PERSIDANGAN INDUSTRI GETAH KEBANGSAAN 2017 INDUSTRI GETAH KE ARAH TN 50 MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH 26 - 28 SEPTEMBER 2017 Bagi memastikan industri getah Malaysia sentiasa berdaya saing dan kekal relevansinya, semua yang terlibat di dalam sektor getah mestilah mempunyai strategi yang jelas dan fokus ke arah mencapai inspirasi Transformasi Nasional 2050 atau TN50. Industri getah merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dan berfungsi sebagai tanaman strategik. Pada masa kini lebih 250,000 buah keluarga pekebun kecil mendapat manfaat tanaman getah sebagai sumber pendapatan. Pelaburan dan perdagangan getah juga masih lestari dalam menyumbang kesinambungan industri getah Malaysia. Terdapat pelbagai perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh industri getah merangkumi aspek ekonomi, teknologi, sokongan infrastruktur, institusi dan isu-isu antarabangsa. Antara strategi utama dalam Strategi Getah Negara, Lembaga Getah Malaysia ialah untuk meningkatkan produktiviti dari 1,450 kg/ha/tahun kepada 2,000 kg/ha/tahun pada tahun 2020 dan seterusnya mencapai hasil potensi iaitu menjangkau 3,000 kg/ha/tahun. Kandungan strategi tersebut juga termasuklah mengoptimumkan penggunaan tanah, meningkatkan taraf hidup pekebun kecil dan juga mengukuhkan industri hiliran serta eksport. Persidangan ini akan cuba mengupas faktor-faktor dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh industri getah Malaysia. Usaha-usaha untuk meningkatkan dan menstabilkan harga getah peringkat ladang akan dibincangkan. Antaranya termasuklah kaedah meningkatkan penggunaan getah mentah dalam Malaysia terutama dalam sektor pembinaan dan infrastruktur, penggunaan teknologi perladangan getah terkini serta memperluaskan pengamalan Amalan Pertanian Baik. Selain itu persidangan ini juga menyentuh mengenai penglibatan generasi muda dan usahawan baru, membangunkan produk nilai tambah (value added), isu berkaitan kayu getah, merangkaikan integrasi melintang dan menegak di antara sektor dan memperkasakan peraturan dan perundangan industri getah. Persidangan dua hari ini disikan dengan pembentangan kertas kerja dari mereka yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan dan pengembangan teknologi dalam industri getah negara dari kalangan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan, Agensi Pelaksana sektor kerajaan dan swasta; pemproses dan pengilang produk berasaskan getah. Pembentangan Utama (Keynote Speaker) dan ahli penal sesi forum terdiri dari pakar-pakar terkenal dan terlibat secara langsung dalam membuat dasar dan polisi industri getah negara. Persidangan ini juga akan diisi dengan pameran dan lawatan di Projek Getah Untuk Pribumi (GUP), Lembaga Getah Malaysia, Bukit Payong, Alor Gajah, Melaka dan kilang pembuatan barangan getah. Peserta lawatan adalah terhad kepada 100 orang peserta sahaja. LATAR BELAKANG PERJALANAN PROGRAM KEYNOTE Industri Getah di Malaysia Kini dan Masa Hadapan SEKTOR HILIRAN ( Downstream ) Memaksimumkan Penggunaan Getah Mentah Tempatan Peluang dan Masa Hadapan Untuk Usahawan Produk Getah Rubberrised Road Lukisan Berasaskan Lateks Peranan G-TACR Dalam Pengujian Getah Green Rubber Sound Isolator FORUM Industri Getah Kearah TN 50 SEKTOR HALUAN ( Upstream ) Klon dan Produktiviti Getah - Masa Kini dan Hadapan Epidemik dan Endemik Penyakit-penyakit Tanaman Getah Model Tanaman Getah Untuk Kaum Pribumi Integrasi Dalam Enviromen Tanaman Getah Memakmurkan Pekebun Kecil Getah Pekebun Kecil dan Masa Depan Industri Getah Negara Masa Depan Ladang Hutan Getah dan Industri Kayu Getah Viabiliti Penanaman Getah Usahawan Pengurusan Getah Model Tanaman Getah Tanah Tinggi/Estet SEKTOR PEMPROSESAN ( Midstream ) Koperasi Getah Berjaya Pengeluaran Getah Kerip ( Crepe Rubber ) Cabaran Industri Pemprosesan Getah Penentuan Harga Peringkat Ladang Penentuan Harga dan Kadar Diskaun Kos Pemprosesan Sebanyak 21 kerja yang akan dibentangkan; mengikut skop adalah seperti berikut : TAJUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SASARAN PESERTA Pegawai dan agensi pelaksana yang terlibat semua atau salah satu sektor dalam industri getah, pengurus ladang, pegawai teknikal ladang getah, pengurus kilang pemprosesan/pembuatan berasaskan getah, ahli-ahli akademik, pelajar universiti/institusi pengajian IPTA/IPTS, ushawan dan bakal usahawan/pelabur, pekebun kecil getah, NGO/persatuan berkaitan getah, koperasi serta individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini.