Top Banner
25

Proceedings - Unsyiah

Oct 01, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Proceedings - Unsyiah
Page 2: Proceedings - Unsyiah

Proceedings

for the International Conference

on Education, Islamic Studies and

Social Sciences Research 2016

23-25 July 2016

Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh,

Acheh, Indonesia

Organised by:

Association of Malaysian Researchers and Social Services

Faculty of Teacher Training and Education, Universitas Syiah Kuala,

Darussalam, Banda Aceh

Page 3: Proceedings - Unsyiah

International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research 2016

Copyright@ICEISR 2016 Organizing Committee

All rights reserved

Notice

In this proceeding, or part thereof, may not reprinted in any form or by any means, electronic or

mechanical, including photocopying, recording or any information storage and retrieval system

now known or to be invented, without written permission from the ICEISR 2016 Organizing

Committee.

PUSLISHER INDENTITY ISBN : 978-967-14257

Published by:

RCS Global Sincere Resources

N0. 6A, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji

08800 Guar Chempedak

Kedah Darul Aman

Board of Editor

Chief Assoc. Prof. Dr. Azizi Abu Bakar (UUM-Malaysia)

Secretary Dr. Mohd Nor Jaafar (UUM-Malaysia)

Members Prof. Dr. Misri A. Mukhsin, MA (Masyarakat Sejarawan Indonesia-

Acheh)

Assoc. Prof. Dr Abdul Sukur Shaari (UUM-Malaysia)

Assoc. Prof. Dr Yaakop Daud (UUM-Malaysia)

Assoc. Prof. Dr Mohd Isha Awang (UUM-Malaysia)

Assoc. Prof. Dr Fauzi Hussin (UUM-Malaysia)

Dr. Husaini Ibrahim, MA (Syiah Kuala University-Indonesia)

Dr. Mustafa Alibasyah, M. Pd.(Syiah Kuala University-Indonesia)

Dr. Azhar, M. Sc (Syiah Kuala University-Indonesia)

Dr. Jazmi Md Isa (IPGM- Malaysia)

Dr. Ahmad Sahidah (UUM-Malaysia)

Dr. Yusaiman Jusoh (UUM-Malaysia)

Page 4: Proceedings - Unsyiah

iii

INTRODUCTION

International Conference on education, Islamic studies and social science research

(ICEISR2016) is a Conference exploring and discussing topics of current issues such as trends,

booking Statistics methodology, best practices, design, analysis and statistical inference in

Islamic education, research studies and social sciences.

ICEISR 2016 aims to bring together academics, researchers and graduate students in the

field of education and social sciences to Exchange and share their experiences, studies, new

ideas, research findings and results about all aspects of the topics related to the Conference.

ICEISR2016 provides the opportunity for participants to discuss the theoretical methods and

practical solutions that are adopted with regard to innovations and developments in the scientific

environment. Therefore we publish all papers in the Conference proceedings into a book.

