Page 1
621208-03-5678
Soalan 2
Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan
manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata
Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara
mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut
dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.
Pengenalan
Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta
pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga,
pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi
keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu
signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk
menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga,
pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakan
dalam Penyata Razak 1956.
1
Page 2
621208-03-5678
Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan
peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya
mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan
bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau
solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan
1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan
dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau
mengukuhkan sesuatu.
Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai
murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa
dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah
membuktikan betapa golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya
sesebuah bangsa dan negara.
2
Page 3
621208-03-5678
Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah
terhadap persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita
bertanya apa signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat
menyimpulkan bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanya
permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara.
Pendidikan mempunyai nilai ekonomi, nilai politik dan menjamin kemajuan sosial
sesebuah negara.
1. Pendidikan sebelum merdeka
Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar
‘pecah’ dan ‘perintah’. Kerajaan British mengamalkan dasar ‘ laissez-faire’
dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut
haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang
berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan
sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum
Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu
pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas
daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina
yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula
diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh
mubaligh-mubaligh Kristian.
3
Page 4
621208-03-5678
2. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak
dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan
menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka
satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia
ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
Bagaimana Penyata Razak dapat mewujudkan penyatuan kaum
Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang
menjadi teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini
mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila
mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem
pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu
padu dan berdisiplin.
Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem
pelajaran kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini
kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem
bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap
kanak-kanak di negara ini.
4
Page 5
621208-03-5678
Laporan Penyata Razak mengemukakan cadangan iaitu:
Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran
tahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan
sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait
rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam
konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang
berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai
dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri
bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
Bagaimana dasar dan rangka kerja dapat mewujudkan perpaduan dan
pembangunan negara.
Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanaya selepas merdeka telah dirangka
bagi pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai
wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan
kepada konsep ‘Malayanization’ ialah membina satu bangsa Malaysia yang
mempunyai dan taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke
arah masa depan pembangunan bangsa.
5
- Mewujudkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas
- Mewujudkan satu jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mewujudkan sistem pendidikan yang mampu membentuk satu rupa bangsa
Page 6
621208-03-5678
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam
keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat
perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang
kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan
hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan
nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional. Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama bagi
mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat
dengan dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara dan
Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:
(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);
(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;
(iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada
tahun 1989
Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk
melahirkan pelajar seperti yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN):
“ PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
6
Page 7
621208-03-5678
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada
Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat
direalisasikan ke arah:
(i) Perpaduan kaum dan polarisasi kaum;
(ii) Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;
(iii) Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
(iv) Penerapan nilai-nilai Islam dan
(v) Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang
Kesemua penyataan di atas menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara
yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang
bersatu padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana
aman dan makmur.
Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah
atas kesedaran bahawa:
(i) Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu
pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak
kita;
(ii) Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh
mengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang kita cita-
7
Page 8
621208-03-5678
citakan. Justeru, adalah penting bagi kanak-kanak diserapkan nilai-
nilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam
kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Nilai Teras Pendidikan seperti hormat-
menghormati, bekerjasama dan semangat bermasyarakat adalah penting untuk
diterapkan dalam jiwa dan sahsiah para pelajar. Nilai murni telah dilaksankan
dalam kurikulum KBSR yang menekankan konsep perpaduan kaum.
8
Berdikari
Baik hati
Hemah Tinggi
Hormat
Kasih sayang
Keadilan
Kerajinan
Kebebasan
Keberanian
Kerjasama
Kesederhanaan
Kebersihan Fizikal & Mental
Rasional
Kesyukuran
Kejujuran
Semangat bermasyarakat
NILAI TERAS PENDIDIKAN
(NILAI-NILAI MURNI)
Page 9
621208-03-5678
Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah berdasarkan matlamat
Pendidikan Kebangsaan iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
Nilai-nilai murni yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah seperti menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci dan membentuk
sikap positif yang berguna kepada diri agama dan bangsa. Nilai moral ini
sebenarnya di ambil dan dipetik daripada pelbagai seperti ajaran agama Islam,
Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Confucious.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16
Januari 2007. PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan
mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan Enam teras
strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke
arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Enam
teras itu adalah:
1.Membina Negara Bangsa
2.Membangunkan Modal Insan
3.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4.Merapatkan Jurang Pendidikan
5.Memartabatkan Profesion Keguruan
6.Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
9
Page 10
621208-03-5678
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan
perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang
tahun 2020.
