PePendahuluan
PePendahuluanGolongan kata merupakan sesuatu perkataan dalam
bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan
beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi,
kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria
semantik.Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan
kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang
sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu
bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu
frasa, klausa, dan ayat.Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen
utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk
oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis
frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa
sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.Dalam bahasa
Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. Kata isian (kumpulan
yang terbuka kerana sentiasa berkembang) II. Kata tugas (kumpulan
kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan
sebagainya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor
sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh
digolongkan kepada empat iaitu: I. Kata nama II. kata kerja III.
kata adjektif IV. kata tugas Kata nama, kata kerja dan kata
adjektif ialah kata isian yang terbuka.
Definisi Penggolongan KataMenurut Nik Safiah(2008) kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama
kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Selain tiga golongan
utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh
menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Oleh itu,
perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh
dikelompok ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut
kata tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata
dalam bahasa Melayu menurut Nik Safiah terbahagi kepada empat,
iaitu :i. Kata namaii. Kata kerjaiii. Kata adjektifiv. Kata
tugas
Manakala menurut Asraf (2008) kata-kata dala bahasa Melayu dapat
digolongkan kepada kelas-kelas berikut :i. Kata namaii. Kata
kerjaiii. Kata adjektifiv. Kata sendiv. Kata keteranganvi. Kata
hubungvii. Kata seruviii. Kata sandangDi antara kelas-kelas kata
itu, kata nama,kata kerja, dan kata adjektif dapat berdiri sendiri
dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain tidak dapat
berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas
untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh itu, kata sendi, kata
keterangan, kata hubung, kata seru, dan kata sandang boleh
dimasukkan dalam kelas kata tugas.
Perbandingan Utama Golongan Kata
Nik Safiah Karim (2008)Asraf Abdul Wahab (2008)
Kata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti
namaKata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti
namaiv. Kata bilangan
Kata Kerjai. Kata kerja aktif Kata kerja aktif transitif Kata
kerja aktif tak transitifii. Kata kerja pasifKata Kerjai. Kata
kerja tak transitifii. Kata kerja transitifiii. Kata kerja
pasif
Kata Adjektifi. Kata adjektif sifat @ keadaanii. Kata adjektif
warnaiii. Kata adjektif ukuraniv. Kata adjektif bentukv. Kata
adjektif waktuvi. Kata adjektif jarakvii. Kata adjektif caraviii.
Kata adjektif perasaanix. Kata adjektif pancainderaKata Adjektifi.
Kata penguat
Kata Tugasa) Kata hubungb) Kata seruc) Kata tanyad) Kata
perintahe) Kata pangkal ayatf) Kata bantug) Kata penguath) Kata
penegasi) Kata nafij) Kata pemerik) Kata sendi namal) Kata
pembenarm) Kata arahn) Kata bilangan
Kata Tugasi. Kata sendiii. Kata keteranganiii. Kata hubungiv.
Kata seruv. Kata sandang
Golongan Kata NamaNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)
- merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,
haiwan, tempat, benda atau konsep.
Kata nama dipecahkan seperti berikut :i. Kata nama amii. Kata
nama khasiii. Kata ganti nama
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis,
iaitu
a. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)Contohnya
: tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautan
b. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarab atau bukan
kebendaan)Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan
serapan
Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu
:
a. Kata nama khas hidup ManusiaContohnya : Nina, Hani Bukan
manusiaContohnya : Lassie, Putih
b. Kata nama khas tak hidupContohnya : Kuala Lumpur, Proton
Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai, Angkasapuri
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :a. kata ganti nama
tunjuk kata ganti nama tunjuk umumcontohnya : ini, itu kata ganti
nama tunjuk tempatcontohnya : sini, situ
b. kata ganti nama diri kata ganti nama diri tanyacontohnya :
siapa, apa, mana kata ganti nama diri orang
Manakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada a. kata
ganti nama diri orang pertamacontohnya : saya, aku, beta, kita,
patik, kami
b. kata ganti nama diri orang keduacontohnya : saudara, kamu,
awak, kau, engkau, anda
c. kata ganti nama diri orang ketigacontohnya : ia, dia, beliau,
mereka-nya
- kata yang menyatakan makna orang, binatang, benda tempat, dan
sebagainya yang disertai kata bilangan di depannya atau kata ganti
tunjuk ini atau itu dibelakangnya.
