PERJALANAN HIDUP ULAMAK Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Datuk
Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin
Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau meninggal dunia pada 1384
Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan Utsman.
GURU-GURUNYAAyahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan
Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-duanya adalah
ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada
ayahnya sendiri di Kelantan.Setelah ayahnya wafat pada 1315
Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa
Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud
diserahkan pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.Oleh sebab
ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud
daripada ayahnya dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya
mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu
pentadbiran dan siasah, serta diperlengkapkan lagi dengan ilmu
pertahanan diri. Sepanjang pendidikan pengkaderan putera-putera
Melayu di Mekah yang dilakukan oleh al-Fathani, tidak ramai yang
berbakat dalam ilmu pentadbiran dan siasah. Tetapi yang pasti,
tercatat dua orang dari kerajaan Riau-Lingga, iaitu Raja Ali Kelana
dan Raja Khalid Haitami (cucu Raja Ali Haji). Mereka yang berasal
dari Kelantan pula ialah Nik Mahmud dan Haji Muhammad bin Muhammad
Sa'id yang kemudian dikenali memperoleh gelaran Datuk
Laksamana.Hubungan antara Nik Mahmud dengan Muhammad bin Muhammad
Sa'id selanjutnya adalah saudara ipar, kerana Nik Mahmud berkahwin
dengan Che Aisyah, adik kepada Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id.
Walaupun pendidikan di Mekah yang diperoleh Nik Mahmud tidak begitu
lama, namun semua guru kepada ulama-ulama yang saya tulis dalam
artikel terdahulu juga menjadi guru kepada Nik Mahmud. Selanjut
al-Fathani mengirim Nik Mahmud ke Mesir. Pendidikan khusus untuk
Nik Mahmud diberikan oleh al-Fathani di Bukit Jabal Suaidan, Mekah.
Pendidikan siasah diberikan dengan menggunakan permainan catur.
Sedangkan pendidikan pertahanan diri diberikan di tanah lapang, di
tempat yang sama dengan menggunakan pedang, keris dan lainnya.
Untuk memahirkan ilmu pertahanan diri, Nik Mahmud sentiasa membuat
latihan di Bukit Jabal Suaidan yang disaksikan sendiri oleh
al-Fathani. Sebelum menceritakan pendidikan Nik Mahmud di Mesir, di
sini saya petik satu peristiwa mengenai Nik Mahmud, Tok Kenali dan
lain-lainnya bersama guru mereka, al-Fathani dalam perjalanan ke
Beirut dan Mesir. Sewaktu al-Fathani mendapat mandat daripada ulama
Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan peristiwa khilafiyah
antara Sayid Yusuf bin Ismail an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh
Muhammad Abduh (Mesir), al-Fathani telah mengajak beberapa orang
muridnya menemui kedua-dua ulama tersebut. Telah menjadi tradisi
al-Fathani dan ulama-ulama lainnya, jika akan menyelesaikan
masalah-masalah besar, mereka sentiasa bermunajat di tempat-tempat
yang makbul. Oleh itu ketika sampai di Tursina, beliau berdoa
secara berjamaah. Untuk Nik Mahmud, al-Fathani berdoa, ``minta
supaya Allah memberinya kedudukan orang besar di kerajaan Kelantan
... `` Doa di Tursina ternyata dikabulkan Allah, kerana setelah Nik
Mahmud kembali ke Kelantan, akhirnya beliau digelar sebagai Perdana
Menteri Paduka Raja Kelantan.Beberapa pucuk surat al-Fathani di
Mekah kepada Nik Mahmud ketika belajar di Mesir sebagai bukti
kesungguhan al-Fathani memberikan pendidikan untuk mengangkat
martabat bangsa Melayu, sebagaimana pesannya kepada Nik Mahmud,
``Dan mudah-mudahan anakanda meninggikan hemah pada mendapatkan
barang yang sayugia mendapatkan dia, bagi seumpama diri anakanda di
dalam ini masa, supaya terangkat dengan yang demikian itu oleh nama
jenis Melayu, berat dan terhebat dengan dia oleh kerajaannya pada
segala hati ajanib (orang asing, pen:). Dan tertamadun dengan dia
oleh siasah mereka itu sebagai tamadun yang muafakat dengan
syara.'' (Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906
Masihi).Surat yang sama maksudnya dengan bahagian yang saya petik
ini juga pernah dikirim kepada Sultan Zainal Abidin III, Sultan
Terengganu, dan sultan-sultan dalam negeri Melayu lainnya.Bukti
kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab al-Fathani terhadap Nik
Mahmud dapat kita pelajari daripada kalimat beliau, ``Dan tatkala
sampai surat anakanda kepada bonda anakanda, daripada kenyataan
minta tambah lima junaih itu, maka ia beri kepada Abang Awan Kenali
dua junaih sahaja. Maka Abang Awan Kenali pun terima hendak pergi
kirim kepada anakanda atas tangan Syeikh Abdul Hamid Kudus. Maka
sampai khabar itu kepada ayahanda. Maka ayahanda hentikan dia
dahulu. Dan ayahanda suruh akan dia minta tambah biar cukup lima
junaih. Kemudian datang bonda anakanda ke rumah ayahanda
bermusyawarat pada demikian itu, lalu ayahanda minta daripadanya
kirim cukup juga kerana takut kepayahan hendak mengirim ...''
(Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906
Masihi).
AKTIVITI DI KELANTANNik Mahmud sewaktu bergelar Dato' Bentara
Setia, bersama-sama Tok Kenali dan Haji Muhammad bin Haji Muhammad
Sa'id, berhasil menubuhkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan. Perisytiharan oleh Sultan Muhammad IV di Istana
Balai Besar pada 24 Disember 1915.Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan berhasil menerbitkan majalah Pengasuh, Tok
Kenali sebagai Ketua Pengarang yang pertama. Terbitan pertama 11
Julai 1918. Majalah Pengasuh masih terbit sampai sekarang, bererti
majalah inilah majalah Islam di dunia Melayu yang paling lama dapat
bertahan.Nik Mahmud secara rasmi sebagai pentadbir dan diplomat
tertinggi Kelantan mulai 29 April 1921, dengan gelar Dato' Perdana
Menteri Paduka Raja. Beliau menggantikan Che Hassan bin Mohd.
Salleh yang memegang jawatan Dato' Menteri Kelantan yang meninggal
dunia pada 22 Januari 1921. Datuk Nik Mahmud meletak jawatan pada
27 Disember 1945, diganti oleh anaknya Nik Ahmad Kamil hingga tahun
1953. Istilah yang digunakan setelah terbentuk Persekutuan Tanah
Melayu tidak lagi memakai Perdana Menteri, diganti dengan Menteri
Besar.Sangat banyak aktiviti Datuk Nik Mahmud sewaktu memegang
jawatan Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan saya tinggalkan saja,
saya berkesimpulan bahawa beliau adalah Perdana Menteri
Kelantan/Menteri Besar yang paling terkenal dalam sejarah Kelantan
sama ada sebelum atau pun sesudahnya.
KARYA-KARYAWalau pun Datuk Nik Mahmud merupakan tokoh dan ulama
sebagai pentadbir tertinggi di dalam pemerintahan kerajaan negeri
Kelantan pada zamannya, namun beliau sempat juga menghasilkan
beberapa buah karya. Di antaranya yang sempat diterbitkan ialah:*
Cahaya Purnama Bagi Menerangkan Jalan Ugama. Ia diselesaikan di
Kota Bharu, Kelantan pada 1 Syaaban 1336 Hijrah/12 Mei 1918 Masihi.
Dicetak oleh Mathba'ah Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu
Kelantan. Kandungannya membicarakan perkara-perkara fardu ain,
dimulai perbicaraan ilmu tauhid dan disudahi mengenai mengerjakan
haji.* Tajuk Kemuliaan. Diselesaikan pada 21 Syaaban 1350 Hijrah/31
Disember 1931 Masihi. Dicetak oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat
Melayu Kelantan dan Mathba'ah Asasiyah, Kelantan, 1350 Hijrah/1932
Masihi. Kandungannya membicarakan akhlak.* Ringkasan Cetera
Kelantan Mengandungi Silsilah Raja-raja Dan Tarikhnya. Diselesaikan
pada 8 Ramadan 1351 Hijrah/4 Januari 1933 Masihi. Dicetak oleh
Mathba'ah al-Asasiyah Company Kelantan, tanpa dinyatakan tarikh.
Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Kelantan,
Patani, raja-raja yang memerintah dari peringkat awal hingga ke
zaman pengarangnya (Datuk Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja
Kelantan) dan lain-lain. Pada kata Pendahuluan/dinyatakan bahawa
sejarah ini disalin daripada tulisan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar
yang ditulis dalam tahun 1197 Hijrah, diambil daripada perkataan
Pak Bedulah (Abdullah). Dinyatakan oleh pengarang bahawa beliau
telah membandingkan dengan naskhah yang lain dengan cermat, maka
yang diatur ini adalah yang lebih sahnya.* Perbendaharaan Mustika.
