Top Banner
JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA PERATURAN UNTUK SIJIL PERAKUAN PERMATA Q 2017 Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q Jabatan Perdana Menteri Aras 3, Blok Podium Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya
22

PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

Aug 29, 2019

Download

Documents

lethuan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

PERATURAN UNTUK SIJIL PERAKUAN PERMATA Q

2017

Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Blok Podium Menara Usahawan

Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya

Page 2: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1 Pengenalan 1

2 Objektif Pensijilan PERMATA Q 1

3 Ringkasan Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara 2

4 Panel Penilai 3

5 Peraturan dan Peranan TASKA 5

6 Carta Alir Pelaksanaan PERMATA Q dan Jenis Keputusan 6

7 Prosedur Penilaian Kendiri oleh TASKA 8

8 Prosedur Penilaian Validasi oleh Panel Penilai untuk Sijil Perakuan

PERMATA Q

10

9 Pengenalan Kepada Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q 14

10 Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

16

11 Pertimbangan Sijil Perakuan PERMATA Q kepada TASKA oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

16

12 Lawatan Penilaian Validasi Susulan 18

13 Penggunaan Sijil Perakuan PERMATA Q 19

14 Fi atau bayaran 19

15 Lampiran 1: Contoh Sijil Perakuan PERMATA Q

20

Page 3: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

1

PERATURAN UNTUK SIJIL PERAKUAN PERMATA Q

1. PENGENALAN

1.1 Peraturan ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jawatankuasa Kualiti PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2014.

1.2 Peraturan ini merupakan dokumen rujukan dalam pensijilan PERMATA Q yang

digunakan bersama Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara dan

Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q.

1.3 PERMATA Negara adalah program pendidikan awal dan jagaan kanak-kanak di

bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA

mengikut kelulusan Jemaah Menteri bertarikh 24 Oktober 2008.

1.4 Kurikulum PERMATA Negara telah diterima pakai sebagai Kurikulum

Kebangsaan mengikut pindaan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

1.5 Jaminan kualiti dilakukan untuk memastikan hasrat dan matlamat Kurikulum

PERMATA Negara tercapai dan dilaksanakan dengan betul oleh TASKA yang

berdaftar di bawah Akta TASKA 1984 dan TASKA di bawah kelolaan agensi

awam.

1.6 Sijil Perakuan PERMATA Q dianugerahkan kepada TASKA yang telah melalui

proses Jaminan Kualiti dan mencapai hasrat dan matlamat Kurikulum

PERMATA Negara.

2. OBJEKTIF PENSIJILAN PERMATA Q

Pemberian Sijil Perakuan PERMATA Q bertujuan:

2.1 Mengenalpasti TASKA yang menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara

yang telah memenuhi semua aspek kualiti pengasuhan dan pembelajaran seperti

termaktub dalam Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara.

2.2 Memberi keyakinan kepada pemegang taruh (stakeholders) tentang kualiti

TASKA yang melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara.

Page 4: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

2

2.3 Membantu TASKA mendapat nilai tambah yang diperoleh daripada Sijil

Perakuan PERMATA Q.

2.4 Membangun budaya menilai dan menambaik mutu pendidikan dan asuhan

kepada kanak-kanak sebagai kitaran kualiti secara berterusan dan sukarela

dikalangan TASKA.

2.5 Mengenalpasti amalan-amalan baik bagi tujuan perkongsian dan

penambahbaikan sistem asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak negara.

3. RINGKASAN PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

3.1 Skop penilaian jaminan kualiti mencakupi aspek-aspek penting yang ditekankan

dalam Kurikulum PERMATA Negara. Aspek-aspek ini dinyatakan sebagai

“standard kualiti” atau SQ yang merangkumi enam (6) perkara berikut:

SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak;

SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak;

SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi;

SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran;

SQ 5: Sumber Manusia; dan

SQ 6: Pengurusan.

3.2 Setiap SQ dibahagikan kepada beberapa kriteria yang dihuraikan secara

terperinci sebagai panduan untuk dilaksanakan oleh TASKA.