September 2016

ICEISR Organizing Committee

Assoc. Prof. Dr. Mohd Nor Jaafar

Chairperson

Page 5: Proceedings - Unsyiah

iv

TABLE OF CONTENS

INTRODUCTION iii

TABLE OF CONTENS iv

Ritual Memburu Batu Giok Pada Masyarakat di Kawasan Pergunungan

Singgah Mata

Abdul Manan

1

Pengaruh Media Massa terhadap Akhlak

Pelajar

Abdul Munir Ismail

30

Students Attituden Towards The Implementation of Physics in The Al-

Quran Course at The department of Physics Education

A. Halim

44

Penguasaan Bidang Bahasa Dalam Kalangan Kanak Pra Sekolah

Anida

50

The Correlation Between Vocabulary and Grammer Mastery Toward

Students’ Speaking Ability

Asnawi Muslim

74

Peningkatan Kemampuan Bahasa Anak Melalui Media Big Book di

Kelompok B Paud Terpandu Permata Hati Banda Aceh

Ayi Teiri Nurti

84

Kajian Terhadap Persepsi Kakitangan Hospital Hulu Terengganu

Terhadap Pelaksanaan Hukum Hudud

Azarudin Awang

97

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi Murid Kelas Al-

Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tahun 5: Satu Kajian Kes

Aznan Che Mat

114

Facilitating ESL Learning Using Youtube: Learners’ Motivational

Experiences

Berlian Nur Murad

137

Pengaruh Religiusitas dan Pola Asuh Orang Tua Terhadap Kenakalan

Remaja

Diana Wulandari

151

Jenis Tumbum Paku Epifit dan Pohon Inangnya di Hoong Sebagai

Referensi Mata Kuliah Botani Tumbuhan Rendah

Eriawati, S

176

Page 6: Proceedings - Unsyiah

v

Kinerja Dosen FTK UIN Ar-Raniry yang Bersertifikasi

Eva Nauli Taib

199

Perbezaan Penglibatan Ibu Bapa Mengikut Latar Belakang Responden

(Satu Kajian di PAUD di Banda Aceh, Indonesia

Fitriah Hayati

216

Analisis Permasalahan Dosen Dalam Mengintergrasikan Pendidikan

Sains Berbaris Islami

Fitriyawany

226

Hubungan Antara Komunikasi Orang Tua dan Remaja Tentang Napza di

Kota Banda Aceh

Haiyun Nisa

238

Kompetensi Kepala Desa Dalam Penggunaan Dana Desa Pada Program

Padat Karya Untuk Kesejahteraan Masyarakat

Hasbi Ali

251

Melacak Jejak Islam di Situs Lamuri Berdasarkan Tinggalan Arkeologi

Husaini Ibrahim

266

Group Work Versus Individual Work Assesment Ups hots

Ika Apriani Fata

276

Peran Teungku Inong Sebagai Mudarrisah pada Masyarakat Aceh

Lailatussaadah

287

Determining The Key Factors of Schol-Based Professional Learning

Leaders Role in Malaysian Context

Mahaliza Mansor

303

Penggunaan Statika dan Skripsi Mahasiswa Pendidikan Olahraga FKIP,

Universitas Syiah Kuala

Masri

314

Meningkatkan Sikap Ilmiah Mahasiswa Melalui Penggunaan Modul

Pengetahuan Lingkungan Berbaris Inkuari

Misbahul Jannah

325

Strategies of Successful English Language Learners in One Lubuk Antu’s

Rural Primary School

Mohamad Hafizuddin Ma’mor

338

Teknik N.C.T Meningkatkan Kemahiran Matematik Dalam Kalangan

Murid Pra Sekolah

Mohamad Ayob Sukani

363

Page 7: Proceedings - Unsyiah

vi

Program Menyulam Kasih dalam Kemenjadian pelajar Sekolah

Menengah

Mohd Haidi Mohd Kasran

376

Amalan Pengajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Malaysia

Mohd Isha Awang

390

Tahap Kefahaman Agama dalam Kalangan Pelajar: Kajian di Institut

Pengajian Tinggi di Utara Semenanjung Malaysia

Mohd Nizho Abdul Rahman

407

Faktor-faktor Khuluk, Bentuk Tebusan dan Jenis-Jenis Talak yang

dijatuhkan : Kajian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan

Mohd Noor Daud

429

The Role of Problem- Based Learning Approach in Professional Identity

Development of Medical Undergraduate Students in Universiti Sains

Malaysia

Mohd Zarawi Mat Nor

455

Cerita Dalam Sajak Melalui Analisis Pragmatik

Muhammad bin Che Majid

478

Peranan dan Tanggung Jawab Guru Dalam Membimbing Anak

Berkebutuhan Khusus di Sekolah Inklusi di SD Negeri 57 Banda Acheh

Musdiani

500

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Fizik dengan Video Untuk

Meningkatkan Kemahiran dan Capaian Akademik Pelajar SMP di

Kabupaten Pidie Jaya Aceh. Indonesia

Mustafa Alibasyah

516

Pengaruh Kepimpinan Lestari dalam Pengurusan Pengetahuan di Sekolah

Noor Hashimah Hashim

528

Representasi ‘proses’ dalam wacana Unit Pendahuluan Penulisan

Karangan

Norfaizah Abdul

547

Identifying Teacher Trainees Creativity Characteristics in Teaching

Students with Learning Difficulties

Norfishah Mat Rabi

563

Peranan Kepimpinan Intruksional Pengetua dan Kesediaan Guru

Terhadap Perubahan Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Norhayati Aziz

585

Page 8: Proceedings - Unsyiah

vii

Consultation on Job Marketability for Students with special Educational

Need and Their Families with Special Education Teacher Trainees of

Higher Learning Institution

Norhayati Mohd Nor

601

Using Public Speaking to Improve Malaysian students Confidence Level

in Speaking Skill : A Case Study

Nur Ilianis Adnan

615

Proses Islamisasi di Sulawesi Selatan : Kajian Historis Terhadap Proses

Masuknya Islam di Kerajaan Boneo

Ridhwan Ridhwan

633

Penggunaan Peta Minda Untuk Meningkatkan Pencapaian Mata

Pelajaran Fizik Pelajar Matrikulasi Kolej Mara Kulim

Riziana Saari

642

Keselarasan Vokal dan Kaitannya dengan Analisis Kesilapan: Kajian di

Bandar Pasir Mas Kelantan

Izani bin Ibrahim Ph.D

660

Etika dan Nilai Profesionalisme Perkhidmatan Awam dalam Gurindam

Nordiana Binti Hamzah

674

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi Murid Kelas Al-

Quran & Fardhu Ain (KAFA) Tahun 5: Satu Kajian Kes

Azman Che Mat

691

Kulliyyah Al-Banat Al-Islamiyyah Universiti Al-Azhar Mesir (KBIUA):

Penubuhan dan Faktor Penubuhannya

WahibahTwahir @ H Tahir

713

Hubungan Pengalaman TMK dengan Peluang, Kesediaan dan

Penggunaan Mobile Learning di Institut Pendidikan Guruzon Utara

Ahmad Sobri Shuib (PhD)

739

Malay Language: the Medium of Solidarity in Malaysia

Alis Puteh

754

Of Making a True Education: Reviewing Matthew Lipman’s Thinking

Model and Mohd Daud Hamzah’s Islamic Cognitive Process Model on

Caring Thinking

Anis Shaari

768

Malan Bimbingan (Pementoran) Pengajaran Pensyarah Pembimbing

dalam Praktikum Keguruan di Universiti Utara Malaysia

Mohd Zailani bin Mohd Yusoff (Ed.D)

785

Page 9: Proceedings - Unsyiah

viii

Effectiveness of Learning Problem Solving on Critical Thinking Skills

about Buffer Solution

Ibnu Khaldun

805

Influence of Organizational Culture on the Formation of a Performance

Management Literature Review

Irham Fahmi

814

Permasalahan dalam Pembentukan Nilai Diri Pelajar berdasarkan

Perspektif Ibu Bapa

Mohamad Khairi Haji Othman

821

Pengetahuan dan Praktek Pembelajaran Aktif Guru Bahasa Arab

Madrasah Ibtidaiyah di Aceh

Salma Hayati

832

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Sejarah dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Ramli bin Saadon (PhD)

848

The Ability of Junior High School Science Teacher of Teacher Education

and Profession Training (PLPG) Participant in Composing and Analyzing

Test Items

Yusrizal

858

Pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam Meningkatkan

Komunikasi Kanak-kanak Prasekolah

Azizah binti Zain (PhD)

867

Understanding How to Bridge Theory to Practice through Analyzing of

Teacher Education Curriculum at Syiah Kuala University and Michigan

State University

Melvina

876

Kajian terhadap Kekangan dan Kesukaran Guru Pelatih Pismp (IPG)

Kampus Ipoh dalam Penyediaan Proposal dan Laporan Penyelidikan

Tindakan

Hasnah Bt Awang

887

Model Pembelajaran Tajwid Al-Quran dengan Multimedia Berasaskan

Pembelajaran Bahasa dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia-

Penemuan Kajian yang Fitrah

Zabedah A. Aziz

901

Transformasi Gerakan Acheh Merdeka: daripada Organisasi

Pemberontakan Kepada Parti Politik di Acheh

Saiful

911

Page 10: Proceedings - Unsyiah

ix

Rupa dan Gaya: Busana Melayukarya Azah Aziz Satu Tinjauan dari

Aspek Keindahan Bahasa

Fatahiyah binti Mohd Ishak

925

What do Trainee Teachers Learn through Field Work?