Diselesaikan hari Isnin, 2 Jamadilawal 1363 Hijrah. Cetakan pertama
Ismailiyah Press, Kota Bharu, Kelantan (tanpa tahun cetak). Dicetak
atas kebenaran Nik Mustafa Fadhil (Datuk Seri Amar Diraja) bin Nik
Mahmud. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama
Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 21 Julai
1946 Masihi. Kandungannya mengupas Al-Asmaul Husna, menghuraikan
ilmu hikmah yang diamalkan oleh golongan khas.* Pati Rahsia.
Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji
Daud bin Haji Abu Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra
Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389 Hijrah/1969 Masihi. Dicetak
atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik
Mahmud, dan dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh Raja
Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam
Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46.
Kandungannya mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim,
wirid, doa, dan lain-lain.
KETURUNANNYADi antara anak Datuk Nik Mahmud yang menjadi tokoh
atau pembesar sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa
ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20 Disember
1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan
Sri Datuk Nik Ibrahim Kamil, sekarang Pengerusi Southern Investment
Bank Berhad, Kuala Lumpur.
Sumber: Utusan Malaysia (ARKIB : 15/03/2004)
Mufti Haji Nor al-Kelantani (1905M - 1987M)
Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim adalah seorang ulama Kelantan
yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok
Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau
adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan
antara 1928-1941. Setelah menamatkan persekolahan awalnya di
Madrasah Muhammadiah, Majlis Agama Islam Kelantan, beliau
melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang
ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama
tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith dan tafsir, tetapi juga
ilmu-ilmu falak dan qiraat. Guru-guru beliau di Mekah antara lain
ialah Syaikh Hasan al-Masyath, Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin
Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani,
Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain. Jawatan beliau yang pertama
selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada
tahun 1937.
Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941
hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan
dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi
guru di Jami Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan
sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara
pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid
Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Quran yang baru
ditubuhkan sekarang (Dar-al-Quran) dan menyusun tafsir pimpinan
ar-Rahman yang terkenal itu.Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei
1968 berikutan kematian sahabatnya Dato Haji Ahmad Maher. Jawatan
ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari
1987. Lebih dari seorang ulama, beliau adalah seorang hafiz dan
ahli falak yang terkenal, pun juga seorang penulis dan orang alim
yang menguasai bahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak
terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin,
ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.
TOK KENALI
AMALAN SELAWAT TOK KENALI AL-KELANTANI
Selawat 1: .
Selawat 2: , .
Nama Sebenar: Muhammad Yusuf bin AhmadMuhammad Yusuf bin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 1933) ialah seorang
tokoh tokoh Ulama , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di
dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani
yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran
disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut
juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga
seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu
laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).
Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi
menyelidiki sejarah kelantan maka dia secara langsung atau tidak,
akan menemui nama Tuk kenali. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk
Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di
dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang
bertebar padabeberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui
fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah Pengasuh, keluaran
Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah
Al-Hikmah sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang
bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan
penghidupan Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima
pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali ,
(1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang
banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama
berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping
memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada
perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama
dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang
pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab
Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara
melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup,
agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang
secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan
semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman
Syaikh itu.
Kelahiran Tok KenaliBeliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang
Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*)
dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja)
iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).
Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya
adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan
murni.
Latar BelakangnyaMuhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang
sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak
menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana
kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong
pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof
telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh)
iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran
tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid
Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di
sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga
pengetahuan agama.
Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat
orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Keempat-empat anak Tok Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah
ayah mereka dengan bergelar Tok Guru.
Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai,
warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan
hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi
peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata
mencari keredaan Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun.
Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh
bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek
perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang
baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan
yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan
yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di
dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
Menyambung Pelajaran Ke Kota BahruSewaktu berusia antara
sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah
bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang
ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa
orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk
Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid
besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama)
penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan
Ismail (ayahanda DatukPerdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato'
Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang
kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kelantan Selain iatu beliau
berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan
Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan
kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci MekahSebagai seorang
pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk
melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang
umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah
untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun
islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami
kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang
ditumpanginya.
Pulang ke Tanah AirPada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah
menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk
kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada
tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah
tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di
semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid
Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat
pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di
Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok
yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid
dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid
dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk
pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain
daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik
Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan Mufti
kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula
dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di
kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid
Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak
sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini,
malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan
lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok)
meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan
pengajian Islam dikala itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah
kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu
pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam
berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil
peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala
pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan
kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang
telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah
(guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi
diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung.
Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah
lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan,
sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada
pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa
bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di
hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya
mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa
Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang
kuat.
Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari
serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun
mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk
mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh
Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu,
sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada
keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun
bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk
Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana
si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan
kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan
memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi
peluang-peluang bertanya.
Menghembus Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk
kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November
1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah Pengasuh keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita
tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi; kembali ke
Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita.
Innalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun:.
Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang
dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan
disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis
liwajhillaahi Taala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal
dengan nama Kubur Tuk Kenali kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota
Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh
Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada
Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai
terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri
ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya
tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Jawatan-jawatan Tok KenaliTuk kenali ada di antara orang-orang
yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan
pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan
islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah
disandangnya sebagai berikut:
1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19
November 1933).
2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama.
Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan
buku teks.
3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis
Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen
senaskah).
4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan.
5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah
membincangkan isu agama dan semasa.
6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.
7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.
8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri
Besar).
9.0 Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok KenaliSelain daripada
mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang
berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka
menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat
beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat
melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah
satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta
majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali
telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya
majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai
bidang besar, diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10
sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan
dorongan-dorongan beliau.
Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam
kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk Lubaab
at-Ta,wiil fil Maaani At-Tanzil ke dalam bahasa melayu. Tugas berat
ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir
Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak
dapat dikesan sehingga sekarang.
Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1
julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang
berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah
kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna
daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali
sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali
danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar
dan majalah dewasa itu.
Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini
ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah
menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah
kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada
pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.
- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan
suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan Jam ,iyyatul
Asriyyah] [Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan
perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] ,
pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat.
Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah
didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak
di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah MelayuSistem
persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya
ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan
pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab
kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang
dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah
(balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok
(Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa
orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang
yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah
Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.
Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar
keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem
pondok.
Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok,
Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya
sistem persekolahan.
Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa
tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan
sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan
mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M
ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang
menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama Al-Madrasah
Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah. Sekolah ini juga mengadakan
pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan
adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah
ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama Sekolah Agama
Majlis.
Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa
arab di Majlis dengan nama Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah
barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan Sekolah
Melayu Majlis, manakala sekolah yang baru tadi disebut Sekolah Arab
Majlis. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara
beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke
bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada
sekolah aliran arab tadi )
Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin
Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi Ai-Uluum, Bukit mertajam
pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin
membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua
madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).Di samping itu
beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian
sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu
Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau
tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi
pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang
suci.
Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan
Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali
didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air.
Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang
pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama
islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara
menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi
masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya
beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan
yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan
kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris
dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika
bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati
syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya
pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa
adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali oleh AQHAS -
halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk
Kenali).
Artikel disedut dariTabung Amanah Tok Kenali
Tuan Tabal
Tuan Tabal - Penyebar Tarikat Ahmadiyah pertama di Nusantara
Hubungan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani dengan
Tuan Tabal yang diriwayatkan sebagai saudara ipar dalam Ruangan
Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004/28 Rejab 1425H,
masih dirasakan perlu diberi keterangan lanjut. Nama sebenarnya
ialah Haji Abdul Samad bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani
al-Kalantani. Sebelum bergelar Tuan Tabal beliau juga pernah
digelar Tuan Kutan.
Para penulis Kelantan selama ini menyebut bahawa isteri Tuan
Tabal itu bernama Wan Tsum atau Wan Kaltsum anak Tok Semian.
Maklumat daripada keluarga ini di Terengganu menyebut bahawa Tok
Semian adalah nama gelar kepada Haji Abdur Rahman. Apabila kita
teliti maklumat ini, maka salasilah yang diperoleh dari Terengganu
ada benarnya, kerana ayah Syeikh Wan Ali Kutan dan Wan Kaltsum,
adiknya memang bernama Abdur Rahman. Cuma ayah Abdur Rahman di sini
bernama Abdul Ghafur, sedangkan ayah Abdur Rahman pada konteks
isteri Tuan Tabal sebelum ini dikatakan bernama Lebai Muda.
Kemungkinan Lebai Muda di sini adalah nama gelar juga bagi Abdur
Ghafur pada konteks datuk kepada Syeikh Wan Ali Kutan dan
saudaranya Wan Kaltsum tersebut.
Untuk lebih jelas, dari tulisan al-marhoum di Bicara Agama dalam
tajuk Syeikh Wan Senik Karisiqi moyang Syeikh Daud
Al-Fathani.Syeikh Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur, ayah pada
Syeikh Jalaluddin, adalah adik -beradik dengan Syeikh Abdur Rahman
bin Abdul Ghafur. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur adalah orang
yang sama dengan Syeikh Wan Abdur Rahman al-Kalantani, yang ketika
mudanya tinggal di Lorong Tok Semian Kelantan.Beliau juga digelar
dengan Tok Semian. Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur berkahwin
dengan Hajah Wan Zainab binti Wan Abdul Qadir, anak perempuannya
bernama Hajah Wan Kaltsum, menjadi isteri Tuan Tabal al-Kalantani.
