1 ABSTRAK Definisi biomekanik ialah aplikasi prinsip-prinsip mekanik dan pemodelan matematik dalam mempelajari sistem biologi atau kehidupan organisme. Sesiapa yang mempunyai pengetahuan biomekanik boleh mempertingkatkan pelbagai bidang seperti pengetahuan mengenai tulang, bidang haiwan dan tumbuhan, perubatan dan tidak kurang juga dalam arena sukan. Namun begitu, projek ini akan lebih memfokuskan kepada biomekanik dalam sukan. Sukan biomekanik adalah suatu pembelajaran mengenai daya dan kesannya kepada pergerakan tubuh badan manusia. Sejarah biomekanik bermula pada akhir abad ke-19 dan ketika itu semua mengenalinya sebagai kinesiologi. Ketika zaman itu, kinesiologi membawa maksud pengetahuan mengenai pergerakan. Namun begitu, dalam arena ini, pengertian kinesiologi ialah pengetahuan mengenai pergerakan manusia. Perkataan biomekanik mula dikenalkan pada tahun 1960-an. Terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh jika mempelajari sukan biomekanik seperti mengetahui cara untuk mengurangkan kecederaan ketika bersukan, mengetahui senaman yang sesuai atau tidak untuk dipraktikkan demi kesihatan diri dan memperbaiki atau mencipta teknik untuk mencapai sasaran dalam perlawanan. Kesimpulannya, mempelajari biomekanik mempunyai banyak kegunaannya dalam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
ABSTRAK
Definisi biomekanik ialah aplikasi prinsip-prinsip mekanik dan pemodelan matematik
dalam mempelajari sistem biologi atau kehidupan organisme. Sesiapa yang
mempunyai pengetahuan biomekanik boleh mempertingkatkan pelbagai bidang
seperti pengetahuan mengenai tulang, bidang haiwan dan tumbuhan, perubatan dan
tidak kurang juga dalam arena sukan. Namun begitu, projek ini akan lebih
memfokuskan kepada biomekanik dalam sukan. Sukan biomekanik adalah suatu
pembelajaran mengenai daya dan kesannya kepada pergerakan tubuh badan manusia.
Sejarah biomekanik bermula pada akhir abad ke-19 dan ketika itu semua
mengenalinya sebagai kinesiologi. Ketika zaman itu, kinesiologi membawa maksud
pengetahuan mengenai pergerakan. Namun begitu, dalam arena ini, pengertian
kinesiologi ialah pengetahuan mengenai pergerakan manusia. Perkataan biomekanik
mula dikenalkan pada tahun 1960-an. Terdapat banyak kebaikan yang akan diperoleh
jika mempelajari sukan biomekanik seperti mengetahui cara untuk mengurangkan
kecederaan ketika bersukan, mengetahui senaman yang sesuai atau tidak untuk
dipraktikkan demi kesihatan diri dan memperbaiki atau mencipta teknik untuk
mencapai sasaran dalam perlawanan. Kesimpulannya, mempelajari biomekanik
mempunyai banyak kegunaannya dalam industri sukan. Terdapat beberapa kes tentang
sumbangan biomekanik terhadap inovasi dalam sukan yang akan dibincangkan dalam
projek ini.
PENGENALAN
Apakah itu biomekanik? Tidak semua lapisan masyarakat kita memahami perkataan
ini walaupun secara asasnya kita mengetahui apakah yang boleh dipelajari daripada
subjek biologi dan mekanik. Namun begitu, apabila digabungkan kedua-dua perkataan
2
biologi dan mekanik, kita akan memikirkannya sejenak. Definisi biomekanik ialah
suatu penyelidikan tentang kehidupan orgasnisme dengan mengaplikasikan prinsip-
prinsip fizik, matematik, fisiologi dan anatomi.
Semasa kita masih lagi pelajar sekolah menengah mahupun sekolah
kebangsaan, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri ataupun guru sukan kita,
apakah teknik yang paling bagus untuk mendapat tempat pertama dalam acara lompat
pagar? Ataupun, kenapa kita perlu untuk memanas badan sebelum bersukan? Kenapa
kaki saya selalu cedera apabila sedang bermain? Bagaimana cara untuk kurangkan
kecederaan badan? Jika ini yang pernah kita persoalkan, maka sebenarnya anda semua
sudah dekat untuk mempelajari biomekanik. Inilah sebahagian pengetahuan yang akan
dipelajari jika anda berminat dengan biomekanik.
Biomekanik adalah bidang yang sangat luas. Anda dapat melihat kaitannnya
subjek biomekanik dalam bidang perubatan mahupun hubungan antara haiwan dengan
biomekanik ataupun kaitannya pergerakan badan dalam bidang biomekanik. Namun
begitu, projek ini hanya akan lebih fokus dalam sukan biomekanik. Banyak yang
boleh dipelajari dalam bidang ini, contohnya, penyelidik biomekanik mengkaji apakah
pergerakan yang sesuai untuk mencapai sasaran dalam setiap perlawanan tetapi tidak
mencederakan badan. Selain itu, para pengkaji biomekanik juga mencari cara atau
ubat untuk menyembuhkan luka kaki yang terkehel akibat bermain bola di padang.