3.3 SQ yang digunakan dalam PERMATA Q dihuraikan dalam dokumen bertajuk

Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara.

Page 5: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

3

4. PANEL PENILAI

4.1 Pelantikan Panel Penilai

4.1.1 Panel Penilai dilantik oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

dan terdiri daripada individu atau profesional yang berkelayakan dan

pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

4.1.2 Panel Penilai diberi latihan dan dilantik untuk tempoh dua (2) tahun dan

boleh dilantik semula.

4.1.3 Panel Penilai hendaklah menandatangani Surat Aku Janji Kerahsiaan

dan Kod Etika PERMATA Q.

4.2 Fungsi dan Tanggungjawab Panel Penilai

4.2.1 Membawa surat makluman lawatan dan pas ID dari Unit Jaminan

Kualiti PERMATA Q sebagai bukti pengenalan semasa lawatan.

4.2.2 Meneliti dan memahirkan diri dengan kandungan dokumen-dokumen

PERMATA Q sebelum lawatan dibuat.

4.2.3 Memerhati dan menilai pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara di

TASKA berpandukan Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q.

4.2.4 Merumus samada pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara oleh

TASKA telah mencapai piawai dan boleh dipertahankan sepanjang

masa.

4.2.5 Menyempurnakan lawatan Penilai dalam tempoh yang ditetapkan,

biasanya dua (2) hari dan mendapatkan tandatangan pengesahan

lawatan daripada pihak TASKA.

4.2.6 Memberi nasihat kepada penyelia TASKA atau mana-mana individu

yang bertanggungjawab ke atas pengurusan TASKA akan perkara-

perkara yang berhubung dengan penambahbaikan kualiti pelaksanaan

Kurikulum PERMATA Negara di akhir sesi lawatan.

Page 6: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

4

4.2.7 Mengemukan laporan penilaian tentang tiap-tiap TASKA yang diperiksa

mengikut format laporan kepada Unit Jaminan Kualiti dalam tempoh

tujuh (7) hari selepas lawatan.

4.2.8 Membentang laporan dan membuat syor penganugerahan Sijil Perakuan

PERMATA Q kepada Jawatankuasa Jaminan Kualiti.

4.2.9 Mencadangkan ubahsuaian kepada Panduan Kualiti Kurikulum

PERMATA Negara dan Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q,

prosedur penilaian serta mengenalpasti amalan baik yang boleh

dikongsi bersama serta perkara lain yang berkaitan.

4.3 Kod Etika Panel Penilai

Kod Etika Panel Penilai menjadi panduan kepada semua Panel Penilai untuk

mengguna dan mengamalkannya semasa menjalankan aktiviti penilaian. Penilai

yang melanggar kod etika akan ditamatkan sebagai penilai.

Kod etika Penilai termasuk perkara berikut:

4.3.1 Bertindak secara profesional dengan penuh integriti dan kerahsiaan

untuk mencapai tujuan jaminan kualiti.

4.3.2 Menepati prinsip, prosedur dan peraturan kualiti.

4.3.3 Bekerjasama sebagai penilai rakan sejawat (collegiality as peer reviewer);

bertujuan membantu menambahbaik kualiti, bukan untuk menghakim

dan menghukum.

4.3.4 Menepati masa.

4.3.5 Tiada kepentingan peribadi (conflict of interest) dengan TASKA yang

dinilai.

4.3.6 Memberi komitmen yang tinggi.

Page 7: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

5

5. PERATURAN DAN PERANAN TASKA

5.1 Sukarela

5.1.1 Permohonan untuk Sijil Perakuan adalah sukarela dengan tujuan

menjamin kualiti pelaksanaan kurikulum PERMATA Negara.

5.1.2 Permohonan dimulakan dengan melakukan pendaftaran untuk

penilaian kendiri secara atas talian.

5.2 Integriti

5.2.1 Adalah menjadi tanggungjawab TASKA melakukan penilaian kendiri

secara telus dan berintegriti.

