PSV 3123 Lukisan dan Penyuburan Diri TEKNIK HATCHING / LOREKAN SELARI Disediakan Oleh: NORHANIZA BT. TAHARUDDIN GHAZALI B. CHE MUDA SALIENA BT. HARUN Pensyarah: EN. JOHAN BIN KADIS
PSV 3123Lukisan dan Penyuburan Diri
TEKNIK HATCHING / LOREKAN SELARI
Disediakan Oleh:
NORHANIZA BT. TAHARUDDINGHAZALI B. CHE MUDASALIENA BT. HARUN
Pensyarah:
EN. JOHAN BIN KADIS
Sk. Bukit Segumpal740324-10-5612
Sk. Sekara700703-03-5731
Ghazali b. Che Muda
Norhaniza bt. Taharuddin
Saliena bt. Harun
Sk. Chedong Jaya681102-06-5128
PPG, UNIT PSV AMBILAN FEBRUARI 2012
Biodata ahli kumpulan
Isi kandungan
• Tajuk• Biodata Ahli kumpulan• Isi Kandungan• Pengenalan• Pengertian Teknik Hatching• Jenis-jenis Garisan Selari• Kesan Garisan Selari dalam Konteks Perasaan• Alat, Media dan Bahan• Pelbagai Contoh Alat dan Bahan• Pengetahuan Asas sebelum Melukis Menggunakan
Teknik Hatching• Proses Melukis• Contoh-Contoh Karya – Claudia Nice• Kesimpulan• Sumber Rujukan
• Lukisan ialah seni yang membentuk idea dan menggambarkan objek atau pelan dengan menggunakan garisan, ton dan titik pada permukaan yang rata.
• Merupakan teknik lanjutan daripada kegiatan melakar dan proses awal penghasilan karya seni halus dan seni grafik.
• Lukisan awal telah wujud sejak Zaman Batu pada dinding-dinding gua seperti Gua Lascaux di Perancis, Gua Niah di Sarawak, Gua Tambun di Perak dan sebagainya.
pengenalan
• Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering dan tidak menggunakan warna, kecuali warna daripada alat lukis seperti pensel warna, pastel dan krayon.
• Unsur garisan amat penting dalam karya-karya lukisan dan ia juga merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan catan, cetakan, arca atau pun mural.
• Lukisan dihasilkan secara spontan mengikut gerak hati dan perasaan. Ia juga dapat menunjukkan keaslian dan gaya tersendiri persembahan pelukisnya.
Teel Sale dan Claudia Betti dalam bukunya A Contemporari Approach:
• Mendefinisikan lukisan sebagai aktiviti yang kompleks, bertenaga dan sentiasa berkembang.
• Tujuan dan matlamatnya iaitu dari yang tidak formal kepada fokus tujuan paling formal, dari matlamat hobi kepada komentar sosial yang meninggalkan kesan psikologi yang sangat dramatik.
Lukisan juga baginya membawa maksud bersama-sama dengan disiplin falsafah,
sejarah, dan kesusasteraan (penceritaan) membantu kita mentafsir pengalaman
visual, emosi, dan estetik.
Bagi pelukis, lukisan adalah teras utama untuk menterjemahkan pengalaman dan idea.
• Menurut Pablo Picasso,
“ Lukisan bukan gurau atau kelakar, sebaliknya merupakan proses yang serius dan ghaib. Dengan menggunakan garisan sahaja, rupa dan bentuk yang mirip objek sebenar serta gambaran visual keseluruhan dapat dicipta. Ini adalah keajaiban lukisan. Oleh itu saya menganggap setiap lukisan yang dihasilkan mengandungi titik-titik darah saya.”
Karya Pablo Picasso, Portrait of Françoise, 1946.
Pengertian Teknik Hatching
Teknik Hatching (hachure dalam Bahasa Perancis) adalah teknik dalam lukisan dan karya grafik yang digunakan untuk memberikan kesan warna atau bayangan dengan membuat garis-garis atau lorekan selari. Jika garis-garis selari ini ditindan dengan garis-garis selari lain yang saling berpotongan, maka teknik ini menjadi cross hatching.
Lorekan selari untuk ton cerah
Lorekan selari yang rapat-rapat bagi ton gelap
Lorekan selari untuk ton sederhana cerah
Tiada lorekan untuk bahagian yang sangat cerah
Rupa dan bentuk yang terhasil menggunakan teknik ini adalah dengan memvariasikan jarak, sudut, panjang, dan jenis-jenis garisan selari untuk mendapatkan ton-ton atau sehingga menghasilkan bayangan tertentu.