Ada juga di kalangan mereka mengkaji untuk melakukan pembaharuan dari segi
peralatan-peralatan yang lebih canggih dan berkesan dalam arena sukan. Ini hanyalah
sebahagian yang boleh dipelajari dan dipraktikkan jika kita berminat untuk
mempelajari bidang sukan biomekanik. Tidak rugi untuk kita menambahkan
pengetahuan dalam bidang ini tambahan pula jika kita sedang bekerja dalam bidang
kedoktoran mahupun hanyalah sebagai guru sukan sekolah biasa. Kita tidak perlu
merendah diri walaupun pekerjaan kita hanya sekadar guru sukan sekolah kerana
dengan ilmu pengetahuan yang bergunalah yang mampu mengangkat taraf kita ke
mercu kejayaan.
Bidang biomekanik masih boleh dikatakan agak baru di negara kita. Tidak
banyak yang betul-betul berminat dalam bidang ini. Mungkin kerana negara kita yang
3
masih belum maju seperti di Eropah, mungkin juga kekurangan sokongan ataupun
subsidi dari kerajaan untuk pembangunan yang pesat dalam bidang biomekanik
ataupun masyarakat kita sendiri yang leka untuk memajukan negara dengan
memperbanyakkan pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.
BIOMEKANIK : DEFINISI DAN PERSPEKTIF
Apabila kita menyebut perkataan biomekanik, apakah yang terlintas dalam fikiran
kita? Seramai mana yang mengetahui dan memahami perkataan biomekanik? Pada
permulaannya, saya juga kurang memahami apakah itu biomekanik. Saya tahu
perkataan biomekanik ada kaitan dengan sistem biologi dan juga unsur-unsur
mekanik. Tetapi apakah yang boleh dirungkaikan dari istilah biomekanik?
Perkataan biomekanik datang dari dua sebutan iaitu bio dan mekanik. Jika
anda pernah belajar asas mekanik dan asas biologi sudah mencukupi untuk anda
memahami dan belajar dalam bidang biomekanik. Definisi biomekanik ialah
penggunaan dari prinsip mekanik dan pemodelan matematik dalam mempelajari
sistem biologi. Mekanik adalah salah satu bidang fizik yang mempelajari tentang
konsep tentang daya dan kesannya. Bidang mekanik pula terbahagi kepada dua cabang
besar iaitu statik dan dinamik. Statik ialah suatu sistem pembelajaran dalam keadaan
yang tidak bergerak ataupun bergerak dengan kelajuan yang sama. Dinamik pula
adalah suatu sistem pembelajaran dalam keadaan kelajuan yang sentiasa berubah
samada bertambah atau berkurang. Kinematik dan kinetik adalah bahagian lanjutan
dalam bidang mekanik. Kinematik membawa maksud suatu pengetahuan tentang
fungsi pergerakan. Kinetik pula adalah pengetahuan tentang tindakan terhadap daya.
Namun begitu, matematik dan fizik saling memerlukan untuk mencari penyelesaian
yang terbaik dalam setiap kes dalam kehidupan ini. Di sini, biomekanik memerlukan
kita mempunyai pengetahuan tentang prinsip mekanik dan kecekapan menggunakan
formula matematik dalam menganalisis sistem biologi ataupun lebih difahami
kehidupan organisme seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Apabila kita menyebut
perkataan sistem biologi dalam bidang biomekanik, ia akan melibatkan pengetahuan
4
dalam bidang anatomi dan fisiologi. Anatomi adalah suatu pembelajaran sains yang
melibatkan bentuk dan struktur sesuatu kehidupan organisme manakala fisiologi pula
membawa pengertian mengenai suatu pengetahuan dalam sistem biologi yang
menerangkan tentang fungsi-fungsi dalam bahagian kehidupan organisme. Namun
begitu, kebanyakan ahli biomekanik lebih menitikberatkan hal yang berkaitan manusia
supaya ilmu pengetahuan ini dapat diaplikasikan dalam masalah kehidupan harian.
Setakat ini, secara kasar kita sudah memahami erti biomekanik. Tetapi apakah
tujuan kita mengetahui biomekanik? Apakah kesan dan hasilnya kepada kita? Apakah
kebaikannya dalam kehidupan harian kita? Berbaloikah bidang ini untuk dipelajari
oleh pelajar-pelajar universiti atau hanya sekadar untuk mencukupi kredit untuk
mereka memperoleh segulung ijazah?
Biomekanik adalah sebahagian dari aplikasi sains. Biomekanik ada kaitannya
dengan masalah kesihatan kita, masalah harian haiwan dan juga tumbuhan. Pernahkah
anda terlihat seseorang yang terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya dan
memerlukan pengganti kaki yang rosak teruk akibat dari kemalangan itu dan apakah
yang perlu dilakukan oleh doktor yang mengubatnya? Mungkin salah satunya
membuat kaki palsu yang sesuai untuk pesakit tersebut. Di sini anda perlu faham
bahawa kaki palsu bukan sahaja memerlukan kepakaran dari seorang pakar tulang,
tetapi seorang yang memahami dan mencipta kaki palsu berdasarkan prinsip-prinsip
mekanik. Di sinilah keperluan untuk memahami bidang biomekanik.
Adakah anda mengetahui bahawa banyak penyelesaian bagi kes-kes dalam
bidang perubatan mempunyai kaitan dengan pengetahuan dalam bidang biomekanik.
