Top Banner
1.0 PENGENALAN Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India. Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. Perayaan Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai (Januari hingga Februari) menurut kalendar Tamil. Sewaktu bulan purnama ia melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam. Selalunya perayaan ini akan jatuh pada minggu terakhir bulan Januari atau minggu pertama bulan Februari. Biasanya hari Thaipisam ini disambut selama tiga hari atau empat hari. Perkataan Thaipusam adalah gabungan dua perkataan, iaitu Thai nama bulan dalam kalendar Tamil dan Pusam nama sebuah bintang yang mengufuk dan paling terang pada hari Thaipusam. Sambutan Thaipusam juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" iaitu untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". Perayaan ini sebagai tanda memperingati peristiwa penganugerahan vel oleh Dewi Parvati kepada Dewa Murugan untuk menghapuskan raksasa bernama Soorapadman. Dewi Parvati ada kaitannya dengan istilah Ibu Pertiwi, penganut Hindu percaya bahawa Dewi Parvati juga adalah Dewi Bumi. Seterusnya terdapat laungan popular Thaipusam iaitu “Murugan’ku arogara!” yang disambut dengan laungan “vel vel vetri vel”, bermaksud Murugan menerima anugerah iaitu senjata vel atau lembing yang berjaya. Perkara ini juga turut menjelaskan mengapa perarakan vel Thaipusam bermula di Kuil Seri Maha Mariaman (nama lain untuk Dewi Parvati) ke Kuil Batu Caves (Kuil Murugan). Pada hari ini Vel menjadi simbol senjata memerangi kezaliman, dan ketidakparwaan. 1
15

Perayaan Thaipusam

Mar 13, 2023

Download

Documents

Anep Saaid
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Perayaan Thaipusam

1.0 PENGENALAN

Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam

kalangan orang India. Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang

berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. Perayaan

Thaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan

Thai (Januari hingga Februari) menurut kalendar Tamil. Sewaktu bulan

purnama ia melintasi bintang bersinar yang bernama Pusam. Selalunya

perayaan ini akan jatuh pada minggu terakhir bulan Januari atau minggu

pertama bulan Februari. Biasanya hari Thaipisam ini disambut selama

tiga hari atau empat hari.

Perkataan Thaipusam adalah gabungan dua perkataan, iaitu

Thai nama bulan dalam kalendar Tamil dan Pusam nama sebuah

bintang yang mengufuk dan paling terang pada hari Thaipusam.

Sambutan Thaipusam juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" iaitu

untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga

dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana,

Skanda and Guha". Perayaan ini sebagai tanda memperingati

peristiwa penganugerahan vel oleh Dewi Parvati kepada Dewa

Murugan untuk menghapuskan raksasa bernama Soorapadman. Dewi

Parvati ada kaitannya dengan istilah Ibu Pertiwi, penganut

Hindu percaya bahawa Dewi Parvati juga adalah Dewi Bumi.

Seterusnya terdapat laungan popular Thaipusam iaitu “Murugan’ku

arogara!” yang disambut dengan laungan “vel vel vetri vel”, bermaksud

Murugan menerima anugerah iaitu senjata vel atau lembing yang

berjaya. Perkara ini juga turut menjelaskan mengapa perarakan

vel Thaipusam bermula di Kuil Seri Maha Mariaman (nama lain

untuk Dewi Parvati) ke Kuil Batu Caves (Kuil Murugan). Pada

hari ini Vel menjadi simbol senjata memerangi kezaliman, dan

ketidakparwaan.1

Page 2: Perayaan Thaipusam

Dewa Murugan adalah dewa khusus bagi ras Tamil yang

berasal dari India Selatan. Juga dikenali dengan nama Skanda,

dewa ini dianggap sebagai dewa penjaga orang Tamil. Disebabkan

kepercayaan itu, Murugan tidak popular sebagai dewa utama dan

jarang dikenalpasti oleh penganut Hindu bukan Tamil.

Walaubagaimana pun sejak dua dekad yang lepas populariti Dewa

Murugan terus memecah tembok-tembok perkauman. Pada hari ini,

penganut Dewa Murugan terdiri daripada pelbagai lapisan etnik

India, Cina, Siam dan juga bangsa Eropah.1 Sekiranya

diperhatikan dengan lebih teliti, maka dapat melihat bahawa

kebanyakkan dewa-dewi agama Tao mempunyai persamaan dengan

dewa-dewi Hindu. Selaras dengan itu, masyarakat Malaysia yang

terdiri daripada berbilang bangsa mengalami pertembungan

budaya atau kepercayaan. Jelaslah bahawa, penganut agama lain

turut meraikan hari Thaipusam, terutamanya masyarakat

buddhisme.

