[Type text]
KEMAHIRAN BAHASAPengenalanKemahiran bahasa meliputi kemahiran
mendengar dan bertutur (kemahiran lisan), kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.Kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid-murid
menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian
dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran BertuturKemahiran Menulis Komponen utama kemahiran
bahasa
Kemahiran Membaca
Kemahiran LisanSecara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran
bahasa yang penting dan utama.Aspek ini merupakan aspek asas bagi
bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang normal
sebelum mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis.Kemahiran
lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan
murid-murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum
balas.
Kemahiran MendengarKemahiran mendengar di peringkat sekolah
rendah merujuk kepada keupayaan
Kemahiran mendengarMendengar dengan baik
Memahami dan menghayati perkara yang didengar
Dapat memberikan maklum balas
Definisi MendengarKemahiran mendengar adalah kebolehan
murid-murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan dan juga dapat memberikan maklum
balas.
Proses MendengarProses mendengar berlaku dalam 4 peringkat:
Memahami bunyi bunyi Mendengar deretan bunyibunyi bahasa Proses
mendengar
Menilai bunyiBertindak terhadap bunyi-bunyi tadi
Jenis-Jenis Mendengar1. Mendengar secara aktifMendengar secara
aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara
interaktif.Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak
iaitu penutur dan pendengar.Masing-masing berperanan secara aktif
semasa sesi perbualan tersebut.Untuk menjadi pendengar yang baik,
kita perlu menghayati apa yang diperkatakan. Menghayati memerlukan
perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang
didengar.Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang
menjadi pendengar yang aktif.Sebagai panduan, adalah wajar
seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang
diperkatakan dari segi :i. Intensif memberi penumpuan secara
intensif di samping menganalisis maklumat.ii. Empati menganggap
diri sebagai penutur dan mempunyai kesanggupan menerima masalah
penutur di samping memberi buah fikiraniii. Membina kemahiran
mendengar yang efektif.iv. Membina kemahiran bertindak balas.
2. Mendengar secara pasifTidak melibatkan tindak balas secara
langsung oleh pendengar.Hal ini terjadi kerana pendengar tidak
boleh mencelah.Mendengar jenis ini dipanggil juga sebagai mendengar
secara tidak interaktif.
Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar
Peringkat Kedua Peringkat Awal
Mengenali sebab dan akibat Mengesan, mengajuk dan memilih bunyi
Melakukan aktiviti-aktiviti yang disuruh oleh guru
Mengenal maklumat khusus
Mengenal sikap dan perasaaan orang yang bercakap
Mengecam dan mengingat fakta secara terperinci
Peringkat Ketiga Mengenal isi penting
Membezakan tekanan dan intonansi dalam pertuturan
Mentafsir maksud orang yang bercakap
Bentuk- Bentuk Kemahiran Mendengar
Mendengar secara pasif
Mendengar secara bertalu-talu
Mendengar secara menebuk-nebukBentuk-bentuk kemahiran
mendengar
Mendengar tanpa tindak balas
Mendengar secara berhati-hati
Mendengar secara kritikal
Mendengar secara kreatif
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
Mendengar bahasa yang standard dan fasihPerhatian harus diberi
kepada intonansi, irama keselamatan dan perasaan
Tajuk dan tema bahan rakaman sesuai dengan minat dan
perkembangan intelekUjian boleh dijalankan untuk menilai kemahiran
mendengar
Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar
Perhatikan apa yang ditulis Latih diri banyak mendengar dari
bertuturMemandang kepada pengucap Berprasangka baik Tumpuan yang
tinggiFokus apa yang ditunjuk
Niat yang betulCara meningkatkan kemahiran mendengar
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:
Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mendengar (7)
Pertandingan kuiz Mendengar rakaman kaset
Menjalankan permainan bahasaMendengar lagu melayu yang sesuai
dengan perkembangan dan emosi
Kemahiran BertuturKemahiran bertutur di peringkat sekolah rendah
merujuk kepada :
Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan
kemahiran bertutur Meyampaikan maklumat
Meluahkan perasaan
Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis dengan intonansi
yang betul
Penekanan kepada perucapan mengunakan tatabahasa yang betul
Definisi Kemahiran Bertuturkemahiran bertutur pula merupakan
kebolehan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif
dan juga kritis dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
secara bertatasusila. Di samping itu juga, penekanan diberikan
kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
bersesuaian.
Tujuan BertuturDalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu
penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar sebagai
penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu
:
Memaklumkan sesuat perkara
Menyelesaikan masalah
Tujuan bertuturKeseronokan
Mempengaruhi
Aspek-Aspek PertuturanPanjang dengan harakat dalam bahasa Arab
Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek.Antara yang penting
adalah sebutan intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya.
