1.0 Pengenalan Makmal sains merupakan tempat melakukan atau
mengadakan aktiviti percubaan, penyeliaan, penyelidikan yang
menghubungkait dengan ilmu sains iaitu Fizik, Biologi dan Kimia.
Makmal sains dibina dan dilengkapi dengan segala peralatan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran amali sains diperingkat sekolah
rendah dan menengah.Definisi PengurusanPengurusan menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ( 2010 ) bermaksud suatu
perihal atau kerja mengurus sesuatu seperti mengurus syarikat atau
sektor sektor perniagaan. Menurut Kamus Websters New Collegiate
Dictionary ( 2004 ) pengurusan atau management bermaksud tindakan
atau seni pengurusan ( management ) , mengarah ( directing ) dan
pengawasan ( controlling )Pengurusan Makmal SainsMenurut Grove dan
Wallace ( 1993 ) menyatakan pengurusan makmal adalah tanggungjawab
bakal guru sains dalam mengetahui dan menyedari aspek aspek
pengurusan makmal sains. Aspek aspek makmal sains yang diutarakan
ialah :i. Pengurusan organisasiii. Susun atur makmaliii. Peraturan
pengstoran dan peralataniv. Mengurus pembelian dan penyelenggaraan
barangan makmalMenurut Shaharom Noordin dan Junainah Othman ( 2007
), pengurusan makmal sains merangkumi aspek organisasi, fail dan
rekod, penstoran peralatan, penyelenggaraan dan susun atur makmal.
Melalui beberapa pandangan yang dikemukakan dapatlah disimpulkan
bahawa pengurusan makmal sains ialah aspek yang melibatkan struktur
organisasi, peranan dan tanggungjawab, fail dan rekod ( stok ) ,
belanjawan,pesanan dan pembayaran, perancangan dan reka bentuk,
prosedur pelupusan dan penyelenggaraan dan susun atur makmal.
Rajah 1 : Pengurusan Makmal Sains Sekolah RendahPengurusan
makmal sains sekolah merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung
jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang
dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau
bukan formal. Penubuhan pengurusan secara formal sudah tentu
mempunyai tanggung jawab yang besar kerana terletaknya ketetapan
atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa menubuhkan badan
tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan
yang formal. Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan
bertulis dan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi
bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah.
Terdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu
pengurusan agar mencapai matlamat dikehendaki iaitu : a) penentuan
matlamat b) perancangan c) perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber
d) pemonitoran e) penentuan piawai. Kelima-limanya saling berkaitan
membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada
fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk
pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang
ditentukan. Beberapa aspek perlu dilaksanakan dalam pengurusan
makmal sains. Pertama, penentuan matlamat memberi panduan supaya
semua ahli di dalam organisasi ini mengetahui hala tuju yang jelas.
Penulisan matlamat menjelaskan gerak balas dan tanggungjawab ahli
untuk mendorong ke arah yang ditetapkan. Kedua, perancangan yang
bererti merancang untuk melaksanakan bagaimana untuk mencapai
matlamat. Perancangan memerlukan pemikiran strategik mencari jalan
dan beusaha untuk melaksanakan agar mencapai matlamat yang
ditentukan. Ketua Panitia perlulah memainkan peranan bersama
barisan jawatankuasa sains bagi memikirkan langkah yang sesuai
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Ketiga, perkhidmatan dan
penyelenggaraan sumber adalah merujuk kepada sumber daripada
manusia dan peralatan yang diberi tanggung jawab di bawah
pengurusan yang ditetapkan. Di dalam sesuatu pengurusan penggunaan
sumber manusia adalah perlu digunakan secara bijak untuk memberi
kesan positif kepada pembangunaan organisasi. Peralatan dan bahan
menjadi sumber menyokong kepada kerja - kerja yang hendak
dilaksanakan. Perkara yang amat penting adalah peralatan dan bahan
berada pada tahap kesediaan memuaskan dari aspek kecukupan dan
kebolehgunaan pada masa yang diperlukan. Namun aspek piawai dengan
maksud kualiti dan kuantiti perlu juga dilihat supaya memenuhi
dengan keperluan sesuatu tindakan. Piawai termasuklah nisbah
bilangan pelajar bagai setiap ujikaji, nisbah peralatan bagi
bilangan tertentu pelajar, saiz kerusi dan meja makmal, bilangan
kipas penyedut udara bagi setiap bilik dan banyak lagi. Keempat
adalah merujuk kepada pengawalan pelaksanaan. Pelaksanaan
menggambarkan tindakan bagi menggunakan keseluruhan sumber yang ada
untuk mencapai matlamat pengurusan ditetapkan. Kejayaan sesuatu
badan pengurusan terletak kepada keupayaan dan kemampuan
pelaksanaan. Makin cekap dan berkesan pelaksanaan memberi hasil
atau pulangan yang berkualiti. Kelima adalah pengawalan piawai.