Maslawati Mohamad

942

Analisis Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Proses Sains di

Sekolah Kebangsaan Melalui Kaedah Hermeneutik

Maha Lachimi Chelliah

957

Perlaksanaan Cudbas di dalam Analisis Keperluan Latihan Pendidikan

Teknikal

Zuraini Gani

968

Model Kepimpinan Teknologi Guru Melalui Atribut Inovasi dalam

Integrasi Teknologi Web

Khairul Syazwan bin Zamri

978

Perkembangan Kemahiran Manipulatif Kanak-kanak Awal Persekolahan

di Negeri Pulau Pinang

Masri Bin Baharom (Ph.D)

994

Pemberdayaan Potensi Teungku Dayah ke Arah Peningkatan

Kesejahteraan Sosial Masyarakat: Sebuah Kerangka Konseptual

Sabirin

1021

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Autisme: Satu Kajian Kes

Masni binti Jamin

1041

Muslim Chao Khao: Muslimization and Re-Subjectification of

Hmong/Akha Youth Amidst the Politics of Conversion in Northern

Thailand

Samak Kosem

1054

Keberkesanan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran terhadap

Kepelbagaian Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Fauzi Hussin

1071

The Ability Memorizing the Qur'an toward Student’s Achievement at The

Senior High School in Banda Aceh

Susilawati

1084

The Analysis of Students’ Abilities in Solving Physics Problems by Using

the Strategy of Systematic Approach to Problem Solving (SAPS) IN

MTsS Babun Najah, Banda Aceh, Acheh, Indonesia

Setia Wati

1091

Page 11: Proceedings - Unsyiah

x

Meningkatkan Harga Diri Siswa dengan Metode Bermain Peran

Nurbaity

1101

Impak Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) terhadap

Pembangunan Koperasi Sekolah di Malaysia

Mohd Hishamizan Yahya

1114

Kuasa Sultan ke Atas Tanah dalam Pertanian Padi sebelum British di

Kedah, Malaysia

Mohd Kasri bin Saidon

1127

Pendekatan Psikologi Islam dalam Menangani Disiplin Ponteng Sekolah

Fauziah Md Jaafar

1146

Pemikiran dan Gerakan Organisasi Ulama (Studi Atas Gerakan MPU Dan

MUNA di Aceh)

Firdaus M. Yunus

1162

Kesan Pendekatan Pengajaran Berasaskan Isu Sosio Saintifik (PBISS) ke

Atas Kemahiran Penaakulan Moral Guru Pelatih Sains

Hairiah binti Munip

1189

Transformasi Penggunaan Tulisan Jawi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam di Malaysia

Rafisah Osman

1208

Efikasi Kendiri dan Sikap Terhadap Kesediaan Menjalankan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Murid Berkeperluan Khas

(MBK)

Rohaida binti Bakar

1225

Analisis Konseptual Resiliensi dari Perspektif Islam dan Sains Kognitif

Hafiah Ismail

1235

Penyimpangan Bahasa dalam Puisi

Hamdan bin Hj. Ahmad

1262

Komuniti Pembelajaran Profesional (Kpp) ke Arah Penambahbaikan

Sebuah Sekolah Menengah di Negeri Johor, Malaysia

Sujirah Binti Ibrahim

1272

Meneroka Pengetahuan Kandungan, Pedagogi dan Teknologi Guru

Prasekolah dan pengintegrasian Teknologi maklumat dan Komunikasi

DALAM Pengajaran

Jain Chee

1294

Types of Present and Preferred School Culture in Banjarmasin Indonesia

Yaakob Daud

1328

Page 12: Proceedings - Unsyiah

xi

Kesan Pembinaan Modul Kaunseling Terapi Realiti (MKTR) terhadap

Penghargaan Kendiri dan Kemurungan Mangsa Buli

Nik Noorkhairulnissa Bt Nik Hassan

1343

Exploring Effects of Vocabulary Practice Activity Through 'Word Sniper'

Programme: Cases in Sarawak, Malaysia

Mas Fairiziana Mas Rosli

1351

Faktor Penggunaan Perkhidmatan Pengangkutan Awam Air Tradisional

dalam Era Globalisasi di Malaysia

Wan Nur Izdihar W. Hussin

1372

Hubungan Kecerdasan Pebagai terhadap Kemahiran Insaniah Pelajar

Pengajian Islam

Siti Kausar Binti Zakaria

1382

Keberkesanan dan Cabaran Penggunaan Telefon Pintar dan Tablet dalam

Membantu Kecekapan Pengurusan Peperiksaan di Institut Pendidikan

Guru

Khairudin Bin Ahmad

1412

Does Language Learning Potential Affects Esl Learners’ Attitude

Towards Mobile Learning?

