PENGGUNAAN 'TONES CARD' DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
OPERASI TOLAK NOMBOR HINGGA 50 DENGAN PENGUMPULAN SEMULA
NOR IDZMA BINTI MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian(Matematik Pendidikan Rendah)
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT,
JOHOR
APRIL 2015PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan inidan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segiskop dan kualiti
untuk tujuan penganugerahanIjazah Sarjana Muda Perguruan(Matematik
Pendidikan Rendah)
Tandatangan:......................................................
Nama Penyelia:
......................................................
Tarikh:
......................................................
PENGAKUAN
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilandan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya
Tandatangan: ................
Nama penulis: ......................................
Tarikh: ................
DEDIKASI
Dedikasi buat abah dan ibu tersayang
Allahyarham Mohamad bin Abd Rashid dan Norsiah binti Ilias
Iringan doa dan restu kalian memberi dorongan kepada
anakanda
untuk meneruskan perjuangan ini.
Teristimewa buat
Suami tersayang, Sahriel bin Idris
dan putera-putera kesayanganku
Muhammad Adib Athari bin Sahriel dan Muhammad Ammar Rizqi bin
Sahriel
Sokongan dan pengorbanan kalian akan ku kenang
selamanya.PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan penyelidikan tindakan ini
dalam tempoh yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penyelia iaitu Puan
Kharshiah binti Khalid yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan
idea-idea baru sepanjang merancang dan menyiapkan penyelidikan
tindakan ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau tentunya
penyelidikan tindakan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan
lancar.
Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhinggakepada pihak sekolah, guru-guru dan murid-murid yang
terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang
proses penyelidikan tindakan ini dijalankan.
Jutaan terima kasih juga kepada keluarga saya yang selama ini
banyak memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan
saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu dalam usaha melaksanakan penyelidikan tindakan ini.
Segala sokongan, bantuan dan perkongsian idea dari kalian amatlah
di hargai. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang
murid Tahun 1 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak
dengan pengumpulan semula menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan
sasaran yang menjadi subjek kajian ini terdiri daripada 3 orang
murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Segamat Johor.
Subjek kajian dipilih berdasarkan pemerhatian awal dan ujian
diagnostik yang dijalankan. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti yang
dijalankan dalam 4 sesi rawatan disusun secara berperingkat dengan
menggunakan bahan manipulatif 'TOnes Card'. Data kajian ini
dikumpul dan dianalisis melalui ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian, rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Data dari
ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara kuantitatif deskriptif
manakala pemerhatian dan temubual dianalisis secara kualitatif
berdasarkan kandungan temubual, rakaman foto dan rakaman video
untuk tujuan triangulasi data serta maklumat sokongan. Terdapat
peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek kajian dalam ujian pasca
berbanding ujian pra. Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan peningkatan
sebanyak 100% manakala subjek kajian 3 menunjukkan peningkatan
sebanyak 90%. Ini membuktikan bahawa Penggunaan 'TOnes Card' sangat
membantu subjek kajian dalam menyelesaikan soalan operasi tolak
dengan pengumpulan semula dan seterusnya meningkatkan penguasaan
mereka dalam kemahiran tersebut. Subjek kajian juga menunjukkan
peningkatan yang positif dalam pencapaian dan keyakinan dalam
menjawab soalan operasi tolak dengan pengumpulan semula semasa dan
selepas rawatan. Cadangan lanjutan juga dibincangkan dalam kajian
ini.
Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula,
bahan manipulatif.
ABSTRACT
This action research was undertaken to assist the three pupils
in Year 1 in improving the proficiency minus operating with
regrouping using 'Tones Card'. The target group is the subject of
this study comprises 3 Year 1 pupils in a primary school in
Segamat, Johor. The subjects were selected based on preliminary
observations and diagnostic tests performed. In this study, the
activities carried out in the four treatment sessions are arranged
in stages using manipulative materials 'Tones Card'. Data were
collected and analyzed through a pre-test and post-test,
observation, student progress records and interviews. Data from
pre-test and post-test were analyzed by quantitative descriptive
and observation and interviews were analyzed qualitatively by the
content of interviews, photographs and video footage for the
purpose of triangulation data and supporting information. There is
an increase in scores for the three subjects in the study compared
to pre-test and post-test. Subjects 1 and 2 showed an increase of
100%, while the three study subjects showed an increase of 90%.
This proves that the use of 'Tones Card' very helpful subjects
completed the study in question of subtraction and repackaging
operation and thus increase their mastery of skills. The subjects
also showed positive improvement in performance and confidence in
answering questions subtractions with regrouping minus operating
during and after treatment. Proposals were also discussed in this
study.
KANDUNGAN
MUKA SURATPENGESAHAN
PENYELIAiiPENGAKUANiiiDEDIKASIiiiPENGHARGAANvABSTRAKviABSTRACTviiKANDUNGANviiiSENARAI
RAJAHxiSENARAI JADUALxiiSENARAI LAMPIRANxiii
1.0 PENDAHULUAN11.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran31.3
Refleksi Nilai Pendidikan5
2.0 FOKUS KAJIAN92.1 Isu Kajian92.2 Definisi Operasi122.3
Tinjauan Literatur13
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN273.1 Objektif Kajian273.2
Persoalan Kajian27
4.0 KUMPULAN SASARAN28
5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN295.1 Merancang305.2
Bertindak305.3 Memerhati355.4 Mereflek36
6.0 CARA MENGUMPUL DATA376.1 Ujian pra dan Ujian pasca376.2
Pemerhatian.386.3 Temu bual murid396.4 Rekod Kemajuan Murid40
7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI417.1 Soalan Kajian
1417.1.1 Analisis Ujian pradan Ujian pasca417.2 Soalan Kajian
2447.2.1 Analisis Rekod Kemajuan Murid447.2.2 Analisis
Pemerhatian487.2.3 Analisis Temubual578.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS
DAPATAN658.1 Rumusan658.2 Implikasi kajian698.3 Refleksi
Kajian70
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA76
RUJUKAN78LAMPIRAN:82
SENARAI RAJAH
RAJAHMUKA SURAT
Rajah 1: Contoh kesilapan murid4Rajah 2: Contoh kesilapan
murid10Rajah 3:Contoh hasil kerja murid10Rajah 4: Model Kemmis
& Mc Taggart (1988)29Rajah 5 :Graf Perbandingan markah ujian
pra 43dan ujian pasca Rajah 6 : Graf Rekod Kemajuan Murid45Rajah 7
: Contoh Ujian pra subjek kajian47Rajah 8 : Contoh Ujian pasca
subjek kajian47Rajah 9: Sesi rawatan pertama48Rajah 10: Tingkah
laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan49Rajah 11: Tingkah laku
subjek kajian semasa sesi rawatan kedua dan ketiga54
SENARAI JADUAL
MUKA SURATJADUAL
Jadual 1: Langkah Penggunaan 'TOnes Cards'32Jadual 2 : Markah
Ujian pra dan Ujian pasca 42Jadual 3: Markah Subjek kajian dalam
ujian pra, Lembaran sesi rawatan dan ujian pasca45Jadual 4
:Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan
Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.50Jadual 5 : Analisis
Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang
Pemerhatian Subjek Kajian 2.51Jadual 6 :Analisis Pemerhatian
Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek
Kajian 3.52Jadual 7 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 253Jadual 8
:Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 456
SENARAI LAMPIRAN
MUKA SURATLAMPIRAN
Lampiran ASoalan Ujian Pra81Lampiran BSoalan Ujian
Pasca83Lampiran CBorang Pemerhatian85Lampiran DTranskrip
Temubual90
26
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik adalah matapelajaran abstrak yang melibatkan
penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algorithma dan
teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos1989).
Matapelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun
kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai
maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa
matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan,
hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang
demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan
maklumat yang diperolehi oleh guru kepada murid (MacGregor &
Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima
oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya
murid akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul
tentang matematik. Sikap dan minat murid terhadap matematik juga
memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid
terhadap perkara yang guru ajar. Setiap murid secara amnya
mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar
belakang keluarga dan persekitaran. Guru berdepan dengan murid yang
membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang
kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi
pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah initidak diperbetulkan
maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin
disampaikan. Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang
reflektif dan kritikal akan dapat membantu murid mereka belajar
dengan tenang dan mudah. Guru-guru yang reflektif sering mendalami
segala isu dalam kelas, mereka juga cuba menyelesaikan masalah
dalam kelas, sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian
kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd
Kidin dan Jamil 2007). Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian
matematik beberapa perkara perlu diselidiki. Tidak dapat dinafikan
bahawa matematik itu sendiri merupakan satu mata pelajaran yang
susah diterima oleh murid. Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat
miskonsepsi murid yang dapat dilakukan oleh guru di dalam bilik
darjah antaranya adalah, membuat penilaian secara lisan, kerja
kumpulan, menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku latihan
murid. Penyemakan buku latihan murid dapat memberi gambaran yang
jelas tentang berlaku miskonsepsi murid. Tujuan menganalisis
soalan-soalan ini adalah sebagai satu tindakan refleksi untuk
membekalkan maklumat kepada guru tentang pembelajaran yang murid
terima daripada guru. Setiap pembelajaran akan mengubah tingkah
laku dan sikap murid. Justeru itu antara langkah inovatif yang
perlu di ambil oleh guru adalah dengan mengadakan penyelidikan atau
kajian tindakan bagi mengesan kelemahan murid serta puncanya dan
seterusnya mencari solusi kepada permasalahan atau miskonsepsi
tersebut.Peranan utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru
matematik adalah memastikan setiap murid menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar dan berusaha sedaya upaya untuk
membantu murid yang tidak menguasai kemahiran tertentu untuk
membetulkan setiap miskonsepsi yang berlaku. 1.2 Refleksi
pengajaran dan pembelajaran
Bagi tahun 2014, buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun
berkhidmat sebagai guru matematik di sekolah rendah, saya
ditugaskan untuk mengajar murid Tahun 1. Selama ini saya hanya
mengajar murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan
6. Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun 1 ini saya mendapati
subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu
abstrak untuk difahami oleh murid Tahun 1 di sekolah ini. Tidak
seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid
telah menguasai kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi
kepada tajuk-tajuk yang menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi
pembelajaran, saya mendapati wujudnya masalah dalam tajuk operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa. Hal ini
dapat dikesan melalui pemerhatian, semakan hasil kerja murid dan
sesi soal jawab di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid
menghadapi masalah ini namun timbul tanda tanya di hati saya
mengapa hal ini boleh berlaku terhadap beberapa orang murid. Oleh
kerana sudah agak lama mengajar murid tahap 2, pada mulanya saya
beranggapan kesilapan yang berlaku akibat kecuaian semata-mata
seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2, namun setelah
diteliti kesilapan itu berpunca dari salah tanggapan konsep atau
miskonsepsi. Antara miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid
tidak faham unsur pinjam atau ambil untuk dikumpulkan semula di
dalam nilai tempat yang betul. Selain itu ada juga murid yang faham
unsur pinjam atau ambil tetapi nombor yang dipinjam menjadi nilai
baru untuk mengganti nombor yang diguna untuk tolak, murid tidak
memahami bahawa nilai sa perlu dikumpul dengan 10 yang diambil dari
rumah puluh terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tolak.
Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh
murid. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula, murid perlu menguasai beberapa
kemahiran lain seperti kemahiran mengenal nilai tempat dan nilai
digit, perubahan nilai yang berlaku apabila berlakunya pertukaran
nilai tempat, kemahiran menambah dan kemahiran asas tolak dalam
lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan mengumpul semula dimana
nilai 10 yang dipinjam dan ditambah dengan nilai asal telah diajar
di dalam kelas, namun masih terdapat segelintir murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran tersebut ketika menyelesaikan operasi
tolak yang melibatkan mengumpul semula. Setelah diamati melalui
pemerhatian di dalam bilik darjah didapati kesilapan yang telah
dilakukan oleh beberapa orang murid ini ialah: 1. Menolak
menggunakan bentuk lazim secara sembarangan. Hal ini kerana
terdapat murid yang menolak secara terbalik berdasarkan konsep yang
besar tolak yang kecil dengan mengabaikan konsep mengumpul semula.
(Rujuk Rajah 1)
Murid menolak terbalik dimana 7 tolak 2 bersamaan 5 kerana
beranggapan nombor besar mesti tolak nombor yang lebih kecil.
Rajah 1: Contoh kesilapan muridMelalui hasil kerja murid ini,
saya mendapati murid ini tidak memahami proses menolak dengan betul
apabila melibatkan proses mengumpul semula. Kesilapan ini juga
mungkin berlaku akibat amalan pengajaran saya yang mengajar murid
tahun 1 dengan lebih banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih
tubi dan mengabaikan keperluan murid-murid untuk memahami konsep
dengan lebih mendalam. Tindakan yang terlalu mengejar sukatan
pelajaran juga mengakibatkan saya terlalu terburu-buru dalam
mengajar dan hasilnya terdapat murid-murid yang tidak memahami apa
yang telah diajar. Sekiranya hal ini di biarkan berlanjutan maka ia
akan menjadi masalah kepada murid-murid ini untuk menguasai
kemahiran menolak dengan pengumpulan semula yang melibatkan nombor
yang lebih besar. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini
saya telah mengaplikasikan kaedah 'TOnes Card' (TOC) , iaitu yang
bermaksud kad jalur nilai tempat puluh dan kad nilai sa. Kad-kad
ini digunakan untuk membantu murid yang bermasalah untuk melakukan
proses menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh
ke rumah sa dengan betul.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,(2009), matlamat
pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran
mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian
masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik
supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Manakala dalam Dokumen Standard KSSR (2011) pula
mengatakan bahawa Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang
melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistematik dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Walaupun kedua-dua
matlamat ini hampir sama namun pelaksanaan KSSR adalah lebih
menjurus kearah persediaan mengharungi cabaran pendidikan abad ke
21 dan seterusnya menyediakan murid yang boleh bersaing di
peringkat dunia.Pembelajaran matematik merupakan satu bidang
pembelajaran yang penting kepada murid-murid kerana Matematik
merupakan sebahagian daripada kehidupan. Matematik digunakan secara
meluas dalam pelbagai bidang dari sekecil-kecil kemahiran seperti
mengira masa, jual beli, geometri hinggalah dalam bidang yang lebih
meluas seperti kejuruteraan, ketenteraan dan kedoktoran. Justeru
itu amat penting bagi setiap murid untuk menguasai kemahiran
matematik dari peringkat rendah lagi. Kefahaman konsep didalam
Matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kesilapan
kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang
berlainan terhadap makna sebenar. (Azizi dan Elangovan, 2010).
Antara kemahiran asas dalam matematik adalah operasi tolak. Sebagai
seorang guru, kita mengharapkan semua murid-murid menguasai
kemahiran asas ini, namun ia bukanlah satu kerja yang mudah
disebabkan oleh tahap penguasaan murid-murid yang berbeza-beza.
Bagi merealisasikan hasrat ini, maka guru haruslah kreatif dalam
merancang seterusnya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dapat membimbing murid untuk menguasai kemahiran asas
matematik seperti operasi tolak. Seseorang guru memainkan peranan
penting dalam menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid
agar murid dapat memahami konsep dan seterusnya dapat
mengaplikasikan maklumat tersebut dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Pemahaman tentang konsep tolak perlulah diterap
dari peringkat rendah lagi iaitu seawal usia 6 tahun sebelum
murid-murid ini bersedia untuk memahami kemahiran yang lebih
abstrak dan kompleks seperti yang dinyatakan dalam kajian yang
dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), bahawa guru perlu
menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian
murid dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matematik.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid-murid
memahami konsep matematik seperti operasi tolak ini adalah
penggunaan bahan bantu manipulatif adalah amat berkesan lebih lebih
lagi dikalangan murid berusia 7 hingga 11 tahun berdasarkan Toeri
pembelajaran kognitif Jean Piaget (1971). Bahan bantu manipulatif
ini memberi peluang kepada murid untuk melihat, merasa dan
mengerakkan bahan tersebut mengikut kemahiran yang dimuridi. Hal
ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan
keseronokkan belajar di kalangan murid. Selain penggunaan bahan
konkrit, pemilihan strategi dan pendekatan kaedah pengajaran juga
amat penting bagi memastikan murid menguasai sesuatu kemahiran
dalam Matematik. Kaedah pengajaran yang baik ialah kaedah yang
membolehkan guru memenuhi keperluan sukatan dan tingkah laku murid
(Noraini Idris,2001). Menurut Robert Gagner, pembelajaran adalah
berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah
kepada yang susah dan pembelajaran bermula daripada apa yang
diketahui oleh murid. Justeru itu menjadi tugas guru dalam
menentukan sejauh mana pengetahuan sedia ada murid supaya
pengajaran dapat didasarkan kepadanya. Selepas itu, rancangan
pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran, iaitu peringkat
mudah dan asas didahulukan sebelum menempuh pembelajaran
seterusnya.Sehubungan itu saya menjalankan kajian ini sebagai
langkah untuk mengesan dan mengatasi kelemahan dan ketidakupayaan
murid dalam menguasai operasi asas tolak yang melibatkan
pengumpulan semula dengan menggunakan bahan manipulatif. Menurut
Wong Khoon Yoong (1987) dalam Azizi dan Elangovan (2008) Kebolehan
matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan pada
aras yang rendah mengikut hiraki. Ramai murid tidak dapat
menyelesaikan masalah kerana berlakunya kesalahfahaman sesuatu
konsep. Sesungguhnya kegagalan murid untuk menguasai operasi asas
akan menyebabkan kesukaran untuk menguasai matematik secara
keseluruhannya disamping turut melemahkan minat, motivasi dan
keyakinan diri mereka. Hal ini akan menyebabkan murid-murid
melabelkan Matematik sebagai satu mata pelajaran yang sukar.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Operasi asas matematik terdiri daripada empat jenis operasi,
iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi asas yang paling di
sukai dan mudah difahami serta dimuridi oleh murid-murid adalah
operasi tambah. Masalah mula timbul apabila murid mula mempelajari
operasi tolak. Murid sering kali keliru dalam melaksanakan operasi
tolak dan mencampuradukkannya dengan operasi tambah. Hal ini sering
berlaku di peringkat awal pembelajaran kemahiran tolak. Fokus
kajian ini adalah untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan
'TOnes Card' dalam membantu murid yang bermasalah untuk menguasai
kemahiran menolak dua nombor yang melibatkan proses mengumpul
semula. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada hasil
pemerhatian dan soaljawab di dalam kelas didapati bahawa
murid-murid sering menganggap bahawa Matematik merupakan
matapelajaran yang susah. Oleh sebab itu murid-murid menjadi kurang
berminat terhadap mata pelajaran Matematik.Melalui semakan terhadap
hasil kerja murid didapati bahawa terdapat segelintir murid yang
menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tolak terutama yang
melibatkan proses pengumpulan semula. Untuk mengenalpasti dengan
lebih jelas masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran tolak
ini, saya turut mengadakan ujian diagnostik. Kesalahan ketara yang
dibuat oleh murid ketika menolak menggunakan bentuk lazim ini ialah
menggunakan nombor yang besar untuk menolak nombor yang kecil tanpa
mengambil kira proses pengumpulan semula. Murid dilihat mengambil
jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun cara tersebut
salah. Hal ini berlaku adalah kerana murid-murid ini terikat dengan
konsep asas tolak iaitu nombor yang besar tolak nombor yang kecil
dengan mengabaikan soalan. Rajah 2 menunjukkan kesilapan murid
dalam lembaran kerja.
Rajah 2: Contoh kesilapan murid
Kesalahan dan ketidakupayaan menguasai kemahiran ini sedikit
sebanyak juga berpunca daripada sikap murid yang tidak menyiapkan
tugasan yang diberi. Hal ini turut menyumbang kepada masalah yang
dihadapi oleh murid. Perkara ini dapat dikesan hasil penyemakan
buku latihan murid. Rujuk Rajah 3.