Hajah Wan Kaltsum adalah kakak Syeikh Wan Ali Kutan, dapat disemak
dalam artikel tarikh 27 September 2004 atau dalam koleksi
lepas.
KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN
Ada pertikaian pendapat tentang tahun kelahiran Tuan Tabal. Yang
pertama mengatakan bahawa beliau lahir tahun 1816 Masihi, dan
pendapat yang kedua menyebut tahun 1840 Masihi. Nik Abdul Aziz bin
Haji Nik Hassan dalam buku Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan
menentukan bahawa Tuan Tabal lahir pada tahun 1840 Masihi, yang
diikuti oleh Hamdan Hassan dalam bukunya Tarekat Ahmadiyah di
Malaysia Suatu Analisa Fakta Secara Ilmiah (DBP, 1990, hlm.72).
Disebabkan ada dua pendapat di atas, maka penulis masih ragu dengan
kedua-dua tahun yang disebutkan itu. Kedua-dua tahun yang
disebutkan penulis-penulis lain tidak menyebutkan tahun
Arabiyahnya. Padahal pada zaman itu tidak ada ulama kita
mencatatkan tahun kelahiran dan tahun wafat menggunakan tahun
Masihi. Pemindahan dari tahun Arabiyah kepada tahun Masihi sering
terjadi kekeliruan, sebagai contoh Nik Abdul Aziz dalam buku yang
sama tersebut di atas (lihat hlm. 99) menyebut bahawa Syeikh Ahmad
al-Fathani lahir tahun 1872, padahal hanya salah menyalinnya sahaja
daripada tulisan penulis dalam majalah Dian bil. 49, 1972, yang
penulis tulis tahun 1272 Hijrah bukan 1872 Masihi.
Tulisan terawalTuan Tabalialah Munabbihul Ghafilin yang beliau
selesaikan dalam tahun 1285 Hijrah yang jika dijadikan tahun Masihi
lebih kurang tahun 1868 Masihi, bererti ketika itu Tuan Tabal baru
berusia 28 tahun. Kitab yang tersebut itu walaupun nipis sahaja,
namun mencorakkan falsafah mistik peringkat tinggi, yang menurut
tradisi ulama dunia Melayu, ilmu tasawuf semacam itu tidak pernah
ditulis oleh orang-orang yang berumur 28 tahun. Walaupun mereka
menguasai ilmu tasawuf, namun mereka lebih suka menulis ilmu-ilmu
yang bercorak zahir saja. Oleh sebab hal-hal yang tersebut di atas
tahun 1840 Masihi itu perlu penyelidikan lebih lanjut.
Setelah memperoleh ilmu di Patani,Tuan Tabalmelanjutkan
pelajarannya ke Mekah. Oleh sebab ilmu Arabiyah beliau kurang kemas
sewaktu di Patani, beliau diperintah oleh gurunya Syeikh Muhammad
bin Sulaiman Hasbullah al-Makki memperdalam ilmu-ilmu Arabiyah itu
daripada Syeikh Ahmad al-Fathani, walaupun Syeikh Ahmad al-Fathani
sendiri jauh lebih muda daripada Tuan Tabal. Tuan Tabal lebih muda
sedikit umurnya daripada Syeikh Muhammad Zain al-Fathani, ayah
kepadaSyeikh Ahmad al-Fathani.
"...dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan
thariqat Ahmadiyah di Kelantan dan sekitarnya.."
Mengenai Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani itu
sangat masyhur diceritakan oleh guru-guru pondok. Juga telah
dirakamkan berupa tulisan oleh beberapa orang di antaranya Muhammad
Uthman El-Muhammady, Hamdan Hassan (dalam buku yang sama di atas)
dan lain-lain. Namun demikian tulisan Hamdan Hassan mengenai
kepulangan Tuan Tabal dari Mekah sebelum tahun 1860 Masihi (lihat
hlm. 74) masih meragukan. Sebab, dalam tahun 1860 Masihi itu Syeikh
Ahmad al-Fathani baru berumur 4 tahun, jadi dalam tahun berapakah
Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani ? Sebab itu mahu
tidak mahu kita terpaksa memilih salah satu daripada dua, iaitu
Tuan Tabal benar pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani jauh
sesudah tahun 1860 Masihi, atau Tuan Tabal tidak pernah belajar
kepada Syeikh Ahmad al-Fathani kerana ketika beliau turun dari
Mekah pada tahun 1860 Masihi, Syeikh al-Fathani masih
kanak-kanak.