Teknik ini sangat popular pada masa Zaman Renaissence Awal.
Albrecht Dürer, Veronica, 1513. Contoh penerapan teknik hatching.
• Konsep utama teknik hatching adalah menggunakan kepadatan, jumlah, dan ketebalan garis untuk mempengaruhi kesan bayangan yang dihasilkan.
• Dengan meningkatkan kepadatan, jumlah, dan jarak antara garis, maka bayangan yang dihasilkan semakin gelap, begitu pula sebaliknya.
Kontra bayangan pula dicapai dengan mendekatkan dua jenis hatching yang berbeza sudut garisnya. Sebagai hasilnya, variasi garis ini akan memberikan ilusi warna, yang bila digunakan secara konsisten akan menghasilkan kesan 3D, pergerakan dan imej yang realistik.
Pen & Ink by Claudia Nice, 1992
Jenis-Jenis Garisan Selari
Garisan TegakGarisan Penjuru
Garisan melintang
Kesan Garisan Selari Dalam Konteks Perasaan
Garisan Tegak
Menimbulkan rasa kukuh, teguh dan stabil
Garisan Melintang
Menimbulkan rasa tenang, damai, tersusun dan padu.
Teknik Hatching sangat berkait rapat dengan penggunaan garisan
Garisan Penjuru
Menimbulkan rasa pergerakan dan tidak stabil
Alat, Media dan Bahan
• Pelbagai jenis alat dan bahan yang terdiri daripada media kering boleh digunakan bagi menghasilkan lukisan contohnya, pensel, arang, krayon, pastel dan berus.
• Penggunaan alat, bahan dan media yang paling sesuai adalah penting untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
• Alat dan bahan yang selalu digunakan bagi lukisan yang menggunakan teknik hatching ialah pensel, pensel warna, pen dan dakwat.
Pelbagai Contoh Alat dan BahanKesan garisan dan warna yang dihasilkan bergantung kepada:
• Jenis alat dan kertas yang digunakan.• Saiz mata alat tulis atau lukis.• Teknik dan berat tekanan tangan pengguna alat.
KERTAS
• Kertas boleh didapati dalam bentuk buku lukisan, pad susun atur, atau pun pad reka letak.
• Ia boleh didapati dalam ukuran A0, A1, A2, A3, B4 dan A4.• Jenis kertas yang boleh digunakan seperti kertas biasa,
kertas katrij, kertas akhbar, kertas warna, velum, kertas surih atau kertas kitar semula.
• Kertas warna seperti sugar paper, pantone dan canso yang terdiri daripada warna hitam, kelabu, biru dan hijau juga boleh digunakan.
PENSEL PELBAGAI GRED
Pensel kayu tradisional biasanya boleh didapati dalam bentuk lembut dan keras. Jenis gred bagi pensel seperti 9H, 8H, 7H, 6H,5H, 4H, 3H, 2H, H, HB, 2B, 3B, 4B,5B, 6B, 7B, 8B, EB dan EE.
PEN TEKNIKAL PELBAGAI GRED
0.3
0.6 Hi-tecpoint v5
1.0
PEN PENANDA PELBAGAI SAIZ
Halus
Sederhana
Kasar
Bermata serong
PELBAGAI JENIS PEN
Pen mata bola
Pen celup
Pen manuskrip
Pen magik
PELBAGAI JENIS BERUS
Berus lembut saiz 3
Berus lembut saiz 9
Berus leper lembut saiz 7
Berus bulu kejur saiz 5
ALAT DAN MEDIA LAIN
Pensel Warna
Pensel Arang
Pestel
Pensel Krayon
Krayon
Bahan dan alat sokongan
• Bedak Digunakan untuk meratakan pastel yang telah dikikis
untuk melicinkan permukaan pastel yang dilorekkan bagi membentuk objek dikehendaki.
• Kapas muka Digunakan untuk menyapu serbuk pastel.
• Pengukuh warna Memastikan warna tidak tertanggal pada permukaan
kertas.
• Pita Pelindung Menutup permukaan objek lukisan tertentu bagi tujuan
pengawalan warna.
• Bod Lekap Bingkai untuk persembahan hasil bagi tujuan
penilaian.
• Pemotong Kertas Gunting atau pisau (cutter).