Sebutan Tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayatJeda
hentian sebentar dan boleh membawa makna berbeza Dialek
Standard
Intonasi nada suara iaitu menaik atau menurun
Aspek pertuturan
Fonologi
Morfologi Tatabahasa Peraturan atau undang undang
Sintaksis
Kelancaran bertutur dengan baik dan kemas
Kefasihan menyebut perkataan dengan tepat dan jelas serta
lancar
Laras bahasa boleh menggunakan bahasa dalam berbagai konteks,
suasana dan situasi
Panjang dan pendek (mora) - Sama dengan harakat dalam bahasa
Arab
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan
Umur
Alam sekitar Panjang dengan harakat dalam bahasa Arab
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan
Fizikal
Jantina
Kesihatan
Kecerdasan
Peringkat-Peringkat Kemahiran BertuturPeringkat Pertengahan
Peringkat Awal
Bertanya tentang hal-hal berkaitan diri serta pengalaman murid
Membuat ucapan pendek dan ringkas
Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan
Guru harus bercakap dengan terus-terang dan ikhlas
Membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar
Peringkat Maju
Membuat analisis, inferens, ramalan, pandangan dan
justifikasi
Cara-Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Menyampaikan lawak atau jenaka Menyampaikan cerita Menyampaikan
sajak Menyanyi Bercakap untuk keseronokan
Bercakap untuk memaklum Murid membuat demonstrasiMurid membaca
berita Membuat pengumumanMemberi taklimat
Cara meningkatkan kemahiran bertutur
Bercakap untuk mempengaruhi Aktiviti perbahasan Berkempen
Berucap
Bercakap mengatasi masalah
Kemahiran MembacaKemahiran membaca di peringkat sekolah rendah
merujuk kepada keupayaan :
Membaca dengan sebutan intonansi, jeda dan kelancaran yang
betul
Kemahiran membaca
Penekanan perlu diberukan pada aspek pemahaman dan
penaakulan
Keupayaan menghayati teks bacaan
Definisi Kemahiran MembacaMembaca ialah proses menterjemahkan
lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi. Membaca
melibatkan aktiviti verbal dan literasi secara serentak di mana
kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada
masa yang sama menghuraikan pertuturan kepada pemikiran.
Konsep MembacaMenurut Pumfrey (1977), membaca adalah satu proses
pemikiran yang membina di mana dengan membaca seseorang itu harus
dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang
dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi
masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran
yang terbuka dan positif.
Proses MembacaKemahiran membaca merupakan proses yang dinamik
tetapi kompleks kerana ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas,
memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat
interpretasi secara bijak dan menganalisis.
Jenis-Jenis Bacaan
1. Bacaan MekanisBacaan mekanis ialah aktiviti membaca yang
disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,
fikiran dan perasaan.Pembaca hendaklah menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat pertuturan.
Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan
apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya,
ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata
yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik
dan cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang
digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan
daripada pemahaman. Tujuan membaca mekanis ialah :
Membaca dengan cepat dan pantas, dengan sebutan dan intonansi
yang betul dan jelas.
Membaca dengan irama yang betul.
Membaca mekanis
Tahu menggunakan tanda baca dan berhenti pada tempat yang
betul.
Menggunakan kemahiran membaca dalam matapelajaran lain.
Mencapai kemahiran dan kecekapan untuk membaca bersuara.
2. Bacaan Mentalis (senyap)Bacaan mentalis ialah bacaan yang
disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan dengan maknanya tanpa
mengeluarkan suara.Bacaan jenis ini melibatkan ingatan visual
(visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.Tujuannya ialah
untuk memperolehi informasi dan pemahaman.Bacaan mentalis
melibatkan 2 jenis bacaan iaitu membaca intensif dan membaca
ekstensif.
Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara
kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan.Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid
mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara. Tujuannya
ialah:
Membaca sendiri
Membaca senyap Memahami apa yang dibaca
Membaca senyap dengan pantas
Mendapatkan pengetahuan
Hiburan
3. Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)Bacaan intensif ialah
kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara
saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu
bahan bacaan.Dua perkara yang terlibat ialah membaca telaah isi dan
membaca telaah bahasa.Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca
pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Penekanan diberi kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta
pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Bacaan intensif boleh dibaca dengan beberapa cara iaitu:i.
Bacaan pantasii. Bacaan imbasan (scanning)
Cara-cara bacaan intensif
Bacaan Imbasan (Scanning) Dilakukan secara sepintas lalu atau
membaca tinjauan. Sebelum permbacaan, pembaca meneliti bahagian
bahagian buku atau apa sahaja untuk mendapat gambaran awal dan
gambaran keseluruhan.
