PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (Guru Dan Pengurusan Diri) TAJUK 1 ( KETRAMPILAN DIRI ) Latihan 1.1 S o s i o s e j a r Amalan dan sub-budaya keluarga : Amal cara hidup sederhana Setiap keputusan mengambilkira banyak aspek Setiap masalah akan diselesaikan dengan cara perbincangan Asal asul keturanan : Melayu Lokasi tempat tinggal : Perkampungan Pinggir bandar Bahasa dan amalan komunikasi : Bahasa Ibunda/Melayu Komunikasi dua hala Perbincangan Pekerjaan dan pendapatan : Berniaga/Guru Perniagaan Agama dan adat resam : Islam Hormat-menghormati Bertatasusila (selagi tidak bercanggah hukum agama) Sistem peraturan dan hukuman : Kuasa mutlak dari orang tua.Anak-anak akan patuh Kesalahan kedua baru menerima
Modul Penyuburan Diri Insan Guru - maktab perguruan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
TAJUK 1 ( KETRAMPILAN DIRI )
Latihan 1.1
1
Sosiosejarah
Amalan dan sub-budaya keluarga : Amal cara hidup sederhana Setiap keputusan mengambilkira banyak
aspek Setiap masalah akan diselesaikan dengan
cara perbincangan
Asal asul keturanan : Melayu
Lokasi tempat tinggal : Perkampungan Pinggir bandar
Bahasa dan amalan komunikasi : Bahasa Ibunda/Melayu Komunikasi dua hala Perbincangan
Pekerjaan dan pendapatan : Berniaga/Guru Perniagaan
Agama dan adat resam : Islam Hormat-menghormati Bertatasusila (selagi tidak bercanggah
hukum agama)
Sistem peraturan dan hukuman : Kuasa mutlak dari orang tua.Anak-anak
akan patuh Kesalahan kedua baru menerima hukuman
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.2
Apakah yang anda faham tentang kepercayaan? Berikan definisi anda dalam tidak
lebih dari 50 patah perkataan.
Kepercayaan atau apa yang kita percayai tentang sesuatu akan menentukan sikap kita
tentangnya, membentuk perasaan kita, mempengaruhi tindakan kita, membantu kita
melakukan sesuatu dengan sempurna atau tidak, berjaya atau gagal. “Kepercayaan”
tidak perlu menjadi seperti apa yang kita anggap tentangnya, yang perlu hanyalah kita
mempercayainya. Apa yang sebenarnya realiti, adalah berdasarkan pada apa yang kita
percayai, sama ada ia benar atau tidak.
Sebagai contoh pentingnya kepercayaan; bayangkan kita mempercayai sesuatu
tentang diri anda, sesuatu yang bertindak bertentangan dengan diri kita tetapi tidak
benar. Oleh kerana apa sahaja yang kita percayai tentang diri kita akhirnya akan
mempengaruhi apa yang kita lakukan. Apa yang menyebabkan kita percaya ? Adakah
kepercayaan kita muncul secara tiba-tiba ? Adakah kita sendiri yang menciptanya ? Dari
manakah kita mendapatnya ? Kepercayaan kita bukan satu kebetulan semulajadi.
Sebenarnya kepercayaan kita wujud disebabkan kita telah diprogramkan untuk
mempercayai. Lazimnya dari mula kita dilahirkan telah membentuk dengan kukuh dan
hampir tertanam kekal kebanyakan apa yang kita percayai tentang diri kita dan kita
percaya tentang apa yang berada dan berlaku di sekeliling kita. Apa yang kita percayai
telah diprogramkan, sama ada pemprograman tersebut betul atau salah, benar atau
palsu. Semuanya bermula dengan pemprograman kita. Pemprograman kitalah yang
menegakkan kepercayaan kita dan bermulalah rantaian tindak balas. Apa yang kita
terima dari dunia luar atau dimasukkan ke dalam diri kita, telah memulakan satu rantaian
2
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
tindak balas sebab dan akibat semulajadi yang tidak akan gagal membawa kita kepada
kejayaan atau kegagalan pengurusan diri, sumber dan masa depan kita. Logiknya apa
yang kita percayai menentukan sikap kita, mempengaruhi perasaan kita, mengarah
tingkah laku kita dan menentukan kejayaan dan kegagalan kita;
i) Pemprograman membentuk kepercayaan
ii) Kepercayaan membentuk sikap
iii) Sikap membentuk perasaan
iv) Perasaan membentuk tindak tanduk atau tingkah laku yang membentuk hasil
Begitulah cara otak kita berfungsi. Jika kita ingin menguruskan diri kita dengan cara
yang lebih baik dan mengubah hasil kita, kita boleh melakukannya pada bila-bila masa
yang kita mahu. Mulakan dengan langkah yang pertama, ubah pemprograman kita.