Membina Negara Bangsa
Matlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang
memiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama,
penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu.
Antara strategi perlaksanaannya ialah:
(i) Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
(ii) Memperkasa Bahasa Kebangsaan
(iii) Memupuk kefahaman jelas tentang pendekatan Islam Hadhari
(iv) Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah Teras strategik yang
ketiga di dalam PIPP 2006-2010 bermatlamat iaitu:
(i) Sekolah Kebangsaan sebagai aliran perdana dan menjadi pilihan
utama masyarakat
(ii) Sekolah Kebangsaan sebagai wahana yang paling sesuai untuk
perpaduan kaum
Kedua-dua matlamat ini perlu didokong bersama kerana kita yakin bahawa
Sekolah Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan,
kerjasama dan semangat cinta akan negara dalam diri anak-anak didik kita.
10
Page 11
621208-03-5678
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangun sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat negara ialah mewujudkan
satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan pendekatan seperti
berikut:
(i) Semua sekolah pelbagai aliran di bina dalam satu kompleks
(ii) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/ Kerajaan Negeri serta
Sekolah ‘Missionary’ selaras dengan sistem pendidikan negara
(iii) Memberi penekanan kepada tema dan fokus perpaduan di dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum
(iv) Sekolah Wawasan
(v) SBP Integrasi
Hasrat murni kerajaan dapat dicapai sepenuhnya melalui:
Penubuhan Sekolah Wawasan
Matlamat menubuhkan Sekolah Wawasan adalah bertujuan memperkukuh
hubungan dan perpaduan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar aliran Sekolah
Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan
Tamil. Dengan menempatkan ketiga-tiga sekolah ini akan dapat menjadi
landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaumpada peringkat premier lagi.
Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan adalah:
(i) Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan;
(ii) Merapatkan hubungan antara kaum;
(iii) Integrasi nasional;
11
Page 12
621208-03-5678
(iv) Melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan
(v) Menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.
Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9)
Rancangan Malaysia Ke 9 merupakan Misi Nasional 2006-2020. Rancangan ini
meliputi Perpaduan Nasional, Modal Insan dan Nilai-nilai Murni. Lima teras
utama di dalam Rancangan Malaysia Ke 9 adalah:
1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk “minda kelas pertama”.
3. Menangani ketidaksamaan sosial-ekonomi yang berterusan secara
membina dan produktif.
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan,
sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh
semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia
menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan
sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi
jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan
12
Page 13
621208-03-5678
yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.
Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat
bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun
2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita
sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan
masyarakat Bangsa Malaysia.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi
rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s
105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020,
Malaysia adalah sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar
maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika
rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau
rintangan yang dianggap sebagai cabaran.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu
diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan
masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Hal
13
Page 14
621208-03-5678
ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang(caring),
progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini juga
bermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju
menjelang abad ke-21. Sembilan Cabaran yang dikenal pasti adalah seperti:
14
Sembilan Cabaran Wawasan
2020
9. Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur
1.Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
2. Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
4. Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
6.Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
8.Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
7. Pembinaan Masyarakat Penyayang
5.Pembentukan Masyarakat yang Toleran
3. Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
Page 15
621208-03-5678
Sebagai memenuhi hasrat ke arah perpaduan kaum, cabaran yang
pertama merupakan matlamat yang dicita-citakan untuk membentuk sebuah
negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dapat
dikongsi bersama. Menurut cabaran ini, bangsa itu mestilah sejahtera,
berintegrasi di peringkat wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya,
duduk dalam keadaan harmoni berasaskan persamaan hak dan keadilan,
membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” yang mempunyai kesetiaan politik dan
dedikasi kepada negara.
