[KAJIAN TINDAKAN] 2014 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi pendidikan yang memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang pendidikan khas kanak-kanak istimewa. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Selain berkomunikasi secara lisan ataupun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis ini mengabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercor, Lenz dan Hoffman (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
[ ] 2014
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam sistem operasi pendidikan yang
memerlukan formula sistem pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan kanak-
kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak
istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak
pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil
untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat
dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya
diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang
pendidikan khas kanak-kanak istimewa.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Selain berkomunikasi secara lisan ataupun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi
melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi
dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang
melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis ini mengabungkan aspek-aspek visual,
motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep.
Menurut Hughes, Mercor, Lenz dan Hoffman (1991) tulisan juga adalah saluran
utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran
akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai
media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis
dahulu dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan
orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa
1
[ ] 2014
sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.
Kebanyakkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan
mekanis ataupun tulisan mentalis.
Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya memulakan pengajaran kelas
dengan menjalankan pengajaran pertama berkenaan dua kemahiran utama iaitu membaca
dan menulis terhadap murid-murid kelas Harmony Enam. Pada 13 Julai 2014, penyelidik
menjalankan pengajaran tersebut kepada kesemua ahli kelas iaitu seramai enam orang.
Semasa peringkat awal pengajaran tersebut, semua murid dapat mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dengan baik, namun apabila tiba pada langkah yang ketiga dalam
pengajaran tersebut iaitu menulis, dua orang murid ini mula menunjukkan kelemahan.
Murid mula menulis huruf secara terbalik dan bentuk huruf yang ditulis tidak sama
seperti yang ditulis oleh rakan-rakan lain. Selain daripada itu, pada bahagian nama di
muka surat hadapan lembaran kerja yang diberikan, nama yang ditulis adalah terbalik
daripada nama asal mereka. Sebagai guru, saya ingin memastikan masalah yang yang
dihadapi oleh kedua-dua orang murid ini untuk mencari penyelesaian yang secepat
mungkin. Saya meneruskan eksperimen kedua saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai masalah yang dihadapi oleh dua orang murid saya ini yang bernama Auni dan
Izzati. Pada 3 Ogos 2014, penyelidik mengajar tajuk tulisan dan mengariskan kemahiran
mengenal, menekap suku kata dan huruf dengan betul kepada semua murid kelas
Harmony Enam ini. Dengan menggunakan kad imbasan pada langkah pertama,
penyelidik menggunakan kaedah pandang sebut dan semua murid boleh menyebut dan
mengenal huruf dengan baik. Apabila diminta menyalin semula huruf yang terdapat pada
2
[ ] 2014
kad imbasan pada langkah kedua, dua orang murid iaitu Auni dan Izzati gagal berbuat
demikian. Berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap mereka, mereka menghadapi
masalah dalam motor halus dan koordinasi mata dengan tangan. Mereka tidak dapat
menterjemahkan apa yang mereka lihat pada kad imbasan untuk menulis di atas sekeping
kertas yang kosong dihadapan mereka. Penyelidik perlu melakukan sesuatu agar dapat
menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini sekurang-kurangnya mereka
dapat membentuk huruf dengan baik dan betul.
2.0 FOKUS KAJIAN
Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah menulis tinjauan dan analisis masalah. Bab kedua
ini akan membingcangkan secara lebih terperinci lagi mengenai permasalahan yang dihadapi
oleh murid-murid yang menjadi responden. Selain itu, penerangan tentang kecacatan yang
dialami oleh murid juga turut ditulis.
2.1 Tinjauan Masalah
Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya mempunyai masalah
menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan
bahawa punca utama ialah masalah ‘psikomotor’, masalah emosi, kegagalan pengamatan
terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan
tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul, terlalu jarak
atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan berlapis-
lapis.
3
[ ] 2014
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat oleh saya, kebanyakkan
kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini tidak menguasai kemahiran
menulis sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Tulisan mekanis menekankan
aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Tulisan ini diberi tumpuan
pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap
satu sekolah rendah. Tulisan mentalis pula ialah merupakan tulisan yang menunjukkan
penglahiran idea, perasaan, memberi maklumat dan juga bercerita. Merujuk kepada
masalah yang dilihat, kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran
menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka
didapati sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga menulis huruf yang salah.
2.2 Analisis Masalah
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai
melalui pengajaran. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran,
idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan
menggunakan simbol-simbol atau bentuk grafik iaitu huruf-huruf atau gabungan huruf-
huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan (Juriah
Long et. Al., 1989 : 180-181). Menurut Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz, dan Arb’ie Sujud (1996:244), menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbol-
simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan
seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Masalah yang dihadapi oleh dua orang murid ini ialah penulisan yang tidak kemas
dan tidak tersusun serta sukar difahami oleh orang lain. Mereka tidak dapat membentuk
4
[ ] 2014
huruf dengan betul dan kadangkala menulis sesuatu abjad secara terbalik. Selain daripada
itu, murid ini menulis dari kanan ke kiri dan menulis abjad tidak lengkap atau tidak siap.
Gabungan daripada semua kesalahan ketika menulis dilakukan oleh murid-murid ini
akhirnya menghasilkan satu tulisan yang kabur sehingga sukar untuk dibaca.
Masalah khusus bagi kedua-dua murid ini ialah Dysgraphia. Dysgraphia
bermaksud seseorang individu yang menghadapi masalah tulisan yang sangat teruk atau
ketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukan untuk menulis. Antara
punca yang dapat dilihat bagi masalah ini ialah dari segi aspek fizikal murid, aspek
pembelajaran, aspek pengamatan dan kesukaran dalam koordinasi mata dan tangan.
Kaedah yang saya ingin aplikasikan kepada murid-murid ini ialah kaedah surihan.
Kaedah ini dapat dilihat dalam Model Pengajaran Fernald yang dipelopori oleh Fernald
G. M (1943) dan Helen B. K (1988). Di dalam model ini menerangkan bahawa murid
perlu melihat huruf, mendengar murid menyebut huruf, murid menyebut huruf, rasa
pergerakan otot semasa membuat surihan huruf, rasa permukaan huruf dengan hujung
jari, melihat pergerakan tangan semasa melakukan surihan dan mendengar sendiri huruf
yang disebut semasa membuat surihan. Kaedah ini sesuai dilakukan pada kedua-dua
murid saya kerana mereka lebih cenderung untuk mendengar arahan guru dan suka
melakukan aktiviti.
Konklusinya, berdasarkan pemerhatian dan rujukan yang dibuat ini dapat
membantu saya lebih memahami masalah tulisan mekanis yang dihadapi oleh murid-
murid ini. Selain faktor kecacatan yang dialami, kaedah pengajaran yang diterapkan
selama ini juga kurang membantu mereka menguasai tulisan dengan baik.
5
[ ] 2014
Sorotan literatur (berdasarkan refleksi)
Program Integrasi Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia disediakan untuk
kanak-kanak kurang upaya termasuklah terencat akal minima, autisme, hiperaktif,
masalah bahasa dan pertuturan dan kurang upaya dalam pembelajaran. Ia adalah selaras
dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas 1997
Bahagian 113(2) ) yang menyediakan pendidikan khas dan kemudahan-kemudahan untuk
murid bermasalah penglihatan dan perdengaran manakala pendidikan khas integrasi pula
adalah untuk mereka yang bermasalah pembelajaran.
Berdasarkan perkara di atas, ternyata program ini telah lama di wujudkan bagi
membantu golongan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Salah satu komponen yang
di ajar di sekolah ialah kemahiran menulis kanak-kanak ini sendiri. Apakah sebenarnya
yang dimaksudkan dengan tulisan itu sendiri? Juriah Long et. al, 1989 menyatakan
bahawa tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan ke dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-
bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan ialah bahasa yang bertulis
dengan lambang-lambang bunyi (Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, dan
Arb’ie Sujud, 1996). Mereka juga menyatakan peranan tulisan ialah untuk mendirikan
asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta
perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Selain itu, tulisan membolehkan kanak-kanak
menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi
dalam kelompok masyarakat. Peranan yang paling penting mengenai tulisan ini ialah bagi
menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak
6
[ ] 2014
sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira
merupakan sebahagian daripada asas utama keperluan hidup pada masa kini.
