Top Banner
1 PROSEDUR TETAP OPERASI PEMANTAUAN DAN PENYIASATAN AKTIVITI-AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA JULAI 2014
22

prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

May 07, 2023

Download

Documents

Khang Minh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

1

PROSEDUR TETAP OPERASI

PEMANTAUAN DAN PENYIASATAN AKTIVITI-AKTIVITI

PEMBAKARAN TERBUKA

JULAI 2014

Page 2: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

2

PROSEDUR TETAP OPERASI UNTUK PEMANTAUAN DAN PENYIASATAN KES

PEMBAKARAN TERBUKA

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Prosedur Tetap Operasi (SOP) ini bertujuan untuk mewujudkan satu

mekanisme bagi menjalankan tindakan pemantauan dan penyiasatan

ke atas kes pembakaran terbuka di dalam Operasi Mencegah

Pembakaran Terbuka (OMPT).

1.2 SOP ini merangkumi tindakan yang perlu diambil dari peringkat

pengesanan kebakaran di awal kejadian serta penyaluran maklumat ke

agensi yang berkaitan untuk tindakan susulan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 SOP ini adalah bertujuan:

i. Sebagai panduan bagi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri untuk

menyalurkan maklumat mengenai pembakaran terbuka yang

diperolehi dengan segera dan tepat bagi membolehkan tindakbalas

yang cepat dapat diambil bagi mengawal atau memadam

kebakaran;

ii. Memperincikan tindakan yang perlu dilakukan oleh Pasukan

Peronda/Penguatkuasaan di dalam menjalankan pemantauan dan

penyiasatan; dan

iii. Menyediakan laporan serta maklumat terkini status

penguatkuasaan yang telah dijalankan kepada pihak pengurusan;

Page 3: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

3

3.0 PEMAKAIAN

3.1 Pemakaian SOP ini adalah terpakai di bawah:

i. Seksyen 29A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974

ii. Seksyen 29(B) AKAS 1974

iii. Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun

Kesalahan-Kesalahan) (Pembakaran Terbuka) 2000

iv. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diisytiharkan)

(Pembakaran Terbuka) 2003

4.0 PROSEDUR TETAP OPERASI (SOP)

4.1 SOP ini merangkumi langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua

JAS Negeri dalam memantau dan menyiasat hotspot serta kes-kes

pembakaran terbuka.

5.0 OPERASI PEMANTAUAN

5.1 JAS Negeri perlu melaksanakan program pemantauan bagi mencegah

pembakaran terbuka seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan

Mencegah Pembakaran Terbuka Negeri yang perlu dikemaskini setiap

tahun dan keperluan pelaporan harian ke Ibu Pejabat.

5.2 JAS Negeri juga perlu memastikan sebarang pelanggaran kepada

Seksyen 29A dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang

Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003 diambil tindakan

sewajarnya.

5.3 Bagi operasi pemantauan pembakaran terbuka aktiviti berikut

dilaksanakan :

Page 4: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

4

i. Rondaan Darat

Program Rondaan Darat perlu dijalankan pada setiap hari

termasuk hujung minggu dan cuti umum apabila Pelan Tindakan

Mencegah Pembakaran Terbuka diaktifkan oleh JAS Ibupejabat.

Walau bagaimanapun pengaktifan Pelan ini oleh JAS Negeri

boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa

negeri terbabit terutamanya ketika cuaca kering dan berjerebu.

ii) Pemantauan Melalui Udara

Pemantauan melalui udara dilaksanakan berdasarkan Jadual

Penerbangan yang disediakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam

Sekitar. Semua program perlulah direkod dan dilaporkan

mengikut SOP Pemantauan Pencemaran Alam Sekitar Melalui

Udara.

