Top Banner
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KERTAS I (UMUM) Harith Faruqi Sidek Penolong Ketua Pustakawan Perpustakaan UKM
59

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Aug 29, 2019

Download

Documents

phungtram
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

PEPERIKSAAN

PERKHIDMATAN

KERTAS I (UMUM)

Harith Faruqi SidekPenolong Ketua Pustakawan

Perpustakaan UKM

Page 2: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Skop Soalan

• Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UKM

• Keutuhan Peribadi / Dasar Negara

Page 3: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

SEJARAH PENUBUHAN

DAN

PERKEMBANGAN UKM

Page 4: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk

orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada

1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan

tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917.

Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan

cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan

menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa

pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila

Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu

mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada

DYMM Sultan Kelantan.

Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat

berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai

halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Sumbangan Tokoh Awal

Page 5: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti

kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi

tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara.

Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah

membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan

merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan.

Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat

sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah

institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan

keilmuan.

Page 6: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

TOKOH PERINTIS PENUBUHAN

UKM

Page 7: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

• Menampung pelajar menengah

aliran melayu yang semakin ramai

• Peluang melanjutkan pelajaran ke

luar negara terbatas atas faktor

ekonomi.

• Pada tahun 1968, ada 128,069

pelajar, hanya 330 orang

mendapat tempat di universiti.

• Pelajar aliran inggeris dapat

peluang lebih baik dengan adanya

Universit Malaya, Universiti Pulau

Pinang, Maktab MARA, Kolej

Pertanian dan lain-lain.

Page 8: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan

penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970

yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan dua (2)

orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti

Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.

Page 9: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang,

Papar. Nama Kebun Kawang kemudiannya ditukar kepada Limauan oleh

Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri

Sabah.

Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah

ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980. Seterusnya berpindah ke

Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang

asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi. Dengan penubuhan Universiti

Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya

pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk

Bangi, Selangor.

Page 10: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 11: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Paduan antara Iman kepada ALLAH dengan

Ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara

Teori dengan Amal adalah dasar utama bagi

perkembangan ilmu, proses pembinaan

masyarakat terpelajar dan pembangunan

Universiti

Falsafah UKM

Page 12: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

.

.

Page 13: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang:

• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasailmu

• Membangun masyarakat dinamis dan berakhlakmulia

• Mengantarabangsakan citra dan sumbanganUKM bagi masyarakat sejagat

• Menjana teknologi yang bermanfaat kepadamasyarakat

Page 14: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Lahir dari Aspirasi Rakyat?

Page 15: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 16: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 17: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 18: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 19: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

DI Awal Penubuhan

3 FakultiFakulti Pengajian Islam,

Fakulti Sains & Fakulti Sastera

1 Institut PenyelidikanIBKKM

Prasiswazah : 192Pasca Siswazah : 2

Tenaga Akademik : 38

Kampus Sementara di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Page 20: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 21: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

PERKEMBANGAN SEMASA

• PROFIL UKMhttp://www.ukm.my/pkk/wp-content/uploads/2015/03/UKMprofile_ms.pdf

Page 22: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan
Page 23: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

KEUTUHAN PERIBADI

Page 24: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Penghayatan Nilai dan Etika

• Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam

adalah dasar utama yang akan melahirkan

kecemerlangan, amanah dan

tanggungjawab yang dijalankan oleh

setiap anggota perkhidmatan awam.

• Penerapan nilai yang mementingkan

kecemerlangan kualiti dalam budaya dan

pengurusan organisasi harus meliputi

pemikiran dan tindakan semua ahli

organisasi.

Page 25: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

• Tonggak dua belas adalah sebagai

panduan untuk menerap nilai murni dalam

perkhidmatan awam oleh setiap penjawat

awam. Nilai yang baik ini akan dapat

membentuk peribadi seseorang menjadi

seorang individu yang mulia apabila

menjadi amalan.

TONGGAK 12

Page 26: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

1. Menghargai Masa

• Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan berfaedah adalah suatu kerugian kerana ‘masa itu emas.’

• Melengahkan dalam membuat keputusan mungkin akan menyebabkan kita hilang peluang keemasan atau berada di belakang.

• Setiap orang diberi masa yang sama banyak setiap hari, terpulang pada individu merancang perjalanan masa masing-masing.

Page 27: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

– Menepati masa

– Mematuhi masa bekerja

– Menyegerakan tugas

– Meyediakan perancangan waktu

– Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi

– Menetapkan sasaran masa target date/time

bagi setiap tugasan

Page 28: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

• Ketekunan bererti memberi tumpuan

kepada sesuatu kerja hingga selesai

dengan sempurna dan membawa

kejayaan serta kecemerlangan.

• Contoh ketekunan ialah semut yang tidak

berhenti melakukan sesuatu perkara

hingga selesai dan berjaya.