Rajah 3: Contoh hasil kerja muridKemahiran menolak adalah antara
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Sekiranya
murid tidak menguasai kemahiran ini dari peringkat asas, maka
mereka akan menghadapi masalah apabila kemahiran operasi asas
seperti tolak ini semakin berkembang dengan menggunakan nombor yang
lebih besar. Selain itu sekiranya murid tidak menguasai kemahiran
ini, murid ini akan menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran
seterusnya seperti operasi bahagi dan operasi bergabung. Hal ini
akan menjadikan murid hilang keyakinan diri dan memberi impak
kepada keputusan keseluruhan penguasaan matematik di
sekolah.Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, saya mendapati
bahawa terdapat banyak kaedah yang sesuai yang boleh digunakan
untuk membantu murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan operasi
tolak yang melibatkan mengumpul semula ini. Sehubungan itu saya
telah memilih untuk menggunakan bahan 'TOnes Card' atau TOC untuk
merawat miskonsepsi subjek kajian. Saya menumpukan perhatian pada
penggunaan TOnes Card' iaitu kaedah yang menggunakan kad-kad jalur
rumah puluh dan rumah sa. Idea ini diambil daripada penggunaan blok
asas sepuluh dan 'Dienes Block' yang di ubahsuai mengikut
kreativiti saya. Kaedah ini juga di inspirasikan daripada kaedah
penggunaan Set PANT yang dijalankan oleh Susie anak John yang
dijalankan pada tahun 2012. Walaupun perlu meyediakan bahan bantu
manipulatif ini, saya merasakan ianya perlu untuk membantu subjek
kajian menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Penggunaan bahan manipulatif ini dapat memberi peluang
kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri konsep asas menolak
dengan mengumpul semula. Dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan bermakna.
2.2 Definisi Operasi
2.2.1 'TOnes Card'
''TOnes Card' adalah merupakan bahan atau alat yang dibina
berinspirasikan daripada Kaedah PANT yang dilaksanakan dalam kajian
Suzie Anak John. 'TOnes Card' terdiri daripada kad lajur puluh dan
kad nilai sa. Penggunaan 'TOnes Card' ini saya gabungkan bersama
bentuk lazim. Oleh sebab itu, 'TOnes Card' ini didatangkan bersama
set tapak bentuk lazim yang diperbuat daripada kad manila dan
plastik jernih. Bahan ini digunakan bagi membantu murid memahami
dengan lebih jelas tentang proses pengumpulan semula. Ia bukan
sahaja boleh digunakan untuk operasi tolak malah boleh juga
digunakan untuk kemahiran nilai tempat dan operasi tambah.
2.2.2 Penguasaan Menurut kamus dewan edisi keempat (2005)
penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan yang
mana menguasai menjurus kepada maksud mengetahui secara mendalam,
menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu. Justeru
itu penguasaan mengikut konteks kajian ini adalah menjadikan diri
subjek kajian mahir atau berpengetahuan dalam operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula.
2.2.4 Operasi Tolak
Operasi tolak dalam matematik bermaksud anda mengambil sesuatu
atau sebilangan daripada sekumpulan benda atau nilai dan sekumpulan
benda itu berkuang apabila anda telah mengambil sebilangan
daripadanya (Bundly 2014). Manakala tolak dengan mengumpul semula
yang juga digelar sebagai peminjaman bermaksud apabila satu 'puluh'
bertukar nilai tempat dari satu 'puluh' kepada sepuluh 'sa' .
(Miller,2014)
2.3 Tinjauan Literatur
Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang
umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua murid yang memberi
fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan
penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar,
kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik,
kritis dan bersistem (Nik Azis 1997). Tetapi matematik sering di
anggap salah satu mata pelajaran yang sukar bagi murid-murid.
Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lain kerana ia
berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami
sebelum dapat di gunakan oleh murid. Bagi menarik minat murid dan
membentuk cara mereka berfikir secara Matematik penguasaan
kemahiran fakta asas adalah penting untuk mereka kuasai sebelum
menguasai kemahiran yang lebih kompleks. Oleh kerana Matematik
adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya mempunyai
hierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi
sangatlah penting dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
(Sukri dan Victor 2006) . Ketidakfahaman sesuatu konsep melibatkan
operasi asas menyebabkan timbul perasaan negatif murid terhadap
subjek Matematik. Post (1992) dalam Susie anak John (2012)
mengatakan bahawa penambahan dan penolakan merupakan dua operasi
yang pertama sekali dikemukan kepada murid dalam pembelajaran
Matematik mereka secara formal. Operasi tolak merupakan salah satu
kemahiran asas yang menimbulkan masalah terhadap murid sekolah
rendah terutamanya kemahiran yang melibatkan penolakan dengan
mengumpul semula. Adalah penting untuk memperbetulkan miskonsepsi
murid dalam operasi tolak ini. Ketidakupayaan menguasai kemahiran
menolak merupakan satu gangguan bagi murid untuk menguasai
kemahiran atau topik seterusnya yang perlu dipelajari dan dikuasai
oleh mereka sebelum dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
2.3.1 Isu Dan Miskonsepsi dalam operasi tolak.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang
terbentuk apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak
betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984;
Resnick1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara secara tidak betul tanpa disedari oleh guru.
Contohnya, guru mengajar murid jalan pintas untuk kira darab
sesuatu nombor dengan angka 10, maka jawapannya adalah dengan
menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya murid akan mengingati
dan mengikuti ajaran guru tersebut, tetapi bagaimana pula sekiranya
kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan, adakah
caranya sama?Menurut Hiebert & Carpenter (1992) Elif Yetkin
(2003) dalam Sukri dan Victor (2006) murid sering membina kefahaman
dengan mengaitkan simbol dengan persembahan yang lain contohnya
bahan konkrit , gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai contohnya +
hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu cerita
mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut.
Kebanyakan murid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan
konsep-konsep matematik yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk
mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan, murid-murid mestilah
mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa kepada konsep
matematik yang abstrak dan peringkat aplikasi.Sering berlaku
kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana guru selalu
beranggapan bahawa muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan
mudah melalui penerangan semata-mata. Hal ini menyebabkan
berlakunya salah faham atau miskonsep di kalangan murid-murid.
Salah satu kelemahan dalam operasi asas ini yang dikenalpasti ialah
operasi tolak dengan mengumpul semula. Ia bersifat abstrak dan
sukar difahami oleh murid terutama murid tahun satu. Operasi tolak
yang melibatkan mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang
melibatkan beberapa konsep matematik termasuk pertukaran nilai
tempat, mengumpul semula dan operasi tolak. Seseorang murid perlu
menguasai ketiga-tiga konsep tersebut sebelum menguasai operasi
tolak yang melibatkan mengumpul semula. Kesilapan kepada tafsiran
dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna
sebenar (Azizi Yahaya & Elanggovan, tiada tarikh). Antara punca
kepada kesilapan tafsiran konsep tersebut disebabkan murid jarang
didedahkan dengan konsep asas matematik kerana latih tubi lebih
ditekankan di sekolah. Justeru, minat murid terhadap pembelajaran
matematik kurang kerana murid tidak memahami konsep matematik dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah
amat perlu untuk memberikan perhatian yang serius serta memberi
penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal
lagi. Kesukaran murid dalam menyelesaikan operasi tolak mungkin
disebabkan oleh ketidakupayaan murid-murid dalam menguasai
pemahaman terhadap nilai tempat. Fuson (1992) dalam Helen L. Chick
, Thuy Pham dan Monica K. Baker (Tiada Tarikh). Murid sering
melakukan kesilapan semasa proses meminjam dari rumah puluh ke sa
atau rumah ratus ke puluh. Murid yang dipilih sebagai subjek kajian
ini melakukan kesilapan pada proses menolak dalam bentuk lazim yang
melibatkan mengumpul semula. Murid ini melakukan kesilapan menolak
secara sembarangan (terbalik) iaitu nombor besar tolak nombor kecil
tanpa mengikut soalan walaupun cara tersebut salah. Ini menunjukkan
bahawa murid tidak menguasai konsep mengumpul semula dengan betul.
Penguasaan konsep nilai tempat sebenarnya memainkan peranan yang
penting terutamanya dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Ini disebabkan oleh proses mengumpul semula melibatkan
proses pertukaran antara nilai tempat. Walaupun murid telah
menguasai operasi tolak yang melibatkan dua digit dengan dua digit
tanpa mengumpul semula, mereka masih menghadapi masalah tidak
memahami nilai pertukaran antara nilai tempat semasa proses
mengumpul semula (Cauley,1987). Ia merupakan cabaran yang paling
besar untuk diatasi iaitu membantu murid memahami konsep pertukaran
antara nilai tempat dan kemahiran mengumpul semula semasa
menyelesaikan operasi tolak. Apabila murid tidak memahami konsep
pertukaran nilai tempat, murid tidak dapat menguasai kemahiran
menolak dengan mengumpul semula dengan baik.
2.3.2 Penggunaan Bahan Manipulatif dalam meningkatkan penguasaan
operasi tolak dengan pengumpulan semula.
Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa
penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik banyak membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan
lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran
yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981) Konsep nombor boleh
dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama ialah
peringkat konkrit diikuti oleh peringkat semi konkrit atau gambar
kemudian peringkat separa konkrit dan barulah peringkat abstrak
(Mok Soon Sang, 2005)Dalam kajian ini saya memilih untuk
menggunakan bahan manipulatif iaitu penggunaan kad mengikut nilai
tempat (TOnes Cards) bagi membantu murid menguasai kemahiran
penukaran nilai tempat sebelum menguasai kemahiran menolak dengan
mengumpul semula ini. Bahan manipulatif ini dipilih oleh saya
kerana ia merupakan bahan yang boleh diaplikasikan kepada deria
manusia terutama kepada kenak-kanak. Kanak-kanak sangat memerlukan
bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Hal
ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang
diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing
murid supaya dapat mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif
membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif murid kerana murid
dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang dipelajari.
Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat seperti
mana teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget (1970) iaitu dalam
proses pemeringkatan pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat
konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid.
Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah
memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi murid
yang berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Hal ini kerana di
dalam peringkat ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran yang
berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman
secara langsung bagi mengukuhkan kefahaman mereka. (Noriati,Boon
dan Sharifah 2009). Sebelum mengaplikasikan kaedah ini kepada murid
yang dipilih sebagai subjek kajian, saya perlulah memastikan subjek
kajian telah menguasai kemahiran sebelumnya iaitu kemahiran
menambah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat teori Jerome Bruner
iaitu, murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep
yang di murid. Menurut Bruner lagi perkembangan kognitif seseorang
individu juga perlu melalui peringkat-peringkat tertentu. Terdapat
tiga peringkat kognitif yang dilalui iaitu peringkat enaktif (0-2
tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun ) dan peringkat simbolik (5-7
tahun) (Ismail bin Saiman, dan rakan-rakan 2014). Bruner juga
menyatakan bahawa pembelajaran Matematik lebih berkesan dan mudah
dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak
seperti tambah dan lain-lain. Berdasarkan teori ini, jelas
membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu manipulatif amat sesuai
dengan peringkat usia murid-murid Tahun 1. Menurut beliau lagi
pembelajaran matematik dapat dimudahkan dengan mengaitkan antara
satu sama lain contohnya pengajaran tambah di ajar sebelum tolak
dan pengajaran bahagi di ajar selepas darab (Mok Soon Sang, Siew
Fong Cheong,1986)Bahan manipulatif juga membolehkan murid-murid
menyentuh, merasa, melihat dan menggerakkan bahan-bahan tersebut
(Heddens, 2008; Rust, 1999). Hal ini dapat menarik perhatian murid
terutama murid yang pasif di dalam bilik darjah untuk melibatkan
diri dalam sesi pembelajaran. Penggunaan bahan manipulatif ini juga
dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid. Sesungguhnya
motivasi penting untuk meningkatkan minat murid terhadap sesuatu
pembelajaran. Ahli-ahli psikologi mazhab Behavioris seperti Ivan
Pavlov (1849-1936) berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Menurut mereka, perubahan tingkah laku
dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai (Mok Song
Sang, 2005). Berdasarkan pendapat ini, penggunaan bahan bantu yang
jelas dan menarik akan menjadi satu bentuk ransangan kepada
murid-murid ini untuk menguasai kemahiran yang
dipelajari.Penggunaan bahan manipulatif juga dapat mengaplikasikan
teori konstruktivisme dalam sesi pengajaran di mana beberapa ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Nik Azis Nik Pa
( 1997 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak lebih
daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai
oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Penggunaan bahan
bantu manipulatif ini secara tidak langsung dapat membimbing murid
membina pengetahuan yang bermakna. Implikasi daripada pendekatan
konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:a) pengajaran dan
pembelajaran adalah berpusatkan murid. b) guru berperanan sebagai
fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.
c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru.d)pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran
yang diterima secara pasif.Selain itu, penggunaan bahan bantu ini
juga dapat menyediakan salah satu keperluan yang diperlukan oleh
murid untuk menguasai sesuatu konsep. Menurut Teori Keperluan
Maslow (1970) dalam Azlina (2002) beliau mengkelaskan keperluan
asas manusia kepada lima keperluan mengikut hiraki iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan sendiri. Berdasarkan teori tersebut, kebiasaannya
individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya
berdasarkan kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling
terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan pada dirinya
sekiranya tanggapan dan layanan yang positif diberikan (Azizi
Yahya,2005). Oleh itu penggunaan bahan bantu manipulatif dan proses
pembelajaran yang dijalankan dalam kumpulan kecil ini dapat
memenuhi keperluan serta menggalakkan hubungan dan interaksi yang
lebih positif dan bertumpu diantara guru dan murid. Perkara ini
dapat meningkatkan tahap keyakinan murid dalam proses mempelajari
sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamat yang
dikehendaki.Menurut teori pembelajaran Gagne (1970), pembelajaran
merupakan proses yang bergerak daripada peringkat yang paling mudah
kepada peringkat yang paling rumit. Pembelajaran aras tinggi
bergantung kepada pembelajaran aras rendah. Gagne mengenalpasti
lapan jenis pembelajaran antaranya ialah Pembelajaran ransangan
gerak balas dan pembelajaran konsep (Ismail dan rakan-rakan 2014).
Pembelajaran jenis ini turut diaplikasikan dalam kajian yang akan
dilaksanakan untuk memastikan murid memahami konsep petukaran nilai
tempat terlebih dahulu sebelum memahami proses pengumpulan semula.
Melalui kajian ini saya menyediakan bahan bantu sebagai ransangan
kepada murid dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran yang
diuji. Hal ini disokong oleh pendapat Robert Gagne (1970) yang
mengatakan bahawa murid dicelikkan akalnya dengan maklumat dan
ransangan berkaitan sebelum dapat menyempurnakan penguasaan secara
kognitif.
2.3.3 Dapatan Kajian Lepas
Kajian yang dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban (2008) yang
bertajuk Penggunaan Garis Nombor Dalam Membantu Murid Pemulihan
Memahami Penolakan Dalam Lingkungan 10 dijalankan untuk melihat
keberkesanan penggunaan garis nombor dalam menyelesaikan masalah
operasi penolakan dalam lingkungan sepuluh bagi murid pemulihan
Tahun 2. Kajian ini juga mendapati murid sukar untuk memahami
konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun 2 terlibat
sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah perbualan, senarai
semak, pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan
pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku
peningkatan kefahaman murid terhadap operasi penolakan dalam
lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini dijalankan.
Sesungguhnya penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid
menguasai operasi tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain
daripada itu juga, kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada guru
dalam pemilihan kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian
terutamanya terhadap murid pemulihan bagi meningkatkan kefahaman
mereka. Dalam kajian ini juga telah membuktikan bahawa disamping
kemahiran asas menambah dan menolak yang telah dikuasai, penggunaan
bahan manipulatif sangat membantu dalam menangani masalah yang
dihadapi oleh subjek kajian.Dalam kajian Norhanaa Hatta (2007) juga
mendapati bahawa murid mempunyai miskonsepsi ketika menyelesaikan
soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Berdasarkan
perbandingan antara kajian ini, saya membuat rumusan bahawa murid
menganggap setiap nilai tempat dalam suatu nombor adalah operasi
tolak yang berasingan. Dalam kajiannya, didapati murid tidak
memahami konsep mengumpul semula kerana mereka tidak menganggap 453
sebagai satu nombor yang membawa nilai empat ratus lima puluh tiga,
sebaliknya ia hanya dianggap sebagai empat, lima dan tiga. Maka,
murid tidak dapat mengaplikasikan konsep 1 puluh dipinjam menjadi
10 sa. Menurut Alice Hansen (2005) kesilapan ini berlaku akibat
murid tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat, seperti 1
puluh sama dengan 10 sa atau 1 ratus sama dengan 10 puluh. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang murid yang
dikaji tidak akan dapat menguasai operasi tolak yang melibatkan
mengumpul semula tanpa bantuan bahan manipulatif iaitu blok asas
sepuluh yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa penggunaan bahan manipulatif memberi kesan yang baik dalam
membantu murid menguasai operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula ini. Kajian Tindakan yang dijalankan oleh Susie anak John
yang bertajuk penggunaan PANT dalam kemahiran penolakan dengan
mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihan kelas tahun 3
(2012) juga mengetengahkan penggunan bahan manipulatif dalam kajian
yang dijalankan. Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji memberi
fokus kepada keprihatinan kepada penggunaan petak asas nilai tempat
(PANT) dalam pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan
semula bagi murid pemulihan Tahun Tiga yang bermasalah dalam
kemahiran tersebut. Melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji
telah menggunakan dua jenis PANT iaitu PANT puluh dan PANT sa.
Faktor pemilihan PANT puluh dan PANT sa adalah berdasarkan tahap
murid dan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pendidikan
pemulihan iaitu tolak dibawah seratus. Menurut pengkaji masalah
timbul apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Menurut
pengkaji murid seringkali mencampur adukan atau keliru dengan
operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum yang sering
dilakukan oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan
penolakan ataupun murid hanya tahu menolak nilai kecil daripada
nilai besar sahaja. Murid akan menggunakan nombor bahagian bawah
yang nilainya lebih besar untuk menolak nombor di bahagian atas
semasa menyelesaikan operasi tolak dalam bentuk lazim. Dalam kajian
ini, pengkaji telah memilih alat bantu mengajar iaitu petak asas
nilai tempat puluh dan sa untuk membantu murid mengatasi kemahiran
penolakan yang melibatkan mengumpul semula. Hasil kajian
menunjukkan bahawa petak asas nilai tempat ini berjaya membantu dua
daripada tiga subjek kajiannya dalam menguasai kemahiran penolakan
dengan mengumpul semula. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat
mendalamkan ingatan murid dan menarik minat murid. Berdasarkan
hasil kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan bahan bantu
mengajar seperti Kaedah PANT ini dalam kajian yang dilaksanakan.
Selain itu, melalui kajian yang dijalankan oleh Halimah Wahah
(2012) ke atas seorang murid tahun tiga yang menghadapi masalah
menguasai operasi tolak dalam linkungan 50 dengan mengumpul semula
menunjukkan bahawa konsep operasi tolak yang melibatkan mengumpul
semula amat sukar difahami oleh murid. Kesukaran memahami konsep
mengumpul semula akan mengakibatkan murid tidak dapat menjawab
soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula dengan betul.
Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasi kaedah yang melibatkan
illustrasi nilai nombor dengan lukisan visual yang boleh dinampak
dan dikira satu demi satu. Pengkaji berpendapat bahawa apabila
nilai nombor diwakilkan dengan simbol atau gambar, ia memudahkan
murid untuk memahami dan menguasai kemahiran mengumpul semula.
Illustrasi nilai dengan simbol dapat membantu pengkaji menunjukkan
pengiraan dengan jelas. Pengkaji turut menyatakan bahawa melalui
perwakilan nombor dengan simbol dapat menarik minat murid untuk
belajar kerana pembelajaran yang melibatkan visual adalah lebih
menarik.Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh Tan Wui Gee
(2008) yang bertajuk Penggunaan Kit Manipulatif Dalam Pemahaman
Konsep Darab Murid Tahun 2 pula menyatakan bahawa kaedah penggunaan
bahan manipulatif dalam pengajaran pemahaman konsep pendaraban
dapat meningkatkan pemahaman matematik murid. Beliau memilih untuk
menggunakan bahan manipulatif kerana bahan manipulatif ini akan
meningkatkan pemahaman murid dan bermula bila digunakan untuk
mengajar murid (Durmus & Karakirik, 2006). Beliau menyatakan
terdapat juga peningkatan yang ketara dari segi masa murid
menyiapkan tugasan matematik menggunakan manipulatif berstruktur.