Wiederholt, Hammill dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah
memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan
(mekanis). Berdasarkan cadangan ini amatlah berkait rapat dengan permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid penyelidik. Jika semua guru dapat menjalankan atau mengikut
cadangan yang dikemukakan oleh Wiederholt, Hammill dan Brown ini, maka murid-
murid berkeperluan khas ini dapat menguasai kemahiran tulisan ini dengan lebih bagus
lagi. Sebagai seorang guru, penyelidik akan memikirkan suatu kaedah yang dibantu
dengan alat bantu mengajar untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran
menulis secara berperingkat-peringkat.
Secara tuntasnya pada bab yang pertama ini menerangkan bagaimana penyelidik
telah menemui masalah yang ingin dikaji. Tindakan seterusnya adalah untuk mengariskan
satu fokus kajian yang baik supaya kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik berjaya
dicapai dan dapat membantu murid-murid khas ini berjaya menguasai kemahiran menulis
dengan baik.
7
[ ] 2014
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Reka Bentuk Kajian
Saya telah memilih Model Reka Bentuk Laidlaw sebagai rujukan untuk melaksanakan
kajian tindakan ini. Model ini telah diperkenalkan pada tahun 1992.Terdapat lima fasa yang
digariskan dalam model ini bagi menjana reka bentuk kajian, iaitu mengenal pasti isu,
merancang tindakan, perlaksanaan tindakan, mengumpul data dan membuat analisis dan yang
terakhir adalah membuat refleksi. Secara tuntasnya, model ini akan menjadi panduan kepada
saya sepanjang melaksanakan kajian ini untuk mencapai segala objektif yang telah ditetapkan
serta memperolehi dapatan kajian yang terbaik.
Rajah 1 : Model Laidlaw (1992)
8
Fasa 1Mengenal Pasti Isu
Fasa 2Merancang Tindakan
Fasa 3Perlaksanaan
Tindakan
Fasa 4 Mengumpul Dan
Menganalisis Data
Fasa 5Refleksi
[ ] 2014
1. Fasa 1 (Mengenalpasti Isu dan Masalah)
Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan kajian adalah mengenalpasti
terlebih dahulu amalan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas dan
membuat tinjauan terhadap masalah yang menjadi fokus kajian. Tinjauan awal masalah juga
dibuat melalui perbualan secara tidak langsung bersama guru-guru Pendidikan Khas di kelas
tersebut. Pada masa yang sama, saya juga akan menentukan kumpulan sasaran yang terlibat
sebagai subjek kajian. Selepas itu barulah saya akan menentukan kaedah atau langkah mengatasi
yang paling sesuai untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.
2. Fasa 2 (Merancang Tindakan)
Pada fasa kedua pula, saya akan merancang pelan tindakan terhadap kajian yang saya
akan laksanakanberdasarkan maklumat dan masalah yang telah ditentukan. Perancangan yang
dilakukan meliputi pemilihan instrument kajian untuk mengumpul maklumat dan merekod data
kajian, penyediaan prosedur dan jadual kerja pelaksanaan, serta anggaran kos kajian.
Perancangan yang rapi akan melicinkan lagi kerja-kerja mengkaji serta memastikan bahawa
dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kesahan yang jitu. Selain itu, perancangan tindakan
ini perlulah dirancang dengan teliti serta melibatkan pemikiran yang kritis agar dapat mencari
idea dan kaedah penyelesaian yang terbaik dan berkesan. Oleh itu, saya akan meneliti kajian-
kajian lepas yang berkaitan dengan kajian saya untuk dijadikan sebagai rujukan dan pencetus
idea.