Orang rabun yang memerlukan cermin mata perlulah berterima kasih kepada ahli
biomekanik kerana dengan kerjasama dari pakar mata yang mempunyai pengetahuan
tentang fungsi dan struktur mata dan ahli biomekanik yang mempunyai pengetahuan
fizik yang menyebabkan mereka dapat melihat semula alam ini dengan sempurna.
Pakar mata dan ahli biomekanik sentiasa mempertingkatkan kecanggihan dalam
memperbaharui cermin mata. Dahulu kegunaan cermin mata hanyalah untuk melihat
dengan sempurna namun begitu pada zaman sekarang banyak yang telah diperbaharui
seperti melindungi mata dari bertambah rosak disebabkan menghadap skrin komputer
5
dengan lama. Pelbagai jenis dan fesyen cermin mata boleh didapati di kedai cermin
mata supaya anda tetap kelihatan anggun walaupun berkaca mata. Apatah lagi dengan
teknologi yang tinggi, anak-anak muda zaman sekarang sudah mula mengguna kanta
lekap berwarna ataupun tidak untuk tampil lebih bergaya.
Zaman sekarang teknologi telah banyak membantu kita untuk menghadapi
kehidupan harian dengan lebih baik lagi. Hal ini semua adalah disebabkan kita
menyemaikan sikap suka membaca. Kalau dahulu, peluang untuk ibu yang sedang
bersalin dapat meneruskan hidup adalah 50-50, maksudnya belum tentu boleh
diselamatkan ketika melahirkan anak. Namun begitu, pada zaman sekarang, sukar
untuk kita terdengar kes ibu bersalin meninggal dunia. Kalau adapun hanyalah
segelintir. Mungkin kerana ajal sudah sampai. Namun begitu, dengan kepakaran
doktor dalam bidang ini dan kepakaran jurutera-jurutera dalam menghasilkan
peralatan canggih dapat menyelamatkan ibu yang bersalin dan anaknya. Jika dahulu,
kedudukan anak yang dikandung melintang dalam perut ibu, pasti sukar diselamatkan
jika bersalin secara normal. Namun begitu, disebabkan peralatan yang canggih yang
digunakan ketika melakukan pembedahan dapat menyelamatkan nyawa anak dan si
ibu. Dahulu, ibu yang bersalin secara pembedahan hanya boleh mengandung tiga
orang anak, namun disebabkan teknologi yang canggih dalam bidang biomekanik
menyebabkan mereka dapat mengandung lebih dari tiga orang anak.
Pada ketika ini, sudah pasti anda mula memahami keperluan penyelidik
biomekanik dalam negara ini. Baiklah, kita teruskan lagi supaya sama-sama lebih
memahami konsep biomekanik. Ahli zoologi melakukan penyelidikan, taksiran,
pengiraaan dan pemeriksaan terhadap pelbagai jenis haiwan supaya lebih mengenal
tentang prinsip-prinsip biologi yang ada pada haiwan tersebut. Dengan ini, kita boleh
memahami dengan lebih mendalam tentang kehidupan dan kejadian haiwan dan
aplikasinya terhadap peralatan canggih yang berguna kepada manusia. Contoh mudah
seperti mencipta kapal terbang. Penciptaan kapal terbang bukan sahaja memerlukan
kepakaran dalam bidang fizik dan matematik, tetapi juga pengetahuan yang mendalam
tentang kejadian burung yang mampu terbang tinggi di awan dengan stabil.
6
Kita mengetahui bahawa manusia secara zahirnya tidak boleh hidup di dalam
laut mahupun sungai. Tetapi setelah mengkaji secara mendalam tentang kehidupan di
laut dan menggunakan prinsip-prinsip mekanik, maka manusia mula mengetahui
pelbagai teknik berenang malah mula mencipta peralatan-peralatan yang
membolehkan kita berada di permukaan atau di dalam lautan dengan lebih lama
seumpama haiwan di laut.
Senaman ringan yang diadakan di peringkat sekolah mahupun dianjurkan oleh
mana-mana persatuan adalah bagus untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian untuk
menjaga kesihatan badan. Kebanyakan latihan ini telah dikaji tentang
keberkesanannya oleh para penyelidik biomekanik. Namun begitu, anda perlulah
mengambil langkah berjaga-jaga apabila mendapati badan anda selalu sakit-sakit
ataupun mengalami kecederaan ketika sedang mempraktikkannya. Kemungkinan
pergerakan anda tidak betul ataupun badan anda tidak sesuai untuk menjalani latihan
sesetengah teknik senaman. Jadi, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor
mahupun jurulatih demi kesihatan yang baik. Bukan sekejap untuk kita mengguna
badan kita ini, tetapi bertahun-tahun lamanya.
Jika kita melihat seorang bayi sedang belajar merangkak, duduk dan berlari,
sebenarnya pembelajaran itu adalah salah satu perspektif biomekanik. Pelbagai kes
dalam kehidupan harian yang berkaitan dengan pengetahuan biomekanik. Untuk
melanjutkan pengetahuan dalam bidang ini, kita boleh merujuk pelbagai jurnal yang
berkaitan dengan biomekanik seperti “Approach run strategies in the long jump”, “A
theoretical description of blood flow through mitral orifice” dan sebagainya. Inilah
yang dikatakan pengetahuan dan pembelajaran mengenai biomekanik.