• Victory belongs to the most preserving

Page 29: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

– Tekun melaksanakan tugas

– Gigih melaksanakan tugas mencabar

– Rajin dan sentiasa berusaha

– Sabar menghadapi cabaran pekerjaan

– Cekal menghadapi kesulitan semasa

bertugas

– Dedikasi untuk mencapai matlamat organisasi

Page 30: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

3. Keseronokan Bekerja

• Kerja adalah sesuatu yang perlu dilakukan

untuk kelangsungan hidup sama ada

membanting tulang atau memeras otak.

• Bekerja adalah perlakuan yang tiada

penghujung, namun bagi seseorang yang

optimis kerja akan mendatangkan

keseronokan.

Page 31: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Menganggap kerja sebagai ibadat

• Mempunyai insiatif sendiri

• Menganggap kerja yang sulit sebagai cabaran

yang perlu diatasi

• Menghasilkan sesuatu yang berfaedah

• Memberi sepenuh komitmen kepada kerja

• Sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja

untuk berjaya

Page 32: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

4. Kemuliaan Kesederhanaan• Sikap kesederhanaan dalam tingkah laku dan

perhubungan antara individu sangat digalakkan dalam pentadbiran awam.

• Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan dalam hal seperti penetapan peraturan atau perbelanjaan. Seseorang yang bersikap sederhana akan memilih jalan pertengahan apabila berhadapan dengan situasi yang keterlaluan.

• Seseorang yang sederhana tidak meninggi diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan dan cadangan dan merendah diri.

Page 33: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Tidak tamakan pangkat dan kedudukan

• Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat

• Pemaaf dalam pergaulan

• Adil dalam semua tindakan

• Sedia menerima cadangan dan teguran

• Tidak memperagakan kemewahan

Page 34: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

5. Ketinggian Peribadi

• Peribadi merangkumi watak, sikap, perilaku dan gaya seseorang membawa diri dalam pergaulan sesama manusia di mana sahaja dia berada.

• Sikap positif dan terbuka membantu membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi.

• Perilaku yang beradab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi.

Page 35: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Menyempurnakan tugas dengan amanah

• Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab

• Berilmu dan berpengetahuan luas

• Mengutamakan keadilan dalam setiap

perbuatan

• Bertimbang rasa tetapi tegas

• Bersopan santun serta sederhana dalam

kelakuan

Page 36: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

• Sifat baik hati penting dalam pembentukan

etika kerana ia adalah sifat yang disukai oleh

sesiapa sahaja. Antara sifat baik hati ialah

pemurah, pemaaf, bertimbang rasa,

bersimpati pada kesusahan orang lain dan

suka menolong.

• Seseorang yang menurut hawa nafsu dan

bisikan syaitan akan mengenepikan sifat baik

hati yang menjadi sifat semula jadi manusia.

Page 37: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Bersopan santun setiap masa

• Bertimbang rasa dan bersimpati dengan

kesusahan orang lain

• Pemurah dalam usaha kebaikan

• Sedia memberi kemaafan dan melupakan

kejahatan orang lain

• Mudah mesra dan bekerjasama

• Merendah diri

Page 38: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

7. Pengaruh Teladan

• Masyarakat dipimpin oleh seseorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat tersebut.

• Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana berupaya membangun tamadun tetapi keruntuhan sesuatu tamadun juga disebabkan oleh kebodohan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.

Page 39: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Sentiasa berkelakuan baik serta bermoral dan

berakhlak tinggi

• Rajin dan kuat bekerja serta berdisiplin

• Jujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab

dalam setiap hal

• Berani mempertahankan kebenaran dan

kebaikan

• Sederhana dalam tutur kata dan tindakan

• Sanggup berkorban setiap ketika

Page 40: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

• Tugas ialah tanggungjawab bagi

seseorang yang bersetuju bekerja dengan

mana-mana majikan mengikut terma dan

syarat yang ditetapkan.

• Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap,

cepat, berkesan dan sempurna untuk

mencapai produktiviti yang ditetapkan oleh

majikan.

Page 41: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

• Tekun, sabar dan boleh diharap dalam menjalankan dan menyempurnakan tugas

• Cergas dan pantas bekerja

• Sentiasa belajar dari kesilapan dan jadikannya sebagai iktibar

• Bersikap profesional dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab

• Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara

Page 42: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

9. Kebijaksaan Berkhidmat

• Berhemat adalah sifat yang patut

diamalkan sepanjang masa, bukan sahaja

dari segi kewangan tetapi juga bagi

perkara lain seperti masa, bahan dan

penggunaan apa sahaja.

• Orang yang berhemat menghargai perkara

yang dicermatkan.

