4
4.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
Pengenalan
Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada
pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi
sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri. Ada
dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar
membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau
memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau
melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan
pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item
objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan dan
melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan
pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian
pencapaian.
Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen
ujian mereka akan menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau
atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin mereka
belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang
untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa
yang patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin
telah pun bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati.
Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk
kepada ketetapan yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang
agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah
ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan
menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item
yang perlu disediakan.
ObjektifDiakhir bab ini, anda seharusnya dapat :
Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian
pelajar didalam sesuatu matapelajaran
Membuat padanan item ujian mengikut objektif
Membina ujian objektif dan ujian esei
Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar
4.1 Jadual Penentuan Ujian
Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut
perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan.
Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili
item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran
dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh
mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah
mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa
pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang
dipelajari.
Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses
termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal
(pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh
digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali,
sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji
dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula
ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian
mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil.
(Hale, 1980)
A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid
(Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens
& Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives
to the instructional content. The column of the chart lists the
objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be
addressed; the rows list the key concepts or content the test is to
measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it
useful to represent the relation of content and behaviors in the
form of a two dimensional table with the objectives on one axis,
the content on the other. The cells in the table then represent the
specific content in relation to a particular objective or behavior"
.
Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti
kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut
mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif
yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa
mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan
sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut
di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual
penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian;
(2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah
item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap
pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap
rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini
akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap
unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
Aktiviti
Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat.
Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif
pengajaran yang anda dapat perolehi.
Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya
ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn
& Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003).
Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi
ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000)
menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang
lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan
ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa
depan.
4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai
murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif
pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran,
pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi
pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses
pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:i. Hasil yang
akan diperolehi murid;
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau
diukur, selepas sesi pengajaran;iii. Keadaan atau syarat yang
diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;iv. Darjah atau peringkat
perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.v.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:i)
Perkara yang masih belum dikuasai murid;
ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di
akhir pengajaran);iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran
terdahulu;iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang
dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus
dilaksanakan).Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu
gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur
objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi
perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred,
rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran,
rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah
kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran
yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang
persediaan menghadapi ujian.
Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan
pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan
membentuk piawaian (2) membina spesifikasi ujian (3) membina item
(4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan
pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari
ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan
itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa
yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi
kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan
dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal.
Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian
dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran,
analisa dan pelaporan keputusan. (Hecht, 1974)4.1.2 Pengertian
Jadual Penentuan Ujian
Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu
jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk
terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu
dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan
kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina
ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi
keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan.
Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai
prosedur berikut hendaklah diikuti.
1. merancang ujian
2. menggubal soalan
3. memilih dan menyelaras soalan
4. memprauji soalan
5. memasang kertas soalan
4.1.2.1Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan
Ujian
Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan
Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification).
Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut
hendaklah diikuti.
4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan
sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap
satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah
(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu
tajuk
(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan
tajuk-tajuk yang lain
(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk
(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk
4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan
Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan
jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran
mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.
Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting
kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat
ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan,
dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu
diuji.
Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina.
Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.
1. Paksi Kandungan
-Tajuk
-Subtajuk
2. Paksi Kemahiran
Aras kemahiran
3. Paksi Wajaran
-Peratusan pemberatan setiap tajuk
-Bilangan soalan
4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian
Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat
membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan
adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:
1. Ujian akan dibina secara sistematik.
2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah
terjamin.
3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada
keseluruhan
kurikulum.
4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
setahun ke
setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina
ujian.
Aktiviti
Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba
bina satu jadual penentuan ujian.
4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif
Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui
objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham
dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap
pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara
sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah
hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri.
Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang
dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh
menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan
kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul,
ujian yang dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat
berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari
pelajar atau murid mereka.
Langkah 1. Merekabentuk Ujian
Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan
adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu
unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan
soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak
menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan
berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang
lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas
setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.
Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja
dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi
bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya,
adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah
matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan
juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan
untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah
berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin
soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika
murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah,
mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi
tempat kosong adalah lebih bermakna.
Langkah 2. Menulis Soalan ujian
Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif
pembelajaran dan dalam masa yang sama telah menentukan jenis-jenis
soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin
telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina
satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan
ujian.
Prinsip Am
Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian
seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi
tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short
answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching)
dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan
yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.
1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan
ringkas.
2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang
digunakan tidak di fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi
tidak mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah
dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan
tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi
sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana
tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak
instruktor berkenaan.
3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan
spesifik atau kebolehan yang dapat dibentuk dari unit tersebut dan
bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian.
4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada
soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang
berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan
berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara
yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian.
5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika
anda memerlukan soalan berbentuk negatif, tandakan atau bezakan
maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab
soalan dengan tidak betul.
6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda
bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer
bundal.
