PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT(23 FEBUARI 2015 27
FEBUARI 2015)ISU : PENGURUSAN MASA
1. Isu Yang Difokuskan :
Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi
pengurusan masa yang berkesan dan tepat seperti yang telah
dirancang dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.
Terdapat aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat
dijalankan kerana faktor masa yang tidak mencukupi dan saya bimbang
jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya memasuki kelas 3
Immam Shafie dan 4 Immam Maliki bagi subjek matematik mahupun
Bahasa Inggeris, saya dapati bahawa saya memerlukan masa yang lebih
awal untuk bersedia terutamanya apabila terdapat aktiviti yang
memerlukan penggunaan ICT yang melibatkan penggunaan LCD dan
laptop.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang
berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang
panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat,
riadah dan tanggungjawab.
Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah berkenaan pengurusan
masa ini timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Antara
punca dan kesannya yang dapat dikenalpasti ialah:a) Penerangan yang
terlalu lama semasa fasa persediaan dan fasa imaginasi untuk
memastikan murid-murid betul-betul faham tentang perkara yang
diajar dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia
dan kurang fokus.b) Pembahagian murid dalam kumpulan dan aktiviti
yang dijalankan mengambil masa yang agak lama. Hal ini kerana murid
dilihat teruja dan seronok melakukan aktiviti secara berkumpulan
hingga menyebabkan aktiviti tersebut memakan masa yang lama.c) Guru
tidak peka dengan masa yang berlalu sangat cepat yang menyebabkan
aktiviti seterusnya terpaksa dicepatkan, misalnya semasa fasa
tindakan guru terpaksa menyuruh murid menyiapkan lembaran kerja di
rumah dan mengakibatkan guru tidak dapat menilai sama ada objektif
pembelajaran pada hari tersebut tercapai ataupun tidak.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Saya
perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dengan
membaca banyak maklumat dan memperoleh pengetahuan tentang cara
menguruskan masa dengan efektif di dalam bilik darjah.b)
Memperbanyakkan aktiviti yang dapat menarik minat murid dan
meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.c)
Mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,
guru pembimbing dan guru-guru di samping dengan rakan-rakan lain.d)
Saya perlu peka dengan masa dan memastikan setiap aktiviti
dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :23 Febuari 2015 hingga 6 Mac 2015
(2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Tindakan susulan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah
ini adalah dengan memastikan setiap aktiviti yang dirancang dalam
rancangan pengajaran harian berjalan dengan lancar mengikut masa
yang ditetapkan dan aktiviti yang dirancang adalah mengikut tahap
penguasaan murid-murid serta bersesuaian mengikut ketetapan masa.6.
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Tempoh masa yang ditetapkan adalah bersesuaian dan saya akan
meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing
untuk memberi komen tentang keberkesanan langkah yang diambil agar
saya dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) : Saya
perlu mengkaji semula dan memperbaiki kesilapan saya serta
melaksanakan strategi yang telah dirancang untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan
meminta pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk
diaplikasikan.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA(2 MAC 2015 6 MAC
2015)ISU : TINGKAH LAKU MURID
1. Isu Yang Difokuskan :
Setelah mengajar selama lima minggu, saya dapati bahawa terdapat
beberapa orang murid dari kelas 4 Immam Maliki yang suka membuat
bising dan mengganggu rakan lain semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Selain itu, mereka juga tidak
menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan sering
bersembang dengan rakan sebelah. Kadangkala mereka akan bergaduh
demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk
kegunaan sekejap.Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa
mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum
pengajaran yang seterusnya dan akan menyebabkan saya terpaksa
berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam
kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin
belajar tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.
Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur
kenakalan masih wujud dalam kalangan mereka.Walau bagaimanapun,
sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku
disebabkan oleh guru sendiri.Most behavior problems in the
classroom are caused by the teachers failure to teach students how
to follow procedures.
Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah tingkah laku murid
seperti murid suka membuat bising dan mengganggu rakan lain, tidak
menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran serta sering bersembang
dengan rakan sebelah. Daripada tinjauan awal yang telah saya
lakukan melalui pemerhatian dan temu bual, saya dapati terdapat
beberapa punca murid-murid berkelakuan begitu, antaranya ialah
disebabkan:a) Mereka kurang berminat dengan subjek matematikb)
Mereka tidak atau kurang memahami perkara yang diajarc) Mereka
merasa bosan dengan aktiviti yang dilakukand) Mereka lemah dan
kurang pandai dalam subjek matematike) Sikap guru yang kurang
bertegas
Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan
percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran juga.
Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi
memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi
kelas-kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari, telah
mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain.
Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat
terkini berkaitan dunia mereka.
Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran
sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan
berkesan.Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran.Pencapaian mereka dalam
peperiksaan akan menjadi semakin merosot. Selain itu, objektif
pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat
diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik.Dengan
adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar
dan berkesan.Murid-murid juga akan lebih berminat untuk
belajar.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Menyusun
semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.b) Menggunakan pelbagai
kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.c) Merancang P&P yang
melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran (guru perlu
kreatif).d) Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif
(seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini
akan memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai
oleh guru dan kawan-kawan.e) Semasa melakukan aktiviti kumpulan
atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah
pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain.
Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika
aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.f)
Guru perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku
murid.g) membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan
spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Matematik.
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui
tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan
bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara
ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai.
Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam California Standards
for the Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu
berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran
dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan murid, maka masa
pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin
disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh
ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin
disampaikan. Dengan ini murid akan hilang minat belajar dan
keinginan untuk belajar berkurang.
Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter
model of Assertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and
Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan
memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu
pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid
belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid
mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.
Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti
berikut:i. Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya.ii.
Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta kontak
mata.iii. Menggunakan gesture bukan lisan untuk menyokong
pernyataan lisan agar dapat mengubah tingkah laku pelajar tanpa
ancaman atau jeritan.iv. Mengamalkan teknik broken record iaitu
mengulangi mesej dengan tenang setiap kali murid cuba mencabar
daripada menimbulkan konflik.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :2 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 (2
minggu)
5. Tindakan Susulan :
Daripada pengalaman menggunaka Model Canter assertive
discipline, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada
seseorang guru yang tidak asertif atau garang.Kegarangan dan
ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan
trauma psikologi.Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik
darjah yang positif, penyayang dan produktif.Iklim ini yang positif
dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.Namun, saya tidak
begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya.Hal ini adalah
kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan
pengajarannya.Kadang-kadang saya juga akan memarah murid-murid saya
disebabkan kebisingan mereka.Jadi, saya berasa saya mesti mengubah
sikap saya yang tidak sabar tersebut.
Selain itu, penggunaan sistem pemberian markah masih perlu
dimantapkan lagi.Murid-murid akan mematuhi peraturan dan mendengar
arahan saya setiap kali saya memulakan sistem pemberian markah
untuk setiap kumpulan.Tetapi, keadaan ini hanya kekal untuk masa
yang singkat sahaja.Murid-murid terus membuat bising apabila guru
tidak lagi memfokuskan pada sistem pemberian markah.Hadiah yang
dijanji akan diberi kepada kumpulan yang mempunyai markah yang
tertinggi selepas 11 minggu dapat memotivasikan murid-murid
berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mematuhi
peraturan bilik darjah.Tetapi, tempoh masa pemberian hadiah itu
terlalu panjang untuk murid-murid.Sesetengah murid enggan berusaha
lagi kerana pengukuhan positif itu bukan diberi secara segera.Oleh
itu, saya mengubah sedikit perancangan saya.Saya memberi ganjaran
dan dendaan kepada murid secara segera.Namun, sistem pemberian
markah secara berkumpulan masih dikekalkan.Saya juga memberi
pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan sebaik
sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik.Contohnya, untuk
setiap kali waktu tamat Matematik, saya akan mengisytiharkan
kumpulan yang terbaik pada hari tersebut dan memberikan kata-kata
pujian untuk memotivasikan murid-murid.Untuk murid-murid yang
bermasalah, saya pula menegur mereka apabila mereka melakukan
kesalahan.
