-
PROMOSI “KEMPEN TAHUN BARU CINA” Dikemaskini pada 26 Januari
2018
TEMPOH PROMOSI “Kempen Tahun Baru Cina” Hong Leong Bank Berhad
(97141-X) (“HLB”) dan/ atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB)
terbuka kepada cawangan-cawangan HLB/HLISB; dan “Rumah Terbuka
Cawangan Tahun Baru Cina” terbuka kepada cawangan-cawangan HLB
sahaja seperti yang diperuntukkan dalam Lampiran 1 di bawah.
“Kempen Tahun Baru Cina” dan “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru
Cina” kedua-duanya secara kolektif disebut “Promosi” dan
butir-butir lanjut Promosi adalah seperti berikut:
(a) “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” di 69 Cawangan
Sertaan seperti yang tersenarai dalam Lampiran 1 di bawah
(“Cawangan Terpilih”) dengan Rumah Terbuka 1 Hari antara 27 Januari
2018 dan 24 Februari 2018 (“Tempoh Rumah Terbuka”) seperti
dinyatakan dalam Lampiran 1 di bawah, yang akan diadakan di
Cawangan Terpilih mulai pukul 10:00:00 jam (10:00 pagi) hingga
pukul 15:00:00 jam (3:00 petang); dan
(b) “Kempen Tahun Baru Cina” di semua 285 Cawangan HLB dan HLISB
yang akan diadakan mulai pukul 09:15:00 jam (9:15 pagi) hingga
pukul 16:30:00 jam (4.30 petang) bermula pada 22 Januari 2018
hinggga 28 Februari 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh
Promosi”)
HLB dan HLISB secara kolektif dikenali sebagai “Bank”.
TERMA & SYARAT (a) RUMAH TERBUKA CAWANGAN TAHUN BARU
CHINA
(i) PROMOSI CASA
Promosi Akaun Semasa / Simpanan (“Promosi CASA”) terbuka kepada
Cawangan Terpilih sahaja. Promosi CASA terdiri daripada Promosi
Peruntuk CASA dan Peraduan ”Putar & Menang” (bagi Pelanggan HLB
sahaja) semasa Tempoh Rumah Terbuka seperti yang dijadualkan dalam
Lampiran I.
KELAYAKAN 1. Promosi CASA terbuka kepada seluruh pelanggan
individu warga Malaysia dan/atau bukan warga Malaysia yang
merupakan pelanggan sedia ada yang mempunyai CASA yang sah
dan/atau Pelanggan Baharu-kepada-Bank (“Pelanggan HLB”).
Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan Baharu-Kepada-Bank
bermaksud pelanggan yang tidak mempunyai sebarang CASA sedia ada
dengan Bank sebelum Tempoh Rumah Terbuka dan membuka CASA baharu
dengan Bank dalam Tempoh Rumah Terbuka di Cawangan Terpilih.
2. Promosi CASA hanya terbuka kepada Pelanggan HLB yang hadir di
Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah Terbuka.
3. Pelanggan HLB yang merupakan kakitangan Bank sama ada secara
tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana pekongsi, wakil atau ejen
Bank (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen pengiklanan
dan promosi) dan ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (contoh,
pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) TIDAK layak
menyertai Promosi CASA.
4. Bagi tujuan Promosi CASA ini, deposit permulaan mestilah Dana
Baharu. Bagi mengelakkan keraguan, Dana Baharu
ditakrif sebagai: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baharu
yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek
tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain yang
didepositkan ke dalam CASA; dan (b) Hasil penebusan ekuiti, dana
unit amanah, bon/sukuk dan/atau Hong Leong Invest Safe semasa
Tempoh Rumah
Terbuka yang didepositkan semula ke dalam CASA.
5. Yang berikut ini tidak boleh dianggap sebagai “Dana
Baharu”:
-
(a) Deposit Tetap (“FD”) yang matang atau pengeluaran pramatang
FD daripada mana-mana akaun FD HLB / Deposit Tetap (“FD-i”) HLISB
yang sedia ada”);
(b) Pindahan dana intra bank, iaitu pindahan dana daripada Akaun
HLB/HLISB yang lain (sama ada CASA dan/atau CASA/i), FD, FD-i atau
Akaun Pelaburan Am (“GIA”); dan
(c) Pindahan antara cawangan di dalam HLB dan HLISB termasuk
pindahan pihak ketiga (ke-3). KAEDAH 6. Untuk menyertai Promosi
CASA ini, Pelanggan HLB mestilah datang ke Cawangan Terpilih semasa
Tempoh Rumah
Terbuka (“Pelanggan CASA Layak”).
7. Pelanggan CASA Layak berhak menyertai:- (a) Promosi Peruntuk
CASA dengan amaun minimum sebanyak RM 16,888.00 diperuntuk selama
empat (4) bulan dalam
CASA mereka untuk menebus satu (1) set 5 biji Glasslock
(“Pemberian Peruntuk”); dan/atau (b) Peraduan “Putar & Menang”
jika Pelanggan CASA Layak dapat memenuhi kriteria (‘Kriteria
Peraduan”) yang
ditetapkan dalam jadual di bawah.
Nota: Deposit permulaan yang disediakan di Kriteria Peraduan No
1, 2 dan 3 mestilah Dana Baharu.
KAEDAH PROMOSI CASA PERUNTUK 8. Pelanggan CASA Layak mesti
mendepositkan Dana Baharu dengan amaun minimum RM 16,888.00 untuk
diperuntuk ke
dalam CASA mereka selama empat (4) bulan dalam Tempoh Rumah
Terbuka untuk layak menerima Pemberian Peruntuk.
9. Empat ratus (400) unit Set 5 Biji Glasslock disediakan bagi
Promosi Peruntuk sepanjang Tempoh Rumah Terbuka. Pemberian Peruntuk
adalah terhad dan atas dasar siapa cepat dia dapat sepanjang Tempoh
Rumah Terbuka dan setiap Pelanggan CASA Layak hanya berhak menerima
satu (1) Pemberian Peruntuk sahaja.
10. Pelanggan CASA Layak hanya boleh menebus Pemberian Peruntuk
selepas Tempoh Rumah Terbuka di Cawangan
Terpilih setelah diberitahu oleh Bank untuk datang mengambil
Pemberian Peruntuk itu. Jika sekiranya Pelanggan CASA
Layak tidak datang mengambil Pemberian Peruntuk itu selepas 30
Mac 2018, maka Pemberian Perunuk itu akan dilupuskan dan sebarang
pertikaian/permohonan untuk mendapat pembayaran ganti bagi
Permberian Peruntuk itu tidak akan dilayani Bank. Oleh itu pada
dasarnya Pelanggan Bank wajib memberi maklumat hubungan terbaharu,
sah dan terkemas kini (contohnya nombor telefon bimbit, alamat emel
atau alamat surat-menyurat pos mereka) kepada Bank dan pihak Bank
tidak akan bertanggungjawab seandainya Bank gagal memberitahu
Pelanggan CASA Layak untuk mengambil Pemberian Peruntuk atas apa
jua sebab sekalipun.
11. Pelanggan CASA Layak yang tidak menerima pemberitahuan
tersebut dianggap tidak berhak menerima Pemberian
Peruntuk itu. KAEDAH PERADUAN “PUTAR & MENANG” 12. Setiap
Pelanggan CASA Layak hanya boleh mendapat satu (1) peluang dalam
Peraduan “Putar & Menang” dan mesti
memenuhi salah satu (1) Kriteria Peraduan seperti tersebut di
atas.
13. Setiap Pelanggan CASA Layak akan memutar pada aplikasi
“Cabutan Bertuah” pada tablet/iPad/telefon pintar yang disediakan
di Cawangan-cawangan Terpilih sepanjang Tempoh Rumah Terbuka.
Bil. Kriteria Peraduan
1 Meletak deposit tetap promo (“FD”) baharu dengan amaun minimum
RM 10,000.00
2 Membuka akaun CASA dengan deposit minimum RM 500.00 (bagi
Pelanggan CASA Layak baharu)
3 Mendeposit amaun minimum RM 500.00 ke dalam CASA sedia ada
mereka (bagi Pelanggan CASA Layak sedia ada)
4 Membelanjakan amaun minimum RM 30.00 dalam satu resit dengan
Kad Debit Bank tiga (3) hari sebelum dan/atau dalam Tempoh Rumah
Terbuka (Bukti resit mesti ditunjukkan di cawangan)
-
14. Setiap Pelanggan CASA Layak boleh memenangi satu baucar
tunai KFC (“Baucar Tunai”) apabila skrin pada tablet/iPad/telefon
pintar menunjukkan kemungkinan menang bagi baucar tunai KFC
pelbagai nilai yang akan diputuskan oleh Bank (“Pelanggan Layak
Putar & Menang”).
15. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan Layak Putar &
Menang dikehendaki menjawab Dua (2) soalan dengan betul sebelum
boleh menebus Baucar Tunai KFC. Pelanggan Layak Putar & Menang
yang dapat menjawab Dua (2) soalan dengan betul boleh menebus
Baucar Tunai KFC pada masa itu juga di Cawangan Terpilih semasa
Tempoh Rumah Terbuka (“Pemenang Putar & Menang”).
16. Dengan menyertai Peraduan Putar & Menang, maka Pemenang
Putar & Menang dengan ini bersetuju untuk mematuhi
terma dan syarat penggunaan Baucar Tunai yang dikenakan oleh
syarikat pembekal berkenaan dan apa-apa pertanyaan atau pertikaian
mengenai Baucar Tunai hendaklah diselesaikan antara Pemenang Putar
& Menang dengan syarikat pembekal berkenaan tanpa meminta
bantuan Bank.
(ii) PROMOSI DEPOSIT TETAP/-i 6 BULAN DAN 12 BULAN Promosi
Deposit Tetap/-i 6 bulan dan 12 bulan (“Promosi FD/-i”) terbuka
kepada Cawangan Terpilih HLB sahaja dan bermula dari tarikh Tempoh
Rumah Terbuka seperti terjadual dalam Lampiran I. KELAYAKAN 17.
Promosi FD/-i terbuka kepada semua pemegang akaun yang baru dan
sedia ada bagi Akaun Deposit Tetap/-i
Hong Leong sertaan berikut sepertimana ditakrif menurut Fasal 19
di bawah (“Akaun FD/-i”) yang merupakan pelanggan individu
HLB/HLISB warga Malaysia atau bukan warga Malaysia dan pelanggan
bukan individu warga Malaysia atau bukan warga Malaysia (“Pelanggan
HLB”).
18. Bagi mengelakkan keraguan :
(a) Pemegang akaun baru bermaksud Pelanggan HLB yang tidak
mempunyai sebarang Akaun FD/-i sertaan dengan HLB sebelum Tempoh
Rumah Terbuka dan membuka satu Akaun FD/-i di Cawangan Terpilih
semasa Tempoh Rumah Terbuka.