Kata nama terbahagi kepada :i. Kata nama amii. Kata nama
khasiii. Kata ganti namaiv. Kata bilangan
Kata nama am ialah merujuk sesuatu yang bernyawa dan hidup
seperti manusia, binatang dan tumbuhan serta yang tidak bernyawa
dan tidak hidup seperti benda dan tempat.Dibahagikan kepada dua
jenis
a. Konkrit nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dipegang dan
dirasakan.Kata nama am konkrit terdiri daripada kata asal atau kata
terbitan.Contohnya : biara biarawan, duta kedutaan, duri
durian.
b. Abstrak nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam
fikiran atau khayalan. Kata nama am abstrak pun boleh terdiri
daripada kata asal atau kata terbitan.Contohnya : agama keagamaan,
Kata perkataan, kisah pengisahan.
Kata nama yang ditulis dengan huruf besar dipangkalnya termasuk
dalam kelas kata nama khas. Merupakan kata yang khasnya merujuk
kepada :
a. manusia, contohnya : Ali, Abu Chuab. binatang, contohnya :
Comel, Hitam, Tomic. bangunan, contohnya : Wisma Putra, Dayabumid.
bandar, contohnya : Kuantan, Dubaie. negeri, contohnya : Kedah,
Perlis, Perakf. judul buku,contohnya : Hujan Pagi, Cintag. makhluk
lain seperti malaikat.Contohnya : Jibrail, Mikail
Kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama
sebagai pengganti. Terbahagi kepada a. kata ganti dirib. kata ganti
tanyac. kata ganti tempatd. kata ganti tunjuke. kata ganti tak
tentu
a) Kata ganti diri ialah untuk mengganti kata nama orang. Kata
ini terbahagi kepada tiga iaitu :1. kata ganti diri
pertamacontohnya : aku, beta, daku, hamba2. kata ganti diri
keduacontohnya : dikau, kalian, kamu, tuanku, anda3. kata ganti
diri ketiga contohnya : baginda, ,mereka, dia
b) Kata ganti diri singkat dapat disingkatkan seperti yang
berikut : aku menjadi ku engkau menjadi kau kamu menjadi mu dia
atau ia menjadi nya
c) Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat
tanya.Contohnya : apa, mana, dan siapa
d) Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk mengganti
kata nama tempat. Ada tiga sahaja kata ganti tempat iaitu : sana
sini situ
e) Kata ganti tunjuk ialah kata yang menunjukkan sesuatu atau
seseorang.Kata ganti tunjuk ada dua sahaja iaitu: ini itu
f) Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan
sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Antara contoh kata ganti
tak tentu ialah :a. apa-apa (mengganti nama benda atau hal tidak
tentu).contoh ayat : Dia tidak berkata apa-apa.b. mana-mana
(mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu).contoh
ayat : Mana-mana pun berguna bagiku.c. siapa-siapa atau sesiapa
(mengganti orang yang tidak tentu).contoh ayat : Kami tidak
menyebelahi siapa-siapa.
Kata Bilangan-merupakan kata yang digunakan untuk menghitung
sesuatu.-boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. -kata
bilangan terbahagi kepada 7 jenis :
a) kata bilangan tentucontohnya: satu, dua, tiga, seratus
b) kata bilangan tak tentucontohnya: beberapa,semua,para
c) kata bilangan tanyacontohnya: berapa
d) kata bilangan pecahancontohnya: setengah,suku, dua
pertiga
e) kata bilangan pisahancontohnya: setiap, tiap-tiap,
masing-masing
f) kata bilangan perhimpunancontohnya: ribuan,
pelbagai,puluhan,berabad-abad
g) kata bilangan tingkatcontonya: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan-merupakan kata yang digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan.-ada kalanya penjodoh bilangan biasanya tidak
digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Misalnya:
a) sekalian peserta (betul) sekalian orang peserta (salah)
b) seluruh negeri (betul) seluruh buah negeri (salah)
-penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata
nama abstrak.-misalnya, beberapa cara, dua abad, ketiga-tiga sifat,
dan sebagainya.-beberapa contoh penjodoh bilangan : batang bentuk
bidang biji bilah buah butir carik, dll.