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya membangkitkan rasa kepada para
pendidik untuk melahirkan insan yang dapat memenuhi kehendak negara dan
seterusnya memperkasakan sesebuah sekolah. Bagi membolehkan Malaysia
mencapai taraf negara maju isu pembentukan satu negara bangsa Malaysia
mempunyai makna yang mendalam kerana ia bermaksud sebuah negara
berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan antara kaum, keturunan
atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa tanpa rakyatnya mempunyai
satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Maka sebarang bentuk
kerjasama ke arah kemajuan negara tidak akan terhasil. Bagi mengisi konsep ini,
para pendidik perlu menekankan istilah-istilah seperti perpaduan negara,
kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan
diamalkan.
15
Page 16
621208-03-5678
Masalah perpaduan kaum
Walaupun sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar Wawasan
Negara (DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat
segelintir pelajar yang masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaum
dalam kalangan mereka.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah
mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.
Masalah polarisasi kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak
dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.
Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa
masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah
faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang
menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup di
samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur
dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa
hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-
rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam
jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa yang berbunyi “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya “.
16
Page 17
621208-03-5678
Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat
penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk
mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan
pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Adakah kita mahu melihat negara kita hancur
angkara sikap para pelajar kita sekarang? Menyedari hakikat ini, langkah-
langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada
masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.
Bagaimana mewujudkan perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah
Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat
dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Hasrat kerajaan melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perlu
difahami oleh pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum
akan dapat diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah.
1. Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum
Dalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mesti
menunjukkan contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajar
betapa pentingnya perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidak
menguntungkan sesiapa. Para pelajar harus sedar, “ Bersatu kita teguh, Bercerai
kita roboh”. Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas,
semua kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira
17
Page 18
621208-03-5678
kaum. Mereka harus digalakkan berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain.
Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, diskusi, forum dan kegiatan akademik yang
lain perlu disertai oleh semua pelajar.
Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan
memperlihatkan sikap perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajar
agar bermesra dan berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen para
guru dan sekolah merupakan faktor utama yang dapat membendung masalah
perkauman antara pelajar.
2. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum
Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan
bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi
bidang sukan dan permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit
beruniform.
a. Aktiviti permainan dan sukan
Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan
sikap kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bola
tampar, pelajar berpeluang:
(i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum.
(ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.
(iii) Bekerjasama dalam pasukan.
(iv) Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan.
18
Page 19
621208-03-5678
b. Aktiviti kelab dan persatuan
(i) Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
(ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan
semangat kekitaan.
(iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang
dirancang oleh kelab dan persatuan mereka.
c. Aktiviti Unit Beruniform
(i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat,
berkhemah, gotong-royong, latihan kecemasan dan lain-lain.
(ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan
semangat kemasyarakatan.
(iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.
Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab
dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar
fikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan
tahu menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum
dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum.
3. Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah
Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan
keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar
mereka boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau
berpasukan. Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancang
aktiviti-aktiviti penting di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang
19
Page 20
621208-03-5678
program sambutan Hari Guru, temasya sukan tahunan dan pesta-pesta
kebudayaan lain. Penglibatan pelajar ini sudah tentu mendorong mereka untuk
berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat bertukar-tukar idea dan saling
memahami.
Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan
sambil belajar, perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah
tentu menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para
pelajar juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-
musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patut
mengadakan jamuan Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaan-
perayaan lain seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakan
perayaan kaum-kaum lain, memberikan impak yang kukuh dalam hubungan
persahabatan antara kaum. Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat
menjalinkan hubungan mesra antara pelajar berlainan kaum tanpa perasaan
curiga dan prasangka.
4. Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal
Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.
Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat
mewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan
memupuk semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula
seperti mengadakan pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuan
dan melancarkan tabung kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal ini
sangat sesuai untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang
20
Page 21
621208-03-5678
berguna kepada pelajar dalam perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya
mengharumkan nama sekolah.