(b) Pelanggan HLB bukan individu bermaksud persatuan, kelab,
sekolah, pertubuhan, organisasi tidak berasaskan keuntungan,
pemilikan tunggal, perkongsian dan amalan profesional, yang
sempurna didaftarkan atau diperbadankan di Malaysia, tidak termasuk
syarikat dan badan korporat.
19. Akaun FD/-i Sertaan adalah seperti berikut:-
(a) FD Konvensional; (b) ‘Priority Banking Premium FD’; (c)
‘Junior FD’; (d) ‘Senior Savers Flexi FD’; dan (e) Deposit
Tetap-i
20. Pelanggan HLB yang telah melakukan atau disyaki melakukan
apa-apa penipuan atau kesalahan berkaitan dengan
mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah
diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada
bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Rumah Terbuka TIDAK layak
menyertai Promosi FD/-i.
21. Pelanggan HLB yang telah melakukan, atau dikenalpasti oleh
Bank berpotensi melakukan apa-apa kesalahan yang ditetapkan di
dalam Terma & Syarat ini akan serta-merta terlucut kelayakan
daripada menyertai Promosi FD/-i.
KAEDAH PROMOSI 22. Pelanggan HLB yang telah membuat peletakan
deposit di antara Amaun Peletakan FD/-i Minimum dan Amaun
Peletakan FD/-i Maksimum (“Amaun Peletakan FD”) seperti yang
dinyatakan dalam jadual di bawah dalam Akaun FD/-i yang baru dan
sedia ada masing-masing bagi Tempoh FD/-i yang ditetapkan di bawah
semasa Tempoh Rumah Terbuka akan menikmati Kadar Faedah FD/-i
Promosi seperti berikut (“Pelanggan FD/-i Layak”):
Tempoh FD/-i
Produk Kadar Faedah
FD/-i Promosi
Kadar Faedah FD/-i
Efektif
Amaun Peletakan FD/-i Minimum
Amaun Peletakan FD/-i Maksimum
-
6 bulan
FD Konvensional / ‘Priority Banking Premium FD’ /
‘Junior FD’ / ‘Senior Savers Flexi FD’ /
Deposit Tetap-i
4.15% setahun
4.15% setahun
RM100,000 RM2,000,000
12 bulan
FD Konvensional / ‘Priority Banking Premium FD’ /
‘Junior FD’ / ‘Senior Savers Flexi FD’ /
Deposit Tetap-i
4.35% setahun
4.35% setahun
23. Amaun Peletakan FD/-i Minimum ialah Ringgit Malaysia Seratus
Ribu (RM100,000) dan Amaun Peletakan FD/-i
Maksimum ialah Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000). Jika
Amaun Peletakan FD/-i melebihi Amaun Peletakan FD/-i Maksimum yang
ditetapkan, maka Amaun Peletakan FD/-i yang melebihi Amaun
Peletakan FD/-i Maksimum yang ditetapkan akan tertakluk kepada
kadar FD/-i konvensional semasa.
24. Promosi FD/-i terbuka kepada Dana Baru sahaja. “Dana Baru”
ditakrifkan sebagai:
(a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima
melalui pindahan telegrapf daripada bank lain, cek tempatan atau
cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dan deposit ke dalam
Akaun FD/-i yang baru dan sedia ada Pelanggan FD/-i Layak; dan
(b) Hasil daripada penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon /
sukuk dan / atau ‘Hong Leong Invest Safe’ semasa Tempoh Promosi
FD/-i yang dideposit semula ke dalam mana-mana CASA-i HLB /
HLISB.
25. Yang berikut tidak boleh dianggap sebagai “Dana Baru”:
(a) FD/-i yang matang atau pengeluaran pramatang FD/-i dari
mana-mana akaun FD HLB / FD-i HLISB sedia ada; (b) Pindahan dana
antara bank, iaitu pindahan dana dari akaun HLB / HLISB yang lain
(sama ada Akaun Simpanan,
Simpanan-i, Semasa, Semasa-i, Deposit Tetap, FD-i atau Akaun
Pelaburan Am (“GIA”); dan (c) Pindahan antara cawangan di dalam HLB
dan HLISB termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3).
26. Pelanggan FD/-i Layak dikehendaki menamakan CASA/-i yang
dikekalkan dengan HLB di bawah nama Pelanggan FD/-i Layak (“CASA/-i
Namaan”) bagi tujuan mengkreditkan faedah / keuntungan yang
diperolehi di bawah Promosi FD/-i ini.
27. Kadar faedah / keuntung yang diperolehi bagi FD
Konvensional, ‘Priority Bankng Premium FD’, ‘Junior FD’ dan Deposit
Tetap-i akan dikreditkan ke dalam CASA/-i Namaan Pelanggan FD/-i
Layak pada setiap enam bulan, manakala kadar faedah yang diperolehi
bagi ‘Senior Savers Flexi FD’ akan dikreditkan ke dalam CASA Namaan
Pelanggan FD/-i Layak pada setiap bulan.
28. Apabila tarikh matang, Amaun FD/-i pokok akan diperbaharui
secara aurtomatik pada kadar faedah semasa FD/-i masing-masing dan
faedah / keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam
CASA/-i Namaan Pelanggan FD/-i Layak pada setiap bulan.
29. Pengeluaran sebahagian Amaun FD/-i tidak dibenarkan bagi FD
Konvensional dan Deposit Tetap-i. Tiada faedah /
keuntungan akan dibayar sekiranya Amaun FD/-i bagi FD
Konvensional dan / atau Deposit Tetap-i dikeluarkan sebelum tarikh
matang Tempoh FD/-i masing-masing sepertimana ditakrif menurut
Fasal 22 di atas. Bagi ‘Junior FD’, ‘Priority Banking Premium FD’
dan ‘Senior Savers Flexi FD’, tertakluk kepada Fasal 30 Terma &
Syarat di dalam ini, pengeluaran sebahagian Amaun FD dibenarkan
dalam gandaan Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) sahaja.
Bagaimanapun, jika amaun dalam ‘Priority Banking Premium FD’ dan /
atau ‘Junior FD’ dan / atau ‘Senior Savers Flexi FD’ kurang
daripada Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000), maka
pengeluaran sebahagian bagi akaun berkenaan tidak dibenarkan.
30. Sekiranya Amaun FD dikeluarkan sebelum tarikh matang, maka
peraturan Persatuan Bank-bank di Malaysia (“ABM”) terutamanya
Seksyen E(v) akan dikenakan:- (a) Kadar faedah tidak akan dibayar
bagi mana-mana Amaun FD yang dikeluarkan sebelum genap tiga (3)
bulan. (b) Sekiranya FD dikeluarkan dalam bulan keempat (ke-4) dan
ke atas, Pelanggan FD Layak akan menerima 50%
daripada kadar faedah yang ditetapkan dan diperolehi bagi
bulan-bulan genap atas Amaun pokok FD sahaja.
HLB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan kadar
faedah yang dibayar kepada Pelanggan FD Layak bagi Amaun FD yang
dikeluarkan sebelum tarikh matang daripada Amaun Pokok FD semasa
pengeluaran.
-
31. Pelanggan FD-i Layak bersetuju untuk mengetepikan haknya
untuk menuntut Harga Jualan penuh bagi sebarang pengeluaran FD-i
sebelum tarikh matang. Sekiranya amaun FD-i dikeluarkan sebelum
tarikh matang, maka peraturan pengeluaran pramatang yang berikut
akan diguna pakai: (a) Keuntungan tidak akan dibayar bagi mana-mana
Amaun FD-i yang dikeluarkan sebelum genap tiga (3) bulan; (b)
Sekiranya FD-i dikeluarkan dalam bulan keempat (4th) dan ke atas,
maka Pelanggan FD-i Layak akan
menerima 50% daripada keuntungan yang ditetapkan dan diperolehi
bagi bulan-bulan genap atas Amaun pokok FD-i sahaja.
HLISB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan
keuntungan yang dibayar kepada Pelanggan FD-i Layak bagi Amaun FD-i
yang dikeluarkan sebelum tarikh matang daripada Amaun pokok FD-i
semasa pengeluaran.
32. Amaun FD/-i TIDAK boleh digunakan sebagai cagaran untuk
tujuan menjamin apa-apa kemudahan kredit yang
diperolehi atau akan diperolehi oleh Pelanggan FD/-i Layak.
(iii) PROMOSI PEROLEHAN KAD KREDIT “Promosi Perolehan Kad
Kredit” (“Promosi Perolehan Kad Kredit”) terbuka kepada Cawangan
Terpilih HLB sahaja dan bermula pada tarikh Tempoh Rumah Terbuka
seperti terjadual dalam Lampiran I. KELAYAKAN 33. Promosi Perolehan
Kad Kredit ini terbuka untuk penyertaan oleh Pemegang Kad Utama HLB
Baharu-kepada-Kad (“NTC”)
yang, semasa Tempoh Rumah Terbuka, memohon mana-mana kad kredit
HLB sertaan (“Kad Layak”) berikut dar i Cawangan-cawangan Terpi l
ih dan Kad-kad Layak i tu berjaya dikeluarkan selewat - lewatnya
31
Mac
2018 (“Pemegang Kad NTC”).
Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3
Hong Leong MasterCard Gold Credit Card + Hong Leong Visa GSC
Gold
Credit Card
Hong Leong MasterCard Sutera Platinum Credit Card + Hong
Leong
Visa GSC Platinum Credit Card
Hong Leong Visa Infinite Credit Card
Bagi mengelakkan keraguan, untuk “Pilihan 1” dan “Pilihan 2”,
kedua-dua Kad Layak itu mestilah diluluskan untuk
membolehkan Pemegang Kad NTC layak menyertai Promosi Perolehan
Kad Kredit ini.
Perhatian: Pemegang Kad NTC menandakan pemegang kad baharu yang
tidak memegang apa-apa Kad Kredit Utama
HLB s e d i a a d a (termasuk Mach dan bekas EON Bank Berhad)
dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti tersebut
dalam Fasal 34 di bawah.