Pengawalan piawai meletakkan tahap tertentu bagi menentukan mutu
pengurusan mencapai tahap memuaskan pelanggan. Contohnya meletak
tanda arahan peraturan dan label tertentu untuk keselamatan dan
pematuhan penggunaan bahan-bahan kimia tertentu. Pengurusan Makmal
Sains perlu selaras dengan pendekatan pembelajaran masa kini yang
mengutamakan penglibatan aktif pelajar. Pelajar kini diberi peluang
untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan
optima. Kaedah yang mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali
dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama
adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di
samping mind-on. Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan
persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut. Oleh itu
bilik yang dikenali sebagai makmal sains perlu disediakan. Konsep
makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi
kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam
persekitaran terkawal. Makmal sains seharus mempunyai kemampuan
menyediakan peluang pembelajaran sains secara maksima. Pelajar
didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru
mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan,
bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Penggunaan makmal sains
adalah sebagai penyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin
dilaksanakan oleh guru. Aspek utama pengurusan makmal sains ialah
keselamatan. Justeru beberapa alatan perlu disediakan. Antaranya
ialah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api. Kedua dua alatan
ini amat penting apabila menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran
di makmal sains. Selain itu, peraturan keselamatan juga perlu
dipamerkan, diterangkan kepada pelajar dan memastikan ia dipatuhi.
Beberapa aspek keselamatan yang lain seperti pengudaraan dan
pencahayaan turut perlu diberikan perhatian dalam pengurusan makmal
sains. Integrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains
memerlukan aktiviti seperti menjalankan ekperimen, demonstrasi dan
projek. Dengan itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran
saintifik. Bagi tujuan tersebut panduan yang dikemukakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjelaskan perkara tersebut.
Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru meneliti keperluan.
bermula dengan meneliti isi kandungan. Kebanyakan tajuk sains
memerlukan penerokaan dengan penglibatan pelajar. Guru seharusnya
wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan
sekadar melihat dari perspektif guru yang mempunyai banyak
pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Guru seharus tidak
terlalu mengikut modul semata-mata di mana kebanyakannya modul
dalam bentuk gambar. Guru mampu menggunakan kreativiti menjadikan
pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Adalah wajar
diingatkan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
sekiranya guru boleh merancang aktiviti yang melibatkan kesemua
deria di samping kemahiran proses sains yang sesuai. panduan yang
dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjelaskan
perkara tersebut. Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru
meneliti keperluan. Bermula dengan meneliti isi kandungan.
Kebanyakan tajuk sains memerlukan penerokaan dengan penglibatan
pelajar. Amat wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif
pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru yang telah
banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk.
Pembelajaran sains yang menekankan kepada kontektual dan inkuiri
memerlukan pendedahan pelajar kepada perkara sebenar. Di sinilah
keperluan guru membawa pelajar untuk melakukan ujikaji di makmal
sains. Melalui isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6 yang diterbitkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2003,
menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah
adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap
yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif
murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit
kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam
pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan
kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan
daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan
sikap. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan
seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat,
pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri, Bagaimanakah
melaksanakan pendekatan-pendekatan tersebut? Dokumen tersebut
menjelaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan
sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian
masalah. Dalam dokumen ini, cadangan kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu
dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti
pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuai cadangan
aktiviti pembelajaran jika perlu.2.0 Struktur Organisasi , Peranan
dan TanggungjawabStruktur organisasi makmal sains di sekolah rendah
adalah sedikit berbeza dengan sekolah menengah. Struktur organisasi
di sekolah rendah tidak bercampur dengan panitia matematik seperti
di sekolah menengah. Malahan ketua bagi panitia sains sekolah
menengah digelar Ketua Bidang manakala sekolah rendah sebagai Ketua
Panitia. Pengurusan bilik sains di sekolah rendah melibatkan
beberapa unit iaitu unit keceriaan bilik sains, unit penyimpanan
stok, unit keselamatan bilik dan unit penyimpanan bahan bantu
mengajar. Berikut merupakan contoh carta organisasi pengurusan
makmal sains di Sk Jengka 10, Maran, Pahang.
Rajah 2 : Carta Organisasi Sekolah RendahKetua panitia merupakan
individu penting yang menguruskan panitia sains di peringkat
sekolah.
Antara tugas bagi ketua panitia sains ialah :a. Membantu
merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan
sains.b. Menyemak dan mengemaskini stok makmal dan bilik sains dari
segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c. Merekod
peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus
kira dan pelupusan.d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan,
bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur
dan bersistem.e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal
dan bilik sains seperti pesanan peralatan / bahan, stok makmal
sains, pinjaman atau pemindahan peralatan, kerosakan/ kehilangan,
penyelenggaraan dan pemeriksaan, kemalangan dan rekod penggunaan
makmal sains.f. Menyelenggara bahan dan peralatan eksperimen g.
Memastikan persekitaran fizikal makmal sains seperti
keceriaan,bekalan api dan air serta kemudahan lain menepati ciri
ciri keselamatan.h. Memastikan peraturan keselamatan makmal sains
dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal
sains.i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja berkaitan makmal
sains.j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria
dan selamat.k. Memberi bimbingan professional kepada ahli panitial.
Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan panitiam.
Menjalankan tugas lain yang diamahkan oleh guru besar.Guru sains
yang juga merupakan ahli panitia sains juga mempunyai peranan dan
tanggungjawab. Antara peranan guru sains ialah :a. Mematuhi jadual
penggunaan makmal sainsb. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan
peraturan keselamatan makmal sainsc. Memastikan makmal sains
sentiasa bersih dan ceriad. Mengenalpasti keperluan peralatan dan
bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi
borang atau buku pesanan untuk tindakan ketua panitiae. Mengawasi
penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan
betul,cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatanf. Membantu
ketua panitia merekod, menyemak dan mengemaskini stokg.
Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains3.0
Belanjawan, Pesanan dan PembayaranBelanjawan merupakan satu proses
yang melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan
peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ia memerlukan
kebijaksanaan bagi memastikan penggunaan yang optimum oleh sekolah.
Terdapat dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran
perbelanjaan iaitu keperluan dan peruntukan. Bagi komponen
keperluan, ia dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan
makmal dan sistem rekod yang sentiasa dikemaskini. Sementara bagi
komponen peruntukan,ia dirancang berdasarkan peruntukan semasa yang
dikemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi
peruntukan.Perancangan belanjawan dibuat dua atau tiga bulan
sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang
perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah
tanggungjawab ketua panitia sains dan guru guru sains. Keputusan
akhir belanjawan akan dibuat oleh guru besar. Terdapat beberapa
perkara yang perlu diambilkira semasa membuat belanjawan. Antaranya
ialah membuat semakan semua stok dalam setiap makmal untuk
menentukan kuantiti item. Selain itu,semakan beberapa perkara juga
perlu dilakukan seperti :a. Menentukan kegunaan tahunan item item
pakai habisb. Waktu item pakai habis diperlukanc. Jenis jenis
peralatan yang sangat kurangd. Peralatan baru yang diperlukan bagi
tahun hadapane. Item yang rosak dan kecurian.Kemudahan dalam setiap
makmal seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan lain lain
perlu diperiksa semasa membuat belanjawan. Senarai keperluan
seperti bahan dan peralatan perlu dibuat bagi urusan mendapatkan
harga daripada pembekal. Ketua panitia juga perlu mendapatkan
peruntukan PCG tahunan serta membuat anggaran belanjawan mengikut
senarai keutamaan. Proses terakhir semasa membuat belanjawan ialah
menyemak samada senarai keperluan terdapat dalam kontrak pusat.
Ketua panitia perlu mengambilkira PCG dan kedudukan kewangan semasa
membuat perancangan belanjawan.Pemberian PCG adalah merupakan
bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian
Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG
mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau
pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid
pada 1 Oktober tahun sebelumnya dan borang tuntutan hendaklah
diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing
selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya. Walau
bagaimanapun, sekolah boleh membuat tuntutan penyelarasan sekiranya
mengalami perubahan bilangan murid. Sekolah yang mengalami
pertambahan bilangan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang
murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan boleh
memohon peruntukan tambahan sekali sahaja kepada bahagian kewangan
melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tuntutan
tambahan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sebelum
atau pada 30 Ogos tahun semasa dan permohonan yang dikemukakan
selepas tarikh tersebut tidak akan diberi pertimbangan (Pindaan
Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5, 2002, bertarikh 11
Februari 2004). Sekolah yang mengalami kekurangan bilangan murid
sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan
murid pada tarikh asas tuntutan dikehendaki mengembalikan
peruntukan lebihan PCG kepada JPN sebelum atau pada 30 Ogos tahun
semasa. Mengikut Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan
Bil 5, 2002, pengiraan PCG bagi mata pelajaran Sains Teras adalah
bergantung kepada enrolmen murid di sesebuah sekolah. 60% daripada
jumlah PCG Teras adalah diperuntukkan untuk mata Pelajaran Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Jumlah sebenar untuk Sains Teras
adalah 40% daripada 60% tersebut.Perbelanjaan Yang Dibenarkan
Menggunakan Bantuan PCG Anggaran perbelanjaan untuk pembelian
peralatan dan bahan Sains hendaklah disediakan pada bulan Oktober
setiap tahun. Ini memberi masa yang cukup untuk membuat
pertimbangan awal ke atas anggaran ini dengan mengurangkan atau
menambahkan jenis dan bilangan peralatan dan bahan Sains yang
hendak dibeli. Anggaran perbelanjaan ini hendaklah mendapat
kelulusan daripada Guru Besar. Ketua Panitia Sains perlu mengetahui
jumlah PCG Sains yang diperolehi bagi tahun berkenaan termasuk baki
pada tahun lepas supaya agihan perbelanjaan dapat dirancang.
Pengagihan ini hendaklah berdasarkan keutamaan berikut: a. Membeli
peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali.
b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak, pecah atau
hilang.
c. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains.
d. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar.
e. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan.
Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut:
a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas
Braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape
dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman
herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program
pengajaran dan pembelajaran.
Pemberian bantuan PCG haruslah diurus dan diguna secara berhemah
dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keutamaan pengunaan
adalah untuk proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Keperluan
bilik dan makmal Sains yang lengkap dan mencukupi serta keadaan
yang selamat akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar.
Kadar Bantuan PCG Mata Pelajaran Teras ( MP Teras ) Bagi Sekolah
Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling
Kewangan Bil 5,2006.bertarikh 31 Julai 2006.
Jadual 1 : Kadar Bantuan PCG Mata Pelajaran Teras Bagi Sekolah
RendahCara pengiraan PCG bagi sekolah rendah :PCG Sains Teras = 40%
x [60% x Jumlah PCG Mata Pelajaran Teras]Berdasarkan jadual 1 dan
cara pengiraan PCG,berikut disertakan PCG Sk Lktp Jengka 10, Maran,
Pahang bagi tahun 2015 :Sk Lktp Jengka 10 mempunyai bilangan murid
seramai 249 orang. Tuntutan PCG bagi mata pelajaran teras adalah
seperti berikut :Asas Pengiraan PCGJumlah PCG MP Teras
200 murid pertama = RM 2900.0049 murid berikutnya X RM 8.00 = RM
392.00RM 3292.00
Jumlah tuntutan PCG Sains= 40 % X ( 60 % x 3292 )= RM
790.08Perancangan Belanjawan Panitia Sains Sk Jengka 10, Maran ,
Pahang berasaskan PCG ( Rm 790.08 ).Sumber kewangan : PCG bagi
tahun 2015 ( Rm 790.08 )A. Peralatan / bahan makmal / bahan bantu
mengajarItem / PerkaraHarga SeunitKuantiti diperlukanJumlah ( RM
)
Jam Randik
Carta Dunia Sains Tahun 1Set MagnetSet BongkahRm 40.00
Rm 200.00
Rm 150.00Rm 70.00
2
1
12Rm 80.00
Rm 200.00
Rm 150.00Rm 140.00
Jumlah = Rm 570.00B. Program Kecemerlangan / Peningkatan
AkademikPerkaraTarikh PelaksanaanKos
Kuiz Sains
Pertandingan Reka Cipta Sains Abad ke 21
Feb, Mei, Julai, SeptemberMeiRm 100.00
Rm 120.00
Jumlah = Rm 220.00Jumlah Keseluruhan perbelanjaan berasaskan PCG
= Rm 790.00 , berbaki Rm 0.8 sen.Perancangan Belanjawan Panitia
Sains Sk Jengka 10, Maran , Pahang berasaskan sumbangan PIBG
sebanyak RM 50,000.a. Projek Taman Sains dan Herba
Item / PerkaraHarga SeunitKuantiti diperlukanJumlah
Set meja / gazeboJaringPasirSimenTumbuhan herbaIkan kecilBatu
hiasanUpah
Rm 500.00Rm 40/ mRm 60/ elaRm 50.00Rm 5.00Rm 4.00Rm 30/
bungkus220 m2650505Rm 1000.00Rm 800.00Rm 120.00Rm 300.00Rm 250.00Rm
200.00Rm 150.00Rm 1180.00
Jumlah = Rm 4000.00b. Bahan bantu mengajar / alatan
makmalPerkara / itemHarga SeunitKuantiiti diperlukanJumlah
Kit Model DST Tahun 1Kit Model DSTTahun 2Kit Model DSTTahun 3Rm
250.00
Rm 250.00
Rm 250.004
4
5Rm 1000.00
Rm 1000.00
Rm 1250.00
Jumlah = Rm 3250.00c. Program Peningkatan Akademik dan
Panitiai.) Program Motivasi Murid= Rm 2000.00ii.) Program Cemerlang
Sains= Rm 2000.00iii.) Teknik Menjawab UPSR= Rm 1000.00iv.) Lawatan
ke Pusat Sains Negara= Rm 4000.00v.) Lawatan Belajar ke Zoo Negara=
Rm 6000.00vi.) Pertandingan Saintis Muda= Rm 500.00vii.) Tabungan
Kelab Dr Muda= Rm 1000.00viii.) Aktiviti mingguan
persatuansepanjang tahun ( Koko )= Rm 1000.00Jumlah= Rm 17500.00d.
Pengubahsuaian Makmal Sains Abad ke 21ItemHarga Seunit/ kosKuantiti
diperlukanJumlah
PC ( com )Skrin layarLCDPapan putihberodaPenghawa dingin Jubin
seramikAlmari pameranPancuran pencuci mataRm 3000.00Rm 200.00Rm
500.00Rm 400.00
Rm 600.00Rm 1500.00Rm 200.00Rm 300.00
7111
1
11Rm 21000Rm 100.00Rm 500.00Rm 400.00
Rm 600.00Rm 2150.00Rm 200.00Rm 300.00
Jumlah = Rm 25250Ringkasan belanjawan duit sumbangan PIBG :i.)
Projek Taman Sains dan Herba= Rm 4000.00ii.) Bahan Bantu Mengajar /
Alatan makmal= Rm 3250.00iii.) Program Peningkatan Akademik /
Panitia= Rm 17500.00iv.) Pengubahsuaian Makmal Abad ke 21= Rm
25250.00Jumlah Keseluruhan= Rm 50000.00Pesanan dan
PembayaranPembelian keperluan makmal adalah diluluskan oleh guru
besar. Jika anggaran harga melebihi Rm 500,000.00 maka ia mestilah
melalui tender. Bagi pembelian bagi satu jenis item/ jenis atau
satu kelas item antara Rm 50,000.00 hingga Rm 500,000.00 pembelian
adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis
atau satu kelas item/ jenis kurang daripada Rm 50,000 pembelian
terus ( direct award ) secara sebut harga ( Rm 500.00 Rm 50,000.00
) atau petty cash ( Rm 500.00 ke bawah ). Bekalan pusat dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia semasa sekolah baru dibina,
kurikulum baru diperkenalkan atau program peruntukan khas
diperuntukkan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan
pusat dari segi mengenalpasti, membeli,menghantar, memasang dan
menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau
bahan sains terdapat dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah
ingin membuat pembelian dengan kuantiti yang minimum,maka pembelian
secara terus boleh dilakukan dari syarikat yang lain.Prosedur
Pembelian Secara Sebut Harga :a. Mendapatkan sebut hargab.
Pemilihan pembekalc. Mengisi borang pesanan dan menghantar kepada
pembekald. Pesanan Tempatan ( LO ) kepada pembekale. Surat / nota
tanda terimaf. Penerimaan barangang. InvoisProsedur Pembelian
Secara Terus ( Petty Cash )a. Guru mengisi borang permohonan dan
ditandatangani ketua panitiab. Pihak makmal / guru boleh membeli
dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi
mengeluarkan wang dari petty cash.Prosedur Pembelian Secara Terus
Secara Sebut Harga ( Direct Award )a. Mengisi borang permohonan dan
ditandatangan oleh ketua panitiab. Pihak pentadbiran sekolah
meminta sebut harga daripada syarikatc. Pemilihan dibuat dan
menghubungi syarikat terpilihd. Pihak sekolah menghantar borang
pesanan dan syarikat akan menghantar barangan bersama invois serta
Delivery Ordere. Pihak sekolah memeriksa alatan sebelum
menandatangani invois.
4.0 Penyimpanan Stok Makmal SainsPenyimpanan stok merupakan
salah satu aspek pengurusan makmal sains yang amat penting.
Terdapat beberapa cara penyimpanan stok. Antaranya ialah menyimpan
bahan kimia.Bahan bahan kimia samada organik atau bukan organik
hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana
terdapat bahan kimia yang beracun,mudah terbakar,menghakis dan
sebagainya. Stok perlu sentiasa disemak kerana terdapat bahan yang
mudah rosak jika disimpan lama. Stok lama perlulah digunakan
terlebih dahulu. Tarikh penerimaan setiap barangan atau botol perlu
ditulis dengan terang. Stok baru perlu disimpan di belakang stok
lama pad arak.Bagi bahan kimia tidak organik,haruslah dilabel pada
botol mengikut nama logam. Botol botol bahan kimia tak organik
disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Bahan tidak boleh
disusun di rak yang terdedah kerana mudah dihingapi habuk.