5.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab TASKA mengemukakan segala

dokumen dan bahan bukti secara telus dan berintegriti sebelum dan

semasa lawatan Penilaian Validasi.

5.3 Kerjasama

5.3.1 Pihak TASKA yang mencapai syarat lawatan Penilaian Validasi perlu

bekerjasama dengan Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q, Jabatan dan

penilai bagi menetapkan atur cara lawatan dan mendapat kebenaran ibu

bapa untuk penggambaran anak-anak jika perlu.

5.3.2 Semasa lawatan Penilaian Validasi Pihak TASKA perlulah memberikan

kebenaran untuk masuk ke premis di samping kerjasama yang baik serta

akses kepada maklumat yang berkaitan bagi membantu Panel Penilai

membuat penilaian.

5.3.3 Pada akhir lawatan pihak TASKA perlu menandatangan borang

pengesahan lawatan Panel Penilai.

Page 8: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

6

6. CARTA ALIR PELAKSANAAN PENSIJILAN PERMATA Q DAN JENIS

KEPUTUSAN

6.1 Carta Alir

Pelaksanaan Pensijilan PERMATA Q adalah mengikut carta alir dalam Rajah 1

dan dibahagikan kepada:

6.1.1 Prosedur permohonan dan penilaian kendiri oleh TASKA.

6.1.2 Penilaian Validasi oleh Panel Penilai.

6.1.3 Pelaporan oleh Penilai.

6.1.4 Pertimbangan pensijilan PERMATA Q oleh Jawatan Kuasa Jaminan

Kualiti PERMATA Q.

6.2 Jenis Keputusan dalam Carta Alir

Keputusan bagi Penilaian Kendiri dan Penilaian Perakuan Sijil mengikut Carta

Alir adalah:

6.2.1 Lulus

6.2.2 Lulus bersyarat dan ditangguh Perakuan Sijil PERMATA Q sehingga

penilaian susulan

6.2.3 Gagal dan kembali memulakan proses dalam Carta Alir

Page 9: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

7

RAJAH CARTA ALIR PELAKSANAAN PERMATA Q

Page 10: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

8

7 PROSEDUR PENILAIAN KENDIRI OLEH TASKA

7.1 Prosedur Permohonan

7.1.1 Penilaian kendiri terbuka bagi semua TASKA yang mengguna

Kurikulum PERMATA Negara.

7.1.2 TASKA dikehendaki memohon melalui sistem atas talian PERMATA Q.

7.1.3 Isikan nama TASKA, alamat, nombor pendaftaran (kecuali TASKA

Kerajaan) dan tarikh mula menggunakan kurikulum PERMATA Negara.

7.2 Prosedur Penilaian Kendiri

7.2.1 Penilaian kendiri atas talian bersandarkan enam (6) standard penilaian

atau SP seperti berikut:

SP1: Etika Dan Profesionalisme

SP2: Keselamatan, Kesihatan Dan Kebersihan Persekitaran Fizikal

Serta Kualiti Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak

SP3: Pengurusan Aspek Asuhan Bayi Dan Kanak-Kanak

SP4: Pengalaman Pembelajaran, Interaksi Dan Penaksiran

PERMATA

SP5: Persekitaran Fizikal Dan Sumber Pembelajaran

SP6: Pengurusan Taska, Sumber Manusia Dan Kolaborasi Dengan

Ibu Bapa Dan Komuniti

7.2.2 Mulakan penilaian kendiri atas talian dengan menanda “YA” atau

“TIDAK” bagi setiap perkara SP1 hingga SP6 seperti contoh dalam

Jadual 1.

Page 11: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

9

Jadual 1: Skema Penilaian Kendiri

RESPON TANDA PANDUAN CATATAN

YA √ Bermaksud telah mencapai

sepenuhnya Standard yang ditetapkan

TIDAK

√ Bermaksud tidak mencapai sepenuhnya

atau hanya mematuhi sebahagian sahaja

XX

Tandakan XX jika perkara tersebut

tidak dilakukan

Nyatakan alasan perkara tidak dapat

dilakukan dalam ruang catatan

CATATAN Catatkan alasan atau penerangan yang

berkaitan secara ringkas.