SEJARAH BIOMEKANIK
Sebelum era ini, ramai mengenali biomekanik dengan perkataan kinesiologi. Boleh
dikatakan biomekanik adalah cabang kepada bidang kinesiologi. Istilah kinesiologi
mula dikenali dalam bidang sains pada akhir abad ke-19. Kinesiologi merupakan satu
7
istilah yang agak sukar diterjemah. Ahli anatomi berpendapat bahawa kinesiologi
berkaitan dengan struktur badan dan fungsi otot serta penyambungan dan penyusunan
setiap bahagian sistem badan. Berlainan pula dengan ahli fisiologi yang mengaitkan
perkataan kinesiologi dengan senaman, biokimia dan kesan komposisi badan, saiz dan
ruang terhadap pergerakan badan. Ahli matematik dan jurutera mendekati
pengetahuan mengenai pergerakan melalui prinsip-prinsip mekanik dan aplikasi-
aplikasi hukum fizik terhadap sistem biologi. Ahli-ahli perubatan pula menyatakan
kinesiologi adalah sebahagian atau cabang dalam bidang fisiologi.
Mulai tahun 1960-an, istilah biomekanik mula digunakan menggantikan
perkataan kinesiologi. Pada zaman itu, kinesiologi membawa maksud pembelajaran
mengenai pergerakan yang berkait rapat dengan bidang anatomi, fisiologi dan
mekanik. Namun begitu, pada era ini, pengertian kinesiologi adalah pengetahuan
tentang pergerakan manusia. Biomekanik pula membawa erti tentang aplikasi hukum-
hukum fizik dan pemodelan matematik dalam pembelajaran tentang kehidupan
organisme. Konsep mekanik adalah berkaitan dengan daya dan kesannya terhadap
sesuatu sistem yang mengandungi pengetahuan tentang kinetik, statik, dinamik dan
kinematik.
BIOMEKANIK DALAM SUKAN
Seperti yang diketahui, biomekanik merupakan suatu cabang yang luas bukan sahaja
dalam bidang mekanik, haiwan, sukan, ortopedik malah buah-buahan dan sayuran.
Namun begitu projek ini akan lebih menjurus dalam bidang sukan biomekanik.
Apakah yang kita faham tentang biomekanik dalam sukan? Mungkin fikiran kita mula
terfikir tentang sukan.Tapi apakah kaitannya sukan dalam bidang biomekanik? Seperti
yang dibincangkan tadi, kita memahami biomekanik ialah prinsip-prinsip mekanik dan
matematik yang diaplikasikan dalam pembelajaran mengenai tubuh manusia. Cuma
kali ini dari sudut sukan. Mungkin juga biomekanik dalam sukan membawa maksud
aplikasi prinsip-prinsip mekanikal dalam pembelajaran tentang tubuh manusia supaya
setiap tindakan pemain akan membawa kemenangan dalam perlawanan. Ataupun
8
lebih tepat lagi, kita boleh menyatakan sukan biomekanik ialah pembelajaran tentang
daya dan tindakannya terhadap tubuh manusia dari sudut sukan. Sekarang kita sudah
mengetahui maksudnya, tetapi masih kabur tentang tujuan pembelajaran ini,
aplikasinya, contoh-contoh yang berlaku dalam kehidupan harian mahupun
kepentingannya dalam bidang sains.
Seorang jurulatih sedang memerhati pemain-pemainnya bermain bola baling.
Pernahkah anda mendengar jurulatih ini dengan dahi yang berkerut memarahi ataupun
menasihati pelajarnya cara bermain dengan betul? Ya, sudah tentu pernah. Mengapa
perlu ditegur? Sudah pasti supaya pelajar-pelajarnya menggunakan teknik yang betul
untuk memenangi sesuatu pertandingan. Ada atlet yang beraksi menggunakan teknik
yang bagus. Namun begitu, ada aksi yang kurang cekap dan perlu diperbetulkan. Apa
yang boleh dikatakan mekanik memberitahu kita apa tindakan yang betul atau tidak
ketika bermain dan mengetahui pergerakan yang betul untuk menggantikan aksi yang
salah ketika bermain. Apabila pembetulan telah dilakukan, atlet tersebut akan bermain
dengan menggunakan pergerakan dan teknik yang betul dan membolehkannya
memperbaiki prestasinya ketika bermain.
Tidak semua senaman yang sentiasa diamalkan dahulu dan sekarang adalah
dikhususkan untuk menjaga kesihatan diri. Kita mengetahui bahawa senaman baik
untuk kesihatan badan dan mengelakkan kita dari diserang penyakit, namun begitu
jika menggunakan teknik yang salah akan membawa padah kepada diri sendiri. Oleh
itu, pengetahuan tentang biomekanik sangat dititikberatkan supaya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan ini.
Jika anda selalu tercedera ketika sedang bersukan, anda mesti terfikir teknik
yang dilakukan sekarang mungkin tidak sesuai dipraktikkan, itulah sebabnya anda
selalu sahaja luka. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Sudah pasti anda
dinasihatkan berjumpa dengan guru sukan ataupun pergi sahaja ke klinik kesihatan
sekolah anda untuk meminta nasihat dan diberikan ubat supaya luka cepat sembuh.