Bacaan PantasDilakukan dengan kadar kelajuan tertentu.Tujuan:
menjimatkan masa Berlaku melalui bacaan senyap dan membaca
dalam.
Bacaan intensif bertujuan :
Membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonansi, lancar
dan tahu menggunakan tanda baca.
Mentafsir apa yang ditulis.
Membaca intensif Membaca senyap dengan kepantasan yang
sewajarnya.
Menilai atau mengulas isi isi bahan bacaan.
Mengesan, memahami dan menikmati unsurunsur estetik dalam
bahasa.
Mengenal pasti laras bahasa.
Membuat rumusan dan kesimpulan.
4. Bacaan EkstensifKegiatan membaca secara luas meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu singkat. Tujuannya ialah
untuk memahami isi penting dengan cepat dan ia menganjurkan
aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya
melibatkan perkara-perkara berikut:a. Membaca tinjauan (survey
reading)b. Membaca sekilas (skimming)c. Membaca dangkal
(superficial reading)
Bacaan ekstensif
Membaca Tinjauan (Survey Reading)Dilakukan sebelum memulakan
bacaan.Meneliti apa yang akan ditelaah. Membaca Sekilas
(Skimming)Mata bergerak dengan cepat, memerhati bahanbahan bertulis
untuk mendapatkan maklumat dan penerangan.Tujuan: Mendapatkan kesan
umum daripada teks yang akan ditelaah. Menemukan halhal tertentu
seperti bahanbahan daripada pusat sumber.Membaca Dangkal
(Superficial Reading)Tujuan: Mendapatkan pemahaman yang dangkal
yang tidak mendalam.
Tujuan bacaan ekstensif ialah:
Pengkuhan asas bacaan
Menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan
Tujuan bacaan EKSTENSIF
Meningkatkan kepantasan membaca
Membina dan mengkuhkan minat membaca
Kebolehan memetik isi-isi penting
5. Bacaan RekreasiBacaan rekreasi tidak melibatkan perahan otak
yang serius.Tujuannya adalah untuk bersenang-senang dan dilakukan
dalam keadaan bersantai.Bahan-bahan bacaannya terdiri daripada
bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan
seperti komik, cerita-cerita pendek, berita, bahan sastera dan
pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.
6. Bacaan KritisBacaan kritis ialah kegiatan membaca yang
dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif
serta analitis.Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada
kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan
yang dibaca.Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami
yang tinggi.
Proses bermula dengan penggalian yang mendalam di bawah
permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang
apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa
penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan.
Teknik membaca SQ3RSQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah
diperkenalkan oleh Robinson (1961).Teknik ini merupakan satu kaedah
membaca yang memerluan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat
yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang
perlu diselesaikan. SQ3R ialah singkatan bagi :S Survey / tinjauQ
Question / soalR Read / bacaR Recite / imbas kembali / nyatakan
secara lisanR Review / baca semula
Survey (tinjauan) ialah langkah membaca untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan
yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk
kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca
perenggan pengenalan dan perenggan akhir di bahagian-bahagian buku
atau teks.Di sini pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca
pantas iaitu akimming dan scanning.Question (soal atau tanya) ialah
langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan
mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan
dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan
keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan
tersebut dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak.
Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan
tersebut.Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca
bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala
jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum
ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan
soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga
mempersoal pendapat atau maklumat lain yang dapat ditemuinya.Recite
(imbas kembali) ialah peringkat di mana setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingati kembali apa yang telah dibaca dan meneliti
segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai
dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba
menjawab soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelumnya tanpa
merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Reiew (baca
semula) merupakan peringkat akhir.Pelajar membaca bahagian-bahagian
buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan
kepada soalan yang dibuatnya di peringkat ketiga.Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Peringkat kemahiran membacaAda lima peringkat mengajar membaca
iaitu :
Kenal pasti kebolehan Buku menarik Bahan bacaan sesuai Bacaan
senyap Isi bacaan sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderunganMembaca Untuk Hiburan Dan Pengetahuan Membina Sikap
Gemar MembacaPeringkat Menyediakan Murid Mendirikan Asas Bacaan
Melatih Membaca Dan Memahani Bahan pada menarik dan disusun dengan
cermat Pelbagai buku cerita yang sesuai dengan umur danminat Teknik
mengajar yang baik
Memberi perhatian kepada Perangai murid Bahaya murid
Peringkat pemahaman
Menggunakan lambang atau perkataan Mengumpul dan mencantumkan
idea, perkataan dan ayat hingga lengkap Menghuraikan dan
mengelaskan idea Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi
atau maknaMenteremahkan makna dengan mengaitkan dengan pengetahuan
sdia ada
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran membacaKemahiran membaca
merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,
jeda dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk
tujuan menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada
pelbagai bahan bacaan. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran membaca
adalah seperti berikut:
Kecekapan berbahasa dalam kemahiran membacaMengenal pasti isi
penting sama ada tersurat atau tersiratMemperkayakan perbendaharaan
kata dan menggunakandengan betul dalam konteks ayatMenghayati bahan
sastera melayu dalam bentuk prosa dan puisiMentafsir bahan yang
dibaca dengan perkataan sendiriMembaca secara kuat dengan intonansi
yang betul dan lancar
(13)
Cara-cara meningkatkan kemahiran membaca
Meningkatkan kemahiran membaca
Membaca petikan dan membuat ulasan Mencari erti perkataan, frasa
simpulan bahasa dan peribahasaMembaca kuat, menegaskan penyebutan,
intonansi yang betul dan lancarMembaca petikan kesusasteraan melayu
untuk memahami dan menghayatiMenjawab soalan sama ada dalam bentuk
lisan atau bertulis
Membaca senyap
KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis di peringkat sekolah rendah
merujuk kepada keupayaan
Keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kretif
Kemahiran menulis
Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas
Galakan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan
ilmiah dan imaginatif
Definisi menulisMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat
1729), menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai
pena.Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik
yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan
seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.Tulisan pula merupakan bahasa
yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat
untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Konsep menulisMenulis dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu,
idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek
tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan
supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih
menyeluruh.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan
tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi
menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran
seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana
kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.Di sekolah, pelajaran
menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah
seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
Fungsi-fungsi kemahiran menulisAnn Raimes (1983 : 3) telah
mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya
Techniques In Teaching Writing, iaitu :
Merangsang dan memahirkan tata bahasa, idea, perbendaharaan kata
dan perasaan.
Fungsi Kemahiran menulis Memberi peluang kepada pelajar untuk
menerokai bidang bahasa
Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan
seluruh anggota mekanis (mata,tangan, akal) untuk merangsang
pembelajaran
Tujuan menulis
Tujuan Serta-MertaMembina asas menulis yang kukuhMengeja
perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul dan boleh
difahami Membolehkan kanak-kanak mengulangkai pelajaranMelahirkan
fikiran dan perasaanMenyuburkan minat suka menulis dan
mengarangMenambahkan pengetahuan dalam pembendaharaan
kata,perkembangan bahasan dan tulisanMenyediakan kanak-kanak untuk
menghadapi peperiksaan
Tujuan menulis
Meluaskan pengetahuan, pengalaman perhubungan dan matlamat
menerusi penulisan Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran pengalaman
dan perasaan Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden Tujuan Lanjut
Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting
untuk dipelajari kerana beberapa tujuan iaitu :
Terdapat perbezaan kecenderugan pada yang menguasai kemahiran
belajar
Tujuan menulis (down bryne)Memenuhi keperluan psikologi
pelajaran
Dapat menyediakan pelbagai alat dalam bilik darjah dan ia dapat
mengelakkan rasa jemu dan bosan
Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara
serentak
Namun terdapat beberapa tujuan menulis yang diterangkan secara
umum iaitu :
Memberi respons memberi reaksi terhadap suatu perkara dengan
menggunakan bahasa sebagai perantaraan
Komunikasi
Ekspresi kendiri memberi peluang untu menyatakan idea, harapan,
falsafah hidup dan gambaran personaliti
tujuan menulis Sifat sejagat prosedur penulisan dan bahan yang
ditulis
Mengikut peraturan Tujuan: mengawal penulis supaya menyampaikan
mesej dengan tepat dan bermakna
Proses pembelajaran - penulis menunjukkan penguasaannya yang
mendalam dalam bidang penulisan secara sistematik
Kemahiran menulis1. Kemahiran menulis secara mekanisMerupakan
kemahiran menulis peringkat awal seperti membuat corak, menekap dan
membentuk huruf.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah
diperlukan bagi mengawal jari dan tangan. Kematangan tersebut juga