Saya berasa penukaran tempat duduk bagi murid-murid yang bising
duduk dekat depan juga tidak berguna kerana murid-murid tersebut
juga berbuat bising juga.Jadi, saya pun mengkaji cara lain untuk
mengawal mereka seperti meletakkan mereka di satu sudut
berseorangan dan tidak membenarkan mereka melibatkan diri dalam
apa-apa aktiviti dan melihat sahaja.Dengan cara tersebut, saya
mendapati agak berkesan kerana apabila mereka balik semula ke
kumpulan, mereka tidak berani membuat bising lagi.
Selain itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada
bila-bila masa walaupun menghadapi masalah kesuntukan masa agar
dapat memastikan penguatkuasaan peraturan bilik darjah secara
konsisten dan berkesan.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) : Canter
(2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa
oleh guru yang asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan
tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang
positif .
Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan
penguatkuasaan peraturan. Menurut Canter (2002), seseorang guru
tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa
jua.
Once you make a rule, you must enforce it-always.There are no
exceptions to this requirement. It is mandatory.You cant enforce
the rule with one student-and let it go with another. You cant call
students on the rule one day and overlook it the next. Rules must
be enforced with the consistency of the second hand one a
clock.
Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan
tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh
yang demikiansituasi yang berlainan memerlukan kaedah
penguatkuasaan yang berlainan.
Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan
kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin
belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja
menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam
memantapkan tugas sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah
seperti tukang masak di mana masakan sedap bukan sahaja bergantung
kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan ke atas api dapur,
peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain. Semua ini
saling bergantung.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEENAM(9 MAC 2015 13 MAC
2015)ISU : LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID
1. Isu Yang Difokuskan :
Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja
rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. Pelbagai punca dan
sebab masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa
bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa
pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab
mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid
kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latian yang
diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid
juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan
sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan
nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat
seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang
serta berkaliber.
Setelah mengajar selama enam minggu, saya dapati bahawa terdapat
beberapa orang murid dari kelas 4 Immam Maliki dan 3 Immam Shafie
yang tidak menghantar latihan dan kerja rumah yang diberikan. Malah
mereka juga memberi alasan bahawa tertinggal kertas tersebut di
rumah, telupa untuk menyiapkan dan ada yang menghilangkan kertas
latihan tersebut.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya telah
mengenal pasti bahawa puncapunca masalah ini, antaranya adalah
disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya, keluarga dan kaedah serta
bahan pengajaran yang tidak sesuai.
Kebanyakan murid bersikap negatif, tidak bertanggungjawab
terhadap aktiviti pembelajaran merekadan mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini
tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan
rakan sebaya. Terdapat sebilangan murid berpendapat bahawa perkara
yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan seharian.
Mereka sukar memahami bagaimana tajuk seperti tambah dan tolak
berguna dalam kehidupan mereka. Oleh itu, mereka akan berasa bosan
dan tidak berminat untuk membuat latihan Matematik.
Segelintir murid dalam kelas saya malas dan tidak berusaha untuk
menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu
tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk
membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain.
Antara murid yang bermasalah adalah:1. Mohd Naqib Saifuddin
(3S)2. Muhd Illiyas (3S)3. Muhd Mifzal (4M)4. Nurul Natasha (4M)5.
Nabil Ikhsan (4M)
Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan
kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba
mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk
melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk,
tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik.
Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku
latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah
diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi
kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah
sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih
kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan
yang berguna.
Banyak kesan yang bakal dihadapi oleh guru dan murid sekiranya
masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Antaranya ialah,
kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian
guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat
menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa
memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak
dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Selain
itu, ia turut memberi kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan
tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta
mengamalkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Teori
Pelaziman Operan Skinner. Sistem kawalan sosial mengkehendakkan
tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan
dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan
dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah
ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama
mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya
murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan
saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan
saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat
lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing.
Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan
memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan
rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura
menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan
lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang
sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk
terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka
kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan
disanjungi.Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian
dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan
dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah
matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti
radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad
jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan
pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid
untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid.