6.0 KAWASAN PEMANTAUAN

6.1 Kawasan pemantauan pembakaran terbuka boleh ditentukan

berdasarkan maklumat – maklumat berikut:-

i) Kedudukan titik panas dalam modul hotspot dari Portal GIS.

ii) Kawasan yang mudah terbakar (fire prone area),

iii) Kawasan yang berpotensi terbakar;

iv) Kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka: dan

v) Indeks Cuaca Kebakaran (FWI) dari Sistem Risiko Bahaya

Kebakaran (FDRS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi

Malaysia. boleh digunakan sebagai panduan bagi merancang

program rondaan harian. Bilangan rondaan mengikut FWI

adalah seperti di Jadual 1.

Page 5: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

5

Jadual 1: Indeks Cuaca Kebakaran

Indeks

(Warna) Risiko Tindakan

0-1 (Biru) Rendah Rondaan dibuat 2 minggu sekali

2-6 (Hijau) Sederhana Rondaan dibuat sekali seminggu

7-13 (Kuning) Tinggi Rondaan kerap akan dibuat

>14 (Merah) Berbahaya Tindakan Pencegahan perlu diambil

7.0 OPERASI PENYIASATAN

7.1 Tindakan–tindakan yang perlu diambil bagi menjalankan siasatan

mempunyai 3 peringkat iaitu:

i) Persediaan awal sebelum siasatan di lapangan

ii) Semasa siasatan di lapangan

iii) Selepas siasatan

8.0 PERSEDIAAN AWAL SEBELUM SIASATAN DI LAPANGAN

8.1 Sebelum sesuatu siasatan kes pembakaran terbuka dijalankan

beberapa perkara berikut perlulah diberi perhatian agar siasatan yang

akan dijalankan menghasilkan satu keputusan yang berkualiti.

8.1.1 Peralatan

Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut: a) Kamera (filem dan bateri)

b) Kompas

c) GPS

d) Alat percontohan seperti ”hand auger”

e) Botol-botol percontohan

Page 6: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

6

f) Peralatan materi

g) Teropong

h) Penanda bernombor

i) Sarung tangan

8.1.2 Dokumen

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;

a) Buku Akta 127

b) Kad Kuasa

c) Borang percontohan

d) Borang laporan kes pembakaran terbuka

e) Dairi siasatan

f) Borang selongkar

j) Borang rakaman percakapan

k) Field Citation

l) Buku kompaun

m) Surat kelulusan pembakaran terbuka

n) Peta Jalan, Peta Topo, Mobilegu(PDA)

o) Maklumat dari Portal GIS (cth: Lot, jalan)

8.1.3 Anggota/Kenderaan

Semua siasatan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua

orang pegawai. Kenderaan yang perlu digunakan adalah

kenderaan pejabat. Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan

anggota itu sendiri. Pegawai perlu bersedia untuk melakukan

tangkapan mengikut SOP Bagi Kes Tangkapan Di Bawah

Seksyen 37C AKAS 1974.

Perbincangan dan pembahagian tugas-tugas sesama pegawai

perlu dijalankan bagi melancarkan proses siasatan.

Page 7: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

7

9.0 SEMASA SIASATAN DI LAPANGAN

9.1 Pegawai penyiasat perlu menjalankan penyiasatan dengan seberapa

segera yang boleh.

9.2 Prosedur Memasuki Premis

9.2.1 Di bawah Seksyen 38 AKAS 1974 memperuntukkan kuasa

pegawai yang diberikuasa untuk memasuki mana-mana premis

TANPA WARAN. Pegawai penyiasat perlu menunjukkan kad

kuasa serta menjelaskan kepada pihak yang terbabit kuasa

tersebut dan mematuhi prosedur atau peraturan premis seperti

mendapatkan pas pelawat, merekod nama di buku keluar

masuk premis dan menggunakan pakaian keselamatan jika

diminta.

9.2.3 Walau bagaimanapun jika prosedur pihak premis adalah

bertujuan untuk melambat-lambatkan siasatan atau melupuskan

bahan bukti seperti memadam kebakaran atau menimbus sisa

kebakaran, pegawai penyiasat perlulah tegas terhadap pihak

premis dan terus mendapatkan bahan-bahan bukti tersebut

dengan segera.

9.2.4 Bagi siasatan pembakaran terbuka di lapangan, pasukan

penyiasat perlu peka kepada persekitaran di lapangan.