Harwati Hashim

1427

Pengajaran Seni Kaligrafi dan Tulisan Jawi (Arab Melayu) di Perguruan

Tinggi Malaysia: Satu Kajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI) Tanjong Malim, Perak, Darul Ridzuan

Makmur Haji Harun

1438

Kesantunan Berbahasa menurut Al-Quran

Saadiah Binti Hj Haron

1466

Pemakanan Sunnah Membantu Meningkatkan Minda

Saadiah Binti Hj Haron

1479

Reka Bentuk Antaramuka Koswer Masakan Timur Tunakerna

(KOSMAT) Berasaskan Kecerdasan Visual Dan Kinestetik

Sharifah Nadiya Syed Yahya Jamalullail

1494

Inovasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Noor Zila Binti Md. Yusuf (Ph.D)

1512

Peningkatan Kecekapan Kaunseling Kesihatan Mental dan Trauma

Dalam Kalangan Kaunselor melalui Modul Kaunseling Kesihatan Mental

Dan Trauma (KKMT)

Samsiah Mohd Jais

1531

Page 13: Proceedings - Unsyiah

xii

Men’s Involvement in The Domestic Sphere: a Study OF Malay Muslim

Men in Dual-Career Families in Kuala Lumpur and Selangor

Zuraini Jamil @ Osman

1554

Investigating Interlingual Influence in Pupils' English Writings: a Case in

Sarawak, Malaysia

Nik Mohd Fazreen Shah Azman Shah

1574

Peluang Pembelajaran Mobile (Mobile Learning) dalam Program

Pendidikan Guru: Satu Pengalaman Pelajar Semester 4 Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan, di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku

Bainun, Pulau Pinang, Malaysia

Suriaty Bt Md Arof

1595

Pembinaan Modul Pendidikan Akhlak berdasarkan Surah Luqman dan

Kesannya Terhadap Tingkah Laku Positif Kanak-kanak

Nor Fauzian Binti Kassim

1610

I’jaz Lughawi dalam Surah Syura Ayat7 dan Kaitannya dengan Elemen

Geologi

Jazmi Md Isa (Ph.D)

1628

Page 14: Proceedings - Unsyiah

516

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS-FIZIK DENGAN VIDEO UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN

CAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SMP DI KABUPATEN PIDIE JAYA ACEH INDONESIA

Mustafa Alibasyah

Jurusan Pendidikan Fisika FKIP Universitas Syiah Kuala Banda Aceh - Indonesia

Email: [email protected]

Abstrak: Pendidikan di Propinsi Aceh masih diusahakan untuk

meningkatkan mutu secara umum dan meningkatkan prestasi belajar

Sains-fizik di sekolah menengah pertama yang masih belum mencapai

standar mínimum. Penelitian ini dilaksanakan untuk meningkatkan

prestasi belajar dan kemahiran belajar Sains-fizik bagi pelajar sekolah

menengah pertama. Proses belajar Sains-fizik dengan menggunakan

Video dalam penelitian ini menggunakan metode eksperimen kuantitatif

dan kualitatif atau mixed-method design sebagai penelitian kes di SMP

Negeri di Kabupaten Pidie Jaya. Untuk memperoleh data telah dilakukan

post-test terhadap 68 pelajar, wawancara dengan 16 pelajar dan 12 kali

obersvasi terhadap aspek aktiviti belajar selama penelitian dilakukan

terhadap proses pembelajaran Sains-fizik dengan video di dalam kelas.

Data kuantitatif telah diolah dengan software SPSS fersi 17 dan untuk

data kualitatif di análisis secara manual. Skor prestasi rerata pembelajaran

Sains-fizik setelah pembelajaran dengan menggunakan Video adalah

74.79. pembelajaran Sains-fizik dengan menggunakan video dapat

memberikan pengaruh yang berarti untuk meningkatkan capaian akaemik

bagi pelajar. Semua skor Min untuk kemahiran kemahiran pembelajaran

Sains-fizik adalah berkategori sangat tinggi, iaitu lebih besar daripada

3.68. Hasil obervasi penggunaan waktu untuk setiap aspek aktiviti belajar

adalah sangat efektif. Memperhatikan kepada ketersediaan fasilitas

software belajar setiap mata pelajaran, pengembangan kurikulum berbasis

ICT di SMP dan hasil wawancara dengan 16 orang siswa dan 4 orang

guru sepanjang penelitian, semua responden mengatakan belajar dengan

Page 15: Proceedings - Unsyiah

517

menggunakan Video lebih menarik, mudah, menyenangkan. Sebanyak

87.5 persen siswa dan 100 peratus guru mengiginkan belajar dengan

Video supaya digunapakai juga dalam belajar mata pelajaran yang lain di

SMP. Dengan demikian belajar Fisika di SMP dapat diterima dengan baik

oleh siswa-siswa dan dapat membantu guru melakukan renovasi strategi

belajar dari konvensional kepada belajar berbasis ICT. Belajar Fisika

dengan Video dapat memudahkan, meningkatkan kemahiran belajar dan

prestasi belajar siswa di SMP.

Kata Kunci: Pembelajaran dengan Video, Peningkatan Prestasi

pembelajaran dan Peningkatan Kemahiran Pembelajaran Sains-fizik.

Pendahuluan Mata pelajaran Sains-fizik adalah mata pelajaran yang wajib di pelajari di sekolah mulai

dari sekolah rendah sampai ke peguruan tinggi. Mata pelajaran ini merupakan mata

pelajaran dasar (basic) untuk mempelajari ilmu yang lain, Dirjen Departemen pendidikan

Menengah (2004) adalah menjadi harapan semua pihak, agar mendapatkan capaian

akademik yang baik dalam bentuk nilai angka paling rendah 7 (tujuh) dari angka 10

(sepuluh) yang paling tinggi. Namun realiti yang ada sekarang, capaian akademik hasil

pembelajaran yang diperolehi pelajar sekarang masih di bawah standar yang diharapkan.

Guru harus mampu merancang perangkat pembelajaran dan assesmen untuk mengevaluasi

pembelajaran. Kreativiti guru sangat penting, kerana berkaitan dengan kesanggupan guru

untuk menciptakan keadaan dan situasi yang dapat memberikan kemudahan pembelajaran

bagi pelajar (Satori, Dj. (1998). Di Propinsi Aceh sekarang ini sangatlah memerlukan

perubahan dalam bidang pendidikan terutama proses pengajaran dan pembelajaran Sains-

fizik, pelajaran bahasa dan pelajaran yang lain untuk meningkatkan capaian akademik yang

masih tertinggal dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Indonesia. Pada tahun 2006

urutan hasil evaluasi ujian nasional adalah urutan ke 13 dari 33 Provinsi di Indonesia.

