8/7/2019 PRA3101 EN ZUL http://slidepdf.com/reader/full/pra3101-en-zul 1/22 PRA3101 1. PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak- kanak didalam pelaksanaan pembelajaran
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungankhas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dantanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan
keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lainkepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentinganhormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakansatu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalammenjamin hak asasi kanak-kanak.
Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakanpendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai olehPerhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November
1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yangberkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandungdalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanakmempunyai hak sedia ada untuk hidup.2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyakmungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembanganTiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negaramempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangankanak-kanak itu.
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik merekauntuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapamempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-
kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisiundang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan danperkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadiperhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapaIbu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara
kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainandaripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklahmenggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatanperjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan,dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkatdan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percumakepada semua;(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagaibentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikanitu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang
sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkanbantuan kewangan jika diperlukan;(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaanmelalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingandiadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetapdi sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
PendidikanKanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara
untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib,menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudahdiperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggidiadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklahselaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklahmelibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikutcara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepatiKonvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkankerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan denganpendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepadapembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkanakses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yangmoden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepadakeperluan negara-negara membangun.
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanakhendaklah dihalatujukan kepada:Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-
kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang didudukioleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagitamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalammasyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnyapenduduk asli;
Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagimengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitandengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi
penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?
“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yangberumur dari empat hingga enam tahun.
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAANSistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;(a) Pendidikan prasekolah(b) Pendidikan rendah(c) Pendidikan menengah(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggiTetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolahantarabangsa.
FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAUPENGURUSAN TADIKA(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkanjika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatukesalahan.
FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKANOLEHSEMUA TADIKA(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagaiKurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semuatadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangkaakan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah
masing-masing.(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apakurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaanhendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian,memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yangditetapkan.(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya.
FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripadabahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika,tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasakebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan bab ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap
penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai