1 UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke - 61 2015 BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN MUKADDIMAH الحمد حمدالحامدين ا, وحمدالشاكرين ا, وحمداوافي ي نعمهكافي وي مزيده, يا ربنا لك الحمد كمانبغي يل لج وجهك وعظيم سلطانك. أشهد أن إله إ وحده شريك له, لهملك ال وله الحمدهو و على كل شيء قدير. وأشهد أنحمدا م عبدهرسوله و, البدر الدجى والسراج المنير. لهم ال وصل وسلم وبارك علىحمد م أشرفنبياء امرسلين وال, وعلى آ له وصحبه أجمعين, ومن سار علىجه نه إلى يوم الدين. Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli- ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian. Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita. Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12 Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.
28
Embed
UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE … file‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan PAS ke - 61 2015
BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
MUKADDIMAH
ينبغي كما الحمد لك ربنا يا , مزيده ويكافي نعمه يوافي وحمدا , الشاكرين وحمدا , الحامدين حمدا هلل الحمد
كل على وهو الحمد وله الملك له , له شريك ال وحده هللا إال إله ال أن أشهد . سلطانك وعظيم وجهك لجالل
على وبارك وسلم وصل اللهم . المنير والسراج الدجى البدر , ورسوله عبده محمدا أن وأشهد . قدير شيء
.الدين يوم إلى نهجه على سار ومن , أجمعين وصحبه لهآ وعلى , والمرسلين األنبياء أشرف محمد
Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato’ Dr
Haron Din Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato’ Timbalan Mursyidul
‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib
Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan
Penyokong PAS, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-
ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah
Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para
perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.
Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat
bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar
Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala
Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah
SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan
ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.
Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah
yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12
Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh
beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan
di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.
2
MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR
1. Marilah kita sama-sama menghayati dan memahami firman Allah SWT kepada
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dan umatnya yang beriman dan setia :
(Dan Allah pasti menolong sesiapa yang menolong (agamanya) dan
sesungguhnya Allah itu Maha kuat Lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang
kami berikan kepada mereka kuasa memerintah, mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah
6
kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat (penentu kesudahan segala
perkara dengan ganjaran pahala dan balasannya).
14. Oleh itu, adalah tersangat penting untuk kita mengukuhkan keaslian jalan
tindakan kita dalam menegakkan Islam di tanahair kita ini. Islam yang kita bawa
pula adalah berteraskan Aqidah, Syariat dan Akhlak, dan tidak memisahkan
urusan dunia dengan agama. Islam yang sempurna sehingga mampu
menunaikan tugas dan matlamat kejadian manusia untuk : (1) Beribadah, (2)
Berkhilafah dan (3) Menunaikan amanah.
15. Hal ini menuntut kita berpegang kukuh di atas dasar, matlamat dan cara yang
benar, tanpa terpesong daripada landasannya, dengan cara dan adab yang
betul. Kita juga tidak boleh jumud atau melampaui batas, tidak terpesong ke
kanan atau kiri dan tidak berundur ke belakang, tidak juga melampau sehingga
terjerumus ke lembah yang membinasakan.
Istiqamah Mengukuhkan Kepimpinan Ulama, Mengangkat Peranan Professional 16. Islam ini dipelihara Allah dalam kitab al-Quran yang tidak boleh diselewengkan.
Sunnah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص pula dijaga ilmu dan cara amalannya oleh para ilmuan
Islam yang dinamakan para ulama. Mereka perlu mewarisinya dengan benar dan
amanah, sebagaimana yang ditegaskan oleh sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص :
ادرهاوالديناراي ور ثوالالنبياءإن,االنبياءورثةالعلماءوإن أفمنالعلمور ثواوإن خ .وافر بظ أخد أب و رواه ) ي داو ذ ه م والت رم ( وغير
(Sesungguhnya para ulama itu adalah para pewaris pusaka (peninggalan para
anbiya). Mereka (para anbiya) itu tidaklah meninggalkan pusaka mata wang
dinar (duit emas) dan dirham (duit perak). Sesungguhnya mereka
meninggalkan pusaka ilmu (daripada wahyu dan hikmah Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص. Maka
sesiapa yang menerimanya nescaya dia mendapat bahagian yang banyak).
17. Para Rasul yang menegakkan negara besar, seperti Nabi Daud A.S., Nabi
Sulaiman A.S. dan Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص, dan pengikut Rasul seperti Zulqarnain,
semuanya meninggalkan pusaka ilmu Islam yang dipelihara Allah. Mereka tidak
meninggalkan tamadun kebendaan seperti Namrud dan Firaun, supaya manusia
mengambil iktibar, dan bukannya berbangga dengan kesan jahiliyah itu.
18. Maka PAS meletakkan kepimpinan ulama bagi memelihara asas dan matlamat
Islam yang kukuh bersama warisan ilmu daripada hidayah Allah. Semua
keperluan yang lain yang menjadi urusan duniawi juga wajib beristiqamah di atas
7
landasan Islam. Maka para ulama feqah mewajibkan kepimpinan berilmu Islam
yang mampu memahami nas dan mampu berijtihad dalam perkara yang tidak
ada nas dalam urusan dunia yang menjadi jambatan akhirat, sehingga tidak
terpesong daripada Islam.
19. Di zaman mutakhir ini, ijtihad perlu diwujudkan secara jama’ei (kolektif). Inilah
tujuannya diwujudkan Majlis Syura Ulama, yang menggabungkan para ulama
dalam berbagai bidang ilmu Islam daripada kalangan kepimpinan PAS sehingga
mampu mencapai tujuan nas dan berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.
Para ilmuan dalam jurusan yang lain wajib diambil kira kepakaran masing-
masing dalam membuat ijtihad.
20. Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti,
sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti. Bahkan kita
menerima siapa sahaja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam.
Jangan ada di kalangan kita yang terperangkap dengan mainan musuh yang
cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara
ulama dan profesional.
21. Sejarah PAS tersangat jelas, di mana kedua-dua golongan ini berganding bahu
menubuh dan menggerakkan PAS hingga ke hari ini. Gagasan kita jelas dalam
puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakkan
profesional dan memprofesionalkan ulama.
22. Para profesional dalam PAS telah dan secara berterusan memberikan
sumbangan kepada parti samada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar
dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Kesemua ini
adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam PAS di atas
pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam.
23. Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera
PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisma yang
diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam
saf gerakan Islam. Usaha sebegini dilakukan oleh musuh Islam di seluruh
pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud
dalam saf kebangkitan Islam terkini. Maka di sana wujud kalangan yang mahu
menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan
tasyaddud.
24. Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang
berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan
Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie’ di bumi
tempat kita berpijak. Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke
8
hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke
jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan
kita di luar sana. Mereka adalah rakan-rakan seperjuangan kita tetapi di bumi
yang berbeza dan waqie yang juga berbeza.
25. Manakala dari kalangan yang kedua pula iaitu ber tasyaddud, iaitu mahu
melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa
pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH. Kumpulan ini juga
melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat Islam tetapi tidak
feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing.
HALATUJU PAS 26. Bagi mendepani berbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang
perjalanannya pada waktu ini, ada tiga sudut yang ingin ditekankan dalam
halatuju PAS untuk tempoh setahun ini. Ianya adalah, (1) Istiqamah PAS dengan
dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; (2) Mempertegaskan bahawa
PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait adalah dengan,
Islam; dan (3) Mengadakan semua pedekatan dengan pihak lain mengikut
panduan al-Quran dan Sunnah, seperti Tahaluf Siyasi, Ta’awun, Dialog dan lain-
lain.
Hubungan Semua Urusan dengan Islam
27. Al Quran meletakkan sifat mendapat kuasa untuk memerintah negara (Tamkin),
hendaklah berkonsepkan : Mendirikan sembahyang; di mana kepada kerajaan
Islam bukan sekadar mendirikan masjid dengan bangunannya sahaja, tetapi
juga meletakkan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan seluruh aspek
perlembagaan, undang-undang negara dan pengurusannya adalah sebahagian
daripada urusan agama yang termasuk dalam perhitungan dosa dan pahala.
ين ىهمإنٱل ن ك رضفمقاموا ٱل
ةأ لوى ةوءاتوا ٱلص كوى مروا ٱلز
وأ ٱلمنكر عنونهوا ٱلمعروفب ىقبولل ةع
مور٤١ٱل
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan. (al-Haj : 41)
9
28. Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang
besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya
berhenti sekadar di Putrajaya. Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat
dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan
semua pihak yang lain sama ada kawan atau lawan.
29. Generasi awal zaman keemasan umat ini telah menjadi contoh, bukan sahaja
mencapai kemenangan menegakkan negara di Madinah, selepasnya pula
mereka melakukan Futuhat Islamiyyah, di mana Islam yang dibawa bukan sahaja
menguasai wilayah yang luas bahkan membuka hati-hati manusia di negeri yang
diperintah oleh Islam. Kedatangan yang membezakannya dengan penaklukan
dan penjajahan. Bermakna kemenangan membawa rahmat dan adil terhadap
semua. Bukannya membalas dendam dan zalim. Kemenangan membawa
amanah bukannya mendapat peluang berkuasa semata-mata.
Pendekatan dengan pihak luar dari PAS
30. Sejarah PAS sejak dari tahun 1951 lagi, mencatatkan bahawa kita telah dan
sedang melaksanakan berbagai pendekatan yang dirujuk kepada panduan al-
Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam kita
menerokai siyasah. Maka kita melaksanakan Tahaluf, Ta’awun, Dialog, dan
berbagai pendekatan lainnya.
31. Aspek Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah merupakan dasar yang telah
melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh PAS sejak berpuluh
tahun lalu. Sejarah panjang perjuangan PAS meyaksikan bagaimana PAS telah
melakukan kerjasama politik dengan Parti Negara yang di asaskan oleh Dato
Onn Jaafar bila mana beliau keluar dari parti UMNO yang diasaskannya.
Demikian juga PAS menyertai Kerajaan Campuran dan BN selepas pergolakan
politik tahun 1969, Majlis Perunding Ekonomi Negara bersama Angkatan
Perpaduan Ummah 1990, bersama dengan PKR dan DAP tahun 1999 dalam
Barisan Alternatif dan kini bersama Pakatan Rakyat yang di asas pasca pilihan
raya umum 2008.
32. Sejarah ini membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang tertutup, atau
juga bukan parti yang hanya menghafal hukum-hukum feqah semata-mata
sehingga tidak memahami waqie politik negara. Namun kesemua ini dilakukan
melalui kaedah - kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat-syarat yang tidak
mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, bahawa apa sahaja
10
persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda
Islam yang dibawa adalah tidak boleh diikuti sama sekali.
33. Sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, kita sering memperingatkan pimpinan
dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan,
memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga
meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan. Allah Taala menguji kita dengan
sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga
lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir
dengan peraturan agama.
34. Maka sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS
melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara-perkara yang
dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan,
urustadbir telus dan lain - lain yang menjadi titik pertemuan. Agenda ini kita
rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam Polisi
Bersama PR.
35. Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya
tiada dalam Polisi Bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing.
Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita adalah memperjuangkan
perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS,
tetapi PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular
ini dalam perbincangan. Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang
patut atau tidak patut berada dalam kepimpinan parti masing-masing, walau kita
diserang siang dan malam.
36. Oleh yang demikian, PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi
bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan
al-Quran dan as-Sunnah. Tentunya dalam masa yang sama kita wajib berhati-
hati dengan peringatan Allah SWT dalam al-Quran; yang sangat jelas
peringatannya; firman Allah SWT :
ىفرينٱلمؤمنونٱيتخذل ولا ءلكىلكيفعلومنلمؤمنيهٱدونمنأ ٱمنفليسذ ء فلل نل إش
أ
ىة منهمتتقوا ركمتقى ٱويحذ ٱإولۥ نفسهلل ٢٨لمصيٱلل
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa
yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat
perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga
diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan
11
Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya
(menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
MEMBANGUN NEGARA MALAYSIA
Menentang kezaliman dengan pendekatan demokrasi
37. PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah melalui proses demokrasi yang
tidak melampau dan hanyut, menentang pemimpin yang menyalahgunakan
kuasa, kedudukan, rakyat dan harta. Perjuangan kita berkonsepkan hadis