Tujuannya adalah untuk merangsangkan muridmurid supaya mereka dapat
memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu,
murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat
bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam
buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang
pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat
banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah
penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh
guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan
mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka
panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk
menyelesaikan masalah murid dengan baik.Untuk memahami dan
menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah mengadakan
perbincangan serta kolaborasi dengan guru pembimbing dan juga
pensyarah pembimbing saya. 4. Tempoh Masa Penyelesaian :9 Mac 2015
hingga 27 Mac 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Peneguhanialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), pengukuhandiberikan,
pertamanya untuk memuaskan kehendakindividu; keduanya, untuk
mengurangkan tekanan dan merangsang otak.Pada pendapat saya, pujian
dan katakata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak
terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang
tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan
seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak.
Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang
terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan
kepada murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan positif,
iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan katakata perangsang
untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini
tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi yang diberikan
oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif,
iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh
dan kurang mementingkan masa depan mereka. Selepas itu, saya telah
menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau
menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik.
Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang
individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid,
terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7-12
tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan
untuk mendendanya. Saya telah membuat satu eksperimen pada
muridmurid, iaitu mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz
matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat.
Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan bahawa murid adalah lebih
mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif,
kerana mereka takut menghadapi kesankesan peneguhan negatif dan
pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh
itu, saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di
dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun
selepas sekolah.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas
diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini
dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi
kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar
dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid
melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah
murid.
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan /
Halangan) : Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah
murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama
saya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan
bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang
berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri
untuk mengatasinya.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETUJUH(23 MAC 2015 27 MAC
2015)ISU : KAWALAN KELAS
1. Isu Yang Difokuskan :
Setelah mengajar selama enam minggu, saya dapati bahawa saya
mengalami masalah kawalan kelas. Murid sering membuat bising
terutamanya semasa waktu pertukaran fasa seperti dari fasa
persediaan kepada fasa imaginasi serta sewaktu membuat aktiviti
kumpulan. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil
masa untuk menenangkan mereka dan memastikan mereka fokus sebelum
pengajaran diteruskan. Hal ini akan mengganggu kelancaran aktiviti
yang telah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut
Clak and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang
diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan
peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang
sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini, murid-murid
tidak akan mengganggu pengurusan guru dengan karenah-karenah yang
dihadapi semasa mengikuti pembelajaran.
Saya terpaksa menyiasat punca-punca saya menghadapi masalah
kawalan kelas. Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan
melalui pemerhatian, saya dapati terdapat beberapa punca masalah
ini terjadi, antaranya ialah disebabkan:a) Murid-murid kurang
berminat dengan subjek matematikb) Sikap guru yang kurang
bertegasc) Murid-murid merasa bosan dengan aktiviti yang
dilakukand) Murid-murid tidak atau kurang memahami perkara yang
diajare) Murid-murid lemah dan kurang pandai dalam subjek
matematikIsu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada
pembelajaran sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan
berkesan.Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran.Pencapaian mereka dalam
peperiksaan akan menjadi semakin merosot. Selain itu, objektif
pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat
diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik.Dengan
adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar
dan berkesan.Murid-murid juga akan lebih berminat untuk
belajar.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a)
Menggunakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan
pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi
rangsangan bagi menarik minat murid.b) Memberi peneguhan positif