2.0 ASAL USUL PERAYAAN THAIPUSAM

Terdapat beberapa legenda tentang sambutan perayaan Thaipusam. Salah

satu daripadanya diceritakan dalam karya berjudul Kandapurnam. Menurut

cerita ini, para dewa yang menjadi mangsa penganiayaan seorang raksasa

(asura) telah merayu kepada Dewa Shiva supaya menyelamatkan mereka.

Sebagai menunaikan permohonan para dewa. Dewa Shiva mewujudkan

Dewa Murugan dengan bara api kerohanian yang dikeluarkan dari mata

ketigaNya, iaitu mata di dahi-Nya. Seterusnya Dewa Shiva mengarahkan

Dewa Muruga supaya menyelamatkan para dewa dengan mengatasi asura

tersebut. Dewa Murugan diberikan lembing (vel) oleh Dewa Parvathi

1 Taha Abdul Kadir, Hari Perayaan Penduduk Malaysia (Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, 1985), 47.

2

Page 3: Perayaan Thaipusam

sebagai senjata untuk menewaskan musuh tadi. Dengan lembing tersebut

Dewa Murugan dapat menewaskan raksasa serta membawa kebahagian

kepada para dewa. Dewi Parvathi dikatakan telah memberikan vel kepada

Dewa Murugan pada hari Thaipusam. Hari pemberian vel serta penewasan

kuasa jahat disambut sebagai hari Thaipusam.2

Sebenarnya vel adalah simbol pembanterasan kejahatan. Dewa

Murugan telah menghapuskan kejahatan dan memberikan pengetahuan

dan kesedaran. Oleh itu, dipercayai jika bersembayang kepada Dewa

Murugan, kejahilan akan dihapuskan oleh-Nya. Kavadi ialah unsur penting

dalam sambutan hari Thaipusam. Kavadi selalunya diperbuat daripada

kayu atau besi dengan pelbagai barang hiasan. Kavadi disertai dengan

bahan-bahan persembahan seperti susu, bunga dan lain-lain. Pada zaman

moden ini setiap kavadi akan membawa sama ada patung ataupun

gambar Dewa Murugan. Terdapat pelbagai jenis kavadi termasuk ynag

dikandar, disangkut, dijunjung dan sebagainya.

Terdapat suatu legenda yang popular mengenai tradisi pembawaan

kavadi. Legenda ini menceritakan asal-usul sebuah kuil Murugan di

Palani, India Selatan. Agastnya (seorang maharesi agung) diberikan dua

buah gunung yang bernama Sivagiri dan Saktigiri. Agastnya mengarahkan

seorang raksasa bernama Idumpan supaya memikul kedua-dua gunung

tadi dari India Utara ke India Selatan. Idumpan mengandar kedua-dua

gunung seperti kavadi sampai ke Palani dan meletakkan kedua-dua

gunung di situ untuk rehat sebentar. Idumpan cuba mengandar semula

tetapi tidak terdaya kerana Dewa Murugan menahan. Idumpan pun

menyerang Dewa Murugan. Akhirnya Dewa Murugan mengatasi Idumpan

lalu meretusi-Nya. Selain itu, terdapat kepercayaan bahawa Dewa

Murugan akan menurunkan limpah kurnia-Nya kepada semua yang

menyertai serta mengambil kavadi seperti mana merestui Idumpan.3

3.0 LOKASI SAMBUTAN HARI THAIPUSAM DI MALAYSIA

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-

besaran dan meriah di, Malaysia. Kuil Sri Subramaniam, Batu

Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India.

2 M.Rajantheran, Perayaan Orang India (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1994), 14-16.3 Ibid, 18.

3

Page 4: Perayaan Thaipusam

Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa

Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati

perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee.

Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di George Town, Pulau Pinang disambut di Kuil Arulmigu

Balathandayuthabani, Georgetown. Seterusnya di Ipoh, Perak perayaan

Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula

dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa

Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh. Seterusnya di

Kuching, Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar, bandar Kuching. Di

Johor pula disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri

Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di

Jalan Kuel.

Di Malaysia daripada kuil-kuil yang meraikan hari Thaipusam, dua

buah kuil yang paling terkenal mahupun di luar negara ialah kuil

Murugan di Batu Caves dan Kuil Thandayutahani di Pulau Pinang.

