PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI KATEGORI PERTANDINGAN INOVASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TAHUN 2011 PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SAMARAHAN TINGKAT BAWAH, BANGUNAN RESIDEN 94300 SAMARAHAN, SARAWAK TEL: 082-571191
PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI
KATEGORI PERTANDINGAN INOVASI
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TAHUN 2011
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) SAMARAHAN
TINGKAT BAWAH, BANGUNAN RESIDEN 94300 SAMARAHAN, SARAWAK
TEL: 082-571191
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 2
PRAKATA
Buku laporan Projek Inovasi ini merupakan hasil usaha gigih semua ahli Kumpulan “Avant-Garde PDK”
dari pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan.
Projek Inovasi yang diberi nama “PDK Wheelcha” adalah projek pertama bagi kumpulan “Avant-Garde
PDK”. Kejayaan projek ini melambangkan kejayaan usaha kumpulan untuk mengamalkan budaya
inovasi yang dapat memberi sesuatu perkhidmatan kepada golongan OKU.
Kesempatan ini, kumpulan “Avant-Garde PDK” ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memberi sokongan serta kerjasama bagi menjayakan penghasilan produk “PDK Wheelcha ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 3
ISI KANDUNGAN
1.0 Latarbelakang Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan 4-14
2.1 Latarbelakang Kumpulan 15
2.2 Projek Inovasi 16-23
3.0 Pengenalpastian Masalah Sebelum 24-25
3.1-3.3 Objektif Projek, Sasaran Projek dan Tahap Perlaksanaan Projek 26
3.4 Perlaksanaan Projek 27-36
3.5 Ciri-Ciri “PDK Wheelcha” 37-38
4.0 Perbandingan “PDK Wheelcha” dan “Stroller” Yang Dibeli 39
5.0 Hasil Perlaksanaan Projek 40
6.0 Kesimpulan 41
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 4
1.0 Latar Belakang Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan
1.1 Pengenalan
PDK Samarahan telah ditubuhkan pada 1 Mac 1996 dan pada masa kini menempatkan 73 orang
OKU (0-35 tahun). Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap usaha-usaha
untuk mencegah dan memulihkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka menjadi lebih produktif
serta dapat hidup berdikari di dalam struktur pembangunan yang sedia ada. PDK juga menekankan
penglibatan penuh dari keluarga OKU, komuniti, Syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan dan lain-lain
supaya mereka dapat membantu PDK di dalam aspek-aspek tertentu bagi membantu OKU menjalani
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 5
kehidupan seharian dengan memberi sistem latihan, pemulihan dan pembelajaran berdasarkan umur
dan perkembangan.
Pada masa kini, PDK Samarahan telah berusia 14 tahun. Dalam tempoh tersebut, banyak
perubahan yang telah dilakukan memandangkan usia OKU semakin meningkat dewasa. Dahulu PDK
hanya menekankan kelas pembelajaran harian dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tetapi kini,
pekerja PDK bukan hanya menjalankan kelas harian malah pelatih difokuskan tentang latihan
vokasional, kelab OKU kesenian, penjualan produk barangan PDK seperti membuat kerepek, kad,
„bookmark‟, barangan kraftangan dan latihan kehidupan ke arah berdikari.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 6
1.1.1 Objektif PDK
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 7
1.1.2 Carta Organisasi PDK Samarahan
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 8
1.1.3 Peranan Jawatankuasa, Penyelia, Petugas PDK, Ibubapa dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
a) Jawatankuasa PDK
Memastikan segala pengurusan berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Jawatankuasa
PDK perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi memastikan pentadbiran
yang dijalankan di sesebuah PDK mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa PDK itu sendiri. Jawatankuasa juga perlu
memantau premis yang di sewa bagi memastikan keselamatan petugas dan pelatih (OKU).