7.2.3 Contoh skema pemarkahan Penilaian Kendiri bagi SP1 hingga SP6

adalah seperti di Jadual 2. Bagi setiap SP, jumlah item dinyatakan dan

titik ambang ditetapkan dalam peratus. Skor maksimum ialah 100%.

Jadual 2: Skema Permarkahan Penilaian Kendiri

Standard Penilaian

(SP)

Jumlah Item

Titik Ambang (%) yang

ditetapkan

Contoh permarkahan

sesuatu TASKA

Jumlah Skor “YA”

diperolehi

Peratus Jumlah

Skor

Jaminan Kualiti

SP 1 16 85% 14 87.50% Capai

SP 2 65 85% 53 81.54% Belum Capai

SP 3 40 85% 35 87.50% Capai

SP 4 124 80% 124 100% Capai

SP 5 47 75% 40 85.11% Capai

SP 6 45 70% 40 88.89% Capai

KESELURUHAN 337 Purata

304 Purata Keseluruhan

80% 88.42% CAPAI

Page 12: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

10

7.3 Keputusan Penilaian Kendiri

7.3.1 Lulus

TASKA telah mencapai skor menyeluruh sekurang-kurangnya

80 peratus; dan melepasi titik ambang bagi setiap SP. TASKA boleh

dijemput ke peringkat penilaian validasi oleh Panel Penilai bagi Sijil

Perakuan PERMATA Q.

7.3.2 Lulus bersyarat

TASKA telah mencapai skor menyeluruh sekurang-kurangnya

80 peratus; dan tidak melepasi titik ambang bagi salah satu SP. TASKA

perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh enam (6) bulan dan

menghantar laporan penambahbaikan ke Unit Jaminan Kualiti

PERMATA Q, Jabatan Perdana Menteri sebelum diperakukan untuk

Penilaian Validasi oleh Panel Penilai untuk Sijil Perakuan PERMATA Q.

7.3.3 Gagal

TASKA tidak mencapai skor menyeluruh sekurang-kurangnya 80

peratus. TASKA perlu membuat penambahbaikan dan mengulangi

penilaian kendiri.

8. PROSEDUR PENILAIAN VALIDASI OLEH PANEL PENILAI UNTUK SIJIL

PERAKUAN PERMATA Q

8.1 Pelantikan Panel Penilai

8.1.1 Sekurang-kurangnya dua (2) orang dari senarai Panel Penilai yang

dilantik oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q dipilih oleh

Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q untuk menjalankan Penilaian

Validasi PERMATA Q.

8.1.2 Nama penilai dikemukakan kepada TASKA untuk persetujuan atau

bantahan dengan alasan yang boleh diterima. Jika ada bantahan yang

boleh diterima penilai digantikan.

Page 13: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

11

8.2 Tanggungjawab TASKA

8.2.1 TASKA yang mencapai markah keseluruhan 80 peratus tetapi

mempunyai kriteria yang tidak mencapai markah minimum, perlu

menghantar laporan langkah-langkah penambahbaikan bagi kriteria

tersebut kepada Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q.

8.2.2 Penilaian Validasi dilakukan setelah Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q

berpuas hati dengan laporan penambahbaikan.

8.2.3 Pihak TASKA yang mencapai syarat lawatan validasi perlu bekerjasama

dengan Bahagian Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q, Jabatan Perdana

Menteri dan penilai bagi menetapkan atur cara lawatan dan urusan

semasa lawatan.

8.3 Persediaan sebelum lawatan Panel Penilai untuk Penilaian Validasi

8.3.1 Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q menetap dan menyelaras tarikh

lawatan Penilaian Validasi ke TASKA dengan Panel Penilai dan Pihak

TASKA.

8.3.2 Panel penilai mencadang jadual penilaian bagi hari pertama dan kedua,

contohnya aspek-aspek yang akan dinilai, tempat–tempat yang akan

dilawat, dokumen yang akan disemak dan aktiviti yang akan diperhati.