Perayaan Thaipusam di kedua-dua kuil ini menarik perhatian ramai orang

tempatan dan orang luar yang bukan beragama Hindu. Misalnya Batu

Caves menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di

Selangor. Kehadiran kavadi dalam bentuk yang penuh berwarna-warni

dalam perayaan Thaipusam sangat diminati oleh mereka yang bukan

beragama Hindu juga termasuk pelancong dari luar negeri.4

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika

dibandingkan dengan di India. Hal ini berlaku demikian kerana

di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan

Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan

semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang

berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja.

Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapura,

Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya,

namun tiada yang boleh dibandingkan dengan jumlah pengunjung

4 Larry Dwyer, Event Tourism and Culture Tourism (New York: Rautledge,2013), 210.4

Page 5: Perayaan Thaipusam

yang mencecah angka dua juta di Batu Caves atau Batu Malai

dalam bahasa Tamil yang bermaksud “gunung batu”. Perayaan

Thaipusam di Tanni Malai atau Gunung Air di Pulau Pinang mampu

menandingi jumlah pengunjung di Batu Caves pada hari perayaan.5

4.0 TUJUAN MENYAMBUT PERAYAAN THAIPUSAM

4.1 MASYARAKAT HINDUISME

Tujuan dan objektif sambutan perayaan Thaipusam merupakan hari

menunaikan nazar dan menembus dosa atau memohon ampun atas

dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bernazar dan

menunaikan nazar adalah amalan dasar dan menyambut perayaan

Thaipusam. Selalunya penganut agama Hindu akan bernazar atas

pelbagai sebab. Antaranya, memenuhi kehendak diri, keluarga,

sanak-saudara dan sebagainya. Ramai bernazar kerana penyakit,

pendidikan, perniagaan, untuk memperoleh cahaya mata dan

sebagainya. Sekiranya, permohonan dikabulkan, maka beberapa

perkara harus dilakukan sebagai tanda kesyukuran. Pada hari

Thaipusam mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga

kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam

belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga

berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna,

daun danbenang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari

luar kuil hinggalah ke dalam kuil.

Selain itu, rambut merupakan satu bahagian badan yang

mencerminkan kecantikkan muka. Secara sinonimnya, orang yang5 Vineeta Sinha, Religion-State Encounters in Hindu Domains: From the Straits Settlements to Singapore (London: Springer, 2011), 222-224.

5

Page 6: Perayaan Thaipusam

mencukur rambut telah mengorbankan kecantikan, keangkuhan dan

perasaan megah diri di hadapan Nya. Walaupun kedua-dua jantina

boleh mencukur rambut, kebiasanya lelaki Hindu yang mencukur

rambut pada hari tersebut dan akan menyapu kayu cendana yang

wangi dimana boleh menyembuhkan kulit, antiseptik serta bahan

yang menyejukkan dan mengimbangi suhu kepala setelah dicukur.

Perkhidmatan mencukur rambut ini akan disediakan di luar kuil

dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk

melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu

peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang

bakal menjelma.6

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan,

"kavadi" akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau diatas

kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau

kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan

pelbagai saiz dan bentuk. Pelbagai cara menyeksa diri

dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya

ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah

perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi

patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang

mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan

dengan panah pendek dan panjang.7 Perayaan ini di Malaysia,

biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama

Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada

masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah6 A.Aziz Derman, Perayaan (Singapura: Times Books International, 1987), 40-42.7 Joshua Raj, A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs (Singapore: Genesis Books, 2008), 89.

6

Page 7: Perayaan Thaipusam

banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik

semasa sambutan perayaan ini.

Satu lagi perkara yang menarik di Thaipusam adalah

keadaan kebanyakkan penganut yang seperti dirasuk. Sebilangan

besar penganut Hindu yang menunaikan nazar di Thaipusam, turut

menjemput semangat-semangat dewa tempatan untuk membantu dalam

melakukan aksi-aksi yang mengingkari kesakitan. Dalam perayaan

Thaipusam kesakitan itu dilihat sebagai satu bentuk

pembersihan jiwa. Pada masa yang sama ramai juga penganut

Hindu yang menolak amalan seperti itu kerana mereka percaya

ada semangat-semangat jahat yang turut serta dalam Thaipusam.

Namun sedemikian perkara seperti itu tidak mendapat perhatian

ramai kerana sifat agama Hindu itu sendiri yang percaya bahawa

semangat jahat juga mempunyai hak untuk mendapatkan pencerahan

dan pengampunan dosa.

