LATAR BELAKANG PERJALANAN PROGRAM PERSIDANGAN INDUSTRI GETAH KEBANGSAAN 2018 “Getah Kita, Masa Depan Kita” TH HOTEL & CONVENTION CENTER Alor Setar, Kedah Darul Aman 10 – 12 Julai 2018 PROGRAM 10 Julai 2018 Pendaftaran Perasmian Keynote Address Senario Masa Depan Industri Getah Global Datuk Dr. Abdul Aziz S.A. Kader Setiausaha Agung IRRDB Minum Pagi Penambahbaikan Mekanisma Harga Getah FOB LGM Potensi Pelaburan Dalam Industri Getah Negara Viabiliti Tanaman Getah Penilaian Pematuhan Bagi Getah dan Barangan Getah Keperluan Lateks Negara Polisi Kerajaan Dalam Kesejahteraan Industri Getah Negara Q&A Rehat & Makan Tengahari Klon dan Produktiviti Getah – Kini dan Masa Hadapan Epidemik dan Endemik Penyakit-penyakit Tanaman Getah Peningkatan Produktiviti Getah Matang Melalui Teknologi Pertanian Jitu Model Integrasi Dalam Ekosistem Tanaman Getah Amalan Bokashi Dalam Tanaman Getah Untuk Meningkatkan Produktiviti Penggunaan GIS Dalam Pengurusan Penyakit Tanaman Getah Q&A Minum Petang & Tamat Sesi Majlis Makan Malam 7.30 am 8.30 pm 9.30 pm 10.30 pm 10.50 pm 11.10 am 11.30 am 11.50 am 12.10 pm 12.30 pm 12.50 pm 1.00 pm 2.30 pm 2.50 pm 3.10 pm 3.30 pm 3.50 pm 4.10 pm 4.30 pm 4.40 pm 7.30 pm - 10.30 pm 11 Julai 2018 Minum Pagi Keberkesanan Pemindahan Teknologi di Sarawak Keperluan Latihan Untuk Pembangunan Modal Insan Peranan RISDA Dalam Pembangunan Industri Getah/ Pengeluaran Benih Getah Berkualiti Melalui RISDA/ Peranan RISDA Dalam Pembekalan Benih Getah Berkualiti Model Pemasaran Getah Melalui Koperasi Peranan RRIMINIS Sebagai Pusat Latihan Industri Getah Masa Depan Ladang Hutan Getah Rehat Memaksimumkan Penggunaan Getah Mentah Tempatan. Usahawan Produk Getah Green Rubber Sound Isolator Lukisan Lateks/ Lateks Paint/ Cat Lateks Perkhidmatan Ujian Produk Getah GTaC-R Integrasi Vertikal Getah Krip IPC Pemangkin Pengeluaran Lateks Negara Q&A Rehat & Makan Tengahari Forum : Getah Kita, Masa Depan Kita Minum Petang & Tamat Sesi 8.00 am 8.30 pm 8.50 pm 9.10 pm 9.30 am 9.30 am 10.10 am 10.30 pm 10.50 pm 11.10 pm 11.30 pm 11.50 pm 12.10 pm 12.30 pm 12.50pm 1.10 pm 1.30 pm 2.30 pm 4.30 pm 12 Julai 2018 Lawatan teknikal ke Industri Getah 8.00 am – 12.00 pm Industri getah masih relevan menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. Keluasan tanaman getah terkini adalah lebih kurang 20% iaitu 1.1 juta Ha berbanding keluasan tanaman kelapa sawit. Walaubagaimanapun, sumbangan industri getah tidak dapat dinafikan kepentingannya di mana telah menyumbang sebanyak RM 32.3 bilion atau 23% kepada pendapatan keseluruhan eksport komoditi negara. Namun demikian, jumlah pengeluaran getah negara semakin menurun dengan agak ketara setiap tahun walaupun pada masa yang sama didapati peratusan kecil keluasan bertanam getah semakin bertambah. Berdasarkan laporan, pada tahun 2016, jumlah pengeluaran getah negara menurun 28.3% kepada 673.5 ribu tan berbanding 939.2 ribu tan pada tahun 2010. Dalam tempoh yang sama keluasan tanaman getah meningkat sebanyak 4.9% iaitu daripada 1.02 juta Ha kepada 1.07 juta Ha. Mengapa ini terjadi ? Persidangan ini akan merungkaikan persoalan tersebut. Pada amnya, sumbangan industri getah di sektor hiliran semakin meningkat dan stabil. Sebaliknya yang berlaku di sektor huluan di mana produktiviti semakin menurun dan secara tidak langsung menjejaskan sumbangan di sektor pemprosesan. Apakah faktor-faktor penyebab berlakunya perkara ini? Bagaimana cara mengatasinya? Apakah teknologi terkini ? Persidangan ini akan mengupas faktor-faktor berlakunya isu ini,langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan serta cadangan untuk mengatasi segala isu berkaitan getah yang sedang dan akan dihadapi. Antara intipati utama persidangan ini adalah melibatkan usaha-usaha untuk meningkatkan dan menstabilkan harga getah di peringkat ladang. Antaranya, meningkatkan penggunaan getah mentah di peringkat domestik, teknologi perladangan getah terkini, pemberian insentif dan konsistensi Amalan Pertanian Baik. Persidangan dua hari ini diisi dengan 25 pembentangan kertas kerja dari pakar-pakar industri getah yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan, pengembangan teknologi dan usahawan dalam industri getah negara dari kalangan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan, Agensi Perlaksana Kerajaan dan Swasta serta Pemproses dan Pengilang Produk berasaskan getah. Pembentangan utama (Keynote Speaker) dan ahli panel sesi forum terdiri dari pakar-pakar terkenal dan terlibat secara langsung dalam membuat dasar dan polisi industri getah negara. Persidangan ini juga akan diisi dengan pameran, majlis makan malam dan lawatan teknikal ke Industri Getah. Lawatan ini adalah terbuka kepada peserta persidangan yang berminat. Pegawai dan kakitangan agensi pelaksana GLC dan swasta dalam industri getah, pengurus ladang, pegawai teknikal ladang getah, pengurus kilang pemprosesan/ pembuatan, berasaskan getah, ahli-ahli akademik, pelajar universiti/institusi pengajian IPTA/IPTS, usahawan dan bakal usahawan/pelabur, pekebun kecil getah, NGO/persatuan berkaitan getah, koperasi serta individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini. SASARAN PESERTA DAFTAR SEGERA RM350/seorang