Langkah 3 . Semakan Akhir
Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut.
Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran
yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang
diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ?
Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa
pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah
tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan
murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian.
Mentafsir Keputusan Ujian
Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am
pembinaan ujian yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap
ujian yang telah anda bina dan seterusnya memastikan bahawa ujian
tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan
mengambilkira kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina
berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda
boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap
murid anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh
menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan skoran ujian dimana anda
akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu
dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik akan
dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang
diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami
sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut.
4.1.1 Item Aneka Pilihan
Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item
aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan
skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei
tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa
mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item
betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis
soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah
pembinaan bagi menyediakan soalan/item aneka pilihan.
1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan
jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap
soalan/item.
2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif
tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan.
Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan.
Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak
mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul.
3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran
agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran
yang ditetapkan.
4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya
membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian
akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan.
6. Jangan biasakan memberi jawapan Kesemua diatas atau Tiada
satu diatas sebagai alternatif.
7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan
alternatif.
Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :
i) Stimulus
Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk
teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.
ii) Stem
Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk
ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.
iii) Pilihan/Opsyen
Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan
dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan
lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi :
a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik
b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar
dari jawapan sebenar4.1.2 Item Benar-Salah
Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah.
Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar
menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai
pernyataan yang diberi.
4.1.3 Item Mengisi Ruang Kosong
Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan
kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda
berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah
diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji
pengetahuan, komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih
objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif.
Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka pilihan
kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana
jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah
memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara
subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea
dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu
untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga kriteria
pengredan berkaitan item ujian. Item ini menghendaki jawapan dalam
mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau
stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak
balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak
digunakan langsung. Item ini menghendaki murid/pelajar memadankan
masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang
betul.
Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam
kelas sains ?
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah
_______________ ,
______________ dan ______________ . ( 3 markah)
4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif
Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam
respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh
mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan
yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan
untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir
kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan
tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar
mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi
kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi
mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons
itu.
Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian
objektif kah atau ujian subjektif ?
Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian
subjektif.
4.2.1 Kata Tugas Item Ujian
Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu
item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak
disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan
mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan
tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata
tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan
menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan
menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan
dalam peraturan pemarkahan.
Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif
penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh
membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun
suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian
sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan
dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis
respons yang berlainan.
Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk
menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas
yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk
menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.
4.2.2 Item Esei Jawapan Terbatas
Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan
respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang
disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons
adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini
memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau
beberapa ayat atau satu perenggan.
Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja.
Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan
lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian.
Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan
stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad,
butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti
mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah.
Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada
sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai
digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item
jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi
tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak
memberi respons secara terbuka.
4.2.3 Item Esei Jawapan Terbuka
Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai
kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk
jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan
mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis,
membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan
pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk
mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa
kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini
tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang
diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses
pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.
Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan
memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri,
menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan
cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang
disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif.
Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi
menyelesaikan masaalah
b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau
maklumat.
c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.
d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan
maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.
e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu
perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.
Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-
a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat
penskoran
b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan
perbandingan dengan item objektif
c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan
boleh memberikan kesan halo ( potensi dalam ketidaktepatan
pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas
sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )
d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas
dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca
akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang
disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.
1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan
kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.
2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item
ujian
Rumusan
Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis
item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan
menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang
terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah
pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa
yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu
mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina
dengan betul.
Glosari Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan
untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana
item aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai
kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini
mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan
ditadbirkan.
Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan
adalah tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai
digunakan pada ketika tertentu sahaja.
Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar
dalam menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa
yang sendiri. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih
tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian
anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk menumpukan hal dan isu
yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen
mengenai pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap kefahaman
yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun ujian
esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan
kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak
subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten.
Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi
tempat kosong, padanan dan aneka-pilihan. Perkataan objektif
menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja yang diperlukan.
Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan
jawapan.
Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji
perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh,
kategori dan contoh.
Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian
jawapan pendek boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih.
Mudah ditulis namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan anda
melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka. Jadual
Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala
atau grid yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan.
Lajur senarai carta menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan
barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut.
Rujukan :
1. Hale, Gordon et al (December 1980), "Effects of Item
Disclosure on TOEFL Performance," Research Report No. 8,
Educational Testing Service, Princeton, NJ.
2. ED322060. (1988) Social Studies Grade 8. Blue Prints for
Testing Minimum Performance Test Item Specifications.3.< Hecht,
James T. (1974) The Development and Structure of Professional
Examinations Planned for National Use.
4. Childs, R.A. (1989) ED315426 .ERIC Clearinghouse on Tests
Measurement and Evaluation
Washington DC., American Institutes for Research Washington
DC.
5. Notar, Charles et al (2004). The table of specifications:
insuring accountability in teacher made tests. Journal of
Instructional Psychology.