Antara semangat-semangat yang popular dipanggil untuk

membantu dalam aksi-aksi Thaipusam adalah semangat separuh

dewa seperti semangat Madurai Veeran, dewa penjaga masyarakat

miskin yang boleh dikenalpasti dengan pemakaian serban dan

dhoti, serta meghisap cerut. Selain itu semangat Dewi Kali

yang mengerunkan dengan rambut terurai dan lidah terjelir yang

disapu kum kum boleh dikenalpasti dengan pemakaian pavadai

merah atau hitam juga popular. Semangat Dewa Hanuman, dewa

monyet boleh dikenalpasti dengan memerhati penganut-penganut

yang menunjukkan gerak-geri ala-ala monyet.8

4.2 MASYARAKAT BUDDHISME8 Ibid, 45.

7

Page 8: Perayaan Thaipusam

Perayaan “Nine Emperor gods” yang disambut oleh masyarakat Cina

di Pulau Pinang amat menyerupai sambutan Thaipusam. Istilah

“mah song” yang digunakan dalam perayaan tersebut mengambarkan

penganut yang menjemput roh-roh dewa-dewi untuk merasuk badan

mereka. Mah bermaksud kuda dalam bahasa Siam, dan istilah “mas

song” pula merujuk kepada cara semangat-semangat dewa-dewi ini

menggunakan badan manusia sebagai pengangkutan seperti

menunggang kuda.9 Tradisi “mah song” dalam perayaan Nine Emperor

gods dipercayai diadaptasi daripada amalan dalam perayaan

Thaipusam.10 Oleh itu, dalam kalangan masyarakat Malaysia

penganut agama Buddha, terutamanya masyarakat Cina turut serta

dalam sambutan perayaan Thaipusam.

Penganut agama Buddha akan menunaikan nazar dan menebus

dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan

sepanjang tahun. Bukan hanya semua penganut Hindu sahaja yang

akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa

Murugan, dan jika permohonan dikabulkan, maka satu upacara

tertentu diadakan. Maka, masyarakat buddism snaggup menunaikan

nazar yang melibatkan pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan

bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Mereka percaya amalan

tersebut sebagai tanda kesyukuran. Sebagai contohnya, seorang

rakyat Malaysia yang bernama Peter Yeoh Chun berumur 25 tahun

telah menunaikan nazar selama dua tahun di Kuil Tanni Malai

atau Gunung Air di Pulau Pinang. Beliau turut mengatakan

tujuan mngamalkan amalan ini untuk meningkatkan peluang

9 M.Rajantheran, Kepercayaan Orang Cina (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1997), 18.10 Larry Dwyer, Event Tourism and Culture Tourism (New York: Rautledge, 2013), 211.

8

Page 9: Perayaan Thaipusam

perniagaan beliau.11 Jelaslah bahawa, setiap perkara baik

sentiasa mendapat sambutan walaupun bukan penganut agama

hindu.

Perayaan Thaipusam di Pulau Pinang pula agak unik

berbanding yang lain. Di Pulau Pinang, perayaan Thaipusam

dimulakan oleh masyarakat Chetty dalam satu ritual yang

dikenali sebagai Chetty Pusam. Kaum Chetty adalah peranakan

India yang banyak ditemui di negeri-negeri selat. Seperti

Peranakan Cina, kaum Chetty tidak fasih bertutur Tamil,

sebaliknya mereka bertutur bahasa Melayu yang penuh dengan

istilah-istilah pinjaman dari bahasa Tamil. Kaum Chetty sudah

menetap di negeri-negeri Selat sejak 1500an. Chetty Pusam agak

berbeza dengan ritual Thaipusam yang lazim kerana masyarakat

Chetty menunaikan nazar dengan menggunakan kavadi yang dihiasi

bulu burung merak dan mereka tidak gemar akan ritual mencucuk

tubuh dan aksi-aksi mengikari kesakitan. Lazimnya perarakan

Chetty Pusam disertai dengan pemain gendang, dan trumpet India

serta penari-penari kavadi kecil.

11 Kathileen Michael, “Chinese devotees attract curious onlookers: Part II: Community”, The Star Online Newspaper, February 8, 2012. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2012/02/08/Chinese-devotees-attract-curious-onlookers.aspx (accessed November 13, 2013)

9

Page 10: Perayaan Thaipusam

Gambar diatas menunjukkan panah besi dicucuk pada lidah

dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang.

Boleh dikatakan semua masyarakat yang menunaikan nazar berada

dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-

bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi

"kuasa" kepada mereka untuk berbuat demikian dan mereka

seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan

separuh sedar.12 Amalan ini dipandang berat oleh masyarakat

Buddha kerana mempunyai persamaan dengan Perayaan “Nine Emperor

gods” yang disambut oleh masyarakat Cina iaitu amalan yang

menjemput semangat-semangat Sembilan Dewa Maharaja Cina untuk

membantu dalam ritual.