Secara globalnya, kepercayaan adalah satu keyakinan dan amalan kita terhadap
sesuatu perkara yang diikuti berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan pengalaman
serta tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama yang dianuti. Saya melihat aspek
kepercayaan ini lebih fokus kepada keagamaan. Keagamaan banyak mempengaruhi
kepercayaan saya terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan. Contohnya dalam
mendidik anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan.
3
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.3
Cuba anda fikirkan bagaimana proses sosialisasi di sekolah anda dan peranan
media massa mempengaruhi diri anda.
Proses sosialisasi adalah satu proses interaksi antara manusia. Ia juga
merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Ia terbahagi kepada
dua iaitu verbal dan nonverbal. Di sekolah proses ini berlaku sepanjang masa dalam
semua aktiviti contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mesyuarat,
taklimat dan sebagainya. Kerja berkumpulan akan menggalakkan lagi proses ini di
kalangan murid. Hubungan yang baik akan memudahkan lagi proses ini berlaku dalam
suasana harmornis, dipenuhi dengan kesabaran, kesopanan dan saling hormati-
menghormati antara satu sama lain. Sosialisasi mendatangkan pengaruh ke atas
sahsiah.
Media Massa adalah satu alat penyebaran maklumat yang berbentuk elektronik dan
media cetak. Contohnya televisyen, radio, surat khabar, majalah dan banyak lagi.
Peranan Media Massa amat penting dalam mempengaruhi proses sosialisasi di sekolah.
Media massa merupakan sumber ilmu saya. Di antara peranan media massa yang
mempengaruhi diri saya ialah:
Sebagai agen penambah ilmu pengetahuan
Sebagai agen pengaruh pemikiran
Sebagai agen memberi dan menyalurkan maklumat atau informasi yang
terkini
Sebagai agen mengubah persepsi saya dalam sesuatu perkara melalui
pemerhatian dan pengalaman.
4
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Peranan media massa banyak mempengaruhi diri saya terutama dalam komunikasi,
sikap (keterbukaan) cara berfikir dan penampilan. Media massa juga mempengaruhi
cara pergaulan dan minat saya. Secara ringkasnya peranan media massa banyak
mempengaruhi saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti :
Dalam kemahiran mengajar
Dalam kemahiran berkomunikasi secara lisan bukan lisan
Dalam kemahiran menjalinkan sesama manusia
Dalam kemahiran menggunakan computer sebagai media
Dalam kemahiran membuat kajian pendidikan
Dalam kemahiran menyediakan bahan P&P
Dalam kemahiran kemudahcaraan
Dalam kemahiran menangani masalah dan cabaran
Dalam kemahiran berusaha ke arah pembangunan kendiri
Apa yang perolehi dari pengetahuan membuatkan saya dapat menerima dan
mengakui kelemahan diri sendiri dan seterusnya belajar daripada kesilapan dan
memperbaikinya. Segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi melalui media massa
akan aplikasikan dalam kehidupan sebagai guru. Media massa dapat membantu saya
melancarkan dan menyempurnakan lagi tugas seharian.
5
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.4
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sikap ialah :
Faktor rakan sebaya – pergaulan dengan rakan sebaya amat kuat
mempengaruhi pembentukan sikap seseorang individu. Pengaruh ini amat besar
kesannya terutama kepada para remaja. Jika baik sikap rakan sebaya yang
digaulinya maka positiflah sikapnya dan sebaliknya.
Faktor pendidikan – faktor ini lebih memfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang. Jika pendidikan yang sempurna berterusan diberikan
oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan
tersebut.
Factor persekitaran – faktor ini amat luas skopnya termasuklah
keluarga,kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan
masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan hamornis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya.
Faktor Pengalaman - Pengalaman hidup dan kerja seseorang juga dapat
mempengaruhi sikapnya, sama ada ke arah yang lebih positif atau negatif.
Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perguruan
tentunya lebih memahami dan mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah
di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru yang masih lagi ‘mentah’ di
dalam bidang ini.
6
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.1.5
Bagaimana personaliti anda terbentuk, lakukan refleksi dan kaitkan dengan
peranan latar belakang sosiosejarah anda.
Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara
aspirasi dan nilai-nilai. Personaliti saya terbentuk daripada banyak aspek dalam
kehidupan iaitu :
Melalui agama yang dianuti iaitu Islam
Melalui pendidikan yang diterima
Melalui pengalaman hidup
Melalui jalinan hubungan dan komunikasi antara masyarakat.