Dalam Kajiannya juga menyatakan bahawa penggunaan bahan manipulatif
berupaya meningkatkan pemahaman murid yang menjadi subjek
kajiannya. Selain kajian diatas, dalam kajian yang dijalankan oleh
Shukri Berawi dan Victor Jibson (2006) yang bertajuk Kaedah Bahan
Maujud dan Kaedah konvensional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menambah Murid-Murid Tahap 1 juga mengkaji tentang
keberkesanan Penggunaan Bahan Maujud atau bahan manipulatif
berbanding Kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian tentang
keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar
berbanding dengan kaedah konvesional (iaitu menggunakan papan hitam
dan kapur). Kajian ini melibatkan dua kumpulan respondan yang
terdiri daripada murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang dipilih
atas sebab mereka telah mempunyai pengalaman sedia ada tentang
kemahiran menambah. Tahap kebolehan murid dalam setiap kumpulan
mempunyai perbezaan yang signifikan. Walaupun kaedah konvensional
memberikan kesan yang hampir sama dengan penggunaan bahan maujud
namun pengkaji ini berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud
merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menambah murid tahap I. Bagi murid tahap
1, mereka boleh berinteraksi dan berasa lebih seronok dengan bahan
maujud yang digunakan. Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan
daripada kajian-kajian lepas melaporkan bahawa penggunaan kaedah
yang sesuai dengan tahap kematangan murid dapat mempertingkatkan
lagi tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Konsep dan
maklumat yang disampaikan oleh guru secara tersusun, jelas dan
menggunakan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi murid dalam
menerima maklumat dan menterjemah kefahaman mereka dalam kemahiran
yang dipelajari. Selain itu minat dan keyakinan murid untuk
menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan.Disamping
penggunaan bahan maujud, cara dan teknik penyampaian yang betul
juga dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran. Selain
itu guru juga perlu mengambil kira tahap kesediaan dan juga
motivasi diri murid sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan memberi impak yang positif kepada
murid.Justeru itu dalam kajian ini, saya memilih untuk menggunakan
bahan maujud yang saya namai 'TOnes Card' bagi membantu murid yang
menjadi subjek kajian saya untuk menguasai kemahiran menolak nombor
hingga 50 dengan mengumpul semula.
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk :Mengkaji kesan penggunaan 'TOnes
Card' dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak nombor
hingga 50 dengan pengumpulan semula di kalangan 3 orang murid tahun
1.
3.2 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan
berikut:
i. Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan
penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor
hingga 50 dengan pengumpulan semula.
ii. Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan
subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan
pengumpulan semula.
102
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dilaksanakan di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah
Segamat. Subjek kajian yang dipilih ialah tiga orang murid daripada
24 orang murid tahun 1. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan
pemerhatian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, buku latihan,
lembaran kerja dan ujian diagnostik yang dijalankan. Daripada
semakan buku latihan dan ujian diagnostik didapati subjek kajian
telah melakukan kesalahan ketika menyelesaikan operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim.Walaupun
subjek kajian ini membuat kesilapan dalam menyelesaikan operasi
tolak namun ketiga-tiga subjek kajian telah mengenal nombor dan
boleh melaksanakan operasi tambah dan tolak tanpa mengumpul semula.
Subjek kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan. Ketiga-tiga subjek kajian ini berbangsa
melayu.
5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN
Dalam kajian ini saya menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart
sebagai asas kepada pelaksanaan kajian. Menurut Kemmis dan Mc
Taggart (1988), kajian tindakan merupakan satu proses kitaran dan
berterusan. Empat kitaran yang diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc
Taggart adalah seperti dalam rajah 4 dibawah.
Rajah 4: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)5.1 Merancang
Berpandukan rajah 4, kajian tindakan perlu dimulakan dengan fasa
merancang. Dalam fasa ini, saya telah merancang dan membina
instrumen dan bahan yang berkaitan untuk kajian dan juga bahan
'TOnes Card' yang digunakan dalam sesi rawatan. 'TOnes Card dipilh
kerana ia merupakan bahan maujud yang dibina berinspirasikan
daripada set PANT dalam kajian Suzie anak John. Saya merancang
untuk mengadakan 4 kali sesi rawatan untuk membantu murid memahami
konsep dan menguasai operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Saya juga telah merancang dan membina instrumen-instrumen
yang akan digunakan dalam kajian saya. Instrumen-instrumen yang
saya pilih adalah ujian pra, ujian pasca, lembaran latihan, borang
pemerhatian dan soalan sesi temubual. Soalan ujian pra dan ujian
pasca dibina berdasarkan kepada Dokumen Standard Matematik Tahun
Satu.
5.2 Bertindak
5.2.1 Mengenalpasti Masalah
Operasi tolak merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh
setiap murid dalam matapelajaran Matematik. Namun begitu terdapat
juga murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran operasi tolak
yang melibatkan proses pengumpulan semula. Hal ini lah yang menarik
perhatian saya untuk menggunakan Kaedah 'TOnes Card' dalam usaha
membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran operasi tolak
dengan pengumpulan semula. Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh murid, saya memulakan langkah dengan menyemak hasil kerja
murid dalam buku latihan dan lembaran kerja yang diberi. Didapati
terdapat sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran operasi
tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Setelah itu saya
menjalankan ujian diagnostik bagi memilih murid untuk dijadikan
subjek kajian. Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan, saya
memilih 3 orang murid yang melakukan kesilapan yang sama sebagai
subjek kajian. Seterusnya Ujian pra dilaksanakan kepada subjek
kajian yang dipilih untuk mengesan daerah kelemahan mereka dan
kesilapan yang dilakukan agar proses tindakan dan rawatan dapat
dijalankan.
5.2.2 Pelaksanaan Sesi Rawatan
Bagi sesi rawatan pertama, saya terlebih dahulu memperkenalkan
penggunaan 'TOnes Card' kepada subjek Kajian. Penerangan dan
demonstrasi dilaksanakan oleh saya. Subjek kajian akan diberikan
peluang untuk memanipulasikan bahan manipulatif tersebut agar
mereka mengukuhkan pemahaman terhadap nilai tempat dan memahami
proses pertukaran antara nilai tempat terlebih dahulu. Apabila
subjek kajian telah mengenal nilai tempat dengan baik, 'TOnes Card'
mula digunakan dalam proses menolak yang melibatkan proses
mengumpul semula dalam bentuk lazim (menggunakan tapak bentuk lazim
yang disediakan). Subjek kajian dibimbing menggunakan 'TOnes Card'
untuk melakukan proses pengumpulan semula dari rumah puluh kepada
rumah sa. Kemudian dalam lajur bentuk lazim, subjek kajian akan
dibimbing mengumpul semula nilai nombor diatas sebelum menolak
nombor dibawah. Murid dibimbing membuat beberapa latihan supaya
mereka menguasai dan menjadikan penggunaan 'TOnes Card' ini sebagai
asas dalam memahami konsep mengumpul semula. Jadual 1 menunjukkan
langkah-langkah untuk menggunakan 'TOnes Card'.
Jadual 1: Langkah Penggunaan 'TOnes Card'1. Tuliskan ayat
matematik yang diberi ke dalam bentuk lazim pada 'TOnes Card Board'
kemudian, Susun 'TOnes Card' berdasarkan soalan yang ditulis.
2. Melakukan proses pengumpulan semula dengan mengambil 1 'Tens
Card' atau Kad Puluh dan meletakkan pada rumah sa.
3. Kira dan tuliskan nilai baru pada rumah sa.
4. Tolakkan bermula dari rumah sa dengan cara mengeluarkan kad
nilai sa berdasarkan bilangan yang hendak ditolak. Tulis bilangan
kad sa yang tinggal dalam ruangan nilai tempat sa.
5. Kemudian keluarkan pula kad lajur puluh yang ada mengikut
bilangan yang ditolak. Tuliskan bilangan kad lajur puluh yang
tinggal dalam ruangan nilai tempat puluh.
Melalui pendedahan dan pengulangan menggunakan 'TOnes Card'
dalam melaksanakan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula, subjek kajian juga didedahkan dengan algorithma proses
menolak yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.
Selepas memberi penerangan dan melaksanakan demonstrasi, subjek
kajian akan diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan'
TOnes Card'. Bagi sesi rawatan pertama , saya hanya memberikan
latihan atau soalan aras rendah untuk memotivasikan subjek kajian
dan membiasakan mereka dengan penggunaan "TOnes Card'. Hal ini
dilakukan agar sesi rawatan selama 30 minit ini dapat menarik minat
subjek kajian untuk menjalani sesi rawatan seterusnya. Setelah
murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula menggunakan
'TOnes Cards', murid juga dibimbing untuk menolak dalam bentuk
lazim dengan menggunakan perkataan ambil 1 rumah puluh dan masukkan
nilai sepuluh ke rumah sa pada minggu ketiga. Saya juga memberi
tunjuk ajar dan membimbing subjek kajian untuk menghubungkaitkan
kaedah 'TOnes Cards' dengan proses mengumpul semula serta
menitikberatkan kepentingan pertukaran antara nilai tempat.Selepas
sesi rawatan pertama, rawatan sesi kedua pula dilaksanakan. Pada
sesi ini soalan latihan yang diberikan mula melibatkan proses
pengumpulan semula secara total. Pada sesi ini juga subjek kajian
menyelesaikan soalan secara berkumpulan. Pembelajaran koperatif ini
bertujuan untuk menggalakkan mereka berkomunikasi dan berkongsi
pendapat di samping membantu mereka meningkatkan daya ingatan dalam
proses menyelesaikan latihan yang diberi yang melibatkan kemahiran
menolak dengan mengumpul semula. Proses rawatan ini diulang pada
sesi rawatan ketiga untuk mengukuhkan tahap penguasaan subjek
kajian dalam menyelesaikan soalan latihan yang diberi menggunakan
'TOnes Card'.Selesai sesi rawatan kedua dan ketiga, pada sesi
rawatan keempat, saya meneruskan rawatan dengan mengadakan sesi
rawatan secara individu. Subjek kajian akan melalui sesi rawatan
secara individu. Hal ini bagi menguji setiap subjek kajian sama ada
betul-betul telah menguasai penggunaan 'TOnes Card' dalam
menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula atau tidak. Selain itu sesi ini juga untuk meningkatkan
tahap keyakinan subjek kajian terhadap kemampuan diri sendiri. Pada
hujung setiap sesi rawatan, subjek kajian akan diberikan satu
latihan penilaian ringkas untuk mengesan tahap kemajuan mereka.