34. Yang berikut ini tidak boleh dianggap sebagai Pemegang Kad
NTC dan TIDAK layak menyertai Promosi Perolehan Kad
Kredit ini:
(a) Pemegang kad utama sedia ada bagi sebarang kad kredit HLB
(termasuk Mach dan bekas EON Bank);
(b) Pemegang Kad NTC yang tidak lagi memegang sebarang kad
kredit HLB yang sah dan/atau pemegang kad yang
akaun Kad Kredit HLB mereka tertunggak;
(c) Pemegang Kad NTC yang telah membatalkan Kad Kredit HLB
mereka dan telah memohon semula Kad Kredit
HLB baharu (termasuk Kad Layak) sebagai pemegang kad utama dalam
masa dua belas (12) bulan dari tarikh
pembatalan tersebut;
(d) Pemegang Kad NTC yang telah melakukan atau disyaki melakukan
penipuan atau kesalahan undang-undang
berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank a tau
te lah di isyt iharkan muf l is (menurut
petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau
bakal d ikenakan pros iding kemuf l isan
pada bi la -bi la masa sebelum atau semasa atau selepas tar
ikhTempoh Rumah Terbuka ;
(e) Pemegang Kad NTC yang merupakan pelanggan individu bukan
warga Malaysia; dan
(f) Pemegang Kad NTC yang merupakan kakitangan HLB/HLISB (sama
ada secara tetap atau kontrak) atau ahli-ahli
keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak-anak, ibu atau bapa,
adik-beradik) kakitangan itu.
Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad NTC hendaklah memberi
maklumat terbaharu dan tepat (termasuk tetapi tidak terhad kepada
alamat surat-menyurat dan maklumat hubungan) kepada HLB untuk
permohonan Kad Layak dan pada dasarnya Pemegang Kad NTC wajib
menghubungi HLB jika tidak menerima Kad Layak yang diluluskan dalam
masa 60 hari dari tarikh permohonan, j i ka gaga l be rbua t demik
i an , mak a P emegang K ad NTC d i a ng ga p t e l a h
-
m e n e r i m a K a d L a y ak d a n HLB tidaklah
bertanggungjawab jika sekiranya Pemegang Kad NTC tidak dapat
menyertai Promosi Perolehan Kad Kredit ini atas apa jua sebab
sekalipun. KAEDAH KEMPEN
35. Pemegang Kad NTC adalah layak menikmati tawaran-tawaran
berikut (“secara kolektif disebut ‘Tawaran’ di dalam ini”)
dengan syarat kriteria yang ditetapkan di dalam ini (“Pemegang
Kad Kredit”) dipatuhi:
(a) Pengecualian Fi Tahunan (“Tawaran 1”)
i) Pemegang Kad Kredit Layak yang dalam masa EMPAT PULUH LIMA
(45) h a r i dari tarikh kelulusan Kad Layak
melakukan minimum s a t u (1) P e m b e l i a n Runcit (“seperti
ditakrif dalam Fasal 36 di bawah”) bagi setiap
Kad Layak diluluskan akan layak mendapat pengecualian fi tahunan
bagi tahun pertama bagi setiap Kad Layak
ii) Fi tahunan bagi tahun-tahun seterusnya adalah tertakluk
kepada terma dan syarat pengecualian fi tahunan sedia
ada. Untuk butiran lanjut, sila semak halaman produk berkenaan
di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”).
(b) Pemberian Kelulusan (“Tawaran 2”)
i) Pemegang Kad Kredit Layak yang memohon serta mendapat Kad
Layak yang diluluskan di bawah Promosi
Perolehan Kad Kredit ini adalah layak menerima SATU (1) unit
pemberian kelulusan (“Pemberian Kelulusan Kad
Layak”).
ii) Bagi mengelakkan keraguan, Pemberian Kelulusan Kad Layak
akan diuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat,
dihadkan kepada satu (1) Pemberian Kelulusan Kad Layak bagi
setiap Pemegang Kad Kredit Layak sepanjang
Tempoh Rumah Terbuka tanpa mengira bilangan permohonan yang
dikemukakan dan bilangan Kad Layak yang
diluluskan semasa Tempoh Rumah Terbuka, tertakluk kepada
ketersediaan Unit Pemberian Kelulusan Kad Layak
yang dihadkan (seperti diperuntukkan dalam jadual dalam Fasal
35(b)(i) di atas)
iii) Bagi cawangan AMPM, Pemberian Kelulusan Kad Layak akan
diberi kepada Pemegang Kad Kredit Layak yang
berjaya selepas kelulusan Kad Layak diperolehi daripada HLB
semasa sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru
Cina.
iv) Bagi bukan cawangan AMPM, Pemberian Kelulusan Kad Layak akan
disampaikan kepada bukan cawangan
AMPM berkenaan antara dua (2) hingga empat (4) minggu selepas
sambutan Rumah Terbuka Cawangan Tahun
Baru Cina. Pemegang Kad Kredit yang berjaya hendaklah menebus
Pemberian Kelulusan Kad Layak di
cawangan berkenaan sebaik menerima khidmat pesanan ringkas
(“SMS”) daripada syarikat penyedia
perkhidmatan SMS Bank, iaitu M3 Technologies (Asia) Berhad (“M3
Tech”) dalam masa empat (4) hingga lapan
(8) minggu dari tarikh permohonan Kad Layak. Jika tidak Pemegang
Kad Kredit Layak yang berjaya akan
dianggap telah menerima Pemberian Kelulusan Kad Layak dan
sebarang permintaan pembayaran ganti
Pemberian Kelulusan Kad Layak kepada HLB selepas 11 April 2018
tidak akan dilayani.
Pada dasarnya Pemegang Kad Kredit Layak berkewajipan untuk
memberi nombor telefon bimbit yang terbaharu,
sah dan tepat kepada Bank dan/atau M3 Tech tidak akan
bertanggungjawab jika sekiranya Pemegang Kad Kredit
Layak tidak menerima pemberitahuan SMS tersebut atas apa jua
sebab sekalipun
36. “Pembelian Runcit” bermaksud apa-apa pembelian runcit /
dalam stor / transaksi dalam talian yang berjaya dicaj kepada
Kad Layak yang diluluskan tetapi TIDAK TERMASUK mana-mana
transaksi berikut:
(a) Pengeluaran Tunai daripada mana-mana mesin ATM;
(b) Produk Portfolio seperti Pindahan Baki, Call-For-Cash,
Call-For-Cash Plus dan Pelan Bayaran Fleksi;
(c) Pembalikan, bayaran balik dan transaksi berunsur penipuan;
dan/atau
(d) Caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit, caj
bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaan.
37. Bagi Pembelian Runcit yang dilakukan dalam mata wang asing,
nilai belian itu akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar
pertukaran seperti yang ditentukan oleh HLB atas budi bicara
mutlaknya.
Pemberian Kelulusan Kad Layak Unit Dihadkan
Power Bank 680
http://www.hlb.com.my/
-
(iv) PROMOSI FD PREMIUM BIASA BANCASSURANCE “Promosi FD Premium
Biasa Bancassurance” (“Promosi Banca”) terbuka kepada
Cawangan-cawangan Terpilih HLB sahaja dan bermula pada tarikh
Tempoh Rumah Terbuka seperti yang terjadual dalam Lampiran I.
Promosi Banca ini hanya terbuka kepada kes-kes (yakni
Produk-produk seperti tersebut dalam Fasal 39 di bawah) yang
dikemukakan dalam masa 5 hari selepas tarikh Tempoh Rumah Terbuka
dan mestilah membawa kepada penghasilan selewat-lewatnya 20 hari
kalendar selepas tarikh Tempoh Rumah Terbuka. KELAYAKAN
38. Promosi Banca terbuka kepada seluruh pelanggan HLB baharu
dan sedia ada termasuk pemastautin warga Malaysia dan bukan warga
Malaysia (“Pelanggan Banca”) yang, semasa Tempoh Rumah Terbuka,
memohon mana-mana Produk sertaan seperti tersebut dalam Fasal 39 di
bawah dan menjelaskan Premium Perniagaan Baharu dengan Saiz Premium
Tahunan minimum bagi Produk-produk sertaan berkenaan seperti
tersebut dalam jadual yang disediakan dalam Fasal 42 di bawah dalam
masa 20 hari kalendar selepas Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru
Cina (“Pelanggan Banca Layak”).
39. Produk-produk sertaan bagi Promosi Banca ini adalah Hong
Leong SMART Cash Insurance, Prestige Life, Hong
Leong SMART5 Insurance dan Hong Leong SMART Value Insurance
(secara kolektif disebut “Rangkaian Produk” dan secara individu
disebut “Produk”) yang semuanya ditaja jamin oleh insurer, Hong
Leong Assurance Berhad (“HLA”).
40. Bagi mengelakkan keraguan:-
“Premium Perniagaan Baharu” bermaksud premium tahun pertama yang
dijelaskan bagi pembelian mana-mana Produk itu; “Saiz Premium
Tahunan” bermaksud jumlah amaun premium dijelaskan setiap tahun
dengan minimum Ringgit Malaysia Enam Ribu (RM6,000) bagi Hong Leong
SMART Cash Insurance dan Prestige Life dan Sepuluh Ribu
(RM10,000.00) bagi Hong Leong SMART5 Insurance dan Hong Leong SMART
Value Insurance.
41. Pelanggan Banca Layak yang telah melakukan atau disyaki
melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan
Rangkaian Produk dan/atau mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB
atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada
Bank, bank-bank lain atau oleh mana-mana pihak ketiga) atau bakal
dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau
semasa Tempoh Rumah Terbuka TIDAK layak menyertai Promosi
Banca.
KAEDAH
42. Pelanggan Bank Layak yang meletak deposit FD dalam akaun FD
sedia ada atau akaun FD baharu mereka dengan HLB dalam amaun yang
ditetapkan bagi Produk-produk berkenaan semasa Tempoh Rumah Terbuka
bagi Tempoh FD berhak menikmati faedah FD Promosi Banca yang
ditetapkan di bawah (“Pelanggan Bank Berkelayakan”) :
Produk Saiz
Premium Tahunan
Amaun Peletakan Deposit Tetap
(“FD”)* Faedah FD Promosi Banca
Kumpulan A
Hong Leong SMART5 Insurance
Hong Leong SMART Value Insurance
Minimum RM10,000
Berasas 1 ke 1 hingga maksimum
RM24,000
FD 2 Bulan (“Tempoh FD”) Faedah FD pada kadar efektif 8.88%
setahun
Dihadkan kepada 1,600 pertama Pelanggan Banca Berkelayakan
sahaja (berasaskan setiap pelanggan)
Kumpulan B
Hong Leong SMART Cash Insurance
Prestige Life
Minimum RM6,000
*Perhatian: Deposit tetap dan insurans layak dilindungi oleh
PIDM.
43. Bagi mengelakkan keraguan, pemberian Faedah FD Promosi Banca
ini adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, dan dihadkan kepada
satu ribu enam ratus (1,600) pertama Pelanggan Banca
Berkelayakan.