kepada murid-murid sekiranya berkelakuan baik dan datang menjawab
soalan di hadapan kelas.c) Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau
berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau
dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa
pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti
sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.d) Menjadi
seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.e)
membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta
berkuatkuasanya sepanjang waktu Matematik seperti apabila guru
menyebut Hello Hello Hello, murid akan membalas Yes Yes Yes.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :23 Mac 2015 hingga 3 April 2015 (2
minggu)
5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan
masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi
nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah
tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di
sini, saya akan mengambil langkah dengan memerhati murid-murid yang
berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk
bertanyakan tentang tingkah laku mereka di rumah. Melalui
pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia boleh diatasi dengan cara
memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi dendaan
jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat
manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang
guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati
sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap murid,
murid-murid dapat memberi perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang
dan penyabar bagi menghadapi karenah murid-murid yang mempunyai
pelbagai ragam dan perangai.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELAPAN(30 MAC 2015 3 APRIL
2015)ISU : TIDAK MEMBAWA BUKU TEKS / BUKU AKTIVITI / BUKU
LATIHAN
1. Isu Yang Difokuskan :
Sikap segelintir murid yang sering tidak membawa buku teks /
buku aktiviti / buku latihan sering menjadi-jadi sejak kebelakangan
ini. Adakalanya saya meminta supaya murid-murid menggunakan buku
teks serta buku latihan dalam proses pengajaran saya. Apabila saya
meminta mereka mengeluarkan buku teks atau buku aktiviti, terdapat
lima ke tujuh orang murid yang tidak mengeluarkannya. Alasan yang
diberi pelbagai, termasuklah beg berat, terlupa susun jadual dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mengganggu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran saya.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya telah
mengenal pasti puncapunca masalah ini, antaranya adalah
disebabkan:a) saiz beg yang kecil b) beg beratc) terlupa merujuk
jadual pembelajaran kelasd) bukan setiap hari guru menggunakan buku
teks/ buku aktiviti / buku latihane) tidak menyiapkan latihanf)
sikap guru yang kurang bertegas dengan murid
Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran
sekiranya isu ini berterusan.Saya dapati, adakalanya murid sengaja
meninggalkan buku teks dan buku latihan serta buku aktiviti.
Buku-buku yang terlalu banyak untuk dibawa ke sekolah ini
membebankan mereka terutamanya murid yang berjalan kaki ke
sekolah.
Daripada hasil pemerhatian di atas, dapat saya rumuskan bahawa
hampir semua permasalahan yang timbul dalam penggunaan buku teks,
buku aktiviti dan buku latihan berpunca daripada masalah murid itu
sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan perlu diambil bagi membaiki
keadaan agar murid-murid saya tidak ketinggalan dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan. 3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a)
menyediakan lembaran kerja contoh sebagai panduan kepada
murid-murid untuk menjawab soalan.b) Penggunaan ICT dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid selain mereka
lebih memahami perkara yang ingin disampaikan.c) Menukar strategi
atau kaedah pengajaran yang tidak atau jarang menggunakan buku
teks.d) Mendenda murid yang sengaja tidak membawa buku-buku
tersebut ke sekolah.e) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas
terhadap tingkah laku murid.f) Menetapkan hari bagi penggunaan buku
teks, buku aktiviti dan buku latihan bagi meringankan beban
murid.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :30 Mac 2015 hingga 10 April 2015 (2
minggu)
5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan
masalah diri murid. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi
nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah
tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru serta
membawa buku-buku ke sekolah. Di sini, saya akan mengambil langkah
dengan menemu bual murid-murid yang berkenaan untuk mengetahui cara
mereka datang ke sekolah sama ada menggunakan basikal, berjalan
kaki, menaiki motosikal ataupun menaiki kereta dengan ibu bapa
masing-masing. Melalui pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia
boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara
individu dan memberi dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil.
Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta
disayangi. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan
penyelesaiannya.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati
sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap murid,
murid-murid akan membawa buku teks, buku latihan dan buku aktiviti
ke sekolah. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang
dan penyabar bagi menghadapi karenah murid-murid yang mempunyai
pelbagai ragam dan perangai.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU SEMBILAN(6 APRIL 2015 10 APRIL
2015)ISU : KEBERSIHAN KELAS
1. Isu Yang Difokuskan :
Sepanjang saya berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Kampong
ToBedor ini, saya dapati masalah utama yang perlu diberi perhatian
ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan dan
kebersihan kelas kelas menjadi salah satu aspek penting dalam
menjalani pembelajaran. Saya dapati bahawa terdapat murid-murid
yang tidak mengambil berat tentang kebersihan kelas masing-masing.