Rekod kemajuan digunakan untuk mencatat tahap penguasaan subjek
kajian. Semasa sesi rawatan, rakaman video dibuat untuk merakam
interaksi subjek kajian bersama rakan serta saya dan segala tindak
balas yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
rawatan dijalankan. Sepanjang sesi rawatan ini, peneguhan dan
ganjaran diberikan kepada subjek kajian untuk menarik minat subjek
kajian. Hal ini bertepatan dengan pendapat pengasas Teori
Behaviorisme, Thorndike, yang menyatakan bahawa guru perlu memberi
ganjaran atau peneguhan positif seperti pujian dan hadiah apabila
mereka memberi respon yang betul (Noriati,Boon dan Sharifah 2009).
Dalam Kajian ini saya telah menggukan kata-kata pujian dan coklat
sebagai ganjaran kepada subjek kajian.
5.3 Memerhati
Fasa pemerhatian merupakan merupakan fasa menganalisis data-data
yang diperoleh daripada fasa tindakan. Data daripada ujian pra dan
pasca dianalisis secara kuantitatif dengan bantuan jadual dan graf
statistik untuk melihat adakah penggunaan 'TOnes Card' dapat
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga
50 dengan pengumpulan semula. Ujian pasca diberikan kepada subjek
kajian untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam kemahiran
menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh ke
rumah sa. Secara tidak langsung ujian ini akan memberikan gambaran
tentang keberkesanan kaedah yang digunakan dan sesi rawatan yang
dijalankan. Data daripada pemerhatian dan temubual pula dianalisis
secara kualitatif untuk melihat tingkah laku , kebolehan dan tahap
keyakinan subjek kajian sepanjang sesi rawatan dijalankan. Hasil
analisis inilah yang akan menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan
'TOnes Card' dalam membantu subjek kajian menguasai kemahiran
menolak yang melibatkan pengumpulan semula seterusnya membantu saya
menjawab persoalan kajian.
5.4 Mereflek
Fasa terakhir dalam model ini, iaitu fasa mereflek memerlukan
saya membuat penilaian sejauh mana kajian tindakan yang saya
jalankan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menjawab
kedua-dua persoalan kajian. Fasa ini akan dibincangkan pada sub
topik yang seterusnya.
6.0 CARA MENGUMPUL DATA
Menurut Othman Talib (2011), Triangulasi adalah keperluan dalam
kajian kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi method yang
berbeza bagi mendapatkan lebih daripada satu bentuk data. Chua
(2009) menyatakan kaedah triangulasi ini dapat membina kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi kepada hasil kajian kualitatif. Saya
menggunakan kertas ujian pra dan ujian pasca, rekod kemajuan murid,
pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebagai instrumen di
dalam kajian ini. Penggunaan pelbagai teknik ini, adalah diharap
dapat memberikan perspektif yang tepat dalam kajian ini.
6.1 Ujian pra dan Ujian pasca
Ujian pra diberi kepada subjek kajian sebelum tindakan
pembelajaran menggunakan kaedah 'TOnes Cards' ini dilaksanakan.
Dalam kajian ini saya telah memastikan kertas ujian bagi kedua-dua
ujian (Ujian pradan Ujian pasca) adalah setara arasnya dari segi
soalan, peruntukan masa dan situasi ujian. Ujian pra diberi kepada
subjek kajian sebelum sesi rawatan dilaksanakan menakala ujian
pasca dilaksanakan selepas sesi rawatan menggunakan kaedah 'TOnes
Cards' selesai di jalankan. Rujuk lampiran A (Item ujian Pra) dan
lampiran B (Item Ujian pasca) Pelaksanaan ujian pra bertujuan untuk
mendapatkan maklumat awal tentang tahap penguasaan subjek kajian
didalam kemahiran yang diuji. Kertas soalan bagi ujian ini
mengandungi 10 item soalan yang melibatkan operasi tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Data yang
diperolehi dalam ujian ini kemudiannya dianalisis sebelum sesi
rawatan dilaksanakan. Setelah tamat sesi rawatan, ujian pasca pula
diberikan untuk melihat keberkesanan kaedah rawatan untuk mengatasi
ketidakupayaan subjek kajian dalam kemahiran menolak yang
melibatkan pengumpulan semula. Data daripada ujian ini juga di
kumpul dan dianalisis untuk melihat adakah penggunaan bahan dan
kaedah rawatan ini dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian
dalam kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula.
6.2 Pemerhatian.
Kaedah pemerhatian tertumpu kepada pemerhatian sepanjang proses
rawatan berlangsung. Pemerhatian dilakukan melalui senarai semak
dan rakaman foto serta video yang diambil. Pemerhatian berstruktur
selalunya menggunakan senarai semak pemerhatian manakala
pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan catatan nota
lapangan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak
lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik
untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Kaedah
pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk tujuan
pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2002),
pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first
hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji. Dalam kajian ini
saya telah memilih untuk melakukan pemerhatian menggunakan senarai
semak. Penggunaan senarai semak adalah untuk mengenalpasti
perkembangan subjek kajian dari segi pengetahuan, sikap, dan
kebolehan subjek kajian. Sepanjang aktiviti proses pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan di dalam lokasi yang dipilih, respon
subjek kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan. Gambar diambil
semasa mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul
semula untuk di teliti. Senarai semak ditanda semasa dan selepas
sesi rawatan berdasarkan rakaman foto dan video. Sepanjang sesi
rawatan pemerhatian dilakukan oleh saya sendiri dan dengan bantuan
rakan guru. Butiran pemerhatian dicatat di dalam borang catatan
pemerhatian yang disediakan.
6.3 Temu bual murid
Menurut Chow dan Jaizah (2011), temubual adalah satu teknik yang
amatberkesan untuk meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran,
sikap, nilai, dan pendapatnya. Menurut Mohamad Najib (1999) , temu
bual penting bagi mendapatkan maklum balas secara bersemuka dengan
subjek. Merriam (2002) pula menyatakan bahawa terdapat tiga jenis
temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur
dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual merupakan satu kaedah
pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan analisis sebab atau punca yang mengakibatkan miskonsepsi
berlaku. Ia adalah penting untuk mengetahui punca murid melakukan
kesilapan tersebut supaya dapat merawat dengan kaedah yang paling
sesuai. Untuk kajian ini, saya menggunakan temu bual berstuktur
kerana saya ingin mendapatkan pendapat dan tahap penguasaan subjek
kajian dalam masalah yang dihadapi. Soalan-soalan dalam sesi temu
bual telah disediakan terlebih dahulu dengan merujuk kepada dua
kajian yang lepas iaitu kajian Ra Fiona Anak Raban (2008) dan Susie
anak John (2012). Temubual dijalankan sebelum dan selepas sesi
rawatan dilaksanakan. Hasil daripada temu bual ini turut dijadikan
sokongan untuk menunjukkan sama ada subjek kajian ini berminat
terhadap bahan yang digunakan dan bagaimana penggunaan 'TOnes Card'
membantu mereka menguasai kemahiran. Selain itu, saya juga
menemubual seorang subjek kajian pada satu masa supaya subjek
kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian
yang lain. Objektif temubual adalah untuk mendapatkan maklumat bagi
menjawab soalan kedua kajian iaitu bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak
nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Saya menggunakan
rakaman foto, dan catatan nota tangan untuk merekod maklum balas
daripada subjek kajian. Kandungan temubual ditranskripkan dan
seterusnya dianalisis secara manual. Jawapan subjek kajian
dijadikan data berhubung dengan persoalan kajian yang kedua tanpa
menilai sama ada respon atau jawapan yang diberikan betul atau
salah.
6.4 Rekod Kemajuan Murid
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) menyatakan dokumen dapat
memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang
dikaji. Penekanan analisis kandungan dokumen adalah untuk menjawab
persoalan kajian (Krippendorff,2004). Saya menggunakan pendekatan
analisis kandungan terhadap ujian pra, lembaran kerja, dan ujian
pasca daripada subjek kajian. Selain itu saya juga menilai kemajuan
subjek kajian dan mengesan kesilapan mereka dalam menjawab soalan
latihan yang diberi. Rekod ini adalah sebagai penanda aras sama ada
subjek kajian telah mencapai objektif kajian dan sesi rawatan boleh
ditamatkan.
7.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
7.1 Persoalan Kajian 1Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards'
dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi
tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.
Saya menjalankan kajian ini untuk melihat keberkesanan 'TOnes
Card' dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menolak melibatkan
pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan subjek kajian. Ujian
pra ditadbir sebelum subjek kajian didedahkan dengan penggunaan
'TOnes Card' dalam menyelesaikan operasi tolak melibatkan
pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Selesai sesi rawatan, ujian
pasca pula ditadbirkan untuk menguji tahap penguasaan subjek kajian
dan keberkesanan penggunaan 'TOnes Card'.
7.1.1 Analisis Ujian pra dan Ujian pasca
Sebelum mengadakan sesi rawatan untuk subjek kajian, saya
terlebih dahulu mengadakan ujian pra pada 27 Januari 2015. Dalam
ujian pra dan ujian pasca, sebanyak sepuluh soalan disediakan untuk
subjek kajian. Soalan-soalan dalam kedua-dua ujian ini mempunyai
aras soalan yang sama. Hal ini bertujuan agar saya dapat melihat
perkembangan penguasaan subjek kajian terhadap kemahiran yang
diuji. Selepas tamat sesi rawatan, subjek kajian diberi ujian pasca
untuk saya membuat perbandingan pencapaian mereka. Jadual 2
menunjukkan markah subjek kajian dalam ujian pra dan ujian
pasca.
Subjek KajianUjian PraUjian pascaPerbezaan Markah(+ atau -)
Subjek 10%100 %+100%
Subjek 20%100%+100%
Subjek 30%90%+90%
Jadual 2 : Markah Ujian pra dan Ujian pasca serta Perbezaan
Markah
Jadual 2 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pasca daripada
tiga orang subjek kajian. Subjek kajian merupakan dikalangan murid
sederhana. Subjek kajian ini dipilh berdasarkan hasil semakan
latihan, dan ujian diagnostik yang dijalankan. Ketiga-tiga subjek
kajian ini telah menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul semula
tetapi berhadapan dengan kesukaran menolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Dalam ujian pra Subjek 1, Subjek 2 dan subjek 3
mendapat 0 markah daripada 10 markah. Ketiga-tiga subjek kajian ini
melakukan kesalahan yang sama. Selesai menduduki ujian pra, sesi
rawatan telah dilaksanakan sebanyak empat kali, dimana setiap sesi
mengambil masa selama 30 minit. Bedasarkan jadual 2, saya mendapati
semua subjek kajian mempunyai kemajuan yang sangat ketara dalam
menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.