44. Pelanggan Banca Layak hanya boleh membuat peletakan FD
setelah insurer, HLA memberi kelulusan bagi Produk-
produk yang dimohon dan selepas luputnya tempoh bertenang lima
belas (15) hari kalendar sebaik sahaja polisi insurans
-
itu berjalan kuat kuasa. Surat pemberitahuan akan dihantar oleh
HLA kepada Pelanggan Banca Layak dan Pelanggan Banca Layak
dikehendaki membawa surat Pemberitahuan itu kepada mana-mana
cawangan HLB sebagai bukti kelayakan untuk menikmati Faedah FD
Promosi Banca supaya boleh melakukan peletakan FD, jika gagal
berbuat demikian maka Pelanggan Banca Layak dianggap tidak
berkelayakan menyertai Promosi Banca ini dan pada dasarnya
Pelanggan Banca Layak berkewajipan mendapatkan surat Pemberitahuan
tersebut daripada HLA / untuk memberitahu HLA sekiranya Pelanggan
Banca Layak tidak menerima surat Pemberitahuan tersebut daripada
HLA, dan HLB tidak bertanggungjawab terhadap ketidakterimaan surat
Pemberitahuan itu oleh Pelanggan Banca Layak atas apa jua sebab
sekalipun.
45. Bagi mengelakkan keraguan, HLB akan menjadikan surat
Pemberitahuan itu sebagai panduan untuk memastikan
kelayakan Pelanggan Banca Layak untuk membuat peletakan FD
mereka masing-masing dengan HLB. 46. Setiap Pelanggan Banca
Berkelayakan hanya berhak menikmati Faedah FD Promosi Banca untuk
satu (1) kali sahaja
(sama ada dalam akaun FD individu di bawah nama Pelanggan Banca
Berkelayakan sahaja atau akaun FD bersama apabila Pelanggan Banca
Berkelayakan adalah Pemegang Akaun FD Utama) tanpa mengira bilangan
Produk yang dilanggani sepanjang Tempoh Rumah Terbuka. Bagi akaun
FD bersama, hanya akaun FD bersama apabila Pelanggan Banca Layak
(seperti tersebut dalam surat Pemberitahuan) adalah Pemegang Akaun
FD Utama, berhak menikmati Faedah FD Promosi Banca.
47. Jika sekiranya Produk dibatalkan oleh mana-mana pihak atas
apa jua sebab sekalipun pada bila-bila masa dalam
Tempoh FD peletakan FD, maka Pelanggan Banca Berkelayakan tidak
layak menikmati Faedah FD Promosi Banca. Dalam hal sedemikian,
kadar FD konvensional semasa bagi Tempoh FD itu akan dikenakan dari
tarikh peletakan FD.
48. Faedah FD Promosi Banca di bawah Promosi Banca ini akan
dikreditkan ke dalam akaun semasa atau simpanan
(“CASA”) namaan Pelanggan Banca Berkelayakan pada tarikh matang
Tempoh FD. Tokokan feadah kepada peletakan FD permulaan tidak
dibenarkan.
49. Pada tarikh matang, FD akan diperbaharui secara automatik
pada kadar FD konvensional semasa. Pengeluaran separa
FD semasa Tempoh FD tidak dibenarkan. 50. Pengeluaran FD hanya
boleh dibuat di cawangan asal bank yakni di cawangan tempat
peletakan FD itu dibuat. 51. Jika sekiranya FD ditarik balik
sebelum tarikh matang Tempoh FD berkenaan maka tiada faedah yang
akan dibayar bagi
mana-mana FD yang dikeluarkan. 52. Jika kemudiannya didapati
Pelanggan Banca Berkelayakan tidak memenuhi mana-mana atau kesemua
Terma & Syarat
di bawah Promosi Banca, maka HLB berhak menolak balik dan
memotong Faedah FD Promosi Banca tambahan yang dikreditkan sebelum
ini daripada CASA namaan Pelanggan Banca Berkelayakan. Pelanggan
Banca Berkelayakan akan diberitahu oleh HLB melalui surat sebelum
Faedah Promosi FD ditolak balik dan dipotong daripada CASA namaan
Pelanggan Banca Berkelayakan.
53. Promosi Banca ini TIDAK sah bersama promosi sedang berjalan
yang ditawarkan oleh HLB bagi Rangkaian Produk itu
dari semasa ke semasa.
PENAFIAN INSURANS
Dokumen/T&S ini tidak bertujuan sebagai jemputan atau
tawaran untuk langganan insurans mahupun permintaan untuk langganan
insurans oleh HLB daripada sesiapa. Pelanggan dinasihati untuk
membaca dan memahami kandungan brosur produk/polisi kontak sebelum
mendaftar. *NOTA PENTING: PRODUK INSURANS INI ADALAH BERGANTUNG
KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK PELABURAN TULEN
SEPERTI AMANAH SAHAM. PELANGGAN MESTI MENILAI PILIHAN MEREKA DENGAN
BERHATI-HATI AND MEMUASKAN HATI MEREKA DI MANA PELAN PELABURAN
BERKAIT SESUAI DENGAN SELERA RISIKO MEREKA, DAN PELANGGAN MAMPU
MENANGGUNG PREMIUM SEPANJANG TEMPOH POLISI. UNTUK MENINGKATKAN
PELABURAN PADA BILA-BILA WAKTU, ADALAH DINASIHATKAN SUPAYA
PELANGGAN MEMBAYAR PREMIUM TAMBAHAN SEBAGAI “TOP UPS”. PULANGAN
DANA PELABURAN BERKAIT ADALAH TIDAK DIJAMIN. Pelanggan yang tidak
dilindung oleh dana pampasan di bawah Bahagian IV Pasaran Modal dan
Akta Perkhidmatan 2007. Dana pampasan ini tidak dipanjangkan kepada
Pelanggan sekiranya Pelanggan mengalami kerugian wang disebabkan
penyelewengan atau penipuan salah guna duit dan hartanah lain, oleh
pengarah, pegawai, pekerja atau wakil HLB.
-
Produk di atas adalah dilindungi oleh Hong Leong Assurance
Berhad (HLA). HLA adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian manfaat yang dilindung di
bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh HLA adalah dilindungi
daripada kerugian sebahagian atau seluruh manfaat insurans oleh
PIDM, sekiranya kegagalan ahli pemberi insurans berlaku. Untuk
maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop liputan, sila
dapatkan brosur informasi PIDM daripada HLA atau layari laman web
PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM
(1-800-88-1266).
b) KEMPEN TAHUN BARU CINA (i) PROMOSI PEMBIAYAAN-i HARTANAH
54. Promosi Pembiayaan Hartanah/-i terbuka kepada pelanggan
individu Bank warga Malaysia dan bukan warga Malaysia yang telah
memohon Kemudahan Sertaan baharu dalam Tempoh Promosi (“Pelanggan
Pembiayaan Hartanah”). Untuk mendapat Pemberian Terimaan dan
menyertai Peraduan Hadiah Utama Pembiayaan Hartanah (“Peraduan
Pembiayaan Hartanah”) seperti dinyatakan dalam Fasal 58 dan Fasal
61, Pelanggan Pembiayaan Hartanah dikehendaki memohon kemudahan
baharu di bawah mana-mana produk pinjaman/pembiayaan terpilih yang
berikut seperti tersenarai di bawah dengan amaun kemudahan minimum
sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM300,000) sahaja
(“Kemudahan Sertaan”) semasa Tempoh Promosi dan menerima Kemudahan
Sertaan tersebut dengan menandatangani Surat Tawaran pada atau
sebelum 15 Mac 2018 (“Tarikh Terimaan”):-
Pinjaman Perumahan/Kedai Hong Leong; Pinjaman Perumahan/Kedai
MortgagePlus Hong Leong; atau Pembiayaan Hartanah Fleksi-i CM Hong
Leong (Pembiayaan Rumah/Kedai).
(“Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak”).
55. Promosi ini terbuka kepada Kemudahan Sertaan bagi tujuan
untuk pembiayaan semula serta juga pembiayaan belian hartanah
kediaman dan bukan kediaman yang sudah siap atau sedang dibina.
56. Bagi mengelakkan keraguan, dalam hal pemohon bersama, nama
yang mula-mula tertera dalam rekod Bank akan
merupakan pemohon utama (“Pemohon Pembiayaan Hartanah Utama”).
Bagi tujuan Promosi ini, hanya Pemohon Pembiayaan Hartanah Utama
sahaja akan layak mendapat Pemberian Terimaan dan menyertai
Peraduan Pembiayaan Hartanah ini.
57. Pada dasarnya Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak
berkewajipan menyediakan dokumen-dokumen berkenaan yang
dikehendaki Bank untuk membolehkan Bank meluluskan Kemudahaan
Sertaan pada masa yang tepat. Bank tidak akan bertanggungjawab
sekiranya Kemudahaan Sertaan ditolak atau Pelanggan Pembiayaan
Hartanah Layak tidak dapat menerima Surat Tawaran pada atau sebelum
Tarikh Terimaan, atas apa jua sebab sekalipun (termasuk tetapi
tidak terhad kepada dokumen-dokumen tidak memadai untuk meluluskan
Kemudahan Sertaan)
KAEDAH (A) PEMBERIAN TERIMAAN
58. Terdapat tiga (3) jenis Caltex StarCash yang akan
dibahagikan kepada Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak mengikut
amaun pembiayaan Kemudahan Sertaan (secara kolektif disebut
“Pemberian Terimaan”). 59. Pemberian Terimaan yang disediakan
adalah seperti berikut:
Bil. Amaun Pembiayaan Caltex StarCash
i. RM300,000 - < RM500,000 RM68
ii. RM500,000 - < RM800,000 RM108
iii. RM800,000 ke atas RM128
60. Untuk menerima Pemberian Terimaan, Pelanggan Pembiayaan
Hartanah Layak perlu menebus perkara yang tersebut
dari Bank dan melaksanakan Borang Akuan Penebusan Terimaan
selepas menerima Kemudahan Sertaan tersebut dengan menandatangani
Surat Tawaran, jika tidak Pemberian Terimaan akan dilucuthakkan dan
sebarang rayuan bagi pembayaran balik Pemberian Terimaan tidak akan
dilayan oleh Bank.
(B) PERADUAN HADIAH UTAMA PEMBIAYAAN HARTANAH
http://www.pidm.gov.my/
-
61. Tiga (3) Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak juga akan
berpeluang memenangi satu (1) Hadiah Utama iaitu Caltex StarCash
bernilai RM2,888 (Dua Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Lapan Ringgit
Malaysia) (“Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah”) dengan
menyertai Peraduan Pembiayaan Hartanah ini.
62. Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak berhak menerima bilangan
Penyertaan Peraduan Pembiayaan Hartanah
(“Penyertaan Peraduan”) yang tertera di bawah ini berdasarkan
yang kriteria berikut:-
i. Hartanah kediaman dan/atau bukan kediaman yang telah siap
Transaksi Yang Melayakkan Bilangan Penyertaan Peraduan
Setiap RM10,000 daripada jumlah amaun pembiayaan yang dilulus
dan diterima bagi mana-mana Kemudahan Sertaan
20 Penyertaan
ii. Hartanah kediaman dan bukan kediaman yang sedang dibina
Transaksi Yang Melayakkan Bilangan Penyertaan Peraduan
Setiap RM10,000 daripada jumlah amaun pembiayaan yang dilulus
dan diterima bagi mana-mana Kemudahan Sertaan
10 Penyertaan
63. Bank akan menjejaki Kemudahan Sertaan dan/atau Penyertaan
Peraduan berasaskan transaksi yang tercatat dan
terpapar dalam sistem Bank. Cara dan bagaimana Bank menjejaki
dan mengenal pasti Kemudahan Sertaan dan/atau Penyertaan Peraduan
tidak boleh dipersoalkan dan segala keputusan yang dibuat oleh Bank
menurut sistem penjejakan itu adalah muktamad.
64. Sebuah agensi pengurusan peraduan pihak ketiga, Dynamic
Search Sdn. Bhd. (136574V) (“Dynamic Search”),
berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor akan dilantik oleh Bank
untuk menguruskan pemilihan Peserta Layak Yang Ditapis.
65. Sepuluh (10) Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak (secara
kolektif disebut di dalam ini sebagai “Peserta Layak
Ditapis”) akan dipilih secara rambang pada penghujung Tempoh
Promosi dan akan dihubungi oleh Dynamic Search atas dasar usaha
terbaik melalui nombor telefon terkini yang diberi oleh Pelanggan
Pembiayaan Hartanah Layak seperti terdapat dalam sistem Bank SEKALI
pada bila-bila masa dalam waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:00
petang) untuk sesi soal jawab untuk menjawab dua (2) soalan dengan
betul dalam rangka masa yang terpantas.
Maka, Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak bertanggungjawab untuk
menyediakan nombor mudah alih mereka yang sah, sah dan tepat dengan
Bank dan Bank dan/atau Dynamic Search tidak akan bertanggungjawab
sekiranya Dynamic Search tidak dapat mencapai Peserta Layak Ditapis
atas apa jua sebab.
66. Jika Peserta Layak Ditapis / Pelanggan Pembiayaan Hartanah
Layak gagal menjawab telefon selepas lima (5) deringan atas apa jua
sebab sekalipun, maka Peserta Layak Ditapis dianggap telah terlepas
peluang menang dan Dynamic Search akan mempunyai hak mutlak untuk
memilih seorang lagi Peserta Layak Ditapis jika perlu.
67. Peserta Layak Ditapis tidak akan diberitahu pada masa itu
juga sama ada mereka pemenang Peraduan Pembiayaan Hartanah sebaik
selesai sesi Soal Jawab itu.
68. Tiga (3) Peserta Layak Ditapis yang dapat menjawab paling
banyak soalan dalam masa terpantas akan diumumkan sebagai pemenang
(“Pemenang Hadiah Utama”). Jika sekiranya berlaku seri, Dynamic
Search akan menghubungi Peserta Layak Ditapis dan Peserta Layak
Ditapis akan ditanya satu (1) soalan pematah seri dan peserta yang
dapat menjawab soalan itu dengan betul dalam masa terpantas akan
menjadi Pemenang Hadiah Utama.
69. Jika Dynamic Search tidak dapat menghubungi Peserta Layak
Ditapis (untuk tujuan Fasal 68 di atas) selepas 2 percubaan atau
Peserta Layak Ditapis gagal menjawab telefon selepas lima (5)
deringan atas apa jua sebab sekalipun, Peserta Layak Ditapis akan
dianggap telah terlepas peluang memenangi Hadiah Utama Peraduan
Pembiayaan Hartanah.
70. Akaun Kemudahan Sertaan Pemenang Hadiah Utama mestilah kekal
aktif dan tidak ditamatkan atau tertunggak, jika tidak Pemenang
Hadiah Utama akan terlucut kelayakannya daripada memenangi Hadiah
Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah.
71. Pemenang Hadiah Utama akan diberitahu oleh Bank sama ada
melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran nama Pemenang
Hadiah Utama dalam laman web Bank di www.hlb.com.my atau
www.hlisb.com.my tidak lewat daripada 31 Mac 2018.
72. Jika Peserta Layak Ditapis tidak menerima pemberitahuan
melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran dalam laman Bank
pada atau sebelum 31 Mac 2018, mereka dianggap BUKAN pemenang
Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah.
http://www.hlb.com.my/http://www.hlisb.com.my/
-
73. Untuk menebus Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah,
Pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah dikehendaki menebus perkara tersebut daripada Bank dari
Bank dan melaksanakan Borang Akuan Penebusan Terimaan Hadiah Utama
pada atau sebelum 12 April 2018, jika tidak Pemberian Terimaan akan
dilucuthakkan dan sebarang rayuan bagi pembayaran balik Pemberian
Terimaan tidak akan dilayan oleh Bank.
74. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Hadiah
Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah yang tidak dituntut selepas 12
April 2018.
75. Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah untuk Promosi ini akan tamat tempoh pada 31
Mac 2019. Jika Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan
Pembiayaan Hartanah tidak digunakan selepas 31 Mac 2019, baki
kredit kekal dalam Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan
Pembiayaan Hartanah akan luput / luput dan Baki kredit (jika ada)
tidak boleh ditukar dengan tunai
76. Terma dan syarat penggunaan Pemberian Terimaan dan/atau
Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah adalah di luar kawalan
Bank dan ditentukan oleh Caltex Malaysia (berdaftar di bawah
Chevron Malaysia Limited) semata-mata dan ditetapkan dalam Caltex
StarCash atau Laman Web (URL: https://www.caltex.com/my/en.html)
(jika ada). Sebarang pertikaian berkaitan dengan terma dan syarat
Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah hendaklah diselesaikan secara langsung antara Pelanggan
Pembiayaan Harta Layak / Pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah dengan Caltex tanpa meminta bantuan Bank. Bank tidak akan
bertanggungjawab untuk mengganti atau membatalkan Pemberian
Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah akibat
pertikaian tersebut.
77. Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga
dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai muka, kredit, cek atau
manfaat barangan. Bank tidak bertanggungjawab terhadap Pemberian
Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah yang
hilang atau dicuri dan tidak bertanggungjawab untuk
menggantikannya.
(ii) PEMBIAYAAN AUTO: PROMOSI PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMALANGAN
DIRI 1 BULAN EKSKLUSIF KELAYAKAN 78. Promosi Takaful Kemalangan
Diri (PA) 1 Bulan Eksklusif Pembiayaan Auto (“Promosi Pembiayaan
Auto”) terbuka
kepada seluruh pelanggan individu Bank (“Pelanggan Pembiayaan
Auto”), yang permohonan Pembiayaan Auto Hong Leong (HLAF)
mereka
Diterima dalam Tempoh Promosi; dan
Dibiayai (bermaksud tarikh bayar pembiayaan) tidak lewat
daripada 15 Mac 2018 (“Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan”)
KAEDAH
79. Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan akan berhak mendapat
perlindungan Takaful PA bernilai RM28,000 (“Pelan Takaful PA”),
ditaja jamin oleh Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)
(Malaysia Bhd), beralamat Aras 5, Tower B, PJ City Development,
No.15A, Jalan 219, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan (Pengendali Takaful), semasa Tempoh Promosi.
80. BIDANG PERLINDUNGAN
Kecederaan tubuh badan dan/atau hilang upaya kekal yang
sepenuhnya dan secara langsung disebabkan kemalangan dan tidak
termasuk kecederaan yang disebabkan sakit, penyakit atau masalah
perubatan. Sekiranya berlaku kematian kepada “Pelanggan Pembiayaan
Auto Berkelayakan”, benefisiari yang dinamakan akan ditanggung rugi
dengan perlindungan jumlah dan faedah lain yang perlu dibayar.
Batasan wilayah – di dalam Malaysia
81. Jangka masa Takaful
Perlindungan takaful 1 bulan berkuat kuasa dari tarikh
pembayaran pembiayaan
82. Pelan Takaful
Manfaat Pampasan Jangka Masa Lindungan
-
A. Mati kerana kemalangan RM28,000
1 bulan dari tarikh pinjaman dibayar
B. Kehilangan atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
RM28,000
C. Perbelanjaan Pengebumian & Pembakaran Mayat RM3,000
D. Perlindungan Keselamatan Rumah RM1,000
Perhatian: i. Lindungan takaful butiran (C) dan (D) adalah
manfaat bonus diberi kepada “Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan
” ii. Perlindungan Keselamatan Rumah meliputi kos pembaikan kepada
pintu pagar, gril, pintu, tingkap, kunci akibat rompakan / kecurian
premis ketika orang berinsurans itu di perjalanan. iii. Tertakluk
kepada Terma & Syarat Hong Leong MSIG Takaful Berhad dalam
Sijil Induk
83. Notis tuntutan
Dalam kes Kematian Kemalangan / tuntutan Kehilangan atau Hilang
Upaya Menyeluruh dan Kekal, Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan
perlu melengkapkan dan mengemukakan borang tuntutan dengan butiran
lengkap seperti yang dikehendaki kepada Pengendali Takaful dalam
tempoh enam puluh (60) hari sebaik menerima notis atau menanggung
sebarang kemalangan, jika gagal berbuat demikian, maka Liputan itu
dianggap telah tamat tempoh dan Pengendali Takaful tidak akan
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang pertikaian selanjutnya.
Pihak menuntut boleh menghubungi Pengendali Takaful secara
langsung atau melayari laman web mereka di www.hlmsigtakaful.com.my
untuk mendapatkan borang tuntutan
Bagi senarai penuh pengecualian dan maklumat tambahan mengenai
Pelan PA Takaful, sila hubungi Pengendali Takaful secara langsung
di talian (603) 7650 1800.
84. Pada dasarnya Pelanggan Pembiayaan Auto berkewajipan memberi
/ menyediakan segala dokumen berkenaan yang dikehendaki Bank untuk
membolehkan Bank meluluskan HLAF. Bank tidak akan bertanggungjawab
seandainya HLAF ditolak atau jika sekiranya tarikh pembiayaan
ditunda atas apa jua sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad
kepada dokumen-dokumen tidak memadai disediakan oleh Pelanggan
Pembiayaan Auto seperti yang dikehendaki Bank untuk membolehkan
Bank membiayai jumlah HLAF tepat pada masanya. Sebarang pertikaian
mengenai kelewatan pembiayaan HLAF atau penolakan permohonan tidak
akan dilayani.
85. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa tuntutan berkenaan dengan
Pelan PA Takaful ini hendaklah diselesaikan antara
Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan dengan Pengendali Takaful
tanpa meminta bantuan Bank. Dengan menyertai Promosi Pembiayaan
Auto ini, Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan bersetuju untuk
mematuhi terma dan syarat yang dikenakan oleh Pengendali
Takaful.
(iii) POWERLINK – PROMOSI SERANGKAI PELABURAN DAN DEPOSIT TETAP
86. Powerlink – Promosi Serangkai Pelaburan dan Deposit Tetap
(“Promosi Powerlink”) terbuka untuk penyertaan oleh
seluruh Pelanggan HLB individu (“Pelanggan Powerlink HLB”) yang
merupakan permastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia
terdiri daripada kategori berikut (“Kategori Pelanggan”):- i.
Pelanggan Perbankan Persendirian (“PV”) sedia ada dan / atau
baharu;
ii. Pelanggan Perbankan Prioriti (“PB”) sedia ada dan / atau
baharu; dan
iii. Bukan Pelanggan PB/PV sedia ada / atau baharu,
melainkan diberitahu sebaliknya.
87. Dalam konteks ini Pelanggan PV bermaksud Pelanggan HLB yang
telah memenuhi kriteria kelayakan Keahlian Perbankan Persendirian
HLB (“Keahlian PV”). Keahlian PV bermaksud gabungan Aset Cair
dan/atau Pelaburan (seperti ditakrif menurut Fasal 89 di bawah)
berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM3,000,000.00) atau apa-apa
amaun lain yang ditetapkan oleh HLB dari semasa ke semasa
(“Kriteria Kelayakan PV”). Pelanggan PV Baharu bermaksud Pelanggan
HLB yang telah menyertai Keahlian PV semasa Tempoh Promosi.
88. Dalam konteks ini Pelanggan PB bermaksud Pelanggan HLB yang
telah memenuhi kriteria kelayakan Keahlian
Perbankan Prioriti HLB (“Keahlian PB”). Keahlian PB bermaksud
gabungan Aset Cair dan/atau Pelaburan (seperti ditakrif menurut
Fasal 89 di bawah) berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu
(RM300,000.00) atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan oleh HLB
dari semasa ke semasa (“Kriteria Kelayakan PB”). Pelanggan PB
Baharu bermaksud Pelanggan HLB yang telah menyertai Keahlian PB
semasa Tempoh Promosi.
89. Bagi tujuan di dalam ini, istilah “Aset Cair” adalah
bermakna segala jumlah yang ada dalam kredit mana-mana Akaun
Deposit Tetap (“FD”), Akaun Semasa & Akaun Simpanan (“CASA”)
dan/atau Akaun Mata Wang Asing dengan HLB
-
manakala istilah “Pelaburan” bermakna amaun pelaburan pokok
dalam mana-mana Dana Unit Amanah (“UT”), Instrumen Deposit Boleh
Niaga Kadar Terapung (“FRNID”), Bon Runcit, Pelaburan Berkaitan
Ekuiti (“ELI”) dan / atau Pelaburan Dwimata Wang (“DCI”) dengan HLB
pada mana-mana satu masa. Akaun Semasa Mortgage Plus dan Pinjaman
Fleksi Super Easi 123 dikecualikan daripada sebahagian Aset Cair
untuk mencukupkan kriteria kelayakan PB/PB.
90. Apabila terdapat lebih daripada satu (1) pemohon Keahlian
PV/PB, maka akaun bersama mestilah dibuka. Pemegang
akaun bersama yang namanya mula-mula tertera dalam rekod HLB
adalah pemegang akaun utama (“Pemegang Akaun Utama”) manakala
pemegang akaun bersama yang seorang lagi adalah pemegang akaun
kedua (“Pemegang Akaun Kedua”)
KAEDAH PROMOSI
91. Untuk menyertai Promosi Powerlink, Pelanggan Powerlink HLB
dikehendaki semasa Tempoh Promosi menunaikan
keperluani/kriteria berikut seperti tertera dalam Jadual 1 dan
Jadual 2 di bawah untuk layak menikmati Kadar FD Promosi
Powerlink:
i. melabur Amaun Pelaburan Minimum dalam mana-mana UT atau FRNID
terpilih (seperti tersenarai dalam Lampiran 2 disertakan di sini)
(secara kolektif disebut “Pelaburan Terpilih”); dan
ii. meletak FD ke dalam akaun FD yang baharu dibuka atau sedia
ada untuk tempoh maksimum 1 bulan (“Tempoh”) dengan amaun peletakan
FD maksimum 1 kali (1x) Amaun Pelaburan dalam UT atau FRNID
(“Powerlink FD”).
Jadual 1: Amaun Pelaburan Minimum bagi UT
Kategori Pelanggan
Amaun Pelaburan Minimum
Caj Jualan Pelaburan Minimum
Nisbah Pelaburan: FD
Amaun FD Maksimum
Kadar dan Tempoh FD Promosi Powerlink
Pelanggan PB/PV
RM50,000 3.00%* 1:1
Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000
FD 1 bulan pada 22.88% setahun
Bukan Pelanggan PB/PV
RM30,000 3.00%* 1:1
Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000
FD 1 bulan pada 18.88% setahun
* 3.00% merujuk kepada caj jualan UT minimum yang dikenakan ke
atas dana UT sertaan. Jadual 2: Amaun pelaburan minimum bagi
FRNID
Kategori Pelanggan
Amaun Pelaburan Minimum
Caj Jualan Pelaburan Minimum
Nisbah Pelaburan: FD
Amaun FD Maksimum
Kadar dan Tempoh FD Promosi Powerlink
Pelanggan PB/PV
RM100,000 Tak
berkenaan 1:1
Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000
FD 1 bulan pada 22.88% setahun
Bukan Pelanggan PB/PV
Tak berkenaan
Tak berkenaan
Tak berkenaan Tak berkenaan
Tak berkenaan
-
92. Bagi mengelakkan keraguan, untuk membolehkan Pelanggan
Powerlink HLB menikmati Kadar FD Promosi:
i. perlu meletak Pelaburan Terpilih dan FD Powerlink serentak
pada hari yang sama semasa Tempoh Promosi; dan ii. amaun FD
Powerlink maksimum diletak serentak dengan Pelaburan Terpilih
dinyatakan sebagai nisbah kepada
Amaun Pelaburan Terpilih dan tidak melebihi RM5,000,000. iii.
Kadar FD Promosi Powerlink dinikmati dengan Dana Baharu sahaja
(seperti ditakrif dalam Fasal 93 di bawah).
93. Dana Baharu ditakrif sebagai:
a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baharu yang diterima
melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek
jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain yang didepositkan ke dalam
akaun FD sedia ada atau baharu Pelanggan PB; dan
b) Hasil penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon / sukuk dan /
atau Hong Leong Invest Safe semasa Tempoh Promosi yang didepositkan
semula ke dalam mana-mana CASA HLB.
94. Yang berikut ini tidak boleh dianggap “Dana Baharu”:
a) FD yang matang atau pengeluaran pramatang FD daripada
mana-mana akaun FD/akaun Deposit Tetap-i (“FD-i”) HLB / HLISB yang
sedia ada;
b) Pindahan dana intra bank, iaitu pindahan dana daripada akaun
HLB / HLISB yang lain (sama ada Akaun Simpanan/i dan/atau Akaun
Semasa/i (CASA dan/atau CASA-i), FD, FD-i atau Akaun Pelaburan Am
(“GIA”); dan
c) Pindahan antara cawangan di dalam Bank termasuk pindahan
akaun pihak ketiga (ke-3).
95. Pelanggan Powerlink HLB baharu dikehendaki membuka akaun FD
baharu dengan HLB semasa Tempoh Promosi (jika Pelanggan HLB tidak
mempunyai akaun FD yang sedia ada) untuk membolehkannya memenuhi
keperluan ini.
96. Pelanggan Powerlink HLB yang telah menunaikan dan memenuhi
keperluan seperti dinyatakan dalam Fasal 91 dan 92
di atas akan disebut “Pelanggan Powerlink Layak” bagi tujuan
Promosi Powerlink. 97. Pelanggan Powerlink Layak dikehendaki
menamakan satu Akaun CASA yang diselenggarakan dengan HLB yang
seharusnya atas nama semua Pelanggan Powerlink Layak (“CASA
Namaan”) untuk tujuan mengkreditkan faedah yang diperolehi di bawah
Promosi ini. Faedah FD yang diperolehi hendaklah dikreditkan ke
dalam CASA Namaan Pelanggan Powerlink Layak pada tarikh matang
Tempoh. Tokokan faedah kepada Jumlah Pokok FD tidak dibenarkan.
-
98. Jika sekiranya FD ditarik balik sebelum tarikh matang
Tempoh, maka tiada faedah akan dibayar atas mana-mana FD yang
ditarik balik sebelum matang Tempoh menurut peraturan Persatuan
Bank-bank di Malaysia (“ABM”), Seksyen E (v) akan diguna pakai:
a) Tiada faedah akan dibayar atas mana-mana deposit 1 bulan, 2
bulan, 3 bulan yang belum cukup tempohnya.
99. Pada tarikh matang, FD akan diperbaharui secara automatik
pada kadar FD konvensional semasa. 100. Pengeluaran separa FD tidak
dibenarkan. 101. Pengeluaran FD, sama ada sebelum atau selepas
tarikh matang Tempoh, hanya boleh dibuat di cawangan asal bank,
yakni tempat cawangan peletakan FD itu dibuat.
102. Tarikh tempahan UT hendaklah dianggap sebagai tarikh
peletakan UT bagi produk-produk UT Terpilih dalam Pelaburan
Terpilih
103. Tarikh niaga FRNID hendaklah dianggap sebagai tarikh
peletakan FRNID bagi produk-produk FRNID terpilih dalam
Pelaburan Terpilih. 104. Peletakan FD dan Amaun Pelaburan dalam
Pelaburan Terpilih mestilah dibuat pada hari yang sama dan tidak
boleh
dikumpulkan daripada hari-hari yang berbeza. 105. Pemegang Akaun
Utama (seperti menurut Fasal 90 di atas) bagi Pelaburan Terpilih
dan juga akaun FD mestilah di
bawah nama Pelanggan Powerlink HLB yang sama. 106. HLB berhak
meminda dana-dana sertaan Pelaburan Terpilih yang disenaraikan
dalam Lampiran 2 dari semasa ke
semasa dalam Tempoh Promosi. 107. Pelanggan Powerlink Layak
adalah bertanggungjawab dan hendaklah menanggung sendiri segala
cukai berkenaan, fi
kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan ke atas
mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan
penyertaan mereka dalam Promosi.