Jawatankuasa juga berperanan mencari sumber kewangan (dana) agar pengurusan
pentadbiran dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
b) Penyelia PDK
Menyelia segala tugas-tugas yang dikendalikan oleh petugas-petugas PDK, pentadbiran dan
pengurusan yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Jawatankuasa. Sehubungan itu, bertanggungjawab merancang jadual
aktiviti pemulihan, pembelajaran dan kegiatan OKU setelah berbincang dengan petugas lain.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 9
c) Petugas PDK
Mengendalikan program pemulihan pelatih mengikut kurikulum yang ditetapkan dan
menyediakan ringkasan mengajar harian. Petugas juga sentiasa memastikan kelas yang
dikendalikan berjalan dengan lancar dan teratur dengan menggunakan daya kreatif sendiri
untuk kanak-kanak kurang upaya di PDK dan di rumah.
d) Kumpulan Sokongan Ibubapa
Ibubapa juga diberi peranan untuk membantu program/aktiviti di PDK. Ini menggalakkan
sikap bantu-membantu dan rasa tanggungjawab mereka dalam membimbing anak mereka
sendiri.
e) Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pusat PDK adalah dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Peranan Jabatan
Kebajikan Masyarakat adalah memantau premis, pengurusan dan program/aktiviti di PDK
supaya berjalan dengan baik mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 10
1.1.4 Program Dan Aktiviti PDK
i. Program PDK berteraskan kepada 3 model :
Home Based
Centre Based
Centre-Home Based
ii. One Stop Center – Melalui PDK “One Stop Centre”, perkhidmatan kepada OKU akan disediakan
di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat,
khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Peranan PDK “One Stop
Centre” adalah seperti berikut :
Pusat Intervensi Awal OKU
Pusat Sumber Maklumat OKU
Pusat Rujukan OKU
Pusat Pendaftran OKU
Pusat Advokasi
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 11
iii. Aktiviti-Aktiviti PDK
Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran Motor Halus
Perkembangan Sosial
Pengurusan Diri Sendiri Dan Latihan Berdikari
Pra-akademik
Kreativiti
Rekreasi/Riadah
Latihan
Kelas Vokasional
Kelas EIP (Early Intervation Program)
CBR (Clinic Based Rehabilitation)
Kelab Gabungan PDK Bahagian Samarahan
Kelab Kebudayaan
Kelab Sukan
Kelab Integrasi
Kelab Sukarelawan
Ceramah dan Kursus
Aktiviti Ibubapa Pelatih PDK
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 12
Aktiviti lain PDK
PDK Cafe
PDK Shop
Bengkel Jahitan
Group Home
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 13
1.1.5 Statistik Pelatih PDK Samarahan 2011
Jenis Ketidakupayaan Lelaki Perempuan
Jumlah M C I Psk M C I Psk
OKU Penglihatan 1 1
OKU Pendengaran 1 1 2
OKU Fizikal 2 1 5 1 1 10
OKU Masalah Pembelajaran 26 1 3 24 4 58
Oku Lain-Lain 1 1 2
JUMLAH 29 1 0 4 32 1 0 6 73
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 14
1.1.6 Peratusan OKU Mengikut Jenis Ketidakupayaan
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 15
2.0 Pengenalan Kumpulan
2.1 Latarbelakang Kumpulan
Kumpulan ini telah memilih “Avant-Garde PDK” sebagai nama kumpulan. “Avant-Garde” merupakan
perkataan Perancis yang bermaksud merujuk kepada individu yang bekerja menghasilkan sesuatu yang
inovatif untuk tujuan tertentu. Kumpulan “Avant-Garde PDK” terdiri daripada 6 orang ahli iaitu :
Penasihat Penyelaras Projek
Ketua Kumpulan Pen. Ketua Ahli Ahli
Hjh. Norhayati Bt. Hj. Abdul Rahman
Sujang Tan Siti Ajar Bt. Hj. Drahman
Hamimah Bt. Johari Sumina Bt. Jeman Tina Bt. Morshidi
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 16
2.2 Projek Inovasi
Perbincangan ahli kumpulan mendapati bahawa terdapat permasalahan berlaku di pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan semasa mengendalikan OKU. Permasalahan tersebut
berlaku semasa ibubapa atau penjaga terpaksa mengangkat pelatih OKU dari kenderaan ke PDK.
Keadaan ini menjadi amat menyukarkan kerana daripada 73 orang pelatih OKU, terdapat 2 orang
pelatih OKU tidak dapat berjalan sendiri iaitu mengalami masalah OKU Celebral Palsy yang kronik. Para
petugas PDK terpaksa mengangkat OKU tersebut dari kenderaan ibubapanya ke pusat pemulihan.