Subjek 1 dan subjek 2 mendapat markah penuh 100% setelah berjaya
menjawab semua soalan dengan betul manakala subjek 3 dapat menjawab
dengan betul 9 daripada 10 soalan yang diberi dan mendapat markah
90%. Perbandingan markah dapat dilihat dengan lebih jelas melalui
Rajah 5.
Rajah 5 : Graf Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca
Berdasarkan Rajah 5 diatas menunjukkan perbandingan pencapaian
subjek kajian dalam ujian pra (sebelum sesi rawatan) dan ujian
pasca (selepas sesi rawatan). Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan
peningkatan 100% dalam ujian pasca manakala Subjek 3 menunjukkan
peningkatan sebanyak 90%. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan
'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula
dalam bentuk lazim.
7.2 Persoalan Kajian 2Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat membantu
tiga orang murid Tahun 1 menguasai kemahiran operasi tolak nombor
hingga 50 dengan pengumpulan semula.
Saya menjawab persoalan kedua ini dengan menggunakan analisis
kandungan berdasarkan rekod kemajuan murid, borang pemerhatian dan
transkrip temubual. Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi rawatan,
manakala sesi temubual dilaksanakan sebelum dan selepas sesi
rawatan untuk mengenalpasti bagaimana penggunaan 'TOnes Card' ini
dapat membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan
semula.
7.2.1 Analisis Rekod Kemajuan Murid
Rekod kemajuan murid digunakan untuk merekodkan markah subjek
kajian dalam ujian pra, lembaran latihan, dan ujian pasca. Ujian
Pra, ujian pasca dan lembaran latihan yang diberi adalah untuk
melihat perkembangan subjek kajian sebelum, semasa dan selepas sesi
rawatan dilaksanakan. Selain itu melalui rekod kemajuan murid ini
dapat membantu saya untuk melihat perkembangan prestasi subjek
kajian dalam setiap sesi rawatan yang dijalankan. Jadual 3 dan
Rajah 6 menunjukkan data yang direkod dalam rekod kemajuan
murid.
Jadual 3: Markah Subjek kajian dalam ujian pra, Lembaran sesi
rawatan dan ujian pascaSubjek KajianPerkaraBilangan BetulMarkah
(%)
Subjek Kajian 1
Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian
pasca0/104/108/1010/1010/1004080100100
Subjek Kajian 2
Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian
pasca0/105/109/1010/1010/1005090100100
Subjek Kajian 3
Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian
pasca0/102/105/108/109/10020508090
Rajah 6 : Graf Rekod Kemajuan MuridData rekod kemajuan murid
daripada Jadual 3 dan Rajah 6 menunjukkan prestasi ketiga-tiga
subjek kajian sepanjang sesi rawatan. Daripada data yang
diperolehi, jelas menunjukkan bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card'
dapat membantu murid menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula dari puluh ke sa dengan betul. Hal ini berlaku
berdasarkan rekod kemajuan murid ini yang mana didapati ketiga-tiga
subjek kajian mendapat markah 0 dalam ujian pra, telah menunjukkan
peningkatan semasa dan selepas sesi rawatan dijalankan. Ini
membuktikan bahawa ketiga-tiga subjek kajian yang langsung tidak
menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula telah menunjukkan peningkatan prestasi sepanjang sesi
rawatan dan selepas sesi rawatan dilaksanakan. Subjek Kajian 1 dan
2 didapati dapat menjawab soalan lembaran dengan menggunakan 'TOnes
Card' dengan lebih cepat berbanding subjek kajian 3. Walau
bagaimanapun masih berlakunya kecuaian semasa menjawab
soalan.Selepas sesi rawatan selesai, ujian pasca diberikan dan
hasilnya subjek kajian 1 dan 2 dapat menjawab semua soalan dengan
betul manakala subjek kajian 3 salah satu soalan akibat kecuaian
pengiraan. Justeru itu hal ini menjelaskan bahawa sesi rawatan dan
lembaran latihan yang diberikan dan penggunaan 'TOnes Card' dapat
meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak
nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Rajah 7 dan rajah 8
menunjukkan contoh hasil ujian pra dan ujian pasca yang
dijalankan.
S 3S 2S 1
Rajah 7 : Contoh ujian pra subjek kajian
S 1
S 3S 2
Rajah 8 : Contoh ujian pasca subjek kajian
Dalam ujian pasca , ketiga- tiga subjek kajian telah menunjukkan
jalan kerja yang betul dalam menjawab soalan yang diberikan kecuali
bagi subjek kajian 3 telah melakukan kesalahan pada soalan 7, walau
bagaimanapun kesalahan yang dilakukan adalah akibat dari kecuaian
pengiraan bukan kesilapan mengumpul semula. Hal ini membuktikan
bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula bagi
ketiga-tiga subjek kajian.
7.2.2 Analisis Pemerhatian
Saya menggunakan senarai semak sebagai instrumen pemerhatian
untuk mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi minat,
pengetahuan, kemahiran, sikap dan penguasaan sepanjang sesi rawatan
berlangsung. Saya menandai senarai semak semasa dan selepas sesi
rawatan berlangsung. Terdapat tujuh kriteria yang di ambil kira
bagi mengesan perkembangan penguasaan subjek ketika menjalani sesi
rawatan. Bagi sesi rawatan pertama, saya memperkenalkan dan memberi
penerangan bagaimana menggunakan 'TOnes Card'. Lihat Rajah 9.
Rajah 9: Sesi rawatan pertama
Rajah 10 pula menunjukkan aktiviti dan tingkah laku subjek
kajian sepanjang sesi rawatan dilaksanakan manakala Jadual 4,
Jadual 5 dan Jadual 6 menunjukkan pemerhatian terhadap tingkah laku
subjek kajian sepanjang empat sesi rawatan yang telah
dilaksanakan.
Rajah 10: Tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan
Jadual 4 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan
Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.BILKRITERIA TINGKAH
LAKUSESI RAWATAN
1234
1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Kurang berminatMula berminatBerminat dan aktifBerminat dan
aktif
2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai
sepenuhnyaSudah menguasai tetapi melakukan kecuaianSudah menguasai
Sepenuhnya.Sudah menguasai sepenuhnya
3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan
'TOnes Card'
Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat
kecuaian.Boleh Boleh dengan lebih yakin.
4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum.
Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan
guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.
5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti
berlangsung?
Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah
mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid sangat aktif
6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan
menggunakan 'TOnes Card'
Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin
7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.
TidakTidak. Masih keliruYa.Ya.
Jadual 5 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan
Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 2.BILKRITERIA TINGKAH
LAKUSESI RAWATAN
1234
1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Kurang berminatMula berminatBerminat dan aktifBerminat dan
aktif
2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai
sepenuhnyaSudah menguasai tetapi melakukan kecuaianSudah menguasai
Sepenuhnya.Sudah menguasai sepenuhnya
3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan
'TOnes Cards'
Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat
kecuaian.Boleh Boleh dengan lebih yakin.
4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum.
Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan
guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.
5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti
berlangsung?
Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah
mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid sangat aktif
6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan
menggunakan 'TOnes Card'
Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin
7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.TidakTidak. Masih
keliruYa.Ya.
Jadual 6 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan
Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 3.BILKRITERIA TINGKAH
LAKUSESI RAWATAN
1234
1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Kurang berminatMula berminatBerminat Berminat dan aktif
2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai
sepenuhnyaBelum menguasai sepenuhnyaSudah menguasai tetapi
melakukan kecuaianSudah menguasai sepenuhnya
3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan
'TOnes Card'
Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat
kecuaian.Boleh tetapi terdapat sedikit kecuaianBoleh dengan lebih
yakin.
4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum.
Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan
guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.
5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti
berlangsung?
Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah
mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid t aktif
6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan
menggunakan 'TOnes Card'
Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin
7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.TidakTidak. Masih
keliruYa.Ya.
Berdasarkan Jadual 4, 5 dan 6, saya telah membuat analisis
perbandingan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian dalam sesi
rawatan kedua dan sesi rawatan keempat. (Rujuk Jadual 7 dan Jadual
8)Jadual 7 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 2BILKRITERIA TINGKAH
LAKUSUBJEK KAJIAN
123
1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.Kurang
Berminat
Kurang BerminatKurang Berminat
2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'
Belum menguasai sepenuhnyaBelum menguasai sepenuhnyaBelum
menguasai sepenuhnya
3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan
'TOnes Card'
Tidak boleh, ada banyak kesilapanTidakboleh, ada banyak
kesilapanTidak boleh, ada banyak kesilapan
4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.
Tidak. Kelihatan masih keliruYaYa
5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti
berlangsung?
Tidak. Murid kurang aktif Tidak. Tidak.
6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan
menggunakan 'TOnes Cards'
Tidak YakinTidak YakinTidak Yakin
7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.
TidakTidakTidak
Berdasarkan Jadual 7, hasil pemerhatian menunjukkan ketiga-tiga
subjek kajian melakukan kecuaian dan kesilapan semasa menjawab
soalan yang diberikan. Oleh kerana mereka ini belum mahir dengan
penggunaan 'TOnes Card ' ini maka kesilapan masih lagi dilakukan,
disamping itu, mereka juga menunjukkan tingkah laku yang tidak
yakin semasa menjawab soalan. Selain itu, semua subjek kajian tidak
dapat menjawab semua soalan yang diberikan dalam tempoh yang
ditetapkan. Rajah 11 menunjukkan antara tingkah laku subjek kajian
semasa sesi rawatan kedua.