108. FD tidak boleh digunakan sebagai sandaran bagi tujuan
mendapatkan apa-apa kemudahan kredit yang diperolehi atau
akan diperolehi oleh Pelanggan Powerlink Layak. 109. Jika
sekiranya Pelanggan Powerlink Layak menggunakan hak bertenang Unit
Amanah mereka atau sebarang transaksi
Pelaburan Terpilih ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak
atas apa jua sebab sekalipun, maka Pelanggan Powerlink Layak TIDAK
berhak menikmati Kadar FD Promosi Powerlink sepeti disyaratkan
dalam jadual yang dipaparkan dalam Fasal 91 di atas. Dengan itu
dana-dana yang diletak dan didepositkan dalam akaun FD akan ditarik
balik dan tiada faedah akan dibayar menurut peraturan ABM, Seksyen
E (v).
TRANSAKSI PRODUK PELABURAN
110. Pelaburan bersama dianggap kepunyaan orang yang namanya
mula-mula tertera dalam borang transaksi pelaburan bagi Pelaburan
Terpilih (“Pemegang Akaun Utama Pelaburan”). Hanya Pemegang Akaun
Utama Pelaburan layak menikmati Kadar FD Powerlink di atas.
-
111. Pelaburan dalam Dana UT terpilih dalam Pelaburan Terpilih
menggunakan dana yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (“KWSP”) tidak dibenarkan.
112. Semua terma dan syarat dan peraturan mengenai transaksi
Pelaburan Terpilih akan dikenakan. 113. Terma dan syarat mengenai
transaksi dan produk UT bagi Pelaburan Terpilih diperincikan dalam
Prospektus terkini
dan Prospektus Tambahannya (jika ada) yang telah sempurna
didaftarkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang
akan ditadbir dan dikawal selia menurut Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 (seperti dipinda) serta garis panduan dan arahan
berkaitan yang dilkeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa
berkenaan.
114. Penafian Unit Amanah: Dokumen ini bukan bertujuan sebagai
pelawaan atau tawaran untuk melanggan unit amanah dan ia bukan
penawaran oleh HLB untuk mendapatkan langganan unit amanah daripada
sesiapa. Pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan
prospektus yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia, yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya, sebelum
melabur. Salinan prospektus boleh diperolehi daripada mana-mana
cawangan kami atau pejabat Pengurus Dana. Sebarang terbitan unit
yang berkaitan dengan prospektus hanya akan dibuat selepas menerima
borang permohonan yang dirujuk dan dilampirkan dalam prospektus.
Pelabur diingatkan bahawa terdapat yuran dan caj yang dikenakan
dalam pembelian unit amanah. Pelabur dinasihatkan agar
mempertimbangkan yuran dan caj berkenaan sebelum melabur dan
merujuk dengan penasihat kewangan berlesen atau profesional mereka
jika ada keraguan mengenai sebarang ciri atau jenis dana. Sila
ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika
ada, boleh naik atau turun. Prestasi lampau bukan indikasi prestasi
masa hadapan. Pulangan ke atas pelaburan unit amanah tidak dijamin
dan unit amanah tidak membentuk deposit bank atau tanggungjawab HLB
dan ianya tidak dijamin atau diinsuranskan oleh HLB serta ia
tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan
amaun prinsipal yang dilaburkan. Skim unit amanah dan unit-unit di
dalam skim tersebut tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia (“PIDM”), dan sebarang wang yang dikeluarkan
daripada deposit berinsurans untuk tujuan pembelian mana-mana unit
dalam skim unit amanah tidak diinsuranskan oleh PIDM.
115. Semua terma dan syarat dan peraturan sedia ada yang
mengawal FRNID terpilih di bawah Pelaburan Terpilih akan
dikenakan. Terma dan syarat yang mengawal FRNID terpilih yang
diperincikan dalam Helaian Terma dan Helaian Pendedahan Produk
berkenaan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Bank Negara
Malaysia mengenai Ketelusan dan Pendedahan Produk seperti yang
dipinda dari semasa ke semasa dan apa-apa garis panduan dan
peraturan lain berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa
berkenaan dari semasa ke semasa.
Notis Penting: Pelanggan HLB tidak dilindungi oleh dana pampasan
di bawah Bahagian IV Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Dana
pampasan ini tidak meliputi Pelanggan HLB jika Pelanggan HLB
mengalami kerugian kewangan akibat penyalahgunaan, atau penipuan
salah guna wang dan harta lain, oleh pengarah, pegawai, kakitangan
atau wakil HLB.
UMUM
116. Promosi ini TIDAK sah dengan mana-mana promosi sedang
berjalan yang ditawarkan oleh Bank dari semasa ke
semasa. 117. Pelanggan CASA Layak, Pelanggan FD/-i, Pelanggan
HLB, Pemegang Kad NTC, Pelanggan Banca, Pelanggan
Pembiayaan Hartanah, Pelanggan Pembiayaan Auto, dan Pelanggan
Powerlink HLB secara kolektif dikenali sebagai “Pelanggan”.
Pemberian Peruntuk, Pemberian Kelulusan, dan Pemberian Terimaan
secara kolektif dikenali sebagai “Pemberian”.
-
Baucar Tunai dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah
secara kolektif dikenali sebagai “Hadiah”.
118. Dengan menyertai Promosi, Pelanggan:
(i) bersetuju telah membaca, memahami dan akan mematuhi Terma
& Syarat Promosi; (ii) bahawa semua rekod transaksi yang
dirakamkan oleh sistem Bank dalam Tempoh Promosi dan/atau
Tempoh
Rumah Terbuka dan senarai Pelanggan adalah tepat dan muktamad;
(iii) bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang
dikenakan oleh Caltex berhubung dengan penggunaan
Pemberian Terimaan dan / atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan
Hartanah; (iv) bersetuju bahawa semua permohonan untuk Kemudahan
Sertaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan
kelulusan Bank; (v) bersetuju bahawa keputusan Bank atas semua
hal berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat
ke atas semua Pelanggan dan sebarang surat-menyurat dan/atau
rayuan untuk mempertikaikan keputusan Bank tidak akan dilayani;
(vi) bersetuju bahawa Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan
Syarat Am Akaun Bank, Terma dan Syarat Perbankan Prioriti, Terma
dan Syarat Perbankan Persendirian, Perjanjian Perkhidmatan
Pelaburan (jika berkenaan), dan apa-apa Terma & Syarat
berkenaan yang lain hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian
keseluruhan dan jika terdapat sebarang percanggahan, maka Terma
& Syarat tertentu di dalam ini hendaklah diutamakan setakat
percanggahan tersebut; dan
(vii) bersetuju untuk mengakses laman web HLB di www.hlb.com.my
(“Laman Web HLB”), laman web HLISB di www.hlisb.com.my (“Laman Web
HLISB”) dan laman Facebook Hong Leong dari semasa ke semasa untuk
menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti
apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat.
(viii) membenarkan HLB/HLISB untuk mendedahkan data peribadi
mereka (seperti nama, Nombor Kad Pengenalan dan maklumat hubungan)
kepada penyedia perkhidmatan Bank, iaitu M3Tech dan/atau Dynamic
Search, untuk tujuan menjalankan dan melaksanakan Promosi ini;
(ix) memberi keizinan kepada Bank untuk mendedahkan atau
menyiarkan nama dan nombor kad pengenalan (dalam bentuk terlindung)
atau foto mereka dalam media, bahan pemasaran atau pengiklanan
119. Bank berhak:
(i) menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma &
Syarat yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau
sebahagian atas budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya
dalam Laman Web HLB/HLISB atau dengan apa-apa cara lain yang
dianggap sesuai oleh Bank;
(ii) menentukan transaksi yang akan dianggap “Pembelian Runcit”
di bawah Promosi Perolehan Kad Kredit; (iii) menggantikan mana-mana
atau kesemua Hadiah/Pemberian dengan produk lain yang sama nilainya
pada
bila-bila masa dengan memberi notis awal; (iv) melucutkan
kelayakan mana-mana Pelanggan atas apa jua sebab sekalipun yang
dianggap wajar oleh Bank
menurut budi bicara mutlaknya daripada menyertai Promosi dan /
atau berhak menerima Hadiah/Pemberian, Pelan Takaful PA, Kadar
FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau
Kadar FD Promosi Powerlink ; dan
(v) melupuskan Hadiah/Pemberian jika sekiranya Terma &
Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 120. Hadiah/Pemberian dihadkan
kepada satu (1) bagi setiap pemohon baharu atas dasar siapa cepat
dia dapat dan
tertakluk kepada ketersediaan stok semasa Tempoh Promosi/Tempoh
Rumah Terbuka dan tertakluk kepada terma dan syarat setiap
Promosi.
121. Pelanggan yang telah melakukan atau disyaki melakukan
penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana
kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah diisytiharkan muflis
atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa
sebelum atau semasa Tempoh Promosi / Tempoh Rumah Terbuka TIDAK
layak menyertai mana-mana Promosi dan/atau TIDAK layak menerima
Hadiah dan/atau Pemberian, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi,
Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau Kadar FD
Promosi.
122. Pelanggan masing-masing dipertanggungjawabkan dan hendaklah
menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi
kerajaan, segala kos yang berhubung dengan penghantaran atau
pemasangan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap
mereka mengikut undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan
penyertaan dalam Promosi dan/atau pengambilan Hadiah/Pemberian,
Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah
FD Promosi Banca, atau Kadar FD Promosi Powerlink.
123. Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab
terhadap kegagalan atau kelewatan penghantaran
transaksi jualan oleh Visa International Incorporated/MasterCard
Worldwide, organisasi niaga, pihak pos atau mana-mana pihak yang
boleh menyebabkan Pelanggan tertinggal daripada Promosi ini;
124. Akaun Pelanggan mestilah sah/ aktif, berkedudukan baik dan
mesti tidak melanggar mana-mana terma dan syarat
Promosi ini dan/atau Perjanjian Pemegang Kad pada setiap
masa.
http://www.hlb.com.my/http://www.hlisb.com.my/
-
125. Pemberian dan/atau Hadiah akan disediakan atas dasar
“Sebagaimana ada”. Pemberian/Hadiah yang dipaparkan
dalam semua bahan bercetak dan/atau laman web adalah untuk
tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang
dipaparkan bersama Pemberian dan/atau Hadiah dalam apa-apa bahan
bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian
daripada Pemberian dan/atau Hadiah itu.
126. Bank tidak memberi representasi atau waranti berkenaan
kualiti atau kesesuaian Pemberian dan/atau Hadiah itu dan
tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan apa-apa Pemberian
dan/atau Hadiah yang hilang, dicuri atau rosak (sama ada disebabkan
kecacatan bahan atau mutu kerja oleh syarikat pembuat di bawah
waranti atau tidak). Pelanggan hendaklah berurus secara langsung
dengan syarikat peniaga dan/atau syarikat pembuat berkenaan bagi
segala maklumat waranti dan tuntutan tanpa meminta bantuan
Bank.