Tangkapan hendaklah dibuat apabila mendapati orang yang

sedang melakukan pembakaran terbuka. Prosedur tangkapan

hendaklah mengikut SOP Bagi Kes Tangkapan Di Bawah

Seksyen 37C AKAS 1974.

Page 8: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

8

9.3 Pengumpulan Bahan Bukti

9.3.1 Bahan-bahan bukti semasa siasatan haruslah cukup dan

lengkap. Berikut adalah bahan-bahan bukti yang perlu

dikumpulkan oleh pasukan penyiasat:-

a) Maklumat Asas

Maklumat berkaitan kes seperti tarikh, masa, lokasi, jenis

bahan yang dibakar, saiz pembakaran, bilangan longgok

pembakaran, keadaan api/asap, saksi kebakaran dan

orang yang membakar.

b) Lokasi Pembakaran Terbuka

Peralatan seperti GPS digunakan untuk menentukan

lokasi pembakaran terbuka. Bagi setiap lokasi/ longgokan

pembakaran terbuka yang telah dikenalpasti, sekurang-

kurangnya empat (4) titik koordinat penjuru perlu

direkodkan dan gambar dirakam di setiap titik tersebut.

Lakaran jarak antara titik-titik juga perlu direkodkan.

Tentukan arah angin.

Bagi mendapatkan bukti yang kukuh, kenyataan dari

pihak yang pakar di dalam penentuan sesuatu lokasi

haruslah diperolehi. Pada kebiasaannya rakaman

percakapan dari Pegawai Penempatan (SO) Pejabat

Tanah haruslah dilakukan. Maklumat seperti No Lot

tanah dan pemilik akan di perolehi daripada kenyataan

tersebut. Sebaik-baiknya siasatan susulan ke lokasi

bersama SO Pejabat Tanah di lakukan sebelum rakaman

percakapan dibuat .

Page 9: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

9

Jika terdapat keraguan dalam penentuan lot tanah, maka

pengesahan lot tersebut boleh dirujuk kepada JUPEM.

Pengesahan lot tanah tersebut perlu mempunyai

tandatangan pegawai JUPEM.

c) Merakam Gambar foto:

Gambar foto adalah sebagai bahan bukti yang paling

utama bagi kes pembakaran terbuka. Pasukan penyiasat

perlu mematuhi ATOP- Siri III (Prosedur Rakaman,

Pengendalian Dan Penyimpanan Keterangan Gambar

Digital). Adalah penting untuk mengambil perhatian

kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa

merakam gambarfoto:

i) Papan tanda premis/projek;

Bagi pembakaran di dalam kawasan premis yang

berbentuk bangunan, gambar yang diambil

mestilah mengandungi tempat berlakunya

kebakaran dan berlatarbelakang bangunan

tersebut dengan jelas. Jika kawasan pembakaran

adalah kawasan ladang atau kawasan lapang.

Gambar latarbelakang haruslah mengandungi

tanda-tanda kekal seperti jalanraya, parit, pokok

besar, menara TNB dan sebagainya;

ii) Gambar dekat hendaklah diambil di tempat

pembakaran yang menunjukkan dengan jelas

bahan-bahan yang dibakar dan juga asap yang

dihasilkan oleh pembakaran tersebut; dan

Page 10: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

10

iii) Penanda bernombor hendaklah diletakkan di tepi

setiap longgokan kebakaran. Gambar yang

dirakam hendaklah menunjukkan penanda

bernombor dan longgokan kebakaran bersekali.

d) Persampelan Bahan Yang Dibakar

Sampel bahan-bahan yang dibakar hendaklah diambil

menggunakan alatan yang bersesuaian seperti `hand

auger’ dan disimpan sebagai bahan bukti. Penyimpanan

bahan-bahan yang telah terbakar seperti kayu, plastik,

kertas dan sebagainya haruslah mengikut tatacara

penyimpanan bahan bukti yang lain.

