1.0 PENGENALANPenilaian merupakan usaha yang dilakukan oleh guru
untuk menilai penguasaan kemahiran dan pencapaian seorang murid.
Menurut Mok Soon Sang (2002), pengujian, pengukuran dan pentafsiran
merupakan kayu ukur yang berkesan dan sistematik dalam menunjukkan
perkembangan murid-murid sekolah. Perkembangan murid haruslah
diikuti oleh guru secara konsisten dan berterusan untuk membolehkan
guru-guru memperbaik dan membetulkan kesilapan murid-murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan memaksimakan hasil
sesi pdp di kelas. Untuk tujuan ini, pakar telah merangka sistem
dan garis panduan untuk membina items soalan dan juga melaksanakan
penilaian menyeluruh dalam aspek perkembangan intelek, rohani,
sosial, jasmani dan emosi murid-murid. Usaha ini dilakukan untuk
menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang berkualiti dan berdaya saing serta sempurna perkembangan
lahiriah dan rohaniahnya. Tugasan ini akan membincangkan perbezaan
taksonomi Blooms dan Domain Afektif Krathwohl. Setelah itu, tugasan
ini juga akan membincangkan ciri-ciri pembinaan item soalan
peperiksaan, kepentingan dan aplikasi pengetahuan taksonomi Blooms
dalam pembinaan ujian.
2.0 Perbezaan Domain Krathwohl dan Taksonomi Blooms.Domain
Krathwohl dan taksonomi Blooms merupakan garis panduan penilaian
terhadap prestasi murid di sekolah. Menurut David R. Krathwohl,
Benjamin S Bloom dan Bertam B Masia (1992), domain afektif
merupakan bahan penilaian yang menilai murid bersabit dengan minat,
sikap dan perkembangan peribadi. Manakala taksonomi Bloom
melibatkan pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual dalam
individu.(Bloom: 1956) (Donald Clark :2012) Penilaian berasaskan
domain Krathwohl adalah bersifat kemanusiaan manakala penilaian
berasaskan domain Blooms lebih kepada perkembangan kemahiran dan
keupayaan kognitif individu. Namun kedua-dua pengelasan objektif
membawa fungsi yang sama, iaitu merupakan andaian berkenaan
perubahan dan menjadi garis panduan pengukuran perubahan tingkah
laku murid.
Domain afektif Krathwohl melibatkan pengurusan perasaan dan
emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
(Shuhaida Razi: 2012) Domain afektif Krathwohl membincangkan
pembinaan sistem nilai individu berdasarkan pengalaman dan ilmu
sendiri. (Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton:2001)
Menurut Jim Ford, Jane Knight dan Emily Mcdonald-Littleton (2001),
domain Krathwohl banyak melihat kepada sikap murid terhadap unsur
yang dipelajari, daripada sikap yang diamalkan apabila terdedah
kepada ilmu baharu sehingga intergrasikan nilai yang dipelajari
dalam kehidupan sebagai prinsip kehidupan dan sebahagian daripada
kehidupan. Manakala, domain kognitif Taksonomi Blooms memerhati
cara pemerolehan ilmu dan memupuk kefahaman. Taksonomi Blooms
menjelaskan perubahan dalam pemikiran dan pemahaman yang berlaku
kepada murid. Perubahan tersebut diperhati daripada perubahan
tingkah laku individu tersebut dan perubahan tingkah laku
menunjukkan berlakunya pembelajaran ddalam diri murid tersebut.
Dari segi struktur taksonomi pula, perbandingan hierarki jelas
ditunjukkan dalam rajah 1: Taksonomi BloomsDomain Afektif
KrathwohlPerwatakan
Penilaian
Rajah 1Terdapat enam kategori dalam taksonomi Blooms berbanding
dengan domain Krathwohl yang terdiri daripada lima aras. Posisi
kategori dalam taksonomi Blooms boleh mewakili tahap kesukaran
sesuatu kemahiran tersebut. Susunan aras dalam domain Krathwohl
juga dimulakan daripada tingkah laku yang paling mudah kepada
tingkah laku yang bersifat kompleks. (Donald Clark :2012) Hierarki
kedua-dua bahan penilaian bermula dengan kategori yang lebih mudah
atau senang dikuasai dan kesukaran kemahiran atau keupayaan
meningkat mengikut posisi kategori dalam hierarki tersebut.
Contohnya, kedua-dua taksonomi bermula dengan deskripsi pengubahan
tingkah laku atau sikap pelajar pada awal pendedahan ilmu baharu
iaitu tahap pengetahuan dalam taksonomi Blooms dan penerimaan dalam
domain Krathwohl. Pengetahuan merujuk kepada tingkah laku dan
situasi ujian yang menekankan cara-cara mengingat sama ada secara
mengecam atau mengingat semula idea-idea, bahan-bahan dan fenomena
(Benjamin S Bloom:1992). Hal ini merupakan kaedah pembelajaran asas
kepada sesuatu ilmu baharu. Untuk domain Krathwohl pula, penerimaan
menjelaskan peringkat sedar atau sensitif kepada kewujudan sesuatu
idea, bahan atau fenomena baharu dan rela untuk bertoleransi dengan
kewujudan tersebut. Contohnya, mendengar, menerima dan memberi
respons kepada sesuatu ilmu baharu.
Jika diteliti, kemahiran-kemahiran dalam kategori taksonomi
Blooms diperjelaskan dalam bentuk kata nama manakala aras-aras
domain Krathwohl dijelaskan dalam bentuk kata kerja. Dalam
taksonomi Blooms, aras dijelaskan dalam kata nama iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian,
manakala aras dalam domain Krathwohl dinyatakan dalam kata kerja
iaitu menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan
perwatakan. Penggunaan kata kerja dalam mendeskripsikan sifat
aras-aras taksonomi secara menyeluruh dan jelas. (David R.
Krathwohl: 2002) Selain itu, penggunaan kata kerja dalam turut
menjelaskan lingkungan atau liputan tugasan dalam setiap aras
dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan kata nama.
Contohnya, peringkat pertama taksonomi Blooms yang menggunakan kata
nama pengetahuan, guru dan murid mengalami sedikit kesukaran untuk
memahami skop liputan aras pengetahuan tersebut kerana makna
tersebut terlalu luas dan bersifat subjektif. Untuk domain afektif
Krathwohl, penggunaan kata kerja pada peringkat pertama iaitu
menerima, guru senang mendapat gambaran yang tepat serta jelas
hanya berdasarkan kepada penjelasan kata kerja tersebut.
Penilaian berdasarkan taksonomi Blooms lebih berstruktur dan
bersistematik berbanding dengan domain afektif Krathwohl. Hal ini
demikian kerana menurut menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl
dan Bertram B. Masia (1992), peningkatan unsur kognitif lebih
senang diukur berbanding dengan perkembangan unsur afektif. Unsur
kognitif bersifat kepastian manakala unsur afektif dijejaskan oleh
banyak faktor dan merupakan sesuatu unsur yang subjektif dan
jawapan bagi sesuatu soalan berbentuk afektif berbeza mengikut
situasi dan pemikiran individu. Menurut William Littlewood (1992),
unsur yang berbentuk kepastian seperti unsur bertujuan dan tetap
lebih senang disediakan dan peluang persediaannya lebih tepat
berbanding dengan unsur subjektif seperti unsur sosial dan
perasaan. Terdapat enam aras yang terdapat dalam taksonomi Blooms
iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Setiap aras dengan ciri-ciri dan kata kunci yang
tersendiri, menggambarkan sifat dan tingkah laku murid secara tepat
apabila dicapai sesuatu tahap itu. Manakala untuk domain afektif,
ciri-ciri yang digambarkan lebih bersifat subjektif kerana tingkah
laku kesudian dan kepercayaan bersifat abstrak dan tidak dapat
diwakili dengan unsur konkrit seperti jawapan soalan.
Tahap-tahap dalam taksonomi Blooms dan domain afektif Krathwohl
turut berbeza antara satu sama lain. Perkembangan mengikut
tahap-tahap taksonomi Blooms yang bersifat kognitif terbatas pada
penggunaan kemahiran dan juga pengetahuan. Menerusi proses
pengetahuan berdasarkan taksonomi Blooms, pengalaman melalui tahap
pengetahuan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
membolehkan seseorang individu dapat mengamati ilmu yang
diperolehnya secara baik dan menggunakan kemahiran yang
dipelajarinya secara berkesan dalam kehidupan. (Rujuk fungsi setiap
aras pada L1) Menurut Zainal Andi (2013), aplikasi taksonomi Blooms
fokus dalam aspek kognitif dalam kehidupan individu. Contohnya,
seorang individu yang mencapai tahap sintesis bagi kemahiran
kognitif berasaskan taksonomi Blooms mampu menghasilkan idea baharu
atau konsep baharu hasil daripada gabungan atau rujukan beberapa
kemahiran atau pengetahuan sedia ada. Liputan aplikasi aras
taksonomi Blooms terhad kepada penggunaan kemahiran dan ilmu.
Manakala, pencapaian aras dalam domain afektif Krathwohl memberi
kesan kepada kehidupan seseorang individu secara langsung. Hal ini
kerana menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl dan Bertram B.
Masia (1992), perubahan afektif yang berlaku pada individu bukan
sahaja berlaku pada peringkat idea, malah perubahan tingkah laku
serta gaya kehidupannya. Domain afektif Krathwohl menekankan
perkembangan nilai, sikap dan juga perasaan dalam lima aras iaitu
menerima, bertindak balas, menilai, mengorganisasi dan perwatakan.
Sikap dan tingkah laku seseorang dibentuk melalui pengubahan
pengawalan emosi serta pengurusan perasaannya berdasarkan penerapan
nilai dan juga sikap yang berpatutan mengikut tahap. Pemikiran
individu dibentuk semula dengan set nilai yang diorganisasikan
menjadi kepercayaan. Menurut Benjamin Blooms, David R. Krathwohl
dan Bertram B. Masia (1992) lagi, dalam akhir pencapaian aras
domain Krathwohl iaitu perwatakan, berlakunya kesebatian set nilai
kepercayaan tersebut kepada prinsip kehidupan diri seseorang.