127. Dengan menyertai Promjosi ini, Pelanggan bersetuju untuk
mematuhi terma dan syarat Pengendali Takaful / syarikat
peniaga masing-masing mengenai penggunaan Pemberian dan / atau
Hadiah dan/atau Pelan Takaful PA, yang boleh dipinda oleh syarikat
peniaga masing-masing dari semasa ke semasa tanpa memberi notis
awal. Bagi mengelakkan keraguan, Bank tidak bertanggungjawab atas
perubahan / pindaan terma dan syarat mengenai penggunaan Pemberian
dan / atau Hadiah / Pelan Takaful PA oleh syarikat peniaga /
Pengendali Takaful masing-masing dan sebarang pertanyaan atau
pertikaian berhubung dengan pindaan / perubahan yang tersebut tadi
tidak akan dilayani oleh Bank dan Pelanggan / Pemenang Putar &
Menang hendaklah menyelesaikannya dengan syarikat peniaga /
Pengendali Takaful masing-masing.
128. Pemberian / Hadiah, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi,
Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau
Kadar FD Promosi Powerlink tidak boleh dipindah milik kepda
mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai
muka, kredit, cek atau manfaat barangan.
129. Jika sekiranya terdapat percanggahan antara Terma &
Syarat ini berbanding dengan mana-mana bahan pengiklanan,
promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan
Promosi, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web HLB/HLISB
hendaklah diutamakan.
130. Selain terma-terma yang disyaratkan di atas, Pelanggan
bersetuju bahawa terma dan syarat am dalam Perjanjian
Pemegang Kad, Kontrak Takaful, Terma dan Syarat Am Akaun / Kad
Debit / Connect / Mortgage / Mortgage-i / Pinjaman/Pembiayaan
Peribadi, Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Borang Permohonan
Kiriman Wang HLB / Deposit Tetap-i Hong Leong / Akaun Semasa dan
Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-I”) atau terma dan syarat
berkenaan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa
hendaklah dibaca sebagai perjanjian keseluruhan. Sebarang
percanggahan antara terma dan syarat berbanding dengan terma dan
syarat am yang terkandung dalam Perjanjian Pemegang Kad, Terma dan
Syarat Am Akaun / Kad Debit / Connect Mortgage / Mortgage-i /
Pinjaman / Pembiayaan Peribadi dan Tema dan Syarat yang dinyatakan
dalam Borang Permohonan Kiriman Wang HLB / Deposit Tetap-i Hong
Leong / Akaun Semasa dan Simpanan (Tawarruq CASA-i), maka
terma-terma tertentu di atas hendaklah diutamakan setakat
percanggahan tersebut.
131. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan
ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang
Akaun bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah
Malaysia. 132. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk
semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal juga
termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya. Produk
Deposit/Deposit-i dan Produk Insurans adalah layak dilindungi oleh
PIDM. Unit Amanah dan Produk FRNID adalah TIDAK layak dilindungi
oleh PIDM.
-
Lampiran 1 – Senarai Rumah Terbuka Cawangan
Alamat Tarikh
Rumah Terbuka Cawangan AMPM
Kedah
1 Jalan Gangsa, Alor Setar 23-Feb-18 Ya
2 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2, Alor Setar
23-Feb-18 Ya
3 Jalan Bayu, Kulim 23-Feb-18 Ya
Penang
4 Jalan Jelutong 27-Jan-18 Ya
5 Simpang Ampat 27-Jan-18
6 Bayan Point Medan Kampung Relau 3-Feb-18 Ya
7 Jalan Ong Yi How, Butterworth 3-Feb-18 Ya
8 Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal 3-Feb-18
9 Taman Chai Leng, Prai 3-Feb-18
10 Bandar Baru Ayer Itam 24-Feb-18 Ya
Pahang
11 Jalan Tun Ismail, Kuantan 3-Feb-18
12 Jalan Kuantan, Temerloh 3-Feb-18
Perak
13 Jalan Bidor Raya, Bidor 27-Jan-18
14 Teluk Intan 3-Feb-18
15 Menglembu 10-Feb-18 Ya
16 Greentown, Ipoh 24-Feb-18 Ya
17 Medan Bercham, Ipoh 24-Feb-18
18 Parit Buntar 24-Feb-18
Kuala Lumpur
19 Kuchai Entrepreneur Park 27-Jan-18 Ya
20 Bandar Baru Seri Petaling 27-Jan-18 Ya
21 Jalan Genting Kelang, Setapak 27-Jan-18 Ya
22 Jalan Kepong 27-Jan-18 Ya
23 Jalan Kenanga 3-Feb-18
24 Jalan Ipoh 3-Feb-18 Ya
25 Jalan Petaling 3-Feb-18 Ya
26 Taman Connaught, Cheras 3-Feb-18 Ya
27 Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 3-Feb-18 Ya
28 Damansara City 9-Feb-18
Selangor
29 Taman Seri Tanming, Cheras 27-Jan-18
30 Kampung Baru Sungai Buloh 27-Jan-18
31 Taman Selayang Jaya 27-Jan-18
32 Bandar Bukit Tinggi, Klang 27-Jan-18 Ya
33 Jalan Sultan Abdul Samad, Banting 27-Jan-18
24 Jalan Cheras Maju, Balakong 3-Feb-18
35
Jalan SS2/67, Petaling Jaya
3-Feb-18
Ya
-
Alamat Tarikh
Rumah Terbuka Cawangan AMPM
36 Taman Paramount, Petaling Jaya 3-Feb-18
37 Jalan Kapar, Klang 3-Feb-18
38 Jalan Meru, Klang 3-Feb-18 Ya
39 Jalan Welman, Rawang 3-Feb-18 Ya
40 Bandar Puteri, Puchong 3-Feb-18 Ya
41 Taman Kinrara, Puchong 3-Feb-18 Ya
42 Jalan Besar Susur 1, Seri Kembangan 3-Feb-18
43 Kota Kemuning, Shah Alam 3-Feb-18 Ya
44 Setia Alam, Shah Alam 3-Feb-18 Ya
45 Bandar Baru Ampang 3-Feb-18 Ya
46 Pandan Perdana 3-Feb-18
47 Kajang 3-Feb-18 Ya
Negeri Sembilan
48 Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban 24-Feb-18 Ya
49 Jalan Gurney, Bahau 24-Feb-18
Melaka
50 Jalan Ong Kim Wee 27-Jan-18
51 Taman Malim Permai 27-Jan-18
Johor
52 Kota Tinggi 27-Jan-18
53 Permas Jaya, Masai 27-Jan-18
54 Taman Johor Jaya, Johor Bahru 27-Jan-18
55 Taman Pelangi, Johor Bahru 27-Jan-18
56 Taman Kulai Utama, Kulai 27-Jan-18 Ya
57 Main Road, Yong Peng 27-Jan-18
58 Pontian 3-Feb-18
59 Skudai 3-Feb-18 Ya
60 Kluang 3-Feb-18
61 Muar 3-Feb-18 Ya
Sabah
62 Fajar Commercial Complex, Tawau 3-Feb-18 Ya
63 Jalan Pantai, Kota Kinabalu 4-Feb-18
64 Bandar Indah, Sandakan 10-Feb-18
Sarawak
65 Mission Road, Sibu 27-Jan-18
66 Jalan Pending, Kuching 3-Feb-18
67 Central Park, Kuching 3-Feb-18 Ya
68 Merbau Road, Miri 3-Feb-18 Ya
69 Jalan Abang Galau, Bintulu 10-Feb-18
-
Appendix 2 – Senarai Pelaburan Terpilih
A) Dana Unit Amanah
Kode Nama Dana Unit Amanah Jenis Aset
AM02 AmGlobal Property Eq Equity
AM03 AmSchroder European Equity Alpha Equity
AM05 AmPan European Property Equities Equity
AM25 AMASIA PACIFIC REITS Equity
AM33 AmAsia Pacific REITs Plus Equity
AM34 AmConservative Income
AM35 Global Dividend Equity
CIMB01 CIMB-Principal Global Titans Equity
CIMB04 CIMB-Principal Greater China Equity Equity
CIMB07 CIMB-Principal China-India-Indonesia Eq Equity
CIMB10 CIMB-Principal Equity Equity
CIMB18 CIMB-Principal Equity Income Equity
CIMB19 CIMB-Principal Inc Plus Balanced Mixed Asset
CIMB29 CIMB-Principal Asia Pacific Dynamic Inc Equity
HLG01 Hong Leong Growth Equity
HLG02 Hong Leong Penny Stock Equity
HLG04 Hong Leong Consumer Products Sector Equity
HLG10A Hong Leong Bond Bond
HLG11 Hong Leong Balanced Mixed Asset
HLG14 Hong Leong Dividend Equity
HLG15 Hong Leong Strategic Equity
HLG37 Hong Leong HK Equity Optimizer Equity
HLG40 Hong Leong Regular Income Income
HWA01 Affin Hwang Select Opportunity Equity
HWA03 Affin Hwang Select Balanced Mixed Asset
HWA07 Affin Hwang Select Income Income
HWA11 Affin Hwang Sel AsaPac exJpn REITs&Infra Equity
HWA17 Affin Hwang Select AUD Income - MYR Income
HWA18 Affin Hwang Select Dividend Equity
HWA25 Affin Hwang Select Asia (ex Japan) Opp Equity
HWA26 Affin Hwang Select SGD Income - MYR Income
HWA28 Affin Hwang Japan Growth Equity
OSK02 RHB Small Cap Opportunity Unit Trust Equity
OSK09 RHB Smart Treasure Equity
OSK10 RHB Smart Balanced Mixed Asset
OSK12 RHB Growth & Income Focus Mixed Asset
OSK16 RHB Resources Equity
OSK21 RHB Thematic Growth Equity
OSK24 RHB Asian Growth Opportunities Equity
OSK30 RHB Energy Equity
OSK31 RHB Gold and General Equity
OSK34 RHB US Focus Equity Equity
OSK40 RHB Multi Asset Regular Income Mixed Asset
OSK43 RHB Asian Income Income
OSK45 RHB GoldenLife 2020 Mixed Asset
OSK46 RHB GoldenLife 2030 Equity
PRU02 Eastspring Investments Growth Equity
PRU03 Eastspring Investments Balanced Mixed Asset
PRU10 Eastspring Investments Equity Income Equity
PRU11 Eastspring Investments Global Leaders MY Equity
PRU15 Eastspring Investments Global Basics MY Equity
PRU23 Eastspring Investments MY Focus Equity
PRU26 Eastspring Inv Global Emerging Markets Equity
TA03 TA European Equity Equity
TA04 TA Asian Dividend Income Equity
TA05 TA Global Technology Equity
TA10 TA GROWTH Equity