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku

kaum. Maka, sering berlaku pertembungan budaya dan kepercayaan

sekiranya mempunyai persamaan dari segi tujuan serta kesannya.

Setiap amalan yang membawa kearah kebaikan akan mendapat

sambutan daripada orang ramai. Jelaslah melalui persamaan

upacara menunaikan nazar dalam agama hindu dan agama buddha.

Hal ini, telah memupukkan semangat segelintir masyarakat cina

yang beragama buddha turut meraikan hari Thaipusam bersama

penganut agama hindu.

5.0 KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang terdiri daripada

pelabagai kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, adat

resam dan perayaan. Setiap perayaan yang disambut oleh setiap

kaum di Malaysia mempunyai tujuan dan acara sambutan yang12 Ibid, 89.

10

Page 11: Perayaan Thaipusam

tersendiri. Perayaan tersebut merangkumi perayaan yang

berunsur kemenangan dan perayaan keagamaan. Contoh perayaan

keagamaan bagi masyarakat hindu ialah hari Thaipusam. Sempena

sambutan hari Thaipusam pelbagai kegiatan sampingan diadakan

untuk para pengunjung di kuil. Antara ynag penting ialah

pementasan drama, tarian, serta nyanyian agama Hindu setiap

malam.

Pelbagai gerai dibuka, pelbagai kemudahan permainan

kanak-kanak disediakan. Ini menyebabkan perayaan hari

Thaipusam bertukar wajar daripada perayaan agama kepada

perayaan bersifat social. Ramai pengunjung yang bukan beragama

Hindu juga turut menumpang kegembiraan. Khasnya mereka suka

melihat pelbagai kavadi yang berwarna-warni. Para pemimpin

khasnya pemimpin kaum India di negara ini juga mengamabil

peluang ini untuk menyampaikan upacara. Secara keseluruhannya

perayaan ini memberikan pengajaran bahawa Tuhanlah satu-

satunya yang dapat menghapuskan kejahilan pada umat manusia.

Pelbagai perlakuan baik membawa kita kearah kemakmuran dan

menjauhkan diri daripada kejahilan. Menunaikan nazar pula

ialah tanda kesyukuran, kerana manusia tidak boleh membalas

budi terhadap kasih Tuhan.

Perayaan ini bukan sahaja melibatkan penganut agama Hindu

di Malaysia, malah pelancong asing dari seantero dunia turut

meraikan hari Thaipusam. Kejayaan melawan anasir jahat

merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua

rakyat yang di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia

yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan11

Page 12: Perayaan Thaipusam

agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan

yang dikurniakan oleh-Nya.

6.0 LAMPIRAN

Mereka akan berarak dengan kavadi dan segerombolan penganut akan

naik ke Batu Caves untuk upacara penyucian diri dan membayar nazar

ini.

12

Page 13: Perayaan Thaipusam

Menebus dosa dengan cara berguling di atas jalan raya dari tempat

asalnya sampai ke dalam kuil.

7.0 BIBILIOGRAFI

A. Aziz Derman. Perayaan. Singapura: Times Books International,

1987.

Dwyer, Larry. Event Tourism and Culture Tourism. New York: Rautledge,

2013.

Joshua Raj. A Biblical Approach to Indian Traditions and Beliefs.

Singapore: Genesis Books, 2008.

M. Rajantheran. Perayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti,

1994.

13

Page 14: Perayaan Thaipusam

Melton, Gordan. Religious Celebrations: An Encyclopedia of Holidays Festivals,

Solemn Observances and Spiritual Commemorations. California: Santa

Barbara, 2011.

Taha Abdul Kadir. Hari Perayaan Penduduk Malaysia. Kuala Lumpur:

Pelanduk Publications, 1985.

Vineeta Sinha. Religion-State Encounters in Hindu Domains: From the Straits

Settlements to Singapore. London: Springer, 2011.

Michael, Kathileen. “Chinese devotees attract curious onlookers: Part V: Community”, The Star Online Newspaper, February 8, 2012. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2012/02/08/Chinese-devotees-attract-curious-onlookers.aspx (accessed November 13, 2013)

Foo, Noel. “Devotees, tourists throng Batu Caves forThaipusam: Part II: Nation”, The Star Online Newspaper, February 25,2013.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2012/02/07/Devotees-tourists-throng-Batu-Caves-for-Thaipusam.aspx (accessedNovember 14, 2013)

14

Page 15: Perayaan Thaipusam

15