1 2 3 4 5 6 POLISI YURAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-ITQON Pembayaran yuran secara tunai tidak diterima melainkan untuk menyelesaikan yuran tertunggak Resit rasmi perlu diterima oleh setiap pembayar sebagai bukti pembayaran. Yuran Pendaftaran bagi sesi baru, perlu dibayar pada atau sebelum hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. Yuran lama tertunggak – Notis peringatan pada bulan November akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang berhutang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Yuran Bulanan perlu dibayar pada setiap 30hari bulan. Tunggakan yuran adalah seperti berikut: a. Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak b. Jika 2 bulan tertunggak, peringatan untuk membuat bayaran melalui SMS dalam tempoh 7 hari. Jika tiada bayaran yang dibuat, notis tahan murid melalui Surat dan SMS dihantar dengan memberi tempoh 7 hari sebelum penahanan sebenar dibuat. Selain daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak boleh diserahkan kepada peguam. c. Jika ibu bapa ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan dokumen yang berkaitan tidak akan diberi. Bagi kes penahanan murid (rujuk b) dan permohonan berhenti (rujuk c), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh segala hutang yang ada.