Golongan Kata KerjaNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)
-kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau
konstruksi frasa kerja.-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :a)
kata kerja aktif kata kerja aktif tak transitif kata kerja aktif
transitifb) kata kerja pasif
Kata kerja aktif tak transitif-kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.-dibahagi kepada subgolongan,
iaitu:
a) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap kata kerja
yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.Contohnya: Semua
orang pulang.
b) kata kerja aktif tak transitif berpelengkap kata kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat.Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.
Kata kerja aktif transitif-kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
contohnya: Saya telah menjawab surat itu.Kami membaiki kereta
itu.
Kata kerja pasif-kata kerja hasil daripada proses transformasi
atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contonya:Surat itu
telah saya jawab.Kereta itu telah kami baiki.-kata kerja ialah kata
yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.-umumnya kata kerja
ditandai dengan imbuhan-imbuhan seperti ber-, beran,berkan,me-kan,
mekan, mei, memper-..,memperkan, dan memperi-kata kerja terbahagi
kepada tiga,iaitu:a) Kata kerja tak transitifb) Kata kerja
transitifc) Kata kerja pasif
Kata kerja tak transitif-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
AsalMerupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan.Contohnya:
balik, bangkit, bersin,
Berawalan ber-..Dikenali sebagai kata kerja bentuk
terbitan.Contohnya: berasal,beroda,belajar
Berapitan berkanContohnya: beralaskan, berdasarkan
Berapitan ber...anContohnya: bercucuran, berdekatan Berawalan
me-Contohnya: menyala,mendarat
Berawalan ter-Contohnya: termenung, tertawa
Kata kerja terikat-ada juga kata kerja tidak berimbuhan tetapi
bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat yakni tidak
bebas.-contohnya: adu, ampun, angkat,beli, beri,bina,bawa, cabut,
capai, dadak, dll.
Kata kerja Transitif-kata kerja yang mesti disertai objek untuk
menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat
ayat.-objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa
nama.-terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
Berawalan me-..Contohnya: melukis, membeli
Berapitan mekanContohnya: mengajarkan, membelikan
Berapitan meiContohnya: membasahi,mendekati
Berawalan rangkap memper-Contohnya: memperalat, memperoleh
Berapitan memperkanContohnya: memperhatikan, mempersatukan
Berapitan memperi
Kata kerja Pasif-kata kerja yang berasal daripada kata kerja
transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-.-kata kerja pasif
boleh berawalan per- serta berakhiran i dan berakhiran kan.-kata
kerja pasif berawalan ber-,ter-, berapitan ke..an.
- contohnya: ambil, atasi, berikan, percepat, peringati,
perhatikan, berasah,bertulis, terbunuh,tercapai, kehujanan,
kecurian dan dll.
-satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri
daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena.
-contohnya: kena curi, kena pukul,
Golongan Kata AdjektifNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)
-dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa adjektif.-kata adjektif dibahagia kepada 9
jenis iaitu:a) Kata adjektif sifatan @ keadaan-memberi pengertian
sifatan atau keadaan.Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat, pandai,
berani, takut.
b) Kata adjektif warna-membawa pengertian warna sebagai unsur
keterangan.Contohnya : merah, biru, putih
c) Kata adjektif ukuran-membawa pengertian ukuran.Contohnya:
panjang, pendek, besar, kecik, tebal, nipis
d) Kata adjektif bentuk-membawa pengertian rupa
bentuk.Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk, bujur,
bengkok.
e) Kata adjektif waktu-membawa pengertian konsep masa.Contohnya:
baharu, lama, awal
f) Kata adjektif jarak-membawa pengertian konsep ruang antara
dua bentuk atau keadaan sebagai penerang k.namaContohnya: jauh,
rapat, hampir,
g) Kata adjektif cara-membawa pengertian keadaan kelakuan atau
ragam.Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah, jelas.
h) Kata adjektif perasaan-membawa pengertian konsep
perasaan.Contohnya: rindu, benci, cinta
i) Kata adjektif pancaindera-membawa maksud konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera.i.
Deria rasaContohnya: sedap,masinii. Deria
pandangContohnya:cantik,segakiii. Deria dengarContohnya:
lunak,garauiv. Deria bauContohnya:harum,busukv. Deria
sentuhContohnya:kasar,licin-kata adjektif dikenali juga sebagai
kata sifat.-kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda
atau kata nama.-Contoh kata adjektif : Adil, aman, beku, cemas, ,
cerdas, dahaga, damai, elok, enak, fasih, gagah, , hina, hebat,
indah, jahat, gila, kagum, lambat, mahal, dan dll.
-ada juga kata adjektif yang berawalan ter-. Misalnya :
terdekat, tertinggi, dll-kata adjektif disertai kata keterangan
amat, paling, sangat, dan bertugas sebagai kata penguat.
Kata penguat-sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga,
iaitu:
a) Penguat depanContohnya: agak,begitu,lebih, paling
b) Penguat belakangContohnya: benar, betul, nian, dan
sekali.
c) Penguat bebasContohnya: amat, sangat, sungguh
Golongan Kata tugasNik Safiah Karim (2008)Asraf (2008)
-kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan
kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh
menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif.-kata tugas dapat dikelompokkan kepada empat
kelompok yang berikut :
1. Kata penyambung ayat-ialah kata hubung, iaitu sejumlah
perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali
sebagai ayat majmuk.
a) Kata hubung-kata hubung gabunganJenis kata yang menghubungkan
dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu,
serta, sambil, atau, malahan
-kata hubung pancanganJenis kata hubung yang menyambung klausa
tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa
induk.Kata hubung pancangan terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-
keteranganBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan
pada klausa utama.Contohnya: kerana, agar,semasa, ketika, untuk,
apabila, kalau dll.
- komplemenBerfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen
atau pelengkap apda klausa utama.Contohnya ada dua iaitu: bahawa
dan untuk.
- relatifBerfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa
kecil yang lain.Contohnya: yang
2. Kata praklausa-sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
klausa, yang terdiri daripada :
a) Kata seruBentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contohnya: aduh, aduhai,
ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.
b) Kata tanyaPerkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
atau menyoalkan sesuatu.Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa,
bila, apa, siapa, mana.
c) Kata perintahBertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau
permintaan.Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong,
harap.
d) Kata pembenarPerkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contohnya: ya, benar, dan betul.
e) Kata pangkal ayatPerkataan yang hadir di bahagian hadapan
ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam
wacana.Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula,
alkisah
3. Kata prafrasa dan pascafrasa-sejumlah perkataan yanghadir
sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.
a) Kata bantu (sebelum frasa)Jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan
menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.Kata
bantu di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:
Kata bantu aspekMenimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa
lampau, masa kini atau masa hadapan.Contohnya: telah, sudah, baru,
pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.
Kata bantu ragamBentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
dilakukan.Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.
b) Kata penguatPerkataan yang mendahului atau mengikuti frasa
atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata atau frasa adjektif.Ada 3 jenis kata penguat iaitu:
Kata penguat hadapanPerkataan yang terletak di hadapan frasa
atau kata adjektif.Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin,
dan kurang.
Kata penguat belakangPerkataan yang terletak di belakang frasa
atau kata adjektif.Contohnya: sekali, benar, betul, nian.
Kata penguat bebasPerkataan yang terletak di hadapan atau pun di
belakang frasa atau kata adjektif.Contohnya: amat, sangat, dan
sungguh.
c) Kata penegasSejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Terdapat dua jenis kata
penegas iaitu :
Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.Contohnya,
-kah, -tah, -lah
Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek atau
predikat.Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
d) Kata nafiPerkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat.Contohnya : bukan dan tidak.
e) Kata pemeriUnsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat dua
cara iaitu,
Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif,
dengan penggunaan kata pemeri ialah.
Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan
kata pemeri adalah.
f) Kata sendi namaPerkataan yang terletaknya di hadapan frasa
nama.Contohnya: di, bagi, laksana, antara, untuk, dalam, sampai,
pada, kepada, dari, daripada, ke, bagai, akan, oleh, dll.
g) Kata arahSejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau
jurusan.Contohnya: atas, bawah, tepi, belakang, hadapan, tengah,
sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.
h) Kata bilanganSejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah
pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis kata
bilangan ialah : Jumlah yang tentu. Contohnya, dua, sejuta, seribu,
tiga, sepuluh, dll Bilangan tak tentu. Contohnya, semua, para,
beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll. Himpunan. Contohnya,
beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll. Pisahan. Contohnya
masing-masing, setiap, tiap-tiap. Pecahan. Contohnya setengah, dua
pertiga, dll.i) Kata adverbaPerkataan yang menerangkan kata kerja,
kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa
dan tempat.Contohnya, selalu, sentiasa, esok, dan sering kali.
4. Kata pascakata-satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.
Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan
pembenda.Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya,
lajunya, dan datangnya.
a) Kata penekanBentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.Contohnya: Lapisan ozon sesungguhnya semakin
menipis.
b) Kata pembendaBentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama.Contohnya: Lajunya ialah
100km sejam.
-kata tugas dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:a) Kata
sendi-bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan
kata-kata atau frasa-frasa yang lain.-kata sendi dari, di, dan ke,
adalah kata sendi utama.-Contoh kata sendi nama yang lain ialah:
akan, bagi, daripada, dengan, hingga, kepada,oleh, pada, sebagai,
sejak, seperti, dan tentang.
b) Kata keterangan-adalah kata yang menerangkan kata adjektif,
kata kerja, dan kata keterangan yang lain.-kata keterangan
terbahagi kepada: Kata keterangan cara seperti begini, begitu,
demikian,dll.
Kata keterangan masa seperti akan, belum, masih, pernah, sedang,
sudah, telah, dll
Kata keterangan tanya iaitu bagaimana, bila dan mengapa.
Kata keterangan darjah seperti agak, amat, nian, paling, sangat,
dll.
Kata keterangan tak tentu seperti agaknya, barangkali,
entah-entah, dll.
Kata keterangan nafi seperti bukan,tak, dan tidak.
-ada beberapa lagi kata keterangan yang tidak dapat dijelaskan
lagi. Misalnya : hanya,jua, juga, saja, dll.
c) Kata hubung-kata yang digunakan untuk menghubungkan unit-unit
tatabahasa dalam ayat gabungan dan ayat pancangan.-kata hubung
terbahagi kepada :
Kata hubung gabungan-iaitu kata hubung yang digunakan untuk
menggabungkan sepatah kata, atau satu frasa dengan satu frasa, atau
satu klausa dengan satu klausa dalam bentuk ayat majmuk
gabungan.Contohnya: atau, dan, lalu, maka, serta dan tetapi.
Kata hubung pancangan-iaitu kata yang digunakan untuk
memancangkan satu klausa yang lain untuk membentuk ayat
pancangan.Contohnya: agar, andaikata, apabila, bahawa, hingga,
supaya, tatkala, dll
Kata hubung berpasangan-iaitu kata yang digunakan secara
berpasangan dalam bentuk ayat majmuk gabungan juga.Contohnya:
baikmahupun, baikbaik, bukan saja tetapi juga, kiankian,
sedangkantambahan pula, dll
d) Kata seru-ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan
seperti geram, hairan, marah, sakit, takut, dll.-digunakan untuk
membentuk ayat-ayat yang dikenal sebagai ayat seruan.Contoh kata
seru ialah aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan
wahai.
e) Kata sandang-dikenali sebagai kata penyerta merupakan
partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri
sendiri.-mempunyai tugas yang penting untuk menentukan makna dalam
ayat.Contoh kata sandang ialah nya sang si yang
BibliografiBagi menyiapkan tugasan ini, rujukan utama saya
adalah seperti di bawah. Hal ini disebabkan soalan tugasan
berkehendakan perbandingan antara dua buku ini sahaja. Bagi rujukan
internet pula, saya hanya merujuk untuk pendahuluan sahaja.
1. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota
Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.2. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa
Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Internethttp://www.tutor.com.my/stpm/golongan%20kata/golongan_kata.htm
www.geocities.com/wr200x/Golongan_Kata.htm 1