Page 43: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Berhati-hati bila berbelanja

• Tidak membazir harta kerajaan

• Tahu membezakan antara keperluan dengan

kemewahan

• Menyelenggara harta benda kerajaan dengan

baik

• Bertanggungjawab atas perbelanjaan yang

dilakukan

• Mengadakan sistem kewangan yang berkesan

Page 44: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

10. Keutamaan Kesabaran

• Kesabaran adalah sifat terpuji kerana seseorang yang sabar boleh menerima segala cabaran dengan tenang dan dapat memikirkannya dengan teratur.

• Semangat tabah pada seseorang akan mencerminkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kayakinan terhadap matlamat yang harus dicapai.

Page 45: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Tenang menghadapi masalah rumit

• Mempunyai perhitungan jauh dalam membuat

keputusan

• Tahan menerima cabaran

• Tidak mudah berputus asa

• Cermat dan berhati-hati dalam setiap tutur kata

• Teliti dalam menyiapkan tugas untuk mencapai

kesempurnaan

Page 46: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

11. Peningkatan Bakat

• Bakat adalah sifat yang mendorong

penciptaan, inovasi dan penyelesaian

masalah yang berkesan.

• Setiap orang mempunyai bakat dan

kelebihan masing-masing. Namun bakat

tersebut perlu dipupuk supaya dapat

berkembang dengan baik.

Page 47: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Memberi dorongan terhadap kreativiti

• Menggalakkan pemikiran baru dan

percambahan fikiran

• Mengenal dan memupuk bakat yang ada

• Berani mencuba idea baru

• Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif

• Menyediakan persekitaran dan suasana yang

dapat melahirkan idea-idea kreatif

Page 48: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

12. Nikmat Mencipta

• Kepuasan adalah tujuan dan kemuncak

dalam segala usaha seseorang.

• Kepuasan juga boleh dicapai apabila

seseorang berjaya mencipta sama ada

melalui penyelidikan atau kreativiti dalam

penyelesaian masalah yang dapat

menyumbang kepada kesejahteraan

masyarakat.

Page 49: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Amalan Positif

• Merasa puas kerana sesuatu idea atau

cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan

• Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

• Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam

menyelesaikan masalah

• Gembira melihat kewujudan idea dan kaedah

baru dalam pentabiran

• Berani mencuba idea dan perkara baru yang

dicadangkan

Page 50: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Nilai utama dalam perkhidmatan awam

1. Taat setia

2. Amanah, Bersih dan Jujur

3. Bertanggungjawab

4. Berkecuali

5. Adil dan saksama

6. Prestasi cemerlang dan berkualiti

7. Ketepatan masa

8. Perkhidmatan ramah dan mesra

9. Sikap berjimat cermat

Page 51: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Teras Perkhidmatan Awam

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab

3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

4. Berkhidmat dengan penuh muhibbah & kemesraan

5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

6. Bekerjasama membenteras kelemahan & musuh negara

7. Berpegang teguh pada ajaran agama

Page 52: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Dasar- dasar Negara

• Pelan Integrasi Nasional

• Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP)

• Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Bersih, Cekap dan Amanah

• Wawasan 2020

Page 53: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad

Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat

Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat

yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian

yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Elemen:

1)Individu

2)Budaya

3)Kepimpinan

4)Sistem Prosedur

Pelan Integriti Nasional

Page 54: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023

• Mengukuhkan mekanisme dalam menguatkuasa pusingan kerja (Reshuffle) secara mandatori kepadapenjawat awam yang memegang jawatan sensitif

• Menggubal dasar dalam mengurus penglibatan dan pelantikan pegawai kanan Kerajaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif .

• Memperkenalkan pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001 di semua agensiKerajaan

• Kempen kesedaran Anti-Rasuah secara berkala

• Pengistyharan Harta

• Mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan dibantu olehtiga agensi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Governans, Integriti danAntirasuah Nasional (GIACC) dan Institut Integriti Malaysia

• Membentuk mekanisme yang kukuh dan efektif dalam proses kerja yang berisiko berlakunya rasuah

Page 55: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

• Dasar pendidikan yang digunakan sejak kemerdekaan telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

• Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib telah menggariskan 3 asas utama bagi memastikan matlamat perpaduan tercapai. Tiga asas utama tersebut ialah mewujudkan sistem persekolahan yang sama bagi semua, menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan dan mewujudkan sistem peperiksaaan serta kurikulum yang sama yang bercorak kebangsaan.

• Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaanya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi memastikan pembangunan negara dapat dicapai.

14 Strategi Pelaksanaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Page 56: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Bersih, Cekap dan Amanah

• Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983.

Huraian Bersih, Cekap dan Amanah dalam

perkhidmatan awam

Page 57: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Wawasan 2020

• Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

• Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram danberkeyakinan.

• Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.

• Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

• Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

• Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

• Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.

• Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

• Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur

Page 58: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/190-dasar-dasar-negara.html

Page 59: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN - ukm.my umum1.pdf · menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa ... Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan

Sekian, Terima Kasih

Selamat Maju Jaya