Secara Nasional pencapaian akademik Sains-fizik adalah peringkat ke 36 untuk Sains-fizik

dari 45 negara di dunia (Republika online Koran Pendidikan Juam’at 24 Desember 2011).

Data capaian akademik rerata hasil ujian semester 3 (tiga) tahun terakhir dalam mata

Page 16: Proceedings - Unsyiah

518

pelajaran Sains-fizik dari tahun 2009, 2010, dan 2011 dari 2 (dua) SMP dalam wilayah

Kota Banda Aceh (SMP A dan B) dan 2 (dua) SMP wilayah Kabupaten Pidie Jaya (SMP C

dan D) di Propinsi Aceh, adalah seperti jadual 1 berikut;

TAHUN SMP A SMP B SMP C SMP D RERATA

2009 74.5 66.8 60.65 64.6 66.64

2010 58.75 62.64 57.8 58.6 59.45

2011 72.84 68.48 62.8 66.8 67.73

Jadual 1: Data capaian akademik rerata hasil pembelajaran mata pelajaran

Sains-fizik pada 4 (empat) SMP untuk 3 (tiga) tahun terakhir

Jadual 1 adalah capaian akademik pelajar dalam pelajaran Sains-fizik rerata untuk

masing-masing tahun 2009 , 2010, dan 2011 adalah: 66.64; 59.45; dan 67.73. Capaian

akademik masih dibawah standar yang diharapkan yaitu 70.00 sampai 100.00. (Data

dokumentasi opservasi awal oleh penyelidik November 2011 pada 4 (empat) sekolah SMP

di Aceh.

Kajian Leteratur

Proses pengajaran dan pembelajaran Sains-fizik dengan video dikembangkan atas dua dasar

pemikiran. Pertama, dalam ilmu pengetahuan dikenal dua konsep, yaitu pengetahuan

deklaratif dan pengetahuan prosedural. Teori kognitif pembelajaran dengan komputer

Bates, A.W.T. (1995), adalah pembelajaran dengan komputer berasaskan kepada tiga

andaian iaitu; 1) pembelajaran aktif, 2) pembelajaran dua saluran ingatan iaitu saluran

perkataan dan saluran visual, dan 3) pembelajaran kapasiti kemampuan mengingat yang

terhat iaitu memberikan pegangan pada perolehan pengetahuan baru yang relevan,

menyusun maklumat menjadi hasil pembelajaran dan mengintegrasikan keduanya dengan

pengalaman yang telah dimiliki pelajar sebelumnya dalam ingatan jangka panjang.

Barnea, N.& Dori,YJ. (2000), Kiboss JK, Ndirangu M, Wekesa EW (2004), Powell

JV, Aeby VG Jr, Carpenter-Aebyc T (2003) penggunaan komputer dalam pembelajaran

telah banyak dilakukan, yang memperlihatkan pengaruh positif dari computer assisted

Page 17: Proceedings - Unsyiah

519

learning yang di gunakan untuk pengembangan metode pengajaran dan pembelajaran yang

dapat meningkatkan capaian akademik pelajar. Herlinawati, (2012), Darmayanti, T. (2006)

bahwa penggunaan multimedia video dalam pembelajaran Sains-fizik dapat melibatkan

pelajar dengan melakukan aktiviti pembelajaran secara langsung, dapat meningkatkan

kemahiran pembelajaran, pelajar lebih mudah melakukan pembelajaran, lebih efisien,

produktif, menciptakan situasi bilik darjah lebih baik, dapat meningkatkan penguasaan

konsep sains-fizik oleh pelajar. Mayer, R. E, & Moreno, R., (2005), menjelaskan

pengembangan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan lingkungan dan

pengembangan teknologi sekarang ini dan memberi kemudahan bagi pelajar untuk

memperolehi maklumat sebagai bahan pembelajaran yang baru. Penggunaan audio, teks,

perkataan dan gambar dapat melibatkan modaliti auditori dan modaliti visual dalam sistem

ingatan pelajar iaitu perkataan dalam bentuk verbal seperti teks atau suara. Sedangkan

gambar lebih pada bentuk piktorial iaitu dalam bentuk grafik, ilustrasi, graf, foto, peta,

grafik dinamik. Penerimaan konsep bahan ajar Sains-fizik dalam pembelajaran dengan

komputer dan proses kognitif seperti yang terlihat pada rajah di bawah ini.

Rajah Proses Kognitif dalam e-Pembelajaran

(Clark & Mayer, 2003)

Penyelidikan Kartimi, (2008), menjalankan tanggapan pelajar terhadap model

pembelajaran dengan komputer terdapat temuan-temuan yang positif iaitu; 1) pelajar

merasa seronok dengan situasi pembelajarannya, 2) pelajar terlibat aktif secara mental

dalam mengemukakan pendapat, 3) gagasan atau menyampaikan suatu argumentasi, 4)

pelajar lebih mudah memahami konsep, 5) pelajar termotivasi untuk meningkatkan

kemahiran berpikirnya dan 6) Model pembelajaran dengan komputer juga membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains-fizik secara efektif dan efisien.

Page 18: Proceedings - Unsyiah

520

Reka bentuk Penyelidikan

Reka bentuk dalam penyelidikan ini melibatkan dua kumpulan subjek, iaitu kumpulan

pembelajaran dengan video kumpulan tidak ada guru (K-tg) dan kumpulan ada guru (K-ag).