Tahukah anda guru sukan dan doktor mempunyai pengetahuan mengenai fisiologi,
anatomi dan mekanikal? Walaupun begitu, tidak semua doktor mempunyai
pengetahuan tentang prinsip mekanikal. Jika digabungkan kesemua bidang-bidang
9
tersebut, anda akan faham bahawa kecederaan yang dialami ketika sedang bersukan
mempunyai kaitan dengan bidang biomekanik. Pengetahuan mengenai biomekanik
membolehkan kita semua mempelajari cara pergerakan yang betul ketika sedang
bersukan untuk mengelak dari luka ringan atau parah, mengetahui peralatan-peralatan
yang sesuai digunakan ketika di padang untuk mengelak dari tercedera dan
mempelajari cara perubatan berteknologi tinggi untuk mempercepatkan luka sembuh
dengan cepat.
TEKNIK
Ahli sains yang bekerja dalam bidang mekanik akan terlibat dengan daya dan kesan
daya seperti graviti, geseran dan rintangan udara. Mereka menggunakan kemahiran
mekanik ini dalam penyelesaian hal kerja mereka mungkin dalam hal keretapi,
jambatan, bangunan, penghawa dingin dan seumpamanya. Pekerjaaan ini banyak
melibatkan kehidupan manusia dan memberi kesan terhadap kehidupan harian samada
bertambah baik ataupun tidak. Anda percaya atau tidak, sebenarnya semua kesan daya
seperti rintangan udara dan geseran juga melibatkan aktiviti sukan. Contoh yang
senang, seseorang yang sedang memanjat tangga atau bukit mahupun kapal terbang
yang sedang berlepas ke udara terlibat dengan daya graviti yang menarik mereka
semula jatuh ke bumi. Hal yang berkaitan graviti juga melibatkan aktiviti sukan
seperti seorang atlet yang melakukan lompatan tinggi atau melompat jauh. Contoh
yang lain, seseorang yang terlibat dengan sukan berbasikal perlu berlawan dengan
rintangan udara seperti juga seseorang yang membawa kereta. Secara
kesimpulannnya, prinsip-prinsip mekanik yang diaplikasikan untuk pembangunan dan
kemudahan kehidupan harian manusia juga diaplikasikan kepada arena sukan.
Untuk memenangi sesuatu perlawanan, prinsip mekanik diaplikasikan
bersama-sama dengan aksi oleh seorang atlet. Jika atlet dan jurulatih benar-benar
memahami tentang konsep daya graviti, mereka akan cuba bertindak melawan kesan
daya graviti itu dan memikirkan teknik apakah yang sesuai dan berkesan untuk
sesuatu perlawanan. Contohnya, seseorang ahli gusti akan tahu daya graviti itu adalah
10
kawan karibnya, dengan kata lain, kemenangan itu sudah pasti berpihak kepadanya
apabila pihak lawan sudah tidak lagi stabil untuk berdiri apatah lagi cuba berlawan
balik.
Contoh yang lain, seorang peluncur ski perlulah membengkokkan kakinya ke
depan semasa sedang meluncur untuk mengurangkan rintangan udara. Teknik ini
membenarkan tarikan graviti berlaku supaya dapat meningkatkan kelajuan sebagai
persiapan sebelum mereka melakukan lompatan tinggi. Apabila sedang melakukan
lompatan tinggi, peluncur ski akan menggunakan rintangan udara untuk menghadapi
tarikan daya graviti. Mereka memanjangkan kaki dan membongkokkan diri ke depan
seolah-olah seperti sayap kapal terbang. Dengan cara ini, rintangan udara akan
menolong menjadikan peluncur ski berada lebih lama di udara. Inilah salah satu cara
yang menunjukkan bergunanya pengetahuan biomekanik di mana peluncur ini telah
mengaplikasikan prinsip mekanik dalam pergerakan tubuh badan supaya dapat
memperbaiki prestasi dalam perlawanan.
Terdapat lebih daripada tiga jenis daya seperti yang telah disebutkan di atas
yang terlibat dengan pergerakan tubuh badan yang perlu diketahui dan dianalisis. Jika
anda seorang yang bersemangat dalam arena sukan, anda bukan sahaja perlu
mempelajari dan bertindak melawan daya yang bertindak ke atas anda ketika sedang
bertanding, malah anda juga perlu mempertimbangkan daya yang dihasilkan oleh
pihak lawan. Dari sini, kita perlulah memahami, mempelajari, menganalisis dan
bertindak terhadap daya yang dihasilkan dalam sesuatu perlawanan. Hal ini boleh
membantu seseorang atlet mahupun jurulatih mencipta teknik yang baru dan
memperbaiki teknik permainan yang sedia ada supaya dapat membantu mereka
mencapai sasaran dalam suatu perlawanan. Inilah yang dikatakan bagaimana
biomekanik membantu mempertingkatkan arena sukan ini. Sudahkah anda mula
memahaminya?
Selain daripada memperbaiki dan mencipta teknik, prinsip-prinsip mekanik
dan formula matematik juga boleh diaplikasikan dalam peralatan-peralatan sukan.