Sekiranya “Stroller” yang digunakan oleh bayi digunakan, ia tidak sesuai kerana faktor usia dan berat
badan. Berat OKU tersebut adalah dalam lingkungan 10-20kg. Kemampuan “Stroller” tidak dapat
menampung berat badan OKU tersebut. Ahli kumpulan telah mendapat idea bagi menyelesaikan
masalah ini iaitu dengan menggunakan kereta sorong atau “Wheel Barrow” yang dicipta khas sebagai
kenderaan untuk membawa OKU tersebut.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 17
2.1 Pengenalan Projek
2.2 Apa Itu Cerebral Palsy?
Cerebral Palsy adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan keadaan kronik
yang melibatkan pergerakan badan dan penyelarasan otot. Ia adalah disebabkan oleh kerosakkan
kepada satu atau lebih bidang-bidang tertentu pada otak yang kebiasaannya berlaku semasa
perkembangan peringkat awal janin. Hal ini juga boleh berlaku sebelum, semasa atau sejurus selepas
lahir.
“Cerebral” merujuk kepada otak dan “Palsy” adalah gangguan pergerakan atau postur. Jika
seseorang mengalami masalah celebral palsy, ia bermakna kecederaan pada otak (serebrum) dimana
mereka tidak mampu untuk menggunakan beberapa otot di dalam badan mereka seperti biasa (palsy).
Kanak-kanak cerebral palsy mungkin tidak boleh berjalan, bercakap, makan atau bermain seperti kanak-
kanak yang lain. Cerebral palsy adalah tidak progresif dan tidak berjangkit. Penyakit ini hanya dirawat
dengan cara terapi agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih produktif.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 18
Cerebral Palsy dicirikan ketidakupayaan fungsi kawalan motor sepenuhnya terutamanya kawalan
otot dan koordinasi. Individu yang mengalami masalah cerebral palsy akan mengalami perkara berikut :
Kekejangan
Pergerakan yang tidak disengajakan
Gangguan dalam pergerakan
Kerosakan penglihatan, pendengaran dan pertuturan
Sawan.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 19
2.3 Apa Itu Kereta Sorong ?
Kereta sorong mempunyai satu roda di bahagian hadapan untuk tujuan pergerakan. Kereta sorong juga
mempunyai 2 pemegang untuk membolehkan kereta sorong diangkat dan digerakkan. Selain itu, kedua-
dua pemegang ini juga bertujuan untuk menstabilkan kereta sorong ketika bergerak. Kereta sorong
digunakan untuk memuatkan alatan, barang dan lain-lain.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 20
2.3.1 Fungsi Kereta Sorong
Kereta sorong digunakan untuk memuatkan bahan seperti batu, pasir dan simen.
Kereta sorong juga digunakan untuk mengangkut anak benih pokok, biji benih, baja dan
sebagainya bagi tujuan pertanian.
Kereta sorong dapat menjimatkan masa dan tenaga. Banyak muatan yang dapat dibawa dengan
menggunakan kereta sorong.
2.3.2 Cara Menggunakan Kereta Sorong
Kedua-dua pemegang haruslah diangkat sedikit untuk tujuan menggerakkan kereta sorong.
Stabilkan kereta sorong dan tolak kereta sorong untuk menggerakkan kereta tersebut.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 21
2.4 Latarbelakang Projek
Kumpulan “Avant-Garde PDK” telah memilih Konsep 3R (Reduce, Reuse & Recycle) sebagai
konsep penghasilan produk. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan
produk daripada bahan buangan. Terdapat beberapa faktor yang diberi penekanan khusus ketika
proses penghasilan produk melalui bahan buangan ini adalah seperti :
I. Menjimatkan kos
II. Menjimatkan sumber
III. Menjimatkan tenaga
IV. Mengurangkan pencemaran
V. Persekitaran yang lebih sihat dan bersih
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 22
2.4.1 Apa itu Konsep 3R?
Reduce, Reuse & Recycle
I. Reduce (Pengurangan)
Penjimatan kos pembelian bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk yang
diperlukan sahaja.
II. Reuse (Guna Semula)
Penggunaan bahan buangan seperti kereta sorong yang terpakai dengan keadaan fizikalnya
yang rosak telah dibaikpulih.