Penambahan di,tri,ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut
nama logam. Contohnya , triammonium orthophosphate disimpan di
bawah nama ammonium. Bahan bahan kimia yang boleh menyerap air dari
udara dengan yang boleh menghilangkan air hablur ke udara perlu
diasingkan. Antara contoh bahan kimia yang menyerap air dari udara
ialah asid sulfurik pekat, barium klorida, kalium hidroksida dan
zink klorida. Manakala antara contoh bahan kehilangan air habluran
ke udara ialah ammoniumkarbonat, boraks dan magnesium sulfat. Bagi
bahan kimia cecair iaitu asid dan alkali yang bersifat mengakis
tidak boleh diletakkan di rak yang tinggi. Logam alkali yang sangat
aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah
direndam dalam minyak paraffin. Jika hendak dikeluarkan, perlu
menggunakan penyepit dan dipotong dengan pisau yang tajam. Bahan
tersebut tidak boleh disentuh dengan tangan. Bagi Fosforus ,ianya
sangat berbahaya dan aktif. Maka bahan ini perlu disimpan di dalam
air sejuk. Sementara bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya
seperti argentums nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu
disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. Bahan kimia yang mudah
rosak oleh panas seperti vitamin C ( asid askorbik ) dan hidrogen
peroksida,ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Almari berkunci
diperlukan untuk menyimpan bahan kimia yang sangat berbahaya
seperti sebatian arsenic dan garam sianida.Bahan bahan yang larut
dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem
saliran air yang banyak. Bahan organic hendaklah dikumpulkan di
dalam botol dan dilabelkan. Bahan kimia berasid pula hendaklah
dicairkan sehingga 10 molar dan kemudian dineutralkan sebelum
dibuang ke saliran air yang banyak.
5.0 Pelupusan Bahan KimiaPelupusan bahan kimia atau stok
bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut
telah sampai ke tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau
tidak digunakan lagi. Pihak sekolah perlu mengisi borang laporan
stok bernilai rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan pemeriksa
stok yang terdiri daripada guru sains. Pelupusan ini hendaklah
mendapat kelulusan daripada guru besar. Maklumat kemudianya
dihantar kepada pihak berkuasa melulus beserta dokumen seperti
Borang KEW PS-19, surat daripada Jabatan Alam Sekitar dan surat
daripada syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pelupusan hanya akan dilakukan selepas mendapat kaedah yang
ditentukan samada buang, tanam atau bakar. Bagi pelupusan aset alih
kerajaan, bahan peralatan sains yang terdiri daripada harta modal
dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan
Bil 05 tahun 2007 ( Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan ) dan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 05 tahun 2009. Pelupusan aset alih
merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,
simpanan dan rekod mengikut kaedah kaedah yang ditetapkan. Aset ini
dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk
dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak
dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.
Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan
menyediakan Perakuan Pemeriksa melalui borang KEW PA 16 ( jika
perlu ). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan borang KEW PA 17
dan menghantar maklumat kepada urusetia pelupusan untuk dihantar ke
Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset
tersebut. Selepas keputusan diterima, maka pelupusan perlu
dilakukan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA 19
dan menghantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah
pula perlu dikemaskini di borang KEW PA 2 atau KEW PA 3.
6.0 Susun Atur dan Reka Bentuk Makmal Sains
Makmal atau Bilik Sains merupakan tempat yang penting dan
kondusif bagi guru dan murid meneroka tentang sesuatu konsep dengan
menjalankan amali sesuai dengan pendekatan inkuiri penemuan yang
sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Definisi
makmal atau Bilik Sains adalah seperti berikut: Makmal Sains ialah
ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis,
penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di
sekolah menengah ( Laboratory.Design.com ) Makmal ialah tempat
mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang
berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain). Kamus
Dewan edisi keempat Bilik Sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen,
dan penghasilan bahan bagi sekolah rendah.
Keperluan Makmal / Bilik Sains
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on
menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran.
Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen
dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi
kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik
Sains untuk: i. Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih
efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan
membuat bukan setakat mendengar.
ii. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran
proses sains serta kemahiran manipulatif
iii. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan
berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai.
iv. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap
sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai
murni.
v. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi
pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah
persekolahan.
vi. Memudahkan capaian Internet (di makmal yang tersedia
Internet).
