaui had kemampuan dan pekerja yang

kurang mahir dalam mengendalikan mesin tersebut

Selain daripada penggunaan alatan tangan dan mesin, persekitaran

sesebuah bengkel memain peranan penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan

keselamatan pelajar-pelajar. Pengaruh fizikal, reka bentuk yang efisen dan

keluasan bengkel juga turut memainkan peranan dalam menentukan kejayaan

sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali ataupun teori.

Kajian telah dijalan untuk mengkaji respon pelajar terhadap kemudahan

peralatan alatan tangan dan mesin serta persekitaran bengkel yang selamat

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1992), pemilihan sekolah adalah

berdasarkan kemudahan bengkel dan peralatan yang sesuai serta ruang yang

mencukupi mengikut keperluan mata pelajaran tertentu.

Apa yang pernah diperkatakan oleh Braker (1982), makmal juga penting

dalam menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana ia adalah tempat

untuk membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan pelajar

untuk belajar dengan lebih mendalam.

Kajian Hamimah (2002), menyatakan, makmal atau bengkel di sekolah

perlulah disediakan dengan persekitaran yang terancang dan memberansangkan

minat pelajar untuk membuat kerja-kerja amali kerana dari persekitaran

Page 24: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

8

sedemikian akan menyeronokkan pelajar untuk belajar. Begitu juga dengan

kurikulum itu sendiri. Kurikulum memainkan peranan yang sangat penting

dalam membentuk dan mengembangkan minat pelajar agar minatnya dapat

dikekalkan untuk tujuan pembelajaran.

Saiz sesebuah bengkel memainkan peranan untuk mengujudkan

keselesaan bagi pelajar-pelajar sewaktu membuat kerja-kerja amali. Menurut

Buku Pengurusan Kemahiran Hidup secara Kolaboratif (JPN), ruang yang

kondusif di samping lengkap dengan peralatan dan bahan-bahan yang sesuai

merupakan satu faktor yang mesti disediakan supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kemudahan fizikal yang

disediakan di sesebuah bengkel hendaklah sesuai dengan keperluan kurikulum

Kemahiran Hidup Bersepadu.

Rentetan daripada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-

penyelidik yang terdahulu menunjukkan bahawa kadar kemalangan yang

berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya amalan keselamatan terhadap

penggunaan alatan tangan, mesin-mesin dan juga disebabkan oleh faktor

persekitaran bengkel atau tempat kerja yang tidak selamat. Contohnya tumpahan

minyak yang tidak dibersihkan dan juga pencahayaan tempat kerja yang tidak

mencukupi. Selain daripada itu sistem pendawaian elektrik dan juga tahap

kebisingan juga merupakan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya

kemalangan di sesebuah bengkel.

Page 25: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

9

1.3 Pernyataan masalah

Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup

(SPH) yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia kepada pelajar-

pelajar perdana adalah merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memenuhi

keperluan kekurangan tenaga pengajar dalam bidang teknikal di sekolah-

sekolah Menengah di seluruh Malaysia.

Bagi memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan, pelajar-

pelajar yang mengikuti program ini, mata pelajaran berbentuk amali dan juga

teori telah diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, dalam kajian yang telah

dijalankan ini, penyelidik telahpun mengkaji faktor amalan keselamatan

penggunaan alatan tangan, amalan keselamatan penggunaan mesin-mesin dan

aspek kemudahan bengkel di kalangan pelajar-pelajar 4 SPH Perdana di

bengkel Fakulti Pendidikan.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengumpul dan seterusnya menganalisa data-

data maklumat yang diperolehi daripada pelajar-pelajar 4SPH Perdana di

Universiti Teknologi Malaysia mengenai amalan keselamatan penggunaan

alatan tangan dan mesin serta aspek kemudahan keselamatan bengkel yang

selamat di bengkel Fakulti Pendidikan,UTM. Secara khususnya objektif kajian

ini adalah untuk :-

1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan keselamatan penggunaan alatan tangan di

kalangan pelajar 4 SPH Perdana

1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan keselamatan penggunaan mesin di

kalangan pelajar 4 SPH Perdana.

Page 26: PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

10

1.4.3 Mengenalpasti aspek kemudahan keselamatan di bengkel Fakulti

Pendidikan, di kalangan pelajar 4 SPH Perdana

1.5 .Persoalan Kajian

Dalam proses mencapai objektif kajian yang dikehendaki, beberapa

persoalan kajian yang telah dikemukakan. Berikut merupakan persoalan kajian

yang perlu dijawab iaitu :-

1.5.1 Adakah pelajar 4SPH Perdana mengamalkan amalan penggunaan alat

tangan yang selamat semasa membuat kerja-kerja amali di bengkel.

1.5.2 Adakah pelajar 4SPH Perdana mengamalkan amalan keselamatan

penggunaan mesin semasa menjalankan kerja amali dibengkel.

1.5.3 Adakah kemudahan keselamatan di bengkel Fakulti Pendidikan

bersesuaian.

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada

pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:-

1.6.1 Fakulti Pendidikan

Maklumat yang diperolehi dari kajian ini , diharapkan dapat membantu

pihak Fakulti Pendidikan terutamanya Jabatan Teknik dan Vokasional untuk

mendapatkan respon berkaitan dengan amalan keselamatan penggunaan alatan

tangan dan mesin di kalangan pelajar 4SPH Perdana ketika membuat kerja-kerja

amali di bengkel Fakulti Pendidikan. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini

diharapkan dapat membantu pihak Fakulti menilai amalan keselamatan dalam