Kesebatian ini menjadi sebahagian daripada kehidupan individu
tersebut dan menjejaskan kehidupan individu daripada aspek
kemanusiaan. Hal ini berlainan dengan penguasaan taksonomi Blooms
yang berkesan terhadap aspek intelek manusia.3.0 Analisis Soalan
Peperiksaan Percubaan UPSR Perak 2012Soalan peperiksaan bagi subjek
Bahasa Melayu pada sekolah rendah KBSR (Kurikulum Standard Sekolah
Rendah) terdiri daripada dua kertas, iaitu kertas pemahaman dan
kertas soalan penulisan. Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang
(2008), kertas pemahaman atau soalan aneka pilihan dijadikan
sebagai salah satu komponen penilaian disebabkan oleh
keberkesanannya dalam menguji kualiti pemikiran, kefahaman,
penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Bentuk soalan ini
mempunyai satu pokok soalan diikuti dengan beberapa gerak balas
(pilihan jawapan). (Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang: 2008) Hanya
terdapat satu jawapan yang tepat manakala pilihan yang lain dilihat
sebagai pengganggu. Selain itu, unsur-unsur taksonomi Blooms juga
telah diterapkan dalam pembinaan soalan objektif bagi kertas
pemahaman tersebut. Analisis ini akan membincangkan aras kesukaran,
unsur penerapan taksonomi Blooms dan struktur pembinaan soalan bagi
Kertas Pemahaman Percubaan UPSR Perak 2012.Terdapat 40 soalan
objektif dalam kertas soalan Pemahaman Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, 30 soalan tatabahasa dan 10 soalan pemahaman. Semua soalan
tatabahasa pada aras pengetahuan terdiri daripada soalan jenis isi
tempat kosong. Aras kesukaran kertas soalan terdiri daripada 3
peringkat, iaitu aras mudah, aras sederhana dan aras sukar atau
kompleks. Menurut Dr. Abu Bakar Nordin (1996), item-item
peperiksaan merupakan penilaian yang terhad ke atas skop pengajaran
yang luas, oleh yang demikian pemilihan item mesti dibuat secara
teliti dan bersistematik. Urutan dan pemilihan item untuk kertas
soalan peperiksaan percubaan UPSR Perak 2012 kemas dan teratur
serta meliputi kebanyakan unit pembelajaran yang dipelajari oleh
murid. Hal ini dapat dilihat melalui Jadual Spesifikasi Ujian bagi
kertas tersebut. (Rujuk Lampiran 2) Soalan yang disediakan menguji
pelbagai pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu, contohnya soalan
tatabahasa kata ganti nama diri, penanda wacana dan kata tugas.
Meskipun liputan soalan tatabahasa luas, namun berlaku jua
penambahan soalan elemen asas dalam kertas tersebut. Menurut Dr Abu
Bakar Nordin (1996), soalan-soalan elemen asas perlu dimasukkan
lebih banyak berbanding dengan soalan elemen peringkat tinggi untuk
membolehkan murid berupaya menjawab kertas soalan tersebut. Menutut
Shamsina Shamsuddin (2013), guru perlu mengambil kira murid yang
kurang kompeten dalam menggubal soalan untuk mengelakkan kesukaran
kertas terlalu tinggi. Guru perlu menyediakan pelbagai darjah
kesukaran item yang digubal daripada topik yang sama. Dalam soalan
kertas peperiksaan percubaan bahasa Melayu UPSR 2012, terdapat
beberapa soalan aras berbeza untuk topik kata berimbuhan serta
struktur ayat gramatis. Contohnya, soalan 29 ialah soalan beraras
sederhana dan 30 ialah soalan beraras kompleks yang menguji
tatabahasa struktur ayat dan gramatis.Dalam kertas soalan ini,
soalan aneka pilihan yang disediakan merupakan bentuk yang lebih
mencabar. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), murid lebih lazim
untuk menjawab soalan objektif yang pokok soalannya berbentuk
penyataan lengkap dan bukannya bentuk penyataan tidak lengkap (isi
tempat kosong). Wujudnya variasi rangsangan dalam soalan percubaan
bahasa Melayu UPSR 2012. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan
gambar rajah dan pernyataan dalam penggubalan soalan. Sila rujuk
Lampiran 3 untuk melihat contoh arahan dan soalan yang disediakan
dalam kertas percubaan UPSR bahasa Melayu (SK) Perak 2012. Semua
soalan dalam kertas percubaan tersebut juga membekalkan maklumat
yang mengcukupi untuk menjawab soalan. Item kertas percubaan ini
turut telah digubal berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
meliputi konstruk, tajuk, aras kesukaran berbeza, jenis items dan