6.1 Pengubahsuaian Bilik Sains Sk Jengka 10 ke arah Abad Ke
21Bilik sains abad ke 21 perlu mempunyai elemen teknologi maklumat
seperti penggunaan komputer dan kemudahan capaian internet bagi
memudahkan murid mengakses maklumat yang dikehendaki pada masa
pembelajaran itu juga. Malahan guru juga boleh menggunakan
rangkaian yang diwujudkan di dalam bilik berkenaan untuk memberikan
latihan atau tugasan, menerangkan prosedur amali dan sebagainya.
Melalui pelan lantai yang telah diubahsuai, sebanyak tujuh buah
komputer diletakkan di dalam bilik berkenaan. Sebuah komputer
dikhaskan untuk guru yang bertindak sebagai admin kepada komputer
yang diletakkan di setiap meja murid. Kemudahan wifi internet turut
dipasang agar murid dapat mengakses kepada internet dengan mudah
dan pantas. Selain itu, pengubahsuaian lantai bilik daripada simen
kepada jubin turut dilakukan agar kerja kerja pembersihan lebih
mudah dilakukan setiap kali selepas murid melakukan amali dan sesi
pembelajaran. Skrin LCD turut dipasang bagi menggalakkan penggunaan
LCD yang merupakan teknologi masa kini. Murid juga digalakkan
melakukan aktiviti secara berkumpulan dengan setiap kumpulan
dilengkapkan dengan sebuah komputer untuk tujuan perbincangan dan
sebagainya.Pemasangan penghawa dingin turut dilakukan di bilik
sains dan hanya digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
yang tidak melibatkan amali. Penggunaan computer dan LCD juga
memerlukan penghawa dingin yang bertindak sebagai pengawal suhu
haba daripada kedua dua objek tersebut. Selain itu, bilangan sinki
juga ditambah bagi memudahkan murid untuk membersihkan alatan yang
telah digunakan dan menyalirkan bahan kimia yang perlu. Sebagai
langkah keselamatan, sebanyak dua alat pemadam api diletakkan di
bahagian pintu bilik agar mudah diambil jika berlaku kecemasan dan
kebakaran. Kit pertolongan cemas juga diletakkan di kawasan
berhampiran meja guru bagi memudahkan ia diambil dan digunakan
apabila perlu. Bilik sains yang sedia ada juga tidak dilengkapi
dengan alat pancuran pencuci mata. Justeru penambahan alat ini
dilakukan agar ia dapat digunakan apabila menghadapi situasi
kecemasan jika berlaku kepada murid. Langsir juga akan dipasang
bagi mengahalang sinaran cahaya berhampiran kawasan layar dan LCD
supaya tayangan di layar lebih jelas. Almari pameran yang diperbuat
daripada kaca turut diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja dan
tugasan murid. Perkara ini akan menimbulkan rasa semangat dan
bangga di kalangan murid serta menjadi inspirasi kepada murid
lain.Kaedah pembelajaran secara berkumpulan juga perlu dijalankan
dimana murid menjalankan aktiviti perbincangan, eksperimen dan uji
kaji secara bersama. Susun atur meja di dalam bilik sains ini juga
memudahkan aktiviti berkumpulan dijalankan.
6.2 Penyelenggaraan Makmal dan Bilik SainsPenyelenggaraan
bangunan makmal dan bilik sains merangkumi sembilan aspek yang
perlu diberikan penekanan iaitu dari segi keretakan dan kerosakan,
ketahanan warna cat, pendawaian elektrik, pengudaraan, saluran paip
gas, singki, paip dan longkang, masalah kerosakan yang disebabkan
oleh anai-anai dan bubuk, kebersihan dan juga keceriaan makmal. 1.
Keretakan dan Kerosakan a. Kenalpasti jenis keretakan dan kerosakan
yang berlaku. b. Jika terdapat keretakan dan kerosakan, kakitangan
makmal hendaklah membuat laporan segera kepada Ketua Bidang Sains
dan Matematik. c. Jika keretakan atau kerosakan adalah teruk,
pastikan kawasan tersebut dipasang pita rentangan keselamatan. d.
Laporan segera hendaklah dibuat kepada Unit Pembangunan di PPD dan
JPN.