Rajah 11: Tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua
dan ketiga
Setelah menjalani sesi rawatan sebanyak 2 kali subjek kajian
mula menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih positif. Pada
sesi rawatan keempat perubahan tingkah laku subjek kajian berlaku
hampir 100%. Jadual 8 menunjukkan data pemerhatian semasa sesi
rawatan keempat. Saya dapati tidak lagi berlakunya kesilapan dalam
proses pengumpulan semula. Hal ini dibuktikan melalui keputusan
semakan Lembaran 3. Jadual 8 juga menunjukkan tingkah laku
ketiga-tiga subjek kajian setelah mereka mahir menggunakan 'TOnes
Card' dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula. Saya dapati kesalahan dan kecuaian subjek
kajian dalam menjawab soalan telah berkurang. Berdasarkan jadual 8
, didapati subjek kajian 3 telah melakukan kesilapan dalam
melakukan operasi tolak (dari segi pengiraan), namun begitu subjek
kajian 3 telah melakukan proses pengumpulan semula dengan betul.
Setelah melakukan proses penyemakan, subjek kajian 3 telah sedar
akan kesilapan yang dilakukan dan dia telah menyatakan bahawa di
lain masa dia akan lebih berhati-hati semasa menjawab soalan.
Semasa sesi rawatan ke empat ini juga saya dapati ketiga-tiga
subjek kajian dapat melakukan jalan kerja mereka dengan yakin dan
bersemangat. Saya juga mendapati ketiga-tiga subjek kajian boleh
berkomunikasi dan berbincang bersama rakan sepanjang sesi rawatan
berlangsung.
Jadual 8 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 4BILKRITERIA TINGKAH
LAKUSUBJEK KAJIAN
123
1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Ya.
Ya. Sangat berminatYa. Sangat berminat
2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'
YaYaYa
3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan
'TOnes Card'
YaYaYa
4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.
YaYaYa
5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti
berlangsung?
YaYa.Ya.
6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan
menggunakan 'TOnes Card'
YakinYakinYakin
7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.
YaYaYa
Berdasarkan Jadual 8, didapati ketiga-tiga subjek kajian telah
memberikan tindak balas yang positif dengan menunjukkan penglibatan
diri yang aktif semasa sesi rawatan keempat dijalankan. Hal ini
sangat berbeza dengan situasi semasa sesi rawatan pertama
dilaksanakan di mana subjek kajian lebih suka berdiam dan
pasif.Berdasarkan data dalam Jadual 8 juga, ketiga-tiga subjek
kajian menunjukkan minat yang tinggi untuk melakukan aktiviti
pembelajaran dan menjawab soalan. Penggunaan 'TOnes Card' telah
berjaya menarik perhatian subjek kajian untuk kekal aktif dan
bersungguh-sungguh semasa sesi pembelajaran dan membuat latihan.
Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan 'TOnes Card' telah dapat
meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan subjek
kajian.
7.2.3 Analisis Temubual
Temubual merupakan salah satu cara yang saya gunakan dalam
proses untuk mendapatkan data kajian bagi menjawab persoalan kedua
kajian. Sesi temubual diadakan secara berasingan antara ketiga-tiga
subjek kajian. Hal ini bagi mengelakkan mereka meniru jawapan.
Temubual antara saya dan subjek kajian telah ditranskripkan untuk
mengenalpasti bagaimana penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan
penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula. Hasil daripada temubual yang
dijalankan terdapat tiga kriteria yang dikenalpasti untuk membantu
saya menganalisis data yang di peroleh. Hasil analisis adalah
berdasarkan kriteria seperti berikut:
1) Persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula sebelum dan selepas sesi rawatan.
Sebelum rawatan
Guru:Awak suka dengan operasi tolak ?Subjek
1:diam....menggeleng...diam...tak suka sangatGuru:Kenapa tak suka
sangat?Subjek 1:emmm....diam... susah sikit..Guru: Apa yang awak
tahu tentang operasi tolak?Subjek 1: Buang..senyum.Guru: Kalau 5 -
2 berapa?Subjek 1:...diam seketika... 3 cikgu....Guru: Kalau 2 - 5
pula berapa?Subjek 1 :...diam... mengangkat bahu.....
(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 1)
Guru:Awak suka dengan operasi tolak ?Subjek 2 :Suka
jugak...sikit-sikit..Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi
tolak?Subjek2: Emmm....Nombor besar tolak nombor kecil....Guru:
Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 2:...diam seketika... 3Guru: Kalau 2 - 5
pula berapa?Subjek 2 :...diam (berfikir)... 3 juga...
(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 2 )
Untuk melihat perbandingan kefahaman dan tahap penguasaan subjek
kajian sebelum dan selepas rawatan, saya telah menjalankan sesi
temubual bersama ketiga-tiga subjek kajian sebelum sesi rawatan dan
selepas sesi rawatan dijalankan. Melalui temubual bersama Subjek
kajian 1 dan 2 sebelum sesi rawatan, saya dapati subjek kajian 1
dan 2 ini tidak menghadapi masalah berkaitan operasi tolak tanpa
mengumpul semula. Namun begitu subjek kajian 2 memahami bahawa
dalam operasi tolak, nombor besar mesti tolak nombor kecil. Hal
inilah yang membuatkan subjek kajian 2 menyatakan jawapan dua tolak
lima sama dengan tiga. Bagi subjek kajian 1 pula, kelihatan tidak
yakin semasa menjawab namun masih boleh menolak tanpa mengumpul
semula. Kesalahan ini juga dapat diperhatikan dalam ujian
diagnostik dan ujian pra yang dijawab oleh subjek kajian 1 dan 2.
Subjek kajian 2 telah membina kefahamannya sendiri, iaitu nombor
besar mesti tolak nombor kecil dengan mengetepikan fungsi nilai
tempat dalam soalan yang diberikan manakala subjek kajian 1
memahami operasi tolak sebagai buang namun tidak memahami proses
pengumpulan semula.
Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?Subjek 3:
DiamGuru: Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 3:...diam seketika... 3 (nada
rendah)Guru: Kalau 2 - 5 pula berapa?Subjek 3 :...diam...
mengangkat bahu.....
(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian
3)
Subjek kajian 3 pula agak pasif berbanding dengan subjek kajian
1 dan 2. Subjek kajian ini kurang memberi jawapan kepada soalan
yang diajukan dan lebih banyak menggunakan bahasa tubuh. Melalui
sesi temubual ini, subjek kajian 3 juga didapati boleh menolak
tanpa mengumpul semula walaupun agak perlahan. Subjek kajian 3 ini
juga tidak mempunyai idea dan kefahaman tentang proses pengumpulan
semula.Selepas Rawatan:
Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 1
:Suka....(senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1: Sebab..(senyum)..... dah
pandai buat....
(Rujuk lampiran temubual selepas sesi rawatan bagi subjek kajian
1)
Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 2 :Suka....(yakin dan
bersemangat)Guru:Kenapa?Subjek 2: Sebab dah faham....senang
je...
(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian
3)
Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 3
:Suka....(senyum)Guru:Kenapa?Subjek 3: Dah boleh jawab.... dah
faham sikit...senyum...
(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian
3)
Melalui temubual selepas rawatan seperti di atas di dapati
persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak mula berubah ke arah
yang lebih positif setelah sesi rawatan dijalankan dengan
menggunakan 'TOnes Card'.
2) Kefahaman subjek kajian dalam operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula selepas rawatan.
Untuk mengetahui tentang kefahaman subjek kajian terhadap
operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula selepas selesai
sesi rawatan yang dilaksanakan sebanyak empat kali, sesi temu bual
selepas rawatan dijalankan. Melalui sesi temubual selepas sesi
rawatan, didapati subjek kajian1, 2 dan 3 telah memahami proses
pengumpulan semula dan mengetahui jalan penyelesaiannya. Hal ini
dibuktikan melalui transkrip temubual seperti di bawah.
Guru: Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak
7 berapa?Subjek 1:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari
rumah puluh...Guru: Ambil berapa?Subjek 1: Ambil 1 je... letak
dalam rumah sa....Guru: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?Subjek
1: jadi 10...Guru: Lepas tu?Subjek 1: 10 tambah 3...jadi 13...
lepas tu tolakla...
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 1)
Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?
Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7
berapa?Subjek 2 : Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam baru
boleh tolak...Guru : Pinjam dari mana?Subjek 2 : rumah
puluh...ambil 1...letak kat rumah sa...Guru : 1 kad puluh sama
dengan....Subjek : 10 sa cikgu... tambah dengan 3...jadi bilangan
rumah sa ada 13... baru tolak 7Subjek 3: jadi 13 cikgu... baru
tolak dengan tujuh...
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)
Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?
Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7
berapa?Subjek 3 : Tak boleh... tak cukup cikgu... kena
pinjam...Guru : Pinjam dari mana?Subjek 3 : rumah puluh...ambil
1...Guru: 1 puluh sama denganSubjek 3: 10 saGuru: lepas tu?Subjek
3: 10 tambah 3 cikgu.. emm.... baru tolak tujuh...
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)
Justeru itu secara kesimpulannya berdasarkan sesi temu bual yang
dijalankan ini, didapati tahap kefahaman subjek kajian terhadap
operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah
meningkat.
3) Penggunaan 'TOnes Card' meningkatkan penguasaan subjek kajian
dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula.
Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?Subjek :
ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyumGuru: Adakah kamu suka bahan
'TOnes Cards' ini?Subjek 1: Suka... (senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1 :
Sebab senang nak kira...
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)
Guru : Faham? Faham macam mana tu.Subjek 2: Dah tahu buat
la.....guna 'TOnes Card'...Guru: Adakah kamu suka bahan 'TOnes
Cards' ini?Subjek 2: Suka...( bersemangat )Guru: Kenapa?Subjek 2 :
Sebab senang nak kira...seronok guna...
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)
Guru : Faham? Faham macam mana tu.Subjek 3: Dah tahu jawab
cikgu.....guna 'TOnes Card' tu...Guru: Adakah kamu suka bahan
'TOnes Cards' ini?Subjek 3: Suka...(senyum )Guru: Kenapa?Subjek 3:
Sebab senang kira... boleh cabut -cabut... cantik...(senyum)
(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)
Ketiga-tiga subjek kajian suka menggunakan 'TOnes Card' untuk
menyelesaikan soalan operasi tolak melibatkan pengumpulan semula.
Mereka berpendapat bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' , dapat
membantu mereka untuk mengira dengan betul terutama apabila
melibatkan pengumpulan semula . 'TOnes Card' juga berjaya menarik
perhatian subjek kajian untuk lebih memahami konsep pengumpulan
semula. Mereka juga berpendapat dengan menggunakan'TOnes Card'
dapat mengurangkan kecuaian dan kesilapan. Hal inilah yang
menyebabkan ke