Kadang-kadang, kita perlu faham kudrat seseorang manusia seperti atlet tidak mampu
berjaya dalam suatu pertandingan jika hanya bergantung kepada pergerakan badan
11
yang betul dan berkesan. Mereka juga perlu menggunakan peralatan yang canggih dan
diperbaharui untuk memudahkan mereka memperbaiki prestasi dalam setiap
perlawanan. Hal ini samalah seperti seseorang memerlukan teknologi canggih seperti
kenderaan awam ataupun lagi mudah dimaksudkan seperti kereta supaya
memudahkannya bergerak dan menjimatkan masa. Kemungkinan pembaharuan
dengan pelbagai aspek yang diperlukan oleh seseorang atlet ketika sedang bersukan
yang diterapkan dalam sesuatu peralatan seperti set pakaian bermain, kasut, raket, ski
dan seumpamanya dapat membantu mereka untuk berjaya dalam perlawanan. Kasut
yang padan dipakai dengan dapat memberikan keselesaan terhadap pergerakan kaki
memudahkan atlet berlari laju dan menggunakan pelbagai teknik yang dipelajari
ketika bermain bola sepak untuk mencapai kemenangan. Raket yang boleh melawan
daya dari menghalang kita memberikan smash yang terbaik kepada pihak lawan pasti
sesuatu perkara yang sangat diperlukan dan dimiliki oleh pemain tenis mahupun
pemain badminton.
Apabila kita menyaksikan suatu perlawanan seperti badminton atau bola
sepak, pasti sekali-sekala kita akan menganalisis dan memberi komen terhadap
perlawanan tersebut. Pernahkah anda bercakap dengan diri sendiri atau rakan-rakan
tentang pemain tersebut tidak pandai bermain seperti yang satu lagi? Ataupun,
pernahkah anda berkata, pemain itu tidak pandai menumpaskan pihak lawan, asyik-
asyik dia saja yang terkena? Hal ini semua berkaitan dengan teknik. Hanya boleh
dikatakan pemain perlu tahu menggunakan teknik yang betul. Kadang- kadang teknik
yang digunakan sama sahaja yang digunakan oleh teknik pihak lawan cuma
pergerakannnya ada sedikit perbezaan yang menyebabkan dia tersungkur dengan
pihak lawan.
Apakah yang kita faham dengan teknik? Ya, kita tahu teknik itu adalah suatu
cara. Tapi apakah yang benar-benar dimaksudkan dengan teknik dalam sukan? Teknik
adalah suatu corak dan urutan dari suatu pergerakan kepada pergerakan yang lain yang
dihasilkan oleh seseorang atlet ketika sedang menghasilkan kemahiran ketika sedang
bertanding. Ketika bersukan, seseorang atlet tidak terhad kepada satu cara tetapi,
terdapat banyak cara untuk berlawan dengan pihak yang lain. Namun begitu, ada
sukan yang hanya memerlukan satu teknik seperti pemain cakera hanya perlu
12
memusing dan melempar cakera ke destinasi yang telah ditetapkan dalam suatu
perlawanan. Ada juga yang memerlukan pelbagai teknik dalam suatu perlawanan
seperti tenis dan badminton. Mereka perlu mahir dalam servis, pukulan hadapan,
pukulan kilas dan pukulan belakang. Setiap teknik yang dihasilkan sentiasa bertujuan
menumpaskan pihak lawan. Contohnya, dalam bermain tenis, servis yang bagus
menyebabkan pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola tersebut kepada kita
semula. Contoh yang lain, jika pihak lawan menggunakan teknik yang bagus ketika
membuat pukulan kilas atau hadapan dapat mematikan kita dari menyerang pihak
lawan semula, malah terpaksa mengikut rentak pihak lawan bermain untuk
mempertahankan pihak lawan dari memenangi pertandingan tersebut. Boleh dikatakan
di sini, setiap atlet cuba mempersembahkan teknik yang betul malah berkesan supaya
setiap objektif dalam setiap teknik yang dilakukan akan berjaya dengan cemerlang.
Seseorang yang sedang bermain akan menonjolkan kemahiran dengan
menggunakan teknik yang cemerlang ataupun teknik yang kurang
memberangsangkan dalam suatu perlawanan untuk kita tontoni dan memberi komen
tidak berbayar. Kalau anda pernah melihat seseorang yang sedang bermain di padang
ataupun anda sendiri yang sedang bermain, anda boleh tahu teknik yang anda hasilkan
itu mungkin tidak cukup bagus ataupun sangat bagus. Contohnya, jika pihak lawan
dapat mengembalikan bola “shuttle” kepada anda semula, bermakna kemahiran
pukulan anda atau smash anda kurang bagus.
Jika anda sedikit sebanyak mengetahui tentang permainan golf, anda pasti
dapat menyaksikan pelbagai jenis “stroke” yang dihasilkan oleh setiap pemain dalam
perlawanan tersebut. Ada yang menggunakan teknik “stroke” yang buruk sehingga
memerlukan banyak kali pukulan untuk menjaringkan bola golf ke dalam lubang gol.
Pernahkah anda menyaksikan pemain-pemain terkemuka golf bermain di kaca
televisyen seperti Greg Norman, Pat Bradley dan Tiger Woods? Jika dianalisis cara
mereka bermain, sebenarnya mereka menggunakan asas teknik yang sama dalam
melakukan “stroke”. Daripada melakukan ayunan belakang sehinggalah turutan
berikutnya untuk menjaringkan bola golf ke dalam lubang gol, anda dapat melihat
penggunaan hukum-hukum daya yang lancar dalam setiap pergerakan yang dihasilkan
oleh pemain-pemain ini. Hal yang sama juga yang berlaku kepada pemain-pemain
13
lompat jauh seperti Carl Lewis, Mike Powell dan Jackie Joyner-Kersee. Walaupun
pemain ini berbeza dari segi ketinggian, berat dan kekuatan, tetapi tetap mempunyai
asas teknik yang sama ketika sedang berlari, melakukan lonjakan, lompatan tinggi dan
mendarat. Pergerakan yang berkesan ini menunjukkan mereka menggunakan teknik
yang bagus, betul dan sesuai dengan pergerakan tubuh badan sehingga menggelarkan
mereka pemain-pemain terkemuka di dunia.