perlu untuk penyelarasan antara mata dan tanganAktiviti mekanikal
yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis
adalah seperti :
Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan dan membentuk
garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya
Aktiviti mekanikal
Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan
tulis
Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok
mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan
Tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan
dan lain-lain
Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca
2. Kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran)Selalunya
dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran
mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti yang patut
dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran
ialah:
Latihan pernyataan fikiran atau pendapat AKTIVITI kemahiran
mentalis
Latihan pernyataan perasaan
Latihan pernyataan kehendak
Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli dari pemikiran
sendiri
Peringkat-peringkat kemahiran menulis1. Peringkat pramenulis
(persediaan)Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan
betul.Ketika tempoh ini, latihan otot tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata diberi pendedahan.Latihan-latihan
pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
Melakukan latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang
bebas supaya boleh menullis dengan selesa dan sempurna Melakukan
latihan pergerakan mata Melakukan latihan koordinasi tangan dan
mata Latihan pramentalist
2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).Peringkat ini dijalankan
secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid.Mereka
diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan
gambar dan seterusnya menulis ayat pendek.Semasa menulis, pelajar
digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan
tersebut.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih
murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti :
Menekap huruf mengukit urutan yang ditetapkanMenulis huruf
mengikut urutan yang ditetapkan
Aktiviti menulis peringkat asas
Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan
bermakna
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang
dikosongkan
Menyalin ayat mudah
3. Peringkat Menulis untuk Pelahiran.Kaedah-kaedah yang
dicadangkan adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan
gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan
ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan
tulisan tanpa panduan.Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan
adalah seperti berikut :
Mengisi silang kata
Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambah rangkaian kata yang sesuai
Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
AKTIVITI menulis peringkat PELAHIRAN
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkaian kata yang
sesuai
Membentuk ayat-ayat bagi memudahkan cerita
Menulis ayat berdasarkan gambar
Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan
Menulis jawapa kefahaman
Menulis keterangan daripada tajuk yang disediakan
Jenis-jenis penulisan1. Terkawal dan separa terkawalPenulisan
terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru.
(Salleh Akib, (1975:135).Susunan penulisan ini dkawal ketat dan
sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas.Tujuan penulisan
terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam
kalangan murid-murid.Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan
membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu
oleh soal bahasa.Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting
yang bertujuan untuk :
Mengurangkan kesilapan Menjadi asas kepada penulisan bebas
Menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan pendapat
Tujuan
Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid
masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya.Mereka diberi
peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran untuk memilih
perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru.
2. BerpanduJenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan
yang diberi kawalan atau panduan ketika hendak membuat
karangan.
3. Separa berpanduPenulisan separa berpandu pula merupakan jenis
penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya.Walau pun diberi garis
panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk
membuat karangan.4. BebasPada peringkat ini, mereka diberi
tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian
kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak
menulisnya.
kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulisKecekapan berbahasa
bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis Melahirkan fikiran,
perasaan dan pengalaman dengan jelas, tersusun, logik dan
mengunakan tatabahasa yang betulMenyumbangkan daya cipata untuk
menulis sesuatu yang kreatif datau kritis Menterjemahkan bahan
prosa bahasa tertentu ke dalam Bahasa Nasa Baku dengan memastikan
makna asalnya
Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahasa prosa
Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan
rasmi atau rakansebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan
Prinsip-prinsip kemahiran menulisPrinsip-prinsip kemahiran
menulis yang boleh dijadikan garis panduan adalah seperi berikut
:
Penulisan karangan pada peringkat awal mestilah bersifat
terpimpin atau terkawalGuru patut mendedahkan pelajar kepada kara
penulisan yang baik Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang
sering dilakukan oleh pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda baca,
imbuhanLatihan ilmiah mestilah diberi penguasaan wajar kerana ia
memberi latihan menulis yang bergunaMemberikan latihan yag
mencukupi untuk membolehkan pelajar membuat ayat yang betul Pelajar
mesti diberi latihan yang memadai untuk ayat yang teratur dan
lojikPrinsip kemahiran menulis
Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis
Latihan ilmiah
Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat
Latihan menyusun semula bahagian ayat supaya ayat menjadi ayat
yang betul tatabahasanya
Latihan mengatur semula sebilangan ayatsupaya menjadi satu
perenggan yang tersusun dan logik
Penulisan karangan bergambar
Penulisan surat biasa
Meningkatkan kemahiran menulis Penulisan notis, ucapan, mesej,
kad jemputan
Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk
perbendaharaan kata, ejan, tanda baca, imbuhan) dalam sesebuah
karangan
Menulis rangka karangan berformat
Menilai suatu karanga dari segi kekuatan dan kelemahan
Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang
baik
Membuat rumusan daripada pelbagai bahasa prosa
Menterjemah petikan daripada bahasa tertentu ke Bahasa Malaysia
tanpa menjejas makna asal
BMM 3101 PN SAKILA DOLLAHPage 11