Tuan Tabal memang pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani,
namun yang perlu penelitian ialah tahun-tahun yang bersangkutan
dengan Tuan Tabal kerana masih banyak yang diragui. Ada pun
tahun-tahun yang melibatkan Syeikh Ahmad al-Fathani mulai lahir,
aktiviti kepelbagaian dalam kehidupan dan tarikh wafat semuanya
cukup jelas kerana dokumen mengenai beliau memang tercatat secara
teratur.
Dalam waktu yang samaTuan Tabal,Syeikh Wan Ali Kutandan Syeikh
Ahmad al-Fathani menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh
Ibrahim ar-Rasyidi. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid
kepada Sidi Ahmad Idris, iaitu daripadanya dinisbahkan Thariqat
Ahmadiyah yang tersebut. Oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan
sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap
tinggal di Mekah, maka dipercayaiTuan Tabaladalah orang pertama
menyebarkan thariqat tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau
tempat-tempat lain di Nusantara.
AKTIVITI
Maklumat mengenaiTuan Tabal, pengamal Thariqat Ahmadiyah yang
tersebut dapat disemak daripada surat Raja Kelantan ibnu Sultan
Muhammad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani tarikh 14 Ramadan 1323
Hijrah, tertulis,''... orang yang dahulu beberapa banyak terima
Thariqat Rasyidi, seperti Tuan Haji Abdus Shamad Tabal ...''
Dipercayai beliau telah mengajar thariqat yang tersebut terutama
kepada anak-anak beliau.
Bagaimanapun pengajaran Thariqat Ahmadiyah yang disebarkan oleh
Tuan Tabal bukanlah merupakan pengajian asas. Pengajian yang asas
dan pemantapan beliau mula mengajarnya di kampung Kutan, Kelantan,
selanjutnya pindah ke Terengganu. Di antara muridnya di Terengganu
ialah Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti
Terengganu. Selanjutnya beliau mengajar pondok di kampung Tempoyak
Tabal. Setelah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, pengajaran dan
dakwah lebih dipergiatkan lagi. Beliau telah berhasil membangun
sebuah surau tempat beribadat dan mendidik umat di Lorong
Semian.
PENULISAN
Karya Tuan Tabal yang telah ditemui ialah:
1. Munabbihul Ghafilin, diselesaikan hari Sabtu, 2 Muharam 1285
Hijrah/ 1868 Masihi. Kandungannya membicarakan tasawuf, merupakan
petikan daripada kitab Ihya Ulumid Din dan Masyariqul Anwar.
Naskhah yang dicetak berasal daripada salinan anak beliau, Nik
Abdullah pada hari Sabtu, 29 Syaaban 1320 Hijrah.
2. Jalalul Qulub bi Zikrillah, diselesaikan pada waktu Zuhur,
hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi. Kandungannya juga
mengenai tasawuf. Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam Kelantan,
29 Zulhijjah 1254 Hijrah/ 1935 Masihi. Cetakan yang kedua,
Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata
pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit
Rahmah Tanah Merah, Kelantan.
3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam,
diselesaikan 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi. Manuskrip kitab ini
telah penulis miliki pada 3 Syawal 1411 Hijrah, dihadiahkan oleh
salah seorang keturunan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Manan (ulama
Kelantan murid Syeikh Ahmad al-Fathani). Manuskrip tersebut tidak
lengkap dan merupakan salinan yang dilakukan pada akhir bulan
Syawal 1321 Hijrah/1903 Masihi. Selain manuskrip penulis juga
memiliki cetakan batu yang diperoleh di Senggora (1991). Tempat dan
tarikh cetakan tiada tersebut dalam cetakan huruf batu
tersebut.
4. Mun-yatu Ahlil Auwab fi Bayanit Taubah, oleh sebab saya tidak
dapat merujuk kitab asli, maka tidak dapat memastikan yang mana
sebenarnya judul yang betul, apakah seperti yang penulis tulis itu
atau yang satu lagi tertulis "... al-Awbah ...'' bukan " ... Auwab
...''. Tertulis Auwab berdasarkan senarai tulisan tangan yang
penulis peroleh daripada salah seorang keturunan Tuan Tabal, dalam
senarai Nik Abdul Aziz juga sama demikian. Yang menulis al-Awbah
ditulis oleh beberapa penulis termasuk Hamdan Hassan (lihat hlm.