klasifikasi item.Jika diteliti, penggubalan soalan kertas ujian ini
mematuhi kebanyakan prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka
pilihan. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013), soalan beraneka
jawapan perlu mempunyai arahan yang jelas dan dalam bahasa yang
padat serta jelas. Ciri-ciri ini jelas dinampakkan dalam gubalan
soalan tersebut. (Rujuk L3 untuk melihat contoh-contoh soalan
tersebut) Dengan adanya kata kunci seperti paling sesuai, betul dan
sama maksud, murid-murid dapat mengenalpasti keperluan soalan
dengan tepat. Penekanan terhadap kata kunci turut memudahkan
pemahaman murid terhadap keperluan soalan dan menjimatkan masa
kepada calon kerana murid dapat mengenalpasti keperluan soalan
dengan mudah dan sekilas pandang. Tambahan pula, soalan turut
diorganisasikan dalam bentuk arahan-stimulus-pokok soalan-pilihan
jawapan. Hal ini membolehkan murid mengenalpasti dan memahami
arahan soalan dan keperluan soalan dengan lebih baik.Selain itu,
tiada penggunaan perkataan negatif dalam pembinaan soalan kertas
soalan percubaan bahasa Melayu Perak (SK) 2012. Menurut Shamsina
Shamsuddin (2013), perkataan negatif seperti bukan dan tidak boleh
mengelirukan murid. Hal ini bercanggah dengan tujuan ujian dibuat
iaitu menguji kefahaman dan penguasaan murid dan bukan mengelirukan
murid. Selain itu, aras kesukaran dalam soalan yang disediakan
disesuaikan dengan usia murid. Hal ini dapat dilihat melalui
penggubalan soalan aras sintesis dan aras penilaian taksonomi
Blooms dalam kertas soalan tersebut. Perbincangan terperinci
dilakukan pada analisis soalan taksonomi Blooms. Secara ringkas,
penggubalan soalan kedua-kedua aras tersebut berada pada tahap
terbimbing, iaitu murid-murid diberi pilihan untuk memilih hasil
pemikiran sintesis dan penilaian daripada aneka pilihan jawapan dan
tidak diminta untuk memberikan jawapan secara bebas. Dengan ini,
penilaian ujian adil terhadap aras kognitif dan keupayaan usia
mereka.Taburan jawapan betul dalam soalan peperiksaan perlu dibuat
secara rawak. (Shamsina Shamsuddin:2013) Jawapan soalan peperiksaan
dalam kertas percubaan UPSR bahasa Melayu (SK) Perak 2012 bersifat
tidak menentu. Tidak wujud pola jawapan tertentu dalam taburan
jawapan. Hal ini dapat dilihat melalui skema jawapan pada JSU
(Rujuk L2). Dengan ini, murid tidak dapat meneka jawapan betul
berdasarkan sesuatu pola. Selain itu, kesukaran soalan turut
ditingkatkan dengan tiadanya jawapan pilihan berbunyi Semua di atas
atau Tiada satu pun di atas. Menurut Shamsina Shamsuddin (2013),
pilihan jawapan sebegini memudahkan murid-murid memilih jawapan
yang betul. Ketepatan jawapan juga tidak dapat ditentukan melalui
kepanjangan jawapan pilihan kerana jawapan pilihan soalan-soalan
dalam kertas ini lebih kurang panjangnya. (Rujuk L4 untuk contoh
soalan khusus dan aturan pilihan jawapannya) Wujudnya sistem
susunan pilihan jawapan yang kemas menurut abjad dan nilai nombor.
Hal ini memudahkan usaha menjawab murid-murid terhadap soalan
kertas tersebut, terutamanya soalan berbentuk pilih beberapa ayat
yang betul seperti yang ditunjukkan dalam L8. Namun, terdapat
kelemahan dalam penyediaan muka hadapan dan struktur soalan
beraneka pilihan. Arahan keempat yang diberikan pada muka hadapan
(Rujuk L5) telah menggunakan kata ganti nama diri kamu dalam
merujuk kepada murid-murid. Sebaik-baiknya perkataan anda digunakan
kerana penggubalan soalan menggunakan laras bahasa formal dan kata
ganti nama diri kamu tidak bersifat formal. Selain itu, susunan
struktur soalannya juga tidak kemas. (Rujuk contoh pada L6) Susunan
aneka pilihan jawapannya tidak tersusun mengikut satu format yang
tetap. Selain itu, jawapannya tidak diatur berdasarkan kepanjangan
jawapan tersebut. Hal ini menjejaskan kekemasan keseluruhan kertas
soalan dan tidak wujudnya satu format soalan yang tetap untuk
keseluruhan kertas soalan. Penggubal soalan juga tidak menggunakan
arahan dan kata kunci yang menunjukkan aras kognitif taksonomi
Blooms yang diuji dalam penggubalan soalan. Hal ini menyukarkan
penilaian atau pantauan liputan soalan oleh pihak lain untuk tujuan
kesahan ujian tersebut.