9
[ ] 2014
3. Fasa 3 (Pelaksanaan Tindakan)
Selesai merancang, saya akan melaksanakan pelan tindakan dengan apa yang telah
direncanakan. Pelaksanaan melibatkan proses tertentu seperti melaksanakan ujian pra dan ujian
pos, pemerhatian senarai semak, pengaplikasian kaedah yang dicadangkan serta kerja-kerja
merekod data menggunakan instrument yang sesuai. Setiap dapatan perlu direkod dengan
sistematik untuk memudahkan saya membuat analisis dan penulisan laporan akhir.
4. Fasa 4 (Pengumpulan Data)
Setelah pelaksanaan prosedur kajian disempurnakan, segala rekod dapatan akan dikumpul.
Dapatan kajian akan digunakan untuk menganalisis setiap perubahan dan perkembangan antara
ujian pra dan ujian pos bagi menguji keberkesanan kaedah yang dipilih dalammengatasi masalah.
Melalui analisis juga, saya akan dapat mengenalpasti langkah seterusnya yang akan saya ambil
untuk memperbaiki mutu kajian saya. Segala dapatan akan didokumentasikan dalam bentuk graf
dan rajah yang sesuai untuk memudahkan pembaca memahami dan mentafsirkanya.
KUMPULAN SASARAN
10
[ ] 2014
Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas Harmony Enam Program Khas
Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Meranti. Kedua-dua murid ini adalah
perempuan. Prestasi akademik bagi kedua-dua murid ini adalah sama iaitu tidak dapat
menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jenis kecacatan yang dialami oleh responden
pertama ialah sindrom down dan responden yang kedua pula mengalami kecacatan
autisme. Antara ciri-ciri murid sindrom down ialah mempunyai iras wajah yang sama,
mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam serta
mereka mempunyai otot yang lemah memyebabkan mereka lembik dan lewat
perkembangan motor kasar. Melalui pemerhatian yang dibuat, koordinasi mata dan
tangan kedua-dua murid ini juga lemah serta keupayaan motor halus yang agak terhad.
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
Bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik, penyelidik
akan menggunakan kaedah surihan. Kaedah ini adalah gabungan pendekatan pengalaman bahasa
dan pembelajaran yang berasaskan pendekatan deria (VAKT).
Langkah-Langkah Tindakan
I. Membelah udara
Aktiviti yang pertama untuk kaedah surihan ini ialah membelah udara. Penyelidik
akan menulis huruf b, k dan z dengan saiz yang besar pada kad manila dan
menampalnya pada papan putih yang terdapat di dalam kelas. Penyelidik akan
11
[ ] 2014
menunjukkan bagaimana untuk menyurih huruf tersebut diikuti oleh murid.
Semasa melakukan surihan, murid harus mengikut pergerakan dan sebutan yang
dilakukan oleh penyelidik. Surihan di udara ini akan dilakukan mengikut jarak
yang berbeza dari tempat murid berdiri dengan papan putih di dalam kelas.
II. Sutera Lutcahaya
Aktiviti yang kedua ini dinamakan sutera lutcahaya. Mengapa penyelidik
menamakan aktiviti ini dengan nama tersebut? Penyelidik menggunakan kertas
surih untuk membantu murid-murid menulis huruf b, k dan z ini dengan lebih baik
dan betul. Bagi menjimatkan kos serta memudahkan murid memadam semula
huruf yang ditulis pada kertas surih, kertas surih tersebut akan di laminate dan
murid akan dibekalkan dengan sebatang pen marker setiap seorang. Bagi
permulaan aktiviti ini murid diminta menekap dan menyambung titik-titik seperti
garisan zig zag, berombak dan bentuk-bentuk asas. Kemudian, murid akan
diberikan kertas A4 yang mengandungi tulisan huruf b, k dan z. Dengan
menggunakan kertas surih, murid menulis huruf-huruf tersebut mengikut bentuk
dan saiz yang betul.
III. Udang di Sebalik Batu
Udang di sebalik batu merupakan aktiviti yang ditingkatkan daripada aktiviti
membelah udara dan sutera lutcahaya. Penyelidik akan menyediakan sebuah buku
yang mempunyai helaian kertas surih dan A4 yang disusun secara berselang seli.