Kebudayaan yang diamalkan
Rakan sebaya yang terdekat
Media massa yang menjadi sumber ilmu, pemerhatian dan penilaian.
Personaliti saya terbina hasil daripada ajaran agama yang dianuti iaitu Islam kerana
Islam ada segala-gala yang diperlukan yang lebih menjurus kepada kebaikan dan
kesederhanaan dalam kehidupan. Di samping itu, latar belakang sosiosejarah saya juga
membantu penampilan diri seperti keturunan, lokasi tempat tinggal, pekerjaan dan
budaya yang diamalkan dalam sistem kekeluargaan. Sosiosejarah keluarga saya
pencorak utama dalam membentuk personality saya.
7
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 1.2.1
Apakah kaitan guru dengan etiket social ?
Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan
perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan
mengikut kesesuaian semasa berinteraksi sesuatu majlis rasmi dan pergaulan
sehariannya. Guru adalah agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat.
Etiket sosial adalah untuk :
Kemahiran guru dalam etiket sosial merapatkan hubungan guru dengan pelbagai
lapisan mesyarakat dan seterusnya memudahkan lagi tugas seorang guru dalam meraih
jalinan kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Oleh itu, untuk mempertingkatkan
pengetahuan berkenaan prinsip-prinsip asas teori dan amalan dalam Tatacara Majlis
Sosial Etika dan Pengurusan Diri perlu dipraktikkan kerana ianya :
Dapat meningkatkan kemahiran dalam mengamalkan etika sosial dan
personaliti seorang guru.
Memberi lebih berkeyakinan dan bersikap positif terhadap gaya personaliti
seorang guru.
Dapat menerapkan nilai-nilai unggul di kalangan Penjawat Awam selaras
dengan keperluan Sektor Awam, Negara di alaf baru.
Seorang guru, kita mestilah melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran kerana guru akan menjadi idola kepada anak-anak muridnya serta
mesyarakat.
8
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Perlukah guru mengamalkan etiket sosial ?
Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu menguasai
etiket sosial. Guru yang mengamalkan etiket sosial merupakan platform untuk dirinya
dalam menyesuaikan diri dalam apajua keadaan yang dihadapinya. Guru merupakan
orang yang banyak berhadapan dengan situasi bersosial sama ada secara formal atau
tidak formal.
Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana dia berada.
Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah
menjadi satu kewajiban bagi guru-guru mengamalkan etiket sosial untuk melengkapi
profession perguruan.
9
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Siapa saya ?.
Saya adalah anak kelahiran Bumi Kenyalang (Sarawak) yang dilahirkan pada 3 Mei
1973 iaitu pada pagi jumaat kira-kira dalam jam 10.00 pagi. Ibu saya bernama Jinah
Binti Bujang dan Bapa saya pula bernama Ebni Bin Hj. Bujang. Ibu bekerja sebagai
tukang jahit segala jenis baju dan bapa saya pula adalah seorang guru agama dan
kemudian menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Selepas itu, beliau diberi
kepercayaan dan tanggungjawab oleh penduduk kampung saya sebagai Wakil
Penghulu.
Sejak kecil saya diasuh dengan didikan agama yang kuat oleh keluarga. Inilah
yang menjadi pegangan hidup ‘ Islam is the way of life, the true is only in Islam ’.
Selepas bapa pergi menyahut panggilan Illahi, saya dibesarkan oleh kakak sulung
sehingga kini. Saya berjaya menamatkan pengajian sehingga ke Universiti iaitu
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tanggal 4 Ogos 2001.
Selepas itu, saya berusaha mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapat
pekerjaan yang tetan dan menjamin masa depan. Berkat usaha dan kesabaran saya
akhirnya berjaya menjadi guru. Inilah cita-cita yang saya idamkan sejak dibangku
sekolah. Kini saya mempunyai satu tanggungjawab yang cukup berat untuk
dilaksanakan tetapi tidak mustahil untuk disempurnakan. Saya ingin melihat bangsa
saya berjaya mencipta nama yang baik bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di
peringkat antarabangsa.
10
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya ingin melahirkan generasi yang boleh menjunjung aspirasi negara.
Falsafah Pendidikan Guru menjadi garis panduan saya untuk merealisasikan aspirasi
negara dengan bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan dan berkhidmat kepada
masyarakat sejagat.
Dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini, saya perlu sentiasa bersedia dari
segi mentel dan fizikal untuk mengharungi apa jua cabaran terutama dalam dunia
pendidikan.. Saya adalah seorang guru yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan
mensyarakat dan menjadi pembangunan negara . Dengan ilmu dan kemahiran yag ada
pada saya, saya akan berusaha untuk merealisasikan Wawasan negara iaitu Wawasan
2020 yang menjadi inspirasi setiap masyarakat dalam yang inginkan pembangunan
yang seimbang. Saya juga adalah seorang guru yang akan berusaha untuk melahirkan
bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang..insya-Allah.