5. Memupuk kesedaran sivik
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM.
Melalui pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain,
membentuk peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan,
mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran
Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat
kekitaan dan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat
dan negara. Contohnya mereka tidak akan membuang sampah merata-rata
te,pat di sekolah demi menjaga keselesaan orang lain dan alam sekitar. Hal ini
akan mendorong wujudnya hubungan baik sesame insane dan secara tidak
langsung hubungan dapat dipererat.
6. Melalui Pendidikan Sejarah
Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah
menengah. Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru, perlu
menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan
penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan. Pelajar perlu peka
bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada pendidikan
Sejarah. Sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan
sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu dimantapkan dalam
kurikulum sekolah. Pendidikan Sejarah berperanan sebagai alat sosialisasi bagi
pembinaan bangsa Malaysia. Mengajar mata pelajaran sekolah mempunyai
21
Page 22
621208-03-5678
kaitan erat dengan proses perpaduan kaum dan membina masyarakat yang
bersatu padu di negara ini. Jelaslah, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk
mendidik pelajar mengenal erti nilai patriotisme, nasionalisme da identity bangsa.
Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya
celik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu
mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa
dan negara. Contohnya pelajar digalakkan menyambut Hari Kemerdekaan
melalui kempen mengibarkan jalur gemilang. Hal ini, dapat melibatkan
penyertaan semua pelajar untuk menyertai perarakan sekaligus memupuk nilai
perpaduan.
7. Melalui program Bahasa
Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai
alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan Kesusasteraan
boleh dilaksanakan di sekolah. Contohnya dengan mmenganjurkan Minggu
Bahasa, pelajar digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak, berbalas
pantun, syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen. Melalui aktiviti
ini, pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
22
Page 23
621208-03-5678
Kesimpulan
Sebagai orang yang paling hadapan dalam dunia pendidikan, para
pendidik merupakan ‘role model’ dan ‘uswatun hasanah’ bukan sahaja kepada
anak-anak didik tetapi juga kepada keseluruhan anggota masyarakat. Peranan
guru amat berat dan mencabar dalam mencanai dan membentuk anak bangsa
agar aspirasi negara menjadi kenyataan.
Dalam hal ini, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional
dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing.
Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada
usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah
bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di
Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju
Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan dasar-dasar dan program-
program negara yang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaan
kepada bangsa dan akan menjadi kebanggaan masyarakat seluruhnya.
Aspek-aspek pendidikan yang berasaskan kesepaduan amat penting dan
berkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah
memperkembangkan potensi individu yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
23
Page 24
621208-03-5678
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan
negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras
dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat
menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri
serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Keadaan ini
dapat meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang mampu
mengangkat sisitem pendidikan negara ke tahap tertinggi dan bertaraf dunia.
Secara tuntasnya, komitmen daripada semua pihak dalam dunia
pendidikan khususnya para guru amatlah diperlukan dalam mewujudkan
perpaduan kaum dan memperkasakan sekolah sekaligus memenuhi wawasan
negara.
24
Page 25
621208-03-5678
Rujukan
1. Aziz Mahmood, Nilai Teras Pendidikan, Nota Kursus PTK untuk PPP
Siswazah DG48, Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu.
2. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am, Petaling
Jaya: International Law Book Services.
3. Mingguan Malaysia, Wawancara. Ahad 8 April 2007
4. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K),
Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
6. Pendidik,Bil 25 /2006.
7. Pendidik, Bil 26/2006, “Perutusan Tahun Baru”, Dato’ Sri Hishamuddin Tun
Hussein.
8. Sejarah Malaysia Tingkatan 5, (1992). Kuala Lumput: Dewan Bahasa Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
9. Sinar Rohani, Bil 34/2005, JAKIM.
10. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
11. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)2003, Kompetensi (Teras dan
Profesional), Penerbit Femina.
12. http://www.karangkraf.com/dewan
13. http://vlib.unitarklj/.edu.my/htm/wawasan.html
25
Page 26
621208-03-5678
26