8.3.3 Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q menyediakan kad kuasa, borang

persetujuan penggambaran anak oleh ibu bapa, cadangan jadual lawatan

serta dokumen lain yang berkaitan dan memaklumkan kepada TASKA

tarikh lawatan sekurang-kurangnya sehari sebelum lawatan Panel

Penilai.

8.3.4 Sebelum lawatan penilaian validasi dilakukan, pihak TASKA hendaklah

mendapat persetujuan ibu bapa tentang penggambaran anak-anak.

8.3.5 Panel penilai seharusnya menyemak dan memahami kandungan

Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q dan cara memberi markah.

Page 14: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

12

8.4 Contoh Jadual Lawatan Hari Pertama

8.4.1 Panel Penilai hadir awal ke TASKA sebelum ketibaan kanak-kanak.

Panel Penilai memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa (kad

Panel Jaminan Kualiti PERMATA Q).

8.4.2 Panel Penilai mengadakan perjumpaan pembukaan dengan Ketua

Pendidik/Penyelia TASKA.

8.4.3 Panel Penilai memaklumkan tujuan penilaian yang akan dibuat; dan

modus operandi penilaian selama dua (2) hari melalui kaedah

pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen. Pastikan persetujuan

ibu bapa telah diperoleh untuk penggambaran dan kumpulkan borang

persetujuan yang ditanda-tangan oleh ibu bapa.

8.4.4 Panel penilai memastikan samada terdapat bayi di TASKA. Jika tiada

bayi SQ 3 tidak perlu digunakan.

8.4.5 Panel penilai tumpu kepada SQ 1 dan SQ 2 dalam memerhati aktiviti

rutin dan pembelajaran kanak-kanak. Jika ada masa teruskan dengan SQ

4 atau SQ 5 atau SQ 6.

8.4.6 Panel Penilai mengambil foto, video, rajah dan bahan bukti lain untuk

dimasukkan dalam laporan.

8.4.7 Panel Penilai menemubual pendidik, staf lain dan ibu bapa mengikut

kesesuaian masa.

8.4.8 Pada akhir hari pertama, Panel Penilai, membuat moderasi skor antara

kedua-dua panel penilai; dan mengenalpasti indikator-indikator yang

belum dinilai dan yang perlu disemak semula pada hari kedua.

8.5 Contoh Jadual Lawatan Hari Kedua

8.5.1 Panel Penilai hadir awal ke TASKA sebelum ketibaan kanak-kanak

untuk memerhati aktiviti ketibaan kanak-kanak dan menemubual ibu-

bapa.

Page 15: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

13

8.5.2 Panel Penilai meneruskan penilaian terhadap indikator-indikator yang

belum dinilai (SQ 4, SQ 5 dan SQ 6) atau yang perlu dikemaskini dalam

SQ 1, SQ 2 dan SQ 3.

8.5.3 Panel Penilai menyemak rekod dan mendapatkan bahan yang berkaitan

sebagai dokumen sokongan.

8.5.4 Panel Penilai membuat moderasi skor antara penilai dan skor tersebut

diselaraskan.

8.5.5 Panel Penilai membuat persediaan untuk perjumpaan penutupan

dengan Ketua Pendidik/ Penyelia TASKA.

8.5.6 Dalam perjumpaan penutup Panel Penilai membincang kekuatan dan

kelemahan TASKA dan memberi peluang kepada Ketua

Pendidik/Penyelia TASKA untuk memberi maklum balas terhadap

dapatan Panel Penilai.

8.5.7 Panel Penilai memberi bimbingan dan cadangan penambahbaikan bagi

meningkatkan kualiti di TASKA.

8.5.8 Panel Penilai mengucapkan terima kasih kepada Ketua

Pendidik/Penyelia TASKA dan Pendidik/Pengasuh di atas kerjasama

yang diberikan.