Membandingbezakan penampilan diri informal dengan penampilan diri
professional
Penampilan diri informal Penampilan diri profesional
Boleh bepakaian biasa
seperti T-Shirt
Gaya dan cara yang
dipamerkan tidak perlu formal dan
bersahaja.
Berpakaian kemas dan
bersopan.
Gaya dan cara yang
meyakinkan ketika berinteraksi dengan
masyarakat.
11
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Boleh menggunakan
bahasa pasar atau bahasa ibunda
masing-masing.
Menggunakan bahasa
formal ( BM dan BI ) dalam komunikasi.
TAJUK 2 ( KECEKAPAN PERSONAL )
TAJUK 3 ( PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG)
Latihan 3.1.1
Apakah tugas seorang guru?
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim,
muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan
nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa
dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
12
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Guru adalah pencorak utama dalam warna kehidupan seseorang manusia. Jika
putih warnanya maka baiklah masa depan dan sebaliknya. Tugas seorang guru
bukanlah semudah yang difikirkan oleh sesetengah orang. Tugas seorang guru amat
besar dan berat dilaksanakan. Bak kata pepatah ‘ berat mata memandang berat lagi
bahu yang memikul.’ Secara ringkasnya tugas dan tanggungjawab seorang guru dapat
dihuraikan seperti berikut:
Sebagai pendidik dan pembimbing
Sebagai pengajar
Sebagai pengamal ilmu
Sebagai pendisplin
Sebagai kaunselor
Sebagai ahli kaedah penilai
Sebagai agen sosialisasi
Sebagai agen perubahan
Di sini akan dihuraikan secara terperinci mengenai tugas dan yanggungjawab
seorang insan bergelar guru.. Guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru
yang mengamalkan etika keguruan yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan
secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik
personaliti mereka.
13
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Etika perguruan belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai
oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh
diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak
pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara
yang boleh dirumuskan ialah:
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Allah
1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada
Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam
dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya
dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Diri
1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan
14
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ilmu
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang
berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamanan umat manusia sejagat.
Tugas dan Tanggungjawab terhadap Profesion
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
15
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para
pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira
bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
16
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar
atau ahli- ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan
cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari
hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-
17
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan
atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
18
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,
kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
Tugas dan Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
19
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Mengapakah guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara Bangsa?
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat
percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia
telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal
betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran
melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive
terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak
bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam
teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin
kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin,
guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di
dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan
20
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu
tersebut.
Keupayaan kita untuk membentuk satu wawasan yang jelas tentang pendidikan
nilai dan moral banyak bergantung pada kebolehan kita untuk befungsi sebagai agen
yang adaptif, iaitu guru yang mempunyai daya kebolehubahsuaian diri yang tinggi.
Bagaimanapun, untuk menjadi agen adaptif dalam konteks bilik darjah, guru perlu
mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam tentang nilai, pedagogi, dan
psikologi pembelajaran. Dengan perkataan lain, sebarang usaha untuk membuat
reformasi terhadap pendidikan nilai di sekolah akan membabitkan satu usaha adaptif
daripada apa yang kita boleh laksanakan kepada apa yang kita perlu laksanakan.
Konsep perlu laksanakan mengimplikasikan bahawa pengetahuan para guru tentang
nilai dan pengajaran nilai ada1ah bersifat futuristik. Tanpa pengetahuan seperti itu,
proses adaptasi akan menjadi amat terbatas atau mungkin tidak dapat dilaksanakan.
Ringkasnya, adaptasi tidak akan menjadi satu realiti sekiranya kita tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang nilai dan pendidikan nilai.
Guru sebenarnya adalah agen perancang kepada pembangunan manusia dan
pemangkin kepada kecemerlangan bangsa dalam semua bidang. Tanpa guru tidak
mungkin kita dapat mencapai tahap yang kita nikmati kehidupan sekarang ini. Tugas
sebagai seorang guru banyak cabarannya. Setiap guru perlu mempunyai daya
ketahanan mentel dan fizikal. Guru dikatakan sebagai arkitek pembinaan Negara
Bangsa kerana melihat kepada tanggungjawabnya terhadap Masyarakat dan Negara
iaitu :
21
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality,
kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
Guru bertanggungjawab dalam melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang
dan terbilang pada masa yang akan datang. Oleh itu guru dikatakan sebagai arkitek
pembangunan Negara Bangsa kerana guru mempunyai pelbagai ilmu, kepakaran dan
22
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
kemahiran yang akan disalurkan kepada jutaan manusia di institusi pendidikan dari
peringkat rendah ke peringkat yang tertinggi.