238). Daripada senarai Hamdan Hassan diperoleh maklumat bahawa
kitab ini pernah diterbitkan oleh Mustafa Press, Kota Bharu (tanpa
tahun).
5. Bab Harap, dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu,
1359 Hijrah/ 1940 Masihi.
6. Bidayatu Ta'limil `Awam fi Tarafi min Arkanil Islam, tanpa
menyebut tarikh. Pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah,
1323 Hijrah/1906 Masihi. Cetakan kelima oleh Mathba'ah
al-Kamaliyah, Kota Bharu.
7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib,
diselesaikan pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi.
Kandungan kitab ini ialah usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang
terpenting ialah fikah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah
al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini
adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal, 327 halaman menurut
ukuran model kitab-kitab Melayu/Jawi.
8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin, kitab
ini tidak sempat diselesaikan kerana beliau meninggal dunia. Kitab
ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu,
1345 Hijrah/1926 Masihi.
Beberapa orang anak dan keturunan Tuan Tabal yang menjadi ulama,
di antaranya Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Abdul Samad
(1870M-1920M) mufti ketiga kerajaan Islam Kelantan abang kepada
Mufti Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Samad menjadi mufti ke empat
kelantan selepas menggantikan adiknya(1875M-1939M).
Tokku Paloh Syed Abdul Rahman Al-Idrus
Tokku Paloh Secara Ringkas (1817 1918)
Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu,
beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan
keluarga Al-Idrus.Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina
Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah
hasil perkahwinan dengan Saidina Ali.Tokku Paloh yang diterima
sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu
mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa
ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami
ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.Gelaran-gelaranNama penuh
Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad
bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus.Saiyid Abdur Rahman Al-Idrus juga
mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku
Paloh.Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik
dan Syaikh al-Islam Terengganu.Tasawuf, Tarikat Dan
PentadbiranUlama besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan
tereqat, malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah
mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh
terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang
Tiga,Terengganu.Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar
dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan penentangan penjajahan
British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British,
beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh
disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang
hingga Cabang Tiga.Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan
orang Sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang
kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Oleh
kerana Sayyid Abdur Rahman Al-Idrus atau Tok Ku Paloh berasal
daripada keturunan Sayyid atau Syed, maka sudah menjadi satu
tradisi keturunan itu lebih mengutamakan usaha mempelajari
ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau,
Sayyid Muhammad Al-Idrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan
seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan
hal ehwal Islam di negeri Terengganu.Guru Dan Rakan MuzakarahTok
Syaikh Duyong amat menyayangi Tok Ku paloh kerana anak muridnya itu
amat taat, alim, warak dan mempunyai ciri-ciri ketokohan dalam
bidang keagamaan dan memiliki karamah.Selepas itu, Tok Ku Paloh
melanjutkan pelajarannya di Makkah.Di sana beliau bersahabat dengan
Syaikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin
Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat
Kecik al-Fathani yang juga merupakan anak kelahiran Sungai Duyung
Kecil, Terengganu dan ramai lagi.Antara orang yang menjadi guru
mereka di Makkah ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syaikh
Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.Tok Ku Paloh sangat arif
tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Dalam hal ini, beliau telah
mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.Setelah
berada di Makkah selama 10 tahun, Tok Ku Paloh pulang sebagai
seorang tokoh ulama besar, seorang yang amat warak dan juga
terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat
Naqsyabandiyyah.Setelah pulang dari Makkah, Tok Ku Paloh telah
memulakan pengajarannya di masjid peninggalan ayahnya di Kampung
Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau
untuk berkhidmat kepada masyarakat sebelum melangkah kepada
kegiatan yang lebih mencabar, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran
dan pemerintahan, malah berjihad menentang kemungkaran dan
penjajahan British.Di antara anak murid Tok Ku Paloh ialah Sultan
Zainal Abidin III, Haji Abdur Rahman Limbung, Tuan Haji Muhammad
Shafei Losong, Sayyid Saggaf bin Sayyid Abdul Rahman (Engku
Kelana), Haji Dollah Langkawi, Haji Muhammad Syam Pahang, Sayyid
Abu Bakar (Tuan Embong) dan Sayyid Akil (Tuan Pengeran Engku Seri
Bijaya Sura).Adik Beradik Tokku PalohAyahanda Tok Ku Paloh pula
adalah:Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain al-AidarusZainal
Abidin Hussain bin Mustafa al-Aidarus (Tok Ku Tuan Besar Syaikh
al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar).Tok Ku
Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar
dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah.Tok Ku Paloh mempunyai
beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga
yang berlainan ibu.Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah1. Sayyid
Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana,2. Tok
Ku Paloh (Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad
al-aidrus)3. Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang
Baroh,4. Sayyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan5.
Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit.Adik-beradiknya selain
yang disebut itu ialah:Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama
Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik,Sayyid Abdul Kadir yang dikenali
sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadatdan Sayyid Hussain juga digelar
Tuan Muda Wakaf.Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri
daripada:Tuan Nik,Tuan Hitam,Tuan Senik (Tuan Seni Isteri kepada
Moyang Aki, Tuan Syeikh Syed Abdul Mutahir),Tuan Puteh,Tuan
Mariam,Tuan Saripahdan Tuan WookSyair Tokku Paloh:Syair Yang
Dikarang Sebelum Tokku Paloh Belayar Ke MekahSyair ini sesuai
didendangkan dengan irama rodat, salah satu seni muzik klasik
Terengganu yang biasanya menjadi permainan istana.Syair ini juga
sering menjadi siulan ibu-ibu semasa mendodoikan bayi tidur di
dalam buaian.(Pastikan sesiapa yang ingin menyalinsyair ini
mensedekahkan Al-Fatihah kepada Aki dan keluarganya)Fikir Itulah
Pelita bagi Hati, Yang Membuat Kita Ingat Akan MatiIngat-Ingat
Serta Fikir Sehari Hari, Dalam Kubur Kita Duduk Seorang DiriJika
Hidup Kita Dapat Harta Jenuh, Itu Akhir Tinggal Masuk Ke Dalam
TanahGhalib Ikut Ke Nafasu Dengan Hawa, Dari Masa Tubuh Muda Sampai
TuaDari Petang Nanti Pula Akan Pagi, Lama-lama Hingga Sampai
Tanggal GigiRumah Besar Kampung Luas Ada Dia, Itu Akhir Tinggal
Juga Akan DiaDengar-dengarlah Olehmu Sekelian Adik Kakak, Sementara
Tubuh Muda Belum BongkokHai Segala Anak Aku Sungguh-sungguh
Sekelian, Jangan Tinggalkan SembahyangMaka Barang Siapa Baik
Fikirnya, Dunia Ini Tinggal Juga AkhirnyaDemikian Lagi Zakat Dan
Puasa, Itu Buatlah Olehmu SenantiasaDengan Susah Yang Sedikit Kamu
Dapat, Akan Senang Lama Kamu Di AkhiratTokku Paloh Dan MatKilauTok
Ku Paloh ialah seorang ulama yang mempunyai darah kepahlawanan yang
tulen dan beliau tidak takut menanggung risiko tinggi dalam
perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu.Beliau
melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan
penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah,
menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh
Muhammad Abu Bakar.Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British
yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada
kerajaan.Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan
mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi
nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi
perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh
mereka di Pahang.Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok
Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang
jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh,
serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan
tersusun.Mat Kilau Menguji Kepandaian Silat Tokku Paloh8)Seperti
apa yang dimaklumkan kepada Aki oleh salah seorang anak murid Tokku
Paloh yang masih hidup sehingga tahun awal 90-an (Pok Leh) semasa
beliau bertandang ke rumah Aki. Pahlawan Mat Kilau yang pernah
berlindung di rumah Tokku Paloh pernah bermuzakarah perihal
keagamaan dan persilatan.Mat Kilau ingin mencuba kehebatan
persilatan Tokku Paloh dan kedua-duanya bersetuju sambil berdiri
memegang sebilah keris.Apa bila saat memulakan langkah, tiba-tiba
Tokku Paloh ghaib dari pandangan mata Mat Kilau dan secara
tiba-tiba juga Tokku Paloh mengunci Mat Kilau dari belakang dan
meletakkan kerisnya ke leher Mat Kilau dan sepantas itu juga
permainan mereka tamat.
Mat Kilau pernah beradu kepandaian silat Tokku Paloh.Pasukan
BudakRajaPasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan
seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini. Untuk
memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempatCacatan sejarah
menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari, malah pada hari
tertentu beliau keluar dengan berselubung kain di
kepala.Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan
masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tokku
Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan
hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab
Tokku Paloh terhadap keselamatan anak buah seperti yang berlaku
pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra.Selain gemar keluar pada
waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di
Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan
persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa
pentadbirannya.
Masjid Paloh yang asal.Masjid ini terselamat daripada dirobohkan
atas usaha untuk mendirikan Muzium Losong Terengganu.Namun sebuah
masjid baru telah didirikan tidak jauh dari masjid lama ini.
Akhirnya, tinggallah masjid yang asal ini menjadi sebuah surau yang
kesepian (downgraded).
1