JABATAN PENDIDIKAN PBRAK JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon :05-501 5000 Faks :05-527 7273 portal : http : / /jpnperak.moe.gov.my .1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, Ruj. tuan : Ruj. kami : J.Pel.Pk.(AM)5114t3J1d.3(6e ) Tarikh :12 Januari2015 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak Darul Ridzuan Tuan, PERMOHONAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANT! PERAYAAN TAHUN 2015 BAGI SEKOLAH.SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti peristiwa dan cuti berganti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2015 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitridan Deepavali. 3 Walau bagaimanapun tarikh berganti bagi cuti perayaan telahpun ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ia itu pada 16.11.2015 hingga 20.11.2015 (5 harisahaja). 4. Memandangkan daripada aspek kesesakan jalan raya, keselamatan dan kemudahan ibu bapa merancang cuti untuk bersama keluarga menyambut sesuatu perayaan di kampung, maka Jabatan ini membenarkan Pengetua dan Guru Besar merancang cuti berganti perayaan yang hendak diambil agar tempoh cuti tersebut dapat dipanjangkan sedikit bagi keselesaan murid- murid, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat. 5. Semua sekolah hendaklah mengemukakan permohonan cuti peristiwa dan cuti berganti perayaan dengan menggunakan Borang CK/80 (3 salinan) ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Perhubungan) pada atau sebelum 21 Januari 2015. 6. Perlu diingatkan bahawa kelulusan cuti ini hanya diberikan kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja. 7. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk memaklumkan maklumat ini kepada semua sekolah di daerah masing-masing. Kerjasama tuan dalam hal iniamat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. .BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Pengarah Pendidikan Negeri Perak IBZPC/UPP.JPN.PK/ 12 Januari 2015 I '.-l ,, C I NTN LAH B AHAS A KITA'' (Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) Timbalan CERTIFIEDTO ISO 9001:206 CEFI NO.:AR 4166 CERIFEO TO ISO 9001:2003