Penggunaan kain perca sumbangan dari orang luar digunakan sebagai alas kusyen kerusi
yang digunakan sebagai tempat duduk
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 23
III. Recycle
Kerusi yang telah rosak digunakan semula. Selain itu, roda “wheel chair” yang rosak juga
digunakan sebagai roda kereta sorong.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 24
3.0 Pengenalpastian Masalah Sebelum
PDK Samarahan mempunyai 73 orang pelatih. Daripada jumlah tersebut terdapat 2 orang pelatih OKU
Cerebral Palsy yang mengalami masalah tidak dapat berjalan sendiri iaitu Ardin Sectia Maulana Syah (6
tahun) dan Mohamad B. Mohamad Agus (7 tahun). Kedua-dua OKU ini memerlukan bantuan daripada
individu lain dalam membantu pergerakannya. Petugas PDK terpaksa mengangkat kedua-dua OKU ini
daripada kenderaan ibubapanya ketika pelatih tersebut dihantar untuk menjalani aktiviti di PDK.
Sebelum Projek : Petugas PDK mengangkat pelatih OKU ke Pusat PDK
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 25
“Stroller” yang sedia ada tidak dapat digunakan kerana faktor usia dan berat badan OKU tersebut. Oleh
itu, kumpulan kami telah bercadang menggunakan kereta sorong (Wheel Barrow) sebagai alternatif
untuk membawa OKU tersebut dari kereta ke PDK.
Ahli kumpulan telah bersetuju memilih nama “PDK Wheelcha” sebagai nama produk.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 26
3.1 Objektif Projek
Kemudahan untuk OKU yang tidak berjalan sendiri
Memudahkan petugas PDK mengangkat pelatih dari kereta ke dalam pusat PDK
3.2 Sasaran Projek
Dapat digunapakai oleh petugas PDK lain dalam mengendalikan OKU yang tidak berjalan sendiri
semasa membawa OKU dari kenderaan ke dalam pusat PDK
3.3 Tempoh Perlaksanaan Projek
Perlaksanaan menyiapkan projek ini mengambil masa 1 bulan.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 27
3.4 Perlaksanaan Projek
Langkah 1 :
Lakaran projek
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 28
3.4.1 Bahan-Bahan Yang Digunakan Dalam Menghasilkan “PDK Wheelcha”
Reduce Reuse Recycle
Cat
Berus cat
Roda Kecil
Kereta sorong
Kain perca
Kain payung
Roda “wheel chair”
Kerusi terpakai
Tilam terpakai
Paip PVC
3.4.2 Kos Penghasilan “PDK Wheelcha”
Perkara Harga
Cat RM10.50
Berus Cat RM1.20
Roda Kecil RM15.60
Kos Welding RM15.00
JUMLAH RM42.30
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 29
Langkah 2 :
Kereta sorong (wheel barror) yang tidak digunakan lagi
Keadaan fizikal kereta sorong tersebut rosak dan berkarat. Ahli kumpulan telah membaikpulih keadaan
kereta sorong tersebut menjadi lebih baik. Selain itu, kereta sorong tersebut juga dicat semula agar
keadaannya menjadi lebih menarik.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 30
Langkah 3 :
Roda (wheel chair) yang rosak digunapakai
Terdapat “wheel chair” yang rosak dan tidak digunapakai lagi. Keadaan fizikal “wheel chair” tersebut
sudah rosak namun rodanya masih dalam keadaan baik. Roda tersebut digunakan dalam penghasilan
produk.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 31
Langkah 4 :
Kerusi dan tilam terpakai
Tilam terbuang ini digunakan sebagai alas kerusi tempat duduk dalam kereta sorong nanti. Manakala
kerusi tersebut dijadikan sebagai tempat duduk OKU.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 32
Langkah 5 :
Kerja-kerja membaikpulih kereta sorong
Ahli-ahli kumpulan mengecat fizikal kereta sorong tersebut supaya ianya nampak lebih menarik.