Apakah yang anda faham dengan insan guru yang seimbang?
Guru yang mempunyai budi pekerti yang mulia dan mempunyai ilmu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan dan kesepaduan
dalan aspek keilmuan, kerohanian, kemahiran disertai rasa tanggungjawab terhadap
agama, bangsa dan negara akan membawa bangsa dan negara ke mercu
kecemerlangan dan kejayaan. Guru yang seimbang perlu mempunyai sifat-sifat seperti
berikut:
1.Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
23
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
24
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan
Falsafah Pendidikan Negara menegaskan tentang keperluan setiap pelajar untuk
menerima pendidikan yang bersepadu, dimana potensi pelajar yang membabitkan
semua aspek kehidupannya seperti aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial, dan rohani
dikembangkan ke tahap yang optimum. Jadi, fungsi pendidikan formal pada peringkat
rendah dan menengah adalah bukan sahaja perlu bertumpu kepada perkembangan
kognitif (aspek akademik), tetapi yang lebih utama ialah ianya perlu bertumpu kepada
aspek pertumbuhan, perkembangan, dan pembangunan keseluruhan diri (misalnya,
gabungan jasmani dan rohani) setiap pelajar. Insan guru seimbang adalah guru yang
mengamalkan dan mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Mampukah anda menjadi guru yang diharapkan oleh Negara?
Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap nilai dan gaya hidup seseorang warganegara, dan ianya dianggap
sebagai satu mekanisme yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat, dan
negara. Pendidikan, khususnya pendidikan nilai yang selaras dengan ajaran agama
(misalnya, pendidikan nilai yang berdasarkan keimanan dan kepercayaan kepada
Tuhan) telah wujud begitu lama sebelum pendidikan formal bermula di negara ini, dan
ianya terus mempunyai tempat yang istimewa sehingga hari ini walaupun kebelakangan
ini, kedudukan itu dicabar dengan hebat oleh amalan hidup yang bebas lepas. Namun
inilah cabaran yang harus dihadapi oleh setiap guru di Malaysia.
25
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Saya menceburi profesion perguruan kerana cita-cita sejak dari bangku sekolah.
Untuk merealisasikan aspirasi negara bukanlah satu tugas yang mudah tapi tidak
mustahil dilaksanakan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berpadu tenaga. Bak
kata pepatah ‘hendak seribu daya tak nak seribu dalih’. Berjuang sehingga terhenti
nafaz.
Matlamat Negara adalah satu tangungjawab yang wajib dilaksanakan. Saya
percaya bahawa dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang ada serta kerjasama
daripada semua pihak, saya mampu menjadi guru yang diharapkan oleh Negara. Masa
depan Negara terletak di tangan guru. Untuk menjadi guru yang diidamkan oleh Negara,
Falsafah Pendidikan Guru adalah menjadi rujukan dan matlamat saya untuk memenuhi
aspirasi Negara iaitu:
“Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisplin”
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
26
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.1
‘ungkapan insan guru seimbang’
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri
malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan
Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti
saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Insan membawa makna seseorang manusia yang mempunyai darjat dan kemuliaan
yang tinggi sisi Allah dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Guru membawa maksud
orang yang bertanggungjawab mendidik bangsanya ke arah kesempurnaan pendidikan
rohani dan jasmani.
27
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Istilah seimbang membawa merujuk penekanan yang sama diberi kepada
pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Guru insan
seimbang merupakan seorang individu yang bertanggungjawab, berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak tinggi, kepercayaan kepada Tuhan, berjiwa tenteram,
berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama dan tolong-menolong di antara
saru sama lain.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Dia juga berusaha untuk memajukan bangsa dan negara serta mempunyai
ketahanan diri untuk menangani pelbagai jenis cabaran hidup. Guru tersebut juga mesti
amanah dan sanggup berkorban untuk pembangunan, kesejahteraan dan kejayaan
bangsa dan Negara.
28
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.2.2
Sebagai tugasan, cuba anda senaraikan ciri-ciri guru progresif dan saintifik.