2. Kelunturan Cat a. Kenalpasti bahagian makmal dan bilik sains
yang luntur catnya. b. Jika cat luntur terlalu serius, permohonan
baikpulih segera perlu dibuat supaya proses mengecat semula dapat
dijalankan dengan mengisi borang kerosakan dan dilaporkan kepada
pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. c Peruntukan pembaikan
cat boleh dipohon dari pihak sekolah di bawah peruntukan LPBT atau
dari PPD. e. Kerja mengecat tembok bahagian dalam serta luar makmal
dan bilik sains perlu dilakukan secara tender. 3. Pendawaian
Elektrik a. Pastikan pelan kedudukan suis utama, kuasa dan lampu
disediakan bagi setiap makmal. b. Pastikan peralatan elektrik
berfungsi. c. Suis, soket dan pendawaian hendaklah kerap diperiksa
supaya tidak ada sebarang kerosakan. d. Fius hendaklah diganti
segera apabila rosak. e. Jika berlaku kerosakan sistem pendawaian
elektrik, sila buat laporan kepada pihak sekolah secara mengisi
borang aduan. f. Dilarang membaiki sendiri kerosakan sistem
elektrik yang berlaku untuk mengelakkan sebarang kemalangan tidak
diingini. 4. Pengudaraan Makmal dan Bilik Sains. a. Pastikan cermin
tingkap atau langsir berwarna hitam atau berwarna gelap. b.
Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk
pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. c. Jika berlaku
kerosakan yang menjejaskan pengudaraan makmal, sila laporkan segera
kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. d.Pastikan tingkap
makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk pengudaraan dan
pencahayaan yang sempurna. e Alat pengedar udara hendaklah sentiasa
dipasang terutama di bilik penyimpanan bahan kimia. 5. Saluran Paip
Gas a. Bilik penyimpanan silinder gas perlu mempunyai pengudaraan
yang baik dan hendaklah sentiasa dikunci untuk mengelakkan
diceroboh oleh mana- mana pihak. b. Sistem saluran gas hendaklah
sentiasa diperiksa untuk mengenal pasti atau mengelakkan kerosakan
dan kebocoran gas. c. Jika disyaki berlaku kebocoran, injap utama
hendaklah ditutup dengan serta merta. d. Laporkan sebarang
kerosakan ke pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
6. Singki, Paip dan Longkang a. Pastikan singki sentiasa bersih.
b. Pasangkan alat penapis yang bersesuaian pada singki untuk
menapis sisa pepejal supaya singki tidak tersumbat. c. Jangan
membuang bahan pepejal (bahan kimia reaktif dan bahan kimia tidak
reaktif) dan cecair organik (bahan kimia organik dan bahan kimia
tak organik) ke dalam singki. d. Paip air hendaklah sentiasa
diperiksa dari masa ke semasa dan jika berlaku kebocoran dan
kerosakan, hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan
susulan. e. Longkang di dalam makmal dan bilik sains hendaklah
sentiasa bersih dan tidak tersumbat. Sementara longkang di kaki
lima bangunan yang tersumbat hendaklah dilaporkan kepada pihak
sekolah untuk tindakan selanjutnya. f. Jika longkang tersumbat,
hendaklah dibersihkan segera dengan menggunakan pancutan air yang
kuat untuk membersih bahan buangan yang terdapat di dalam longkang.
g. Sekiranya masih tersumbat, laporan segera perlulah dibuat kepada
pihak sekolah untuk diajukan kepada unit Pembangunan dan Perolehan
PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti.
7. Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk. a.
Sebagai langkah pencegahan, semburan racun anai-anai hendaklah
dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. b. Pemeriksaan
berkala perlu dilakukan ke atas lantai dan dinding makmal
sekurang-kurangnya dua bulan sekali. c. Jika serangan anai-anai dan
bubuk mulai dikesan semula, tindakan pembersihan hendaklah dibuat
segera diikuti dengan semburan baru racun anai-anai.
7.0 KesimpulanPelbagai aspek yang menjadi tunjang pengurusan
makmal dan bilik sains perlu dilaksanakan dengan baik. Pihak
pentadbir dan ketua panitia khususnya harus memainkan peranan bagi
memastikan pengurusan sumber dan makmal sains dapat membantu dalam
meningkatkan proses pembelajaran sains di sekolah. Aspek seperti
penyimpanan stok,belanjawan, struktur dan organisasi,reka bentuk
dan susun atur harus dititikberatkan agar sistem pengurusan makmal
sains sekolah lebih sistematik. Penyediaan bilik sains abad ke 21
seharusnya dapat meningkatkan minat murid terhadap sains disamping
meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran sains. Guru
harus peka dengan perkembangan teknologi semasa dan
mengaplikasikanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka.
1
Sheet1Kadar PCG SetahunJenis bantuan101 - 150 murid151 - 500
murid501 - 1000 murid1001 dan ke atasPCG MP rm 2100 + rm
16.00rm2900 + rm8.00rm5700 + rm10.00rm10700 + rm9.00Terasseorang
muridseorang muridseorang muridseorang muridmelebihi 100
orangmelebihi 150 melebihi 500melebihi 1000 orangorangorang