Pada helaian A4 tersebut akan mengandungi huruf b, k dan z pelbagai saiz. Buku
yang disediakan ini akan memudahkan murid untuk terus menulis di atasnya
12
[ ] 2014
tanpa sebarang gangguan. Selain itu, penyelidik juga akan menyediakan satu lagi
buku iaitu buku petak-petak bagi memudahkan murid untuk meniru semula huruf
b, k dan z yang ditulis oleh guru.
Cara Mengumpul Data
Ujian Pra dan Pos
Memperoleh keputusan yang cepat dan tepat memerlukan kaedah yang
bersesuaian dengan perkara yang ingin di uji. Sebelum memulakan pengajaran
kaedah surihan ini, penyelidik terlebih dahulu perlu mengetahui tahap pencapaian
murid ini mengenai tulisan. Penyelidik akan menjalankan ujian pra untuk
memperoleh data awal mengenai masalah yang dihadapi oleh murid dan ujian pos
pula akan dijalankan selepas selesai sahaja penyelidik mengaplikasikan kaedah
surihan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menjalankan kedua-
dua ujian ini untuk memudahkan penyelidik membuat perbandingan dan
mengukur sejauh mana keberkesanan kaedah surihan ini untuk murid-murid
berkeperluan khas menguasai kemahiran menulis.
Temu Bual
“Perbualan di antara dua pihak melalui inisiatif penemubual dengan tujuan
memperoleh maklumat yang relevan untuk kajian dan difokus olehnya, sesuatu
kandungan spesifik ditentukan seperti objektif deskripsi, ramalan atau huraian
dengan secara sistematik. Definisi panjang lebar ini telah diterangkan mengikut
Cannell dan Kahn (1968). Melihat penerangan ini, maka kajian temu bual
merupakan sesuatu yang unik kerana ia melibatkan pungutan data melalui lisan
13
[ ] 2014
dalam pertemuan di antara dua pihak secara langsung. Tambahan pula, kaedah
temu bual ini adalah amat berguna, terutamanya apabila responden yang ditemu
bual tidak tahu membaca dan menulis. Terdapat tiga konsep temu bual yang
utama, Kitwood (1977). Konsep yang pertama ialah temu bual dirupakan sebagai
sesuatu cara yang berupaya memindah maklumat yang tulen. Sesuatu jenis
transaksi pula merupakan konsep temu bual yang kedua. Hal ini kerana akan
terkandung unsur berat sebelah yang tidak dapat dielakkan, dan perlu dikenal
pasti dan dikawal. Perkara seumpama ini berlaku kerana proses temu bual
melibatkan interaksi di antara dua individu atau sekumpulan individu yang
mempunyai perbezaan emosi, sikap, percayaan dan konsep kendiri masing-
masing. Konsep temubual ketiga ialah dipandang sebagai pertemuan sosial yang
merangkumi perkongsian pelbagai aspek kehidupan harian.
Penyelidik akan menemu bual kedua-dua responden secara individu pada masa
yang berlainan bagi setiap murid. Kaedah temubual yang akan dijalankan
terhadap murid-murid ini akan dianalisa untuk mendapatkan respon mereka
terhadap aktiviti surihan yang dibuat. Menerusi kaedah temu bual ini, penyelidik
boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid ketika atau selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Setiap jawapan yang diberikan oleh murid akan
dicatatkan dalam buku catatan sebagai bukti pengumpulan data maklumat
daripada hasil jawapan murid. Penyelidik turut menggunakan rakaman pita untuk
merakamkan perjalanan sesi temu bual antara penyelidik dan murid. Selain itu,
penyelidik juga akan menggunakan transkripsi untuk mencatatkan data bagi
mengurangkan masalah kehilangan dan kesalahan tafsiran data daripada rakaman
14
[ ] 2014
pita. Didalam transkripsi, penyelidik akan mencatatkan setiap kata responden,