Pencontohan bahan bukti adalah penting bagi

menyokong keterangan berkaitan kejadian kebakaran

tersebut. Namun bahan bukti ini tidak perlu dihantar ke

makmal kimia untuk analisa.

e) Pelan Lakar

Pelan lakar hendaklah disediakan oleh pembantu

pegawai penyiasat. Ia hendaklah dibuat dengan tulisan

tangan dan perlu disahkan oleh pembuatnya beserta

tarikh pelan tersebut dibuat. Pelan lakar tersebut

hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

- Kedudukan tempat kebakaran. Perlu ditunjukkan

nombor penandaan yang digunakan semasa

rakaman foto dibuat.

- Kedudukan tanda-tanda kekal seperti jalanraya,

parit, papan tanda, bangunan dan lain-lain

Page 11: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

11

- Arah gambarfoto diambil

- Jarak antara titik-titik

- Arah tiupan angin

- Petunjuk pelan

Gambaran pelan lakar yang menunjukkan koordinat yang

diambil dan anggaran jarak.

Sebaiknya tidak dituliskan makna-makna di dalam pelan

tersebut seperti parit, bangunan dan sebagainya tetapi

hendaklah di tandakan dengan warna pen yang berbeza

menunjukkan maksudnya. Semua makna-makna

hendaklah ditunjukan di kekunci pelan.

f) Saksi

Maklumat saksi-saksi di tempat kejadian hendaklah

direkodkan. Rakaman percakapan ke atas saksi-saksi

ditempat kejadian hendaklah dijalankan. Teknik rakaman

Anggaran jarak

Page 12: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

12

percakapan perlulah betul dan lokasi rakaman yang

hendak dibuat mestilah selesa bagi kedua pihak.

Pastikan saksi adalah saksi sahih dan perlu dijelaskan

kepada saksi tanggungjawab serta kemudahan yang

diperuntukan kepada seseorang saksi.

Jika tiada sesiapa di tempat kejadian, dapatkan

maklumat daripada penduduk berhampiran tempat

berkenaan.

g) Maklumat sokongan

Pasukan penyiasat dikehendaki mengambil salinan (perlu

disahkan oleh pembuat) atau yang asli apa-apa dokumen

yang berkaitan dengan kes seperti geran tanah, lesen

perniagaan dan sebagainya. Semua maklumat yang

diambil haruslah direkodkan dalam borang selongkar dan

di sahkan oleh pemilik atau wakil pemilik dokumen

tersebut.

h) Elemen pembelaan (Seksyen 29C, AKAS 1974)

Pasukan penyiasat perlu menilai kawasan persekitaran

untuk menjelaskan kegunaan tanah serta memastikan

langkah kawalan yang mungkin ada iaitu elemen

pembelaan wujud atau tidak. Pastikan semua elemen

pembelaan diteliti dan dicatitkan.

10.0 SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA BAGI AKTIVTII YANG

DIISYTIHARKAN

10.1 Bagi aktiviti yang mendapat kelulusan bertulis hendaklah dipastikan

mematuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dalam surat kelulusan.

Page 13: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

13

Pembakaran terbuka ke atas aktiviti yang diisytiharkan hendaklah

mengikut syarat-syarat pengendalian di dalam Perintah Kualiti Alam

Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Yang Diisytiharkan) (Pembakaran Terbuka)

2003.

11.0 PEMADAMAN KEBAKARAN

11.1 Pihak BOMBA hendaklah dihubungi bagi memadam kebakaran. Bagi

kes-kes kebakaran di kawasan ladang, industri, tapak pembinaan,

tapak pelupusan sampah dan sebagainya, pemilik hendaklah

membantu aktiviti pemadaman.

12.0 SELEPAS SIASATAN

12.1 Laporan Siasatan

Laporan siasatan perlu disiapkan dalam tempoh seperti yang

dinyatakan dalam ATOP-Siri I (Prosedur Tetap Operasi

pemeriksaan Dan Siasatan). Bagi penyiasatan kes-kes kecemasan

dan aduan berprofil tinggi, SOP Komunikasi Dalaman Kes

Kecemasan Alam Sekitar perlu dipatuhi.