Malah berdasarkan pemerhatian saya, terdapat murid yang sering
membuang sampah di dalam dan bawah meja mereka. Apabila ditegur
oleh guru barulah mereka kelam kabut mengambil dan membuangnya di
tong sampah yang disediakan di dalam kelas. Selain itu, kebersihan
kelas juga kurang dipandang serius oleh murid-murid. Tingkap
dibiarkan berhabuk dan tidak bercuci selain sampah sarap seperti
sisa-sia potongan kertas yang bertaburan di atas lantai. Bagi
situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk
memastikan setiap murid menjalankan tugas masing-masing setiap kali
ingin memulakan pembelajaran. Hal ini akan mengganggu dari aspek
masa aktiviti yang telah dirancang untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Menurut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah (1998), salah satu faktor
yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana
dan iklim bilik darjah. Salah satu aspek yang perlu diambil berat
dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana
fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah
memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu
memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan
kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi
persekolahan atau pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru
perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan
sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian,
saya dapati dan merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan
disebabkan oleh:
a) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk
menjaga kebersihan kelas.b) Sikap malas dalam diri murid untuk
membersihkan kelas.c) Sikap sambil lewa murid murid-murid terhadap
kebersihan kelas.d) Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan
diri sendiri berada di tahap yang amat lemah.
Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran kerana ia mempengaruhi suasana pembelajaran murid
dan keselesaan dan kesediaan murid untuk belajar. Oleh yang
demikian, penting bagi seorang guru untuk memastikan keadaan dan
kebersihan kelas berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a)
Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan
kelas dan bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.b)
Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam
Islam.c) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian
kepada murid-murid yang menjalankan tugas membersihkan kelas.d)
Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done,
Great Job dan sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi
murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan kelas.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :6 April 2015 hingga 17 April 2015
(2 minggu)
5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan
masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang guru, saya perlu
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan
perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan
perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal reflektif akan
datang.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati
murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk menjaga kebersihan
kelas serta berlumba-lumba untuk membersihkan kelas setiap kali
waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan token atau motivation
sticker itu memberi kesan yang positif.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU SEPULUH(13 APRIL 2015 17 APRIL
2015)ISU : AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN MELEBIHI HAD MASA YANG
DITETAPKAN
1. Isu Yang Difokuskan :
Sepanjang saya berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Kampong
ToBedor ini, saya dapati bahawa terdapat aktiviti yang dilaksanakan
melebihi had masa yang ditetapkan. Antaranya ialah masa perhimpunan
pada setiap hari Isnin. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana
sekiranya ia berlarutan, ia akan memberi kesan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran waktu selepas perhimpunan.
Memandangkan saya mempunyai kelas selepas sahaja waktu
perhimpunan iaitu pada jam 8.10 pagi, saya amat berharap agar waktu
perhimpunan dihabiskan awal atau tepat pada masanya kerana
sekiranya ia melebihi waktu yang ditetapkan, saya terpaksa tidak
menjalankan beberapa aktiviti seperti aktiviti berkumpulan yang
sebenarnya penting untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang
sesuatu tajuk yang diajar.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang
berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang
panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat,
riadah dan tanggungjawab.
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui
pemerhatian, saya dapati dan merasakan masalah ini timbul besar
kemungkinan disebabkan oleh: a) Terdapat banyak pengumuman penting
yang ingin diberitahu kepada murid dan waktu perhimpunan merupakan
waktu yang paling sesuai untuk tujuan berikut.b) Terdapat
persembahan oleh murid yang akan bertanding seperti action song,
bahasa berirama dan bercerita.c) Waktu tersebut digunakan untuk
memberi nasihat kepada murid-murid.
Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran kerana ia melibatkan pengurusan masa kesediaan
murid untuk belajar. Oleh yang demikian, penting bagi seorang guru
untuk menggunakan masa dengan baik.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah
merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:e)
Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan
kelas dan bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.f)
Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam
Islam.g) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian
kepada murid-murid yang menjalankan tugas membersihkan kelas.h)
Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done,
Great Job dan sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi
murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan kelas.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :6 April 2015 hingga 17 April 2015
(2 minggu)
5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan
masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang guru, saya perlu
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan
perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan
perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal reflektif akan
datang.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan
mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan
saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh
sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak
berlarutan berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati
murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk menjaga kebersihan
kelas serta berlumba-lumba untuk membersihkan kelas setiap kali
waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan token atau motivation
sticker itu memberi kesan yang positif.