8.5.9 Pada akhir lawatan pihak TASKA perlu menandatangan borang

pengesahan lawatan Panel Penilai.

8.6 Tingkahlaku Panel Penilai

8.6.1 Pada keseluruhan lawatan Panel Penilai hendaklah sentiasa bertindak

secara profesional dengan penuh komitmen, integriti dan menjaga

kerahsiaan maklumat dan penemuan di TASKA.

8.6.2 Panel Penilai hendaklah sentiasa menepati prinsip, prosedur dan

peraturan kualiti PERMATA Q.

8.6.3 Panel Penilai hendaklah bekerjasama dalam semangat keserakanan

(collegiality) dan tidak menghakim atau menghukum.

Page 16: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

14

8.6.4 Semasa menggunakan Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q, Panel

Penilai perlu memerhati dan menemubual secara tidak intrusif dan tidak

menegur Pendidik/Pengasuh jika terdapat kelemahan.

9. PENGENALAN KEPADA INSTRUMEN PENILAIAN VALIDASI PERMATA Q

Instrumen Penilaian Validasi PERMATA Q diberikan kepada Panel Penilai dan

digunakan untuk membuat penilaian bersandarkan Panduan Kualiti Kurikulum

PERMATA Negara. Instrumen Penilaian PERMATA Q mengandungi 4 perkara:

9.1 Skop penilaian

Seperti yang terkandung dalam Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara,

terdapat enam (6) aspek atau SQ yang dinilai.

SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak;

SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak;

SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi;

SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran;

SQ 5: Sumber Manusia; dan

SQ 6: Pengurusan.

9.1 Cara Penilaian

Bagi setiap SQ, terdapat dua (2) atau lebih kriteria. Setiap kriteria pula

mempunyai beberapa indikator berpandukan pernyataan yang dihuraikan

dalam Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara. Penilai menilai prestasi

TASKA bagi indikator dalam setiap kriteria dan menentukan markah mengikut

skala 1-5 seperti yang ditunjuk dalam Jadual 3.

Jadual 3: Panduan Pemarkahan Setiap Indikator

5 Sangat baik (very good) menepati hampir semua indikator >85% (pertimbangkan “cemerlang” bagi item yang mencapai >90% dan catatkan sebagai kekuatan dalam ruang “kekuatan & kelemahan”)

4 Baik (good) menepati 70-85% indikator 3 Memuaskan (satisfactory) menepati 50-70% indikator 2 Kurang memuaskan (less

than satisfactory) menepati 25-50% indikator

1 Buruk (poor) <25% atau langsung tidak menepati indikator

Page 17: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

15

9.2 Pelaporan Pemerhatian dan Pemarkahan

Penilai mengenalpasti dan mencatatkan kekuatan dan kelemahan dalam kriteria

bagi setiap SQ dan memasukkan markah dalam Instrumen Penilaian Validasi

PERMATA Q yang disediakan dalam bentuk elektronik. Markah bagi setiap SQ

dihitung dan dipindah ke dalam Borang Pemarkahan mengikut pemberat seperti

dalam Jadual 4.

Jadual 4: Borang Pemarkahan

Aspek Kriteria Skor Skor

Pemberat Skor Akhir

%

SQ 1

1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA

1.2 Penerapan Nilai Murni & Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

1.3 Bimbingan Kanak-kanak bermasalah Tingkah Laku

SQ 2

2.1 Prinsip pedagogi PERMATA

2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

2.3 Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran

2.4 Pemerhatian dan Pentaksiran Kanak-kanak

SQ 3

3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

3.2 Pembelajaran Bayi

3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran bayi

SQ 4 4.1 Keselamatan Fizikal & Kebersihan TASKA

4.2 Persekitaran Pembelajaran

SQ 5

5.1 Kelayakan, Pelantikan & Perkembangan staf

5.2 Nisbah pendidik:kanak-kanak/bayi

5.3 Amalan profesional & etika

5.4 Menerima kepelbagaian (inclusive education)

5.5 Patriotisma

SQ 6

6.1 Visi, Misi dan Matlamat

6.2 Perancangan Aktiviti

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod

6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.5 Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan

6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

JUMLAH KESELURUHAN (%)

Page 18: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

16

9.3 Pelaporan Penilaian bagi Sijil Perakuan PERMATA Q

9.3.1 Penilai membuat laporan penilaian yang mengandungi perkara berikut:

9.3.1.1 Maklumat umum TASKA

9.3.1.2 Maklumat tentang staf dan kanak-kanak

9.3.1.3 Ringkasan Penemuan tentang kekuatan dan kelemahan bagi

setiap SQ dan peluang penambahbaikan

9.3.1.4 Skor Penilaian

9.3.1.5 Syor Penilai tentang penganugerahan Sijil Perakuan PERMATA

Q kepada TASKA

9.3.1.6 Ringkasan Penilaian terdahulu (jika ada)

9.3.1.7 Lampiran Penilaian terperinci (Instrumen Penilaian Validasi)

9.3.1.8 Lampiran gambar, rajah, dokumen yang berkaitan termasuk

borang persetujuan ibu bapa

9.3.2 Penilai menyerah Laporan Penilaian kepada Unit Jaminan Kualiti

PERMATA Q dalam masa satu (1) minggu selepas lawatan Penilai.

9.3.3 Panel Penilai membentangkan hasil penilaian dan syor kepada

Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q.

10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA JAMINAN KUALITI

PERMATA Q

10.1 Mempertimbangkan laporan daripada Panel Penilai PERMATA Q

10.2 Membuat keputusan tentang penganugerahan Sijil Perakuan PERMATA Q.

(contoh Sijil Perakuan PERMATA Q adalah seperti di lampiran 1)

10.3 Mempertimbang syor penambahbaikan kepada peraturan, panduan kualiti dan

Instrumen Validasi Pensijilan PERMATA Q.

10.4 Mengeluarkan sijil perakuan PERMATA Q tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

Page 19: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

17

10.4.1 Mesti mencapai markah keseluruhan tidak kurang daripada 80%.

10.4.2 Mesti mencapai markah tidak kurang daripada 70% bagi setiap SQ.

10.4.3 Mesti memenuhi perkara yang wajib yang telah ditetapkan bagi setiap

SQ dan tidak mempunyai kelemahan ketara.

10.5 Membuat keputusan lulus bersyarat dan ditangguh penganugerahan Sijil

Perakuan PERMATA Q dengan syarat-syarat berikut:

10.5.1 Mesti mencapai markah keseluruhan tidak kurang daripada

80%.

10.5.2 Telah mencapai markah kurang daripada 70% bagi sesuatu SQ.

10.5.3 Tidak memenuhi perkara yang wajib yang telah ditetapkan

bagi setiap SQ dan/atau mempunyai kelemahan yang ketara.

10.5.4 Penambahbaikan boleh dicapai dalam tempoh satu (1) tahun

bagi kelemahan yang dikenalpasti.

10.6 Membuat keputusan Gagal Sijil Perakuan PERMATA Q tertakluk kepada

syarat-syarat berikut:

10.6.1 TASKA gagal mendapat Sijil Perakuan PERMATA Q apabila

syarat–syarat dalam 10.4 dan 10.5 tidak dicapai.

10.6.2 TASKA perlu kembali memulakan proses dalam Carta Alir dari

peringkat permulaan.

10.7 Menetapkan tarikh penilaian validasi susulan kepada TASKA yang mendapat

keputusan lulus bersyarat.

10.8 Menetapkan tempoh sah laku Sijil Perakuan PERMATA Q di antara 3 hingga 5

tahun.

10.9 Memaklumkan keputusan secara bertulis kepada TASKA dalam tempoh satu

(1) minggu selepas mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q.

Page 20: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

18

10.10 Menarik balik atau menamatkan Sijil Perakuan PERMATA Q sebelum tamat

tempoh pada bila-bila masa didapati TASKA tidak mencapai Standard

Kurikulum PERMATA Negara atau Sijil Perakuan PERMATA Q disalahguna.