12.2 Tindakan Penguatkuasaan

i. Field Citation

Dikeluarkan bagi kes-kes yang mana hanya kesan pembakaran

sahaja dapat dikesan

ii. Notis

Bagi kes yang hanya kesan pembakaran ditemui dikawasan premis

perniagaan, premis kilang, kawasan pembinaan dan ladang

Page 14: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

14

iii. Kompaun

Pengeluaran kompaun dikeluarkan apabila pembakaran terbuka

dikesan dan dibuat mengikut Garispanduan Nilai Tawaran

Kompaun, Tatacara Pembayaran Dan Rayuan Ke Atas Tawaran

Kompaun.

iv. Kertas Siasatan

Bagi kesalahan yang serius dan berulang, keetas siasatan perlu

dibuka mengikut ATOP- Siri V (Penyediaan Kertas Siasatan)

Adalah menjadi tanggungjawab JAS Negeri membuat pemantauan

susulan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) ke atas kes-kes

yang dirujuk dan didaftarkan. Semua status kes dalam penyediaan

kertsa siasatan untuk tindakan mahkamah perlu dilaporkan kepada

Pengarah dan JAS Ibu Pejabat dan ianya perlu direkodkan dalam

Modul Mahkamah dalam Sistem E-KAS.

13.0 PELAPORAN STATUS KES KEPADA JAS IBU PEJABAT

13.1 JAS Negeri hendaklah mengemukakan laporan kepada JAS Ibu

Pejabat SETIAP HARI mengenai kes-kes siasatan pembakaran

terbuka yang berlaku. Laporan perlu dikemukakan mengikut format

seperti yang ditetapkan.

14.0 Pelaporan Siasatan Pembakaran Terbuka

14.1 Laporan yang dikemukakan ke Ibu Pejabat hendaklah mengikut masa

yang telah ditetapkan seperti berikut :

Page 15: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

15

i. Laporan rondaan harian yang dikesan oleh maklumat hotspots

hendaklah dikemukakan dalam tempoh selewat-lewatnya 24

jam setelah menerima kes hotspot menggunakan Borang

JAS/PT/LH 001-14

ii. Laporan Harian Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka

(OMPT) yang dijalakan oleh Pasukan Peronda JAS perlu

dikemukakan sebelum jam 5.00 petang hari operasi dijalankan

menggunakan Borang JAS/PT/LH 001-14;

iii. Laporan Bulanan Status Pengaktifan Pelan Tindakan

Pembakaran Terbuka Negeri- sebelum 10 haribulan bagi bulan

berikutnya menggunakan Borang JAS/PT/PB/002-14.

iv. Laporan Pemantauan Melalui Udara perlu dikemukakan dalam

tempoh selewat-lewatnya 24 jam selepas penerbangan

dijalankan. Sekiranya terdapat kes pencemaran yang dikesan

semasa penerbangan, siasatan dan tindakan hendaklah

dijalankan serta merta dan laporan siasatan dihantar ke Ibu

Pejabat. Pemantauan melalui udara hendaklah mengikut SOP

Pemantauan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Udara.

15.0 KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAKARAN TERBUKA

15.1 JAS Negeri juga perlu mengemaskini maklumat pembakaran terbuka

dan status terkini kes pembakaran terbuka termasuk kes hotspot ke

dalam sistem E-KAS modul pembakaran terbuka selewat-lewatnya

24 jam dari tarikh siasatan dijalankan.

15.2 Kes pembakaran terbuka yang telah dimasukkan ke dalam ssitem E-

KAS perlu dikemaskini dari masa ke semasa terutamanya jika

terdapat tindakan penguatkusaan diambil ke atas kes berkenaan.

