611111-04-5221 KECEMERLANGAN SEBUAH SEKOLAH SANGAT BERGANTUNG KEPADA PERANAN PENGETUA. SEJAUH MANAKAH ANDA SEBAGAI PEMIMPIN DAPAT DIKAITKAN DENGAN PERANAN TERSEBUT. Ringkasan Eksekutif Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia telah menggariskan 9 peranan dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada pengetua untuk dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di samping itu, terdapat beberapa ciri kepimpinan yang memerlukan penghayatan oleh setiap pengetua dalam usaha untuk menggembleng setiap warga sekolah dan sumber yang ada untuk memacu mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Melalui adunan peranan dan kepimpinan inilah pengetua dapat merealisasikan segala visi dan misi ke arah kecemerlangan dalam setiap bidang, di dalam persekitaran kerja yang harmoni, dan merangsang setiap warga meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja dan hasil. Dalam penulisan ini, penulis membincangkan lima daripada 9 peranan dan tanggungjawab atau kemahiran yang harus dilaksanakan oleh pengetua untuk memastikan kecemerlangan sekolah. Melalui analisis secara kritikal dan analitikal, penulis berpendapat bahawa semua tugas dan pernanan tersebut haruslah dilaksanakan dengan serentak dan 1
30
Embed
Peranan Pengtua Sebagai Pemimpin Untuk Melairkan Sekolah Cemerlang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
611111-04-5221
KECEMERLANGAN SEBUAH SEKOLAH SANGAT BERGANTUNG KEPADA PERANAN PENGETUA. SEJAUH MANAKAH ANDA SEBAGAI
PEMIMPIN DAPAT DIKAITKAN DENGAN PERANAN TERSEBUT.Ringkasan Eksekutif
Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia telah menggariskan 9
peranan dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada pengetua untuk
dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di samping itu, terdapat
beberapa ciri kepimpinan yang memerlukan penghayatan oleh setiap pengetua
dalam usaha untuk menggembleng setiap warga sekolah dan sumber yang ada
untuk memacu mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Melalui adunan peranan
dan kepimpinan inilah pengetua dapat merealisasikan segala visi dan misi ke arah
kecemerlangan dalam setiap bidang, di dalam persekitaran kerja yang harmoni, dan
merangsang setiap warga meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja dan hasil. Dalam
penulisan ini, penulis membincangkan lima daripada 9 peranan dan tanggungjawab
atau kemahiran yang harus dilaksanakan oleh pengetua untuk memastikan
kecemerlangan sekolah. Melalui analisis secara kritikal dan analitikal, penulis
berpendapat bahawa semua tugas dan pernanan tersebut haruslah dilaksanakan
dengan serentak dan secara cemerlang oleh semua pengetua tidak kira di tahap
mana sekali sekolah mereka kerana ia akan memberikan kesan yang hebat dalam
kejayaan sesebuah sekolah. Penulis merumuskan perbincangan dengan
menegaskan bahawa peranan pengetua amat penting dan menjadi penentu utama
terhadap terhadap kecemerlangan sekolah. Beliau juga mengungkapkan bagaimana
pengetua menggunakan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan peranan
dan kepimpinan ini untuk melaksanakan beberapa tindakan dalam mengubah
persepsi dan pemikiran setiap warga sekolah ke arah kecemerlangan.
1
611111-04-5221
1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN
Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr. Mahathir Mohamed pada 28 Febuari
1991 adalah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju
mengikut acuannya sendiri. Antara hasrat yang terkandung di dalamnya ialah,
Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu ,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama,moral,
etika dan menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur. Lanjutan
itu, di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
memperkenalkan MISI NASIONAL yang mengaitkan dengan Islam Hadhari yang
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi individu
bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang seimbang iaitu modal Insan. Misi
Nasional ini memberikan penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan
‘minda kelas pertama’. Dasar 1 Malaysia hasil ilham Perdana Menteri Dato Seri
Najib Tun Razak mengukuhkan lagi betapa perlunya keupayaan modal insan ini
digembleng demi kecemerlangan negara.