Seterusnya, soalan akan dibincangkan berdasarkan aras kesukaran
taksonomi Blooms. Perbincangan soalan akan dibahagikan mengikut
aras-aras seperti yang ditunjukkan di bawah:Aras Mudah1.0
PengetahuanAras pengetahuan dalam taksnomi Blooms menguji kemampuan
murid dalam mengingat kembali fakta serta pengetahuan yang
dipelajari. Wujudnya tiga jenis dalam aras pengetahuan iaitu
pengetahuan berjenis fakta khusus, pengetahuan jenis perlaksanaan
kemahiran iaitu berbentuk proses, pemeringkatan atau prosedur,
serta pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak
dalam sesuatu bidang. (Rozaidi bin Salim:2009)
Menurut Rozaidi bin Salim (2009), soalan aras pengetahuan tidak
memerlukan murid mengubah pengetahuan dalam bentuk baru, murid
hanya perlu menggunakan proses mental yang asas serta pengetahuan
yang diuji pernah diajar guru dalam menjawab, dan jawapan dapat
dipilih secara mudah. Contohnya:Pilih jawapan yang betul.7Masakan
Puan Alia sungguh enak kerana dicampurkan dengan ____ yang
terpilih.Alauk-paukCrempah-ratus/Bberas-petasDrumput-rampai
Murid perlu mengetahui bentuk kata ganda yang betul dan makna
kata dasar pilihan-pilihan soalan yang disediakan untuk menjawab
dengan betul. Tanpa pengetahuan yang meluas dari segi kosa kata dan
hukum tatabahasa kata ganda, murid mungkin tidak berupaya untuk
menjawab soalan dengan betul. Kata kunci betul digunakan kerana
soalan berbentuk pengetahuan mempunyai jawapan yang satu dan
bersifat tetap kerana ia merupakan fakta.
Contoh soalan pengetahuan untuk soalan petikan pula merupakan
contoh soalan pengetahuan beraras rendah dan aras tengah. (Sila
rujuk petikan pada set soalan di Lampiran 7) Jawapan bagi
soalan-soalan tersebut mudah dijumpai dalam petikan. Namun
pengganggu wujud dalam pilihan jawapan, iaitu pilihan jawapan yang
berkaitan dengan teks. Contohnya, soalan 31 di bawah:
31Mengapakan bercerita dianggap penting pada zaman
dahulu?ASebagai hiburan pada masa lapangB Sebagai acara
pertandingan yang terkenalCSebagai cerita rakyat yang terus
berkembang sehingga kiniDSebagai satu cara untuk mendidik dan
menyampaikan nasihat kepada masyarakat/Pilihan A dan C merupakan
pengganggu kerana sedikit sebanyak berkaitan dengan petikan,
manakala kewujudan pilihan B yang jauh terpesong tidak berkait
dengan soalan. Namun jawapan D masih dapat dikenalpasti dengan
sebagai jawapan tepat kerana jawapan terdapat dalam petikan
tersebut dan menjawab soalan dengan paling tepat berdasarkan
konteks petikan berbanding pilihan lain.
Aras Sederhana2.0 KefahamanDalam taksonomi Blooms (1964),
peringkat kefahaman merupakan aras menguji keupayaan murid untuk
membentuk kefahaman atau keupayaan murid untuk menghurai atau
memberi makna sesuatu perkara. (Donald Clark :2012). Menurut
Rozaidi Salim (2009), aras ini terbahagi lagi kepada tiga aras
iaitu penterjemahan (usaha menterjemah bahasa lain ke bahasa lain
tanpa mengubah makna asal), pentaksiran (usaha mentafsir idea dan
menerangkan idea menggunakan gaya sendiri) dan ekstrapolasi
(membuat inferens masa hadapan berdasarkan pengetahuan sedia ada).
Antara perkataan yang sering digunakan dalam soalan aras kefahaman
ialah jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan,
dan kelaskan. Dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu
Perak (SK) 2012, satu contoh soalan tatabahasa dan soalan pemahaman
aras kefahaman adalah seperti ditunjukkan di bawah:Isi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
19Kejayaan Saiful melanjutkan pelajaran di luar negara telah
menjadi ___orang kampung.
Abuah hatiCkhabar anginBbuah mulut/Djejak langkahSoalan di atas
merupakan soalan tatabahasa yang menampakkan ciri-ciri aras
kefahaman secara jelas. Murid perlu berupaya menterjemah makna
simpulan bahasa yang bersesuaian dalam usaha melengkapkan ayat
tersebut dengan sempurna. Murid perlu mentafsir jawapan yang benar
untuk soalan tersebut berdasarkan kesesuaian makna simpulan bahasa
untuk melengkapkan ayat soalan. Hal ini selaras dengan ciri-ciri
soalan aras kefahaman yang dikemukakan oleh Azizi Ahmad dan Mohd
Isha Awang (2008) iaitu soalan kefahaman merupakan soalan yang
memerlukan penggunaan proses mental melalui langkah keterjemahan,
tafsiran dan ekstrapolasi. Contoh soalan pemahaman aras kefahaman
adalah seperti berikut:Baca puisi di bawah kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
(Rujuk L9 untuk melihat puisi tersebut)
40Apakan yang akan terjadi jika kita tidak berusaha menuntut
ilmu?AKita akan mengalami kesusahan hidupBSupaya tidak menyesal
nanti/CSupaya dapat hidup senangDKita akan dapat pekerjaan
Soalan pemahaman tersebut merupakan soalan aras kefahaman kerana
jawapannya diterjemahkan kepada bahasa tidak puitis. Dengan ini,
murid perlu memahami puisi tersebut, mentafsir frasa puisi yang
mampu menjawab soalan tersebut dan memilih pilihan jawapan yang
mampu menterjemahkan hasil tafsirannya dengan tepat. Dalam proses
menjawab soalan ini, murid perlu menunjukkan kefahamannya terhadap
puisi tersebut dengan memilih pilihan yang menyampaikan makna yang
sama dengan puisi tersebut iaitu menterjemahkan jawapannya dalam
perkataan yang diberikan dalam pilihan jawapan tersebut.
3.0 AplikasiMenurut Abu Bakar Nordin (1986), aras aplikasi
merujuk kepada penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep,
prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam stuasi khusus dan
situasi am. (Mok Soon Sang: 2008) Murid perlu memahami ciri-ciri
asas pada aspek bahasa dalam aras aplikasi. Dengan mencakupi
pemahaman peringkat tinggi, murid-murid akan dapat menggunakan
pengetahuan tersebut dalam situasi baharu atau berbeza. Menurut Mok
Soon Sang (2008), soalan pada aras ini bertujuan menentukan sama
ada murid dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian dan
menggunakannya secara betul. Antara contoh soalan aras aplikasi
yang terdapat dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu
Perak (SK) 2012 adalah seperti berikut:Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.(Rujuk gambar
soalan di L10)10Pemuda itu _____ bakul yang berisi buah durian
semasa pulang dari
kebun.AmenjunjungCmenjinjing/BmengandarDmemikul
Dalam soalan tatabahasa aras aplikasi ini, murid perlu memilih
jawapan yang digunakan secara tepat dalam konteks soalan tersebut.
Pilihan-pilihan soalan ini semuanya merujuk kepada membawa bebanan
menggunakan bahagian atas badan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), kata kerja menjunjung membawa maksud membawa sesuatu di
atas kepada, kata kerja menjinjing merujuk kepada membawa bebanan
menggunakan lengan atau tangan, kata kerja mengandar menggambarkan
aksi yang membawa bebanan menggunakan kayu di atas bahu, manakala
memikul membawa makna membawa bebanan atas bahu. Murid perlu
mencakupi kebolehan menggunakan kosa kata tersebut dengan tepat
dalam situasi yang betul mengikut gambar yang ditunjukkan. Murid
akan menentukan jawapan tersebut dengan menelaah kesesuaian
penggunaan pilihan kata kerja dalam konteks soalan berdasarkan
prinsip penggunaan kata kerja tersebut. Berikut merupakan contoh
soalan aras aplikasi kedua:
Pilih ayat yang betul.30ITolong belikan saya kertas pembalut
hadiah di kedai buku.IIFazrul akan menunggu kita di bas stesen pada
pukul enam petang ini.IIIPak Salleh mempelawa kami makan goreng
ayam itu.IVKerja sekolah kakak saya tidak dapat disiapkan kerana
komputernya rosak.AI dan IIBI dan IV/CII dan IIIDIII dan IVDalam
soalan ini, ciri-ciri aras aplikasi jelas ditunjukkan. Hal ini
demikian kerana murid perlu menggunakan prinsip dan hukum
tatabahasa yang dipelajari untuk menentukan ayat yang betul
seterusnya memilih jawapan yang tepat. Antara hukum tatabahasa yang
terdapat dalam soalan ini adalah seperti hukum D-M, penggunaan kata
hubung dan kata pemeri yang tepat, serta penggunaan imbuhan akhiran
yang betul.Aras Sukar4.0 AnalisisAras analisis merujuk kepada
kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah
dipelajari kepada beberapa bahagian supaya mudah difahami. (Mok
Soon Sang:1993) Untuk menjawab soalan aras analisi, murid-murid
mempunyai pengetahuan yang luas dan fahaman yang mendalam dalam
sesuatu bidang, contohnya bidang bahasa Melayu. Murid perlu
mencakupi kebolehan menghuraikan ciri-ciri perkaitan antara
unsur-unsur. Menurut Mok Soon Sang (1993), terdapat tiga jenis
analisis, iaitu analisis unsur (kemahiran membezakan fakta yang
diketahui dan disusun mengikut sistem), analisis perhubungan
(kemahiran memahami perkaitan antara idea dalam petikan) dan
analisis prinsip organisasi (mengenal prinsip-prinsip, struktur dan
organisasi sesuatu perkara secara nyata atau tidak nyata). Antara
soalan aras analisis yang terdapat dalam kertas soalan percubaan
UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012 adalah seperti berikut:Pilih
ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.26IBangunan tinggi mesti mempunyai asas yang kukuh supaya
tidak runtuh.IIPersahabatan mereka menjadi semakin kukuh selepas
menyertai kem motivasi tersebut.IIIKedudukan pasukan Pahang dalam
Liga Perdana bertambah kukuh setelah mereka menumpaskan pasukan
Selangor.IVPemain badminton itu menjadi semakin kukuh apabila dia
menjuarai pertandingan peringkat dunia itu.AI dan IIIBII dan IVCI,
II dan III/DI, II dan IVSoalan ini memerlukan pengetahuan murid
tentang makna perkataan kukuh dan memahami secara mendalam tentang
penggunaannya secara tepat. Murid-murid mengalami proses mental
mencerakin ayat-ayat yang diberikan kepada struktur yang lebih
kecil untuk melihat perhubungan perkataan tersebut dengan konteks
ayat yang diberikan. Murid-murid akan mendiskriminasi komponen atau
bahagian yang tidak sesuai dengan penggunaan perkataan kukuh dan
seterusnya mengenalpasti struktur ayat yang tepat. Ciri-ciri ini
bertepatan dengan aras analisis kerana menurut Shamsina Shamsudin
(2013), tindakan mental menyusun, mendiskriminasikan antara
komponen merupakan kemahiran menganalisis.
Contoh soalan pemahaman untuk aras analisis:Baca puisi di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.(Rujuk Lampiran 8
untuk puisi soalan)37Mengapakah berlaku hijrah dari desa ke kota?
AUntuk mencari ilmuBKerana mencari hartaCKerana mencari pekerjaan
/DUntuk menenangkan fikiranDalam soalan ini, murid-murid perlu
mengetahui perhubungan idea dalam puisi, iaitu analisis
perhubungan. Menerusi analisis ini, murid-murid dapat mengesan
perhubungan dan interaksi antara idea-idea dalam rangkap atau ayat
pantun dan seterusnya mendapatkan jawapan yang betul. Soalan ini
memerlukan murid mencerakinkan ayat dalam rangkap pantun dan
mencari unsur sebab akibat bagi pokok soalan tersebut.
5.0 SintesisMenurut Donald Clark (2012), sintesis bermaksud
membina struktur atau corak daripada elemen yang berbagai dengan
mencantumkan bahagian-bahagian untuk membentuk bahan yang satu dan
menekankan penciptaan struktur dan makna baharu. Menurut Rozaidi
Salim (2009) terdapat 3 jenis-jenis soalan aras sintesis, iaitu
sintesis penyampaian (penghasilan wacana menyampaikan idea secara
tersusun), sintesis himpunan (penyediaan sesuatu rancangan),
sintesis cadangan (penghasilan set idea dengan perhubungan yang
abstrak). Namun dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu
Perak (SK) 2012, soalan sintesis adalah berada pada peringkat
rendah dan penghasilan idea baharu tidak ditekankan kerana umur
murid sekolah rendah tidak bersesuaian dengan kemahiran tinggi
tersebut. Soalan yang dikenalpasti sebagai soalan aras sintesis
dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu Perak (SK) 2012
ialah soalan berikut:22Pilih jawapan yang paling sesuai dengan
soalan yang diberi:Mengapakan Kempen Jom Ke Sekolah dilancarkan
oleh kerajaan kepada murid-murid sekolah?AMurid-murid sekolah perlu
dididik supaya mereka menghentikan tabiat ponteng
sekolah./BDiharapkan agar pihak kerajaan dapat mengajak murid
datang ke sekolah.CKempen Jom Ke Sekolah dilancarkan bagi menangani
masalah murid.DDapat memupuk rasa cinta akan sekolahDalam soalan
ini, unsur aras sintaksis tidak jelas, namun terdapat sedikit
sebanyak ciri-ciri sintaksis iaitu mencantumkan unsur-unsur dan
menghasilkan kesatuan baharu. Dalam soalan ini, murid-murid perlu
mengenalpasti unsur-unsur penting dalam kenyataan soalan yang
diberikan seperti kempen Jom Ke Sekolah dilancarkan khusus kepada
murid sekolah dan bukannya orang awam. Dengan unsur-unsur penting
dalam soalan, mereka akan membina satu kenyataan baharu yang
menjawab soalan tersebut dengan menghubungkan pengetahuan sedia ada
mereka dan juga unsur penting dalam soalan. Soalan sintesis ini
telah dipermudahkan dan murid-murid hanya perlu memilih jawapan
tersedia yang paling hampir dengan idea yang terhasil daripada
penghubungkaitan tadi.Soalan pemahaman pada aras sintesis adalah
seperti contoh berikut:Baca puisi di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya.(Rujuk puisi pada Lampiran 8)36Apakah
tajuk sesuai bagi pantun di atas?AKepentingan Ilmu/BIlmu dan
PekerjaanCIlmu Harga SegalanyaDTanpa Ilmu Hidup Menderita
Soalan ini meminta murid untuk memiih tajuk yang bersesuaian
dengan makna dalam pantun di atas. Untuk menjawab soalan ini, murid
perlu mencari makna utama yang cuba disampaikan dalam petikan
tersebut, menghasilkan perkaitan antara makna-makna tersebut dan
seterusnya membina satu konsep keseluruhan tentang puisi tersebut.
Tajuk yang bersesuaian akan dipilih berdasarkan pembinaan konsep
baharu tersebut. Sepertimana yang dijelaskan tadi, soalan sintesis
pada peringkat sekolah tidak banyak menekankan penghasilan idea
yang baharu dan membawa unsur bimbingan dalam pembinaan idea murid
dengan memberikan aneka pilihan jawapan kepada murid-murid.
6.0 PenilaianMenurut Shamsina Shamsuddin (2013), aras penilaian
memerlukan murid untuk membuat pertimbangan berdasarkan kriteria
dan piawaian melalui aktiviti semakan dan mengkritik. Kritik,
cadangan dan laporan merupakan sebahagian yang terhasil daripada
proses penilaian. Dalam kertas soalan percubaan UPSR Bahasa Melayu
Perak (SK) 2012, antara contoh soalan aras penilaian adalah seperti
berikut:Contoh 1:Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya.(Rujuk petikan pada Lampiran 9)35Bahasa
yang digunakan dalam cerita rakyat ialahAbahasa Melayu modenBbahasa
bakuCbahasa klasik/Dbahasa dialekContoh 2:Baca puisi di bawah,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(Rujuk puisi pada Lampiran
8)38Semasa berada di bandar, pekerjaan sukar diperoleh
keranaAterlalu memilih pekerjaanBpekerjaan terlalu susahCtidak ada
pekerjaan/Dtiada ilmuDalam kedua-dua soalan ini, murid dikehendaki
untuk menilai ketepatan jawapan berdasarkan rasional dan logik
soalan tersebut berasaskan kepada petikan atau puisi yang dibaca
dan seterusnya menentukan jawapan mereka. Dalam petikan, tidak
ternyata secara jelas jenis bahasa yang digunakan dalam cerita
rakyat. Namun, murid-murid mampu mendapat jawapan yang paling tepat
berdasarkan pertimbangan terhadap masa, faktor tempat dan sifat
setiap kata nama bahasa tersebut. Dalam soalan ini, pengganggu yang
paling mengelirukan merupakan D iaitu bahasa dialek kerana bahasa
dialek banyak digunakan dalam kalangan golongan warga emas dalam
masyarakat dan cerita rakyat merupakan warisan bangsa yang lama.
Namun dengan penilaian dan pertimbangan terhadap setiap unsur
jawapan, jawapan C merupakan jawapan yang paling tepat kerana
bahasa klasik merupakan bahasa yang digunakan pada zaman dahulu dan
cerita klasik tidak dipengaruhi oleh perubahan bahasa mengikut
peredaran zaman.Contoh soalan 2 juga merupakan soalan aras
penilaian. Jawapan soalan ini hanya dapat diperoleh dengan
murid-murid melakukan pertimbangan dari segi bukti dalam iaitu
menilai ketepatan jawapan daripada makna-makna tersirat dalam puisi
tersebut. Ciri ini merupakan salah satu ciri soalan aras penilaian
yang dikemukakan oleh Mok Soon Sang (1996) iaitu pertimbangan dari
segi bukti dalam. Murid-murid perlu membaca puisi secara berulangan
dan mendapatkan gambaran serta makna tersiratnya serta menilai
ketepatan pilihan jawapan yang diberi. Struktur soalan-soalan aras
penilaian bersifat membimbing iaitu hasil pertimbangan telah
disediakan dan murid-murid hanya perlu menilai ketepatan jawapan
dengan hasil pertimbangan bukti dalam puisi tersebut. Murid tidak
diminta untuk memberi pandangan atau kritikan mereka secara bebas
kerana tahap kognitif mereka belum mencapai tahap tersebut.
KESIMPULANMenurut Dr Maridah Hj Alias (2013), penilaian yang
sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh
mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat tentang
kemampuan murid. Menurut Mok Soon Sang (2002), dengan perancangan
soalan yang bersistematik dan berpandu dalam sesi ujian, barulah
sesuatu ujian dianggap kesah dan hasil keputusan diambil kira dalam
pertimbangan menilai potensi murid-murid. Penilaian berasaskan
Taksonomi Blooms dan Domain Afektif Krathwohl mampu meningkatkan
keupayaan kognitif dan perkembangan nilai murid secara berkesan
kerana setiap tahap disusun secara sistematik dengan nilai dan
kemahiran yang jelas dikenalpasti melalui kaedah soal jawab dan
pemerhatian. Kesimpulannya, perancangan penilaian dan pengujian
yang sistematik dan menyeluruh nescaya dapat menilai keupayaan
murid secara menyeluruh dan menjadikan proses penilaian bersifat
adil dan menghasilkan keputusan dengan kesahan yang tinggi.
LAMPIRAN RANCANGANPELAJARAN HARIAN
LAMPIRAN TUGASAN
LAMPIRAN 3: SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KSSR TERHADAP
KEMAHIRAN LISAN MELALUI PENAMBAHBAIKAN DENGAN DESKRIPSI MATLAMAT
PEMBELAJARAN YANG LEBIH JELAS DAN TERATUR.
LAMPIRAN 4:CONTOH SOALAN SUSUNAN PILIHAN JAWAPAN LEBIH KURANG
SAMA PANJANGNYA DAN SUSUNAN NOMBOR SOALANNYA SECARA TERSUSUN.
LAMPIRAN 5: KELEMAHAN DALAM PENYEDIAAN MUKA HADAPAN DAN STRUKTUR
SOALAN BERANEKA PILIHAN
LAMPIRAN 6: CONTOH SOALAN SUSUNAN PILIHAN JAWAPAN TIDAK
KEMAS
LAMPIRAN 7:SET SOALAN PEPERIKSAAN LENGKAP
LAMPIRAN 8: PUISI
LAMPIRAN 9: PETIKAN
LAMPIRAN 2 :JSU KERTAS SOALAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN UPSR (SK)
PERAK 2012.