Page 16: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

16

6.0 PERANAN AGENSI/ ORGANISASI

6.1 SOP ini memerlukan penglibatan pelbagai agensi bagi melicinkan

operasi dan memastikan keberkesanannya. Tanggungjawab setiap

agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

AGENSI/ANGGOTA TUGAS/TANGGUNGJAWAB

Majlis Keselamatan Negara

(MKN)

Penyelaras (Arahan MKN 20)

Bahagian Udara

Ibu Pejabat Jabatan Alam

Sekitar

Memantau maklumat hotspots yang

disediakan oleh Seksyen GIS Ibupejabat

agar ianya dapat disalurkan ke JAS

Negeri mengikut prosedur yang telah

ditetapkan.

Membuat analisa dan menyediakan

laporan untuk pihak atasan

Memberi khidmat nasihat kepada

anggota Bilik Operasi Ibupejabat tentang

tindakan yang perlu dilakukan.

Menyediakan pesawat untuk kemudahan

penerbangan anggota JAS dan agensi

yang terlibat.

Seksyen GIS Ibupejabat Menyediakan maklumat hotspots dan

mengemukakan maklumat tersebut

kepada JAS negeri berkaitan melalui e-

mail sebelum jam 8.00 malam pada

setiap hari.

Page 17: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

17

Membekalkan maklumat lognitud dan

latitud/ maklumat lot tanah dan guna

tanah seperti dalam Aplikasi Hotspots

dalam Portal GIS.

Bilik Operasi Ibupejabat

(Waktu bertugas 24 jam)

Menerima dan merekod maklumat /

aduan berkaitan pembakaran terbuka dan

seterusnya menyalurkan maklumat/aduan

tersebut dengan SERTA MERTA ke Bilik

Operasi JAS negeri yang berkenaan

melalui fax atau menghubungi terus

anggota pasukan OMPT melalui telefon

tangan.

Memaklumkan kepada BOMBA untuk

kerja-kerja pemadaman

Bilik Operasi JAS Negeri

(Waktu bertugas 07.30am-

17.00pm bergantung kepada

keadaan musim)

Menerima dan merekod

maklumat/aduan/maklumat Bilik Operasi

Ibu pejabat dan seterusnya menyalurkan

maklumat tersebut kepada pasukan

peronda OMPT untuk tindakan

selanjutnya

Memaklumkan kepada BOMBA untuk

kerja-kerja pemadaman

Pasukan Peronda Jabatan

Alam Sekitar Negeri

Membuat rondaan mengikut zon yang

telah ditetapkan bagi mengesan

pembakaran terbuka

Menerima maklumat pembakaran terbuka

seterusnya menjalankan siasatan dengan

SERTA MERTA

Page 18: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

18

Menjalankan siasatan dengan

menyeluruh mengikut prosedur yang

telah ditetapkan.

Menghubungi pihak BOMBA untuk

bantuan memadam kebakaran

Memberi maklumbalas kepada Bilik

Operasi yang berkenaan

Meminta bantuan POLIS jika terdapat

masalah keselamatan

Mengambil tindakan penguatkuasaan

dengan SERTA MERTA jika pihak yang

bertanggungjawab ke atas kes

pembakaran terbuka ada di tempat

kejadian.

Mengikuti Prosedur Kerja

Penguatkuasaan Ke Atas Aktiviti

Pembakaran Terbuka semasa

menjalankan siasatan.

Bomba Memadam kebakaran

PDRM Memberi bantuan keselamatan kepada

anggota JAS

TPR Menyemak kertas siasatan dan

mengeluarkan Izin mendakwa

6.2 Setiap JAS Negeri perlu meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi

mengawal punca-punca pencemaran udara terutama aktiviti pembakaran

terbuka dengan mengakltifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran

Page 19: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

19

Terbuka serta Prosedur Tetap Operasi Untuk Mencegah Kebakaran Di Tanah

Gambut di peringkat negeri masing-masing apabila keadaan cuaca panas

dan kering. Carta alir bagi menghadapi musim panas dan kering adalah

seperti di LAMPIRAN A

17.0 DOKUMEN YANG BERKAITAN

17.1 SOP ini menyokong dan memperkukuhkan pelan-pelan tindakan dan

SOP sedia ada iaitu seperti berikut:

i) Prosedur Tetap Operasi Untuk Melaksanakan Program

Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut

ii) Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP)

iii) Garis Panduan Nilai Tawaran Kompouan, Tatacara

Pembayaran Dan Rayuan Kompaun (JAS: 2014)

iv) Prosedur Tetap Operasi Pemantauan Pencemaran Alam Sekitar

Melalui Udara

Page 20: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

20

JAS/PT/LH 001-14

OPS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA TAHUN ___________

LAPORAN OPS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (HARIAN)

