Rangka Isi Pelajaran
(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)
TAJUK 1PERMAINAN BOLA SEPAK.
Kerangka Tajuk-tajuk
1.1 Peraturan Dan Undang-Undang Asas Permainan.1.1.1Sejarah
Permainan
Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2
dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han,
di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat
daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai
latihan Tsu Chu.Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan
Greek episkyros mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom.
Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan,
menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi
empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah
untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini
telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.
Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati
dan digemari di
seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di
Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football"
yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA
adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan
bola sepak.Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang
berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang
dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara
permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan
tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah
ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu
undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini
dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai
sehingga kini.Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari
Afrika Selatan pada tahun 1909 /1910, Argentina dan Chile pada
tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA
untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah
ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden
ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk
mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah
diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan
sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir
Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta
trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet.
Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay
sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.
Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di
Uruguay 1930Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan
pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga
gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah
muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam
perlawanan akhir.
Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di
sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden.
Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah
kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri
daripada 85 negara dari seluruh dunia.Rimet yang dilantik Presiden
Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan
diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA
telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang- seli di
benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia
oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa
Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir
Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara
sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan
kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.Bola sepak
telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan
sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya
digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.1.1.2 Perkembangan Di
Malaysia.Awal 1920-an
Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan
ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan
Singapura pada tahun 1921.
Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan
selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan
pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya
(FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang
pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster,
S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui
persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua
meletus.
Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan
H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap
seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh
pemerintahan kuasa British.Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984
Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM.
Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri
Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun
1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia
Raja Hamzah Haji Abu Samah.Era Pembaharuan Modenisasi dan
Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad
Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan
bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan
sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa
tahun kemudian.
Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan
permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar
negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu
kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada
bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks
mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran
bola sepak kebangsaan yang pertama.1.1.3 Struktur Organisasi
PersatuanRajah 1.1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi
Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football
Association of Malaysia (FAM).
Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAMSub Tajuk 1.2Peraturan Dan
Undang-Undang Permainan.
Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara Belgium, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara
yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. FIFA merupakan badan
rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat
dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA adalah seperti
berikut,i. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar
diterima sebagai permainan yang diminati.
ii. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan
pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa.
iii. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi
bola sepak.
iv. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola
sepak bagi seluruh dunia.
v. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan
mengenainya.
Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh
Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan
Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut
dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA).1.2.1 Undang-undang Permainan
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu
anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan
atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda
dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang
permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang
diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang
mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu,
terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan
seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini
termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan
pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua
undang-undang ini.Undang-undang 1: Padang Permainan
(a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula
jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu
pertandingan.(b)Ukuran padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran
padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5
):Panjang : Minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)
Lebar
: Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)Ukuran padang pertandingan
antarabangsa:Panjang : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum 110m (120 ela)
Lebar
: Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di
setiapkawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua
garisanpanjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua
garisan yanglebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua
garisan mestilahtidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.
Kemudian padang akandibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan
tengah di manakawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran
jejari 9.15m
(10 ela).
Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak(d) Kawasan gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan
di sudutkanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari
tiang gol.(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan
garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam
setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari
kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10
ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.
Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti(f) Tiang bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi
perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh
diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m
jauh dari garisan padang.(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan
sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.(h) Tiang
gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap
garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan
tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran
lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm
(5 inci).
Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepakUndang-undang 2: BolaBola
mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau
bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA
adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola
yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4
dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan
bentuk bola yang dimaksudkan.
Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola
sepakUndang-undang 3: Bilangan Pemain(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana
setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk
penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat
kurang daripada 7 orang pemain.
Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk
seorang penjaga gol.(b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan
persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja
dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap
pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian
yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).
(c) Nama pemain gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah
diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain
gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk
bermain.(d) Peraturan pemain gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara
sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang
pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang
selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan
selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran
lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain
yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam
perlawanan tersebut.(e) Pertukaran Penjaga Gol
Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih
dahulu sebelum pertukaran dibuat.Undang-undang 4: Peralatan
Pemain(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang
boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain
yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.(b)
Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian.
Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
i.Jersi
ii.Kasut bola
iii.Seluar pendek
iv.Stoking
vi. Pelindung kaki
Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi
pemain bola sepak(c) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung
kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai
seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.(d)
Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada
pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.(e) Pelanggaran
Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka
melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang
melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak
dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil
akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan
permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola
terkeluar dari padang.
Undang-undang 5: Pengadil(a) Kuasa pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan
dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola
sepak.
Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2
pembantu pengadil(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
-
Melaksanakan undang-undang perlawanan.
-Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
-Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
-Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat
undang-undang 4.-Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa
merekodkan masa permainan.-Memberhentikan atau membatalkan
permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak
luar.-Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk
pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari
padang.-Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka
meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada
pengadil.
-Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
lebih daripada satu kesalahan.-Mengambil tindakan disiplin ke atas
pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu
supaya keluar padang.-Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan
yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.-Bertindak melalui
nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang
tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas
memberhentikannya.(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah
salah atau setelah berbincang dengan pembantu
pengadil.Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan(a)
Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara
tugas-tugas pembantu pengadil ialah:-Memastikan keseluruhan bola
keluar dari garisan permainan.
-Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan
bola ke dalam padang.
-Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
-Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku
di luar pandangan pengadil utama.(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan
undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan
tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada
pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.
Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas
semasa pertukaran dilakukan.Undang-undang 7: Tempoh Masa
Perlawanan(a) Tempoh permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit,
kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil
dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa
permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan.
Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40
minit.
Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah
selama
45 minit setiap separuh masa(b) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh
masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15
minit.(c) Masa tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa
sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera
atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang
untuk mendapakan rawatan.(d) Tendangan penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula,
tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu
dilakukan.(e) Pemberhentian perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula
melainkan peraturan pertandingan menyatakan
sebaliknya.Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan(a) Permulaan
perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih
kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung
duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan
pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih
kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan
memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah
hadapan(b) Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga
dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di
setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca
daripada sepak mula adalah sah.(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan
lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada
bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan
pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil
memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan
untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang
mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali
sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut
menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan
lawan.Undang-undang 9: Bola Masuk dan KeluarPengadil akan
menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang
apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau
di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali
dengan:(a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola
di mana tempat terakhir bola terkeluar.
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan
semasa di dalam padang permainan.
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku
pelanggaran undang-undang.
Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola
keluarUndang-undang 10: JaringanJaringan gol akan dikira apabila
seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah
besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak
melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau
tangan.Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan
yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang
perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya
kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh
perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi
menentukan jaringan gol.
Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan
golUndang-undang 11: OfsaidPemain dikira berada dalam keadaan
ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak
lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di
separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat
sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang
mereka bersama pemain itu sendiri.Denda akan dikenakan jika pemain
melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada
pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.
Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila
berada di belakang
pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke
arahnyaUndang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan BurukKesalahan
berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan
apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma
akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma
ialah:(a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak
lawan.
(b) memegang pemain pihak lawan.
(c) melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d) menolak pemain pihak lawan.
(e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain
pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
(f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
(g) menyadung pemain pihak lawan(h) mengganggu pemain pihak
lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.
(i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan
menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol
di dalam kawasan kotak penaltinya).
Undang-undang 13: Tendangan PercumaTerdapat 2 jenis tendangan
percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh
dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi
menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola
mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat
tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain
pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari
kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak
langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari
9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan
percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan
pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri
pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.Semua pemain
pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang
kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma
dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan
statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika
pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali
kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung
pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18: Pemain yang
mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai
kemahiran.
Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang
yang
mempunyai kemahiran yang tinggiUndang-undang 14: Sepakan
PenaltiSepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan
kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur:a)Sepakan penalti
diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di
tengah-tengah gawang.b)Semua pemain mestilah berada
sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain
yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.c)Penjaga gol
perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan
tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.d) Bola
mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan
penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola
itu disentuh oleh pemain lain.
Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan
jaringanUndang-undang 15: Balingan MasukPerlawanan akan dimulakan
kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu
dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola
meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan
oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang
menyebabkan bola terkeluar.Prosedur: Bola hendaklah dipegang dengan
kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. (Rajah 1.20)
Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah
menyentuh garisan atau di luar garisan. Pembaling bola tidak boleh
menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. Jaringan
gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.
Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang
betulUndang-undang 16: Tendangan GolTendangan gol akan diberikan
apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat
hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui
leretan padang atau udara.Prosedur: Bola ditendang di kawasan petak
penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. Pemain
yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain
lain menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak
dibenarkan di kawasan penalti. Semua pemain pihak lawan mesti
berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Jaringan
tidak dikira melalui tendangan gol.Undang-undang 17: Tendangan
SudutTendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar
atau melepasi garisan belakang gol.Prosedur:
Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada
hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.
Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. Pemain pertahanan
mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah
tendangan sudut diambil. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh
menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik
untuk menghasilkan gol
TAJUK 2FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN
BOLA SEPAK
Kerangka Tajuk-tajuk
3.1STRATEGI PERMAINAN
Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain, pengadilan
yang baik dan langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap.
Kini anda akan didedahkan pula tentang strategi permainan bola
sepak. Ini juga penting agar permainan bola sepak akan menjadi
lebih tersusun dan efisen. Pemilihan sesuatu strategi permainan
(formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
berikut:
Rajah 2.1 : Faktor kepada pemilihan strategiSistem permainan
yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah: (a) 4 - 2 -
4
Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain
tengah yang menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan
penyerang. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang
atau bertahan. Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut
adalah penting
Rajah 2.2 : Sistem 4.2.4(b) 4 - 3 - 3
Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak
sebagai pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan
perlu mara dan membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang
tersebut.
Rajah 2.3 : Sistem 4.3.3(c) 4 - 4 - 2
Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa
diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan
pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang
penyerang akan memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai
bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat
serangan.
Rajah 2.4 : Sistem 4.4.2(d) 1 - 4 - 3 - 2
Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di
mana seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga
pemain lawan. 'Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk
mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.
Rajah 2.5 : Sistem 1.4.3.2HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan sejarah awal permainan bola sepak;
Meringkaskan perkembangan bola sepak dalam tiga era di
Malaysia
Membincangkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia
( Football Association of Malaysia - FAM ).
4. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan
peraturan permainan bola sepak.
SINOPSIS:
Topik ini membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada strategi
dan formasi permainan bola sepak.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola
sepak.
2. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.
Rajah 1.3: Singapura menerima piala sebagai juara Piala
Malaya.
Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara
kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak pertama di
Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan
penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di
negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri
Sembilan.
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA
SEJARAH
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
SEJARAH PERMAINAN
PERMAINAN
BOLA SEPAK
Rajah 1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan di
Eropah ketika Zaman Pertengahan.
Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai
cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola
menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan
dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan
tangan.
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN
SINOPSIS:
Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar
berkenaan sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia
dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus takbir
permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan
undang-undang permainan bola sepak dan bagaimana menguruskan
kejohanan pertandingan bola sepak.
SEMAK KEFAHAMAN :
(a) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan
mula?
(b) Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan
tendangan percuma langsung dan tidak langsung?
(c) Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira
ofsaid?
STRATEGI
PERMAINAN
FORMASI
PERMAINAN
FORMASI DAN STRATEGI
PERMAINAN
PAGE 1