Sebelum ini, bentuk fizikal kereta sorong tersebut berkarat dan kotor.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 33
Langkah 6 :
Pengubahsuaian kereta sorong (“PDK Wheelcha”)
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 34
Langkah 7 :
Menyiapkan tempat duduk “PDK Wheelcha”
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 35
Langkah 8 :
“PDK Wheelcha” yang hampir siap sepenuhnya
Ahli kumpulan sedang menguji cuba pergerakan “PDK Wheelcha” sebelum digunakan untuk
mengangkut pelatih OKU ke pusat PDK.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 36
Langkah 9 :
Petugas PDK membawa pelatih OKU menggunakan “PDK Wheelcha”
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 37
3.5 Ciri-Ciri “PDK Wheelcha”
3.5.1 Ciri-Ciri Ergonomik
Pengukuran Ciri-Ciri Ergonomik
Keselesaan Mempunyai kerusi penyandang belakang yang mengikut struktur tulang belakang
Mempunyai kusyen kepala yang bertujuan mengelakkan kedudukan kepala pelatih OKU bergerak dan beralih yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa
Tempat duduk yang dilapik dengan tilam tebal memberi keselesaan kepada pelatih OKU
Senang dikendalikan oleh petugas PDK
Keselamatan Mempunyai tali kaledar keselamatan bagi mengelakkan pelatih OKU terjatuh
Mempunyai bumbung yang kalis panas dan hujan
Mempunyai 4 roda yang memberikan keseimbangan pergerakan
Mampu menampung berat badan pelatih OKU 10kg ke atas
Dapat digunakan pelatih OKU pelbagai peringkat umur
Kesihatan Rekabentuk tempat duduk yang dapat mengurangkan ketegangan otot badan dan dapat menyokong postur badan dengan baik
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 38
3.5.2 Ciri-Ciri Ekologi
Pengukuran Ciri-Ciri Ekologi
Pemilihan Bahan Menggunakan konsep “3R” (Reduce, Reuse & Recycle)
Kereta sorong terpakai
Roda “wheel chair” terbuang
Tilam terbuang
Kerusi terbuang
Paip PVC terpakai
Kain perca
Plastik payung
Kesihatan Ibubapa/petugas PDK sering mengadu sakit belakang kerana beban berat badan
Pengurangan pencemaran alam
Mengurangkan pembuangan bahan tidak mudah reput yang boleh memberhayakan kesihatan seperti besi kereta sorong, besi “wheel chair”, kerusi dan tilam.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 39
4.0 Perbandingan “PDK Wheelcha” dan “Stroller” yang dibeli
“PDK Wheelcha” “Stroller” Yang Dibeli
Gambar
Kos RM50.00 seunit RM250.00-RM800.00 seunit
Keselamatan Selamat digunakan kerana kedudukannya yang stabil Hanya selamat digunakan oleh bayi
Kemudahan Dapat digunakan oleh OKU yang berumur 1 bulan-10 tahun ke atas
Hanya untuk kegunaan bayi 1 bulan-1 tahun
Praktikal Dapat menampung berat badan OKU yang 10kg ke atas
Digunakan untuk tujuan lain seperti bersiar-siar, pergi ke klinik dan di dalam rumah
Hanya mampu menampung berat badan 10kg ke bawah
Masa Dapat menjimatkan masa petugas PDK Menjimatkan masa ibubapa
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 40
5.0 Hasil Selepas Perlaksanaan Projek
Setelah projek selesai, Kumpulan “Avant-Garde PDK” mendapati bahawa ianya amat praktikal
digunakan di pusat PDK. Ini kerana, petugas PDK tidak lagi bersusah payah mengangkat sendiri pelatih
OKU yang tidak dapat berjalan sendiri. Dengan adanya “PDK Wheelcha”, petugas PDK hanya perlu
membawa pelatih OKU tersebut menggunakan “PDK Wheelcha”. Tenaga juga dapat dijimatkan
sepenuhnya. “PDK Wheelca” juga turut digunakan petugas PDK Asajaya dan PDK Sadong Jaya dalam
mengatasi masalah mengangkut pelatih OKU dari kenderaan ibubapa ke pusat PDK.
Laporan Projek Inovasi 2011 Kumpulan “Avant-Garde PDK”
Pemulihan Dalam Komuniti Samarahan Page 41
6.0 Kesimpulan
“PDK Wheelcha” merupakan satu produk yang berkonsepkan 3R (Reduce, Reuse & Recycle). Hampir
keseluruhan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan “PDK Wheelcha” menggunakan barang
kitar semula. “PDK Wheelcha” merupakan kemudahan yang dicipta khas untuk pelatih OKU yang tidak
dapat berjalan sendiri. Dengan adanya “PDK Wheelcha” ini, para petugas PDK dapat mengatasi
masalah untuk mengangkat pelatih OKU seorang diri dari kenderaan ibubapa pelatih ke pusat PDK.
Keadaan rekabentuk “PDK Wheelcha” adalah sangat praktikal dan kos pembuatannya amat rendah
berbanding dengan harga “Stroller” yang dibeli. Selain itu, “PDK Wheelcha” juga mempunyai ciri-ciri
ergonomik dan ekologi yang tersendiri sesuai dengan keadaan fizikal OKU.