TARIKH : NEGERI :

Lokasi/Alamat

Tarikh Laporan

Pertama Kali Diterima

Tarikh Siasat

*Dikesan Oleh

**Jenis Saiz

Kebakaran (Anggaran)

Tindakan Penguatkuasaan Oleh

JAS

Tindakan Memadam Kebakaran

Status/Catatan

A - Unit Peronda JAS

** L - Ladang (Kelapa Sawit atau Getah ) P - Pertanian (sawah padi, pekebun kecil)

B - Unit Udara Polis (UUP)

B - Belukar C - Aduan diterima oleh Unit Bilik Kawalan IP

H - Hutan

D - Hotspot

TP - Tapak Pelupusan Sampah

E - Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat

I - Industri F - Aduan Diterima oleh JAS Negeri

TB - Tapak Pembinaan

LL - Lain-lain

Nyatakan jika pembakaran dikawasan tanah gambut

Page 21: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

21

JAS/PT/PB/002-14

PELAPORAN PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN PEMBAKARAN TERBUKA

JAS NEGERI : _______________________ BULAN : _______________________ TARIKH PENGAKTIFAN PELAN: _____________________ (i) Rondaan darat

Aktiviti Jumlah

Bilangan rondaan

(ii) Program kesedaran dan pendidikan

Bil Jenis Kempen Tarikh Kumpulan sasaran

(iii) Pengeluaran surat-surat arahan mengawal pembakaran terbuka

Bil Syarikat/Agensi Tarikh

(iv) Kelulusan pembakaran terbuka

Bil Syarikat/Agensi Tarikh Aktiviti

(v) Ulasan …………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

Disediakan oleh :……………………… Disemak oleh : …………………….

Nama :……………………… Nama : ………………………

Jawatan : …………………….. Jawatan : Pengarah/KPP

Tarikh : ……………………. Tarikh : …………………….

Page 22: prosedur tetap operasi pemantauan dan penyiasatan aktiviti ...

21

LAMPIRAN B CARTA ALIR TINDAKAN BAGI MENGHADAPI KEADAAN

CUACA PANAS DAN KERING

Masukkan/kemaskini laporan pembakaran terbuka harian ke dalam sistem eKAS Modul

Pembakaran Terbuka

Tren IPU meningkat

meningkatmeningkat

Laporan pembakaran terbuka

Aras air

saliran tidak

mencukupi

Aras air saliran mencukupi

JAS IBU PEJABAT

JAS NEGERI

Menggerakkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka JAS Negeri

JPS JMG Jabatan PerhutananJ

P Sarawak * Rujuk SOP Pemantauan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Udara

* Rujuk SOP Pemantauan &

Penyiasatan Aktiviti-Aktiviti

Pembakaran Terbuka Pemantauan saliran dan check dam

Pemantauan tube well

Pemantauan menara tinjau

Cuaca panas dan kering

Untuk

Makluman

Cuaca normal

Permohonan untuk penerbangan

Mengaturkan jadual penerbangan

JAS NEGERI

Mengaktifkan Prosedur Tetap Operasi Untuk Melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut

Pemantauan berterusan saliran

dan check dam

Perlu bincang dengan JMG samada pengepaman air boleh dilakukan

Kawalan di menara tinjau secara berjadual

RELA

SYARIKAT PENERBANGAN SWASTA

PERONDA JAS

Tindakan

Maklumbalas

Semak tren IPU

Tren IPU menurun

JAS NEGERI

Untuk Makluman

* Dokumen sediada

Nota:Jika ada kebakaran, air tube well dipam untuk pemadaman

Laporan amaran awal musim panas dan kering daripada JMM