10.11 Semua keputusan Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q adalah

muktamad dan akan direkod serta difailkan untuk rujukan.

11. LAWATAN PENILAIAN VALIDASI SUSULAN

Lawatan Penilaian Validasi Susulan dibuat ke atas TASKA selepas tempoh enam (6)

bulan untuk memastikan penambahbaikan telah dilakukan. TASKA dianugerah Sijil

Perakuan PERMATA Q jika syarat-syarat seperti dalam 10.2 telah dicapai.

Terdapat dua jenis Penilaian Luaran susulan:

11.1 Penilaian susulan bagi TASKA yang lulus bersyarat dan ditangguh Sijil

Perakuan PERMATA Q:

11.1.1 Penilaian Susulan dibuat selepas tempoh enam (6) bulan.

11.1.2 Penilaian dibuat oleh penilai yang berlainan daripada penilai

lawatan pertama.

11.1.3 Fokus penilaian adalah terhad kepada perkara-perkara yang tidak

memenuhi syarat-syarat Sijil Perakuan PERMATA Q.

11.1.4 Tujuan penilaian adalah untuk memastikan penambahbaikan

telah dibuat dan syarat-syarat Sijil Perakuan dipenuhi.

11.2 Penilaian setelah tamat tempoh sah laku:

11.2.1 Penilaian susulan dilakukan sebelum tamat tempoh sah laku

seperti yang dinyatakan dalam Sijil Perakuan PERMATA Q bagi

tujuan memperbaharui Sijil Perakuan PERMATA Q.

11.2.2 Prosedur penilaian adalah sama dengan lawatan penilaian

pertama.

Page 21: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

19

12 PENGGUNAAN SIJIL PERAKUAN PERMATA Q

13.1 Penggunaan Sijil Perakuan PERMATA Q adalah tertakluk kepada syarat-syarat

yang telah ditetapkan pada Sijil Perakuan PERMATA Q.

13.2 Pemegang Sijil Perakuan PERMATA Q adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut.

13.3 Sijil Perakuan PERMATA Q boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sah laku pada bila-bila masa apabila didapati tidak mencapai Standard Kurikulum PERMATA Negara atau disalah guna.

13.4 Sijil Perakuan PERMATA Q tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukar milik,

dipalsu, disalahguna, atau dipinda isi kandungannya dengan apa cara sekalipun.

13.5 Sijil Perakuan PERMATA Q yang asal dan masih sah hendaklah dipamerkan pada setiap masa di alamat seperti yang dinyatakan dalam sijil.

13.6 Sebarang perubahan kepada nama dan alamat TASKA hendaklah dimaklumkan kepada Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q, Jabatan Perdana Menteri secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.

13.7 Jika berlaku kehilangan ke atas sijil berkenaan pemilik hendaklah membuat laporan polis dan memberitahu secara bertulis dengan segera kepada Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q, Jabatan Perdana Menteri secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.

13.8 Jika berlaku kerosakan pada Sijil Perakuan PERMATA Q, pemilik hendaklah memulangkan kepada Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q, Jabatan Perdana Menteri dan sijil baru akan dikeluarkan.

14 FI ATAU BAYARAN

14.1 Permohonan penilaian kendiri tidak dikenakan fi atau bayaran.

14.2 Permohonan Penilaian Validasi Sijil Perakuan PERMATA Q oleh Panel Penilai

dikenakan fi atau bayaran sebanyak RM1,500.00 kecuali bagi TASKA kelolaan

agensi Kerajaan termasuk TASKA Tempat Kerja (TTK) di agensi Kerajaan.

14.3 Pengeluaran semula Sijil Perakuan PERMATA Q yang dipohon oleh TASKA

dikenakan bayaran RM50.00.

Page 22: PROGRAM JAMINAN KUALITI PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/1-PERATURAN-UNTUK...bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program PERMATA mengikut

20

LAMPIRAN 1: Contoh Sijil Perakuan PERMATA Q

CONTOH