Selain daripada perbezaan yang kecil dari segi kemahiran di antara pemain-
pemain terkemuka ini dan perbezaan sukan yang diceburi, dapat disimpulkan, mereka
mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik untuk mengawal pergerakan badan ketika
sedang melakukan aksi-aksi dalam perlawanan. Adalah sesuatu yang jarang berlaku
bagi seseorang atlet berjaya menunjukkan teknik yang berkesan disebabkan oleh nasib
yang menyebelahi mereka ketika sedang bertanding. Hal ini kerana kebanyakan yang
berlaku kepada seseorang mestilah mempunyai sebab yang munasabah. Contohnya,
seseorang yang berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mestilah disebabkan usaha yang gigih dan tawakal kepada Tuhan.
Dalam dunia yang serba canggih ini dan saingan yang sengit dalam dunia
sukan, seseorang atlet terkemuka perlulah mempunyai seseorang yang membantu
mereka dalam memperbaiki diri untuk memperoleh kejayaan dalam sukan yang
diceburi. Seseorang jurulatih yang pakar dalam penggunaan prinsip-prinsip mekanik
dalam mengawal pergerakan badan diperlukan supaya pergerakan atlet itu boleh
diperbaiki dan dipertingkatkan prestasi mereka dari hari ke hari.
Bagaimanakah untuk anda menjadi jurulatih yang berbaloi apabila diupah oleh
mana-mana pihak untuk mengajar permainan bola jaring? Baiklah, mula-mula anda
lihat cara mereka bermain, kemudian anda akan memulakan sesi menerangkan latar
belakang permainan ini dan mengajar pelbagai gerakan badan supaya boleh
menjadikannya teknik untuk menjuarai suatu perlawanan. Anda menjadikan diri anda
sebagai contoh dahulu dalam melakukan teknik tersebut dan kemudian mengarahkan
pemain anda melakukan aksi yang sama sehingga menjadi. Sebenarnya, apa yang
telah anda lakukan sudah bagus sebagai seorang jurulatih, namun tanpa latar belakang
yang asas mengenai penggunaan prinsip mekanik dan formula matematik, anda tidak
14
mampu membawa diri anda ataupun pemain-pemain anda ke peringkat yang lebih
jauh lagi seperti menjadi pemain terkemuka dunia. Sebagai jurulatih sangat penting
untuk anda memahami mengapa pergerakan ini bagus daripada pergerakan yang lain
ketika ingin menjaringkan gol dan membolehkan anda menerangkan kepada pemain
anda mengapa pergerakan ini selamat dan sesuai untuk dipraktikkan tanpa menyakiti
badan dan senang untuk dipelajari.
Bagaimanakah seorang jurulatih mampu mengadaptasi pengetahuannya dalam
biomekanik sehingga dapat memperbaiki teknik yang sedia ada ataupun mencipta
teknik yang berkesan? Anda jangan lupa bahawa ciptaan Tuhan terhadap manusia
adalah yang terbaik dari makhluk lain di alam ini. Manusia mempunyai sifat kreatif
yang boleh mempertingkatkan diri dalam menghadapi pelbagai dugaan dan masalah.
Oleh itu, seorang jurulatih perlulah kreatif untuk memperbaiki prestasi bagi setiap
pemain-pemainnya. Tidak semua teknik yang diperkenalkan boleh dibawa dengan
baik oleh setiap pemain. Anda perlu ingat bahawa setiap pemain mempunyai banyak
perbezaan dari segi usia, ketinggian, kecenderungan dan bentuk tubuh badan. Oleh itu,
anda perlulah memerhati dan menganalisis setiap pemain dengan teliti supaya teknik
yang dicipta mampu memberi kesan yang baik ketika dalam perlawanan nanti.
Sebagai jurulatih yang berkaliber, anda juga disarankan untuk memahami, memerhati
dan menganalisis cara pihak lawan beraksi dalam perlawanan. Anda jangan lupa
setiap pasukan mempunyai strategi-strategi dan kemahiran yang berbeza antara satu
sama lain. Dengan ini, anda perlulah merancang pelbagai strategi supaya dapat
menewaskan pihak lawan. Pemain-pemain juga mulai faham dan dapat menilai
dengan baik apa yang telah diajar kepada mereka dan tahu teknik yang manakah yang
sesuai diaplikasikan ketika dalam perlawanan nanti. Dengan ini pengajaran anda
menjadi lebih bernilai dan difahami oleh semua pihak. Teknik yang diajar mestilah
seiring dengan aplikasi prinsip biomekanik supaya teknik yang diajar akan berkesan
dan berjaya untuk digunakan ketika beraksi di padang nanti.