• Pembaris besi Digunakan untuk pemotong kertas.
• Beg Kertas Lukisan atau Portfolio Terdapat pelbagai saiz A3 hingga A0 yang diperbuat
daripada plastik atau kulit, bagi menyimpan hasil karya.
Pengetahuan Asas Sebelum Melukis Menggunakan Teknik
Hatching• Asas Seni Reka
Merangkumi unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Kefahaman yang mendalam membolehkan karya lukisan yang sempurna dan bermutu tinggi dihasilkan.
• Memahami Kesan Cahaya, Bayang dan Bentuk.
Menggunakan teknik hatching akan menghasilkan rupa berjisim yang dipanggil bentuk yang akan kelihatan lebih sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan bayang.
• Nisbah Keemasan dalam Gubahan
Teknik yang betul dalam memilih sudut
pandangan akan menjadikan karya lukisan
lebih menarik. Komposisi yang indah telah
diperkenalkan sejak zaman Yunani purba
yang dikenali sebagai nisbah keemasan iaitu
kedudukan subjek utama sebagai bahagian
yang indah.
Nisbah Keemasan dalam Gubahan
• Mengetahui Perspektif Objek yang dilukis akan kelihatan
seimbang dan menarik apabila penekanan perspektif dititik beratkan. Tiga jenis perspektif yang sering diaplikasikan iaitu perspektif satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tiga titik lenyap.
Perspektif 1 titik lenyap
Perspektif 2 titik lenyap
Perspektif 3 titik lenyap
• Tetingkap Fokus Bertujuan memfokus objek tertentu
sahaja dan memudahkan memilih objek yang menarik. Sesuai digunakan di luar studio atau di kawasan lapang.
Kertas keras
Tetingkap
• Memfokus Ketepatan Objek Mengukur visual untuk mendapatkan kadar yang betul atau seimbang menggunakan pensel atau ibu jari.
• Cara Memegang Pensel Pensel boleh dipegang dengan pelbagai
cara. Contohnya semasa melakar dan menanda, pegang menggunakan ibu jari dan telunjuk. Namun begitu ia mengikut keselesaan pelukis.
Proses Melukis
Pilih objek atau susunan objek yang sesuai.
Tentukan sudut pandangan.
Gunakan teknik hatching yang betul bagi menunjukkan kesan cahaya, bentuk, ruang dan bayang objek dalam gubahan.
Pastikan jenis kertas yang dipilih sesuai dengan mediapilihan.
Lukis lakaran kasar objek-objek.
Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus.
CONTOH-CONTOH KARYA MENGGUNAKAN TEKNIK HATCHING- CLAUDIA NICE (1992)
Pen & Ink by Claudia Nice, 1992
KESIMPULANPengetahuan yang mendalam tentang teknik yang ingin digunakan bagi menghasilkan lukisan adalah penting sebelum memulakan proses penghasilan sesuatu karya.
Teknik Hatching atau lorekan selari merupakan salah satu teknik yang sangat popular dalam penghasilan lukisan selain daripada teknik silang pangkah(cross-hatching), teknik gurisan (sgraffito), teknik gosokan (frottage), teknik titikan (pointilisme) dan teknik contengan (scribble).
Namun begitu penghasilan karya lukisan juga boleh menggunakan pelbagai teknik (teknik campuran) bagi menghasilkan kesan yang lebih dramatik.
Pengetahuan luas tentang semua teknik lukisan adalah sesuatu keistimewaan yang sewajarnya ada pada setiap pelukis.
http://senivisual2012.blogspot.com/2012/02/ulasan-buku-contemporapy-approach.html
http://zonautama.wordpress.com/2011/11/09/teknik-teknik-dalam-melukis/
http://www.jaryarts.co.vu/2013/05/blog-post.html
SUMBER RUJUKAN
Claudia Nice. (1992). Sketching Your Favorite Subjects in Pen & Ink. Cincinnati, Ohio. Library of Congress Cataloging in Publication Data.Chang Hon Woon. (2008). Teori Seni Visual. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Hassaan Mohd Ali. (2009). Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Penerbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.Kathleen Chee. (2011). Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kathleen Chee. (2011). Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kathleen Chee. (2011). Fokus Sukses SPM Tingkatan 4,5 . Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Shahriman Zainal Abidin, Mohamad Hariri Abdullah, Zaidi Yusoff. (2013). Seni Reka Perindustrian Daripada Idea kepada Lakaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahada dan Pustaka.