Guru yang progresif dan saintifik adalah guru yang diidamkan oleh semua pihak
bagi mengisi keperluan pendidikan Negara. Guru yang futuristic akan sentiasa menokok
tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar atau bengkel. Dengan itu,
guru tersebut sentiasa menyedari perkembangan baru dalam dunia pendidikan dan
dapat memanikan peranan sebagai innovator.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar
atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam
29
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun
pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di antara guru-guru yang progresif dan
saintifik secara ringkasnya adalah seperti berikut:
sentiasa bergerak dan maju ke depan
berpandangan jauh dan berpengetahuan luas dalam pendidikan
sentiasa menggunakan teknologi dan memperkayakannya dalam
pendidikan
menjadi penyumbang kepada ketamadunan teknologi
sentiasa menjunjung aspirasi Negara
peka terhadap perubahan persekitaran dan peredaran zaman
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut
tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi
dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada
kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran
umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah
bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan
teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa
yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru
dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang
dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan
30
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih
kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui
keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh
kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia
[ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran
serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di
negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.
Dalam Wawasan 2020 telah dinyatakan bahawa menjelang 2020 negara akan
melahirkan satu masyarakat yang bertunjangkan sains dan teknologi sebagai asas
utama dalam kehidupan selari dengan keperluan dunia masa kini. Cabaran tersebut
adalah cabaran Wawasan 2020 yang ke enam iaitu:
“Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif
dan sentiasa ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi
juga penyumbang utama kepada tamadun, sains dan teknologi pada masa hadapan ”
Latihan 3.3.1
Bincangkan lima prinsip etika kerja.
1. Niat yang betul – mempunyai nawaitu yang ikhlas amanah, jujur dan
bertanggungjawab agama dan tugas yang dilaksanakan.
31
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
2. Perlakuan yang baik – mempunyai budi pekerti yang luhur dan peribadi yang
mulia dalam diri dan mampu menyalurkan dalam masyarakatnya.
3. Penggerak ke arah kebaikan – sentiasa berusaha memajukan diri dan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadi pemangkin
kepada pembangunan dan kesejahteraan bangsa kearah kejayaan untuk dunia dan
kebahagiaan di akhirat.
4. Mengotakan yang dikota – tidak pernah bersikap hipokrit, apa yang telah
diikrarkan dan diamanahkan merupakan satu kewajipan yang harus dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya.
5. Berdisplin dan beradap – sentiasa berdisplin dan peraturan menjadi garis
panduan dalam menjalankan proses pendidikan. Mempunyai daya ketahanan dan
kawalan diri yang baik dan mempunyai jalinan perhubungan yang baik dalam
masyarakat.
Latihan 3.7.1
Jika guru mengamalkan semua nilai utama, obkejtif Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat dijadikan
kenyataan. Bincangkan.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami satu anjakan paradigma baru
dalam usaha melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan dengan
jayanya. Untuk mencapai hasrat murni ini, pengemblengan tenaga daripada semua
pihak amat diperlukan. Dalam masa yang sama, semua guru mestilah mengamalkan
32
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
nilai-nilai utama dalam etika kerja yang telah ditetapkan. Jika nilai ini yang menjadi
pegangan guru-guru, tidak mustahil hasrat murni kerajaan Malaysia akan menjadi
kenyataan.
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan
ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi
dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di
dalam sistem penyampaian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi
mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya
fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah
pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu
bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu
bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan
seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada
agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah
pendidikan negara.
33
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Kementerian Pendidikan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan bagi memenuhi wawasan menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (JPS: 2001). Data semasa telah menunjukkan
peningkatan jumlah pelajar antarabangsa mendapatkan pendidikan tinggi di Malaysia.
Pada tahun 2002, bilangan pelajar antarabangsa di IPTS Malaysia mencapai 22,827
orang, iaitu peningkatan sebanyak 69.4% berbanding dengan tahun 2001 seramai
13,475 orang (JPS: 2003).
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk
tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar
yang lebih menyeronokkan.
Anjakan Paradigam
Sehubungan dengan hasrat ini konsep sekolah bestari telah diperkenalkan dan
guru-guru pula haruslah memberi satu respons yang positif ke arah
mengimplementasikannya. Dalam situasi ini guru-guru harus membuat sedikit anjakan
paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan
strategi pengajaran begitu juga dalam amalan di bilik darjah:
“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma
dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas
34
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang
lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat
non-linear, dan lateral yang menggunakan budaya
“reflective rationality” dan yang “unreasonable”
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Dari petikan di atas membawa implikasi bahawa guru tidak seharusnya berpuas
hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru harus meneroka dengan lebih
giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan menyampai
ilmu.Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian
terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akhibat daripada
perkembangan teknologi dan perledakan maklumat.
Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &
Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua
golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar
tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang
boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan
sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media.
35
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam
sistem penyampaian.
Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan
mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya
perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah
berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan
sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem,
video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti
telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia. Walaupun
perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan
tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan
yang positif dalam proses pembelajaran.
Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap
sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.
Sekolah Bestari
Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi
pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap:
Pembelajaran berbudaya fikir
Pemusatan kepada pelajar
36
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Penggunaan pelbagai media secara bijak
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan .
“…… delivers education in a dramatically better
way to significantly enhance the achievement
of the goals of the National Philosophy of Education,
utilizing technology as the enabler,
and supported by appropriate people, skills, policies and
processes. It uses information to select and
implement effective tools and practices accompanied
by necessary organizational support and
continous professional development”
(Smart School task Force, May 1997)
Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar
dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu.
Pengajaran guru yang bersifat ‘pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara
menyeluruh dan seimbang.
37
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa
yang tepat merentasi kurikulum
Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara
eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran
berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan
tingkatan
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era
maklumat.
Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan
seperti:
Pendekatan berfokuskan pelajar
Pendekatan berfokuskan pembelajaran
Pendekatan berpusatkan pemikiran
Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih
bersifat :
Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
38
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan
memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja.
Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap
aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan
analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya,
mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan
minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati
hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan
pembelajaran.
Nilai-Nilai Utama Dalam Etika Kerja
39
Penyayang
Ikhlas
Dedikasi Bersyukur
Bijaksana
Benar
Amanah
Nilai-Nilai Utama
Etika Kerja
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Rumusan
Secara tuntasnya, hasrat negara untuk mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia akan
terlaksana jika semua guru di Malaysia mengamalkan sepenuhnya nilai-nilai utama
dalam etika kerja. Pendidikan di alaf baru juga hasil daripada perledakan dan
perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan
bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha
menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak
penyampaian yang berkesan dan bermakna.
Latihan 3.8.1
40
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang
berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitanan,
sentiasa bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah
pendidikan negara. Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran
serta mempunyai peribadi dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan
yang dibentuk mestilah mempunyai kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak
kesabaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas tanggungjawab yang jitu dan
tinggi.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan Dan
kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang
guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi menjalankan
tugas dengan cekap, guru hendaklah berupaya pelajaran yang menarik, bermakna serta
menyeronokkan murid-murid.
Dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru
mestilah memperolehi beberapa kemahiran keguruan seperti:
Kemahiran belajar
Kemahiran berfikir
41
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Kemahiran merancang
Kemahiran menyediakan bahan pengaaran pembelajaran
Kemahiran mengajar
Kemahiran mengurus
Kemahiran menilai
Kemahiran membuat kajian
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran mengendalikan aktiviti luar
Kemahiran menjalinkan hubungan sesama manusia
Kemahiran menangani cabaran atau masalah dan sentiasa berusaha ke arah
perbangunan kendiri
Latihan kendiri
42
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Seseorang yang profesional mestilah memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:
Dalam dunia yang sedang mengalami ledakan pengetahuan dan perkembangan
sains dan teknologi yang pesat, guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah
ilmu pengetahuan dan kemahiran. Zaman ini banyak menuntut para guru agar dapat
menampungi keperluan dalam bidang pendidikan. Guru yang bersikap professional
akan menjamin kesejahteraan dan dapat melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang
dan terbilang pada masa yang akan datang. Guru-guru yang profesional hendaklah
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Mempunyai kuasa pakar dalam perbagai kemahiran.
Mempunyai kebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara cekap dan
berkesan.
Mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan dan membuat keputusan dengan
bijak.
Mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelajaran atau maklumat dengan
cepat dan tepat serta berkesan.
Mempunyai komitmen dan kesungguhan yang kuat untuk mendidik anak bangsa.
Mempunyai kemahiran untuk membuat sebarang penilaian dengan tepat dan
benar.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Mempunyai kemahiran untuk mengguna teknologi dan menjadi penyumbang
kepada kemajuan dan pengkayaan sains dan teknologi.
Mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran dan mampu membuat
perubahan ke
Ke arah yang positif.
43
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Sebagai seorang guru yang profesional, guru tersebut mestilah mempunyai
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap bidang profesion perguruan. Di
antara tanggungjawabnya termasuklah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan
para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak
kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
44
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang
tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
45
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian
terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para
pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
46
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Latihan 3.8.2
Komunikasi berkesan merupakan satu ciri penting dalam profesion keguruan.
Huraikan maksud nya dalam satu muka surat.
Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat atau masej sama ada
secara lisan atau bertulis. Jika maklumat yang dihantar oleh penyampai dapat difahami
maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telahpun berlaku. Sebagai
seorang guru, adalah jelas bahawa kemahiran berkomunikasi amatlah mustahak.
Komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan
untuk menjalankan sesuatu kerja amali.
Ketika guru menulis di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid,
maka komunikasi bertulis telah berlaku. Dalam keadaan atau situasi sedemikian
komunikasi berkesan amat penting dalam profesion perguruan. Guru yang gagal
memperoleh komunikasi berkesan sama ada secara lisan atau bertulis, tidak akan
berupaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Komunikasi
juga merupakan suatu interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. Menurut Highet
pula, komunikasi adalah pemancaran idea dari satu pemiliran kepada pemikiran yang
lain. Oleh itu seseorang guru perlu menggunakan panduan ini sebagai sumber
memperolehi komunikasi berkesan iaitu:
Guna bahasa yang mudah difahami.
Kekalkan fikiran terbuka dan menerima idea-idea yang sesuai daripada murid.
47
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Wujudkan displin murid-murid dalam kelas. Kebisingan boleh menghalang
komunikasi berkesan.
Emosi guru hendaklah stabil, jika guru mengajar dalam keadaan marah
komunikasi berkesan akan terhalang.
Kikis prasangka terhadap murid-murid. Anggaplah mereka sebagai individu yang
berkebolehan kerana prasangkan tersebut boleh menghalang komunikasi.
Guru hendaklah mempercayai murid-murid. Kekurangan kepercayaan boleh
menghalang komunikasi.
Guru hendaklah mengelak amalan kutuk mengutuk murid kerana boleh
menjejaskan komunikasi.
Pastikan percakapan dan tingkah laku adalah sejajar. Jika guru hendak
menyampaik maklunat dengan serius guru tersebut mestilah tegas.
Pengajaran melibatkan komunikasi. Guru berkomunikasi kerana hendak
menyampaikan konsep, prinsip dan formula kepada murid-murid. Guru berkomunikasi
adalah untuk memudahkan murid-muridnya memperolehi ilmu pengetahuan,
membentuk sikap yang positif dan mendapatan kemahiran. Oleh itu, komunikasi yang
berkesan amat penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif.. Justeru itu, guru hendaklah mempelajari dan sentiasa berlatih agar
dapat berkomunikasi dengan sempurna.
Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaan, komitmen
dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang
menega mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang
dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang
48
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja
komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan.
Komunikasi ini boleh digalakkan oleh guru kalau dia bersungguh – sungguh
meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang
dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang
dicadangkan murid. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak
orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada
orang yang komited lagi kreatif.
49
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Latihan 3.8.3
Huraikan ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seseorang guru?
Personaliti adalah sebenarnya merujuk kepada psikologi seseorang individu secara
keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecergasan, sentiment, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Menurut Kagan, J, dan Segal, J. (1988)
menakrifkan personality sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang
merangkumi cara dia berfikir, berasa, tingkah laku dan cara berhubung dengan alam
sekitarnya.
Guru adalah idola kepada masyarakat. Oleh itu guru-guru hendaklah
mempunyai personaliti yang baik dan unggul untuk dipamerkan dan seterusnya diikuti
oleh masyarakat. Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru dapat huraikan
seperti berikut:
Mempunyai ilmu untuk keperluan semasa di dunia dan ilmu tuntutan untuk
akhirat.
Berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
Mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membangunkan anak bangsa.
Sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Bijak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Mempunyai kemahiran untuk menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat.
Sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan persekitaran.
Sabar dan tabah menghadapi cabaran yang dialami.
50
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
Soalan Tutorial
Latihan 1
Huraikan intepretasi anda mengenai Modal konseptual Pendidikan Guru,
Bahagian Pendidikan Guru.
Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan
masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita
boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan
peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh
menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-
ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan
nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh
menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.
Model konseptual Pendidikan guru telah menjadi sumber rujukan utama dalam
perancangan program pendidikan guru. Ia bermatlamat untuk membentuk dan
melahirkan guru yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan negara. Model
tersebut berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.
Model tersebut menggambarkan hasrat untuk melahirkan dan membentuk insan
guru seimbang dan harmonis dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani berpaksikan kepercayaan kepada tuhan. Istilah seimbang membawa merujuk
penekanan yang sama diberi kepada pembangunan mental, rohani, emosi dan jasmani
51
ROHANI PENGETAHUAN NILAI
INTELEK EMOSI
KEMAHIRAN
JASMANI
KEMASYARAKATAN
KETUHANAN
KENDIRI
Model Konseptual Pendidikan Guru
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU(Guru Dan Pengurusan Diri)
secara bersepadu. Guru insan seimbang merupakan seorang individu yang