Anda sedar ataupun tidak, kebanyakan teknik-teknik yang diajar oleh guru
sukan, kebiasaannya telah dipraktikkan berpuluh tahun dahulu lagi. Cuba ingat
semula, hampir kesemua teknik yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah
di seluruh negara adalah hampir sama. Ada di antaranya, teknik yang sudah lapuk atau
15
teknik tradisional. Ada yang tidak ada kaitan langsung dengan penggunaan prinsip-
prinsip mekanik ke atas pergerakan tubuh badan. Tidaklah dikatakan semua teknik ini
tidak berkesan, tetapi kita perlulah menganalisis setiap pergerakan yang dihasilkan
oleh badan mampu membawa kemenangan yang besar kepada kita ataupun tidak.
Ada juga jurulatih yang masih menggunakan teknik cuba dan buat. Kalau anda
bernasib baik, menanglah anda ketika perlawanan nanti. Kaedah cuba dan buat
hanyalah akan meninggalkan kesan yang negatif kepada atlet. Bayangkan anda tidak
mempunyai ketinggian yang sesuai untuk melompat dengan lebih tinggi berbanding
rakan anda yang sememangnya mempunyai ketinggian yang ideal. Jika jurulatih anda
selalu saja meminta anda bekerja keras lagi, pasti anda sudah bosan untuk mendengar
leterannya lantaran mengetahui tanpa teknik yang betul bagaimana mampu anda
melompat dengan ketinggian yang ideal ataupun sememangnya anda tidak perlu
begitu menekankan teknik tersebut disebabkan faktor ketinggian anda tetapi bekerja
keras menggunakan teknik yang lain yang sesuai dengan tubuh anda untuk berjaya
dalam arena sukan.
Sesetengahnya pula hanya meniru sahaja aksi yang dihasilkan oleh pemain
dunia terkemuka tanpa mengira bentuk fizikal dan persekitaran yang berlainan. Jika
anda bertuah, ya, sudah pasti anda dapat meningkatkan prestasi anda dalam sukan
yang diceburi dengan meniru gaya pemain terkemuka dunia. Jika tidak pasti
kecundang jua dalam perlawanan tersebut. Dapat disimpulkan di sini, sukan
memerlukan kita untuk mempunyai pengetahuan yang asas dalam biomekanik selain
dari bekerja keras untuk mencapai sasaran.
MENGELAK DARI KECEDERAAN
Sesetengah orang menganggap kepentingan dalam mempelajari biomekanik,
mengelak dari kecederaan ketika sedang bersukan sebenarnya merupakan kepentingan
yang paling utama sekali ketika mempelajari biomekanik dalam sukan. Kecederaan
adalah suatu yang menyakitkan tubuh badan kita. Oleh itu mengetahui cara bagaimana
16
untuk mengelak kecederaan dari berulang atau daripada berlaku perlulah diketahui
caranya jika anda memang seorang yang suka bersukan. Mengetahui apakah senaman
yang mampu mengembalikan kesihatan badan dan memahami pergerakan badan yang
manakah akan memberi kesan yang baik atau buruk terhadap kesihatan badan anda
suatu yang bagus untuk dianalisis, dikaji, dan difahami. Walaupun anda hanyalah
pelajar sastera atau seorang suri rumahtangga sepenuh masa, jika anda meminati dan
suka bersukan maka adalah suatu yang sangat berguna untuk mempelajari bidang
sukan biomekanik seperti pelajar sains yang lain. Walaupun anda hanyalah suri
rumahtangga namun pengetahuan luas dalam bidang sains menjadikan anda seorang
yang mengikuti arus teknologi. Sekurang-kurangnya, anda menggunakan ilmu
pengetahuan tersebut daripada segelintir pelajar sains yang hanya mengikuti kursus
biomekanik hanya untuk mendapatkan segulung ijazah.
Banyak cara untuk mengelakkan diri dari kecederaan dari segi teknik
kemahiran pergerakan badan ketika bersukan, peralatan canggih masa kini, senaman
untuk kesihatan badan dan dari sudut bidang perubatan. Seperti yang diulas beberapa
perenggan di atas, jika anda tersalah mempraktikkan teknik yang diajar, pasti
membawa kesan buruk. Salah satunya anda tidak dapat memperbaiki pencapaian diri
dalam industri sukan dan satu lagi yang juga mempunyai kepentingan iaitu
menyebabkan kecederaan pada tubuh anda. Itulah tujuannya kita perlu
mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik dan pengetahuan anatomi dan fisiologi
dalam pergerakan badan supaya dapat mengetahui kesannya terhadap tubuh badan
kita. Kesemua daya yang terlibat di persekitaran ketika bersukan mahupun daya yang
dihasilkan oleh anda, rakan anda dan juga pihak lawan boleh menjadi penghalang
untuk anda melakukan teknik yang betul. Selain dari mengetahui teknik yang betul,
anda juga perlu mempelajari untuk menggunakan teknik tersebut ketika waktu yang
betul supaya mendatangkan faedah kepada anda ketika sedang bersukan. Sains adalah
suatu kajian mengenai alam. Tubuh badan manusia juga adalah alam ciptaan tuhan.
Begitu juga mekanik di mana ia merupakan cabang kepada bidang fizik. Fizik dan
matematik adalah sebahagian dari sains. Jadi, biomekanik sangat bagus untuk dikaji
untuk mengelak dari kecederaan.
17
Untuk menilai sesuatu kecederaan secara tepatnya, kita perlulah mempunyai
ilmu mengenai apakah ciri-ciri dan faktor yang menyebabkan kecederaan itu boleh