-
PENYELIDIKAN TINDAKAN SCE 3153TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID 6 RAZAK MENGENALPASTI PEMBOLEHUBAH
DIMANIPULASI DAN PEMBOLEHUBAH BERGERAKBALAS DALAM PERNYATAAN AYAT
DENGAN TEKNIK SIAPA LEBIH KUAT
OLEH : SHARIFAH RUSLINI BINTI SYED OMAR
-
PENGENALANSejak saya mula mengajar sains sekolah rendah yang
diperkenalkan pada tahun 1994, salah satu masalah yang di hadapi
ialah masalah murid yang kurang menguasai cara menjawab soalan
bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran proses sains
(KPS). Dalam bahagian B soalan peperiksaaan UPSR mata pelajaran
sains terdapat empat dari lima soalan yang diberikan ini memerlukan
seseorang murid itu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai
kemahiran proses sains yang berkaitan pembolehubah-pembolehubah
yang terlibat untuk menyelesaikannya. Soalan-soalan yang sedemikian
memerlukan pengetahuan murid yang berupaya membuat hubungan
pembolehubah berdasarkan pernyataan ayat.
-
OBJEKTIF KAJIANObjektif 2Mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi
dan pembolehubah bergerakbalas dalam pernyataan ayat dengan teknik
Siapa Lebih KuatObjektif 1Mengenalpasti peningkatan ujian pos
berbanding ujian pra bagi tiga orang murid Tahun 6 Razak selepas
menggunakan teknik Siapa Lebih Kuat
-
MODEL PENYELIDIKAN TINDAKANMODEL KURT LEWIN (TAM
2007)Merancang
Teknik Siapa Lebih Kuat dihasilkan untuk mengenalpasti
pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dalam
pernyataan ayat kepada subjek kajian tahun 6 Razak di SK Permatang
Pasir Bertindak
Menggunakan teknik Siapa Lebih Kuat dalam pengajaran dan
pembelajaran ( Intervensi )
Memerhati
Data dikumpul dengan pelbagai cara iaitu ujian pra, pemerhatian,
ujian pos dan soal selidikMereflek
Berasaskan tindakan yang dilaksanakan serta data yang
dikumpulkan refleksi dibuat terhadap dapatan kajian
KITARAN 1
-
METODOLOGISubjek kajian:3 orang murid Tahun 6 RazakCiri-ciri
unik subjek kajian: Tahap pencapaian memuaskan Pasif semasa di
dalam kelas Kurang respon semasa pembelajaran PendiamTempat Kajian:
SK. Permatang Pasir, Banting, Selangor
-
METODOLOGIKaedah Pengumpulan DataUjian Pra dan PosPemerhatian (
borang senarai semak)Soal selidikKaedah Menganalisis DataDiskriptif
Markah Peratus
-
DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 1 Keputusan Analisis Soal Selidik
Selepas Ujian Pos Bagi Subjek Kajian
ItemPernyataanBilangan (%)YaTidak1Saya menggunakan teknik Siapa
Lebih Kuat semasa menjawab ujian pos3 (100%)2Teknik Siapa Lebih
Kuat membantu saya mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan
pembolehubah bergerakbalas3 (100%)3Teknik Siapa Lebih Kuat
meningkatkan kebolehan saya mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi
dan pembolehubah bergerakbalas3 (100%)4Saya mengikut
langkah-langkah teknik Siapa Lebih Kuat ketika menjawab soalan. 3
(100%)5Teknik Siapa Lebih Kuat membuat saya seronok untuk belajar
sains3 (100%)
-
PERBINCANGAN OBJEKTIF 1Ketiga-tiga subjek kajian dapat
mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah
bergerakbalas dalam penyataan ayat dengan menggunakan teknik Siapa
Lebih KuatKesemuanya setuju menyatakan mereka menggunakan teknik
ini untuk mengenalpasti pembolehubah, teknik ini dapat membantu
mengenalpasti pembolehubah, teknik ini dapat meningkatkan kebolehan
mengenalpasti pembolehubah, mengaplikasikan langkah-langkah teknik
untuk menjawab soalan dan berasa seronok mengunakan teknik ini.
Ab. Fatah Hasan (1990), pada biasanya maklumat yang boleh
menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian
daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik
maklumat itu kepada diri seseorang itu semakin mudah maklumat itu
diingatkan.
-
DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF 2Keputusan Markah Ujian Pra Dan Ujian
Pos
Subjek KajianMarkah ujian praMarkah ujian posPeningkatan markah(
% )A4/1010/106 (60%)B4/1010/106 (60%)C0/108/108 (80%)
-
PERBINCANGAN OBJEKTIF 2Ujian pos telah menunjukkan peningkatan
markah 60% kepada 2 orang subjek kajian dan peningkatan 80% untuk
seorang subjek kajian. Peningkatan ini membuktikan bahawa teknik
Siapa Lebih Kuat telah berjaya dapat meningkatkan kebolehan murid
mengenalpasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah
bergerakbalas dalam penyataan ayat.
Yahya Othman (2004), teknik mnemonik sering digunakan untuk
membantu pelajar mengingat dengan cara mengorganisasikan item yang
diingati secara terasing ke dalam pola yang bercantum.
-
CADANGANPengkaji mengharapkan akan dapat memanjangkan kajian ini
untuk dibuat penambahbaikan atau dibuat penyesuaian untuk mata
pelajaran yang lain. Teknik ini amat memberi nilai yang tinggi
kerana dapat diguna pakai untuk meningkatkan prestasi keputusan
akademik sesuatu mata pelajaran
-
SEKIAN