Kedua kumpulan pembelajaran diberikan perlakuan yang sama untuk melihat apakah

pengaruh penggunaan video terhadap capaian akademik pembelajaran pelajar kumpulan K-

tg dan K-ag. Reka bentuk penyelidikan ini membandingkan pengaruh dari perlakuan

penggunaan video kumpulan K-tg dan kumpulan K-ag terhadap capaian akademik

pembelajaran, kemahiran pembelajaran dan penggunaan masa setiap aspek aktiviti

pembelajaran pada kedua kumpulan pelajar sekolah menengah pertama di kabupaten Pidie

Jaya Propinsi Aceh. Desain penyelidikan ini selari dengan eksperimental designs, Pretest

and Postesttest exsperimental and Control groups (Sekaran U., 2003) Penyelidikan ini

menggunakan metode eksperimen kaedah kuantitatif dan kualitatif atau kaedah

berkonsepkan mixed-method design (Patton, M.Q. (1990); Burn, R. B.(1995); dan

Silverman, D. (2000) menjelaskan bahawa memilih penyelidikan kes adalah untuk

menggambarkan proses dan persampelan supaya dapat memberikan maklumat yang akurat

dalam suatu penyelidikan. Dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan

kaedah penyelidikan kasus (case). Penyelidikan ini merujuk kepada penyelidikan yang

dihasilkan daripada data diskriptif berdasarkan hasil post-test, hasil temu bual dan

pemerhatian terhadap tingkah laku seseorang (Taylor, S. J., & Bogdan, R.,1984).

Instrunen Penyeliikan

Penyelidikan ini menggunakan instrumen; 1) Soal selidik post-test untuk memperolehi

gambaran peningkatan capaian akademik pelajar dan soal selidik skala Likert untuk

mendapatkan maklumat tanggapan pelajar berkenaan kemahiran pembelajaran yang dialami

oleh pelajar, 2) protokol temu bual dengan pelajar, 3) protokol pemerhatian terhadap

keberkesanan masa yang digunakan setiap aspek pembelajaran Sains-fizik dengan video

Kaedah Pengumpulan dan Analisis Data

Untuk memperolehi data pencapaian akademik pelajar mata pelajaran Sains-fizik yang

menggunakan video telah dilakukan post-test setiap selesai sesi pembelajaran Sains-fizik

dengan video. Sebanyak 12 kali post-test telah dijalankan pada kedua kumpulan K-tg dan

Page 19: Proceedings - Unsyiah

521

K-ag pada masing-masing kumpulan sebanyak 6 sesi setiap selesai pembelajaran. Teknik

temu bual yang dilakukan secara parsial berstruktur bersifat fleksibel untuk mengumpulkan

maklumat tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran Sains-fizik dengan video.

penyelidik telah bersemukan dengan 16 orang pelajar untuk temu bual yang dijalankan

secara berasingan setiap responden yang dilakukan temu muka.

Pemerhatian telah dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti pembelajaran Sains-

fizik dengan video sepanjang pembelajaran berlangsung. Bentuk pemerhatian yang

dijalankan adalah pemerhatian berstruktur dimana penyelidik melakukan rekod

pemerhatian berdasarkan aspek aktiviti pembelajaran dengan video yang telah ditetapkan

dalam borang pemerhatian testruktur dan borang tidak berstruktur atau nota bebas terhadap

aktiviti pembelajaran pada kedua kumpulan K-tg dan kumpulan K-ag.

Kebolehpercayaan menggambarkan situasi yang mempunyai replikasi dalam

penyelidikan yang sama. Merriem, S. B. (1998), triangulasi salah satu kaedah yang boleh

meningkatkan kepercayaan sesutu penyelidikan kualitatif. Penyelidikan ini menggunakan

dua kaedah penganalisaan data iaitu analisis statistik kuantitatif dan analisis kualitatif.

Kedua kaedah ini digunapakai untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih mendalam

dan dapat memperkuat hasil dapatan penyelidikan kearah yang lebih akurat.

Dapatan Penyelidikan

Capaian akademik pembelajaran Sains-fizik sebelum video iaitu nilai laporan semester

(dokumen). Hasil perhitungan Statistik nilai skor purata setiap kumpulan K-tg dan

kumpulan K-ag beserta Sisihan Piawai seperti Jadual 4.1:

Jadual 1 Capaian Akademik Purata Dan Sisihan Piawai Sebelum Pembelajaran\

Dengan Video Kumpulan *K-tg Dan Kumpulan *K-ag

Kumpulan n Capaian Akademik Purata

Sisihan Piawai

Video tidak ada guru *K-tg 34 61.18 6.40 Video ada guru *K-ag 34 61.76 5.48

Dilihat dari skor nilai puratanya hampir sama. Namun perlu diuji kesamaan secara

statistik. Capaian akademik pembelajaran sain-fizik kumpulan *K-tg dan *K-ag sebelum

Page 20: Proceedings - Unsyiah

522

video berdistribusi tidak normal, dan kedua-duanya homogen pada taraf signifikan 5%,

oleh kerana itu untuk uji beza kedua-dua capaian akademik sebelum pembelajaran dengan

video dilakukan uji statistik nonparametrik iaitu uji Mann-Whitney, pada uji statistik dua

arah. Hasil uji beza capaian akademik keduanya seperti Jadual 2:

Merujuk Jadual 2 uji dua arah diperoleh nilai P-Value atau Sig = 0.897 lebih besar

dari nilai 05.0 , sehingga 0H yang menyatakan kedua purata sama diterima. Dapat

disimpulkan bahawa capaian akademik pembelajaran Sains-fizik pelajar sebelum

pembelajaran dengan video *K-tg dan *K-ag mempunyai capaian akademik yang sama.

Jadual 2 Hasil Uji Beza Capaian Akademik Sebelum Pembelajaran Dengan Video

Uji Statistik Hasil Pengujian

Mann-Whitney U 568,000

Wilcoxon W 1163,000

Z -0,129

Asymp. Sig. (2-tailed) 0,897

Capaian akademik pembelajaran Sains-fizik sesudah pembelajaran dengan video,

hasil post-test dan perhitungan Statistik nilai skor purata kumpulan K-tg dan kumpulan K-

ag dengan sisihan piawai seperti Jadual 3:

Jadual 3 Capaian Akademik Purata Dan Sisihan Piawai Sesudah Pembelajaran

Dengan Video Kumpulan K-tg Dan Kumpulan K-ag

Kumpulan n Capaian

akademik Purata

Sisihan Piawai

pembelajaran dengan video tidak ada guru K-tg 34 71.23 2.67

pembelajaran dengan video ada guru K-ag 34 74.79 5.26

Capaian akademik purata pembelajaran Sains-fizik sesudah pembelajaran dengan

video yang diperolehi dari perhitungan statistik K-tg dan K-ag keduanya berdistribusi

Page 21: Proceedings - Unsyiah

523

normal dan homogen. Oleh itu uji perbezaan pada taraf signifikan 5% dapat dilakukan

dengan uji statistik parametrik 't . Hasil uji beza kedua data nilai capaian akademik adalah

seperti Jadual 4 berikut:

Jadual 4 Hasil Uji Beza Capaian Akademik Sesudah Pembelajaran Dengan Video

Kumpulan t df Sig. (2-tailled)

K-tg 3.487 48.531 0.001

K-ag 3.487 66.00 0.001

Merujuk Jadual 4 diperolehi nilai P-Value atau Sig = 0.001 lebih kecil dari nilai

05.0 . Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa capaian akademik K-tg dan K-ag

mempunyai purata yang berbeza atau tidak sama. Capaian akademik purata pembelajaran

Sains-fizik sesudah pembelajaran dengan video K-ag )79.74( x lebih baik dibandingkan

dengan capaian akademik purata pembelajaran Sains-fizik K-tg )23.71( x . Pembelajaran

pembelajaran dengan video ada guru atau dengan kata lain keberadaan guru dalam

pembelajaran dengan video dapat memberi pengaruh peningkatan capaian akademik

pembelajaran Sains-fizik untuk pelajar. Secara keseluruhan sebelum dan sesudah

pembelajaran dengan video, selisih peningkatan purata masing-masing kumpulan adalah K-

tg (1.13) dan kumpulan K-ag (5.91).

Hasil analisis 21 item soal selidik skala Likert 5 mata berkenaan dengan kemahiran

pembelajaran Sains-fizik dengan video kumpulan K-tg, menunjukkan antara skor 4.35

hingga 4.79. Skor Min purata keseluruhan adalah 4.61 dengan SP adalah 0.63. Skor nilai

yang paling tinggi adalah soal selidik item 12 berkenaan dengan cara pembelajaran Sains-

fizik dengan video adalah mendapat skor kekerapan yang paling tinggi 4.79 peratus dengan

SP 0.48 dan soal selidik terendah item 2 berkenaan dengan bahan pelajaran Sains-fizik

yang menarik dan mudah untuk mempelajarinya iaitu 4.35 peratus dengan SP 0.69. Ini

menunjukkan pelajar yang mengikuti pembelajaran Sains-fizik dengan video pada

kumpulan K-tg, memperolehi kemahiran pembelajaran dengan kategori lebih tinggi.

Kemahiran pembelajaran Sains-fizik dengan video kumpulan K-ag, secara keseluruhan skor

Min dan SP bagi soalan kemahiran pembelajaran Sains-fizik berada antara skor 4.38 hingga

Page 22: Proceedings - Unsyiah

524

4.79. Min purata keseluruhan adalah 4.61 dengan SP 0.64. Semua skor Min untuk

kemahiran pembelajaran kumpulan K-ag adalah berkategori sangat tinggi, iaitu lebih besar

dari pada 3.68. Skor nilai yang paling tinggi adalah 4.79 dengan SP 0.48, soalan item 21

berkenaan pembelajaran dengan komputer dapat membantu pelajar dalam memahami dan

berkesan lama dalam ingatan.

Mengikut jawapan pelajar seramai 8 (lapan) orang dari 4 (empat) kali bersemuka

secara berasingan untuk temu bual kumpulan K-tg berkenaan dengan kemahiran

pembelajaran Sains-fizik dengan video, mereka memberi penjelasan antara lain adalah; 1)

pembelajaran dengan video lebih berkesan, 2) dengan pembelajaran berkumpulan dapat

memudahkan pelajar dalam memahami pembelajaran Sains-fizik, 3) sangat bermanfaat bagi

pelajar dalam mengingat pelajaran yang telah dipelajarinya, 4) bahan pembelajaran sangat

sesuai dan seperti aslinya, 5) mudah diikuti dan 6) lebih mudah dipahami. Hasil temu bual

dengan 8 (lapan) orang pelajar kumpulan K-ag secara berasingan, diperolehi jawapan

antara lain; 1) pembelajaran dengan video lebih berkesan, 2) banyak manfaatnya dalam

pembelajaran berkumpulan 3) lebih mudah mengerjakan tugas, 4) dapat membuat pelajar

merasa tertantang dan dapat menambah pengetahuan baru, 5) pelajar dapat melakukan

perbincangan dan saling membagi pengetahuan sesama pelajar, 6) bahan pembelajaran

sesuai dengan pelajaran di SMP, 7) mudah dimengerti dan 8) berkesan lama dalam ingatan.

Hasil pemerhatian sebanyak 12 sesi pembelajaran, masing-masing untuk K-tg 6 kali

dan K-ag 6 kali. 9 aspek aktiviti pembelajaran borang terstruktur yang ditetapkan dalam

protokol pemerhatian. Hasil pemerhatian setiap sesi pembelajaran pada kumpulan K-tg

dapat dirangkumkan sebagai berikut: penggunaan masa untuk setiap aspek aktiviti

pembelajaran adalah sangat berkesan. Hanya saja aspek aktiviti pelajar diluar kaedah

pembelajaran Sains-fizik dengan video pada sesi I, s/d sesi V kurang berkesan. Sedangkan

pada sesi VI dikatakan berkesan, kerana menggunakan masa lebih kecil daripada masa

maksimum yang dicadangkan.