Dalam usaha merealisasikan impian tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah diberikan peranan yang utama untuk melahirkan tenaga kerja yang
berkualiti yang berketerampilan, yang mampu menangani cabaran dan bersaing
dalam era globalisasi pada masa kini dan pada masa akan datang. Melalui misi
utama kementerian iaitu membentuk modal insan kelas pertama melalui
pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Segala usaha ini
sudah pastilah bermula di peringkat sekolah. Dalam hal ini sudah tentulah peranan
pengetua yang akan menggerakkan segala tenaga setiap guru, staf, dalam mendidik
2
611111-04-5221
anak-anak ini dengan menggunakan segala sumber, tenaga dan kepakaran yang
ada.
1.2 PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PIPP ( Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010) yang menggariskan 6 teras utama ke arah pencapaian
pendidikan bertaraf dunia tersebut. Melaluinya diharapkan Kementerian Pelajaran
Malaysia akan mengorak langkah membuat anjakan paradigma kepada budaya
berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Sehubungan itu, sistem
pendidikan diharapkan akan dapat mengeluarkan lepasan sekolah yang kreatif dan
berdaya fikir, mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri
berasaskan produk serta perkhidmatan bernilai tambah.
Kejayaan hasrat yang digariskan di dalam PIPP ini adalah menjadi
tanggungjawab setiap warga pendidik terutamanya yang berada di sekolah-sekolah.
Para guru, kakitangan, murid-murid memikul tanggungjawab melaksanakan tugas
masing-masing ke arah ini. Dalam hal ini, pengetua amat bertanggungjawab
menggerakkan sekolah untuk mencapai hasrat yang dirancang. Cabaran terbesar
pengetua di sekolah adalah untuk memastikan organisasi sekolah dapat berjalan
dengan efisien, efektif dan cemerlang. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB), telah menggariskan 9
tugas dan peranan yang perlu dikuasai oleh setiap pengetua untuk melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani dunia pendidikan bagi
melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan/ sekolah cemerlang (IAB,
2006). 9 Standard Kompetensi tersebut adalah:,Pengurusan dan Kepimpinan
3
611111-04-5221
Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Ko-Kurikulum, Pengurusan Hal
Ehwal Murid,Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan
Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. Ternyata peri pentingnya kepimpinan
pengetua dalam menjana kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengetua sebagai
peneraju utama sekolah menjadi penentu kepada kejayaan setiap perancangan dan
menggerakkan setiap warga sekolah ke arah pencapaian visi yang seterusnya
mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang.
2.0 DEFINISI KONSEP
Bagi membincangkan permasalahan yang dinyatakan, beberapa definisi dan
konsep berkaitan perlulah diperjelaskan seperti berikut:
2.1 PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN.
Abas Awang dan Abdullah Ngah, (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai
setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-
benar bermanfaat. Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan melaksanakan
tugas kepimpinan di atas. Dalam konteks ini , penulis membincangkan 2 jenis
kepimpinan sahaja.
4
611111-04-5221
2.1.1 Kepimpinan Instruksional
Sweeny (1982) , menyebutkan enam ciri kepimpinan pengetua / guru
besar yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah cemerlang;
penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam pelajaran, menyusun dan
menetapkan strategi pengajaran; menyediakan dan mengekalkan suasana
kondusif di sekolah (iklim sekolah); kerap menilai pencapaian akademik
pelajar; menyelaras program pengajaran; membantu dan memberi semangat
kepada guru-guru. Menurut Hussien Mahmood( 1993), mengatakan bahawa
kepimpinan pengetua/ guru besar bertanggungjawab mengadakan falsafah,
matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru meningkatkan
kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum.
Pengetua juga melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras
aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha. Jelaslah, kepimpinan pengetua dalam
melaksanakan dan menumpukan seluruh tenaga dalam memastikan tugas
hakiki dan utama dalam kecemerlangan kurikulum, amatlah penting.
2.1.2 Kepimpinan Tranformasional
Zaidatol Akmaliah (2003) mendefinasikan kepimpinan ini sebagai
pemimpin yang mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi
serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai visi, misi, matlamat dan
strategi organisasi. Beliau seterusnya melanjutkan bahawa pengetua bukan
lagi diperlukan untuk mengawal organisasi tetapi berperanan memimpin staf
untuk menyumbang di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini disokong oleh
Rahimah Ahmad (2002) yang menyarankan agar pengetua mengamalkan
pengupayaan kepimpinan dalam kalangan guru-gurunya. Oleh itu, benarlah
5
611111-04-5221
seperti apa yang dimaksudkan oleh Bass (1978) yang menyatakan bahawa
kepimpinan transformasi ini merupakan ciri kepimpinan yang mengandungi