Hasil pemerhatian secara keseluruhan keenam sesi pembelajan Sains-fizik dengan

video kumpulan K-tg rerata penggunaan masa sangat berkesan (efektif). Hasil pemerhatian

setiap sesi pembelajaran kumpulan K-ag dapat dirangkumkan sebagai beriku: penggunaan

masa untuk setiap aspek pembelajaran sangat berkesan. Aspek aktiviti pelajar diluar kaedah

pembelajaran Sains-fizik dengan video pada tiga sesi iaitu sesi I, sesi II, sesi III, yang

Page 23: Proceedings - Unsyiah

525

penggunaan masa melebihi masa yang dicadangkan. Hasil pemerhatian secara keseluruhan

keenam sesi pembelajan Sains-fizik dengan video kumpulan K-ag rerata penggunaan masa

sangat berkesan.

Kesimpulan

Pembelajaran Sains-fizik dengan video dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran

pelajar sekolah menengah pertama di Kabupaten Pidie Jaya. Skor kemahiran pembelajaran

Sains-fizik dengan video kumpulan K-tg mahupun K-ag yang diperolehi pelajar antara 4.35

hinga 4.79. Semua skor Min untuk kemahiran kumpulan K-tg mahupun kumpulan K-ag

adalah berkategori sangat tinggi, lebih besar daripada 3.68.

Pembelajaran Sains-fizik dengan video berdasarkan temu bual dengan pelajar

berkenaan kemahiran pembelajaran adalah; 1) lebih berkesan, 2) dapat memudahkan

pelajar dalam memahami bahan pembelajaran, 3) dapat memudahkan pelajar mengingat

pelajaran yang telah dipelajari, 4) dapat berkesan lama dalam ingatan, 5) bahan

pembelajaran sangat sesuai dengan pelajaran di SMP, 6) dapat meningkatkan aktiviti

pembelajaran berkumpulan, 7) dapat melatih pelajar melakukan perbincangan dan saling

membagi pengetahuan sesama pelajar, 8) lebih mudah mengerjakan tugas, 9) dapat

membuat pelajar merasa tertantang, 10) dapat menambah pengetahuan Sains-fizik.

Berdasarkan hasil pemerhatian penggunaan masa untuk setiap aspek aktiviti

pembelajaran kumpulan K-tg mahupun kumpulan K-ag adalah sangat berkesan. Aktiviti

pembelajaran diluar kaedah pembelajaran Sains-fizik dengan video pada tiga sesi awal,

penggunaan masa kurang berkesan sedangkan pada sesi IV, V dan VI dikatakan berkesan.

Memperhatikan kepada ketersediaan fasilitas software pembelajaran setiap mata

pelajaran, pengembangan kurikulum barbasis ICT di SMP dan hasil temubual dengan

pelajar dan guru sepanjang penyelidikan, pembelajaran dengan video lebih menarik, mudah

dan menyenangkan. Seramai 87.5 peratus pelajar dan 100 peratus guru dalam penyelidikan

ini mengiginkan pembelajaran dengan video perlu dijalankan untuk semua mata pelajaran

di SMP. Dengan demikian pembelajaran dengan video dapat membantu guru untuk

merenovasi strategi pembelajar dari konvensional kepada pembelajaran berbasis ICT.

Pemebelajaran dengan video dapat memudahkan, meningkatkan kemahiran pembelajaran

dan hasil pembelajaran pelajar oleh guru di SMP.

Page 24: Proceedings - Unsyiah

526

Daftar Pustaka

Bates, A.W.T. (1995), Technology Open Learning and Distance Education. New York, TJ

Press Ltd.

Barnea, N.& Dori,YJ. (2000) Computerized Molecular Modeling.The New Technology for

Burn, R. B. (1995). Introduction to Research Methods. Melbourne: Longman.

Dirjen Departemen pendidikan Menengah (2004) Kurikulum SMP mata pelaja ran sains :

1984, 1994, 2004-KBK, Jakarta

Darmayanti, T. (2006) Penggunaan Multimedia Komputer Sebagai Pendukun

Pembelajaran Ingkuiri Larutan Penyangga untuk Mengembangkan Potensi Siswa.

Tesis Program Pasca Sarjana UPI Bandung.

Herlinawati, (2012 Pemahaman Pelajaran Fisika dengan Pengguna Multimedia Sisiwa

SMP Bandung Indonesia.

Kiboss JK, Ndirangu M, Wekesa EW (2004) Effectiveness of a computer-mediated

simulations program in school biology on pupils’ learning outcomes in cell theory. J

Sci Educ Technol 13 (2) :207–213

Kartimi, (2008) Pengembangan Model Pembelajaran Interaktif Berbasis Komputer

Sebagai Wahana Pendidikan Siswa SLTP. Laporan penyelidikan Sekolah Tinggi

Agama Islam Negeri Cirebon, http://pkab.wordpress.com/

2008/04/30/pengembangan-model-belajar-interaktif-berbasis-komputer/

Mayer, R. E, & Moreno, R., (2005). Role of guidance, reflection, and interactivity in an

agent-based multimedia game. Journal of Educational Psychology, 97, 117-128.

Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.

(2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. London: Sage

Publications.

Powell JV, Aeby VG Jr, Carpenter-Aebyc T (2003) A comparison of student outcomes with

and without teacher facilitated computerbased instruction. Comput Educ 40:183–191

Republika online Koran Pendidikan Juam’at 24 Desember 2011 dengan tajuk, Ren dahnya

Kemampuan Matematika pembelajar

Satori, Dj. (1998). Pelayanan Profesional Bagi Guru-guru. Bandung. Pustaka Martiana

Page 25: Proceedings - Unsyiah

527

Sekaran U. (2003) Riseacr Methods for Business: A Skill Buillding Approach, New York.

AG (hal. 160)

Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook.” London,

Thousand Oaks, New Delhi: Sage

Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1984). Introduction to qualitative research methods: The

search for meanings (2nd edition). John Wiley & Sons Inc.